Followers

Friday, April 29, 2011

Kelebihan Hari Jumaat : Benda Best!

Salam korang!

Seronok beb. Hari ini 29/Apr/2011. Ada beberapa benda best yang berkenaan dengan tarikh ini.

http://2.bp.blogspot.com/_vfJI_5xpRIk/S76gqtjz35I/AAAAAAAACPU/mghdp16JbOE/s1600/jumaat1hq4.jpg

Penerangan gambar : Antara benda best Hari Jumaat yang tak perlulah nak dipanjang lebarkan penjelasan. Semuapun dah besar panjang kan. haha..cakap sahajalah malas. Kan sonang Afzan oiii!

Kali ini malaslah nak cerita kelebihan umum Hari Jumaat. Kalau terlebih rajin nanti saya cerita ok. Topik sekarang ini adalah benda best khusus untuk saya dan mungkin juga bersangkut paut dengan korang juga. Kalau korang te'rasa' lah. Siapa makan cili, dialah yang rasa kepedasannya kan? Eh..eh, ada kena mengena ke pepatah ini dengan ini wayang? Hentam sahajalah labu.

Benda best 1 : Hari ini Hari Jumaat.

Siapa yang bekerja 5 hari seminggu sahaja yang faham betapa BEST nya hari jumaat. Mood untuk datang kerja memang TIP TOP. Segar sahaja mata dan cargas sahaja anggota lain bila memikir aktiviti apa nak buat esokannya. So, pressure lah macam manapun kalau hari jumaat memang kurang sikitlah rasa tension. Sebab, penat akan berbayar dengan cuti 2 hari. Eh, tak-tak..kali ini lagi BEST sebab cuti 3 hari!

Benda best 2 : Dapat gaji baru!

Gaji baru tu means gaji yang dah revised hasil increment tahunan. Alhamdulillah, ada juga increment tahun ini. So, semangat sikitlah kan bila tengok ada perubahan pada slip gaji walaupun tak banyak manapun bezanya. Tapi yang penting sekali memang best bila dapat gaji hari Jumaat. Sebab esokannya sudah boleh shopping! heh.

Er..2 sahaja ke yang best?

Setakat ini 2 sahajalah. Lagipun Jumaat baru bermula beb. Baru pukul 8 pagi. So, have a nice day to you all!

Kalau ada lagi yang best-best saya tambah ok. Bai!

Thursday, April 28, 2011

Rahmat daripada satu panggilan telefon..

Salam korang!

Hari ini saya agak free untuk mencoretkan sesuatu. Eh, bukan pasal urusan perkahwinan saya. Kalau hari-hari update pasal persiapan boleh muntah darah pula korang membacanya kan?

23hb April 2011 jadi tarikh penting..

Bukan sahaja untuk Ashraf Muslim tapi juga untuk kawan lama saya, S dengan pasangannya F yang memilih untuk bertunang pada tarikh yang sama dengan Ashraf Muslim. Tapi kalau Ashraf Muslim kata akan menamatkan zaman bujang 1 Syawal dalam tahun ini juga, kawan lama saya ini tidak pula mengumumkan berapa lama dorang nak bertunang.

Lega rasanya bila dorang bertunang..

Saya sebenarnya amatlah rasa lega bila mereka berdua ini bertunang. Nak tahu sebabnya? Apa perkaitannya dengan saya? Ada kaitan sebenarnya. Masa S ini masih dalam peringkat mengenal hati budi dengan F, saya telah menerima satu panggilan telefon daripada S. Seingat saya, beberapa minggu selepas kami berprogram di Pulau Kapas tahun lalu.

"Afzan, ko kenal F kan? Dia tu ok tak?. Aku nak tanya ko sebab ko kenal dia kan. "

Ok, lupa nak cakap yang F ini memang saya kenali sejak zaman matrikulasi. Sebetulnya F ini masa zaman matrik agak dikenali ramai. Dan dia dahulu bercinta dengan rakan sepraktikum saya. Entah macam mana jodoh dorang tak tahan lama. Masa tahun akhir di zaman U saya ada juga berhubung dengan F ini melalui YM. Masa itu memang nampaklah dia agak 'frust' dengan kegagalan cinta dia dengan rakan praktikum saya itu. Memang dia terus kekal single sehinggalah dia bertemu S. Lebih 2 tahun jugalah dia single.

Mula-mula saya pelik juga bila S tanyakan saya pasal hati budi F. Rupanya dorang ini sebenarnya hanya berhubungan melalui FB. Dunia maya sahaja yang mempertemukan dorang. Dorang kenal melalui kawan-kawan juga sebab F dahulu ambil degree di U yang sama dengan tempat S sambung master.Pengantara mereka ialah kawan F semasa ambil degree yang terus sambung master di U sama. Nampak tak kaitannya? Kalau tak nampak, korang baca balik perenggan ini berkali-kali ok.

Dipendekkan cerita, saya memang betul-betul promote F kepada S. Saya terus terang sahaja pasal F pada S. Memang saya kenal dia pada side positif sahajapun. hehe!. Tup-tup dalam sebulan selepas itu diorang sudah tukar status dalam FB daripada single kepada in the relationship. Masa itu saya terkejut ada, tergamampun ada tapi dalam hati berdoa semoga hubungan dorang ini berkekalan. InsyaAllah.

Alhamdulillah bila dorang sudahpun bertunang. Dan apa yang saya harapkan dan doakan dorang akan berkekalan seterusnya sampai ke jinjang pelamin.Itulah yang saya nak katakan 'rahmat daripada satu panggilan telefon'.

k, bai!

Wednesday, April 27, 2011

Dia kembali bersama Pakcik Hashim?

Salam korang!

Entry ini pendek sahaja. Saya cuma nak ucapkan selamat kembali ke dunia blogger kepada..

jeng..

 

jeng..

 

jeng..

 

treng..teng..tenggggg..

 

Memperkenalkan.. Pakcik Hashim!

Eh, sapa Pakcik Hashim?

Dia pakciklah yang bernama Hashim. heh!

Tak kenalpun?

Hang tak kenal dia tapi hang kenal sapa yang dok jaga dia iaitu Kapten AhFatt @  Kapten Luffy @ Monkey D'Luffy yang dah turun pangkat menjadi Rozami..

.............................


Apa? Tak kenal juga! Kesiannn korang.. Rugi haih tak kenal. Moh terjah blog dia SINI kalau nak kenal-kenal. Single lagi dia ini. lalala~

k,bai!

p/s : jangan benti blogging lagi bro. kalau lu benti juga..siap!

Tuesday, April 26, 2011

Baby Aliya sudah 4 bulan!

Salam korang!

Baby my sis, Aliya Batrisya sudahpun meniti usia 4 bulan sabtu baru ini 23/APRIL. Wah, dah besor anak buah mak uda seorang ini kan. Pagi-pagi lagi mak uda sudah menjemput si comel dengan mama dia untuk pergi menikmati breakfast KFC. Tapi, for sure Aliya dapat tengok sahaja sebab Aliya tak ada gigi lagi. Macam mana mak mamam ayam goreng kan?

Kan KFC ada bagi voucher RM1 OFF for breakfast meal KFC. Bersepah kupon itu di KFC. Ambil terus dah boleh redeem. Kami order Twister. Sedap juga dan makan satupun sudah kenyang. Air boleh pilih sama ada nak air teh tarik, milo, coffee ataupun satu lagi jenis air yang saya lupa. Necafe ke?

Happy Ulang Bulan ke 4 yea Aliya Batrisya.Perubahan ketara Aliya ialah saiz badan yang makin montel, Pipi yang makin bulat dan rambut yang menipis gara-gara kena "makan bantal". Paling penting masalah air liur meleleh tak settle-settle. Bukti jelas dalam gambar ini!



MAK UDA SAYANG ALIYA!

k,bai!

Monday, April 25, 2011

Persiapan Perkahwinan : Jumpa Penolong Pendaftar Nikah 2!

Salam korang!

 

Last 2 weeks, saya ada cerita pasal urusan jumpa Penolong Pendaftar Nikah aka tuk kadi urusan nikah. Akhirnya urusan itu berjaya diselesaikan semalam. Alhamdulillah urusan kami betul-betul dipermudahkan. Sudahlah pergi rumah beliau dengan tak buat appoinment dan call pun bila sudah berada di luar pagar rumah tuk kadi. heh~

Nak dijadikan cerita pada hari kejadian, masa itu jam menunjukkan pukul 2 petang. Ayah cuba call tuk kadi itu untuk buat appointment. Tapi, bila call tu dijawab, dengar khutbah nikah. Rupanya tuk kadi baru selesai menikahkan orang masa itu. Ayah saya pula beranggapan tuk kadi itu ada di rumah, so terus sahaja ajak kami (saya dan 2 adik beradik lelaki saya) terjah rumah tuk kadi. Dekat sahaja rumah dia dengan rumah kami. Drive dalam 5 minit dah sampai.

Bila sampai sahaja tengok rumah dia sunyi sepi macam tak ada orang. Terus ayah saya call dia balik. Nasib baik dia ada. Baru sahaja pulang daripada menikahkan orang di area kampung saya juga. Terus dia jemput kami masuk. Diapun mula check dokumen dan borang yang saya bawa. Soalan pertama dia tanya buat saya terkesima. Memang saya tak prepare langsung benda itu.
"Wakalah Wali ada bawa?" selamba sahaja tuk kadi tu tanya.

"Err..wakalah wali kena yea? saya ingatkan borang itu perlu diisi kalau wali tak dapat hadir masa nikah sahaja." gelabah sahaja saya jawab.

"Wajib borang tu. Sebab saya yang akan wakilkan ayah kamu untuk jadi tukang nikah. Borang ni tak perlu kalau ayah kamu nikahkan sendiri sahaja" tuk kadi menjelaskan.

"Alamak, saya tak ready lah borang itu. Macam mana ni?" mula menggelabah.

"Tu la, lain kali kalau nak jumpa saya, call saya dahulu. Masa itu saya akan terangkan apa yang perlu kamu bawa masa nak jumpa saya" Tuk kadi bagi nasihat percuma.

"......................" saya speechless.

"Tak apa, saya cari borang itu di rumah ini. Tapi kamu kena ambil masa pula untuk isi masa ini juga." Jawab tuk kadi selamba.

Fuhh, lega saya. Ingatkan kena balik settle kan borang wakalah wali dan kena datang semula jumpa dia untuk dapatkan kelulusan. Nasib baik tuk kadi sudah ada simpanan borang.

So, memang urusan mendapatkan pengesahan tuk kadi settle pada hari itu juga. Sekarang ini kena fikir macam mana nak pergi dapatkan cop pengesahan di Jabatan Agama Islam pula. Tuk kadi kata jadual untuk urusan ini daripada hari Isnin sampai Khamis. Pagi antara pukul 8.30pagi sampai 12.30tgh hari manakala petang pula antara pukul 2 petang sampai pukul 4 petang.

K, bai!

 

Thursday, April 21, 2011

Urusan perkahwinan lagi..haih!

Salam korang!

Serius lama gila kot saya tinggalkan blog ini bersawang. Bukan sengaja nak biarkan berhabuk tapi faham-fahamlah kan mood untuk bergelar ratu sehari itu melonjak lebih daripada mood untuk blogging. Bila lawan confirm blogging kalah kan. Taka pa bukan selalu kalahpun sebab nak menjadi ratu sehari kalau boleh biarlah sekali sahaja seumur hidup. Betul tak?

Preparation saya setakat ini?

Banyak perkara hamper settle tapi kan saya risau dengan beberapa perkara yang ehem..ehem..rasa macam hape entah. Ni pasal baju bersanding, rupa bentuk pelamin, hiasan bilik tidur. Langsung tak Nampak bayang lagi. Bila kita call mak andam, dia kata bila siap bajunya nanti dia akan call. Tapi sampai sekarangpun tak call call. Risau mak sebab tinggal sebulan setengah sahaja lagi kot majlis langsungnya.

Itu baru cerita mak andam, belum lagi doorgift. Ok, ini boleh salahkan saya. Sebab saya yang kena prepare tapi saya yang lengah-lengahkan. Haih, susah juga sebenarnya nak tentukan doorgift. Sekarang ini terlalu banyak pilihan. Itu yang kelabu sahaja mata nak pilih. Heh~

Erm, lagi satu tok kadipun belum sempat ketemu. Hajatnya nak pergi settle esok.Tolong doakan urusan esok dipermudahkan ye. Lama sudah nak jumpa tapi ada sahaja urusan lain. Kalau tak saya ada urusan, wali dengan saksi pula yang busy. Heh~

P/S : Langsir terjahit senget da..kena bikin balik nampaknya. Hoho~

Thursday, April 14, 2011

Persiapan perkahwinan : Jumpa Penolong Pendaftar Nikah!

Salam korang!

Eksaited betullah lately. Hari ini 11hb April 2011.
2 bulan sahaja lagi impian 6 tahun kami akan jadi kenyataan. Selama 6 tahun lebih perkenalan kami, bukan sedikit dugaan dan cabaran yang kami tempuhi. Banyak ok tapi semua itu buat kami belajar untuk saling memahami. Itupun sampai sekarangpun kami belum cukup faham perangai masing2.adoyai!.

Satu-satu persiapan kami selesai. Tapi ada satu benda penting yang belum selesai. Saya perlu selesaikan secepat mungkin sebab benda ini benda paling asas kot. Jumpa penolong pendaftar nikah kariah. Ada orang tu kata nak teman pergi tengok nama dan contact number pendaftar nikah itu di masjid yang dekat dengan rumah. Tapi bukan dia sahaja yang lupa,sayapun sama.haih~

Korang kena take note tahu. Apa-apahalpun pertama sekali bila fikir untuk bernikah kena settle dengan pendaftar nikah dahulu ok. Kalau tidak susah beb. Jangan buat last minute. Sebab sebelum nak berjumpa pendaftar nikah kena settle banyak benda dulu. Kena pergi kursus kahwin,kena isi form kebenaran nikah,kena isi form pengesahan mastautin kalau bernikah di tempat yang tak sama dengan alamat dalam ic,kena settle form kebenaran berkahwin lelaki dahulu, HIV test di klinik kerajaan sahaja dan macam-macam lagilah bergantung kepada latar belakang dan wali yang ada. Nak bernikah semudah yang selama ini saya sangka sebenarnya.

K,bai

Meniti usia 26 tahun~

Happy Birthday Afzan!

Dah 26 tahun menelusuri kehidupan di dunia milik Allah SWT ini.

Sekarang ini saya dalam proses persediaan untuk tukar mindset.

Sebelum ini segala yang saya lakukan adalah atas kehendak dan pilihan saya sendiri yang semulajadinya degil dalam mebuat keputusan.

Jadi lepas ini saya kena consider suami. Yerp, kena belajar untuk memikirkan suami sebelum membuat apa-apa keputusan.

Walaupun ianya agak sukar tapi yakin Allah SWT akan membantu selagi kita berusaha dan bertawakkal kepadaNya.

Saya punya barang-barang peribadi memang banyak. Selain daripada barang, hadiah dan gambar kenangan yang disimpan sejak Zaman sekolah rendah sehingga membawa ke Zaman kerja. Itu belum masuk buku-buku, bahan bacaan yang saya rasa ada dalam 3 kotak besar kalau disatukan. Pakaian yang agak banyak lagi. Memang dalam bilik saya sekarang agak pack dengan barang-barang saya.

Sukar untuk saya tapis dan buang sebab bagi saya semuanya penting. Tapi yang pastinya bukan semua yang saya boleh bawa bersama dalam hidup sebagai isteri orang nanti. Ada beberapa barang yang saya takkan buang tapi saya takkan bawa ke mana-mana sekalipun. Biarlah ia bersemadi di rumah keluarga saya itu buat selamanya. Tapi saya ada terjumpa beberapa naskah cerita pendek yang saya reka dahulu. Haha, ye saya dulu ada angan-angan untuk menjadi penulis cerpen tapi memang sekerat jalan sahajalah. Sebab mungkin tak cukup kreatif dan berbakat untuk menjadi penulis. Sudah tertulis kot saya sebenarnya berbakat untuk terjun dalam dunia yang selama ini lelaki monopoli iaitu Mechanical Engineering.

So, melekat terus dengan bidang engineering ini sampai sekarang. Tak tahulah sampai bila kan. Tunggu dan lihat sahajalah =)

k, bai!

Wednesday, April 13, 2011

Ajal memang tak mengenal masa dan usia!

Salam korang!

Kelmarin ku tertarik nak tulis benda ini lepas dengar daripada Tafsir Al-Quran IKIM.fm
Jom saya share dekat sini.
Kalau ajal kita sudah sampai, dalam keadaan sihat dan duduk di rumahpun akan mati. Tp biarlah kita mati semasa sdg mbuat kebaikan supaya akhirat nanti kita dibangkitkan dlm kebaikan. Jgn mati smasa buat maksiat.

Betul kan?

Ajal memang tak mengenal masa dan usia tapi itulah orang selalu kata hidup hanya sekali, so kita enjoy. Tapi dalam masa yang sama matipun hanya sekali juga bukan berkali-kali. So, kita mesti berharap kita mati dalam keadaan yang beriman dan bukan dalam keadaan bermaksiat. Maksiat pula bukan kecil skopnya tapi besar. Kadnag-kadang benda simple pun dah jadi satu maksiat. Contohnya, dengan meninggikan suara dengan orang lain, mengumpat, fitnah, ikut kepala sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain dan sebagainya. So, berdoalah kita dijauhi daripada maksiat.

p/s : Ya Allah,aku amat bdoa bsungguh-sungguh supaya dijauhkan drpd maksiat pabila tiba masa ajalku.Amin..

Tuesday, April 12, 2011

Selamat Hari Lahir noorafzan : Nuffnang & TGV Cinemas bagi hadiah tiket wayang!

Salam korang!

Dalam kebizian hari ini saya dapat suprise kot. Belum sempat hari esok saya dah dapat hadiah. Hadiahnya memang gempak. 4 tiket wayang untuk apa-apa sahaja movie. Pergh, masyuk betul. Dalam kepala dok fikir nak layan cerita Pirates Of Carribean. Heart sama Jack Sparrow aka Abang Depp kita.

Alkisahnya semalam saya dapat email daripada nuffnang. Saya terpilih untuk terima hadiah Birthday daripada Nuffnang dan TVG Cinemas. Birthday saya hari ini. Terima kasih Nuffnang dan TGV Cinemas atas hadiah istimewa ini. Kira ini macam suprise lah kan walaupun dapat tahu awal sehari daripada tarikh hari lahir. Memang tak sangka sebab kalau tak silap 250 nuffnangers sahaja yang dipilih secara random untuk dapat 4 tiket bertuah ini. I'm lucky one!


Oh, saya kena pergi collect tickets di office Nuffnang sebelum 06/May/2011. Huish, bila agaknya dapat pergi sana ye. haih~

Monday, April 11, 2011

Apa ada di Genting!

Salam korang!

Sabtu ahad saya memang full. Weekend yang agak pack sebab daripada pagi sabtu sampai ke malam ahad sekejap sahaja lekat di rumah. Lebih banyak keluar. Sabtu pergi naik Genting. Walaupun tak ikut plan asal berjimba-jimba ramai-ramai sebab bas full booked sampai pukul 11.30 pagi, tapi puas hati sebab matlamat untuk cuba outdoor game yang best-best berjaya tanpa perlu beratur panjang. Ye la sampai sana pukul 9.30 pagi. Heaven sebab tak ramai orang lagi.

Mula-mula naik buaian yang berpusing. Fuhh, memang tak payah beratur. Sampai-sampai terus dapat naik buaian tu. Kalau ikutkan boleh biol masa tengah berpusing itu tapi setelah saya belajar seimbangkan mata dengan fokus mata pada buaian di depan maka peningpun hilang. Petuanya ialah fokus ye kawan-kawan. haha!

Then, saya pergi naik SOLERO. Confirm lepas ini memang saya tak akan naik lagi benda alah itu. Fuhhh,paling seram masa dia menjunam daripada paras tertinggi. Rasa macam jatuh daripada bangunanpun ada. Rasa terawang-awang beb. Kalau korang rasa macam nak terjun bangunan ke hape kan better korang test dulu SOLERO sedas dua. Kalau korang lepas dengan jayanya barulah korang boleh cuba terjun bangunan pula. Tapi pastikan terjun dengan alat-alat keselamatanlah. Jangan terjun sehelai sepinggang pula. Tu tempah maut namanya.

Game ketiga saya rasa ialah Go Kart. Walaupun keretanya agak buruk dengan prestasi enjin yang tak seberapa saya tetap enjoy layan Go Kart. Saya rasa kalau perlumbaan dikira masa itu saya First Place kot. Haha. Habis incik tunang ketinggalan sampai 2 pusingan sebab kereta dia ada masalah. Tayar botak katanya. Sabar sahajalah.

Game keempat yang saya layan tentulah Roller Coaster. Tapi saya memang naik 1 sahaja Roller Coaster. Sebab takut akan jadi pening dan termuntah (ada experience masa di JB dulu). Masa naikpun perut kosong. So, walaupun ada rasa pening tapi tak sampai tahap nak muntah. Alhamdulillah~

Lepas itu terus pekena Aiskrim. Yeay, sudah lepas sesi memeningkan kepala dan perutpun sudah berbunyi minta di isikan. So, isilah dengan Aiskrim Cornetto yang harga setiap satu RM4. Rabak poket kalau hari-hari makan di situ kan.

Kami jalan-jalan tinjau pula permainan lain yang tak memeningkan kepala. Tengok ada game kayuh-kayuh bot dalam tasik. Kagum tu Genting Highland (tanah tinggi) ada tasik. Bot yang diorang bagi memang kena kayuh. Seronok pula berkayuh berdua. Walaupun kadang-kadang geram bila orang sebelah kayuh laju sangat atau slow sangat tapi still enjoylah kan.

Dan itulah game terakhir di Genting Highland yang kami layan. Masuk rumah hantu ingatkan seram sangat. Rupanya ermm..korang cubalah sendiri ye bila korang pergi Genting. Ada beberapa game lain tapi kami skip sebab 'macam extreme' sangat lagi-lagi roller coaster (ada 2,3 roller coaster dalam Genting rupanya), yang mesti kena percikan air, dan game-game lain yang selalunya ada di funfair.

Pukul 1.00 kami sudah gerak balik naik kereta kebal kabel. Seronok tapi saya yang ada masalah pening dengan benda yanf berayun ini dah puas hati dapat pergi sekali. Orang kata tak adalah excited macam dulu sebab dah pernah rasa hampir semua games dalam Genting itu kan.

ok da, itu sahaja kot kali ini. Kalau ikutkan cerita untuk hari sabtu full sampai malam dan bersambung pula ke Ahad. Tapi cerita setengah hari sabtupun dah panjangkan. Dah lah tak ada gambar untuk di share. Memang tak sempat nak bergambarpun. =(

Tiket naik Kereta Kabel : RM5/adult
Tiket Outdoor : RM46/adult

Sorrylah untuk children memang tak tertengok pula. Better check di website Genting.

Thursday, April 7, 2011

Peringatan untuk yang mahu buat HIV Test!

Salam korang!

Alhamdulillah berkat kesabaran dapatlah saya menjalani ujian HIV dengan mudah. Memang Ujian HIV ini mudah dan pantas tapi kalau sudah ramai sangat yang nak buat ujian ini maka jadi tak mudah jugalah kan. Buat korang yang baru nak pergi buat Ujian Saringan HIV ini nanti, saya ada beberapa pesanan.

Seelok-eloknya korang kena cari Klinik Kesihatan Kerajaan yang berdekatan tempat tinggal.

Sebabnya berkemungkinan korang takkan dapat nak buat ujian on the spot pada hari yang sama korang pergi register untuk buat ujian saringan tersebut. Sebab ada certain tempat yang hanya buat Ujian Saringan ini pada hari dan waktu tertentu sahaja dalam seminggu. So, in case korang tiba-tiba kena buat appointment untuk jalani ujian tersebut pada hari lain korang takkan ada masalah untuk pergi sebab dekat sahaja dengan tempat tinggal korang.

Seelok-eloknya call dulu Klinik yang korang aim

Sebabnya untuk bertanyakan pasal Jadual Ujian Saringan HIV dan juga tanya possibility untuk korang dapat buat ujian tersebut sama ada dalam masa yang cepat atau lambat. (survey ramai ke tidak yang buat Ujian tersebut di Klinik itu). Kalau korang tak survey dan main redah sahaja jadilah apa yang berlaku pada saya kelmarin (Selasa). Ingatkan dapat buat ujian terus pada hari itu rupanya dah full dengan appointment orang lain. Dan hanya bermula ISNIN HADAPAN available untuk saya buat appointment. Itupun belum tentu bila saya boleh settle buat ujian sebab depends pada number giliran pula. Kalau giliran lambat maka berjenuhlah nak tunggu settle. Hmmm..bayangkanlah betapa hot nya klinik itu sampia seminggu fullbooked.

Seelok-eloknya survey 2,3 klinik kesihatan lain juga yang berdekatan tempat tinggal.

Sebabnya, kalau klinik yang dekat dengan rumah korang terlalu ramai orang macam contoh case di perenggan atas ini, korang mesti akan jadi kurang sabar kan. Korang mesti cari klinik lain dan buat perbandingan mana satu klinik yang boleh buat ujian saringan HIV paling pantas. haha~ Kalau boleh korang carilah klinik yang tak berapa ramai orang. Cari yang di kawasan kampung sikit sebab area itu mesti tak ramai orang sangat. Dan kemungkinan untuk korang buat ujian saringan HIV on the spot after register akan jadi tinggi. Tak perlulah korang nak buat appointment bagai kan. =)

 

Selamat menjalani Ujian Saringan HIV. Saya dah lepas ujian. Alhamdulillah.

Tapi, jauh beb. Memang ceruk betul tempatnya. Setengah jam sahaja sudah settle.

Nurse cakap " ok, kamu sudah boleh kahwin!"

Saya senyum sahajalah kan =)

 

 

Excited dapat tiket Movie free!

Salam korang!
Gembiranya rasa hati sebab dapat tiket free.
yeah,Alhamdulillah ada geng yang baik hati bagi saya tiket filem CUN! 2 keping hasil join contest.
Dia dah dapat 2 tiket filem yang sama sebelum ini dan dah pergi tengokpun filem lakonan Remy Ishak dengan Maya Karin.
Daripada komen yang dia berikan selepas menonton filem itu saya rasa semangat juglaah nak pergi tengok sebab komen dia positif.

Tak sabar nak beli popcorn dan mengunyah dalam panggung sambil tengok movie free.
Nampaknya hujung minggu ini takkan melekat di rumahlah. Sabtu keluar. Ahadpun keluar juga.


Wednesday, April 6, 2011

Rasa macam nak demam~

Salam korang!

2 hari sudah kurasa macam tak berapa sihat. Semalam rasa mengantuk sangat. Sampai ke tengaharipun still rasa ngantuk. Dapat tidur sekejap time lunch break terus jadi segar tapi menjelang pukul 3 petang mata kembali lalok. Aiseyh, kalau dapat bantal memang sure tidur tak hingat dunia punya.

Hari ini pagi-pagi symptom yang sama lagi. Tapi kali ini rasa macam makin worse pula. Macam nak demampun ada. Alahai~ Sudah-sudahlah, janganlah demam time macam gini. Tengah berkobar-kobar nak jadi pekerja cemerlang ini. Nak kurangkan ambil MC dan CUTI. Lagipun, bulan 6 nanti nak ambil cuti panjang.

Hari ini memang macam-macam urusan kena settle. Bila fikir balik macam kena amik cuti setengah haripun ada. Tapi bila fikirkan pasal possibility untuk kena buat appointment dulu untuk jalani HIV Test tu tinggi malaslah nak ambil dulu. Kalau boleh buat HIV Test on the spot lainlah kan.

p/s : so, tak leh update lah kot hari ni. tak larat.

Tuesday, April 5, 2011

Kenapa berlaku lambakan graduan guru Sains dan Matematik?

Salam korang!

Selamat pagi!

Beberapa hari lepas saya terbaca paper Berita Harian pasal lebihan guru Sains dan Matematik dalam Malaysia. Bila saya baca satu persatu ada beberapa perkara yang buat saya terpanggil untuk buat ulasan. Saya dapat lihat strategi yang Malaysia selalu praktikkan. Bila ada certain benda itu kritikal, kita akan pulun habis-habisan untuk mengatasi apa yang kritikal itu sahaja.

Contohnya, bila kita kekurangan guru bahasa inggeris dahulu, semua dok fokus untuk memupuk minat dan gebang sana sini bahawa kita kekurangan guru bahasa inggeris dan cara nak tarik orang senang sahaja iaitu dengan menjanjikan peluang pekerjaan. Sebab sudah tentulah bila ada masalah kekurangan, permintaan adalah tinggi kan? Bila ramai sangat ambil course English teaching, maka berlakulah lambakan graduan di luar. Peluang pekerjaan memang menipislah sebab dah cukup ramai kan. Nak-nak pula kebanyakan daripada guru yang ada masih muda belia. Nak tunggu pencen memang makan puluh tahun juga kot.

Sekarang ini ia berjangkit pula kepada subjek Sains dan Matematik. Dalam persekitaran yang semakin maju dari segi sains dan teknologi ini, subjek ini memang di kira kritikal. Tapi, bila baca berita pasal lebihan guru Sains dan Matematik, saya rasa macam berlaku ‘flashback’. Dan akibatnya course-course yang tak kritikal pula yang menjadi kritikal contohnya Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam, Pendidikan Jasmani dan Sejarah. Sebabnya persekitaranlah memupuk kita.

Tapi, satu sahaja course yang saya rasa sampai sekarangpun masih kritikal. Tak pernah tak kritikallah setakat ini. Course berkaitan bidang kedoktoran. Kalau korang grad terus boleh dapat kerja rasanya. Tapi ia berkait dengan subjek Biologi kan (yang saya langsung tak boleh nak hadap). Jadi, apa status guru Biologi sekarang ye? Berlaku lambakan juga ke?

p/s : teringin juga jadi cikgu matematik dulu. Tapi saya bab-bab number ni selalu careless( salah baca number).

Monday, April 4, 2011

Tips Perkahwinan : Akibat kalau lambat bertindak! Part 1

Salam korang!

Saya ada satu peringatan nak bagi kepada sesiapa yang nak berkahwin dalam masa hujung minggu cuti sekolah. Haa..korang pasti fahamkan kenapa? Sebab cuti sekolah adalah musim orang mendirikan masjid. Lebih ramai daripada hujung minggu biasa. Korang perasan tak kalau hujung minggu cuti sekolah bila korang keluar dan lalu area perumahan mesti korang akan nampak khemah, kadang-kadang dalam satu tama boleh ada 2,3 kenduri serentak. Dah la tema warna sama. Boleh konfius orang nak pastikan mana satu kenduri yang dorang dapat jemputan. (baru sahaja berlaku masa cuti sekolah bulan 3 hari tu)

Ada beberapa perkara yang korang kena take note dan booking seawal mungkin (at least 4 month before majlis).  Kalau tidak korang akan ada problem. Big problem ye.

Kali ini saya nak fokus kepada Khidmat Katering untuk majlis kenduri sahaja. Korang punya jemputan lebih 1000 orang. Lepas itu korang punya budget pula bukan tinggi mana. Kalau korang terlambat, korang akan ada 3 kemungkinan yang tak berapa nak best.

1- korang akan dapat katering yang tak berapa bestlah. Sebab katering yang tinggal selalunya yang lst choice. Alaa..korang faham-fahamlah sahajalah. Macam kalau korang pergi SALES. Kalau korang pergi awal, korang akan ada banyak pilihan yang cantik-cantik. Bila korang pergi last minute, korang dah tak ada pilihan. Pilihan yang adapun tak menarik sangat. Macam itu jugalah dengan khidmat katering.

2- Korang mungkin akan dapat khidmat katering yang bagus tapi korang kena bayar 'lebih'. Sebab selalunya kalau price mahal orang jarang nak guna khidmat dorang. Alaa.cuba bayangkan lagi selalunya kalau pergi SALES korang mesti nak cari barang yang ada potongan harga sahaja kan? Korang takkan pergi kepada barang yang normal price sebab harganya mahal. Betul tak?

3- Korang mungkin takkan dapat langsung mencari perkhidmatan katering. Sebabnya budget korang yang tak seberapa. Korang jumpa khidmat katering yang mahal-mahal sahaja sampai tak mampun nak bayar. Kemungkinan inilah yang paling bahaya untuk korang.

Saya tahu korang semua mesti bijak-bijak belaka kan. So, korang janganlah ambil ringan pasal ini ye kalau korang tak mahu berada dalam 3 kemungkinan yang saya explain ini. Korangm mestilah nak buat yang terbaik untuk majlis korang kan?

Ok da, itu sahaja daripada saya kali ini. Nanti kalau saya free saya sambung part 2 pula.

p/s: kalau majlis buat di kampung tak perlulah nak risau sebab orang kampung suka gotong royong memasak untuk kenduri. Best tu.

Sunday, April 3, 2011

Akhirnya saya terkena juga!

Salam korang!

Semalam dalam kesibukan siapkan kerja-kerja dapat satu email daripada my fren. Dia cakap Government buat announcement untuk staff cuti half day pada isnin nanti (04/Apr/2011).  Walaupun dalam dok rasa tak percaya (masa itu memang tak terfikir apa) tapi ada hati juga nak buka attachment untuk tengok memo sebab menurut email itu, company swasta yang tersenarai dalam memopun akan cuti juga.

Sekali tertipu daa..Dalam attachment itu ada 2 perkataan sahaja.

APRIL FOOL!

Kahkah! Setelah beberapa tahun tak kena prank, tahun ini saya kena daa.. Bukan tak pernah kena tapi tahun ini paling terkena sebab saya memang tak terfikir pasal APRIL FOOL pun masa baca email itu. Selalunya saya memang keep in mind dan tak suprise sangatlah kan. haha!

Lynn, u just make my day dude!

Korang ada kena prank tak masa 01/Apr/2011 hari tu? Tak baik tau sambut April Fool ini. Tak ada faedahpun. Lagipun kalau nak prank orang tak payah tunggu April Fool pun. Bila-bila masapun boleh kan. Haha!

Apa makna April Fool?

Korang google sahaja confirm jumpa punya makna disebalik sambutan April Fool? Macam-macam versi ada. Saya tak nak tulis di sini sebab saya tak pasti kesahihannya.  Kita bagi kepada yang 'pakar' untuk kaji ye.

k,bai!

Saturday, April 2, 2011

Video baby belajar meniarap!

Salam korang!

Lama sudah saya tak cerita perihal si kecil Aliya. Satu-satunya anak buah saya. Seronok sebab dia dah semakin cergas. Membesar secara sihat. Masa umur dia nak masuk 3 bulan, dia sudah mula suka mengiring bila baring. Tepat usia dia 3 bulan terus nak meniarap pula. Sempatlah saya capture video masa dia mula belaajr meniarap. Walaupun tak berapa nak menjadi pada 1st attempt tapi bila cubaan kali kedua berjaya juga. Sangat comellah baby belajar semuanya depan mata. Lepas ini akan pandai merangkak, kemudian berdiri. Dan seterusnya berjalan dan akhirnya berlari.

Puaslah nak menjaga bila sudah boleh merangkak nanti. Habis satu rumah agaknya Aliya round. Risau juga sebab keadaan rumah especially dapur yang merbahaya untuk baby kan. Silap-silap terus dia masuk ke bilik air. Tak ke kes naya tu. Fuh..~

Saya ada share video Aliya meniarap dalam FB. Macam mana nak share ke blog eh? Ok dah jumpa cara nak embed di FB.
Jom layan. Seminit sahajapun.



k lah, tu sahaja nak update kali ini. K, bai!

Sajak tak berseni saya : terapi tekanan

Salam korang,

Entry sebelum ini saya ada cerita pasal sajak nukilan saya sendiri masa saya tak ketentuan akibat terlalu memikirkan pasal katering untuk majlis kenduri saya bulan 6 nanti.
Mmeang magic kot sebab selepas saya menulis sajak ini saya secara automatik menjadi sedikit tenang. Menulis ini kalau kena caranya umpama terapi. Yang bisa buat kita jadi tenang.
So, tak salahlah saya kata bahawa ada blogger yang menjadi blog tempat untuk melepaskan tekanan atau dalam erti kata lain tempat terapi minda.

Kalau korang sudi bacalah sajak saya yang langsung tak ada seni ini. Janganlah hentam saya sebab saya tak ambil kelas sastera masa sekolah dahulu. So, fail sikit kalau bab-bab seni menulis ini.

Tajuknya sayapun tak tahu nak letak apa. Sekadar luahan perasaan mungkin.
Tajuk emai saya begini;

Luahan : Manusia lemah mencari kekuatan!

Sejak pagi ini hatiku berdebar.
Fikiran entah ke mana melayang.
Perasaan?
Tak tahu dan tak reti untuk ditafsirkan.
Tapi, yang pasti makin lama makin berselirat.
Makin lama makin berat untuk otakku menggalas.

Kenapa baru sekarang?
Kenapa bukan bulan lepas?
Ataupun tahun lepas?

Menduga akal atau iman?
Atau keduanya sama melawan.
Yang pasti bukan masa yang lepas tetapi sekarang.
Jangan pakai istilah ‘kalau’ atau ‘kenapa sekarang'.

Pilih satu antara dua.
Mahu troubleshoot atau mahu troublemaking.
Troubleshoot?

Yeah pilihan bijak dan terus ke penyelesaian.
Tapi, masih adakah ‘cahaya’ untuk menyuluh jalan.
dan masihkah ada 'laluan' untuk menjejak.
Percayalah,'cahaya' atau 'laluan' bukan persoalan.
Ia sudah tidak penting.
Sebab cahaya dan laluan boleh dirintis sendiri.

Senyumlah.
Berlapang dada.
Sebab Allah itu ada dan pasti tunjuk jalan.
Dengan syarat usaha tanpa mengenal kalah.
=)

Luahanku,
noorafzan
PJ, 5.05pm

Oklah korang.
bai!

Friday, April 1, 2011

Persiapan perkahwinan : Kad jemputan dan urusan katering!

Salam korang!

 

Dah lama saya tak menulis pasal perkahwinan. Bukan tak mahu tulis tapikan memang terlalu busy sampai kadang-kadang blogpun tak terupdate. Jadi hari ini bila saya calculate balik tinggal lagi 2 bulan lebih sahaja saya akan bernikah dan berkahwin. Perghh..macam tak percaya sahaja sebenarnya. Masa begitu cepat berlalu seiring dengan tumbesaran anak buah sulung saya, Aliya Batrisya yang hari ini telahpun genap berusia 3 bulan 7 hari. Pejam celik pejam celik sudah hampir tiba hari bahagia itu tapi masalahnya macam ada banyak benda yang still pending. Risau beb!

Pasal kad jemputan.

Aduh, ini agak parah juga bila fikir. Dah nak masuk bulan April, kad baru siap design. Belum print lagi rasanya. Kawan-kawan blogger yang setia ikuti blog ini saya war warkan di dahulu di sini ye bahawa  tarikh kenduri perkahwinan saya ialah pada 12hb Jun 2011 nanti. So, jemput- jemputlah meninggalkan nama penuh, nama panggilan dan url blog dan paling penting alamat untuk dikirimkan kad. Haaa...yang dapat kad itu nanti jangan tak datang pula. Sedih saya nanti. Korang boleh say hai melalui FB (add NoorAfzan), atau hantar email ke bejangutm@gmail.com. Majlis saya di Puchong,Selangor ye. Jadi kalau korang confirm tak dapat datang tak payah kirim kad la ye. Saya tag je kat FB. Ok tak?

Pasal baju untuk majlis kenduri kahwin nanti.

Inipun satu benda yang merisaukan. Ye la sudah nak masuk bulan April baju tak siap lagi. Huhu. Entah kenapa rasa risau sahaja sebab buat baju baru, style baru. Hari tu just imagin sendiri sahaja kan nak buat baju macam mana. Belum tengok lagi hasilnya. Harap-harap marvelouslah kan. Inipun ada banyak benda nak tanya pada wedding planner tapi asyik terlupa sahaja.

Pasal catering untuk sediakan makanan untuk kenduri kahwin nanti.

Ini satu benda yang merisaukan juga. Kami memang minta tolong makcik untuk deal dengan catering ini tapi sekarang ini makcik saya berada di Kelantan. Dan gagal pula dihubungi. Huhu. Risau beb. Majlis buat time cuti sekolah. Confirm tak dapat kalau lambat booking. Risau-risau. Ini dok fikir nak mencari alternatif lain untuk catering. Yang cik tunang tunjuk itu hari macam best. Siap ada kek 2 tingkat lagi. PA Systempun disediakan. Tapi kena tanyalah kan.

Lain-lain itu masih ikut perancangan. So, no problemlah kan. Sebenarnya benda ini yang buat saya tiba-tiba risau dan terus nak update pasal ini.

Daisypath Anniversary tickersTak lama lagi dah tu. Fuhhh~

k, tu sahaja nak update.

bai!

 

 

Cemas: Katering punya pasal!

Salam korang..

Semangat berkobar-kobar nak update tapi kadang-kadang bila semangat itu datang tidak kena masapun tak guna juga kan? Lagi-lagi biola idea pula datang mencurah-curah masa di office. Perghh..memang tak boleh nak buat apalah kan. Kalau saya terlebih masa free barulah saya taip dulu guna email kerja dan direct send to email personal. Tapi jarang sangatlah masa free itu datang. Sebabnya lunch break saya suka tidur. Tidur sebelum zohor kan elok.

Sebenarnya hari ini merupakan hari mencabar jiwa raga saya bilamana saya baru sedar yang katering belum ditempah. Fuh, sudahlah majlis saya itu buat time cuti sekolah dan lagi 2 bulan sahaja daripada sekarang. For sure orang berebut nak gunakan khidmat katering. Makcik yang tolong handle urusan katering masa my sis kahwin dahulupun gagal dihubungi pula. Walaupun kami dah inform dia dulu tarikh untuk booking tapi hati tetap dup dap dup dap mana tahu pakcik katering itu lupa sebab bookingpun pakai mulut sahaja kan.

Di office tadi puas saya search internet waktu rehat 10 minit. Sudah tak fikirlah kena marah sebab online atau tidak sebab dok risau kalau katering tak dapat. Ini kira back up plan lah kalau catering yang kami nak itu tak dapat. Puas saya cari tapi kebanyakannya dah fully booked pada tarikh yang saya nak. Hampir menangis jugalah kan. Siap buat sajak lagi tadi gara-gara nak lepaskan tekanan. Nanti-nantilah saya kongsi sajak tak seberapa itu. Langsung tak ada seni tapi tetap degil juga nak tulis.

Saya siap bagitahu my sis lagi pasal problem ini tapi dia rilek sahaja tak jawab call dan mesej saya. Berapilah juga. Tunggu melerup sahaja. Siaplah dia bila saya balik nanti. Itu sahajalah yang ada dalam kepala saya yang runsing berpusing masa itu. Masalahnya petang kena balik lewat sebab ada jamuan syarikat. Dalam dok risau itu seronok jugalah sebab nama saya naik untuk mendapat cabutan bertuah. Walaupun dapat jug kettle tapi tetap bersyukur. Dalam 600++ pekerja itu saya antara 30 orang yang bertuah. =)

Balik sahaja terus terjah my sis. Dengan muka cool dia menjawab masalah dah settle. Rupanya ayah dah contact direct to pakcik caterer. Dan berjaya book khidmat katering untuk tarikh itu. Saya mengucap syukur yang amat sangat. So, masalah besar sudahpun selesai. Sekarang ini dok fikir pasal kad jemputan dan juga doorgift sahaja.

ok da,next time saya share sajak itu ye.
Malas dah nak edit.
haha~

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics