Followers

Showing posts with label blogging tips. Show all posts
Showing posts with label blogging tips. Show all posts

Wednesday, May 14, 2014

Google+ menjadi kegilaan blogger

Google+ menjadi kegilaan blogger  

- kalau dulu kita akan hanya sibuk untuk naikkan rank blog dengan;

1. update blog kalau boleh beberapa kali sehari.
2. Menentukan tajuk dan content entry yang mesra SEO
3. Update entry kita dalam social media macam Facebook
4. Buat blogwalking sebanyak mungkin.
5. Siap buat chatbox dan juga form untuk isi blog link
6. Followers tu kalau boleh nak riban-riban
7. Ping blog entry di blog-blog yang boleh kita ping kan entry. Dulu banyak kot. Sekarang tak sure ada lagi ke tak.
8. Ubah sikit setting kat blog tu. Tak ingatlah apa tapi untuk bagi blog kita mesra SEO jugalah.

Sekarang ini Google+ boleh juga digunapakai untuk menaikkan rank blog kita dalam carian google. Haa..benda ni saya baru je belajar. Tapi, caranya memang tak bolehlah nak reveal secara terang-terangan sebab tips ini selalunya dapat bila pergi Kelas SEO yang yurannya kemain tinggi lagi kan.

Tapi, cubalah kita mulakan dengan mengaktifkan akaun google+ kita dahulu. Add kawan-kawan. Update cerita kita dalam tu macam Facebook juga. Korang silalah add saya sebagai friend juga ye.

https://plus.google.com/u/0/+nooorafzanutmsupplement4urhealth/posts

Sayang korang. Ok bai!


Friday, November 25, 2011

Macam mana nak pindah domain dari blog ke blog lain?

Salam korang!

Wuhuu..lama gila tak buka blogger sebenarnya. Selama ni update pakai email sahaja. Office dah block blogger. So, nak tinggalkan komen di post atau nak tinggal jejak di shoutbox pun tidak boleh. So, semangat berblogging tu dah makin lemau juga. Haih~

Wordpress Self-Hosted dah sampai masa untuk re-new tapi rasa macam tak nak renew lah. Nak pindah domain tu ke blog ini pula. Kalau tak reti memang susah nak maintain dengan self hosted. So, saya berkeputusan nak guna blogger sahaja sebagai hosting. Senang!

Tapi tu la ada satu kemusykilan ni. Macam mana ye nak tukar domain wordpress tu ke blogger? Kena minta pembikin domain tu tukar setting ke? Ataupun kena beli domain baru padahal baru je re-new domain last month. Rugi pula rasa.

--> ada ke yang baca blog ini sekarang ni? Ke dah lama kepupusan? Siapa nak tolong jawab persoalan saya ni kalau tak ada readers. huhu~

Monday, June 27, 2011

Selfhosted blog : bukan semudah itu untuk berjaya!

Salam korang!

Fuh, berhabuk tahap gaban blog ini. Punyalah lama kumpul kekuatan untuk update blog ini. Actually, saya dah tak boleh nak bagi komitmen kepada blog selfhosted ini. Ada kemungkinan saya akan transfer balik blog ini menjadi blogspot bila selfhosting period sudah tamat. Ternyata bukan semua orang yang mampun maintain blog selfhosted dengan cemerlang. Termasuklah saya sendiri yang 'gatal' sangat mahu tukar blog hosting. huhu~

Saya sebenarnya saja mahu mencuba nasib. Jadi sayapun minta tolong broframestone untuk uruskan penukaran blog lama saya yang berhostingkan blogger.com (blogspot) kepada hosting sendiri. Tapi malangnya, pengetahuan yang kurang dan juga masa yang terhad untuk explore dunia selfhosting ini buat blog saya jadi kucar kacir.Entah setting apa yang saya tukar sampai blog ini memang tak mesra SEO sampailah sekarang. hmmmph~

Kalau korang seorang yang malas (macam saya), tak berapa nak rajin (macam saya) dan punya kekangan masa untuk belajar (macam saya juga), tak payahlah nak gatal tangan dan hati untuk mencuba selfhosting. Biarlah blogger.com (blogspot) yang sedia canggih tolong jadi hosting. Free je pun. Paling-palingpun keluarkanlah sedikit duit untuk tukar domain dan juga untuk advertise blog korang di blog-blog glamorama.

So, dalam masa terdekat blog ini akan 'hilang' dari dunia blogging.

p/s : antara pengaruh paling besar untuk saya guna selfhosted dulu ialah darkbatman, melz dan juga ariffshah. Salute pada depa sebab blog  dorang memang best!

Tuesday, May 3, 2011

Blogging itu hobby ke?

Salam korang!

 

Sebenarnya saya rasa macam sudah lama tak menulis dalam erti kata lainnya betul-betul prepare entry yang berkualiti. Most of entry yang saya produce tahun ini saya siapkan on the spot sahaja. Tak ada buat research. Taka da susun-susun ayat bunga-bunga. Semuanya spontan dan selepas itu post terus post. Kalau sekali hadap itu saya ada banyak idea, saya akan schedule kanlah sehari satu entry. Sebab saya schedule kan ialah possibility untuk sit in Front PC to create entry seterusnya itu memang ada tapi confirm lambat. My priority now is not blogging anymore. Blogging becomes my free time hobby. Means, saya hanya akan blogging bila saya ada free time. Masalahnya sekarang macam dah tak free sangat. Bila korang nak berkahwin nanti korang akan tahu berapa besar komitmen yang korang kena beri untuk pastikan korang punya majlis sempurna. Sampai ke hari inipun masih banyak perkara tak settle.

 

Tapi kan, kalau sudah minat tiada alasan yang boleh menghalang. Betul, sayapun amat bersetuju dengan statement ini. Bila kita minat, kita akan secara auto berusaha untuk melakukannya apa yang kita minati itu walau apapun rintangan, cabaran dan dugaan melanda. Kalau sudah minat berblogging, esok nak kahwinpun masih lagi sempat menaip entry kan malah mungkin ada yang sempat lagi post entry sebelum majlis berlangsung. Itu memang betul-betul blogger sejati. Cayalah!

 

Tapi saya tak boleh. Mungkin saya bukan minat berblogging tapi minat menulis/menaip entry. Mungkin itu best word yang suit untuk saya. Apapun saya sekarang dah tak memikirkan sangat pasal followers, viewers blog ini sebab yang penting saya menulis apa yang saya nak tulis dan most of it even about personal life tapi saya tulis bukan untuk syok sendiri tapi untuk share dengan orang lain yang mungkin pernah/sedang/akan menghadapi/mengalami situasi yang saya alami. Kadang-kadang saya share fact, opinion dan tips untuk saya sendiri sebagai record dan untuk orang lain sebagai guidance. Dan saya gembira dengan apa yang saya buat sekarang.

 

Apapun thanks sangat-sangat kepada loyal reader yang still follow blog saya ini. Saya sangat hargai kunjungan korang. Dan one fine day(tak tahu bila..), saya aim untuk buat 1 entry sehari dan kalau boleh menghasilkan quality entry. Macam yang Mr.K tulis dalam entry terbaru dia INI, kalau nak tarik readers, salah satunya ialah menghasil entry yang berkualiti dan paling penting tulis apa yang readers suka baca. Memang saya adore lah dengan penulisan dia. Satu sebab berkualiti dan satu lagi sebab setiap yang dia tulis adalah fact (yang selalunya bosan untuk dibaca) tapi dia dapat olah secara santai (interesting to read even entry dia kadang-kadang panjang berjela). That’s one of reason blog dia ramai readers.

 

OK, Stop membebel sebab dah masuk office hour.

Till then, Bai!

Saturday, February 5, 2011

Bukan mudah nak jadi blogger tegar!

Salam korang!

Lately ku banyak fikir benda selain daripada blogging.

So, memang agak kureng berblogginglah kan. Yerp, ku memang minat berblogging tapi suatu ketika dahulu ku dapat rasa yang ku memaksa diri untuk berblogging. Korang ada 'rasa' macam itu tak? Korang rasa macam kalau tak update macam ada yang tak kena. Dan korang paksa juga diri korang untuk menulis entry. Tak kisahlah korang tulis sekali banyak entry lepas itu scheduled kan post nya ataupun korang jenis tulis entry hari ini, hari ini juga post kan.

Actually, saya pernah berada dalam tahap yang macam itulah. Bila mana saya kena away from internet beberapa hari, saya akan siapkan scheduled post untuk hari-hari ketiadaan saya itu. Dah jadi macam memaksa diripun ada rasanya. So, sometimes saya rasa macam tak happy sebab banyak meluangkan masa depan PC. Kadang-kadang waktu kerjapun saya curi-curi update entry ataupun baca blog orang lain.

Tapi itu dululah. Now I'm happy with my life. Tak ada siapa lagi yang bising-bising cakap saya ini hantu PC dan asik melekat depan blog sahaja. Dahulupun saya lebihkan blogging daripada FB. Tapi sekarang ini saya dah mula rajin update FB. Saya amat-amatlah kagum pada mereka yang berjaya dalam berblogging ini. Honestly saya dah cuba tapi saya jadi tak happy sepenuhnya bila saya mula serius berblogging. Mungkin cara saya yang tak betul kot. Tapi, saya memang happy dengan apa yang saya buat sekarang.

Saya bukan tak update blog. Saya update. Setiap hari kalau boleh saya update entry. Tapi mungkin saya dah kurangkan blogwalking. Saya akan blogwalking ke blog-blog yang singgah kat shoutbox saya. Dan juga yang komen kat entry post saya. Dan lagi satu blog yang saya list kan dalam blog lama saya. Lagi satu saya tetap mantain update blog lama saya http://www.noorafzan.blogspot.com/.

Blog ini saya akan tumpukan pada kupasan isu semasa atau apa-apa sahaja yang tak personal. Manakala di blog lama itu  saya update kisah hidup saya iaitu as personal bloglah kan.

Kepada yang baru nak berblogging secara serius. Korang kena belajar betul-betul dengan sifu-sifu dalam dunia blogging ini macam eyriqazz, cikgudahlia, darkbatman, ariffshah, ben ashaari, kakinalkl, cikmin, yanmie, melz, broframestone, cikepal, redmummy, jardness, joegrimjow dan beberapa blogger yang saya tabik dari dahulu. Happy blogging ok!

Thursday, December 30, 2010

Perkara yang menghalang untuk maju berblogging!

Salam Satu Malaysia.
Korang,seperti yang saya dah maklumkan blog saya dah berpindah ke wordpress self hosted. So, jom baca update terkini di blog noorafzan.com

Hmm..sebagai blogger ku rasa macam ada satu 'batu blok' yang menghalangku untuk lebih maju.

Batu blok itu mewakili banyak perkaralah kan termasuklah;
  • Kekurangan masa dan penyakit M, 
  • kekangan idea,
  • kekurangan fasiliti,
  • kekurangan ilmu, 
  • kekurangan netwoking

Saya ada huraikan setiap point tapi bukan di sinilah. Klik link di bawah  ini ye untuk untuk baca dengan lebih lanjut ok!

Perkara yang menghalang untuk maju berblog!


Ok, bai!

Friday, December 17, 2010

Trafik jatuh: Kesan salah Setting SEO - New Update

Korang,seperti yang saya dah maklumkan blog saya dah berpindah ke wordpress self hosted. So, jom baca update terkini di blog noorafzan.com

Trafik jatuh: Kesan salah Setting SEO

Klik link di atas ini ye untuk untuk baca dengan lebih lanjut ok!

Sayang korang. Muah2..=)

Tuesday, November 23, 2010

Entry Jeles : Mana korang dapat idea berblog?

Beberapa hari lepas ku ada baca satu blog yang mention yang draft entries dalam blog dia dah puluh-puluh sampai tak tahu bila nak publish. berebut-rebut. Gila kentang idea dia nak buat entry.  Nak rujuk ke? tak ada sebab entry itu dah hilang. Maybe entry itu di publish sekejap sahaja kot?
Tadi pula ku baca pula entry seorang lagi blogger. Pun sama juga. Tunjuk draft entries blog dia yang menanti masa sahaja untuk dipublish. Totalpun puluh-puluh juga. Gila kentang juga dia ini punya idea nak buat post. Korang tak percaya ke? Pi la terjah sendiri di SINI

Ku..??
Banyak juga draft entries ku. Total ada sampai 28 entry..
Tapi…rasanya hampir semua itu akan jadi draft selama-lamanya sebab saya cuma letak tajuk tapi isi tak ada.

imageBila ku scroll sampai bottom ada yang dah jadi draft sejak 2008. Ku mengarut apa ntah lepas itu lupa nak publish. Agaga..cara menulispun memang kebudak-budakan habis. Korang tak percaya bolehlah belek-belek entryku zaman 2008 dan ke bawah. Semua entry ala-ala sampah. Memang betul-betul luahan hati bak diarilah.

Aiiseyh..tadi ku terpublish pula draft entry tahun 2008..uuu…masa tu final year dan dah habis PSM. Baru lepas hazab VIVA macam gitulah. AZMI, Abaikan sahajalah entry itu ye. Ku dah tukar balik jadi draft. Adoii!!
image
Sejujurnya ku selalu buat entry dan terus publish masa itu juga. Kadang-kadang sahaja kalau ada idea lebih ku draft kan tapi memang tak banyak. Paling-palingpun idea yang ada dapatlah buat 3 post. Jaranglah. Ku tak sehebat korang yang boleh jana idea sampai boleh update blog 3,4,5, 15 kali sehari. Even setiap entry korang itu ringkas tapi tetap ku kagum sebab korang ada idea. Woooohhhaaaa!!

Berbalik kepada tajuk entry memang korang dah berjaya buat ku jeles tapi setakat jeles sahajalah sebab nak follow memang tak larat. Tak apalah buat sahajalah yang termampu ye tak ?


p/s: Kalau sehari ku tak update entry, apa akan jadi agaknya pada blog picisanku ini ye..?

Sunday, November 21, 2010

Template Blog : Cantik tapi..

Last sekali ku tukar template 19 August 2010. Masa bulan Puasa. Masa itu ku dah puas hati dengan design template. Cantik, kemas dan orang cakappun dah ok dah. Memang masa itu pun ku dah rasa malas nak tukar-tukar template lagi.
Tapi sejak sebulan lepas hati dah rasa berbelah bahagi tambah tolak darab dah dengan template ini sebab HTML coding ku jadi tak berapa betul. Mula-mula ku rasa keciwa sebab tak dapat masukkan button share  ini. Ingatkan bila dah tick di situ akan keluarlah di page tapi hampeh sampai sekarangpun tak ada kemajuan.
template 4
template 3
Saya mahu yang macam Jard punya ini. Menarik tapi ku dapat tengok sahajalah sebab di blog tak dapat nak apply.
template 1
Itu tak apa lagi. Button like FB dah boleh ubat rasa keciwa. Tapikan bila ku try nak buat blockquote ikut petua dan tutorial otai2, tak jadi juga. Hampeh lagi sekali. Entry ku jadi tak best bila tak boleh nak qoute kaler-kaler macam orang lain. Padahal entry menarik itu penting kan untuk trafik trafik. benda inilah buat saya rasa betul-betul frust dengan template sekarang ini. Padahal template ini saya gunakan design blogger juga. Tak faham betullah. Sampai sekarang still rasa terkilan sebab tak berjaya buat quote cun-cun macam Molmolla punya ini.
template 2
p/s : dengan ini saya nak umumkan mungkin dalam masa terdekat ini memang saya akan rombak template ini secara besar-besaran.Tapi tak tahulah bila free nya.adeh~

Friday, November 19, 2010

Alexa Rank Blog ku : Dah cecah bawah 1000,000!

Setelah hampir sebulan saya tukar domain daripada blogspot http://noorafzan.blogspot.com/ kepada domain sendiri http://www.noorafzan.com/ , akhirnya alexa rank blog ini berjaya cecah bawah 1000,000 . Punyalah susah nak turunkan. Daripada awal-awal tukar domain dahulu langsung tak ada dalam rank.
image Google pagerank still N/A. Bilalah mahu naik pangkat ye? Orang kata google pagerank di update setahun sekali? Bila ye? Dulu masa pakai blogspot, pagerank saya dah 3. Tapi dah jadi kenangan
.image dah tinggal kenangan beb.
image takde langsung rank
Ada yang tak tahu ke macam mana nak check alexa ranking dan juga google pagerank blog korang? Sonang sahaja beb,
Kalau nak check alexa ranking just click di SINUN. Korang akan nampak view macam bawah ini. Masukkan url blog korang dalam kotak dan klik button search. Siap!
image
Kalau nak check google pagerank just klik di SINI. Korang akan namapak view macam di bawah ini. Masukkan url blog korang dalam kotak yang border hijau tu dan klik ‘check PR’. Siap!
imageimageimage 
image 

Thursday, November 11, 2010

Tutorial : Baru kutahu mudahnya nak buat button 'Read More'!

Salam semua,
ya sila gelakkan saya sebab baru sekarang saya tahu betapa mudahnya nak buat button READ MORE guna blogger. huhu~
Ada ke lagi yang spesis seperti saya yang tak maju-maju? Erk, ok la bukan tak maju tapi tak peka sahaja. Orait, kalau ada yang teringin untuk buat button READ MORE tapi macam tak tahu caranya bolehlah tiru macam saya ye.

Step-stepnya.
Mula-mula kena active kan 'new post editor'
  1. Log in ke akaun blogger korang.
  2. Click Setting. Pergi Basic tab.
  3. Scroll down sampai “Select post editor” option. kemudian select “Updated editor"
    blogger post editor
  4. Click pada SAVE SETTING
  5. Done!
Kemudian pergi kat post korang. Kalau boleh yang belum post la kan. Nak buat new post pun boleh.
Korang perhatikan di ruang icon kecil atas kotak tempat kita tulis entry tu. Jumpa tak icon macam di bawah ini.
image

Ini namanya icon magic iaitu ‘insert jump break’ bahasa saintifiknya. Korang ada nampak tak? Kalau tak nampak itu maknanya pendek umur bak kata pak belalang.

image


Lepas itu, korang kena choose la sampai line mana dalam entry korang yang nak appear sebelum button read more tu. Contoh macam ku pilih nak letak cut entry tu sebelum perenggan yang dimulakan dengan ‘Ku apply cuti…bla bla bla tu’. Lepas korang dah click cursur korang kat line tu, korang click pula pada icon magic ‘ insert jump break’, kalau tengok kat ruang compose akan nampak satu garis macam ‘cut’ la di situ.

image

Kalau korang tengok kat tab ‘Edit HTML’ akan ada tulisan <!—more—> di tempat yang sama dengan garis macam ‘cut’ di tab ‘Compose’..

image

Lepas itu bolehlah save ataupun publish terus..!
Hasilnya bila dah publish akan jadi macam di bawah ini.


image

Nampak tak entry dah jadi pendek dan ada button ‘Baca lagi..’ betul-brul di atas kotak untuk komen?
Nampak tak yang perenggan ‘Ku apply cuti…bla bla bla tu’ dah hilang? Arr..sebenarnya tak hilang ke manapun, cuma sembunyikan di bawah button 'Baca lagi..' tu sahaja.Maknanya kita boleh pilih entry mana yang kita nak letak button ini atau tidak lagi-lagi untuk entry yang panjang berjela kan. Amat bagus untuk menjimatkan ruang blog.

Tapi saya sekadar mencuba sahaja. Sebetulnya ada bloggers tak berapa suka klik kalau ada button ‘Baca lagi ..’ ini sebab macam leceh pula atau dalam erti kata lainnya tak userfriendly la. Melainkan kalau blog korang dah betul-betul popular dan best dan orang memang tak kisah apapun asalkan boleh baca entry korang.

Sunday, October 31, 2010

Tutorial blog: Referer.org vs Baclink Checker

Kadang-kadang bila check referer.org, ada blog yang list kan atau backlink blog saya di blog mereka tapi tak dapat dikesan oleh referer.org. D i sini saya beranggapan bahawa referer.org hanya detect blog url yang menyumbang trafik kepada blog saya setiap hari (tak sure pula secara terkumpul ataupun by daily basis). Tapi bila tengok ada pertambahan setiap hari maka saya beranggapan ianya referrer terkumpul blog la.

Bila saya check backlink checker pula, ada total 579 total url yang backlink blog saya. Huu..memang banyak tu dan banyak jugalahlah yang tak tersenarai dalam referer.org list tapi ada pada backlink. So, saya beranggapan backlink checker ini akan list kan semua link yang ada letak link blog sya tak kiralah sama ada orang klik atau tidak pada link itu. Contohnya link yang berada di blog yang dah tak lama tak update ataupun blog itu di private kan oleh tuan blog. Maka takkan ada chances la untuk visitors klik link blog kita tu kan. So, link yang macam gini gayanya tak akan masuk dalam list referer.org.

Interesting juga tau bila kita check backlink ini. Barulah kita boleh tahu blog mana yang tolong bagi kita backlink. Tak kiralah dia masukkan dlaam post entry ataupun masukkan dalam blog list di sidebar. Nak cari dan check satu-satu memang susahlah kan. Macam total backlink blog saya ini 579 semuanya. 7 hari 7 malampun tak akan selesai. Ada cara yang lebih , berkesan dan yang penting cepat untuk cari siapa yang back link blog kita, guankan sahajalah kan.

Macam mana nak check backlink?

Senang sahaja. Just klik http://www.checkbacklink.com/ dan masukkan url blog anda dalam kotak sebelah kanan ‘Your domain:’ . Lepas itu klik pada butang ‘check’. Kelaurlah list url-url yang berkenaan. Senang tak? Kan dah kata senang sahaja.

Macam mana nak gunakan referer.org pula?

Referer.org ini pula, kalau nak gunakan kena masuk ke http://referer.org/. Lepas itu korang akan masuk page yang macam dalam gambar di bawah;

image

Langkah-langkah penting yang perlu di buat selepas itu ialah;

  • Yang penting sekali kena copy code html dalam kotak yang ada tulis ‘create your own list’. Saya tahu korang memang malas nak pergi sana kan. Sebab itu ku dah siap copy kan untuk korang. Silalah jangan malu-malu copy. (yang tulisan biru ini ye)
<!-- Read about JavaScript settings at Referer.org -->
<script type="text/javascript"><!--
referer_v = "1";

referer_limit_rows = "15";

referer_block = "www.example.com";

//--></script>

<!-- Read about CSS settings at Referer.org -->

<style type="text/css">

ul.referer_list { padding: 0; margin: 0; list-style-position: inside; }

li.referer_item { margin: 0.4em 0; }

</style>

<div style="font-weight: bold;">Web Pages referring to this page</div>

<script type="text/javascript"

src="http://referer.org/list.js">

</script>

<div>Link to this page and get a link back!</div><a href="http://referer.org" title="Referer"><img border="0" src="http://referer.org/referer.gif" title="Referer"/></a>


  • Dah siap copy, kenalah add gadget kat pada ‘page element’ blog.
  • Lepas itu pilih widget html/java script.
  • Paste kan html code yang korang dah copy itu lepas itu save.

Saya nasihatkan buat permulaan letaklah di footer. Then, boleh save. Lepas itu boleh view blog tengok ada dah ke belum. Buat permulaan, memang takkan ada senarai referrer blog. Dia baru nak generate sikit-sikit. Paling-paling pun checklah keesokannya. Mesti dah ada list blog yang menyumbang trafik ke blog kita.

Err..korang paham ke tutorial tak seberapa yang saya buat ini? Err..kalau tak paham bulehlah tinggal soalan di kotak komen. Kalau dah faham dan nak ucapkan terima kasihpun boleh juga tinggalkan jejak di ruang komen ye.

Oh ya, sebelum terlupa. Korang boleh control berapa banyak url yang keluar pada list korang di blog nanti. Kena klik kat butang optian yang terdapat betul-betul di sebelah kanan perkataan ‘create your own list’. Nampak tak?

image

Kalau tak nampak ke zoom la gambar itu. Macam saya saya letak 15 sahaja. So, max 15 je yang akan appear di blog. Yang selebihnya kena klik ‘Expand this list’. Contohnya macam dalam gambar di bawah ini.

image


Monday, October 25, 2010

Tips Blogging : Hari Mencuba Benda Baru [ Window Live Writer]

Minggu lepas saya ada buat entry pasal bengang sama blogspot yang hilangkan entry yang penat-penat saya taip panjang. Lepas itu ada 'tangan' yang jadi superpower penyelamat hulurkan bantuan. Kak Dahlia suggest kan guna Windows Live Writer (WLW). Serius cakap itulah first time saya dengar pasal WLW. Sebelum ini pernah dengar pasal Windows Life Messenger sahaja. Yang sama macam Yahoo Messenger tu.

Apa kebendanya WLW itu?

WLW ini ada 4 fungsi seperti yang diterangkan di website..

Fungsi pertama ini memang menarik. Boleh publish entry kita itu ke hampir semua bog service termasuklah wordpress dan Blogger (yang paling glamour la ini).

Sama macam melalui blogger.com atau wordpress.com, kita boleh preview apa yang kita buat dalam entry sebelum publish. Sama sahaja sebenarnya.
Boleh upload photos and videos dalam entry kita itu. Lepas itu kita boleh edir border dan effect style yang kita mahu pada gambar/video itu bila publish nanti. cool kan!


Ada macam-macam plug in lain yang boleh kita muat masuk termasuklah daripada facebook, flickr dan juga website lain.

Sebenarnya saya baru sahaja dalam process install WLW ini. Buat masa ini baru 40& completed. Ada 60% lagi to go. So, tak boleh nak komen panjang lagi sebab belum cuba. Tapi menurut Kak Dahlia beza WLW dengan blogger.com/wordpress.com ialah WLW boleh di update tanpa perlu online.

Nak cuba juga ke?
Link download ini pula jumpa di blog ayie. Thanks ayie for sharing.
Meh-meh download free software di SINI untuk yang pakai Windows XP macam saya.
Untuk yang power rangers yang guna Windows 7 boleh download di SINI.

Semalat mencuba!

Monday, October 18, 2010

Tutorial DahliaJournal :Cara nak post entry tanpa risiko hilang!

Ekoran daripada entry melepas geramku yang INI, ku mendapat feedback positif daripada Sis Dahlia. Siapa yang tak kenal blogger femes ini memanglah rugi yerp. huhu~

Dengan baik hatinya dia telahpun share cara terbaik untuk update entry blogspot tanpa perlu login ke blogger.com dan risiko "untuk buat kita sakit hati akibat entry yang kita taip panjang berjela hilang secara tiba-tiba sebelum sempat di publish" terus zero. Ye, zero sebab confirm tak hilang dah.Yippie!

Alkisahnya macam ini,
Tadi secara tiba-tiba ada beberapa komen di entry itu dan ada seorang yang komen suruh pakai WLW. Mula-mula saya ingatkan sistem MLM. Isk, kalau MLM tak mahulah saya. Umpama menempah 'bala' sebab tak reti 'meniaga'. Tapi terfikir juga apa pula kena mengena MLM dengan problem entry hilang saya itu. So, bila saya check kat referral ada satu entry berkenaan WLW yang link terus ke blog saya. Bila klik rupanya sis Dahlia dah buat entry pasal masalah saya itu dan yang bestnya siap dengan penyelesaian.

snapshot sebahagian entry sis dahlia

So, kepada kawan-kawan yang selalu sahaja tension dengan blogspot sebab suka buat magic dengan menghilangkan post kita bolehlah mencuba kaedah WLW atau Windows Live Writer ini.
Moh le kita sama-sama terjah entry kak Dahlia itu. Yang bestnya boleh update tanpa internet.
wohoo~

p/s : confirm tak ada dah entry lepas geram selepas ini. =)

Friday, September 24, 2010

Akhirnya lekat juga Buffered Earnings di blog ini! Petuanya?

Hasil bantuan saranan Azmi dalam entry INI supaya menghantar tiket ke helpdesk nuffnang, Saya mendapat feedback positif daripada nuffnang dan saya kongsi kepada anda punca tak dapat Buffered Earnings di blog hasil daripada feedback balas nuffnang dalam entry INI pula.

Seminggu selepas menerima feedback daripada nuffnang, akhirnya Buffered Earning melekat juga di blog saya. Bukan satu malah tiga. Dan minggu ini pula ada tambahan 2 lagi Buffered Earning yang melekat di blog ini. Alhamdulillah kerana usaha ini mendatangkan hasil.
Semalam pula tambah lagi satu. Terkejut jugalah sebab sekali sampai 6 BE.

Setelah berbulan-bulan tidak mendapat Buffered Earning, akhirnya dapat juga. Kepada yang mengalami nasib seperti saya, bolehlah menghantar tiket kepada nuffnang. Sebab nuffnang members sekarang dah lebih 100 000. terlalu banyak dan kemungkinan untuk terlepas pandang itu mesti ada. Human being maaa..bukan robot yang buat kerja di nuffnang itu kan.

Tak salah untuk mencuba. Yang penting konsistenkan trafik (tak semestinya perlu tinggi mencanak-canak). Kalau trafik kejap tinggi kejap rendah pun tak bagus juga kan.
Thank you nuffnang. Ini buat semangat saya untuk update blog meningkat. Bukankah itu sesuatu yang positif?

Oh ya, nampak tak kat header ada tab-tab tertentu yang baru. Ada tab Nuffnang Tips.
Haaa..dalam tu ada link-link yang berkaitan dengan nuffnang termasuklah apa yang best pasal nuffnang, pasal Buffered Earning, ProjectAlpha dan lain-lain. Tips pun ada. Jangan lupa klik Nuffnang Tips ye.

I Love Nuffnang!

Thursday, August 19, 2010

Pengumuman : Tukar Template lagi =)

Setelah kurasakan template dulu tak menarik da nada problem yang tak dapat aku kenalpasti sendiri (sebab malas..)


Maka dengan sukacitanya kutukar la template ini menggunakan Blogger Template Designer.


Malas sudah nak godek-godek HTML coding yang kurasakan makin memeningkan kepala.
Lagi pula sekarang ini bulan Puasa.
Jadi sudah kutukar menjadi warna ala-ala purple.
Haa..macam ginilah rupa dia sekarang..


Mungkinkah ada petunjuk daripadaku berkenaan warna template ini?
Ehem2..
Memang ada sebenarnya tapi tunggulah yea sebab masih ada masa yang banyak untuk menentukannya.
Tapi cantik apa warna ungu ini.
Sejuk, lembut sahaja mata memandang.
Walaupun pink pun saya suka tapi atas sebab-sebab tertentu ku ubah fikiran untuk join group vio yang suka warna ini juga.

Adakah ku akan tukar lagi template selepas ini?
Entahlah.
Kalau ikut hati sudah puas hati dengan yang ini.
Tapi mungkin akan kugodek-godek html sikit-sikit untuk tambah dan kurangkan sikit apa yang patut-patut.

Cuma masalah sekarang ialah header.
Owhh..header, kenapalah suka sangat buat suprise.
hhmmm...nanti-nantilah yea itu semua akan kuusahakan selepas raya.
Buat masa ini, inilah yang termampu.
=)

  • p/s : petang ini sudah bertambah baik. Tapi bengkak di anak tekak masih lagi ada. Harap-harap esok baiklah. huhu~
  • p/s: Semalam berbuka semata-mata makan kebab ayam sama dengan itu Air Soya sahaja. Bukan berdiet tapi disebabkan demam. Nasib baik lalu juga makan. Sahur seperti biasa memang tak lalu. Makan sedikit sahaja. Hari ini ingat nak makan berat-berat sikit. Selamat berbuka hari ke 9 ye kawan-kawan.

Wednesday, August 18, 2010

Buka Puasa with Nuffnang Session 2010 : Sesi Lepas Makan

Oleh kerana agak busy sekarang ini.
Jadi sayapun buat quick post la ye dengan hanya menayangkan gambar-gambar yang saya snap sebaik sahaja buka puasa aktiviti berakhir.
Kira macam sesi bersantailah sambil borak-borak, sambil tanya-tanya tips.
haaa..tips tu yang memang dok tunggu dari mula majlis lagi .kuikui~

Gambar memang ada banyak cerita.
Tengok sahajalah gamabr bawah ini.
Macam-macam perangai pelik dapat dilihat.
Norfa bertudung pink tu agak pelik lak cara dukung baby sumi tuh.
err..
Izad punya mata nampak scary kan.
huhu~
Sumi tengah hirup apa ntah tu.

Dari kiri Redmummy, Robb dan Rina.
Apa yang cuba dilakukan oleh Robb tu ye?
Macam gaya mandikan anak sahaja.
haha~
Kupun tak melepaskan peluang bergambar dengan mereka.
=)

Izad tak habis-habis dengan hensetnya.
Malu nak beramah mesra sebab katanya ini first time dia join event nuffnang.
Semuanya sibuk berbual-bual masa ini.
Meriah tak?
Mestilah meriah kan... kan.kan..

Lagi..
Gambar meriah..
=)
Aimi dengan Jard.
Tengah nak tulis url blog dalam buku Rizal.
Student kan haruslah ada buku.

Ini bakal bapa mithali ni.
Anakperak ke hulu ke hilir kendong anak cikpuan Sumi kita.

Apa yang Jai dok tunjuk tu sampai si baby pun sanggup pusing kepala nak tengok juga?
Rupanya dia tengah pegang kamera daaa...
Semangat si kecil nak masuk dalam kamera Jai juga.

Yang baju hijau biru tu Rizal.
Dan yang baju putih tu pula FaizalPejay.

Candid ni sebab tak ready langsung.
Tapi kenapa saya saja yang pandang kamera ye?
entah!
Ni baru bah ready.
Kelihatan anakperak nun jauh dibelakang dengan trademark peace!
Last sekali haruslah letak gambar beramai-ramai kan?
Ada sesiapa yang tercicir ke dalam gambar ini?
Anak Sumi pun ceria je pandang kamera.
Pandainyeeee....~
Ini antara url blog nuffnangers yang menjayakan Buka Puasa bersama Nuffnang ini.
Jengah-jengahlah blog-blog mereka ini ye?

Amacam, meriah tak meriahlah event ini kan.
Mesti ada yang nak join next year kan?
Nuffnang akan buat lagi kan?
Ermm..ikut plan nuffnang nak buat open house tapi semua itu baru planning.
Belum ada kata putus.
So, sentiasalah check nuffnang blog untuk tahu updates.
Untung-untung dapat join nanti kan.

Update :
  1. Minta maaf kalau saya tak jengah rumah kawan2 hari ini sebab saya demam. Oleh kerana sayangkan puasa, saya terpaksa korbankan blog.Tak larat kena rehat je..
  2. Saya punya header ada problem la pula. So, saya delete dulu daa..adui~ prob macam gini da..tetiba jadi kecil.

Wednesday, July 21, 2010

Banyak pula petua mereka dapat di Nuffnang Sharing Session



Event yang saya tak pergi. Oh, rupi tak apply to join
Ohh..
Dalam hati ini adalah terdetik rasa menyesal.
ohh..menyesal tak apply to join Nuffnang Sharing Session di Pak Li Kopitiam.
Ramai juga blogger-blogger yang join termasuklah KakInaKL yang saya betul-betul mula kenal masa Gathering GengBlogger yang baru lepas.

Bila terbaca pasal ini di blog KakIna, rasa teruja pula sebab semasa sesi tersebut, saudara Eyriqazz yang jadi guest blogger masa sesi tersebut memang superb peramah dan tak lokek untuk berkongsi segala pengalaman yang diperolehi sebagai blogger daripada newbie sehinggalah jadi blogger berjaya sekarang ini.
Terkagum sebab dia hanya ambil masa 1 tahun untuk mengecapi apa yang diimpikan oleh para bloggers yang join nuffnang.
Bak kata orang,
Mana nak dapat sagu kalau tak dipecahkan ruyungnya.
Mana nak dapat apa yang diimpikan kalau tak berusaha.
haha~

Lepas ini kalau nuffnang ada buat event, saya akan try untuk join.
Kalau tak berjayapun tak apa.

Orang yang berjaya ialah orang yang tidak berputus asa apabila dia gagal.
Orang gagal pula ialah orang yang berputus asa sebelum mencubanya.
So, renung-renungkanlah diri sendiri.
Bak kata orang lagi, gagal itu punca kejayaan.
Orang yang berjaya tanpa pernah gagal takkan rasa nikmatnya kejayaan itu =)

Adoi, melalut ke lautlah hari ni.
Hajat nak share apa yang saya dapat daripada entry-entry mereka yang tak lokek ilmu ini membuatkan saya bersemangat untuk menghasil entry yang terbaik.
Biar sikit asalkan berkualiti.
Dan kenalah mindset berblog tu bukan sebab nak popular atau nak kejar duit.
Tapi, sebenarnya mengejar kepuasan menghasilkan entry yang orang suka.
Err..tapi sekarang ini entry saya ini berkualiti kah?
(bertanya dan bermuhasabah diri sendiri..huhu~)

Kalau nak baca details pasal tips-tips untuk berblogging oleh bro Eyriqazz dan tips-tips untuk nuffnang bolehkah baca terus di link KakInaKL ni. Lengkap beb dan berbaloi-baloi!
Eyriqazz sendiri ada buat entry khas dan share secara details petua-petua berblogging yang hebat .Klik Eyriqazz tips part 1 dan juga Eyriqazz tips part 2 untuk tahu lebih lanjut.

p/s : oohh..kesilapan yang tak disengajakan telah berlaku dalam Entry Gathering GengBlogger, serius ingat dah letak semua link member2 yang kenal di sana tapi macam manalah boleh tak perasan Longhaffiz aka Perantau London punya link tak ada.
Haiihh...sorry bro jangan sedih-sedih.
Saya tinggal link kat sini orait tak?

Monday, July 19, 2010

Nuffnang tips : Iklan terapung lebih mesra readers!

Salam~
Pagi ini berjalan-jalan cari pasal di blog-blog rakan-rakan blogger.
Rupanya blogwalking ini memang tak sia-sia sebab seain dapat tambah kawan dan gian trafik tapi kita juga dapat tambah ilmu lagi-lagi kalau ada tips-tips blogging dan juga yang paling menarik tips nuffnang la kan.

Ahahha..
Rakan-rakan mesti perasan yang iklan nuffnang sidebar saya dah berubah lokasi daripada stick dekat sidebar tu menjadi iklan terapung.
Maknanya bila scroll ke bawah atau ke atas sekalipun, iklan itu akan follow.
Nasib baik content blog saya ini kurus dan 2 column.
Kalau tidak akan mengganggu pula pembacaan rakan-rakan yang singgah lagi-lagi di sidebar itu.
=)

Oh ya.
Saya jumpa tutorial untuk buat iklan jadi terapung macam ni.

Terima kasih sangat-sangat kepada mimpisibunga sebab sudi share tips ini.
Terjah ke sana untuk belajar lebih lanjut tutorial iklan terapung ini dan juga baca kelebihannya.

Lalalala~

Friday, July 16, 2010

Tutorial : Button 'Like' dan 'Share' on Facebook di post

Dulu saya ada buat button 'like' masa guna template lama.
Since dah pakai template baru ni, saya tak ingat macam mana nak pasang button-button facebook tu.
So, memikirkan macam best sahaja kalau ada button itu sayapun cuba godek-godek balik entry pasal pasang button tu dulu.
Tak jumpa pula.
Tak ingatlah entry mana satu.
jadi, kali ini saya nak terus buat tutorial.
Untuk masa depan sendiri siri sendiri juga.
Di samping tolong member-member yang nak letak butang yang sama di blog masing-masing.

Sayapun cubalah menjelajah blog-blog yang saya pernah rujuk dulu.
Mula-mula saya pergi blog intanurulfateha.
Jumpa ada tutorial untuk masukkan 'like' dan 'share' button di blog intan.
Sayapun terus mencubanya.
Untuk 'share' menjadi tapi untuk 'like' tak jadi sebab keluar error.

So, sayapun terus pergi godek blog kedua iaitu blog cikhelena.
Di situ code dia ada sikit beza.
So, sayapun try la tukar code ikut yang ada di blog cikhel.
Tapi still tak menjadi juga. Keluar error lagi.

Cikhel ada tinggalkan link rujukan iaitu ke blog Arc,
So, sayapun terus klik link itu.
Code di blog Arc ada kelainan dan lebih lengkap.
So, terus saya tiru tutorial dalam blog ini.
Akhirnya menjadi juga.

So, kesimpulannya..
Untuk pasang button 'like'
boleh rujuk blog Arc.(terima kasih cikhel sebab tinggal link)
Untuk pasang button 'share'
boleh rujuk blog Intanurulfateha.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics