Followers

Thursday, July 1, 2010

Fakta berkenaan Derma Darah~

Semalam ada program derma dara darah di syarikat saya.
Saya memang tak lepaskan peluang la untuk menderma sedikit darah saya.
Nak derma duit tak cukup kaya lagi jadi saya dermalah sesuatu yang nilainya lebih daripada wang ringgit.
haa..

Saya tahu ramai di luar sana yang begitu takut untuk derma darah.
Ada yang takut sebab takut jarum..
Ada yang takut sebab tak boleh bau atau tengok darah.

Pasal takut jarum tu ada beberapa sebab..

Pertama sebab dia tengok jarum untuk salurkan darah tu besar.
Ngeri bila bayangkan ia ditusuk ke kulit badan.
Lepas itu takut rasa sakit.
(ini bagi yang memang tak pernah ada experience menderma darah/ buat medical check up)

Kedua sebab dia pernah ada pengalaman dicucuk jarum dengan' tak sempurna'.
Puncanya nurse/doktor yang menguruskan itu tak expert dan telah cuck salah urat.
Bila dah tersilap tu memang sakit sangat2.
Boleh fobia terus dengan jarum.
Daripada ada keinginan untuk menderma terus hilang semangat.
Haa..ini pengalaman kawan saya sendiri.
Sampai sekarangpun dia takut nak derma darah.

Pasal pening dengan bau darah atau tengok darah itu saya tak pasti pula puncanya.
Mungkin ia terjadi secara semulajadi.
Hanya orang tertentu sahaja yang ada masalah begini.
Mungkin ada sesiapa yang boleh merungkai misteri disebalik simptom begini.

Bagi yang nak menderma darah, ada syarat2 penting perlu dipatuhi.
Paling basic ialah;
  1. kena sihat tubuh badan masa nak derma tu.
  2. Berat badan kena lebih 45 kg. (kalau kureng memang tak layaklah)
  3. Tidur kena lebih 5 jam.
  4. Tak ada masalah kesihatan.
  5. Tak ada makan ubat lagi3 antibiotik dalam masa 7 hari sebelum masa nak derma darah.
  6. Makan dengan secukupnya (makan berat) sebelum menderma.
  7. Bukan pelacur/pengamal seks bebas/homoseksual/biseksual/penagih dadah.
  8. Tidak berpasangan dengan golongan yang disenaraikan di atas ini.(number 7)
  9. Mesti free sekurang-kurangnya 3 bulan selepas pendermaan darah terakhir.
  10. Bagi yang perempuan, mestilah tidak pregnant, tidak didatangi haid dan juga tidak menyusukan anak.
Lagi satu, jangan menderma darah jika;
  1. Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih
  2. Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.
Bagi saya, menderma darah ini bagus sangat.
Dan tak sakit sebenarnya bila nurse bertauliah yang mengendalikan jarum tu.
Rasa kebas sikit sahaja dan sekejap sangat.
Lepas tu dah tak rasa apa.
Tahu2 beg darah kita dah penuh.
Pendek kata, dah derma sekali, nak derma lagi.
=)

Marilah kita menderma darah untuk membantu insan2 yang memerlukan.
Kalau tak reti sangat terus sahaja ke Pusat Darah Negara untuk menderma.
Kat atas ni saya letak page website mereka pasal waktu operasi untuk pendermaan darah.
Kalau busy bekerja di hari weekdays, boleh pergi sabtu.

10 comments:

fasham said...

saya x nak derma darah say takut jarum ...lariiikkkkkk!!!!!!

Unknown said...

betul2..derma darah ni blh addictive jgk...first time derma darah masa kt plkn..aku ada info menarik ttg derma darah ni
http://mia-erova.blogspot.com/2010/01/derma-darah.html

Boneka Tak Sakit said...

kalau ada pelung sy akan menderma darah!

pelung tu mcm ada org paksa beria2! camtu..
godaan seksual ke?

ISA said...

he..he..he.. part yang mengerunkan gua...

Mario said...

mmg bagus derma darah ni...badan rasa ringan lps tu kan...

meoafzan said...

belum try lg... teringin nk try...

Nur Suaidah Bachok said...

ngahahah! sampai bila pun ku takkan derma darah~ pengsan ok!

Melin Fork said...

hi dear!!
this my first time to be here..feel free to dro by n share some info k..
kumakikaeamelyn@blogspot.com
im following u btw~
kip in touch! xoxo

p/s : thanks for sharing!! i sgt3 teringin nak derma darah..jakun tak penah buat.lagipon berat tak cukup!! huhuuu.adoy cane nak gemok neh???

intanurulfateha said...

kite x pena derma drh sbb x ckup berat ;D
bru 37 kak ;D

hairi suke
ngeri tgk!
T______T

Anonymous said...

apa yang dimaksudkan dengan:

Lagi satu, jangan menderma darah jika;
Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih
Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics