Followers

Saturday, July 31, 2010

Diko punya cerita pula~muka bengkak!

Last few weeks saya ada ceritakan penderitaan yang ditanggung si Diko tersayang.
Muka dia dibahagian pipi telah disengat serangga raja madu iaitu lebah.
Rumah saya memang ada sarang lebah.
Kadang-kadang sampai masanya lebah-lebah ini jadi macam ulat lampu yang akan menghurung lampu kalimantang yang terpasang di dapur.
Huhu..memang bahaya masa ini.
Silap-silap lebam-lebam satu badan kena sengatan berbisanya.

Dipendekkan cerita Diko turut menjadi mangsa.
Lihatlah betapa cute tembam pipi sebelah kanan dia dalam gambar bawah ini.
Mata dia jadi sepet sebelah gara-gara sengatan itu.

Kesian, sepet mata dia sebelah sebab bengkak dah pipi itu.
Pandangan dari sudut 45 darjah.
Nampak tak kembung pipi dia tu.
Sebelah sahaja begitu.

Kalau tak jelas juga, boleh telek gamabr bawah ini.
Sangat jelas kekembungan luar biasa pipi kanan beliau.
Tengah menahan sakit ini.

Memang muka dia bengkak selama beberapa hari.
Dia kadang-kadang cuba menggaru bahagian itu tapi macam tak puas.
Maklumlah, yang gatal itu bahagian dalam pipi.
Tak tercapai dek kukunya.

Alhamdulillah seminggu selepas itu, bengkak dia itu sembuh.
Dan sampai hari ini dia selamat daripada kena sengat.
Kucingpun pandai belajar dari kesilapan.
=)

Nasib baik antibodi badan Diko ini kuat.
Kalau tidak luka akan cepat merebak.
Maklumlah, kucing bukannya kuat macam manusia.
Boleh mati wooo~

Friday, July 30, 2010

Apa makna cinta dan perkahwinan?

Cerita ini rasanya daripada seberang dan saya dapat daripada email box saya.
Saya rasa terpanggil untuk kongsi cerita indah ini di blog ini.
Cerita ini berkenaan Plato yang bertanyakan gurunya tentang maksud cinta dan juga perkahwinan.
Gurunya menjawab dengan penuh simbolik.

Jom baca sama-sama..

Suatu hari Plato bertanya pada gurunya,
"Apa itu cinta, bagaimana saya dapat menemukannya?"

Gurunya menjawab:
"Ada ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu, tanpa boleh berbalik ataupun mundur kembali, carilah sebuah ranting tapi kamu hanya boleh memungut satu kali saja. Jika kamu menemukan ranting yang paling menakjubkan, artinya kamu telah menemukan cinta"
Align Center
carilah ranting yang paling menakjubkan di ladang ini!.
Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apapun.

Gurunya bertanya:
"Mengapa kamu tidak membawa satu pun ranting?"

Plato menjawab:
"Aku hanya boleh memungut satu saja, dan saat berjalan tidak boleh berbalik ataupun mundur. Sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tidak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana, jadi tak kuambil ranting tersebut. Saat kumelanjutkan berjalan lebih jauh lagi, baru kusadari bahwasanya ranting-ranting yang kutemukan kemudian tak sebagus ranting yang pertama, jadi tak kuambil satupun pada akhirnya."

Gurunya kemudian berkata,
"Ya, jadi begitulah cinta."


Di hari yang lain, Plato bertanya lagi pada gurunya:
"Apa itu perkawinan? Bagaimana saya dapat memahaminya?"

Gurunya pun menjawab:
"Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah tanpa boleh mundur atau berbalik dan kali ini kamu hanya boleh menebang satu pohon saja. Dan tebanglah jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi dan yang paling bagus, karena artinya kamu telah menemukan apa itu perkawinan."

tebanglah pokok yang tinggi dan bagus di hutan ini!
Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan membawa sebatang pohon. Pohon itu bukanlah pohon yang indah, dan juga tidak terlalu tinggi. Pohon itu biasa-biasa saja.

Gurunya bertanya,
"Mengapa kamu menebang pohon yang seperti itu?"

Plato pun menjawab,
"sebab berdasarkan pengalamanku sebelumnya, setelah menjelajah hampir seluruh ladang, ternyata aku kembali dengan kosong. Jadi kesempatan ini, aku melihat pohon ini, dan kurasa pohon ini tidak jelek-jelek amat, jadi kuputuskan untuk menebangnya dan membawanya kesini. Aku tidak mau menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya."


Gurunya kemudian menjawab:
"Ya, jadi begitulah perkawinan."

Komentar yang punya cerita, katanya:

Cinta itu semakin dicari semakin sulit ditemukan,
cinta adanya di dalam lubuk hati ketika dapat menahan keinginan dan harapan untuk yang lebih.
Ketika pengharapan dan keinginan akan cinta berlebihan, maka yang didapat adalah kehampaan,
tiada sesuatupun yang didapat, dan tidak dapat diulang. Waktu dan masa tidak dapat diputar mundur. terimalah cinta apa adanya.

Bila kita dah menebang sebatang pokok yang kita nampak sudah sempurna, berjalanlah terus dan kendonglah pokok itu tanpa melihat pokok-pokok yang lain. Itulah maknanya cinta dan setia = perkahwinan yang sempurna.

Thursday, July 29, 2010

Pakej Ramadhan : 1 hari 1 entry

Hari ni dah 29hb July 2010..
Dalam masa tak sampai 2 minggu, Ramadhan yang dirindui bakal tiba.
Saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada sahabat-sahabat blogger yang beragama Islam.
Puasa jangan tak puasa haa~

Semenjak dua menjak ini saya publish entry pun tak menentu dalam erti kata lain tak konsisten la.
Selalunya setiap hari at least 2 entry saya akan ready kan.
8.00+ pagi dan juga 8.00+ malam.
Tapi tengoklah sekarang ini.
Kadang-kadang kul 11 pagi baru ada 1 entry dan entry itulah sahaja untuk hari itu.

Sebenarnya sebelum ini memang aim saya nak publish entry 2 kali sehari.
Dan alhamdulillah selama ini jarang gagal untuk capai aim.
Tapi sekarang ini dek kerana kekangan di tempat kerja dan juga di rumah, saya dah buat keputusan untuk kurangkan entry.

Sempena Ramadhan, saya akan buat 1 entry sahaja sehari.
Lagipun dah kata bulan puasa kan.
Kenalah kawal sikit aktiviti berblogging ini.
Kena lebihkan ibadah.
Malam nak pergi solat tarawikh lagi kan.
Lepas itu kena tidur awal sebab nak kena bangun awal untuk prepare sahur.
Makanya masa untuk berblogging terhad.

Orang kata daripada buat entry yang tak berkualiti, lebih baik tak buat entry kan.
Tapi, berkualitikah entry-entry saya selama ini?
haiihhh...entahlah.

Wednesday, July 28, 2010

Journey to Pantai Timur~ Pesta Haiwan pula

Mula-mula kami sampai ke kampung, kami disambut oleh anak-anak itik yang comel ini.
Masa ini mereka baru bangun tidur.
Mereka tidur berhimpit-himpit macam gini si tengah laman.

Pasangan ayam ni sempat lagi layan ala-ala hidustan di kereta kancil kakak sepupu.
Haha..
Comel sahaja tengok ayam betina ni bertenggek atas side mirror tu sambil mengusyar pakwenya si merah hitam.

Rumah kambing ini terletak di tanah bapa saudara saya.
Sebelah kiri tanah atuk manakala sebelah kanan pula tanah ayah.
Semua penuh dengan pokok-pokok buah selain sedikit pokok kelapa sawit.
Ni kambing-kambing baru nak keluar cari makan.

Ni pula nyet yang dibela jiran saya.
Dah besar dah.
Bagi sahaja apa sahaja jenis buah, semua ditelannya tanpa ragu.
Kadang-kadang atuk bagi dia buah durian yang dah buruk, dia sebat sahaja makan.
Suka kalau dapat tengok dia bukak kulit durian sendiri untuk dapatkan isinya.

Yang ini moment paling kasihan seekor lembu.
Asalnya saya nampak dia berkeliaran sekitar kawasan itu meragut rumput.
Dia merayau sampai ke pokok-pokok kepala sawit itu.

Tapi tak lama lepas itu dia tiba-tiba jadi macam statue di tiang elektrik yang senget tuh.
Berdiri memandang ke arah kami macam minta sesuatu.
Bila kami tengok dekat-dekat baru perasan yang tali penambat yang panjang tu dah terlilit pada tiang besi tu.
Mungkin dia dah tawaf tiang tu berkali-kali sampai tak perasaan dah terlilit habis.
Sudahnya duk tegak macam gitulah sampai tuan dia sampai.
lawak-lawak..

Spesies ini sahaja saya tak jumpa di kampung atuk.
Entah ke mana perginya semua spesies ini?

GEMS untuk fresh grad yang still jobless..

Sekarang ini bulan July dah nak berakhir.
Bulan Ogos semakin hampir.
Kira- kira 2 tahun lepas, pada tarikh hari ini saya masih jobless.
Saya masih lagi bertungkus lumus menghantar resume ke serata company sekitar KL-Selangor.
Pergi temuduga kerja.

Saya yakin ramai graduan U yang baru sahaja beberapa bulan meninggalkan alam belajar.
Ada yang dah mula bekerja dan ada juga yang berada dalam situasi sama dengan saya 2 tahun lepas.
Alhamdulillah, interview yang saya pergi pada 03/Aug/2008 memang berbaloi sebab saya diterima bekerja dan dikehendaki masuk kerja keesokannya.
Memang pelik sebab 1st interview dan 2nd interview dibuat berturut-turut pada hari yang sama pagi tu.
Petang itu, saya dihubungi menyatakan saya dah diterima bekerja dan diminta lapor diri terus keesokannya.
Perasaan bercampur baur antara gembira, teruja, cuak, risau.
Maklumlah langsung tiada pengalaman bekerja.
Saya bekerja di Shah Alam dan hanya kekal di situ sebulan lebih sehingga saya dapat better offer di tempat kerja saya sekarang di PJ.

Alhamdulillah, daripada beribu-ribu graduan pada masa itu, saya dapat juga kerja walaupun saya antara yang terlewat dapat kerja di antara rakan-rakan sekuliah dahulu.
Course kami yang grad memang alhamdulillah rezeki murah.

Tapi tak semuanya yang bernasib baik.
Ada juga yang masih jobless even dah lebih 6 bulan berusaha mencari kerja.
Ada juga dah bertahun-tahun grad tapi belum dapat kerja yang sesuai.

Tadi saya ada singgah blog kawan2.
Tertarik untuk baca entry sofia pasal satu program khas bernama GEMS
Sayapun try la google maklumat pasal program ini.

Rupanya program ini dilancarkan masa bulan Mac 2009 iaitu kira-kira 8 bulan selepas saya mula kerja dahulu dan rasanya batch yang grad June 2008 ( batch saya) ialah batch pertama program ini dahulu.
Ada seorang coursemate saya yang turut join program ini dulu selepas terlalu lama menjadi siswazah yang tak ada kerja.
Alhamdulillah, selepas join program ini, dia dah ada kerja yang sesuai.
Program itu boleh dikatakan berjaya membentuk siswazah bersedia untuk menghadapi dunia kerjaya.

So, sesiapa yang degree holder.
Pointer kena 2.5 and above.
Dan berumur tidak lebih 27 tahun.
Anda layak untuk memohon join program ini.

Jika diterima, hanya 2.5 bulan untuk program persediaan.
Elaun sebanyak RM 750 sebulan akan diberikan kepada graduan di samping tempat tinggal dan makan minum yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
Selepas itu, 6 bulan lagi untuk menjalani praktikal di syarikat GLC terpilih dengan elaun bulanan RM1000.

Join program in better than nothing kan?
Selain dapat tambah ilmu, confident level dan skills, dapat juga elaun bulanan daripada duduk lepak sahaja di rumah kan?
Dan pastinya selepas habis program, peluang untuk mendapat kerja lebih cerah.
Klik SINI untuk maklumat lanjut.

Tuesday, July 27, 2010

Kenangan dengan Milo

Align Center

Minum milo anda jadi sihat dan kuat! - tagline MILO
Siapa tak kenal dengan MILO?
MILO yang warna peknya hijau tu.
Dari dulu sampai sekarang warna dia sama sahaja.
Tak pernah tukar.
Hanya bentuk dan juga design packing sahaja yang selalu berubah.

Dari budak kecil sampailah yang tua-tua, semua tahu tentang MILO.
Malah, saya rasa hampir semua rumah ada MILO.
Betul tak?
Tapi mungkin juga ada yang tak suka MILO.

Tak dinafikan sayapun suka MILO.
Dulu masa kecil, mak memang selalu buat air milo sekole untuk kami untuk sarapan.
Bila dapat minum MILO tu rasa macam 'heaven' sangat.
Sebab MILO tu minuman yang susah nak dapat dulu sebab mahal harganya.
Tapi, mak memang akan beli setin setiap bulan untuk kami.

Bila dah besar sikit, saya dah pandai buat air sendiri.
Wahh, letak MILO banyak-banyak bila buat air.
Lagi banyak MILO, Lagi sedap kan.
Mak pun selalu sahaja bising sebab MILO cepat sangat habis setiap bulan.
Sebab semua anak-anaknyapun buat perkara yang sama macam saya.
Akhirnya mak beli MILO dalam pek yang besar untuk menampung selera kami yang mula ketagih dengan MILO.

Bila dah remaja, saya dah pandai nak sarapan makan roti cicah coklat MILO cair.
MILO serbuk tu saya larutkan dalam air panas sedikit supaya jadi macam jem coklat.
Lepas itu, sapukan macam jem ke atas roti putih.
Abang saya lagi advance, MILO cair tu dicampurkan pula dengan susu pekat sebelum sapukan atas roti.
Ada juga masanya saya ratah serbuk MILO tu begitu sahaja sambil layan TV.
Memang sedap.

Bila dah dewasa, saya dah tak berapa minat MILO.
Lagipun MILO ini kalau banyak sangat dimakan/minum, boleh gemuk.
MILO di rumah itupun jarang terusik.
Sekarangpun dah banyak resipi yang guna MILO terutama untuk kek, aiskrim, biskut, kuih,bijirin sarapan, dan macam-macam lagi.
Tapi, sejak akhir-akhir ini saya suka buat Aiskrim MILO.
Senang sahaja nak buat.
Hanya buat Air MILO macam biasa.
Bila dah sejuk, masukkan dalam bekas atau plastik sebelum simpan dalam peti sejuk beku.
Bila dah beku, bolehlah nikmati Aiskrim MILO buatan Malaysia.
Ahaha..

p/s : orang kata MILO dulu dengan sekarang dah berbeza.
Dulu rasa coklat lebih..
Sekarang rasa manis lebih..
betul ke?

sumber gambar : google

Monday, July 26, 2010

Journey to Pantai Timur~ Pesta Buah

Salam semua.
Saya minta maaf sebab dah hampir 3 hari 2 malam tak berblogwalking.
Saya ada tinggalkan beberapa schedule entry untuk ubat kerinduan rakan-rakan yang sudi menjengah dan tinggalkan komen di entry ataupun shoutbox.
Saya appreciate sangat-sangat.

Tadipun terpaksa ambil EL sebab hari ni baru dapat gerak balik ke KL.
Esok dah tentu banyak kerja sebab satu hari cuti kan.
Saya sampai ke rumahpun dah dekat maghrib.
terpaksa masuk Duke dan keluar di NKVE untuk elak jalan sesak.
Maklumlah hari bekerja dan kami mula masuk KL pukul 5.30 petang.

Oh ya, lupa nak khabar.
Saya balik kampung sebab sekarang ni memang musim buah di sana.
Paling banyak ialah durian.
Atuk ada tanam buah-buahan seluas lebih 3 ekar.
Paling banyak buah durian la.
Rasa betul-betul pesta buah masa balik kampung tu.

Nanti saya cerita dengan lebih detail.
Sekarang ini rasa amatlah letih.
Esok pula kerja.
Tak mahu esok pergi kerja muka tak segar.

Macam biasa saya kongsilah sekeping gambar buat penyedap cerita ringkas saya ni.
Ini antara hasil kami kutip setiap kali balik kebun.
Sehari sampai 3-4 kali pergi kutip.
Heaven betul rasa.=)

Cerita : Seutas Gelang Zamrud

Saya yakin ada antara anda yang pernah menerima forward email ini.
Tapi bagi yang tak ada eloklah saya kongsikan cerita yang mennyentuh perasaan ini kepada anda.
Erm, macam ini ceritanya,

Sapura menyanyi kecil sambil menumis lauk di depannya. Hari ni dia akan masak
kari kapitan kepala ikan merah kesukaan suaminya.. Setelah dua minggu
berada di Penang menguruskan perniagaannya yang dikongsi bersama tiga orang
rakannya.. malam ini Fadley suaminya yang tercinta akan pulang.

Sengaja Sapura mengambil cuti kerja setengah hari... hari ini anak anaknya
Sukinah dan Rosli siang-siang sudah dijemput dari rumah ibunya. Dia mahu
buat persiapan yang sebaik mungkin untuk Fadley.. lelaki yang sudah menjadi
suaminya hampir tujuh tahun itu... malah tiga hari lagi genaplah tujuh
tahun usia perkahwinan mereka.

Alhamdullilah. . walaupun perkahwinannya dengan Fadley mendapat tentangan
hebat dari ayahnya pada mulanya.. ternyata Sapura tidak salah pilih. Ini
semua berpunca dari sikap angkuh ayahnya yang sukar menerima hakikat bahawa
Sapura anaknya yang berkelulusan universiti.. jatuh hati dengan Fadley
yang pada ketika itu hanya seorang kerani biasa berkelulusan sekolah
menengah. Sapura faham.. bukan ayahnya sengaja mahu menentang. Orang tua itu
bimbang Fadley tidak akan dapat membahagiakan Sapura anaknya yang cuma seorang
itu.. dengan gaji Fadley sebagai kerani. Tetapi Sapura sudah nekad. Dia tahu
Fadley bukan pemuda sebarangan. Dia punya cita cita dan matlamat hidup yang
tinggi.

Buktinya Fadley sanggup menghadiri kelas malam untuk mengambil Diploma. Dan
yang paling penting..Fadley menyintainya sepenuh hati. Perlahan Sapura
mula memujuk ayahnya. Ternyata ayahnya mengalah juga akhirnya. Dan dengan
restu orang tuanya, Sapura diijab kabulkan dengan Fadley dalam majlis yang
penuh ceria.

"Assalamualaikum. ....." kedengaran suara memberi salam. Sapura tersentak.

"Abang! Walaikumsalam. .." senyumnya melebar melihat Fadley
dibelakangnya. Tangan suaminya dicium dengan penuh kasih sayang. Sebuah
ciuman singgah di dahi Sapura. "Terperanjat Pura!Bila abang masuk? Pura tak
dengar bunyi pintu dibuka pun?". "Saje aje. Nak suprisekan Pura!" Fadley
membelai lembut rambut isterinya. Bau wangi singgah dihidung Sapura. Rasanya
baunya lain benar dengan minyak wangi yang selalu di pakai Fadley. Mungkin
Fadley beli "perfume" yang baru dari Penang , fikir Sapura.

"Eh! kata abang berangkat pagi ni.. takkan baru pukul tiga abang dah sampai
JB? Abang naik apa?" "By air..." ringkas jawapan Fadley. "Habis kereta
abang?". "Pada Mat Noor..." jawab Fadley. "Oh patutlah.." Sapura hanya
menganggukkan kepala.

Dia kenal benar pada Mat Noor.. salah seorang rakan kongsi suaminya. Masa
bertolak kelmarin pun.. Mat Noor menumpang kereta Fadley. Sementara Jeffri
rakan kongsi suaminya yang satu lagi itu.. menumpangkan Awang Sabaruddin
rakan kongsi mereka yang ke empat. "Hah! Jeffri tak ikut abang balik ke?.
Selalunya kalau balik outstation, dia balik sini. Cari makan dulu...."
tanya Sapura.

Dia sememangnya sudah masak dengan perangai Jeffri, rakan baik suaminya itu
yang masih membujang. "Nanti dia datang...... ." ujar Fadley. "Mana budak
budak Pura...?" tanya Fadley. " Ada dalam bilik..tidur kepenatanlah tu....main
basikal satu hari." "Basikal?" tanya Fadley.

"Hah ah.. ayah bilakan mereka basikal baru. Tu yang sibuk main tu.." jawab
Sapura sambil meletakkan milo ais kegemaran Fadley di depannya. "Abang
laparlah..belum makan. Pura masak apa?". "Ah.... Pura masak lauk favourite
abanglah..." senyuman Sapura melerek. "Kari kapitan?" teka Fadley. " Apa
lagi......" "Bagus jugak tu... Pura siapkan makan. Abang nak tengok budak
budak tu sekejap. Rindu benar abang dengan dia orang....". "Habis dengan
lamanya tak rindu ke?" usik Sapura. "Tersangatlah rindu....." jawab Fadley
lalu mengucup dahi isterinya lagi. Sapura tersenyum melihat Fadley berlalu.
Kasih sayang yang sememangnya sudah berbunga di hatinya semakin mekar.
Beruntung rasanya bersuamikan Fadley yang penyayang.

Fadley terlebih bersyukur mempunyai isteri yang bukan sahaja cantik tetapi
pandai menjaga harga diri sebagai seorang isteri. Apatah lagi disaat ini
mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang cerdik dan comel. Fadley
merenung kedua dua anaknya yang sedang nyenyak tidur. Dikucupnya pipi
mereka bergantiannya. Airmatanya tiba tiba mengalir. Apalah yang akan jadi
pada mereka sekiranya sesuatu terjadi kepadanya?. Itulah yang selalu
Fadley fikirkan. Dia tahu.. Sapura seorang wanita yang cekal hatinya. Apa pun
rintangan pasti Sapura dapat mengatasinya. Namun nalurinya sebagai
seorang suami dan ayah yang bertanggung jawab menjuruskan fikirannya ke
arah persoalan yang sedemikian. Sapura masuk ke bilik anak anaknya perlahan
lahan. Sempat dia melihat Fadley menyeka airmata. Sapura hairan. Tidak pernah
selama ini dia melihat Fadley menangis selain selepas waktu mereka sudah
siap diijab kabulkan dulu. Itupun kerana kesyukurannya yang tidak terhingga
kerana berjaya juga menikahi Sapura walaupun mendapat tentangan hebat
dari ayah Sapura. "Bang.... kenapa ni...?" Fadley mengangkat muka memandang
Sapura.

"Pura...kalau apa apa jadi pada abang.. Pura jagalah anak-anak kita baik-baik.
Pastikanlah mereka mendapat ajaran agama yang secukupnya.. ." ujar Fadley
lembut. "Eh....apa abang merepek ni..sudah..mari kita makan. Pura dah siapkan
tue". Pura janji dengan abang dulu...." rayu Fadley. Sapura merenung wajah
suaminya. Apa pula yang tidak kena dengan Fadley hari ini. Tidak pernah
seingatnya Fadley berperangai pelik seperti ini. "Yalah...Pura janji.
akhirnya Sapura bersuara tidak mahu memanjangkan teka teki ini lagi.
"Pura...abang ada belikan Pura sesuatu...." ujar Fadley sambil menyeluk pokek
seluarnya.

"Eh......gelang zamrud...." senyum Sapura tatkala melihat seutas gelang
tangan zamrud yang berkilauan. "Pura ingat tak gelang nie?". Gembira benar
hati Fadley melihat keriangan di wajah Sapura. "Ingat!!!!!" Sapura mengerutkan
dahinya sebentar kemudian dia mengeleng. Memang dia tidak ingat langsung
pada gelang itu. "Masa kita pergi honeymoon di Penang dulu. Dekat kedai mas
di Komtar? Pura suka sangat tengok gelang tu. Masa tu.. abang tak ada duit
nak belikan Pura. Tapi abang janji pada diri abang.. satu hari abang akan
belikan juga gelang tu untuk Pura. Kebetulan kelmarin, masa jalan dengan
Jatt.. abang terpandang gelang tu. Tulah yang abang beli....". Terpegun Sapura
mendengar cerita Fadley Sungguh tidak disangka setelah sekian lama.. Fadley
masih ingatkan gelang zamrud itu sedangkan dia sendiri tidak pernah
mengingati gelang itu apatah lagi berangan untuk memilikinya. Kasih sayang
Fadley selama ini sudah cukup buatnya. "Terima kasih bang...." Sapura memeluk
suaminya.

"Happy seventh anniversary sayang....I love you...". bisik Fadley ke telinga
Sapura. "I love you too.." balas Sapura. Air jernih mula tergenang di anak
matanya. Dalam kesyahduan itu, kedengaran bell pintu dipicit orang. "Jeffri
agaknya tu...." bisik Fadley. "Tak pa. Biar Pura yang buka pintu...." Sapura
bangun melepaskan pelukannya. "Pura...."Fadley menyambar tangan Sapura. "I love
you...very very much....." Fadley mengucup tangan Sapura.. penuh kasih. "Me
too.." jawab Sapura pendek.

Gelang zamrud dimasukkan ke poket bajunya. Sebaik saja pintu terbuka..
terpacullah wajah Jeffri dengan rambut yang kusut masai. "Hai..Jeffri. Apa kena

dengan kamu? Selalunya "smart" memanjang. Hari ni lain macam aje?" usik
Sapura. Jeffri hanya terseyum tawar. Dia masuk tanpa dijemput dan melabuhkan
punggungnya di sofa. "Puraa...can you please sit down..", pinta Jeffri. Sapura
mengerut dahi. Apa kena dengan si Jeffri ni agaknya? detik hatinya..
"Please...I have something very important to tell you..." pinta Jeffri lagi.
Sapura semakin hairan. Tetapi dia duduk juga seperti mana yang dipinta. Jeffri
tertunduk.

Tidak tahu begaimana untuk memulakan perbualannya. "Pura...apa pun yang Jeffri
nak sampaikan ni.. Jeffri nak Pura sabar dan bertawakal. Terimalah dengan
hati yang tenang..." perlahan ayat yang keluar dari mulut Jeffri. "Apa yang
you merepek ni Jeffri?". Teka teki terus bermain di benak Sapura.
"Pura....... Fadley... ...Fadley kemalangan. Dia tak dapat di selamatkan Pura..."
tersekat sekat kekata itu keluar dari mulut Jeffri. Sapura tertawa kecil.
Sandiwara apa pulak yang Jeffri lakonkan nie..mengarut betul? Fadley kan ada
di rumahnya tika dan saat ini. "Apa ni Jeffri...kalau nak bergurau pun
biarlah bertempat... " balas Sapura. "I'm serious Pura.....Jeffri yang saksikan
sendiri.. "Sapura terpegun. Mana mungkin Jeffri berkata benar sedangkan
suaminya yang tercinta berada di rumahnya. Di bilik anak-anaknya,
gurauan apakah ini..gumamnya sendiri... "Jeffri..... apa yang Jeffri repekkan
ni...Fadley kan dah balik.

Dia ada dekat bilik anak I.. I baru berbual dengan dia" ...."Apa? Fadley dah
balik?" terbeliak mata Jeffri. Sungguh dia tidak berbohong. Dia sendiri yang
memangku kepala Fadley di saat kawan baiknya itu menghembuskannya nafas yang
terakhir. Malah dia sendiri melihat bagaimana Fadley dirempuh lori tanah
ketika melintas jalan menuju ke keretanya di perhentian Bukit Merah tadi. Dan
setelah jenazah Fadley dibawa ke hospital dengan diikuti Mat Noor dan
Awang Sabaruddin, dia terus memecut menuju keJohor Baru untuk ke rumah Fadley.
Dia mahu menyampaikan berita buruk ini pada Sapura sendiri. Dia tahu betapa
wanita ini menyintai suaminya. Tadipun sebelum masuk ke rumah ini dia telah
menelefon Mat Noor untuk memastikan segala urusan membawa jenazah Fadley
pulang berjalan dengan lancar. Mana mungkin Fadley pulang ke rumah?

"Jeffri...you dengar tak apa Pura cakap? Fadley dah balik..." Sapura mengejutkan
Jeffri dari lamunannya. "Pura....Jeffri tak tahu apa nak kata apa. Tapi
percayalah, Jeffri sendiri yang melihat kejadian itu. Fadley meninggal di
pangkuan Jeffri... "Bohong...Fadley dah balik...Nanti biar Pura panggil dia...."
Sapura semakin binggung. Apa tujuan Jeffri ..bercerita yang bukan-bukan
padanya?. Pantas dia menjenguk ke bilik anak anaknya. Fadley tiada di situ.
Ah! Tentu Fadley di bilik mereka. Dia menjenguk ke situ juga sambil
memanggil nama Fadley. Tiada respon, Dia berlari ke dapur pula. Mana tahu
Fadley mungkin ke sana . Tiada juga.

Akhirnya setelah penat mencari.. Sapura terduduk di ruang makan. Disamping
makanan yang belum terjamah. Mulutnya di tangkup dengan tangan kanannya.
Apakah benar yang Jeffri sampaikan? Mimpikah dia? Jeffri hanya memerhati gerak
geri Sapura. Pilu hatinya melihat Sapura berlari ke sana sini mencari Fadley
yang dikatakan sudah pulang. "Pura...arwahnya mengamanatkan sesuatu..." Jeffri
menghulurkan kotak berwarna merah. Sapura hanya mampu memandang tanpa suara.
Dia masih binggung. Namun kotak yang Jatt hulurkan disambut juga.

Perlahan lahan dia membuka kotak itu. Didalamnya terdapat sepasang subang
zamrud. Terlopong mulut Sapura. "Rasanya ada barang yang hilang dari
kotak tu. Kelmarin masa arwah beli,Jeffri pasti benar ada seutas gelang
zamrud bersama subang tu...tapi puas Jatt cari.. tak jumpa juga" sayu je
suara
yang keluar dari mulut Jeffri. Sapura memandang Jeffri. Terkedu. Air jernih sudah
deras dipipinya. Baru dia teringat akan gelang zamrud pemberian Fadley.
Dikeluarkan gelang itu dari poket bajunya. "Ini ke Jatt?" tanyanya
perlahan. Jatt tersentak. Benar! Itulah yang dilihatnya semasa Fadley
membelinya malam kelmarin. Saat itu tidak putus putus Fadley menyatakan
kegembiraannya dapat membelikan gelang itu untuk Sapura. Tapi macam mana pula
benda itu boleh berada pada tangan Sapura?.

Apakah benar keterangan Sapura bahawa Fadley sendiri yang pulang menghadiahkan
gelang itu kepada Sapura? Kalau benar.. bagaimana? Yang nyata di bumi
Allah ini tiada yang mustahil dengan izinNya. Sapura hanya mampu menangis.
Dia memandang kari kapitan yang belum tersentuh dan milo ais yang belum
terjamah. Hidangan yang sepatutnya menyambut kepulangan suaminya, terbiar
begitu sahaja. Rasanya saat ini seleranya juga sudah tertutup habis.
Kalau benar Fadley sudah tiada....sebagaiman a kata Jatt.. siapa pula yang
datang menghadiahkan gelang zamrud ini padanya?

Sungguh sukar untuk Sapura menerima kenyataan ini. Dan ketika ruang rumahnya
di penuhi dengan bacaan surah Yassin.. Sapura masih mengharap akan
kepulangan Fadley.. sambil memeluk kedua anaknya yang masih terlalu kecil
untuk memahami segalanya. Hanya apabila jenazah Fadley tiba di rumah..
barulah Sapura yakin bahawa suaminya sudah pergi untuk selamanya. Yang
tinggal kini hanya seutas gelang zamrud yang menjadi saksi segalanya



wasalam,


Misteri kan.
Tapi cerita ini sedih betullah.
huhu~

Sunday, July 25, 2010

Ayahku bikin funny : versi jemput adik di stesyen bas!

Adik dah hampir sebulan menimba ilmu di IKM Sik.
Alhamdulillah dia kuat dan tak patah semangat untuk berdikari.
Cuma dia akan balik ke rumah setiap 2 minggu.

Pertengahan bulan lepas dia pulang ke rumah.
Katanya atas urusan medical check up dan juga urusan motor kesayangan dialah.
Sebenarnya saya tahu dia homesick.
Tak apalah.
Lama-lama nanti barulah hilang penyakit homesick itu kot.
Mulanya saya nak jugalah pergi sama-sama menjemputnya di Jalan Duta.
Makpun beriya mengajak saya untuk join sama.

Cerita lucu ayah saya bermula masa inilah.
Mak dan saya dah bersiap dalam pukul 10.30 sebab mak kata nak pergi minum-minum dulu sebelum terus pergi ambil adik.
Sepatutnya abang nak ikut sekali tapi disebabkan ayah nak cepat dan masa nak gerak tu abang baru sahaja mandi, maka kami dah sound awal-awal pada abang bahawa kami dah nak gerak dan dia tak perlu ikut.

"Bangpis takyah ikutlah, tak sempat dah ni"

So, kamipun gerak pergi minum.
Alaa..kedainyapun tak berapa jauh dari rumah.
5 minit drive sahaja.

So, sayapun order air teh tarik sama roti kosong.
Mak pula order teh tarik sama roti telur.
Ayah macam biasa cuma teguk air teh tarik sahaja.
Lepak-lepak sampai dekat pukul 11.20 macam itu.

"Jap lagi afzan nak tidur dalam keretalah sementara on the way"

Ayah dengan mak diam sahaja.
Tapi tiba-tiba ayah bersuara.
"Cepatlah, nak balik rumah ni"

Mak dengan saya dah tercengang-cengang.
Saya pandang mak.
Mak pandang saya.

"Aik, kata nak pergi ambil adik. Ni dah pukul 11.20 ini"
Mak menyuarakan ketidakpuasan hatinya.

"Lambat lagi, Ada lagi 40 minit. Buat apa pergi awal-awal"
Ayah menjawab selamba.

"Tak apalah pergi awal, tak payah adik tunggu kita"
Mak bersuara.

"Nak balik buang hajat dulu. Lepas tu nak suruh Apis bawa kereta. Ku nak rehat sahaja."
Ayah tetap dengan pendiriannya.

Dek kerana mata saya yang tiba-tiba layu sebab mengantuk, sayapun cakap,

"Macam mengantuk di sorong bantal pula. Afzan tak payah ikutlah.Nak balik terus tidur sahaja lepas ni."

Kamipun balik rumah.
Balik-balik sahaja abang saya sudah rasa pelik.

"Aik, cepatnya."

"Cepat apanya. Tadi pergi minum sahaja. Sudahlah, bangpis pergilah. Ayah nak bangpis drive."

Abang saya dah gelak guling-guling.
Tadi beriya sahaja kata nak pergi ambil adik terus.
Ini boleh pula patah balik semata-mata nak buang hajat.
Ada ke patut?
Ayah...Ayah..bikin funny lagi ye.

Saturday, July 24, 2010

Nuffnang : Snickers Game memang best!

Pernah tak tengok iklan nuffnang pasal games Snickers itu.
Haha.
Saya kalau jumpa blog yang ada iklan ini mesti klik.
Bukan klik sahaja, tetapi terus main game nya.
Memang menarik tapi kena pantas kalau nak menang hadiah.
Hadiahnyapun lumayan beb.
Mula-mula kena register dulu.
Lepas register baru boleh login to play.
Nampak tu top scorernya. Boleh buat dalam masa 7 saat sahaja.
Terror betul mereka.
Nak masuk top 15 pun payah.
Bila click 'start game' , game pun start.
Caranya kena cari snickers yang tersembunyi dan drag kepada manusia yang macam zombi tu.
Cari sampai 10 sebab ada 10 zombi kat bawah tu.
Tang yang susahnya nak cari snickers yang tersorok.
huhu~

Memang game yang mencabar.
Sebab the fastest time saya cuma 15 saat.
Macam manalah diorang boleh score 7 saat yea?
Imagine*
huhu~
Tak percaya boleh tengok bawah ni.
Jomlah layan game ni.
Kalau nak direct to website dia, boleh klik SINI.
Nak tunggu iklan nuffnang keluar memang kenuh la.

Ayahku funny: versi gambar mak!

Ambil cuti semata-mata nak renew insurance.
Tapi, dek kerana gigih mencari pejabat insurance tu kami sesat jugalah hingga tak sempat nak proceed to renew road tax.

Dah pukul 4 baru teringat nak rushing balik.
Sebab bila hari bekerja, pukul 5 orang office dah start sesakkan jalan.
ohh..tak sanggup nak tensionkan diri di hari cuti dengan kesesakan jalan.
Cukuplah masa hari bekerja sahaja.
Dek kerana tak sempat, sayapun minta tolong ayah renewkan.
Dah malas nak beralasan keluar office esokannya semata-mata untuk renew road tax.

Dipendekkan cerita keesokan harinya balik dari kerja saya dah nampak fail geran dan resit insurans terletak baik atas meja.
Sayapun dengan rakusnya check la takut ayah terlupa nak renew.
Check2 terkeluar sekeping gambar yang ayah print atas kertas A4.
Sayapun tanya terus kepada ayah.
"Aik, gambar mak di kebun? Comelnya"

Ayahpun jawab,
"Mak miskin. Rumah tak siap. Dindingpun tak ada. Kesian.."
Kedengaran ada tawa dihujung ayat itu.

Mak yang muncul dari bilik dah malu dengar ayah cakap macam tu sambil berkata,
"huhu.. pergi kebun pakai baju buruk je la..apalah ayah ni kata miskin..
Tengok afzan, ayah kata mak miskin."

Mak mengadu manja pula pada saya.
Akhirnya kami semua ketawa.
Ayah saya kadang bila datang mood dia baik macam gitulah.

Rajin betul ayah saya print gambar tu.
Nampak sangat ayah suka tengok mak macam gitu.
ahaha~

Dah lebih 34 tahun usia perkahwinan mereka.
Sangat adore dengan kemesraan mereka.
Ayah pendiam dan pemalu.
Mak pula peramah dan mesra alam.
Memang saling lengkap melengkapi la mereka berdua tu.
So sweet.
Sayang mak dengan ayah =)

Inilah gambar yang ayah saya print tu.
Memang betulpun cakap ayah saya tu.
Cuma tu bukan rumah kami. Tapi hanya pondok di kebun.

Friday, July 23, 2010

Solat Jenazah : Kenapa tunggu Ustaz/Imam/bilal untuk imamkan?

Hari ini sekali lagi jumaat.
Hari jumaat hari yang mulia.
So, saya memang nak share benda-benda baik hari ni.

Semalam tengok TV malam lepas balik kerja.
Berkenaan masalah pelaksanaan fardhu kifayah.
Ada lakon semula situasi untuk nampak real pasal salah satu fardhu kifayah yang perlu kita tahu sebagai orang Islam iaitu cara pengurusan jenazah.
Kali ini fokus kepada solat jenazah.


Kita kena ambil tahu pasal pengurusan jenazah lagi-lagi perihal solatnya

Dalam lokanan semula itu digambarkan seseorang telah meninggal dunia.
Setelah dimandikan dan dibacakan yassin, tibalah masa untuk solat.
Oleh kerana hadirin yang hadir ke rumah si mati semuanya tidak mengambil berat pasal pelaksaan solat ini, maka semuanya termasuk orang-orang tua mengharapkan imam, bilal atau ustaz bertauliah untuk datang mengimamkan solat.
Menurut pemahaman mereka, hanya imam atau bilal sahaja yang layak menjadi imam solat jenazah.
Tapi sehingga ke malam, imam atau bilal tidak kunjung datang.
kerana kasihan pada si mati, barulah hadirin membuka peluang kepada sesiapa yang nak jadi imam.
Rupanya anak si mati ada dan dialah yang menawarkan diri untuk mengimamkan solat.

Persoalannya, kenapa tidak dari awal dia ditawarkan jadi imam.
Saya faham sebagai orang muda, dia hanya mengikut sahaja kata orang-orang tua yang ada di situ walaupun dia punya pengetahuan itu.
Menjadi tanggungjawab kita untuk tahu tentang pelaksaan solat jenazah.

Memang sepatutnya diberi keutamaan kepada saudara terdekat si mati untuk mengimamkan solat.
Jika isteri yang mati, maka suamilah paling layak mengimamkan solat jenazahnya.
Jika seorang anak mati, maka ayahlah paling layak.
Jika ayah yang mati, maka anak lelakinya paling layak.
Jika, tidak ada barulah saudara mara terdekat yang lain paling layak.
Jika tidak ada juga, barulah lelaki lain yang sudah baligh serta berpengetahuan boleh jadi imam termasuklah imam, bilal ataupun ustaz.

So, kenalah take note ye para lelaki di luar sana.
Jangan mengambil mudah isu ini.
Sentiasalah bersedia sebab setiap daripada anda merupakan seorang anak.
Dan kebanyakkan daripada anda adalah seorang ayah ataupun bakal ayah.
Juga sudah beristeri atau bakal beristeri.
Jangan ingat fardhu kifayah sahaja, kita tak perlu tahu sebab adaorang lain yang tahu.
Jangan mengharapkan orang lain sahaja untuk tahu perihal ini.

Untuk maklumat terperinci berkenaan pengurusan jenazah ini bolehlah rujuk SINI
Afak lengkap panduannya.

Gambar sumber : Pakcik Google

Happy 1st Anniversary my BF

Hari ini tarikh keramat.
23/Jul/2009 saya telah mula serius berhubungan dengan my Orange Sweetheart.
Dan pada 31/Jul/2009 kami dipertemukan.
Kalau ikutkan saya berkenan dengan dia dah lama.
Sejak bulan May/2009 lagi. Tapi susah juga nak mengorat dia.
Macam-macam syarat kena saya penuhi sebelum saya dapat memiliki dia.
Tapi berbaloilah kan.

Kini sudah setahun kami berhubungan.
Dan dia memang BF yang baik.
Tak banyak ragam.
Saya senang dan sayang sangat pada dia.
Walaupun dia pernah masuk hospital selama 2 minggu atas kecuaian saya.
Tapi ,dia tetap setia dengan saya.
Baguskan dia?

Tunang?
Oh tidak, bukan dialah.
Buat masa ini tunang dah jatuh tempat kedua.
Dia ini lagi penting buat masa inilah.
Mana taknya.
Dah banyak dah duit gaji yang saya korbankan untuk dia.
Dan pastinya tunangpun tak cakap apa sebab tunangpun juga terlibat masa dia masuk hospital dulu.
Nak cakap cuai itu tidaklah.
Dah kata takdir.

Habis itu siapakah dia?
Baiklah, biarlah saya berterus terang.
Inilah dia my Orange Sweetheart.

Inilah keadaan dia sebelum ditahan di 'hospital'

kesian dia kan masa ini.
Sedih sahaja saya tengok. Cedera parah.
Tapi sekarang dia sudah sembuh.
=)

p/s : Road Tax pun sudah renew. Lega!

Thursday, July 22, 2010

Blog Awards : Daripada Meo188 dan Ultraman_88

Award pertama diterima daripada Meo188.
Award dia ni menarik sebab ada gerak-gerak.
Saya tak reti la buat grafik-grafik macam ni.
huhu~


Award yang kedua ni daripada Mr. YusufUltraman.
Tengok daripada namapun memang sah dia ni peminat kipas susah mati Ultraman.
hehe~

http://3.bp.blogspot.com/_dbSQVzelCFI/TEb59utwzgI/AAAAAAAACFs/fQsQyWuMeU0/s1600/kk.png

tapi,nak ambil award ini bukan free2 sahaja.
Kena tag 15 orang pula.
Ermm..siapa eh yang bertuah kali ini?
Jeng jeng jeng..

Saya namakan sahajalah.
Kalau dah ada award ini bolehlah abaikan sahaja.

Meo188
KakInaKL
Sharinginfoz
Saya_arief
rhapsody Lin
mario
Nazwa_terbaek
sweetsal
nanajoe
Darkbatman
Kujie
Yott

Saya buat secara rambang sahaja.
12 sahaja. Dah tak larat nak cari.
Nasiblah siapa yang terkena.
Terasa macam selebriti pula bila dapat award macam gini.
Ceewah~perah santan la saya ni.
Blogpun tak seberapa.
Malulah sikit.

Pepun, terima kasihlah sahabat2 yang sudi lawant blog saya dan paling terbaik siap bagi award.
Terharu.
Saya simpan award-award yang saya dapat sejak dulu di tab 'Award2' kat sidebar atas sekali tu.
Perasan tak?

p/s:
Rasa macam ada banyak sahaja award yang terlepas pandang.
Ohh..maafkan saya. Bukan tak sudi tapi tak sempat nak check dan susun cantik-cantik dalam tab 'Award2' tu.
Nanti once dah buat saya khabarkan ok.

Hapetitis B Vaccine :Perlu ke untuk orang dewasa?

Saya tahu mesti ramai yang tak ambil peduli pasal Hepatitis B ini.
Sebab masa usia kita baby, kita dah disuntik vaksin ini.
Samalah macam saya.

Hepatitis B ni macam penyakit yang disebabkan gaya hidup bebas sahaja.
Berkongsi pasangan kelamin ataupun berkongsi jarum suntikan.
Dalam kepala ini masih lagi terkepung oleh anggapan ataupun mitos lapuk itu.
Tapi semua itu berubah sejak minggu lepas semasa buat medical check up.
Doktor tu cakap saya kena pergi dapatkan vaksin Hepatitis B.
Uuu...masa tu agak terkejut tapi buat-buat cool sahajalah.


Saya tak buat kerja-kerja macam gini.Kenapa kena juga?

Bila balik ke office, rupanya ramai juga kawan-kawan yang dapat nasihat yang sama.
So, sayapun cubalah cari sendiri apakah itu Hepatitis B yang sebenar-benarnya.
So, saya copykan sahaja info yang saya ceduk dari SINI.

Apakah maksud Hepatitis B
Hepatitis B adalah disebabkan oleh virus Hepatitis B, HBV. Virus ini boleh didapati di dalam darah dan cecair badan orang yang telah dijangkiti dan boleh merebak jika anda terdedah kepada darah, cecair darah(serum) atau cecair dari alat kelamin mereka. Ini boleh berlaku jika anda berkongsi jarum dan picagari atau melalui hubungan kelamin. Wanita yang dijangkiti boleh menyebabkan bayi mereka terdedah kepada virus ini.

--> Eh, doktor tak pula mention pasal ini. Dia cuma cakap ada something yang kurang dalam darah saya. Ni yang risau ni. Adakah saya terkena virus ini? uuu...adakah ini terjadi kerana menderma darah? arrrghh..betul-betul tak faham.
Nampaknya saya kena pergi dapatkan vaksin inilah.

Simptom yang berlaku bila terkena jangkitanpun memang berbahaya.
Tanda-tanda awal dijangkiti Hepatitis B adalah :

* Penat
* Sakit kuning
* Gatal-gatal
* Hilang selera makan
* Hilang berat badan
* Sakit perut
* Sakit-sakit sendi

Cuba check kalau-kalau andapun turut mengalami masalah macam saya ini.
Sebab bila dah kronik, lagi teruk sakitnya.
Pembawa virus hepatitis B yang kronik adalah berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti berikut:

* Radang hati yang kronik (Chronic hepatitis)
* Cirrhosis hati (Liver cirrhosis)
* Kegagalan fungsi hati (Liver failure)
* Barah hati

Memang bahayalah kan kalau betul-betul macam ini akibatnya.
huhu~

Info terkini : Rupanya vaksin Hepatitis B yang kita dapat masa berusia baby tu hanya bertahan sehingga umur 17 tahun atau lebih (depends kepada sistem badan orang tu la). Patutlah bila dah lepas 17 tahun doktor sarankan dapatkan vaksin Hepatitis B itu. Macam saya ini umur sudah 25 tahun baru doktor suruh dapatkan vaksin. Err..kiranya sistem badan saya ini kuat la kan..=)

Sumber gambar : pakcik google

Wednesday, July 21, 2010

Banyak pula petua mereka dapat di Nuffnang Sharing Session



Event yang saya tak pergi. Oh, rupi tak apply to join
Ohh..
Dalam hati ini adalah terdetik rasa menyesal.
ohh..menyesal tak apply to join Nuffnang Sharing Session di Pak Li Kopitiam.
Ramai juga blogger-blogger yang join termasuklah KakInaKL yang saya betul-betul mula kenal masa Gathering GengBlogger yang baru lepas.

Bila terbaca pasal ini di blog KakIna, rasa teruja pula sebab semasa sesi tersebut, saudara Eyriqazz yang jadi guest blogger masa sesi tersebut memang superb peramah dan tak lokek untuk berkongsi segala pengalaman yang diperolehi sebagai blogger daripada newbie sehinggalah jadi blogger berjaya sekarang ini.
Terkagum sebab dia hanya ambil masa 1 tahun untuk mengecapi apa yang diimpikan oleh para bloggers yang join nuffnang.
Bak kata orang,
Mana nak dapat sagu kalau tak dipecahkan ruyungnya.
Mana nak dapat apa yang diimpikan kalau tak berusaha.
haha~

Lepas ini kalau nuffnang ada buat event, saya akan try untuk join.
Kalau tak berjayapun tak apa.

Orang yang berjaya ialah orang yang tidak berputus asa apabila dia gagal.
Orang gagal pula ialah orang yang berputus asa sebelum mencubanya.
So, renung-renungkanlah diri sendiri.
Bak kata orang lagi, gagal itu punca kejayaan.
Orang yang berjaya tanpa pernah gagal takkan rasa nikmatnya kejayaan itu =)

Adoi, melalut ke lautlah hari ni.
Hajat nak share apa yang saya dapat daripada entry-entry mereka yang tak lokek ilmu ini membuatkan saya bersemangat untuk menghasil entry yang terbaik.
Biar sikit asalkan berkualiti.
Dan kenalah mindset berblog tu bukan sebab nak popular atau nak kejar duit.
Tapi, sebenarnya mengejar kepuasan menghasilkan entry yang orang suka.
Err..tapi sekarang ini entry saya ini berkualiti kah?
(bertanya dan bermuhasabah diri sendiri..huhu~)

Kalau nak baca details pasal tips-tips untuk berblogging oleh bro Eyriqazz dan tips-tips untuk nuffnang bolehkah baca terus di link KakInaKL ni. Lengkap beb dan berbaloi-baloi!
Eyriqazz sendiri ada buat entry khas dan share secara details petua-petua berblogging yang hebat .Klik Eyriqazz tips part 1 dan juga Eyriqazz tips part 2 untuk tahu lebih lanjut.

p/s : oohh..kesilapan yang tak disengajakan telah berlaku dalam Entry Gathering GengBlogger, serius ingat dah letak semua link member2 yang kenal di sana tapi macam manalah boleh tak perasan Longhaffiz aka Perantau London punya link tak ada.
Haiihh...sorry bro jangan sedih-sedih.
Saya tinggal link kat sini orait tak?

Tips untuk kurus cara sihat : Tingkatkan paras metabolisme!

"Kau tengok tu, kurus betul kan dia"

Member saya bersuara sambl menudingkan jari ke arah sesusuk tubuh kurus berhampiran kami.

"Oh dia tu. Dah ada anak tapi badan dia tak naik-naik. Malah makin kurus pula."

Saya pula bersuara.

"Metabolisme dia tu tinggi sebab itulah kurus. Ada member aku diapun maca tu juga. Setiap 3 jam dia akan rasa lapar dan setiap 3 jam jugalah dia akan cari makan tapi badan tetap keding."

Memberku mula explain pasal metabolisme yang membantu untuk kurus tanpa perlu mengawal makan. Macam menarik sahaja kan kalau kita makan dengan cara yang betul tanpa perlu nak berdiet semata-mata untuk kurus.

Selalu sahaja kita dengar sesetengah orang mengeluh berat sebab dia dah berusaha berdiet dan mengurangkan makan tetapi berat badan nak turun sekilo pun payah.
Adakah itu ada kaitan dengan paras metabolisme dalam badan?

Actually, apa itu metabolisme?
Metabolisme adalah proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga.
Bila metabolisme tinggi, maka proses menukar kalori daripada makanan kepada tenaga jadi lebih pantas dan banyak.Sebab itulah makan banyakpun akan still kurus.

Tapi adakah paras metabolisme ini dipengaruhi faktor genetik keturunan?
Ataupun semua orang boleh meningkatkannya asalkan ada kemahuan dan usaha.
Bila saya godek-godek google, ada rupanya car untuk tingkatkan paras metabolisme badan.
Macam mana ye?

Biasanya, secara semulajadi paras metabolisme seseorang akan menurun bila usia meningkat.
Sebab itulah ketika remaja, makan banyakpun still kurus sahaja badan lagi-lagi remaja lelaki.
Berita baiknya tidak kira berapa umur kita, beberapa cara boleh dilakukan untuk meningkatkan kembali paras metabolisme, iaitu melalui:

1)Pastikan makan sikit tapi kerap! Kalori lebih 1000.
Pastikan kita consume sekurang-kurangnya 1000 kalori setiap hari.
Ingat apa itu metabolisme? Proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga.
.Jika anda mengamalkan diet kurang daripada 1,000 kalori sehari, secara automatik badan memperlahankan kadar metabolisme untuk menjimatkan tenaga.Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap iaitu setiap empat hingga lima jam. Apabila ada kemasukan makanan, kadar metabolisme akan meningkat kerana badan perlu bekerja untuk mencernakan makanan. Secara tidak langsung ia juga menyebabkan kadar metabolisme akan meningkat bagi menukarkan makanan kepada tenaga.

2)Ambil sarapan!
Pastikan anda mengambil sarapan. Kajian menunjukkan individu yang mengambil sarapan secara tetap dalam masa dua jam selepas bangun tidur mempunyai keupayaan lebih baik untuk mengawal berat badan. Kenapa? Bila sarapan kita tidak membiarkan perut kosong terlalu lama yang mungkin akan meyebabkan kita rasa amat-amat lapar menjelang tengahari dan akan makan lebih waktu lunch tanpa sedar. Kan susah nak kawan berat badan.

3)Banyakkan pengambilan protein!
Ada yang menyarankan supaya mengambil protein setiap kali makan. Protein dikatakan mampu meningkatkan kadar metabolisme lebih baik berbanding karbohidrat dan lemak. Bahkan pengambilan protein pada kadar sederhana mampu membantu mengekalkan dan membina jisim otot. Sumber protein paling jelas ialah ikan.

4)Senaman secara konsisten!
Buat senaman aerobik empat hingga lima hari seminggu; sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Contohnya berjalan kaki selama 20 minit tanpa henti. Naik turun tanggapun baik juga.
Bila-bila masapun boleh. Tak perlu nak tunggu hujung minggu, pagi atau lewat petang.

jalan kaki sambil menyanyi pun gerek juga kan?
5)Minum banyak air masak!
Minum banyak air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Ia membantu meningkatkan kadar metabolisme, proses pencernaan dan perkumuhan bahan toksin daripada badan.

6)Tidur cukup!
Tidur secukupnya. Tidur memberi peluang badan berehat dan memperbaiki kerosakan tisu. Ia juga membuatkan kita berasa lebih bertenaga untuk melakukan tugas harian dan meneruskan senaman. Jangan tidur banyak sangat. Nanti jadi lemau.

Huh, sampai enam tips tapi tips yang last tu paling susah untuk saya lakukan.
Err..sebab saya ini hobi selain berblogging ialah tidur.
Sangat best rasanya dapat tidur lagi-lagi bila hujung minggu. =)
Ops, apapun yang penting kena ad semangat!


Sumber ilmu: wawa
Sumber gambar : pakcik google

Tuesday, July 20, 2010

Nak masak sekarang senang : Resipi internet !

Minggu lepas semasa sarapan pagi bersama rakan-rakan sekerja, topik berkenaan masak-masak jadi bualan.
Oleh kerana memori sedikit kaput saya just jot down apa yang saya ingat sahajalah.
Sambil makan, sambil borak.
Ada dalam 7 orang kot semeja.
4 dah kahwin manakala 3 lagi masih single (termasuklah saya..teehehe.)

"Sedaplah I masak. Dulu I tak masak kan". Si Z (masih single) bersuara.

"Aik, I memang dari dulu pandai masak la cuma masa dia awal pregnant dulu dia tak larat nak masak" Kuperbetulkan kesilap fahaman Si Z terhadap Si I(dah kahwin of course).

"Ooo...ok, sorry2. Susahkan bila dah kahwin dan kena kreatif bila memasak supaya tak mudah bosan dengan lauk yang sama sahaja hari-hari" Si Z membalas.

"Sekarang ni kalau nak masak senang sahaja kan. Kalau tak ada idea check sahaja internet. Macam-macam ada. Tengok sahaja ramuan apa. Sukatan tu agak-agak sendiri sahajalah." Saya menyampuk dan kawan-kawan lain semuanya mengangguk setuju.

Tiba-tiba N (yang dah kahwin) pula bersuara.
"Memasak ni bukan susah. Selalunya sebelum berkahwin ramai sahaja perempuan yang tak reti masak, tapi lepas kahwin jadi pandai. Jangan risaulah."

Bila fikir-fikir balik memang berguna juga internet ini ye.
Lagi-lagi untuk suri rumah- suri rumah sepenuh masa yang mungkin kebosanan di rumah.
Nak tengok TV pun lama-lama muak juga.
Bila ada internet boleh mencari resipi-resipi masakan baru untuk menambat perut sang suami.
Silap-silap boleh jadi chef..
ahaha~
Itupun bergantung kepada kerajinan diri juga.
Kalau dah dasar pemalas nak masak,
last-last ajak suami makan di kedai.haiihhh~

p/s : suka lawat blog ibu-ibu yang sangat rajin kongsi resipi memasak. Ada juga mencuba resipi mereka =)

Tips untuk menyemarakkan cinta yang pudar!

Salam..
Hari tu saya ada bagi tips dating..
Kali ini saya nak share pula tips untuk menyemarakkan rasa cinta pasangan yang dah lama bercinta/berkahwin.

Biasalah.
Bila mula-mula bercinta semuanya manis.
Banyak cerita masing-masing yang nak dikongsi dan semuanya interesting sahaja.
Tapi bila dah lama, macam dah kering idea nak kongsi cerita.
Atau yang paling teruknya, masing-masing dah mula rasa bosan.
Rasa cinta tu makin lama makin pudar (itu perasaan sendiri sahaja sebab sebenarnya rasa cinta tu tetap ada cuma tak sedar sahaja.)

So, berbalik kepada subjek utama.
Biarlah saya kongsikan sedikit tips ini.

1) Kurangkan bercakap.

Bila kurang berbual maka akan kuranglah pertengkaran dan juga berselisih pendapat.
Bila kita kurang bercakap, kita akan lebih fokus untuk mendengar.
Makanya kita akan lebih memahami pasangan kita dari sudut yang berbeza dan berupaya untuk respond dengan positif.
Dan dia akan rasa dihargai. Kan romantik tu!

jangan sampai jadi macam ni pula bila bertengkar
2) Eye Contact.

Perasan tak?
Masa mula-mula bercinta dulu memang kalau boleh nak tengok muka pasangan kita setiap ketika. Lagi-lagi mata.
Tapi bila dah lama kenal, eye contact makin lama makin kurang. Kadang-kadang cakap tak tengok muka pasanganpun.
Orang kata dari mata turun ke hati.
Tapi kalau dah lama tak ada eye contact, tak ada apalah yang turun ke hati lagi..
Maka, keintiman hubungan tu makin lama maka berkurang.
betul tak?
So, cara nak semarakkan balik rasa cinta itu, eye contact kena improve la kan. =)

err..eye contact yang ini menakutkan
3) Penghargaan

Yang ini paling saya suka.
Masa mula-mula bercinta kita emang nampak yang cantik sahaja pada pasangan.
Semuanya indah belaka di mata tanpa ada cacat celanya.
Tapi, lama kelamaan barulah kita nampak keburukan-keburukan pasangan.
Makin lama makin banyak pula sikap-sikap pasangan yang menjengkelkan kita sehingga buat kita rasa bosan. Itu bahaya!
Cara nak menyemarakkan kembali hubungan ialah reverse kembali masa mula-mula kenal.
Positive! Fokus untuk kenalpasti ciri-ciri yang buat kita jatuh hati pada pasangan kita suatu masa dahulu dan hargainya. Jangan terlalu memikirkan kelemahan pasangan kita.
Buat sakit hati sahaja.
Ingat, setiap orang ada kelemahannya termasuk diri kita sendiri!

Cukuplah 3 tips yang saya berikan ini.
Harap-harap ia berguna untuk anda.
Semua orangpun berimpian untuk bercinta tak kiralah sebelum atau selepas berkahwin.

Monday, July 19, 2010

Novel Lagenda Budak Setan : Edisi Terhad

Beberapa hari lepas saya ada bagitahu berkenaan buku Lagenda Budak Setan yang dah rebatch sempena 25 tahun penerbitannya.
So hari ni saya nak reveal la rupa buku tu kan.
Itupun kalau ada yang nak tahu la.
hehe~
Kalau rasa macam dah tahu atau tak tak na tahu bolehlah scroll ke bawah untuk baca entry pasal tips bercinta.
ahaha~

Actually, sehari seleps confirmation email from mphonline diterima parcel buku itupun sampai.

Lepas dah buka parcel tu secara tak berapa berhemah, sayapun check la rupa buku dan juga surat cinta resit pembelian.

Official resit ini penting sebagai bukti dan juga boleh guna untukkurangkan income tax.
=)

Ahaaa..inilah dia cover dia..Actually hanya cover luar ni sahaja edisi terhad.
Tapi di dalam itu edisi 2005 sempena 20 tahun penerbitan novel Lagenda Budak Setan ini.

Bila cover tu dibuka, barula dapat tengok rupa buku ini.
Kan saya dah cakap, buku ini warna biru.

Terbitan batch 2005 ini ada cetak juga sijil yang Ahadiat Akashah terima daripada Malaysia Book of Record sebagai most Published malay novelist yang diterima masa tahun 2001 dahulu.
Dalam sijil ini hanya mencatat 55 novel.
Tapi sebenarnya menjelang 2005, dia telah menghasilkan 71 novel.
Banyaknya. Nanti saya nak cari lagi koleksi novel Ahadiat Akashah ini la.

Sekarang ini baru menghabiskan 252 mukasurat daripada keseluruhan 662 mukasurat.
Ada banyak lagi yang perlu dibaca.
=)

p/s : ada orang kata Lagenda Budak Setan ini digarap oleh Ahadiat Akashah berdasarkan kisah hidup diri dia sendiri. Betul ke ye?

Nuffnang tips : Iklan terapung lebih mesra readers!

Salam~
Pagi ini berjalan-jalan cari pasal di blog-blog rakan-rakan blogger.
Rupanya blogwalking ini memang tak sia-sia sebab seain dapat tambah kawan dan gian trafik tapi kita juga dapat tambah ilmu lagi-lagi kalau ada tips-tips blogging dan juga yang paling menarik tips nuffnang la kan.

Ahahha..
Rakan-rakan mesti perasan yang iklan nuffnang sidebar saya dah berubah lokasi daripada stick dekat sidebar tu menjadi iklan terapung.
Maknanya bila scroll ke bawah atau ke atas sekalipun, iklan itu akan follow.
Nasib baik content blog saya ini kurus dan 2 column.
Kalau tidak akan mengganggu pula pembacaan rakan-rakan yang singgah lagi-lagi di sidebar itu.
=)

Oh ya.
Saya jumpa tutorial untuk buat iklan jadi terapung macam ni.

Terima kasih sangat-sangat kepada mimpisibunga sebab sudi share tips ini.
Terjah ke sana untuk belajar lebih lanjut tutorial iklan terapung ini dan juga baca kelebihannya.

Lalalala~

Sunday, July 18, 2010

GengBlogger nak buat kecoh di Time Square pula!

Cakap pasal Gengblogger, siapa yang tidak kenal.
Siapa blogger yang ketinggalan memang rugi besar.
Dan Gathering Gengblogger yang dibuat awal bulan July lepas memang satu titik permulaan yang baik untuk menyemarakkan lagi semangat ukhuwah antara blogger sebab dapat berjumpa secara realiti.
10 July 2010 memang tarikh yang akan menjadi kenangan terindah sebagai blogger =)

Kepada yang tak dapat join Gathering Gengblogger yang masuk Kosmo! tu jangan rasa sedih.
Kenalah sentiasa alert dengan perkembangan terkini gengblogger walaupun dah hampir seminggu saya tak dapat login Gengblogger page.
Entahlah, tak tahu kenapa tapi ternyata masalah itu turut dihadapi rakan2 Gengblogger yang lain.
So, Kong perlu ambil inisiatif untuk fix problem tu.

Oh ya..
Tadi semasa blogwalknig di blog kawan-kawan terjumpa update Nabiel berkenaan 2nd event gengblogger yang akan dibuat sebelum puasa.
Bowling time pula kali ini.
Saya tak sampai hati untuk tak sebarkan maklumat ini lagi-lagi bila ada komen2 blogger yang clain tak tahu dan tak dapat information berkenaan perjumpaan tersebut.
So, here I reveal siap-siap.

Bila check di blog Joe, ternyata dialah 'dalang' untuk event kali ini.
So, bila baca post dia, rupanya planning ni belum confirm pun.
masih under 'draft' dan belum 'publish' lagi.
Ini antara details yang saya kutip daripada blog joe berkenaan event ini.
(memang betul-betul copy cat sahaja ni)

gambar ni pun copy-cat di blog joe juga.
Nama : GengBlogger Bowling Time
Tarikh : 7 atau 8 August 2010
Tempat : Times Square
Masa : 10 am hingga 3 pm
Tentatif :
10.00-11.00 pm : Pendaftaran Blogger
11.00-1.00 pm : 'Bowling Time!!'
1.00-2.00 pm : Rehat, solat
2.00-4.00 pm : Upacara penutup + Makan + Pertukaran Hadiah + Penyampaian hadiah

Bowling time
1) Berbentuk pertandingan
2) Setiap blogger akan dipecahkan kepada kumpulan kecil (4 Orang satu kumpulan) yang mana pemilihan ini adalah secara rawak. Pihak penganjur akan memastikan tiada blogger yang kenal antara satu sama lain berada dalam satu kumpulan yang sama
3) Hadiah untuk Best Man, Best Woman, Best cheerful team, Best scoring team, akan disediakan

Sesiapa yang mahu jadi ajkevent, sekali lagi email nama dan url blog ke joegrimjow@gmail.com

Saya?
Berminat nak join tapi nak jadi AJK apa ye? takut tak mampu nak fully committed je.

Anak-anak Group memang comel!

Ahli kumpulan dalam company tempat saya kerja kebanyakan dah berkahwin dan punya anak dah.
Macam boss besar ada 3 anak kalau tak silap.
Tapi masa jamuan kelmarin dia datang solo sahaja.

Then, boss kedua, ada 2 orang iaitu Mr. S dan juga Mr. H..
Mr. H ada 2 anak perempuan. Dah tak baby dahpun.
Dia tak dapat join jamuan sebab demam.

Mr. S pula ada seorang anak umur dalam 2 tahun lebih.
Yang rambut pendek berbaju merah didokong itulah anak dia, Anis.
Sangatlah takut dengan orang lain.
Nak mak dengan ayahnya sahaja.
Kalau orang lain nak pegang, terus nangis.
Tengok tu member nak snap gambarpun muka dia masam.
Ini pula anak boss number 3, Jojo.
Nama si kecil ni Adam Darwish. Rasanya umur dia dah masuk setahun.
Sangat gila gambar si Adam ini.
Pantang saya snap sahaja mesti dia mula berposing.
Tengoklah gambar ni.
Dan gambar ini.
Alolo..cumilnya Adam.
Member ni suka sangat baby.
Disuapnya baby Adam ini dengan biskut stick tu.
macam sedap sahaja tengok dia makan.
Ini pula anak kepada Ms. N.
Umur dia setahun lebih rasanya.
Di bibir dia ada coklat cair yang dah mengeras.
Cuba nak lap tapi tak tanggal.
Nampaknya Aqil si kecil baju biru ini kenalah hilangkan sendiri kesan itu dengan menjilat bibir sendiri.

Entah macam mana sedang saya snap gambar ini,dia terus jelir lidah.
Ayoo..mengejek siapa tu Aqil?
Coming soon..
Ms. I akan deliver bulan 11 ini.
Ms. H boss ketiga juga akan deliver bulan 12 ini.
Dan Ms. N merangkap mak Aqil pula akan deliver untuk anak ke 2 pula bulan 2 nanti.
Meriahlah group saya dengan kehadiran kanak-kanak comel ini nanti tahun depan.

Saturday, July 17, 2010

Flaming Steambot di Sunway terbaik!

Diam tak diam dah masuk bulan 7.
Bulan depan dah tak boleh nak mengada-ngada makan siang.
Kenalah banyakkan sabar serta tingkatkan amalan sebab dah masuk bulan Ramadhan.
So, group saya di office dah plan nak pergi makan-makan sebelum Ramadhan ini.
Sebenarnya sempena birthday member office.
Walaupun dah lepas sebab birthday dia awal bulan Julai.
Tapi dek kekangan masa terpaksa ditangguh sehinggalah semalam.
Inilah dia si birthday girl.
Ceria sahaja.
ngeh-ngeh...

Semalam pergi makan steambot buffet beramai-ramai di Sunway berhampiran Sunway Pyramid.
Buffet ni hanya 2 jam sahaja dan kami booking daripada pukul 6 sehinggan pukul 8.

Masa sampai di sana, memang agak payah untuk parking.
Lot parking yang kosongpun kena bayar RM5 per entry.
So, dinasihatkan kepada sesiapa yang nak merasa steambot ini kalau boleh ajak ramai-ramai dan seboleh-bolehnya berkongsi kereta supaya senang mahu parking dan juga jimat duit minyak dan parking.
=)

Kami sampai memang tepat-tepat pukul 6.
Masuk sahaja terus teruja sebab banyaknya makanan.
Pilihan fresh seafood untuk masak steambot banyak sangat.
Daripada pelbagai jenis ikan, sotong, udang, lala, kerang dan lain-lain.
Mula-mula ambil sepinggan macam di bawah ini.
Lepas itu tambah lagi sepingggan ini.
Siap ketam lagi.
Lepas itu tambah lagi sepinggan.

Ada 2 pilihan sup iaitu sup biasa dan tomyam.
Kami masukkan semua bahan-bahan tadi dalam periuk steam yang dah ready panas.

Saya memang prefer tomyam la kan.
Nyum-nyum..
Saya dah ready nak makan steambot.

Selain itu ada juga makanan lain seperti nasi goreng, bihun goreng, wantan goreng, kentang goreng dan macam-macam lagi makanan bergoreng yang saya tak kenal tapi bila rasa memang sedap.
Saya ambil ini.

Ini jiran saya punya pula.Dia malas makan nasi.
Ada juga pencuci mulut marshmallow + biskut dicicah dengan coklat cair.
Saya tak berapa minat pula nak jamah coklat dengan biskut malam tu.
Member saya sahaja beriya makan.

Aiskrim ada lebih daripada 10 jenis.
Saya ambil perisa coklat. Sedap sangat sebab siap ada choc chips sekali =)
Semuanya boleh dimakan tanpa had.
Larat dengan tak larat sahajalah.
Berbaloi-baloi dengan harga untuk sekepala RM21.90.

p/s : lepas ini Flaming Steambot ini akan dibuka di Setapak. So, orang KL bolehlah serbu bila ia sudah dibuka.

p/s : pembetulan nama kedai Flaming Steambot bukan Flamingo Steambot..thanks Encik Amin.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics