Followers

Thursday, July 14, 2005

Tahun Ke Dua di UTM..

Assalamualaikum..
Sem baru dah masuk..
Maknanya dah setahun aku kat UTM ni..
Dalam tempoh setahun tu bermacam peristiwa terjadi..

Daripada mula-mula sampai UTM ni..
Sampai la sekarang..
Daripada tak kenal sesiapa sampai dah ada geng.
Sebelum ni jadi junior..
Sekarang da jadi senior..
Tapi aku tak rasapun..
Tak ada bezanya..
yang penting matlamat..
Nak cari ilmu sebanyak-banyaknya..

Aku datang awal..
kelas start hari isnin..
Hari jumaat aku dah tercongok kat UTM..
Terpaksa la datang..
kena daftar wajib..
Kalo x malas la balik..
Buat apa?

Tapi,
datang awalpun tak guna..
Dapat bilik tapi ada orang duduk..
Pelik la kolej ni..
Ade ke bilik yang sah2 milik aku tu leh diberi pada budak baru..
Aku nak duudk mana?
Sapa nak jawab tu?

Sib baik ada geng..
dia jadi AJk MHS..
Ada la 3 hari aku lepak bilik dier..
Memang suffer la..
Jumaat aku tak jumpa nasi langsung..
Hari sabtu Farah kongsi makan tengahari dier ngan aku..
Petang sabtu tu Mai lak sampai..
Mai dapat bilik lain gak..
bilik betul dier ada junior duduk..
Sama kes la dengan aku..

Tapi dier bernasib baik sikit sebab pejabat bagi dier bilik single gak..
Yang aku ni dier campak ke bilik double..
Kongsi ngan junior plak tu..
Sudahnya..
aku hantar barang je kt situ..
Malam tu berhimpit-himpit dalam bilik Farah..
Ye la..
Kalo da bilik untuk sorang dikongsi 3 orang..
Tak campur lagi dengan harta benda dalam tu..

Tengah sesedap tido..
Ada la insan yang mengetuk pintu bilik..
Aku ngan Mai wat bodo je..
Entah sapa la yang ketuk pintu pukul 6pagi..
Sudahya tuan rumah yang buka pintu..
Rupanya Nana baru sampai..
Habis je solat kitorang tido balik..
Penat mengangkut barang petang sabtu..

lengkap sudah geng aku..
Aku,Nana,Mai dan Farah..
Nana dapat bilik kat s23..
Macam best..
dekatpun ia.
Pagi tu kitorang gi office lagi
Except Farah..
Dier penat sangat..
Maklum la AJK MHS..


Hari ni aku angkut sikit barang dari stor..
Bawak ke bilik Mai..
3 hari gak aku kat bilik Mai..
Pastu,
akupun dapat balik bilik aku..
Starting hari Rabu aku duk bilik aku sendiri..
Alhamdulillah..
Problem da selesai..

Tapi peristiwa ini buat aku tawar hati..
Ye la..
dekat seminggu terpaksa jadi pelarian..
Merempat di bilik orang..
Nasib baik dapat sahabat yang memahami..
Kalo tak..
Susah la aku..

nak tau apa kesimpulan yang kitorang buat..
hehe..
Kesimpulannya..
semakin lambat kita datang UTM,
Maka semakin kerang problem...
Maki awal datang,makin banyak problem..
Oleh itu..
Lainkali jangan masuk kolej awal sangat..
Sekian,terima kasih..

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics