Followers

Showing posts with label Lurve. Show all posts
Showing posts with label Lurve. Show all posts

Tuesday, October 5, 2010

Lagu Sedap : Yang Sempurnakanku -Sixth Sense!

Hari-hari balik kerja memang ku menunggu dengan penuh berharap lagu ini keluar.
Mungkin sebab lagu ini rancak dan sesuai sangat untuk release tensi bila jalan sesak.
ahaha~

Layan lagu ini sambil imagine suami/tunang/BF/ Orang yang korang minat nyanyikan untuk korang. Apa salahnya berangan sekejap kan. (sebab lagu ini lelaki yang nyanyi maka saya assume lagu ini daripada lelaki untuk perempuan ok)
Lagu ni layan weyh..Bila tengok vclip rasa lawak pun ada. kah!



Layan lirik juga walaupun ulang-ulang sahaja.
hahaha!

Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harungi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakanku

Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga

Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu

ooo..oo..ooooo..ooo..oo..oo...

P:
Bila kau jauh
Aku selalu rindu
L:
Bila kau ada
Hatikan berbunga

Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu

Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu
ooo..oo..ooooo..ooo..oo..oo...

p/s : lama sudah tak download lagu-lagu baru yang hit di radio. Di handset semua algu-lagu lama dan dah outdated!

Sunday, July 18, 2010

Anak-anak Group memang comel!

Ahli kumpulan dalam company tempat saya kerja kebanyakan dah berkahwin dan punya anak dah.
Macam boss besar ada 3 anak kalau tak silap.
Tapi masa jamuan kelmarin dia datang solo sahaja.

Then, boss kedua, ada 2 orang iaitu Mr. S dan juga Mr. H..
Mr. H ada 2 anak perempuan. Dah tak baby dahpun.
Dia tak dapat join jamuan sebab demam.

Mr. S pula ada seorang anak umur dalam 2 tahun lebih.
Yang rambut pendek berbaju merah didokong itulah anak dia, Anis.
Sangatlah takut dengan orang lain.
Nak mak dengan ayahnya sahaja.
Kalau orang lain nak pegang, terus nangis.
Tengok tu member nak snap gambarpun muka dia masam.
Ini pula anak boss number 3, Jojo.
Nama si kecil ni Adam Darwish. Rasanya umur dia dah masuk setahun.
Sangat gila gambar si Adam ini.
Pantang saya snap sahaja mesti dia mula berposing.
Tengoklah gambar ni.
Dan gambar ini.
Alolo..cumilnya Adam.
Member ni suka sangat baby.
Disuapnya baby Adam ini dengan biskut stick tu.
macam sedap sahaja tengok dia makan.
Ini pula anak kepada Ms. N.
Umur dia setahun lebih rasanya.
Di bibir dia ada coklat cair yang dah mengeras.
Cuba nak lap tapi tak tanggal.
Nampaknya Aqil si kecil baju biru ini kenalah hilangkan sendiri kesan itu dengan menjilat bibir sendiri.

Entah macam mana sedang saya snap gambar ini,dia terus jelir lidah.
Ayoo..mengejek siapa tu Aqil?
Coming soon..
Ms. I akan deliver bulan 11 ini.
Ms. H boss ketiga juga akan deliver bulan 12 ini.
Dan Ms. N merangkap mak Aqil pula akan deliver untuk anak ke 2 pula bulan 2 nanti.
Meriahlah group saya dengan kehadiran kanak-kanak comel ini nanti tahun depan.

Wednesday, May 26, 2010

Kenapa lelaki tinggalkan kekasih/isteri ?


lelaki yang kecewa meninggalkan si gadis

Tadi entah macam mana boleh termasuk kat satu website ni.
Artikel berkenaan sebab sebenar lelaki meninggalkan perempuan even dia sayang sangat2 kat perempuan tu.

Memang susah untuk kita percaya disebabkan perkara yang seringkali dipandang remeh oleh perempuan menjadi punca perpisahan dengan cinta hati masing-masing.
Nak tahu apa perkara tersebut.
Dia kata..
PENGHARGAAN.
Lelaki dahagakan PENGHARGAAN dan sentiasa mendambakannya daripada orang yang mereka sayangi.

Saya tertarik dengan quote yang penulis tinggalkan di blog beliau itu.
Ini merupakan kesilapan yang mungkin dilakukan oleh wanita sama ada sedar/atau tidak sedar terhadap lelaki kesayangan mereka.

1 Bila lelaki bercakap mengenai impiannya…
Wanita tidak mendengar sebaliknya mengubah topik perbualan.


2 Bila lelaki bercerita mengenai kejayaannya…
Wanita tidak memberi pujian dan galakan yang sewajarnya.

3 Bila lelaki bercerita mengenai kisah dukanya…
Wanita tidak memberi motivasi dan sebaliknya, meluahkan kekecewaannya.


Kesimpulannya, lelaki amat dahagakan PENGHARGAAN.


Saya petik maklumat ini daripada SINI.
Terjah la untuk tahu lebih detail.
=)

Saya cuma nak tanya secara jujur dengan lelaki2.
Betul ke ini yang kamu2 semua mahu daripada kekasih/isteri kamu?

Thursday, April 15, 2010

Apa yang menarik sempena Birthday ku?

Selalunya kalau ada hari-hari penting seperti Hari Kelahiran, Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru dsb memang rasa macam kosong kalau tak ada apa2 beza dengan hari lain kan?

Kalau Hari Lahir tu mesti paling tidak pun hidup diceriakan dengan ucapan2 tahniah daripada kawan2 sahabat handai tak kira jauh atau dekat menggunakan bermacam-macam medium seperti cakap depan2, SMS, call, miss call, email, ucapan kat FB dan kalau bloggers macam kita ni ucapan from bloggers lain kan.
Up sikit ucapan tu diiringi dengan hadiah tak kiralah kecik atau besar, murah atau mahal.
Paling penting ikhlas kan..=)
Nak advance sikit adalah buat program makan2 dengan birthday gal or guy tu ditaja makanannya.
Paling best buat makan2 lepas itu siap bagi hadiah.

Begitu juga bila Hari Guru, Hari Ibu dan Hari Bapa.
Mereka2 ini diraikan pada hari tersebut sebab kita sedia maklum jasa dan pengorbanan mereka buat untuk memajukan anak bangsa.
Hari Guru untuk menghargai semua guru dan lecturer seantero Malaysia.
Hari Ibu untuk menghargai golongan ibu2.
Hari Bapa untuk menghargai golongan bapa2.
Tanpa mereka, siapalah kita.
Setiap dari kitapun ada ibu, bapa dan guru masing2 kan. =)

Sempena Hari Lahir saya ada beberapa perkara yang saya nak highlight..

  • Saya dapat ucapan daripada ramai kawan2 di FB dan blog. Terima kasih atas ucapan dan doa kawan2 semua.
  • Malam itu(12hb), my F bawa saya pergi makan di Western food di Restoran Kapal, Kg. Baru.
  • Esok siangnya(13hb), boss saya pula announce pertukaran layout meja kerja. Saya kena pindah ke meja baru sempena birthday saya.
  • Esok malamnya(13hb), my sis pula masakkan spageti dan belikan kek coklat untuk meraikan birthday saya.
  • Lusa (14hb), tak da program.
  • Tulat(15hb), jumpa bestfren zaman sekolah, Afiza yang dah lama lost contact. paling last jumpa masa lepas habis matrikulasi (awal 2004) - dah lebih 6 tahun. Dia ni kerja di Jakarta tu yang susah nak jumpa.
  • Tubing (16hb), sambutan birthday untuk kami yang lahir bulan 4 (ross, ita dan saya) di A&Woleh officemates, InsyaAllah~
  • Sabtu (17hb), err..ni bukan sempena birthday. Ada event Gatsby Street Fair di BTS,KL.
Ok, kesian sekian update dari saya untuk anda~
Siapa yang pergi Street Fair tu jumpa di sana yea!

p/s : saya dah dapat hadiah Giveaway Chibby Kun. Nanti saya update k..=)

Friday, April 9, 2010

Tips melembutkan hati lelaki Part 1

Seriously memang susah sebenarnya nak melembutkan hati lelaki dengan cara yang betul..
Kadang2 kita nampak macam dah berjaya tapi sebenarnya tidak..
Sebab itu hanya bersifat sementara dan si dia berada dalam keadaan tertekan sebab terpaksa berlembut..
Nampak macam selfish kan..

Saya tahu saya tak berapa nak layak untuk sentuh hal ini banyak2 lagi2 bila menyentuh kehidupan selepas kahwin.
Cukuplah saya meyentuh surface sahaja.
Iaitu masa bercinta la kan.

Tips kali ini ialah jadilah pasangan yang prihatin.
Mengingati hari2 penting dalam hidup yang melibatkan si dia.
Sentiasa mengambil berat mengenai dia.
Untuk buat dia rasa dihargai, prihatin atas segala apa yang dia ceritakan dan ingatlah yang penting2 seperti apa yang dia suka, hobi, makanan kegemaran dll.
Tapi awas, kalau keterlaluan akan meyebabkan si dia terkongkong.
So, pandai2 lah yea.
Contoh paling mudah ialah tetapkan satu masa dalam sehari untuk menelefon si dia.
Kalau tak mampu, sekali seminggu.
Contohnya setiap pukul 9 malam hari Rabu.
Terpulanglah kepada diri masing2 nak telefon bila dan berapa lama.
Paling simple ialah mengirim SMS ucapan selamat di waktu pagi dan good nite sebelum tidur..

p/s : mengakui kadang2 perkara2 simple macam ni pun sukar untuk dilakukan melainkan kita bersedia untuk memberi komitmen kita kepada si dia. Tapi percaya jika melakukannya secara konsisten akan bisa melembutkan hati si dia dengan mudah.

p/s/s : mengakui juga paling susah alert pada panggilan telefon lagi2 bila berada di rumah. Dan kalau perkara ini dibiarkan memang akan memberi kesan tidak baik kepada hubungan. So, take note k.
Pesanan untuk diri sendiri gaks~

Saturday, February 20, 2010

Tribute to the my First day as Blogger~

Post ini sebenarnya 1st post saya dalam blog ini..
Tarikh tertulis 20hb May 2005 means 20052005(pergh...tarikh yang cun..)
Masa itu umur saya baru masuk 20 tahun..
muda remaja dah buka topik pasal cinta..
ekeke~

Tapi rasanya content ini eloklah di share sekarang sebab takkan kamu2 nak selak2 post2 lama eden tu kan..
Ini kira re-post punya entry la..
Gila ke'skema'an terserlah di situ..=)
Time tu saya guna kata ganti nama 'aku'..

Bismillahirrahmanirrahim..

Di sini mukadimah tak perlu di beritahu kerana sebaik sahaja tangan ini menekan butang keyboard maka terciptalah satu mukadimah bagi satu cerita...

Aku bukan mahu mengelirukan mahupun menipu sesiapa tapi ingin sekali menegaskan bahawa kata-kata yang terlontar adalah luahan dan pandangan aku..Bukan satu fakta yang mesti dipercayai dan diterima tapi satu ilmu yang harus diketahui..

Bercakap pasal ilmu..Adakah ilmu itu wajib untuk kita ketahui semuanya..Yang pasti jawapan yang akan diberi oleh setiap orang adalah berbeza versinya.Ada yang akan kata ..ya...Ada yang akan menggelengkan kepala..Ada yang akan menjawab 'mungkin'...Juga ada manusia yang akan mengerutkan dahi .Tak kurang juga yang buat muka blur..Seolah-olah mengejek persoalan yang diutarakan..Sebab tak ada jawapan yang tepat untuk menjawab soalan tersebut.

Itu kata orang tapi bagi aku ilmu tu penting untuk kita tahu tapi tak semua wajib kita fahami..Dalam dunia ni banyak sangat benda yang tak terjangkau oleh kudrat seorang manusia.Bagaimana otak kita bisa menerima seluruh isi bumi dari masa ia dicipta hingga sekarang.

Aku bukan nak fokus sangat pada ilmu tapi apa yang aku nak kongsi di sini ialah persoalan cinta yang juga merupakan salah satu ilmu yang begitu luas skopnya.Cinta memberi impak yang besar dalam hidup seseorang.Yang kita tahu cinta kepada Allah ialah cinta yang paling agung bagi umat Islam.Tidak mungkin bertukar ganti.Allah itu Esa.

Tapi berapa ramai yang telah menyalahgunakan kuasa cinta.Cinta itu suatu kuasa yang cukup kuat..

Orang selalu menyebut..Cinta itu Buta..Tinggal anak,tinggal saudara,kerana kasih aku turutkan..

Seseorang yang memilikinya harus pandai mengguna dan mengolah kuasa cinta itu dengan baik.Kegagalan memelihara cinta itulah yang merosakkan diri seseorang itu.

Bagi orang Islam,ada yang kata bercinta itu tidak salah tapi ada batasannya.Manusia memang tak dapat lari daripada memiliki kuasa cinta...Ingin mencintai dan dicintai..

Kata orang kalau dah yakin itu jodoh kita maka tak salah untuk kita bercinta tapi yang penting kenalah ada kesepakatannya antara dua pihak yang bercinta itu.Matlamat haruslah jelas iaitu ke arah membina rumahtangga yang bahagia.Apabila dah ada kesepakatan dan sama-sama ingin mencapai matlamat yang mulia ini maka sudah pastilah mereka akan berusaha sebaik mungkin untuk memelihara hubungan tersebut daripada maksiat dan niat jahat.

Tapi kadangkala bila jodoh kita bukan dengan orang yang kita cintai maka akan terputuslah ikatan cinta tersebut atas kuas Allah.Ada hikmah di sebalik perpisahan yang terjadi dan ambillah ikhtibar daripada musibah tersebut.

Kata orang hidup tanpa cinta ialah hidup tanpa cita-cita.Hidup tanpa cita-cita ialah sia-sia ...

Begitulah kuatnya panahan kuasa cinta..

Ada satu lagi fakta yang aku tak berapa pasti kebenarannya..Betul ke kalau nak bertunang@bercinta kena lebih 6 bulan..6 bulan yang pertama tu merupakan tempoh ujian cinta..

Sebab 3 bulan pertama dan 3 bulan terakhir akan menentukan keserasian pasangan tersebut.

Kata orang kalau 3 bulan pertama baik,3 bulan terakhir tak berapa baik..

Maka baik tamatkan aje hubungan tu..

Kata orang lagi kalau 3 bulan pertama tak berapa baik tapi bulan seterusnya jadi baikMaka kita memang dah jumpa jodoh kita..

Akupun tak pasti akan kebenarannya..

Ok, habis dah entry pertama eden tuh..
Nak tahu gak pendapat kamu2 pasal last statement tu..
Yang saya highlight warna merah itu..
Ini sebenarnya pendapat yang pernah kuterima masa zaman tu la..
Tapi, macam tak betul sahaja..=)

Sebab bagi saya, jodoh itu di tanganNya..bukan di tangan tok kadi..

Friday, January 8, 2010

Twilight ada dalam bahasa melayu..dapatkan di pasaran hari ini juga..

Malam Rabu sebelum saya ambil cuti, saya ada masuk Popular Book..
Gaji baru masuk.
So, berhajat la nak beli novel..
First sekali memng cari TWILIGHT SAGA la kan..
Nak novel pertama dulu..
Layan trailer TWILIGHT OFFICIAL MOVIE from youtube ini ye..

Cari punya cari, jumpalah apa yang dihajatkan..
Beralih pula ke novel bahasa melayu..
Nak grab 1 novel melayu lah hajatnya..

Sampai2 di rak buku novel bahasa melayu, ternampak novel TWILIGHT dengan NEW MOON..
Pelik juga pada mulanya..
Rupanya Siri Twilight Saga ni ada translated in Malay by Pelangi Publisher..
Saya ada snap picta tapi disebabkan aplikasi gigi biru saya tak berapa baik sekarang, saya tepek je la picta daripada Pelangi Publisher sendiri..

Tajukpun di translate..
TWILIGHT = SENJAKALA

NEW MOON = CINTA BARU
Tapi saya tetap memilih English version..
Original one gitu..

Kat belakang buku pertama tu dia translate juga daripada English book..

Tiga perkara yang aku pasti:
Pertama, Edward sebenarnya pontianak.
Kedua, sebahagian daripada dirinya - dan aku tidak tahu betapa kuatnya sebahagian itu - yang dahagakan darahku.
Dan ketiga, aku sungguh- sungguh mencintainya.

Dalam English,
About three things I was absolutely positive.
First, Edward was a vampire,
Second, there was a part of him- and I didn't know how dominant that part miht be -
that thirsted for my blood.
And third, I was unconditionally and irrevocably in love with him.

At last saya beli satu lagi novel Noor Suraya..
Tajuknya Jaja & Din..
Sinopsisnya macam menarik..
Nanti kalau dah baca, saya review sini ye..

p/s: baru sahaja tamat 10 pages of Twilight.. adeh, tiada kesempatan untuk menghabiskan dengan cepat..jadikan membaca budaya kita..(peringatan kementerian dalam TV..)

Wednesday, January 6, 2010

Gubahan hantaran kahwin hasil tangan lelaki perkasa..?~

Hantaran lelaki untuk perempuan ada 7 dulang..
Percayakah anda yang menggubah ini adalah lelaki yang langsung tak lembut..
Malam gubahan2 ini hanya sebagai side income dia je sebab dia dah bekerja tetap di kilang..
Tak ada pula gambar penggubah ini..
Dengan rambut panjang ala2 rockers gitu..punya kesenian rupanya..
wakaka~

Gubahan tuk kek ini hanya reben besar dilekatkan atas kotak kek..
Kek ini kek lapis yang Encik Nusin si pengantin lelaki tempah khas daripada kawannya..
katanya process nak siapkan kek ini 5-6 jam gitu..
Hantaran jam Swatch bought from Japan..original tau..
Hantaran gelang bebola bling2..ni pakai masa upacara batal air sembahyang..
Yang bestnya, ada susunan manik berbentuk I Love U kat belakang kotak gelang..
hehe~
Hantaran wng belanja..dalam bentuk cek..RM8000.00..
Ini pula gubahan untuk mas kahwin..mas kahwin my sis adalah RM245 sempena tarikh birthday beliau..jangan lupe tarikh ini.. hadiah besday tuk bagi dia nanti ye..=)
Ini pula kasut jenama Nautica dan beg Bonia..
mahal tuh..huhu~
Ini pula kain ela yang digubah jadi macam buah anggur..
kenapa bukan buah betul ek?
isk2..kalo tidak boleh di ngap..
Hantaran kaler biru sebab tema lelaki ialah biru..
Dan sebab gubahan ada bentuk2 love ialah concept my sis ialah 'cinta'

Monday, October 12, 2009

sabtu yang memenatkan~tapi happy!

Sabtu sepanjang hari saya keluar..
Bak kata BF saya kepada rakannya..

"Hari nih sepanjang hari dia nak allocate tuk GF sebab dah 3 minggu tak jumpa.."

Memang betulpun~
3 minggu saya dan dia busy sahaja..
Weekend pun dia kerja..
Sudahnya memang start kul 8.30 sampai ke malam sikit saya keluar.
Macam balas dendam lak..

Memula pagi2 dah siap dengan pakaian sukan tuk ke Taman Pertanian Bukit Cerakah, SA..
Yeah, kami nak lakukan aktiviti sihat..
Cycling..
RM3 per entry..
tapi nak guna basikal tuh kena bayar gak..
For first hour, RM5 and for additional hours is RM1 per hour.
(ini basikal baru..mahal sikit la..kalau basikal biasa RM3 for 1st hour)

Kami berbasikal sama2..
Bila tak larat nak daki bukit, kami turun dan sorong je basikal tuh..
Bila turun bukit, seronok je layan kelajuan basikal tuh..
Luas rupanya kawasan itu..
Menjelang jam dah kul 12 tapi kami baru round separuh je daripada kawasan Taman Pertanian tuh..

Kami tak tunggu lama kat sana.
Terus patah balik.
Sempat beli air kelapa muda buat penghilang dahaga.
RM1 je segelas..murah dan sedap..
Lepas itu, kamipun check out..

Selepas meninggalkan taman tersebut, kami singgah jumpa sahabat lama,Fatin..
Kami singgah di kedai mamak pekena minuman panas sambil berborak lepas lama tak jumpa..

Masuk je Zohor, kamipun kenalah bersiap diri.
Takkan nak pakai pakaian sukan sahaja..
Saya bersiap diri di rumah sendiri..
Manakala dia pula bersiap di masjid..
Lepas itu, kami ke the Curve untuk pekena nasi ayam penyet..
Nyum2..actually kami makan lewat..
perutpun dah masuk angin rasanya.
Lepas itu, BF ajak ke BORDERS.
Lepak2 layan majalah sekejap dan hati tergerak nak beli DARA.COM..
Majalah kecil tapi padat dengan informasi.
Ada tips2 menarik cara2 memakai tudung dan fesyen muslimah terkini di dalamnya.

BF mengajak pula ke Cineleisure, dia teringin nak tengok cerita "CLOUDY WITH A CHANCE OF MEATBALLS" tapi malangnya sebab cerita tu 15 Oct baru tayang.
Niat diubah ke PAPADOM tapi ceritanya start 6.30..
Berbahaya tuk mengejar maghrib..lalu kami cancel sahaja niat itu.

Plan asal nak balik sahaja tapi kerana masih nak juga tengok wayang, kami ke OU.
Yess, cite PAPADOM start kul 8 malam.
Lepas beli tiket, kami gerak ke surau tuk solat maghrib.
Lepas itu sempat window shopping tengok2 kasut..
Tapi bulan ni memang duit kering cepat daripada biasa.
Alahai~

Kami layan PAPADOM sambil kunyah popcorn yang sedap..
ehehe~
Habis cerita, jam dah menunjukkan kul 10..
Ceritanya memang best sangat..
Lagi-lagi bila Afdlin yang jadi watak utama..
Tak kering gusi dengan lawak2 spontan yang keluar dari mulutnya.
Kemunculan pelakon2 lain amat membantu..
Nor Khairiah, Liyana Jasmay, Farid Khamil, Que, Harun Salim Bachik, Vanida Imran, Scha dan pelakon India dan cina yang menjadi sahabat businessnya memang mantap.
Begitu juga sahabat baik kepada watak Liyana Jasmay dalam cerita ini.
Lama juga cerita PAPADOM tu..
Kalau kami tengok 6.30 tadi sudah tentu maghrib kami burn~
isk2..
Kami terus sahaja balik sebab dah lewat sangat.

Kesimpulannya memang sabtu yang 'full' la bagi saya.
Full of activities..

Friday, August 21, 2009

Rasa macam masa mencemburui saya~ahaks

Erm..
lately, kerja kat office berlambak-lambak..
Activity normal blogwalking kat office terpaksa di limit kan..
Kejap je boley jengah blog kawan2..
tapi still jengah kan..
ok dah kut~

Lepas itu nak update blog sendiripun kemain la payah..
bukan x ada idea..
ada banyak benda nak cerita tapi selain daripada lacking of free time,
my PC yang dah ''tua" tu pun problem..
Bukak benda2 berat sikit die akan "pengsan" seperti biasa..
Dah le lama..
esoknya baru boleh "sedar"
lepas itu picture pulak besar gabak dan kena resize sume dulu baru mudah nak upload..
Yeee..the point is all things mentioned above need extravaganza time to be settled.
Sebab itu kadang2 saya post without any picta..
(banyak betul alasannya..)

Pastu FB pun dah lama berhabuk tak buka.
Saya baru bertemu semula sahabat baik saya masa sekolah menengah dolu2..
Kawan yang banyak bagi saya dorongan dan manjdi saingan tuk score paper dulu~
Kami mmg dapat result yang sama masa PMR before I move out to technical school and she remains there as one of 'genius' student at my old school.
And I become as one of 'loser' at my new technical school.
Seriously I'm have no attention to study hard and no one there can inspire me to score for SPM.
Tapi result SPM tak ada la teruk sangat..

Dapat juga masuk matriculation..
Dan sahabat saya nih pulak masuk PASUM.
Die mmg bersemangat waja nak jadi doktor.
Lepas habis matriculation, kami last jumpa masa her sis wedding.
Masa itu saya bermalam di rumah dia 1 malam.
Miss her so much..

Sekarang nih memang dia dah jadi doktorpun tapi terikat under JPA.
Hopefully one kami akan dapat jumpa..

Monday, July 27, 2009

Kisah & Lagu

Salam..
Oleh kerana tarikh tutup penyertaan contest Mamamanja dah makin hampir.
Saya bertekad untuk karang entry secepat mungkin.
Saya rasa segala syarat telah saya penuhi kecuali letak iklan kat sidebar..(sebab saya letak kat bawah..)
Dipersembahkan..taraaaa~


Tajuk lagu :

Kau ilhamku..

Lirik lagu:

Beribu bintang di langit kini menghilang
Meraba aku dalam kelam,
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang ataupun rembulan
Terima kasih kuucapkan

Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...

Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...

kisah disebalik lagu :

sebenarnya lagu ini BF saya berikan kepada saya bersama hadiah birthday yang ke-20 saya lebih 4 tahun lalu..
Masa tu kami baru 20 hari couple..
Memang ngam2 20 hari couple.
So, setiap tahun jenuhlah sang BF nak sediakan hadiah sebab beza Anniversary dengan birthday saya tak sampai sebulan katakan..
hehe~
Sebelum dia kenal dengan saya, dia selalu jalan kaki seorang diri ke kelas..
Hiduppun tak macam kawan-kawan lelaki yang lain.
Pandai bergaul tapi tidak terlalu sosial.
Dan agak pemalu dengan golongan wanita.
Memang padanlah sebab sejak dari tingkatan 4, dia berada dalam aliran kejuruteraan mekanikal.
Kawan2 perempuan hanya sedikit sahaja.

Selepas dia bertemu saya.
Saya telah merubah corak hidupnya.
Dia seolah-olah mendapat ilham baru dalam hidup..
Dia seolah-olah dilahirkan semula.
Dia rasa dihargai, disayangi..
Dia tidak rasa rendah diri lagi..
Sebab itulah dia menghadiahkan saya lagu ini..
Kini dia dah tidak lagi malu seperti dulu..
Lebih peramah..
Malah, lebih ramah dari saya..
adeh..

Lupa pula, dia bagi video slide show picture-picture saya dan ada sikit picture dia dengan lagu tema 'kau ilhamku' ini..
Saya sangat terharu.
Video itu masih ada lagi tersimpan sehingga sekarang~
terima kasih sayang..
Dikau juga ilhamku..

Saturday, July 25, 2009

Hari Sabtu~

Sabtu..
Cuti..
Hari ini plan saya keluar jalan-jalan..
tak tahu arah tuju..Poketpun nipis semacam..
Kul 12 katanya (BF)..
Jam 12 berlalu..
sayapun mesej BF tanya dia di mana..
Tapi tak berjawab..
Tetiba dapat call dari unknown number..
Rupanya BF, Katanya dia dah sampai..
BF saya tertinggal handset..tapi itu number siapa pulak?(soklan tu saya tanya dalam hati je..)
019xxxxxxx number tuh..

Jumpa sahaja BF saya tanya pasal number tersebut.
Die kata itu nombor public phone..
'Oooo...canggih la public phone sekarang..cam number handphone pulak..'
(Dalam hati rasa cam ketinggalan zaman la pulak~)
adeh la~

Dalam tak ada duit tuh dia suprise kan saya voucher 50 inggit..
Yeay..dapat shopping kat giant..
Saya beli barang makan saja..
Seronok sangat pick2 barang penuh satu bakul tapi bayar hanya RM1.85..
Bukan selalu kan~

Kul 6 petang dia hantar saya pulang.
Ada picture2 yang disnap tapi ada kat kamera BF.
So, entry ini tidak ada gambar la..
huhu~

****************************************************************
Malam tak pergi ke mana..
Sekadar duduk di rumah..
Sekarang pula sedang melayan cerita Tuah Kembali..
Wahhh...Aaron Aziz sangat hensem..
gagah perkasa lak tuh..
terjatuh kerusi saya tadi..

Thursday, July 23, 2009

Hari ni..tak best~

Kenapa?
Hmm..hari ini saya dapat berita tidak best..
Kereta saya tidak akan dapat this week..
Next week KOT?
Ermmm..serius saya kecewa..(rasa macam tak mahu beli kereta lagi selepas ini..)
Dan saya tahu BF yang bantu saya bagai nak rak pun kecewa..
Yup..selalunya tak sesukar ini..(berdasarkan kepada rekod kawan dia yang membeli kereta sebelum ini..)
Tetapi bila tiba giliran saya, ada sahaja masalahnya..
Ini membuatkan saya terpaksa bermuhasabah diri dan seterusnya berfikir secara munasabah..
Memang setiap yang berlaku itu ada hikmahnya yang saya tak nampak sekarang..
Haaa..agaknya nak tunggu mendapat plat number yang cantik..
Tetapi, WSU dengan WSV rasanya sama jer cantiknya..
sebab, U and V nampak sama saja di mata saya..
V seperti U tetapi berbucu tajam..
Ataupun nak tunggu WSW..
agaga~
tak sanggup rasanya nak tunggu lama macam itu..
huhu~

Tadi, mak tanya..

'Bukan hari ni ke dapat kereta?'

kakak pulak terus berdesup bersuara bila saya bagitahu dapat isnin..

'Haa..kalau macam itu kau cuti lah hari isnin..'

Masalahnya benda tu tak pasti lagi..
tak sahih..
Kalau minta cuti hari isnin tetapi dapat kereta pada hari selasa..
no point..

So, tak dapatlah saya untuk menepek picture kereta barusaya yang suprise itu pada minggu ini..
Next week okay kawan-kawan..?
huhu~

Oleh kerana mood saya tidak best, maka entry ini tidak ada gambar..
harap maklum~

Monday, July 20, 2009

**Teka Teki**Pemenang**NurKasih**Cuti**DVD**

salam to all..
kelmarin saya ada buat satu teka teki dan 2 orang telahpun menjadi pemenang..
Saidah dan Faarihin..
Tepuk2..

Tahniah yer..
Tapi ujung bulan nih baru saya post hadiah..
itupun kalau anda berdua sudi tinggalkan alamat, no fon dan nama penuh anda kepada saya di email..
bejangutm@gmail.com
kalau tak de email tu saya anggap anda tak berminat yer~
(mode majuk datang pulak dah~)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk pengetahuan anda saya cuti hari nih..
Ya, company saya begitu baek hati memberi cuti di kala ujung bulan..
So, seperti yang saya bagitau, saya tak ke mana-mana hari ni sebab fulus sudah kering~

semalam saya agak busy sehingga tidak sempat untuk update blog..
Dalam masa busy2 tu pun saya sempat jugak la layan last friday episode for Nur Kasih..
Sedih la pulak kan bila Nur terpaksa menipu keluarga sampai dah nak gradpun~
So,tak dapat bayangkan la grad without family tercinta kan~
sedih wooo~

Lagi satu, abang ipar tu sekali lagi menaruh harapan laks kat Nur walaupun harapan tu dok samar2 sebab Nur tu pun ibarat digantung tak bertali oleh Adam (jahatnya Adam..)

Tak sabar la nak tgk sambungannya jumaat nih..
cepat-cepat la hari jumaat tiba.
hehe~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

semalam saya pekena nasi ayam penyet kat The Curve, Damansara.
BF ku yang demam teringin nak makan nasi ayam penyet.
Demampun maseh lalu makan tau..dasyat2..
hehe~
Lepas tu ingat nak ushar2 DVD..
Saya nak burn semua data dalam PC sebab nak full format PC tersebut memandang keadaannya yang tersangat la uzur.
Ni pun update blog guna laptop akak..
(die keje, so laptop nih saya punya la wat sementara nih..)
Tapi, kedai computer tutup pulak kat Cineleisure.
Terpaksa la balik jer..
Ingat nak cari area rumah saya tapi macam tak jumpa.
Haripun dah petang sangat lagipun..
Dah la die demam kan~
So, dia hantar la saya balik.
Tapi semangat nk DVD tuh tetap ada.
Dikacaunya kakak yang sedang dating ngan BF.
Dengan BF nyer sekali diajak ke Digital Mall Subang Jaya yang baru je opened.
Saya beli DVD yang 50 keping dapat dengan harga RM33.
ok la uth..
murah dan cantik..
kaler pink..
hehe~
entry kali nih tidak bergambar yer sebab gambar semuanya di PC saya.
(belum format lagi..japgi la mulakan operasi..)
Harap maklum..

Saturday, July 18, 2009

Guess what?

Saya nak tanya anda semua la~
Semalam kan saya pergi majlis kahwin kawan saya sehingga jam 11 baru sampai umah..
Ada satu event penting yang saya terlepas untuk buat..

Huhu~

Cuba anda teka apakah ia?
Betul2 lupa pasal benda tuh sehingga la saya terima mesej daripada BF saya dalam kul 9.30 waktu Malaysia..
Tapi saya x menyesal la sebab event penting tu saya boleh je buat kemudian tapi dah tak se'best' semalam la..

huhu~

Cepat teka yer.
Kalau ada yang dapat jawab, saya bagi hadiah..
hehe~

MajLis Kahwin Bazilah dengan Anwar~

Salam semua..
Hari ni dah sabtu..
Saya bercuti sehingga hari Isnin..
Yabedabedooo..
Copany ku baek hati bagi cuti di kala tengah bulan..
Sume dok dendiam je la kat umah..
tak de duit~
lalalalalla~

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Seperti yang dijanjikan dalam post sebelum nih..
saya nak kongsi cerita mengenai majlis perkahwinan saya..
opss..
perkahwinan sahabat saya di office,..
Bazilah dan Anwar.
Dua2pun adalah teman se office tapi lain department.
Tema mereka warna Pink..
Sangat cantik dan sepadan..
Yang pompuan macam orang Jepun..
Yang lelaki macam Cina..
Jom tengok picture dorang..
Maaf sebab kamera saya hanya 2 MP..

Cantik da segak mereka berdua kan?
Sebenarnya mereka nih bukan sahaja bekerja di bawah bumbung yang sama..
Department sama..
Group pun sama..
Pertemuan mereka bermula masa si lelaki baru masuk bekerja..
Masa tu bulan 7 tahun 2008..
Masa tu kami memang tak nampak apa2 perbezaan..
Semetelahan si perempuan seorang yang cukup menjaga pergaulan..
Jad langsung tak perasan..
Saya rasa saya lah yang paling ketinggalan zaman..
Bila dapat kad jemputan majlis kahwin, barulah saya tahu.
Dapatpun hujung bulan 6..
huhu~

Malam tadi ada la pegacara menceritakan sejarah perhubungan mereka.
Rupanya mereka dah mula serius bulan 2 lalu..
Saya memang langsung tak sangka..
Adeh lagi..
Majlis merisik bulan 4..
Bertunang bulan 5..
Kahwin bulan 7..
Begitu mudahkan perjalanan mereka..
Semoga mereka bahagia dan hidup sentiasa dipermudahkan..
Aaaminnn..

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Saya nak kongsi la sikit gambar2 dalam dewan sivik, PJ walaupun tak berapa jelas..
Maaf sekali lagi..
Kamera saya hanya berkeupayaan 3 MP..
huhu~



Atas nih gambar tempat makan beradap pengantin..
Untuk pengetahuan semua, majlis ini tiada istiadat pesandingan..
apatahlagi istiadat berinai (tepung tawar tu..)
So, sampai2 jer pengantin akan terus ke meja makan beradap..

Atas ni pulak tempat seperti untuk bersanding..
Tapi bukan yer..
Sebenarnya kat situ lah pengantin akan buat sesi bergambar bersama keluarga..
kami tak dapat la nak bergambar bersama pengantin..
Sedih wooo~
Di sana la juga pengantin dan bapa pengantin memberi upcapan..
Upacara memotong kek 3 tingkat..


Atas nih pulak picture slide yang telah menayang gambar semasa majlis risik, pertunangan dan seterusnya pernikahan pasangan bahagia..
Yang enterframe dalam picture nih..belah kanan, Kak Fida..dan yang sdang menoleh ke belakang itu Ross..(dua2 officemate saya~)
hehe~

Ni pulak keadaan dalam dewan ke hujung..sangat banyak meja jemputan..
Maklumlah ayah si pengantin pompuan orang kenamaan..
Menteri Besar Selangor pun turut hadir memeriahkan suasana..
(tapi kat sini tak ada gambar Menteri Besar yer..)



Ni pun sama..


Masa ni pngantin dah nak masuk ke dewan..Pembawa bunga manggar enterframe first..


Sempat lagi mabil gambar apa yang ada atas meja..Cantik kan?

Ni air sirap oren..sangat sedap woo~
tapi malangnya dorang tak refill lah kat gelas saya nih..
adeh~


Comelnyer kanak2 pengiring pengantin..terselit kat celah2 pembawa bunga manggar..



pengantin pulak enterframe..sangat comel Bazilah..



Ok, ni saguhati yang saya dapat sebagai jemputan..
Coklat made in Japan..
Halal tau..
Mesti sedap nih..
(belum rasa lagi..sayang nak habiskan..)

Thursday, July 9, 2009

My LURVE Affair with Blog

The driver that made me fall in love with it is @Lambaian program last month.
Actually, I starts blogging since 5 years ago but i done that without feelings until somethings knock my head and wake me up from long and empty dreams.

Before this I thought that blogging is only for person that got nothing to do with their life..
And sometimes I wrote without thinking and make it as diary that will affect nothing on me..

But, I realize now that blogging and blogs is one of a place to share all our feelings, thoughts, opinions..not only with ourself but with whole world..
And I starts to think wisely before sharing my thoughts and opinions.
My life become meaningful.

And the thing is I realize that I am not alone now.
I got shoulder to lend when I'm crying.
I got hand to hold when I fall down.
Bloggers here are so kind hearted to shared their sweet and sour opinions and thoughts.
All i want to say is I lurve blog so much.

Friday, July 3, 2009

Bengang-Sedih-Happy..

Tajuk entry nih turutan perasaan saya bermula dari rabu malam..
sampai la pagi tadi..
Lam tul..

Baik la,
Kita mulakan la ikut turutan yer..

Memula BENGANG..
actually lepas maghrib rabu, dapat call..

" awak, saya rasa saya tak dapat nak pergi la ahad nih sebab...bla bla bla..."


Saya jawap,

" takpe la, kalau sayapun saya akan buat macam awak juga.."


Dia jawap balik,

'"Awak bagitau la pada kawan awak tuh yang awak tak dapat pergi sebab nih.."


Agak terkejut juga la dengan jawapan dia tuh..

"tapi, saya nak pergi juga la.huhu~"


"Awak nak pergi dengan siapa"


"Nanti saya fikir balik. Saya tak tahu lagi nih.."

Lepas itu panggilanpun tamat.
Saya bengang bukan sebab dia tak dapat pergi. tapi saya bengang sebab dia macam nak sayapun tak pergi.
Macam la. Walaupun bila saya fikir2 balik memang itu la jalan penyelesaiannya di mata dia.
Sebab saya cakap semua kawan2 saya nak pergi hari sabtu..
Saya jer nak pegi ahad..
Macam tak ada harapan la..
Dan saya tahu dia rasa tersepit juga la.

SEDIH pulak yer..
(Khamis la)
Sedih sebab bila pergi office, member2 membincangkan planning mereka untuk hari sabtu..
tiada satupun nak plan pergi ahad..
Harapan saya sedikit tipis la kan untuk pergi majlis tersebut..
Sedih sebab kawan nih agak rapat dengan saya sejak awal masuk office.
Sepanjang masa kami bersama..
Sehingga la kami terpisah sebab group kami berbeza..
Sedih lagi sebab sepatutnya pergi belah dia hari sabtu tapi saya ada komitmen lain menyebabkan sabtu 'cross finger'.
Ahad belah lelaki..itupun dah tak ada harapan jugak gamaknya kan..
tentu la sedih dan frust..

HAPPY...
Hmmm...(ni berlaku pagi nih)..
Pagi2 pergi sarapan dengan M*z ngan Ca**l.
Tiba-tiba saya bersuara,

"Saya sedih la sebab tak dapat nak pergi majlis hana sebab..bla bla bla. BF tak dapat nak pegi."


Tiba-tiba M*z bersuara..

"Ooo ye ker..Orangpun mula2 nak tanya juga kat awak, sebab orang pun ada hal sabtu tuh..klau awak pergi dengan BF , saya tak nak la. Tapi bila awak cakap BF awak tak dapat pergi.., bloeh la kita pergi.."


Ca**l pun mencelah..

"Kalau macam tu sayapun nak pergi juga la.."


Maka selepas itu tersenyum la saya kegembiraan..
Alhamdulillah Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Saya masih lagi berpeluang untuk ke majlis kahwin sahabat saya..
So, kepada kawan2 jangan mudah berputus asa walaupun adakalanya benda tuh nampak macam mustahil.
Sebab tiada yang mustahil bagi Yang Maha Esa..

Di sini saya nak sampaikan ucapan tahniah kepada sahabat say Hana Fazreena dengan Encik Zebiq atas pernikahan dan perkahwinan mereka berdua esok..
Semoga berbahagia hingga ke anak cucu..

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics