Followers

Showing posts with label trend. Show all posts
Showing posts with label trend. Show all posts

Monday, April 4, 2011

Tips Perkahwinan : Akibat kalau lambat bertindak! Part 1

Salam korang!

Saya ada satu peringatan nak bagi kepada sesiapa yang nak berkahwin dalam masa hujung minggu cuti sekolah. Haa..korang pasti fahamkan kenapa? Sebab cuti sekolah adalah musim orang mendirikan masjid. Lebih ramai daripada hujung minggu biasa. Korang perasan tak kalau hujung minggu cuti sekolah bila korang keluar dan lalu area perumahan mesti korang akan nampak khemah, kadang-kadang dalam satu tama boleh ada 2,3 kenduri serentak. Dah la tema warna sama. Boleh konfius orang nak pastikan mana satu kenduri yang dorang dapat jemputan. (baru sahaja berlaku masa cuti sekolah bulan 3 hari tu)

Ada beberapa perkara yang korang kena take note dan booking seawal mungkin (at least 4 month before majlis).  Kalau tidak korang akan ada problem. Big problem ye.

Kali ini saya nak fokus kepada Khidmat Katering untuk majlis kenduri sahaja. Korang punya jemputan lebih 1000 orang. Lepas itu korang punya budget pula bukan tinggi mana. Kalau korang terlambat, korang akan ada 3 kemungkinan yang tak berapa nak best.

1- korang akan dapat katering yang tak berapa bestlah. Sebab katering yang tinggal selalunya yang lst choice. Alaa..korang faham-fahamlah sahajalah. Macam kalau korang pergi SALES. Kalau korang pergi awal, korang akan ada banyak pilihan yang cantik-cantik. Bila korang pergi last minute, korang dah tak ada pilihan. Pilihan yang adapun tak menarik sangat. Macam itu jugalah dengan khidmat katering.

2- Korang mungkin akan dapat khidmat katering yang bagus tapi korang kena bayar 'lebih'. Sebab selalunya kalau price mahal orang jarang nak guna khidmat dorang. Alaa.cuba bayangkan lagi selalunya kalau pergi SALES korang mesti nak cari barang yang ada potongan harga sahaja kan? Korang takkan pergi kepada barang yang normal price sebab harganya mahal. Betul tak?

3- Korang mungkin takkan dapat langsung mencari perkhidmatan katering. Sebabnya budget korang yang tak seberapa. Korang jumpa khidmat katering yang mahal-mahal sahaja sampai tak mampun nak bayar. Kemungkinan inilah yang paling bahaya untuk korang.

Saya tahu korang semua mesti bijak-bijak belaka kan. So, korang janganlah ambil ringan pasal ini ye kalau korang tak mahu berada dalam 3 kemungkinan yang saya explain ini. Korangm mestilah nak buat yang terbaik untuk majlis korang kan?

Ok da, itu sahaja daripada saya kali ini. Nanti kalau saya free saya sambung part 2 pula.

p/s: kalau majlis buat di kampung tak perlulah nak risau sebab orang kampung suka gotong royong memasak untuk kenduri. Best tu.

Sunday, March 6, 2011

Beli Tudung Rose Online -Murah je berbanding biasa!

Salam korang!

Hui,saya tengah tunggu parcel sebenarnya. Tunggu tudung best daripada Radiusite.com
Baru dapat email jumaat lepas yang parcel saya telahpun diposkan. Mungkin hari selasa atau rabu nanti sampai.

Nak tahu saya order tudung apa?
Jeng jeng jeng..
Ala tudung biasa sahaja tapi saya berkenan sangat.
Tudung Rose Brown. Ok, saya minta kebenaran copy paste from blog Radiusite.com.

Kod: Tudung Rose Brown (ika suka ;p)
Status: Available!!! - baru restock 24/2

Ika kata dia suka, so saya pun suka jugalah kan. hehe~
Korang nak juga ke? Ada banyak lagi tudung dengan bermacam jenis style dan warna untuk korang grab.
Lagipun Ika jual dengan harga yang paling murah dalam pasaran. Bila saya usyar memang harga biasa RM38 tapi Ika jual dengan harga RM29 sahaja. Apa lagi tak lepaskan peluanglah untuk beli.

So, moh le moh le terjah blog Radiusite.com

Friday, February 25, 2011

Apa yang bestnya Sony Ericsson W508?

Salam korang!

Honestly, saya dah tak berapa aktif berblogging macam dulu. So, maaf sekiranya kunjungan anda di sini tidak dibalas dengan cepat. Bila saya betul-betul free baru saya akan reply comment dan jalan-jalan ke blog anda. Tapi ada beberapa blog yang saya boleh access content nya thru henpon baru saya. Tapi bukan pages la cuma feed sahaja.

Lately saya memang agak tertarik dengan application yang boleh digunapakai menggunakan henpon untuk access internet dengan rate yang reasonable. RM18 for 100MB usage. Oklah tu sebab saya kadang-kadang tak sempat nak online. So, bila free time di tempat-tempat yang tak ada PC, saya still boleh baca berita online, on FB, check email dan juga layan online game tapi faham-fahamlah kalau dah screen handphone tu mestilah tak puas tapi at least dapat juga tahu perkembangan semasa walaupun takleh online guna PC.

Saya belum habis lagi explore application yang ada sepenuhnya tapi so far, saya dah boleh;

  1. baca paper online STAR, Berita Harian, Harian Metro.

  2. baca blog yang ada feed RSS. heh~

  3. online FB. Upload photo di FB guna account email.

  4. update blog blogspot guna account email.

  5. main game SUDOKU Online.

  6. baca email lah kan.


Rasanya ada banyak lagi benda lain kena explore ini. Untung juga dapat handphone W508 ini. Dahlah bentuk badannya slim mudah masuk kocek, cantik pula itu.

http://www.sonyericsson.com/cws/file/1.590980.1231154130!translation/image/W508_frontand..tic~white.png


Walaupun tak ada WIFI tapi itu bukan alasan untuk tidak dapat access internet. Tapi kalau WIFI lagi best kan sebab boleh acess for FREE di certain places.

p/s : tapi setakat ini tak dapat nak access blog ini guna henpon tu sebab blog ini tak ada feed RSS. Aleee..tak bestnya

Sunday, December 12, 2010

Shopping Online : Pros and Cons!

Korang,seperti yang saya dah maklumkan blog saya dah berpindah ke wordpress self hosted. So, jom baca update terkini di blog noorafzan.com

Klik link di atas ini ye untuk untuk baca dengan lebih lanjut ok!

Thursday, November 18, 2010

Tips Perkahwinan : Isu baju nikah!

Salam, bertemu lagi kita dalam segmen kahwin-kahwin. Kepada yang masih muda remaja dan belum mahu berkahwin, boleh juga baca untuk panduan korang nanti kan. Nak tak nak mesti satu hari nanti korang akan berkahwina juga kan. Dan kepada yang sudah berkahwinpun boleh sahaja baca. Mana tahu korang boleh bagi tips-tips ke. Jangan sesegan ok untuk luahkan di kotak komen.=)
Beberapa hari lepas berlakulah conversation dengan si dia. Erm, dek kerana kitorang dah beli kain untuk buat baju nikah so kenalah tempah kan. So..so.. kenalah ada design. Dan dia kata dah nak tempah bulan 12 nanti. OMG, tak fikir langsung pasal design-design ni kan. Macam my sis dulu dia nikah pakai baju yang disewa sahaja. So, pilih sahaja baju yang disediakan wedding planner dia lepas itu settle!.
Tiba-tiba datanglah penyelamat. Tetap  my sis itu juga yang tolong. Dia tolong guide orang yang tak reti langsung design macam ku ini macam mana nak design baju nikah. Kami just check baju nikah yang orang sekarang selalu pakai. Apaa lagi. Internet di hujung jari kan maka kliklah blog wedding planner dan juga wedding photographer untuk tengok design.
Mula-mula nak buat design kurung moden sahaja. Ada dua design kain. Satu yang jenis kembang di bawah dan satu lagi jenis kipas di belakang.
DSCN7571
  bila transform into reality jadi macam di bawah ini.
BJ-505
contoh baju + kain kembang di bawah petik from SINI
http://kurungpahang.files.wordpress.com/2008/04/baju-pengantin.jpg?w=291&h=300
contoh baju + kain ada kipas belakang petik dari google
Tapi bila tengok satu lagi blog ada pula design ala-ala jubah labuh. Macam cun juga kalau pakai time nikah.
DSCN7570  bila transform into reality jadi macam di bawah ini.
http://fea-elisa.com/wp-content/gallery/baju-ogos-2009/fe178.jpg
contoh yang design ala-ala jubah (err..kena longgar sikit kot). cunn tak? petik dari google je.
Hasil brainstorming memang dapat 2 jenis ini sahajalah. Korang ada idea lain kah?

Friday, October 22, 2010

Tips Perkahwinan : Pelamin Kreatif




Menarik tak pelamin ini? Rajin betul diorang ini decorate letak gambar-gambar pre wedding kan. Rasanya pelamin ini A to Z diorang buat secara DIY. Tapi tetap menarik!

Btw, ini pelamin Abang Zairi dan Kak Ekin. Abang Zairi ini seniorku masa di UTM dulu. Satu fakulti tapi lain bidang. Abang Zairi ini seorang pensyarah di UMP tapi dia juga part time Photographer. Tu yang pelamin dia penuh dengan koleksi gambar-gambar pre wed. Memang lain daripada yang lain betul konsep dia. Sebab, Bukan sahaja pelamin yang penuh gambar, malah setiap meja makan dan di beberapa sudut sekitar tempat majlis dihiasi juga dengan bingkai gambar mereka.


see, setiap meja ada ini.


ada juga di tepi pelamin


bingkai gambar di tepi meja makan beradap

Yang best nya lagi temanya pinky. Pink memang cantik tapi ini majlis belah lelaki tu. Kan jarang lelaki choose kaler pink.

cantik juga pink kaler. Suka baju pompuan tu.

Adakah trend letak-letak gambar di majlis kahwin ini akan jadi trend perkahwinan akan datang?
Apapun tahniah to both of them sebab dah mendirikan masjid. Semoga masjid yang di bina kukuh sepanjang hayat.

Picture credited to Syazwanul Badri, member di UTM juga.

Wednesday, October 20, 2010

Besday Mak | Tarikh Kahwin : Semuanya puluh-puluh belaka!

Birthday mak saya memang mudah untuk saya ingat. Semuanya puluh-puluh.

Mak saya lahir 20hb..
Mak saya lahir bulan 10..
Mak saya lahir pada 1960 masehi..
Mak saya menyambut ulang tahun kelahiran pada 20102010 yang ke 50..
Cantik..=)

kakak sulong, ayah dan mak. Saje letak gambar sisi mak.
Mak saya kecik sahaja. Bila semua anak-anak dah dewasa, dia jadi yang paling kecil dalam family. Semua anak-anak lebih tinggi daripada dia. Tapi walaupun kecik tapi hati mak besar! kan mak kan? (oh, mak saya tak reti main internet). Tapi bila saya tunjukkan video anak kucing cute yang orang share di FB, dia siap minta ulang sampai 3,4 kali. Cute katanya. Silap haribulan esok esok dia minta saya create kan akaun FB untuk dia hanya kerana nak tengokvideo kucing-kucing comel itu. huhu~

-------------------------------------------------------------------------------
Ingat tak ada ke orang yang nikah esok?
Ada tau! kawan saya salah "se"orang( eh, salah "dua"orang sebab dua-dua pun kawan saya) yang bernikah pada tarikh cantik itu walaupun esok hari RABU. Nikah sahajalah sebab majlis sanding menyanding dia buat ahad ini.
Buat Din dan Hawa setiap kali kuingat ulangtahun kelahiran mak ku akan kuingat jugalah ulang tahun perkahwinan korang ok. Sebab sama tarikh kan. Apa yang menariknya diorang ini memang dah bercinta 10 tahun sebelum diijabkabul. So, selamat Pengantin Baru in advance daripadaku ok !!..



saja nak tepek kad jemputan dorang di sini.

p/s : banyak betul puluh-puluhnya. =)

Friday, October 15, 2010

Trend Peminta Sedekah sekarang : Kujadi mangsa!

Semalam ku tak balik rumah terus after office hour tapi singgah membeli belah barang-barang rumah yang banyak sudah kehabisan. Contohnya sardin dalam tin yang kusuka habiskan untuk buat sandwich. Tapi tak adalah kupergi beli sardin semata-mata kan. Apa yang terfikir dalam kepala ini semua kubeli termasuklah garam dan gula. Lepas dah shopping bagai tu heretlah trolley penuh barang itu ke kereta. Tak tahulah dah tertulis suratan seorang pakcik yang mengaku musafir dah tercongok belakang keretaku dan bagiku satu barang berupa ayat-ayat AlQuran yang boleh digantung di kereta/rumah dan cakap "ambil ikhlas 10 sahaja". Serius cakap bulan ini memang kucukup berjimat sebab memang kudah simpan untuk belanja kahwin. Dalam dompet hanya ada 1 je note merah. Di ulang 1 sahaja note merah untuk belanja sampai hujung bulan ini.Untuk makan selalunya kugunakan kad pekerja sahaja dan hujung bulan tolak gaji. Semalam ku menderma tapi dalam keadaan yang tak ikhlas. Serius ku dah cuba untuk mengikhlaskan hati tapi tak berjaya beb. Geram lagi ada.

Makin difikirkan, makin geram pula rasa. Makin difikirkan makin banyak kepelikkan yang terbongkar pada peminta sedekah itu.

Mestilah korang pelik kenapalah ku rasa bengang sangat dengan pakcik itu. Biarlah ku explain ye satu-satu;

Satu, sebab ini bukan kali pertama dia minta aku duit dan mengaku dia musafir. 2,3 minggu sebelum itu kudah pernah diterjah oleh pakcik itu dengan modus operandi yang sama. takkanlah musafir boleh berada di tempat yang sama lepas 2,3 minggu kan. Musafir apa itu? huhu. Mempergunakan agama untuk kepentingan sendiri kah?

Dua, sebab dia paksa beb. Dia paksaku ambil barang dan bayar dia sepuluh ringgit. Walaupun ku dah cakap tak mahu tapi dia macam tak reti bahasa beb dan still tak nak blah daripada situ dan buat-buat tak faham yang ku tak nak bagi duit. Bengang betul kurasa. Bila dah paksa-paksa ini macam niat nak sedekah ikhlas jadi tak ikhlas lah kan.

Tiga, sebab dia bagi ku barang yang murah gila kalau beli sendiri di kedai boleh dapat dengan harga 2,3 ringgit sahaja. Nak minta sedekah tapi minta sampai RM10. Kebetulan betul dalam poketku ada RM10 sahaja. Serius cakap kebetulan sungguh. 2,3 minggu lepas itupun sama juga situasinya di mana dalam beg ku ada RM10 sahaja. Dia ini ada pakai jin ke hape sampai tahu aim orang. Ku rasa kalau ku ada RM1 or RM5 memang ku akan bagi yang itu tapi sebab memang tak ada dan dia pula paksa-paksa.

Empat, Kenapa ku tetap bagi RM10 ku itu? Ok, ku pergi situ seorang diri dan tempat parking ku agak jauh sedikit daripada kedai. Sebab di situ sahajapun parking yang kosong. Tempat lain semua sudah penuh. Bila dah seorang maka kupun adalah rasa cuak dengan pakcik itu. Dah lah cakap baik-baikpun macam tak faham bahasa lagilah ku takut. Pulak tu pakcik itu keturunan I*d** tentu-tentulah ku tak dapat jangka tindakan dia kalau ku tak bagi juga RM10.

Takkan nak biarkan sahaja ia terus berlaku? Ok, ku dah ada beberapa cara untuk elakkan kena pow lagi dengan pakcik yang tipu kata diri bermusafir itu.

Cara pencengahannya;

Satu, cari parking yang dekat-dekat lagi dengan kedai dan ramai orang.

Dua, bila nampak pakcik tu buat-buat tak layan (sombong) walaupun pakcik itu menegur. Buat-buat tak dengar dan tak paham macam yang dia dah buat pada ku.

Tiga, kalau pakcik itu paksa-paksa terus tutup pintu kereta dulu dan bawa trolley(yang ada isi barang lagi tu) tu jauh-jauh dahulu sampailah pakcik itu blah dari situ.

Empat, kalau shopping kena bawa teman tak boleh pergi seorang diri dah. Kalau bawa abang yang macma bonzer tu lagi bagus. Baru dia takut nak dekat. haha!

Lima, jangan pergi shopping masa petang-petang selepas asar dan sebelum maghrib hari bekerja di tempat itu sebab pakcik itu memang buat kerja itu waktu petang.


Maklumat penting kejadian?

Tempat Shopping :
OTK Puchong Prima.

Masa kejadian :
Pukul 6.00 - 6.30 petang.

Suspek :
Berkulit gelap, pakai ketayap, bawa satu beg sling saiz sederhana dan badan dia berisi. Tinggi pula lebih kurang 1.6 meter sahaja.

Ini kejadian betul-betul ye bukan main-main. huhu. Saya tak mahu orang lain terkena juga macam saya ini.huhu.

Maaf entry ini tiada unsur-unsur racist sebab di mana-mana dan mana-mana race pun sekarang ada possibility untuk buat benda ini juga.

p/s : agak-agak berapa pakcik itu untung kalau hari-hari dia buat kerja itu. Dengan modal RM2,3 ringgit dia boleh mendapat RM10. Untung bersih RM7 setiap kali beb. Kalau sehari dia berjaya dapat pow 10 orang, dah RM70 untung. Kalau 100 orang, dah RM700 untung. Itu baru sehari belum sebulan. Pakcik tu kayo sudah agaknya.

Tuesday, July 27, 2010

Kenangan dengan Milo

Align Center

Minum milo anda jadi sihat dan kuat! - tagline MILO
Siapa tak kenal dengan MILO?
MILO yang warna peknya hijau tu.
Dari dulu sampai sekarang warna dia sama sahaja.
Tak pernah tukar.
Hanya bentuk dan juga design packing sahaja yang selalu berubah.

Dari budak kecil sampailah yang tua-tua, semua tahu tentang MILO.
Malah, saya rasa hampir semua rumah ada MILO.
Betul tak?
Tapi mungkin juga ada yang tak suka MILO.

Tak dinafikan sayapun suka MILO.
Dulu masa kecil, mak memang selalu buat air milo sekole untuk kami untuk sarapan.
Bila dapat minum MILO tu rasa macam 'heaven' sangat.
Sebab MILO tu minuman yang susah nak dapat dulu sebab mahal harganya.
Tapi, mak memang akan beli setin setiap bulan untuk kami.

Bila dah besar sikit, saya dah pandai buat air sendiri.
Wahh, letak MILO banyak-banyak bila buat air.
Lagi banyak MILO, Lagi sedap kan.
Mak pun selalu sahaja bising sebab MILO cepat sangat habis setiap bulan.
Sebab semua anak-anaknyapun buat perkara yang sama macam saya.
Akhirnya mak beli MILO dalam pek yang besar untuk menampung selera kami yang mula ketagih dengan MILO.

Bila dah remaja, saya dah pandai nak sarapan makan roti cicah coklat MILO cair.
MILO serbuk tu saya larutkan dalam air panas sedikit supaya jadi macam jem coklat.
Lepas itu, sapukan macam jem ke atas roti putih.
Abang saya lagi advance, MILO cair tu dicampurkan pula dengan susu pekat sebelum sapukan atas roti.
Ada juga masanya saya ratah serbuk MILO tu begitu sahaja sambil layan TV.
Memang sedap.

Bila dah dewasa, saya dah tak berapa minat MILO.
Lagipun MILO ini kalau banyak sangat dimakan/minum, boleh gemuk.
MILO di rumah itupun jarang terusik.
Sekarangpun dah banyak resipi yang guna MILO terutama untuk kek, aiskrim, biskut, kuih,bijirin sarapan, dan macam-macam lagi.
Tapi, sejak akhir-akhir ini saya suka buat Aiskrim MILO.
Senang sahaja nak buat.
Hanya buat Air MILO macam biasa.
Bila dah sejuk, masukkan dalam bekas atau plastik sebelum simpan dalam peti sejuk beku.
Bila dah beku, bolehlah nikmati Aiskrim MILO buatan Malaysia.
Ahaha..

p/s : orang kata MILO dulu dengan sekarang dah berbeza.
Dulu rasa coklat lebih..
Sekarang rasa manis lebih..
betul ke?

sumber gambar : google

Tuesday, July 13, 2010

Fakta tentang Kenderaan ikut peringkat umur~

Sedar tak sedar rupanya dari peringkat baby baru lahir dah ada kenderaan sendiri berbentuk kereta atau motor.
Kereta/motor/basikal ni membantu kita untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan lebih mudah dan pantas.

Kronologi bermula sejak berusia lingkungan 4 bulan sehinggalah kita mati.
Sebenarnya saya dapat sumber ni daripada email tapi saay ada tambah perisa ikut citarasa saya sendiri.

Peringkat 1 : 4 bulan hingga 9 bulan


ya, baby walker.
bagi yang mampu memang akan ada satu.
tapi bagi yang tak mampu maka kenderaan anda ialah mak/ayah anda sendiri.
haha!

Peringkat 2 : 9 bulan hingga 3 tahun (ada yang sampai 5 tahun)



Bila dah besar sikit.
Dan mak bapak dah tak larat nak jadi 'kenderaan' anda, mereka belikan stroller aka kereta tolak.
Bagi yang kurang mampu bolehlah gunakan troli pasaraya(jika ke pasaraya) ataupun kereta sorong sebgai alternatif. Dan kalau mak ayah masih larat, mereka akan jadi kenderaan anda lagi.

Peringkat 3 : 3@4 tahun hingga 7 tahun



Kereta mainan. Tapi zaman saya dulu mana ada kereta mainan macam ni.
Semua duk main tarik2 pelepah kelapa (tak ada upih la di rumah saya).
Kalau advance sikit dapatlah basikal yang ad a2 roda kecil di kiri kanan roda belakang tu.
ekeke~

peringkat 4 : 7 tahun hingga 12 tahun.

Masa ini dah masuk sekolah rendah.
Kenderaan bagi orang yang tak mampu macam saya masa zaman tadika dulu pakai kaki sahaja.
menapak la.
Bila mampu sikit naik kenderaan besar siap kerusi banyak. Apa lagi bas sekolah jadi kenderaan rasmi.
Bagi yang tak suka naik bas, ada basikal dah masa itu. Basikal dah tak ada roda kecil di belakang.
Dan besar takkan tak pandai nak stabilkan basikal lagi kan.
err..tapi saya darjah 3 baru pandai bawa basikal. Fail la bab2 berkenderaan ni.
Kalau yang berkait dengan kereta, budak2 baya ini sukakan tamiya (kereta kontrol biasa2 tu)

Peringkat 5 : 12 tahun hingga 19 tahun.

Masa umur ni dah remaja.
Dah tak mainlah kereta kontrol kecil.
Nak yang besar dan kalau boleh yang boleh kontrol dari jarak jauh.
Basikal pula nak yang BMX, yang ada gear banyak2 tu.
Yang handle dia flat. Hargapun boleh tahan.
Bila dah 16 tahun mulalah merengek minta mak ayah sponsor ambil lesen motor.
Bila dah ada lesen, perabih minyak motor ayah sendiri bawa awek/kawan2 jalan2 kampung.
Bangga baru dapat lesen maa~

Peringkat 6 : 20 tahum hingga 50~60 tahun (depends)

Masa ini dah masuk alam dewasa.
Masing2 nak pakai kereta sendiri.
Bagi yang suka bawa motor, motorlah kenderaan dari muda sampai ke tua.
Jenis kereta berubah-ubah ikut kemampuan dan juga peningkatan umur.
Biasanya bagi yang duit tak berapa nak ada(lagi2 yang baru nak bina kerjaya), kereta-kereta biasa dibeli.
Bagi yang kaya dan dah hidup lama (duit dah banyak), kereta semuanya berjenama mewah lepas itu besar sampai tak muat parking.
haha~

Peringkat 7 : 50~60 tahun ke atas (depends juga pada tahap kesihatan).


kerusi roda pula.
errmm..masa ini kerusi rodalah yang akan tolong untuk bergerak ke mana-mana.
Dah tak larat nak cergas2 lagi.

Peringkat 8 : peringkat terakhir bila tiba masanya..



erk, kenderaan jenazah.
Insaf..insaf layan email ini.


Thursday, June 24, 2010

Majlis Bercerai jadi trend di Jepun

Pelik2 sahaja orang Jepun ni.
Selalunya kalau nak berkahwin sahaja baru buat majlis.
Ini nak berpisahpun buat juga majlis.
Akhbar Kosmo hari ni ada menyiarkan berita berkenaan trend 'zaman moden' ni.
Kepada yang malas nak beli paper baca sahajalah terus kat bawah ni.
Saya copy dari SINI

Trend majlis perceraian di Jepun

SEORANG wanita menaiki sebuah beca untuk menuju ke rumah perceraian di Tokyo kelmarin.


TOKYO - Semakin ramai pasangan suami isteri di Jepun memilih untuk melafazkan cerai pada satu majlis perceraian di hadapan sahabat handai dan keluarga.

Majlis perceraian itu mula dianjurkan setahun lalu oleh seorang bekas jurujual, Hiroki Terai yang membina sebuah rumah besar yang dikenali sebagai rumah perceraian di bandar raya ini.

Sejak itu, kira-kira 25 pasangan memilih untuk menganjurkan majlis perceraian yang mirip majlis perkahwinan tetapi bertujuan untuk mengumumkan bahawa rumah tangga mereka telah berakhir.

Setiap pasangan dikenakan caj AS$606 (RM1,931).

Seorang ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Fuji berkata, dia mengadakan majlis perceraian itu sebagai tanda untuk memulakan hidup baru selepas bercerai dengan isterinya. - Reuters


P/s : Nak ceraipun kena bayar sampai ~RM2000. Membazir..membazir..

Sunday, June 6, 2010

Saya dah ada Exchange Link Banner

tahniah kepada saya sebab dah maju selangkah lagi dengan adanya Exchange Banner sendiri.
Walaupun simple tak macam orang lain (err..sebab tak reti..)
Tapi oleh kerana nak ada juga gigih jugalah siapkan.
Sempoi sahaja bentuknya.
Yang penting maksud sampai.

Jom lah Exchange Banner dengan saya.
Silalah ke page saya yang kat bawah ni untuk bertukar2 banner.
Code HTML pun saya sertakan di sana juga.

http://noorafzan.blogspot.com/p/banner-kawan2.html









Saturday, June 5, 2010

Kartun menarik hari ini!

Sedang saya godek2 google search saya terjumpa imej2 di bawah ini.
Ada yang buat saya gelak, tersenyum sendiri dan tak kurang juga rasa kesian.
Jom tengok kartun2 ni sama2.

Pening kepala cikgu tu kan.
Cikgu Sains kalau dapat murid2 macam ni boleh pengsan hari2.haha~
Tak boleh belah dengan jawapan Dayang Norfaizah tu.
wakakaka!



Soalan cikgu Sejarah ni lagi cool.
Tanya soalan dengan pilihan jawapan yang memang da bomb!
Habis semua artis2 terkenal keluar dalam list.
Yang ni cikgu tak pening tapi murid la yang pening nak pilih mana satu jawapan. kuikui~

Yang ni first time saya jumpa.
Selalunya isu ni akan hangat bila nak buka sekolah awal tahun.
Ni semua pasal rungutan serta suara hati ibu bapa berkenaan perbelanjaan budak2 sekolah zaman sekarang yang bukan main banyak.
Rambutpun kena charge RM10! Mungkin bayaran untuk memotong rambut di kedai.
Jam tanganpun masuk list perbelanjaan sekolah juga ke?



Yang ni paling best.Haha..
Luahan hati seorang awek kepada BF nya.
perbandingan dulu masa zaman tak ada internet dengan sekarang zaman blogging.
Sejujurnya perlu kah cerita pasal BF/GF dalam blog dan entry di blog?
Bagi saya not necessary dan bergantung kepada jenis blog la.
Bergantung kepada cerita yang nak disampaikan.
Kalau ada kena mengena dengan dia, saya cerita sahaja.
Itu pandangan saya la.




p/s : malam ni busy sikit. Sepanjang hari keluar. Lagenda Budak Setan memang best..=)
sok saya update k =)

Saturday, May 29, 2010

Ramai rupanya bertemu jodoh masing2 sejak di sekolah?

2 minggu lepas kawan sekelas saya masa bersekolah di TIKL, Fahimah berkahwin.
Saya tak tahu langsung mungkin terlepas pandang jemputan daripada dia.
Saya tahupun bila ada kawan yang masukkan gambar majlis beliau dalam FB.
Berguna juga ya FB ni saat2 begini.
Masa tengok gambar tu saya terlihat la pengantin lelakinya.
Eh, macam kenal aje, tapi di mana ya?
Ya, familiar sungguh wajah tu tapi saya tak ingat pula kaitannya dengan saya.
Tup, berdesup ingatan menyerbu kepala.
Ooo..dia ni pun budak sekolah TIKL juga tapi saya memang tak ingat nama dan course dia ambil dulu. Satu batch juga.

Lepas itu, saya teringat pula kepada kawan yang baru juga kahwin awal bulan 5.
(kira2 seminggu sebelum Fahimah kahwin).
Pengantin lelaki dan perempuannya juga adalah kawan2 sekolah TIKL satu batch dengan saya

Beberapa bulan sebelum itu, pasangan Vice Captain lelaki dan perempuan masa di sekolah yang sama (TIKL), Radi dan Net juga mendirikan masjid. Tapi title bukan lagi pasangan Vice Capt tapi pasangan suami isteri.

Tahun lepas, Sakinah dan Wan Mohd Farid ( juga sebatch dengan saya di TIKL malah mereka satu course) berkahwin.

Minggu depan pula, Dayana dengan Kamarul Izwad ( kedua-duanya pun sebatch dengan saya di TIKL) pula bakal mendirikan masjid mereka.
Ucapan untuk Dayana dan Kamarul Izwad yang bakal berkahwin yang dipetik terus daripada iluvislam.com


Tu yang dah dan bakal berkahwin.
Kita tengok pula pasangan couple yang satu sekolah, satu batch dengan saya yang tak tahu lagi bila nak kahwin ialah;

1) Huda dengan Izwan
2) Oyen dengan Izat
3) Meza dengan Zaim
4) Amira dengan Hafifi
5) Dayah dengan Fet

Ok, ni je yang saya ingat..

Nama2 tu memang confirm la rakan2 blogger tak kenal.
Tapi point nya sekarang bilangan pasangan tu.
Cuba kira berapa agaknya pasangan2 yang dah bertemupun jodoh mereka sejak di bangku sekolah lagi.
Ada yang masa sekolah dok couple dengan orang lain atau langsung tak terfikir untuk couple dengan member sekolah tapi end up dengan couple.
Dan paling best ni lepas itu dorang mendirikan masjid.

Bila saya kira, ada 4 pasangan yang dah berkahwin. Maknanya 8 ex-student TIKL yang satu batch dengan saya bertemu jodoh di sekolah.
Dan 5 pasangan lagi bakal mengikut jejak langkah 8 member2 yang dah kahwin tu nanti.
Menjadikan lagi 10 ex-student TIKL juga bertemu jodoh masing2 di sekolah sejak 10 tahun lepas lagi..

Dulu saya rasa tak adalah obvious sangat.
Setakat 1, 2 pasangan kan.
Tapi bila ramai yang macam tu saya rasa macam wow!~

Jodoh tu memang di tangan Allah SWT.
Sejauh mana mereka berlari.
Bertebaran mengejar ijazah/diploma selepas meninggalkan sekolah tu 8 tahun lalu.
Berpisah jauh beribu batu.
Rupanya hati mereka dahpun terpaut di sekolah juga.


saya mendoakan mereka bahagia hidup bersama hingga ke akhir hayat.
serta mendapat anak2 yang soleh serta solehah =)

Sunday, May 23, 2010

Hasil terjahan Aried

9 May yang lepas saya begitu teruja bila Aried Math Sensei nak buat sesi terjah2 blog.
Sayapun terus buat la satu entry supaya Aried terjah blog saya.
Kepada sesiapa yang terlepas bolehlah baca di SINI
Tujuannya bukan sekadar untuk trafik tapi juga untuk tahu apa pandangan orang lain tentang blog saya.
Saya terus terang tak nampak semua itu sendiri.
Kita hanya boleh tahu daripada orang yang lain kelemahan dan kelebihan kita. Betul tak?
Kalau kita judge sendiri dah macam masuk bakul pastu angkat sendiri.
haha~

So, lebih kurang seminggu lepas itu saya dapat komen from Aried sendiri yang ssi terjahan balas telah dilakukan.
Siap tinggalkan link entry terjah tersebut.
Sayapun pergi usyar dan memang menambah keterujaan saya sebab entry dia tulis agak panjang.
kat SINI atau klik gambar bawah ni

Aried kata blog saya ni
dari segi penulisan
  1. menyenangkan hati best untuk diterokai.
  2. dikatakan dah lama menapak iaitu sejak 2005. Kira dia kagum la. (Memang dah lama tapi tak aktif sgt masa tu.)
  3. rajin di update..purata tahun ni antara 2 hingga 3 entry per day..
  4. banyak cerita pasal peribadi dan ada juga isu semasa. (betul2...)
dari segi statistik blog pula
  1. PR saya 3. (memang 3 sejak dua menjak ni.Dulu 2 je)
  2. Dia ada cakap pasal Ranking Alxa blog saya. Memang bawah 1 juta tapi biasa-biasa je..
Ada banyak lagi dia cerita dalam entry terjah dia tu.
Dan dari situ saya belajar mengenal blog sendiri.
Haha..itulah sebenarnya tujuan join edisi terjah2 ni.
=)

Jangan terkejut kalau selepas ini terjah menerjah menjadi trend blogger.
Tunggu sikit masa lagi.
haha~

Thursday, May 20, 2010

Ratu Cantik USA Wanita Islam


Saya cedok from kosmo online

Wanita Islam pertama kali dalam sejarah yang dinobatkan sebagai Ratu Cantik USA baru-baru ni .
Nama dia Rima Fakih yang berusia 24 tahun.
Wow,memang seksi tapi bila dia mengaku Islam, macam ada yang tak kena.
Ni memang tak kenal dah aurat atau tidak.
Agama hanya pada nama sahaja tapi gaya hidup dan gaya pakaian dah lari dari landasan Islam.

Apa kata anda?
Saya seriously amat kecewa.
Lagi2 bila kecoh pula pasal kegiatan dia menyertai tarian tiang disebarkan dan ini jelas mencemarkan nama baik Islam itu sendiri.

Tapi dia cakap keluarga dia mengamalkan kepercayaan Islam dan juga Kristian.
Aik, macam mana pula tu?

p/s: takut juga dengan trend semasa sekarang. Kebanyakan anak2 muda Islam sekarang berlumba-lumba serta gigih untuk jadi artis tapi bila di ajak pergi majlis ilmu banyak pula alasan untuk ngelat. Lihat sahaja berapa ramai yang beratur untuk join audition AF, Mentor..Sanggup berpanas berhujan berdiri lama..huhu~
Peringatan ini untuk diri sendiri juga.

Wednesday, May 19, 2010

Mari meriahkan Banner2 blog anda di SINI!

 JOM EXCHANGE LINK DENGAN SAYA..







Sesiapa yang nak tinggalkan link banner sila tinggalkan jejak di ruang komen yea =)

PhotobucketLUVIDA BANNER LINK WORDZ-SPACE http://1.bp.blogspot.com/_73xozflEkJU/S_VfReDYkAI/AAAAAAAAAaI/KElMeXSp7pM/s1600/anigif.gifYanie PutrajayaCreate your own banner at mybannermaker.com!Create your own banner at mybannermaker.com!BannerFans.comCreate your own banner at mybannermaker.com!
Create your own banner at mybannermaker.com!Create your own banner at mybannermaker.com!Create your own banner at mybannermaker.com!

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics