Followers

Tuesday, August 31, 2010

Bulan Puasa : Jalan-jalan shopping raya? Part 2

Dalam tak membeli itu, tiba-tiba rezeki mencurah.
Tunang dapat bonus raya.
So, dia kata nak belanja saya beli baju raya.
Alhamdulillah =)

Kami plan ke KL semalam.
err..sebab itulah semalam saya senyap sahaja.
Sebab sepanjang hari keluar shopping.
Last2, saya grab satu handbag sembonia di SOGO.
Tengah ada SALES tu.
Tapi baju yang berkenan di hati memang tak jumpa.
So, sudahnya dia bagi saya cash untuk beli sendiri.
ehehe~
Dan hari ini saya sudahpun beli.
Memang ngam2 dengan cash yang dia beri itu.
Ada balance RM0.10 sahaja.
So, tahun ini ada baju rayalah kan.
Yippie! (baju free haruslah suka..ahaha~)

Nanti-nantilah saya tunjuk

Bulan Puasa : Jalan-jalan shopping raya? Part 1

Bila dekat-dekat raya mesti semua orang dah mula mencari barang persiapan untuk raya.
List-list yang dah dirancang mesti dipenuhi semua.
Paling-palingpun kenalah ada sepasang baju raya, kasut raya, tudung raya dan juga beberapa kuih/kerepek/biskut tunjuk kan.
Bagi yang lebih advance mulalah nak tukar langsir baru, perabot baru, bekas kuih baru, baju kena berpasang-pasang anek fesyen, kalau boleh yang dalaman pun nak yang baru juga.
Aahaha..
http://2.bp.blogspot.com/_WzLgmbPziyY/SNWJjNW-K6I/AAAAAAAAACo/wmVkkSr5YQk/s400/pandangan-dari-atas-tiang.jpg
Jalan Masjid India pun meriah beb bila hampir raya
Tapi ingatlah ye sebab raya tu tak lama.
So, fikir-fikirlah sebelum berbelanja.
Jangan sampai lepas itu dah tak cukup duit untuk makan.
Nak tunggu gaji masuk memang lambat lagilah kan.
Belanjalah ikut keperluan dan paling penting kemampuan.

Persiapan raya saya?
ermm..
Seriously, saya tak terasa nak berbelanja sangat tahun ini.
Baju raya memang tak rancang langsung untuk beli.
Kalau ada, adalah nanti.

Kasut raya pula memang ada 2,3 pasang sandal yang masih elok.
Apa yang penting selesa dipakai dan tak buat kaki lenguh.
Almaklumlah bila raya, kaki ini memang kena guna lebih.
Perut pun sama kena kerja keras.
Setelah sebulan perut berehat, menjelang raya memang kena prepare untuk macam-macam juadah.
hehe~

Langsir pula, Sabtu lepas baru sahaja hantar dobi langsir yang digunakan semasa kakak saya kahwin hujung tahun lepas.
Langsir itu jugalah bakal digunakan untuk raya kali ini.
=)

Kuih raya memang banyak saya beli.
Entah kenapa teringin nak berbelanja untuk biskut.
ehehe~
err..pasal makan-makan laju sahaja saya keluar duit.
Tadipun sempat saya pergi veli Rempeyek perisa dal.
Sebekas besar RM10.90 sahaja.
http://farm3.static.flickr.com/2107/1517825709_92a2a06156.jpg
popia simpul tu memang feveret eden. sape nak bagi?
Bagaimana pula dengan persiapan raya kawan-kawan eh?
Dah ready untuk raya?
Hati ini sudah masuk 21 Ramadhan beb.
Tak lama dah.
Pejam celik pejam celik dah raya.
Err..tadaruspun baru juzuk 9 nih.
Macam mana mahu kejar?
ohohoh~
Korang pula dah sampai mana?

p/s : Sorry, gambar pow daripada google je =)

Monday, August 30, 2010

Resipi Ramadhan : Sup Tulang versi Sempoi!

Salam satu Malaysia.
Entah kenapa tiba-tiba sahaja hari ini nak share resipi sup tulang sempoi versi saya sendiri sebab saya yang masak.
agagaga~

Bagi yang tak pernah masak Sup Tulang mesti rasa macam 'gerun' sahaja bila suruh masak Sup Tulang.
Padahal tak sesusah manapun.
Mahu cuba?
Mari-mari saya ajarkan.

http://img.photobucket.com/albums/v220/nuralisha/sup.jpg
Ini cilok google punya. Tapi sebijik camnilah rupa masakanku.

Bahan-bahan sempoi yang diperlukan.

(bahan tumis)
  1. Bawang putih 3 ulas dipotong kecil-kecil.
  2. Bawang merah atau besar 4 ulas dipotong kecil-kecil juga.
  3. Bunga lawang 2 biji.
  4. Bunga cengkih 1 biji.
  5. kayu manis sebatang.
  6. buah pelaga 1 @ 2 biji.
(bahan campak2)
  1. Halia yang dimayam atau diketuk.
  2. sup bunyut adabi (saya pakai yang ini daa..)
  3. Tulang sebagai bahan utama. (1 kg la anggaran)
(penyedap rasa)
  1. garam.
  2. ajinomoto.
  3. gula jika suka.
(penambah sedap kalau mahu)
  1. kentang 2-3 biji.
  2. bawang goreng ikut suka.
  3. daun sup, daun bawang.
Tengok pada bahan-bahanpun dah nampak mudah kan?

Cara-cara masaknyapun paling sempoi saya bagi.
  • Mula-mula, tulang direbus dengan air yang banyak (air tu akan jadi sup).
  • Rebus tulang sehingga lebih kurang setengah jam.
  • Kalau direbus dalam periuk buat sup, eloklah disejukkan dahulu sedikit selepas direbus. (saya biasanya ambil masa 30- 40 minit untuk sejukkan. Lagi lama lagi bagus dong!)
Sementara menunggu tulang yang direbus sejuk sedikit,sediakan pula bahan tumis.
  • Tumiskan dahulu bawang putih dan bawang merah sehingga hampir garing.
  • Kemudian masukkan pula bahan2 tumis yang lain.
  • Tumis sehingga garing.
  • Toskan sehingga minyak ditapis keluar.
Setelah sejuk sedikit, buka penutup periuk(alihkan terus), panaskan semula.
  • Masukkanlah sup bunyut, halia, kentang, carrot atau bawang potong jika mahu ke dalam periuk tulang yang direbus itu.
  • Renehkan sehinggalah kentang, carrot dan bawang potong menjadi lembut.
  • masukkan pula bahan yang ditumis sebentar tadi
  • Masukkan garam, ajinomoto dan gula ikut suka.(Secukup rasalah.)
  • Kemudian, tutup api sebelum masukkan daun bawang dan daun sup.
  • Siap!

Haaa..
senang tak?
sempoi kan.ehehe~
Apa lagi.
Bolehlah mencuba.

p/s: air rebusan tu anggarannya macam ni, kalau tulang tu bila masuk periuk paras setinggi 5cm dari dasar periuk, maka air perlu dimasukkan sekurang-kurangnya paras setinggi 10cm dari dasar periuk. Macam separuh-separuh la kan. =)

p/s lagi: amaran keras!! : Rebusan tulang perlu disejukkan dahulu selepas direbus bagi mengelakkan kemalangan berlaku. Tindakan membuka tudung periuk terlalu cepat boleh mengundang bahaya. Kakak saya pernah melecur di bahagian peha kerana terkena percikan sup yang meletup keluar sebaik sahaja tudung dibuka akibat tekanan dalam periuk belum habis release.

Sunday, August 29, 2010

Selingan : I Love U All by Lorry

Beberapa hari lepas, masa balik daripada kerja macam biasa saya bawa memang cukup berhemah.
Tiba-tiba ada sesuatu yang menarik mata saya.
Gila jiwang lori bawah ni.
Siap ada tulisan 'I love U All'..
Nampak tak lori hijau tu.
Ahaha..


Satu Malaysia dah tahu perasaan awak hai lori hijau.
Nasib baik tak sempat snap nompor plate.
ehehe~

p/s : saya snap masa kereta tengah berhenti.
Lane saya ada trafik light depan nun.
Pesanan saya jangan snap gambar ketika memandu. =)

Anak Derhaka : Part ni memang gua sensitif!

Tadi time online FB, tengok kat wall..
Tiba-tiba mata ku terlekat pada satu video yang di shaerre oleh rakan-rakan.
Tajuknya anak derhaka.
Kalau kamu ada add saya sebagai 'friend', akan nampaklah video ini di profile saya.


Bila saya tengok memang nangis beb.
Walaupun tak nampak jelas, tapi description yang disediakan cukup buat kurasa
marah, geram dan seangkatannya dengan anak itu.
sedih, kasihan dan seangkatannya dengan si ibu itu.

Siap masuk metro rupanya insiden itu.
Bila saya cari sumber video ini, rupanya ia berasal daripada SINI.
Siap ada artikel yang diambil daripada akhbar tersebut.

Bukan nak mengaibkan sesiapa tapi ia lebih kepada nak menyedarkan diri sendiri dan juga orang lain.
Tidak perlulah kita nak menggunakan kata-kata kesat, marah-marah, dan juga menambah aib mereka kerana setiap daripada kita juga ada potensi untuk melakukan sedemikian rupa kerana syaitan akan berusaha keras menyesatkan umatnya termasuklah untuk melakukan dosa2 besar.
Tak semestinya menyentuh berkenaan meninggalkan solat, puasa, zakat, haji serta minum arak dan melakukan maksiat tapi menderhaka kepada ibu bapa juga termasuk dalam dosa-dosa besar yang ditegah melakukannya.
Sudah tentulah syaitan dan iblis bergembira bila anak-anak adam berjaya disesatkan termasuklah dengan cara melukakan hati ibu bapa kita walau sedikit.
Hanya keimanan yang dapat menepis kita daripada godaan syaitan dan iblis ini.
Semoga kita sentiasa dilindungi Allah daripada melakukan dosa-dosa besar ini.
Dan juga semoga mereka yang dalam video ini diberi petunjuk serta hidayah oleh Allah SWT supaya sedar akan kesilapan yang mereka lakukan itu.
Aaaminnn~

Saturday, August 28, 2010

@Lambaian KL Reunion : Kegilaan terhadap Daytona

Minggu lepas adalah buat planning berbuka dengan kawan2 kelab masa di UTM dulu.
Kelab Lambaian.
Planning penganjur nak buat makan2 di Ikea.
Konon-konon nak try buffet Ikea la kan.
Oleh kerana semua orangpun sampai lambat makanya buffet itu full booked.
Dan kami terpaksa tukar planning lst minute.
Menggagaulah beramai-ramai mencari-cari kedai-kedai makan area The Curve pula.
Tapi langsung tak ada.
Semua pun dah penuh di booking termasuk la Waroeng Ayam Penyet.
huhu~

Sudahnya masuklah ke Cineleisure pula.
Nasiblah dapat makan kat Station Kopitiam walaupun masa itu kena cari-cari kerusi sebab tak cukup.
huhu~

Lepas dah makan, kamipun bergerak ke surau.
Surau yang dekat dengan Cinema tu.
ehehe~
Keluar sahaja daripada surau, ini yang saya nampak.
haisssh..

Tengok tu kemain suka dia layan daytona.
Eh, apa yang awek cina tu buat kat sebelah.
Amboiii... kemain senyum lebar dia pula.

Laa..
rupanya awek cina tu tengok boifren dia kat sebelah tu main.
hehe~

Ini antara penonton dan penyokong yang hadir pada malam itu.
Aleeerr..2 orang je ke..?
isk2..

Aik, dah surrender ke?
Siapa pula yang jadi champion ni?
ingatkan si tunang sorang je main.

Lorrh, rupanya ada 2 orang lagi participant.
Nampaknya ini game penentuan tempat pertama dengan kedua je.
Walaweehh..hebat tak hebatlah dorang ini kan.
ahaha~



Akhirnya yang menang ialah seat No 8..
Memang ONG la number 8 tu kan.
haha~

Pelik tak kenapa berenam (termasuk saya) sahaja dari tadi?
Sebenarnya ramai yang join reunion ini tapi disebabkan semuanya masih di surau, maka hanya mereka berlima yang kelihatan dalam ini gambar.
Nanti-nantilah saya story kisah sadis kami sepanjang perjumpaan itu.
Memang sadis kisahnya.
huhu~

p/s :
Petang ini ada Gathering Geng Blogger di Shah Alam.
Tapi, saya tak boleh pergi daa..huhu~
Alasan memang tak boleh belah tapi itulah hakikatnya.
Kat rumah ini ada 2 je anak perempuan bila time cuti.
Salah seorang kena ada untuk masak2.
Kalau tak, tak berbuka la family ku.
Dan atas alasan itu mak ku tak bagi berbuka di luar. --> tak baik melawan cakap mak kan..
Jadi, dengan ini saya ingin memohon maaf kepada penganjur dan kawan2 yang pergi.
Enjoy ye nanti walaupun tanpa saya..sob2..

update malam :
Mesti ramai kan yang tak berblogwalking sebab pergi join Gathering Geng Blogger.
Jeles seyh tapi dah tak ada rezeki untuk berjumpa geng blogger hari ni.
Hari ni saya masak Sup Tulang, Ikan talapia masak cili api dan juga daging masak kicap nyum-nyum..=)
Selesai sudah Ramadhan ke 18.
Malam ini sudah tarawikh yang ke 19.
Cepatnya masa berlalu.

Friday, August 27, 2010

KGPA : Makanan sampai penuh meja berbuka di sana..

KGPA memang best tempat berbukanya.
Sebelum ini saya tak tunjuk bukti.
Hari ni saya nak cerita sikit pengalaman berbuka puasa di KGPA ini.

Tempat ini dicadangkan leh rakan sekerja.
Mungkin dia pernah makan di sana kan.
Kalau ikut planning seramai 20 orang dah setuju nak join makan.
So, bila booking dapat la 2 meja.

Kami gerak lepas lepak2 + solat Asar di office.
Al maklumlah..
Bulan puasa waktu office habis pukul 4.45
Kalau nak balik dahulu memang tak berbaloi untuk saya dan beberapa teman yang lain.
Dalam pukul 6.00 kamipun gerak la.
Redah kesesakan jalan.
Sampai kira-kira pukul 6.30 ..
Awal sangat ini. Lagi satu jam mahu tunggu.
Planning nak jalan-jalan cari pasal sekitar KGPA itu terbatal sudah sebab hujan turun dengan lebatnya.
hoho~

Sampai-sampai sahaja haruslah keluarkan gadget penting untuk snap2 gambar kenangan.
Meja yang merupakan ala2 'batu tanda' perasmian Club ini.
Tak nampaklah dengan jelaslah pula.huhu~

Masuk dalam sahaja terus buat-buat terkejut.
Waahhh...banyaknya makanan.
Ini di belah kiri saya.
Ini pula di belah kanan saya.
Itu belum termasuk lagi di belakang dinding putih itu.
Ada banyak lagi gerai-gerai yang kita boleh serbu secara berjemaah.
Sebelum apa-apa, baik cari pintu masuk.
Haa..jumpapun.
Jom masuk.
Kami punya meja.
SATO tu nama company saya ye.
Tak ada kena mengena dengan SATU atau SOTO.

Sebelum berjalan-jalan cari pasal makanan, baik bergambar dulu.
Yeay, muka excited sebab nampak macam-macam makanan di sekeliling.
Memang keliling meja kami itu penuh dengan makanan berkonsep gerai.
Ada loklok, satay, kebab, roti john, char kuey teow, ikan bakar, ayam panggang, kambing bakar, daging bakar, lala bakar, tempura, dan lain-lain (lupa daa..)
Itu baru keliling saya sahaja, belum lagi di belah depan (gambar 2nd ad 3rd) tadi.
Di situ ada nasi dengan lauk pauk siap gulai kawah yang betul2 dihidang dalam kuali besar, aneka salad, aneka air, aneka kuih, yong tau foo, anea mee/meehon goreng atau bersup, aneka buah, aneka aiskrim, ikan dan ayam goreng, teh tarik, ABC pun ada rasanya dan otak-otak.
Hasil yang berjaya kami (5 orang sahaja) ambil. Penuh meja.
Ini belum habis ambil lagi.
Ada la dalam 2,3 round lagi kami ambil sebelum masuk waktu berbuka.
Ini pula hasil yang dikutip oleh lagi 2 orang rakan semeja.
hehe~
Hanya boss kami yang tak ambil makanan.
Dia cuma ambil air sirap sahaja.
Dia kata nak tunggu lepas masuk waktu berbuka baru ambil makanan.
Mesti dia terkejut tengok betapa banyaknya makanan yang kami ambil.
Macam tak makan setahun sahaja gayanya kan.
haha~
Feveretku mesti kena ambil.
Teh tarik satu!
Memang kaw punya!
Ini pula pencuci mulut.
Tak ingat namanya tapi basically ia adalah lempeng.
Tapi rasanya ala-ala pancake gitu.
Sedap gak!
Malas nak upload banyak-banyak.
Sebab tak mahulah buat korang semua terliur berlebihan kan.
Kalau agak-agak macam nak tahu lebih lanjut, better la korang semua pergi rasa sendiri.
Kambing bakar dia memang mabeles..
Tak menyesal kalau pergi.
Biar sekali daripada tak pergi langsung kan.
Nak pergi selalu bocorlah poket kan.
haha~

Bulan Puasa : Rekod Harianku yang kuat tidur! & 8989 Sekilass jackpot!

Sumber gambar fotosearch dan edited by me
Kul 4.30am..

Jam henset berbunyi. Tangan capai henset tekan butang snooze..
9 minit lagi akan berbunyi lagi..
Sambung tidur..

Kul 4.40am..

Jam henset berbunyi lagi. Terus bangkit. Pening sebab daripada baring terus tegak berdiri.
Masuk dapur. Panas lauk lebihan berbuka + tambah lauk simple seperti ikan atau telur goreng.
Jerang air untuk buat air panas dan buat air kopi atau milo atau nescafe sekole.
Kejut Abang dan ayah untuk makan.
Makan nasi walaupun tak lalu nak masuk tekak.

Kul 5.20am..

Semua dah habis makan, kemas meja. Lebihan lauk masuk peti sejuk.
Boleh buat untuk berbuka pula nanti.
Tuang air nescafe setengah gelas, capai juga air botol mineral saiz kecil dan sebiji kurma.
Masuk bilik.
Tidur lagi..

Kul 5.46am..

Bangun tidur.
Terus capai kurma. Makan.
terus capai gelas nescafe. Teguk sampai habis.
Terus capai botol air mineral. Teguk juga sampai habis.
Then dengar azan berkumandang.

Kul 6.25am..

Dah siap nak drive pergi kerja.
Capai beg, kunci kereta.
Start enjin. On 'Angin' sahaja bukan 'Air cond' ye.
Drive dengan tenang dan damai.
Adakalanya keluar juga perkataan seperti,

"Isk2, sabar je la."
"Oit, apasal ko slow sangat kat lane kanan ni. haiihhh"
"Oit, apa ni tak sabar betul. Aku dah bawa 100 ni pun still nak cucuk."

Sopan tak kata-kata ku itu?
Maklumlah pagi masih muda kan.
So, mood mesti happy maa..

Kul 6.50am..

Sampai sudah di parking office.
Ahh, sudah.
Time-time beginilah air dalam badan minta izin untuk keluar.
Ni style minta izin secara paksa.
Hajat nak lepak-lepak dalam kereta layan tidur terpaksa ditangguh.
Masuk office. Pergi toilet.
Seramm ooo.. tak ada satu pun manusia dalam office.
Lepas settle terus keluar office.
Masuk kereta.
Layan tidur sedas dua.

Kul 7.30am..

Terjaga sudah dari tidur.
Keretaku dah tak solo lagi.
Dah ada pakwe-pakwe dia yang dah ada siap ajak borak.
So, ku rasa selamat nak tinggalkan dia untuk masuk office.

Kul 7.35am..

On PC.
Blogging, FB.
Tidur..
Blogging, FB..
Tidur..

Kul 8.10am..
Kerja..
Kerja..
Samapi lebamm..

Kul 12.00pm
Tidur..
Kerja..
Kerja sambil layan FB sebab dah mula rasa lelah ngadap kerja..
Berehat sebentar bersama kitkat internet
Mood datang. Serius kerja balik.
Mood hilang lagi.Kerja sambil layan Blog pula.
Tak boleh jadi ni. Kena cari mana mood bersembunyi. Jumpa.
Sambung kerja.

4.45pm..
Yuhuu.dah boleh balik..
=)
Secara automatik jadi segar!
Laju sahaja ku balik.

Rekod harian selepas 4.45pm?
Alaa..dah panjang sangat dah entry ini.
Nanti-nantilah part 2 pula kot.

Cuba kira berapa banyak perkataan tidur dalam entry ini.
Memang betul-betul menggambarkan betapa kuat dan eratnya hubunganku dengan tidur di Bulan Puasa bila di hari kerja. haaiihh~


Update : Ku dapat snap la sekilass.com jackpot 8989..
Buktinya..
jeng jeng jeng..

So, kepada cik norfa, kukhabarkan berita gembira ini.
=)
Meh topup RM10 meh..
lalala~

Thursday, August 26, 2010

Bulan Puasa : Apa bezanya Milo dengan Nescafe?

Hmm..
bagi yang pernah mempraktikkan kedua-dua minuman ini di waktu sahur, tentulah tahu kan apa bezanya atara keduanya ini.
Hmm..

Hari 1 : Minum Milo.
Align Centerhttp://www.hot-screensaver.com/wp-myimages/iced-milo.jpg
milo ais...pergghhh~gambar cilok google
Selepas sahur, bersiap pergi office.
Masih segar bugar sehinggalah sampai ke office kira-kira pukul 7.00 pagi.
Masuk office. On PC. Buka Firefox.
Blogwalking 3,4 blog.
Mata dah mula kuyu.
Blogwalking 2,3 blog lagi.
Mata dah kuyu betul.
Blogwalking 1,2 blog lagi..
Mata dah terkatup.
Kepala dah landing atas meja.
Sedar-sedar dah pukul 8.10 pagi.
Ohh...mengantuknya..nak tidur lagi tapi kena kerja.
Kerja..kerja..kerja..
Tepat pukul 11.59 pagi, dah ready nak OFF Monitor PC.
12.00 pm terus lentok atas bantal tak sedar diri.
12.25 pm dah tersedar sebab lampu sudah ON. Hampeh, ada lagi 5 minit masa berharga tapi dah tak boleh lelap.
Lepas itu kerja..kerja..kerja..
Rasa tak sabar nak balik sahaja.
Kul 4.45 pm, cepat-cepat OFF PC, Terus balik.
Segalanya berjalan lancar --> prepare berbuka, berbuka, Maghrib.
Layan Berita TV3 sat.
Pukul 8.45 pm mata dah kuyu balik. Aikkk?? belum pukul 9.00 pm dah mengantuk.
Habis berita terus tidur.
Isyak? Bangun sahur 4.40 pagi baru buat.
Tarawikh? ke laut..
haiihhh~

Hari 2 : Minum Nescafe/Coffee.
http://2.bp.blogspot.com/__auPP3atFPU/Spf1N_kRc4I/AAAAAAAAAKk/LisOTxSlo58/s320/nescafe+susu.JPG
Necafe sedap..gambar cilok google je..
Selepas sahur, bersiap pergi office.
Masih segar bugar sehinggalah sampai ke office kira-kira pukul 7.00 pagi.
Masuk office. On PC. Buka Firefox.
Blogwalking 3,4 blog.
Mata segar..
Blogwalking 2,3 blog lagi.
Mata masih segar..
Blogwalking 1,2 blog lagi..
Mata tetap segar..
tak tidur sampai masuk waktu office.
Kerja.kerja..kerja..
Pukul 12.00 pm macam biasa dah prepare untuk tidur.
tapi mata masih segar tak mahu tidur.
Sudahnya layan blog sampai habis waktu rehat.
Lepas itu kerja..kerja..kerja..
Kul 1.00 pm..
Mata segar dan badanpun masih cergas.
Kul 2.00 pm..
Mata segar tapi badan dah start lemah-lemah.
Kul 3.00 pm..
mata segar tapi badan dah letih seletih-letihnya.
Rasa tak sabar nak balik sahaja.
Badan dah sandar 45 darjah ke belakang ni.
Nasib baik boss tak jeling-jeling.
Kul 4.45 pm, cepat-cepat OFF PC, Terus balik.
Segalanya berjalan lancar --> prepare berbuka, berbuka, Maghrib.
Sempat Tarawikh, layan blog sampai pukul 12.00 pagi.
Walaupun mata segar kupaksa diri untuk tidur.
tidurlah mata..tidurlah sayang.
Kul 12.30 baru lelap.
hampeh juga! Tak cukup tidur eden untuk cover hari esok.

Kesimpulannya minum apapun ada pros dan cons nya.
Tapi bagiku,
kalau esoknya kerja eloklah minum nescafe..
Kalau esoknya cuti maka eloklah minum milo..
ahaha~

p/s : ke mata segar sebab makan kurma masa sahur? kalau betul memang besar betul manfaat kurma kan. =)

Update terkini:
Hari ini berbuka makan nasi + daging goreng + rendang kerang + labu air masak kuah + ikan tenggiri goreng + sambal cili api. Air pula sirap ais. Yummy!

Tuesday, August 24, 2010

Bulan Puasa : Bulan untuk diet ke?

Salam semua..

Mesti ada yang perasan yang akhir-akhir ini.
Ku jarang dapat jejak blog kawan-kawan.
Mana yang sempat sahaja saya pergi.
huhu~

Sebabnya ialah demam yang saya ceritakan itu hari.
Itu bukan demam biasa sebab demam itu disebabkan ada radang tonsil di anak tekak.
Kamu tahukah apa itu radang tonsil?
ermm..kejap ye saya bagi link yang menerangkan secara lengkap berkenaan sakit ini.
Klik SINI untuk maklumat lanjut.
[tonsil.jpg]
Ini radang tonsil yang telah kritikal. Saya punya tak teruk.=)

Gejala yang saya kena ialah;
  1. Demam yang agak teruk.
  2. Sakit tekak tapi tak berapa teruk.
  3. Selalu ada kahak.
  4. Sakit badan ( lemah gitu)
  5. Suara dah lain macam.
  6. Memang ada bengkak dekat anak tekak.

Fuhh...
Banyak juga ye yang saya kena.
Demam tu sekejap sahaja.
2 hari kot.
Tapi gejala lain tu memang sampai sekarang masih terasa.
Ohh...lupa.
Lagi satu gejala ialah saya akan jadi extra kuat tidur.
Memang tahap mengantuk itu tak dapat ditahan-tahan dan ubatnya ialah tidur.
Paling tak tahan semasa sedang bekerjalah.
huhu~

Malam tadipun saya langsung tak mengadap PC selepas berbuka.
Tarawikh ke mana..Isyak ke mana..
Memang tidur selepas tengok berita sampailah ke pukul 4.40 pagi.
Masa itulah saya solat Isyak dan seterusnya sarapan (err..sahur)..

Kesan yang baik (eeerrr..baik ke ek?)
Bila kena radang tonsil, makan memang tak banyak.
Saya makan hanya ketika berbuka dan juga sahur.
Memang langsung tak lalu nak makan di antara waktu tersebut.
Itupun masa berbuka dan sahurpun tak berapa lalu.
Nasi sesenduk sahaja dapat ditelan.
Mungkin bagus untuk mereka yang nak berdiet.
hehe~

Oleh kerana tak mahu diselubungi misteri kelemauan di bulan ini, saya dah mula minum nescafe ketika sahur.
Kesannya memang bagus sebab saya berjaya tidak tidur selepas subuh.
Yeaaahooo~
(err..ke disebabkan tidur terlebih malan tadi?)
Dan berjaya juga menaip entry ini.
Seronok-seronok.

Ok, jom jalan-jalan ke rumah kawan-kawan.
Blogwalking time!

p/s : sumber gambar : google

Tema sambutan Kemerdekaan Malaysia ke 53 2010: 1 Malaysia Menjana Transformasi

Nampaknya bahang raya membuatkan sambutan kemerdekaan tahun ini macam suram.
Sedangkan kempen sambutan kemerdekaan sudahpun bermula sejak 1 August 2010 dan akan berakhir pada 16 September 2010 sempena Hari penubuhan Malaysia.

Jejak sahaja kaki ke dalam Shopping Mall, lagu raya sahaja yang berkumandang.
Di TV pun, iklan rancangan raya sahaja yang banyak. Bukan tiada langsung rancangan sempena merdeka tapi macam tak semeriah dahulu.
Banner-banner sempena sambutan hari raya lebih banyak terpasang di tiang-tiang, dinding-dinding bangunan berbanding dengan Bendera Jalur gemilang padahal kita akan menyambut hari Merdeka dahulu.
Mungkin sebab bulan Ramadhan menyebabkan sambut tak serancak dahulu.
hmm..

Hari ini sudah masuk 23 August 2010..
Hanya lebih kurang 8 hari sahaja lagi negara kita bakal memasuki tahu ke 53 bebas daripada penjajahan.
So, sebagai blogger yang prihatin saya terpanggil untuk menebarkan bendera Malaysia di blog ini.
Itupun rentetan kepada entry Ben Ashaari yang turut memasangkan bendera di blognya.
Jom kawan-kawan kita sama-sama memeriahkan sambutan Kemerdekaan walaupun tidaklah semeriah mana tetapi apa yang penting kita betul-betul menghayati maksud kemerdekaan dan juga menunjukkan rasa cinta pada negara dengan cara memasang bendera di blog.

http://1.bp.blogspot.com/_HNfF5x-lK-0/THCbzkWcu6I/AAAAAAAAJf0/oti8v88_BT0/s1600/malaysia-flag.jpg
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Semoga negara kita akan terus mengecapi kemerdekaan ini dan juga terus maju menuju Wawasan 2020.
Tak lama dah..lagi 10 tahun sahaja kan.
Tema sambutan tahun ini : 1 Malaysia Menjana Transformasi
=)

Sunday, August 22, 2010

KGPA : Berbaloi-baloi berbuka puasa di sana~

Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) memang ada buat Buffet sempena Ramadhan.
Isnin lepas saya bersama rakan-rakan sekerja telah berbuka puasa bersama-sama di sana.
Semua ahli group termasuk boss jepun turut meyertainya.

Hari Isnin sudah tentulah kerja.
Lepas office hour kami lepak-lepak dahulu sambil baring-baring di surau dan solat Asar sementara menunggu pukul 6.00 petang ( office hour tamat pukul 4.45 petang).

Bila dah pukul 6.00, kamipun gerak ke KGPA yang terletak di Bukit Kiara, Damansara.
Setelah meredah kesesakan lalulintas berserta hujan yang agak lebat, kamipun sampailah ke sana.
Rasa terkagum seketika sebab banyak betul makanan terhidang dalam tray dan tak kurang juga bangsal-bangsal ala-ala gerai disediakan.
Memang meriahlah rasanya makanan yang disediakan sempena Buffet Ramadhan ini.
Tak percaya bolehlah baca template yang saya tampal di bawah ini.
ramadhan promotion 2010.

Tak jelas ye? Sila zoom sendiri ye untuk kenalpasti menu-menunya.
Nampak tu. Lebih 200 jenis juadah makanan termasuk 20 jenis juadah berkonsepkan warung iaitu kebab, roti john, char kuey teow, Laksa, Mee Kari, Tempura, Salad corner, Pasta corner, Yong Tau Fu, Satay, Loklok, Pisang goreng+keledek goreng+cempedak goreng, Cakoi dengan sos vanilla, lempeng, Rojak mamak, Rojak buah dan lain-lain.
Nasi berlaukpun ada. Lauk pula memang bersusun banyaknya termasuk gulai kawah yang boleh dicedok terus dari dalam kuali.
Rambang mata nak pilih lauk. hoho~
Selain itu, makanan grill seperti kambing bakar, grilled chicken, ikan bakar, otak-otak, lala dan juga grilled seafood pun turut disediakan.
Buah-buahan segar, kek-kek dan pastri-pastri turut dihidangkan secara buffet.
Minuman pula ada minuman panas dan juga sejuk pelbagai jenis.
Siap ada gerai yang buat teh tarik. Order sahaja.
Untuk pencuci mulut, Aiskrim pelbagai perisa turut tersedia.

Dan duration untuk buffet ini memang lama.
Start pukul 7.00 petang sampailah 10.00 malam non stop.
Makanan memang sentiasa di refill sampai pukul 9.00 (semua gerai dah start nak bungkus)
Kelebihan yang lain ialah parking senang dan free of charge.
Surau yang selesapun turut disediakan untuk pengunjung solat maghrib.

Harga dia RM48.00 tapi amat berbaloi la sebenarnya dengan makanan yang disediakan.
Kira macam puas makanlah sebab semuanya ada.
Tapi kena booking sebab tempat ini memang sentiasa full booked.
Kalau ramai boleh dapat diskaun rasanya. (err..rasanyalah..)

Untuk keterangan lanjut bolehlah ke SINI.


p/s :nampak tak dia tulis, setiap RM1.00 akan didermakan kepada fakir miskin. So, sambil makanpun boleh beramal juga kan =)

p/s : pengalaman saya berbuka di KGPA? Akan diceritakan kemudian.
Belum transfer gambar daripada handset. Sabar noo..=)

Saturday, August 21, 2010

Berbuka Puasa ala-ala di Seoul Garden!

Semalam memang tak lekat depan PC ye.
Minta maaflah kawan-kawan sebab langsung tak menjengah blog-blog kamu.

So, apa yang bestnya semalam?
Satu sahaja saya nak cerita iaitu aktiviti berbuka puasa lah kan.
Almaklumlah sekarang ini kan bulan Puasa.
ehehe~

Nak dijadikan cerita, saya telah diajak oleh encik tunang untuk berbuka puasa di rumah kawannya.
Mula-mula planning nak pergi Seoul Garden tetapi malangnya full booked ok!
So, planning ditukar dengan berbuka puasa di rumah salah seorang member officenya di area Subang.
Katanya ada barbeque so saya telah membayangkan tempat bara di halaman rumah.
Typical barbeque style la kan.

Sampai sahaja di rumah member itu tak adalah pula tempat bara bagai di luar rumah itu.
Bersih suci sahaja halaman rumah dia.
Masuk sahaja dapur dah penuh meja dengan pelbagai bahan-bahan makanan yang ready diperap untuk dipanggang.
Ada 2 tempat panggang elektrik dan juga satu steambot pot elektrik .
Wah2..memang rasa bagai di Seoul Garden gitu.
Seafood, ayam, daging, sosej dan lamb memang penuh meja.
Belum masuk potato + mayonis yang superb sedap.
Air pula honey coconut sea + lychee yang baru sahaja di supply 1 tin oleh kami (sempat singgah Giant sebelum sampai rumah member itu) dan Nescafe panas..
Tapi disebabkan saya demam, tak dapatlah minum air itu.
Cuma minum susu HL (yang juga dibeli di Giant) dan juga plain water.
uhuk2..memang kena warning habis-habisan sebab takut demam makin teruk.

One of members yang kami panggil Kaklong tolong siapkan tomyam soup untuk steambot.
Air nescafe pun dia yang buatkan.
Air coconut sea + lychee pun dia yang buatkan.
Saya memang tak buat apa dah sebab semasa sampaipun semuanya dah hampir selesai.

Picture credited to Kaklong.
About 10 minutes sebelum berbuka,
aktiviti bakar membakarpun bermula.
Seorang lagi member, Furu paling rajin memasak barbeque.
Dia yang tolong bakarkan semua lamb yang ada.
Nampak dalam gambar inipun dia still lagi gigih dengan aktiviti membakar.
Suami tuan rumah pula (berbaju hijau gelap) tolong settle kan ayam, daging dan steambot.
Manakala Kaklong (yang duduk sebelah saya) tolong settle kan sosej.
Memang sangat banyak makanannya sampai kami terpaksa buat sesi sambung makan lepas maghrib.
Ditambah pula dengan dessert Choc moist Cake hand made + vanilla ice cream yang disediakan tuan rumah, Kak Farah Anita (berbaju hitam) sebagai penutup.

First time buat memang jadi macam kat bawah ini sempat memang betul-betul ikut recipe internet kan.
Second time baru boleh budget ingredients yang perlu ditambah/dikurangkan.


kek terlebih cir mungkin sebab terlebih choc.

Tapi tetap kutelan jua sebab sedap tu. Lagi-lagi bila ditambah aiskrim walaupun tak mampu nak habiskan semua.
Semua makanan itu buat kami semua jadi macam ular sawa kekenyangan.
Sebelum pulang, layanlah borak-borak sampai hampir pukul 10 malam untuk redakan sedikit perut yang terlebih kenyang.

Oleh kerana banyak sangat lebihan makanan, Kak Farah offer tapau lamb dan ayam yang dah siap bakar itu.
Memikirkan family di rumah, saya pun terimalah.
Sampai di rumah, terus saya bagi kepada abang saya.
Dan saya yang dah terlampau letih terus tidur.
Bangun pukul 4.25 pagi baru Isyak.
Isk2...

Bila ditanya mana lamb dan ayam barbeque semalam, katanya sudah habis dimakan.
Sedap katanya. Ayahpun turut join habiskan lewat malam tadi.
Memang betul-betul Seoul Garden ini.
haha~

p/s : picture cake from google

Friday, August 20, 2010

Pak Arab kecek Kelate!

Salam Jumaat kawan-kawan~

Ini lagi satu video yang agak menariklah untuk dikongsi.
Seronokkan bila ada warga asing yang begitu fasih berbahasa Malaysia.
Tapi lagi kagum bila mereka mampu kecek dialek Kelate.
Fuhh..memang rasa macam sedang berborak dengan abe-abe kelate sahaja.
=)

Jomlah layan..



Dalam video ini, beliau cakap ambil masa 10 tahun untuk mahir kecek kelate.
10 tahun beb!
haha..

Dan lagi, part last tu paling tak boleh belah.

Beliau kata beliau boleh makan semua jenis makanan di Malaysia terutama budu dan disebabkan itu dia boleh cakap bahasa melayu.
Dia kata orang Malaysia ramai yang tidak boleh makan makanan Arab sebab itu mereka tidak boleh cakap Arab.
Ada logiknya juga kan?
hehe~

p/s: mamat arab ini memang sweet la bila kecek kelate. haha~

Thursday, August 19, 2010

Pengumuman : Tukar Template lagi =)

Setelah kurasakan template dulu tak menarik da nada problem yang tak dapat aku kenalpasti sendiri (sebab malas..)


Maka dengan sukacitanya kutukar la template ini menggunakan Blogger Template Designer.


Malas sudah nak godek-godek HTML coding yang kurasakan makin memeningkan kepala.
Lagi pula sekarang ini bulan Puasa.
Jadi sudah kutukar menjadi warna ala-ala purple.
Haa..macam ginilah rupa dia sekarang..


Mungkinkah ada petunjuk daripadaku berkenaan warna template ini?
Ehem2..
Memang ada sebenarnya tapi tunggulah yea sebab masih ada masa yang banyak untuk menentukannya.
Tapi cantik apa warna ungu ini.
Sejuk, lembut sahaja mata memandang.
Walaupun pink pun saya suka tapi atas sebab-sebab tertentu ku ubah fikiran untuk join group vio yang suka warna ini juga.

Adakah ku akan tukar lagi template selepas ini?
Entahlah.
Kalau ikut hati sudah puas hati dengan yang ini.
Tapi mungkin akan kugodek-godek html sikit-sikit untuk tambah dan kurangkan sikit apa yang patut-patut.

Cuma masalah sekarang ialah header.
Owhh..header, kenapalah suka sangat buat suprise.
hhmmm...nanti-nantilah yea itu semua akan kuusahakan selepas raya.
Buat masa ini, inilah yang termampu.
=)

  • p/s : petang ini sudah bertambah baik. Tapi bengkak di anak tekak masih lagi ada. Harap-harap esok baiklah. huhu~
  • p/s: Semalam berbuka semata-mata makan kebab ayam sama dengan itu Air Soya sahaja. Bukan berdiet tapi disebabkan demam. Nasib baik lalu juga makan. Sahur seperti biasa memang tak lalu. Makan sedikit sahaja. Hari ini ingat nak makan berat-berat sikit. Selamat berbuka hari ke 9 ye kawan-kawan.

Ziana Zain junior yang cute menyanyi lagu cute!

Oleh kerana di rumah ini ada 1 sahaja PC iaitu PC saya.
Dan user dah bertambah kepada 3 orang semenjak dua menjak ini, saya memang makin kurang masa untuk berblogwalking di rumah.
huhu~

Kedua-dua users tambahan itu bukan buat apapun.
Sekadar menyelongkar youtube.
Macam-macam video pelik yang mereka jumpa.

Tadi after berbuka puasa, abang saya bersuara.

"Oit, pergi tengok kat internet tu tadi aku pasang lagu Ziana Zain. Lagu baru tu. Best juga"

Saya sekarang ini memang dah tak berapa melayan lagu-lagu genre pop ni.
Memang endah tak endah sahajalah kan tapi sebab dia paksa sayapun pergilah tengok.

Rupanya Ziana Zain dari oversea.
Budak kecil yang comel menyanyi.
Walaupun saya tak faham bahasanya tapi melodinya sedap.
Dan suaranya amat-amatlah cute.
So, saya nak kongsi kegeraman tengok si kecil ini menyanyi dengan anda semua.
Jom tengok.



Ku try la cari google di internet.
Haha..jumpa juga.
Details pasal biodata si kecil yang bernama Cleoptra Stratan ini ada di SINI dan SINI
Comelnya dia kan?

Mula release album lagu masa umur dia masih 3 tahun beb.
Memang catat rekod artis paling muda. =)

Siap jumpa video original in English lagu ini.
Jom layan yang English version pula ye.

Wednesday, August 18, 2010

Buka Puasa with Nuffnang Session 2010 : Sesi Lepas Makan

Oleh kerana agak busy sekarang ini.
Jadi sayapun buat quick post la ye dengan hanya menayangkan gambar-gambar yang saya snap sebaik sahaja buka puasa aktiviti berakhir.
Kira macam sesi bersantailah sambil borak-borak, sambil tanya-tanya tips.
haaa..tips tu yang memang dok tunggu dari mula majlis lagi .kuikui~

Gambar memang ada banyak cerita.
Tengok sahajalah gamabr bawah ini.
Macam-macam perangai pelik dapat dilihat.
Norfa bertudung pink tu agak pelik lak cara dukung baby sumi tuh.
err..
Izad punya mata nampak scary kan.
huhu~
Sumi tengah hirup apa ntah tu.

Dari kiri Redmummy, Robb dan Rina.
Apa yang cuba dilakukan oleh Robb tu ye?
Macam gaya mandikan anak sahaja.
haha~
Kupun tak melepaskan peluang bergambar dengan mereka.
=)

Izad tak habis-habis dengan hensetnya.
Malu nak beramah mesra sebab katanya ini first time dia join event nuffnang.
Semuanya sibuk berbual-bual masa ini.
Meriah tak?
Mestilah meriah kan... kan.kan..

Lagi..
Gambar meriah..
=)
Aimi dengan Jard.
Tengah nak tulis url blog dalam buku Rizal.
Student kan haruslah ada buku.

Ini bakal bapa mithali ni.
Anakperak ke hulu ke hilir kendong anak cikpuan Sumi kita.

Apa yang Jai dok tunjuk tu sampai si baby pun sanggup pusing kepala nak tengok juga?
Rupanya dia tengah pegang kamera daaa...
Semangat si kecil nak masuk dalam kamera Jai juga.

Yang baju hijau biru tu Rizal.
Dan yang baju putih tu pula FaizalPejay.

Candid ni sebab tak ready langsung.
Tapi kenapa saya saja yang pandang kamera ye?
entah!
Ni baru bah ready.
Kelihatan anakperak nun jauh dibelakang dengan trademark peace!
Last sekali haruslah letak gambar beramai-ramai kan?
Ada sesiapa yang tercicir ke dalam gambar ini?
Anak Sumi pun ceria je pandang kamera.
Pandainyeeee....~
Ini antara url blog nuffnangers yang menjayakan Buka Puasa bersama Nuffnang ini.
Jengah-jengahlah blog-blog mereka ini ye?

Amacam, meriah tak meriahlah event ini kan.
Mesti ada yang nak join next year kan?
Nuffnang akan buat lagi kan?
Ermm..ikut plan nuffnang nak buat open house tapi semua itu baru planning.
Belum ada kata putus.
So, sentiasalah check nuffnang blog untuk tahu updates.
Untung-untung dapat join nanti kan.

Update :
  1. Minta maaf kalau saya tak jengah rumah kawan2 hari ini sebab saya demam. Oleh kerana sayangkan puasa, saya terpaksa korbankan blog.Tak larat kena rehat je..
  2. Saya punya header ada problem la pula. So, saya delete dulu daa..adui~ prob macam gini da..tetiba jadi kecil.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics