Followers

Friday, July 2, 2010

Siapa Park Yong Ha selain jadi pelakon Winter Sonata~


Hensem tu dia ni.
Park Yong Ha ni popular sebab Winter Sonata.
Tapi selain berlakon, dia juga seorang penari dan penyanyi.

Sedikit biodata pasal mendiang Park Yong Ha yang ditemui mati oleh ibunya sendiri di bilik tergantung pada cable pengecas henfon pada 30/June/2010 ( Rabu) 5.30 pagi,

Bioadata :

Nama : Park Yong-Ha
tarikh lahir : 12 Aug 1977
Tempat Lahir : Seoul, Korea Selatan
Umur masa mati : 32 tahun (muda lagi tu..)
Tempat mati : Nonhyeon-dong, Seoul, Korea Selatan.

Career :

1994 : masa umur dia 17 tahun dah mula dikenali dengan bakat lakonan dan muzik selain itu pakej lengkap dengan rupa yang kacak digilai peminat2 dan mula meraih populariti
lagi2 selepas kemunculan pertama dalam MBC drama Theme Theater.

1997 : Dia muncul pula lepas itu dalam drama What A Tough Woman

1998 : Dia berlakon filem If It Snows on Christmas

Mendiang Park bersama pelakon2 Winter Sonata
Selepas itu semakin banyak drama TV dan filem lakonannya dan paling hit ialah pada 2002 iaitu drama TV Winter Sonata.
Saya yakin seluruh dunia mula mengenalinya melalui drama ini.
Memang drama ni macam membuka peluang kepadanya untuk lebih maju.
Dia berlakon dlaam drama Loving You bersama Yu Jin sebagai watak utama sebelum dia kena menyertai Korean Military.
Lepas itu, dia kembali aktif.

Mendiang Park sedang buat persembahan
Selain berlakon, dia mula menyanyi.
Single pertama nyanyian Park , 처음 그날처럼 (Like the First Day)..
Try la cari kot2 jumpa kan.
Diikuti album penuh 期別 (kibyol) #7 setahun kemudian.
Kalau ikut pada wikipedia ni, tiap2 tahun dia hasilkan single dan juga album penuh sampai tahun ini (2010).

Filem lakonan terakhir dia ialah The Scam yang keluar tahun lepas.
Drama TV terakhir beliau pula ialah The Slingshot juga pada tahun lepas.

Kalau diikutkan pada award yang dia terima, dia lebih baik/bagus/popular sebagai penyanyi berbanding berlakon.
Tengoklah berapa banyak anugerah yang dia dapat hasil daripada nyanyian.
  • 2009: 2009 KOFICE(Korea Foundation for International Culture Exchange) Awards
  • 2008: 2008 SBS Drama Awards, "Best Actor for Drama Special Section", "Top 10 Stars"
  • 2008: 2008 SKY Perfect TV Awards, Japan, "Grand Prix", "Korean Wave(Han-Ryu)"
  • 2008: 2008 Mnet 20's Choice, "Hot Global Star"
  • 2008: 22nd Japan Gold Disc Awards, "Best Asian Artist"
  • 2007: 21st Japan Gold Disc Awards, "Best Asian Artist"
  • 2006: 20th Japan Gold Disc Awards, "Song of the Year", "Japan-Korea Friendship Year 2005 Special Award"
Lepas itu dia jarang dapat watak yang betul2 utama dalam drama/filem lakonannya termasuk Winter Sonata.
Kenapa eh? (curious juga nak tahu)

Sampai sekarang inipun tak dapat dipastikan sama ada Park Yong Ha betul2 bunuh diri atau dia dibunuh. Semuanya masih dalam siasatan.

Saya yakin ramai yang sedang bersedih dengan kematiannya beliau lagi-lagi peminat drama korea.
Saya dulu memang layan cerita korea tapi saya tak tengok Winter Sonata.
mungkin sebab masa tu saya sibuk sebab masa cerita tu keluar TV saya baru nak SPM.
Tinggal di asrama pula tu.
Memang peluang untuk tengok TV tu tipis.

Sumber maklumat ni semua saya cedok dan tokok tambah daripada Wikipedia
Gambar pula sumber google la kan.

10 comments:

Firol said...

jalan singkat ke neraka....makin banyak org2 belah sana bunuh diri

NAZ said...

memang ramai artis korea yang bunuh diri ;)

RoMz said...

fuhh.. siap complete lagi bio.. tak sangka plak sampai bunuh diri..

MOFASAD said...

aku tak layan pon cerita 2..







>>_____________<<

meoafzan said...

dahlah tak sunat... bunuh diri plak tuee....

Yana Mohamad said...

Hurmm..femes gak dia ni..byk betul award dia dpt..so,skrg sume tu hanya tinggal kenangan jer =(

MyaFiza said...

selalu ade kes artis bunuh diri.. isk3...

noorafzan.blogspot.com said...

Firol..
itulah pasal.
singkat betul fikiran.

naz..
hmm..
tapi yang ni kita kenal.


romz..
tu la.
terkejut bila tahu.

noorafzan.blogspot.com said...

farid..
tu la .
sama la.
kurang layan wlaupun glamour.

meoafzan..
huhu..
=)

noorafzan.blogspot.com said...

yananuar..
tu la.
glamour kat mesia sebab Winter Sonata.

myafiza
insaf kan..

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics