Followers

Sunday, July 11, 2010

Review filem Twilight Eclipse.

Hari ini focus melepak di rumah.
Baru lepas pekena pulut+santan+durian+gula melaka(nisan)..
Lepas itu minum pula nescafe panas sambil layan blogging.
Memang hari minggu yang heaven =)

Dipendekkan cerita semalam saya melayan cerita Eclipse siri ke 3 Twilight.
Saya pernah buat sedikit ulasan berkenaan filem ini dulu di SINI.
Sinopsis berdasarkan mata dan hati saya..


Cilok dari google
1) Victoria telah membunuh seseorang bernama Riley di Seattle untuk dijadikan 'hamba' merekrut kumpulan vampire baru untuk menghapuskan Cullen's family. Ramailah budak2 muda yang hilang tanpa dapat dikesan selepas itu. Charlie pun pening kepala nak handle kes2 kehilangan itu.

2) Bella dengan Edward berada di akhir pengajian dan akan graduate tak lama lagi. Mereka macam biasa menjadi pasangan bercinta yang romantik. Edward melamar Bella ketika itu tapi Bella tak mahu lagi. Tapi Bella terima juga lamaran Edward semasa Bella bermalam di rumah Edward. Siap melutut untuk bagi cincin. Edward memang konservatif.

3) Keluarga Cullen mengesan Victoria di kawasan sempadan antara Cullen's territory dan juga Jacob's territory dan berusaha untuk menghapuskannya tapi gagal. Sementara itu bagi mengelakkan Bella tahu, Edward telahpun merancang percutian Bella untuk bertemu ibunya.
At last Bella dapat tahu juga pun.

4) Bella berusaha untuk berkawan semula dengan Jacob selepas Charlie complain berkenaan hidupnya yang hanya dengan Edward. (tak sosial). Dan mereka akhirnya berkawan semula walaupun Jacob masih berusaha memenangi hati Bella.

5) Bella akhirnya graduate juga bersama kawan2 dia. Masa hari graduation tu kawan dia Jessica diberi penghormatan untuk buat speech.

6) Berlaku perebutan cinta antara Jacob, Edward dengan Bella. Memang sepanjang tayangan kita akan disajikan dengan mood2 cemburu antara Jacob dengan Edward dan juga jiwa kacau Bella. (yang ini memang banyak dan agak interesting. So, saya tak mahu cerita di sini. Tengok sendiri di pawagam ok).

7) Akhirnya pasukan Victoria dah mula bertindak dan sasaran mereka ialah Bella. Keluarga Cullen dapat mengesan misi mereka itu dan membuat persediaan. Yang bestnya Jacob dan kawan2nya nak membantu Cullen's family menentang pasukan Victoria itu. Wah2..dua musuh kini bergabung tenaga. Atas gabungan yang mantap ini, mereka berjaya menumbangkan pasukan Victoria. Victoria pun turut mati di tangan Edward. Nak tahu macam mana dia mati? Haaa..layankan ye kat pawagam. Macam tak percaya sahaja tengok cara dia mati.

8) Selain itu ada juga kisah sejarah macam mana hidup Rosalie dan Jasper sebelum mereka menjadi vampire. Rosalie dibunuh oleh teman lelaki setelah dirogol beramai-ramai oleh kawan-kawan teman lelakinya manakala Jasper telah dibunuh untuk dipergunakan oleh seorang vampire perempuan untuk merekrut pasukan baru vampire perempuan itu sehinggalah dia bertemu Alice. Situasi yang dilalui Jasper samalah dengan apa yang dilalui oleh Riley yang telah dipergunakan Victoria.

Komen saya pasal filem kali ini.

1) overall memang menarik.
2) cuma, aksi kurang dan lebih banyak bercakap, berbual.
3) perebutan antara Jacob dengan Edward memang interesting bagi saya.
4) Cara Victoria mati terlalu mudah kot.
5) Gabungan antara Vampire dengan Wolf amat2 menarik dan dinantikan.
6) Tak sabar nak tunggu episod terakhir twilight di mana Bella dengan Edward akhirnya berkahwin dan menjadi vampire. Kasihan la pula pada Jacob.
7) Dialog-dialog dalam cerita inipun banyak yang best.

So, kesimpulannya cerita ni menarik.
Sila ke panggung untuk melayannya ok.
=)

9 comments:

Raji and Yeen said...

kne tgk nih xD
ak bru tgk harry potter
bru ak tau cedric yg mati dlm harry potter rupanya si edward cullen dlm twilight XD

FCUTEAM said...

best pula baca review.. tulislah lagi sampai abis.. haha.. ^__^





Aiz latest entry
Bahaya di tempat yang ade WiFi
jana wang yang terbaru blogger
Kehebatan iklan pada minda kita
Facebook vs blogger



ingin buat link seperti ini juga? Klik disini

noorafzan.blogspot.com said...

Fakhrur Razi..
tengoklah bro..rugi x tgk =)

AiZ..
Huhu..
x leh tulis sampai habis..
nanti ada yang tak nak pi tgk.
sebab dah tahu cerita.
hehe~

miss lolly a.k.a luvfareda said...

ngaaaaaa :))


nak tingokkkkkkkkkkk

FCUTEAM said...

^__^ nanti nak pi ushar ushar kat cinema.. ^__^



Aiz latest entry
Bahaya di tempat yang ade WiFi
jana wang yang terbaru blogger
Kehebatan iklan pada minda kita
Facebook vs blogger



ingin buat link seperti ini juga? Klik disini

noorafzan.blogspot.com said...

miss lolly..
mesti tgk sis.
filem wajib tgk tahun ini.
haha~

AiZ..
haha..
itu yang bagus!.
selamat menonton k =)

FCUTEAM said...

olite ^__^ nanti aiz plak citer kat blog.. ^__^




Aiz latest entry
Kenapa blogger nak bersaing? haishh
Bahaya di tempat yang ade WiFi
jana wang yang terbaru blogger
Kehebatan iklan pada minda kita



ingin buat link seperti ini juga? Klik disini

aurikelsan said...

yg last sekali tue cmne tangan jacob blh patah ek?

noorafzan.blogspot.com said...

AiZ..
good2..=)

aurikelsan.
haa..
yang tu sebab dia kena belasah masa lawan ngan vampire jahat.
tak pasal2 pula kan.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics