Followers

Friday, July 16, 2010

Harga petrol (bukan minyak) naik!

Semalam tengok berita kecoh berkenaan pengumuman kenaikan harga petrol sebanyak RM0.05 per liter.
Dengan kenaikan sebanyak itu, apa yang kita jangka akan berlaku?
Kesan-kesannya memang ada.

Harga barang for sure akan naik?
Kenapa pula? Apakah kaitannya barang dengan petrol?
Kaitannya sangat jelas lagi terang.
Semua barang-barang ini perlukan transport untuk proses pemindahan daripada satu tempat ke satu tempat.
Contoh paling senang ialah bila kita nak pergi makan satay di kajang.
Sudah tentu memerlukan modal tersembunyi iaitu transport.
Setiap transport selain basikal dan kaki sendiri memang memerlukan petrol untuk bergerak.
Kalau tidak petrolpun, mesti perlukan gas.
Harga gas pun naik juga maa..Sama sahaja kesannya.
Rasanya kenderaan hibrid pun masih perlukan petrol (eh, betul ke tidak ye? macam pernah baca sahaja pasal ini)
Bila pemindahan berlaku maka kos pengangkutan yang termasuk harga petrol mestilah ada kan.
Bila harga petrol meningkat maka kos pengangkutan turut akan meningkatkan.
Bila kos pengangkutan meningkat maka harga barangpun akan meningkat sama.
Tidak ada kaitankah kalau begitu gayanya?

So, selepas ini tunggu dan lihat sahajalah.
Mungkin harga teh tarik akan naik.
Gaji kalau naik seiring dengan kenaikan harga barang tak apa juga. Ini setakat itu sahaja.
Makin lama, makin terhimpit.

Beberapa tahun terakhir ini memang ketaralah kenaikan harga banyak perkara/benda. Dengan tol yang semakin banyak. Asal lebuhraya baru naik sahaja, mesti ada tol.Semuanya menjerut leherku. Tiap-tiap hari kutipan tol diperolehi daripadaku RM3.20 cuba darab dengan 21 hari kerja sebulan maka akan dapat RM62.70 sebulan daripada satu kereta. Berapa ramai guna LDP tiap-tiap hari?.Wow, at least balik modal kan. Malaslah nak cakap pasal ini. Buat sakit hati sahaja. Baca paper berkenaan sebuah negara yang sebuah lebuhraya utamanya tidak ada tol langsung. Heaven seyh kalau Malaysia buat macam tu!

p/s :Itu baru pasal petrol naik harga. Belum masuk gula yang naik sampai 25 sen sekilo.
Memang harga kuih/air pakai gula/biskut/lauk pauk malah yang tak ada kaitan seperti nasi putihpun akan naik sama.

7 comments:

Adam Ruslan said...

Minyak pelincir pon naik harga jugak bulan ni.

meoafzan said...

erm... harga hantaran harap2 tak di naikkkan...

saya_arief said...

sekarang malaysia ade 1 ag musim.
musim 'naik'...

noorafzan.blogspot.com said...

amANI..
huhu..
ye ke?
alahai..
maintenance kenderaan makin tinggi la..

meoafzan..
haha..
takat beberapa sen tu takde naik kot.

noorafzan.blogspot.com said...

saya_arief..
setuju!
haha..
tapi tak suka musim tu.

Nur Suaidah Bachok said...

errrrrrrrr.... asik naik je!

noorafzan.blogspot.com said...

molmolla..
eh , ni macam achu je..
tukar nama pulak dah..

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics