Followers

Showing posts with label tempat menarik. Show all posts
Showing posts with label tempat menarik. Show all posts

Wednesday, February 12, 2014

Trip to Kota Kinabalu & Kundasang : Part 1

Salam korang..

Setelah sekian lama tak cerita pasal perkembangan diri, minggu ini saya nak cerita pengalaman percutian ke Sabah. Bagus untuk panduan rakan-rakan pembaca yang plan nak bercuti ke Sabah tanpa tourist guide. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Cuma ada masanya terkejar-kejar sebab banyak tempat yang nak dikunjungi.

Day 1 : Khamis 06/02/2014

11 pagi.

Kami bertolak ke daripada Selayang ke KLIA. Alhamdulillah perjalanan pergi tak banyak masalah sebab hari bekerja. Jalan tak sesak dan kami sampai di KLIA dalam pukul 12 lebih. Sempat menjamu selera di Food Garden. Pukul 1.30 petang kami pergi solat Zohor sementara menunggu keluarga kakak ipar yang datang dari Shah Alam. Selepas solat, kami register dan print online ticket di kiosk dan seterusnya check in barang-barang luggage. Untuk 7 dewasa + 2 baby about 57 kgs. Taklah berat sangat. Ada banyak lagi space yang boleh diisi lagi. Mungkin bila balik dari Sabah nanti kot. Lepas check in barang luggage, terus check in untuk departure. Flight pukul 3.40 petang. Masa kami sampai itu 3.20 petang dah. Nasib baik sempat. Fuhh..

4.00 petang.

Masa ni dah panggilan masuk ke dalam kapal terbang dah. Kami antara yang terakhir naik. Malas nak bersesak-sesak. Dan tempat duduk kamipun antara yang paling belakang. Seat row 23. Dalam tu ada lebih kurang 30 row sahaja kot. Kapal terbang kecil. Setiap seat disediakan LCD TV Kecil. Bolehlah layan movie walaupun penerbangan hanya makan masa 2 jam sahaja. Tapi Emir Ikhwan hari tu memang aktif sangat. Tak boleh nak duduk diam. Remote TV tu memang jadi kegemaran dialah.

Dalam sejam selepas bertolak itu, makananpun disediakan. Kalau ikutkan boleh pilih nak makan nasi lauk ikan atau ayam. Tapi disebabkan kami ini duduk di row hujung-hujung maka nasi lauk ikanpun habis. Terpaksalah makan nasi lauk ayam. Tapi saya makan nasi itu dengan kuah sup sayur sahaja. Ayam tak boleh masuk tekak. Sedap juga sayurnya. Lepas itu minuman pula ada 3 pilihan sama ada jus epal, orange atau 7 Up. Mak mertua dan saya ambil jus epal manakala husband pula ambil jus orange. Sedap juga jus epal ini di tekak saya. Baby Emirpun disuap nasi lauk sayur juga. Adalah dalam 3 - 4 suap dia makan.

Lepas makan nampak semua satu family tidur. Saya pula yang tak boleh nak lelap sebab sakit kepala. Puncanya sebab hidung tersumbat. Sejuk tu dalam flight. Dah lah duduk tengah. Dengan mendukung infant lagi. Memang berharap cepat-cepatlah sampai KK.

6.30 petang.

Alhamdulillah, kami selamat tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Sampai sahaja terus ke imigresen. Selepas selesai urusan imigresen dia ada bagi satu resit. Resit itu kena simpan ye sebab ia umpama 'permit' kita sepanjang berada di Sabah. Kalau hilang, habislah!. Itu apa yang rakan kami yang tinggal di Sabah ni bagitahu. Selepas itu, kamipun ke tingkat bawah menuntut bagasi. Selepas itu, kami ke luar airport menunggu van sewa sampai. Husband cari van sewa inipun melalui Mudah sahaja. Senang kan. Urusan booking dilakukan melalui telefon sahaja. Van sewa kami sampai 15 minit kemudian sebab jalan agak sesak katanya.
Lepas dapat van, kami terus ke tempat penginapan.

Kami menginap di Marina Court Condo iaitu service apartment 3 bilik. Condo ini kakak ipar book online sahaja tapi bukan di website Marina Court yea. Kalau book melalui website Marina Court mahal. Ni kira macam owner dia dah beli unit condo from Marina Court dan sewakan sendiri pada oranglah. Nama owner condo yang kami sewa ni Uncle Ting. Memang murah sangat. RM300 semalam sahaja untuk condo 3 bilik. Lengkap dengan Astro, internet, dapur dan juga washing machine. Kami akan menginap di sini selama 3 malam.

8.00 petang.

Kami keluar selepas solat jamak maghrib dan isyak untuk mencari makan. Rakan kami yang tinggal di KK mencadangkan makan di Anjung Selera. Memang dekat sangatlah Anjung Selera itu dengan tempat penginapan kami. Kalau drive 2 minit sahaja sudah sampai. Malam itu kami makan di kedai bernama Laksamana. Saya makan Mee bandung + jus epal. Kombinasi yang tak kena dengan tekak saya malam itu tapi layankan sahajalah. Emir pula yang suka makan mee bandung ini. Mereka yang lain semua menikmati nasi goreng dan nasi berlauk. Bila kira-kira balik makn di situ satu kepala lebih kurang RM15 tak termasuk babies. Lepas menjamu selera, kami singgah membeli roti dan air mineral di 7 Eleven. Roti Gardenia dia tak sesedap yang di semenanjung. Kami hampir tertipu bila melihat packagingnya. Lepas itu kami terus pulang berehat.

Hari ke 2 destinasi kami ialah Pasar Basah KK, Rumah Terbalik, Jambatan Tamparuli dan Tanjung Aru. Malamnya kami makan di Restoran Kampung Nelayan. Terlalu panjang ini diceritakan dalam entry ini. Jadi saya akan sambung cerita dalam part 2 pula. Ok bai!


Monday, April 11, 2011

Apa ada di Genting!

Salam korang!

Sabtu ahad saya memang full. Weekend yang agak pack sebab daripada pagi sabtu sampai ke malam ahad sekejap sahaja lekat di rumah. Lebih banyak keluar. Sabtu pergi naik Genting. Walaupun tak ikut plan asal berjimba-jimba ramai-ramai sebab bas full booked sampai pukul 11.30 pagi, tapi puas hati sebab matlamat untuk cuba outdoor game yang best-best berjaya tanpa perlu beratur panjang. Ye la sampai sana pukul 9.30 pagi. Heaven sebab tak ramai orang lagi.

Mula-mula naik buaian yang berpusing. Fuhh, memang tak payah beratur. Sampai-sampai terus dapat naik buaian tu. Kalau ikutkan boleh biol masa tengah berpusing itu tapi setelah saya belajar seimbangkan mata dengan fokus mata pada buaian di depan maka peningpun hilang. Petuanya ialah fokus ye kawan-kawan. haha!

Then, saya pergi naik SOLERO. Confirm lepas ini memang saya tak akan naik lagi benda alah itu. Fuhhh,paling seram masa dia menjunam daripada paras tertinggi. Rasa macam jatuh daripada bangunanpun ada. Rasa terawang-awang beb. Kalau korang rasa macam nak terjun bangunan ke hape kan better korang test dulu SOLERO sedas dua. Kalau korang lepas dengan jayanya barulah korang boleh cuba terjun bangunan pula. Tapi pastikan terjun dengan alat-alat keselamatanlah. Jangan terjun sehelai sepinggang pula. Tu tempah maut namanya.

Game ketiga saya rasa ialah Go Kart. Walaupun keretanya agak buruk dengan prestasi enjin yang tak seberapa saya tetap enjoy layan Go Kart. Saya rasa kalau perlumbaan dikira masa itu saya First Place kot. Haha. Habis incik tunang ketinggalan sampai 2 pusingan sebab kereta dia ada masalah. Tayar botak katanya. Sabar sahajalah.

Game keempat yang saya layan tentulah Roller Coaster. Tapi saya memang naik 1 sahaja Roller Coaster. Sebab takut akan jadi pening dan termuntah (ada experience masa di JB dulu). Masa naikpun perut kosong. So, walaupun ada rasa pening tapi tak sampai tahap nak muntah. Alhamdulillah~

Lepas itu terus pekena Aiskrim. Yeay, sudah lepas sesi memeningkan kepala dan perutpun sudah berbunyi minta di isikan. So, isilah dengan Aiskrim Cornetto yang harga setiap satu RM4. Rabak poket kalau hari-hari makan di situ kan.

Kami jalan-jalan tinjau pula permainan lain yang tak memeningkan kepala. Tengok ada game kayuh-kayuh bot dalam tasik. Kagum tu Genting Highland (tanah tinggi) ada tasik. Bot yang diorang bagi memang kena kayuh. Seronok pula berkayuh berdua. Walaupun kadang-kadang geram bila orang sebelah kayuh laju sangat atau slow sangat tapi still enjoylah kan.

Dan itulah game terakhir di Genting Highland yang kami layan. Masuk rumah hantu ingatkan seram sangat. Rupanya ermm..korang cubalah sendiri ye bila korang pergi Genting. Ada beberapa game lain tapi kami skip sebab 'macam extreme' sangat lagi-lagi roller coaster (ada 2,3 roller coaster dalam Genting rupanya), yang mesti kena percikan air, dan game-game lain yang selalunya ada di funfair.

Pukul 1.00 kami sudah gerak balik naik kereta kebal kabel. Seronok tapi saya yang ada masalah pening dengan benda yanf berayun ini dah puas hati dapat pergi sekali. Orang kata tak adalah excited macam dulu sebab dah pernah rasa hampir semua games dalam Genting itu kan.

ok da, itu sahaja kot kali ini. Kalau ikutkan cerita untuk hari sabtu full sampai malam dan bersambung pula ke Ahad. Tapi cerita setengah hari sabtupun dah panjangkan. Dah lah tak ada gambar untuk di share. Memang tak sempat nak bergambarpun. =(

Tiket naik Kereta Kabel : RM5/adult
Tiket Outdoor : RM46/adult

Sorrylah untuk children memang tak tertengok pula. Better check di website Genting.

Sunday, November 21, 2010

Maternity Photoshoot my sis : Best!

Salam semua..
Mood nak update entry malam ini memang ke laut tapi nak cerita juga. Pagi tadi saya ikut my sis pergi photoshoot sempena mengandung. Sekarang ini orang berphotoshoot sudah tak kira sebab apa dah. Bukan sebab bertunang, berkahwinan atau sambutan ulang tahun sahaja. Masa mengandungpun nak juga bergambar.

Pakej photoshoot inipun officemate saya yang buat. Dia photographer sambilan. Dia ada emailkan pakej ini akhir bulan 10. RM1XX untuk 1 jam photoshoot. Unlimited shoots akan di burn dalam DVD including 20 keping( kot? sebab lupa) gambar edited.

Oleh kerana kena start photoshoot pukul 8 pagi maka hari sabtu yang indah ini gigihlah bangun awal pagi dan terus pergi fetch dia dan husband. Awal-awal lagi sudah sound suruh pakai kaler pepel sebagai tema. Pukul 7.40 gerak daripada rumah dia ke destinasi photoshoot di Taman Cyberjaya. Berdesup abang ipar drive dan kami sampai sana 5 minit sebelum pukul 8.00.Fuhh..lega tapi ada insiden yang menyebabkan kami terpaksa rush dan photoshoot start lewat 10 minit daripada plan asal. Nantilah saya cerita apa insidennya.huhu~

Woops, saya sharekan sikitlah gambar-gambar yang saya shoot. Nak tunggu official photographer punya gambar memang makan hari lah kan. So, saya share dulu sikit daripada lensa buruk saya itu.

beromantik dicelah-celah pokok!

itu dia photographer tunjuk ajar cara nak bergaya!
Oklah, itu sahaja nak update kali ini. Nanti kalau gambar official dah siap saya tunjuk di sini. Siap dengan link macam mana nak contact photographer tu. Manalah tahu ada yang berminat. Memang murah dan berbaloi-baloi. Ramai dah officemates saya hire dia untuk family and babies photoshoot. Maternity photoshoot ni first time dia buat! Kira my sis jadi first customer dialah for maternity.

Yang penting my sis pun puas hati tadi. Sekarang nak tunggu hasil sahajalah. =)

p/s : cantik tahu Taman Cyberjaya ini. Bunga Teratai di tasikpun bersepah-sepah banyaknya!

Sunday, October 17, 2010

Jalan-jalan weekend : Roselle dan Arnab masak rendang!

Dengan semangat wajanya saya gigih taip balik entry saya. huhu~

Hujung minggu sekarang ini memang full dengan aktivit-aktiviti. Minggu inipun sabtu dan ahad saya dah ada program. Kejap lagi dah nak pergi kenduri kawen kawan lama. Kawan semermainan saya masa kecil dahulu, Hafiz akan bersanding hari ini.

Dahulu saya, kakak saya, Hafiz dan adik Hafiz, Nor pernah jadi sangat kamceng. Hampir setiap hari kami berkomplot. Setakat panjat pokok gajus, menjadi petani berjaya dengan menanam kacang hijau untuk jadikan taugeh, dan juga main game tikam-tikam di kedai Cina Ah Long memang dah jadi 'makanan' kami. Kami cuma mula kurang contact bila masuk sekolah menengah. Buka tak contact langsung tapi jarang-jarang.

Semalam saya dengan tunang telah berkunjung ke Ladang Arnab sahabat dia. Ladang arnab ini hampir dengan Selayang (ke dalam kawasan Selayang ye?). Sebelum jumpa Ladang Arnab, akan jumpa kawasan rekreasi air terjun. Masa saya lalu situ semalam ramai jugalah pengunjung yang mandi manda di situ. Tak sangka pula di situ ada air terjun. hehe~

Apa yang ada di Ladang Arnab aka Rabbit Valley?

Bukan tak pernah bermain dengan arnab. Pernah sekali di Bukit Tinggi tapi arnab di sana tak jinak. Asal nak pegang sahaja dia lari. Arnab-arnab di Ladang Arnab di tempat kawan tunang ini khabarnya jinak. Itu yang rasa semangat nak pergi. Lagipun tempat ini dibuka untuk pengunjung pada hujung minggu sahaja. Hari weekdays pun boleh datang tapi dapat tengok sahajalah dalam sangkar. Selain daripada perkhidmatan bergurau senda dengan arnab, korang juga boleh mendapatkan bekalan daging arnab segar dari ladang. Kalau rasa macam malas nak masak-masak boleh juga mencuba Daging Arnab masak rendang. Tuan ladang dah siapkan dalam bentuk frozen jadi cuma perlu panaskan sahaja dan siap untuk di makan.

Mana pula datangnya roselle?

Kebetulan mak kepada pemilik ladang tiap-tiap hujung minggu datang support anak dia berbisnes. Sambil-sambil itu dia ada juga berkebun secara kecil-kecilan. Salah satu hasil yang menjadi ialah buah roselle. Alaa..yang orang buat air tu. Kalau nak beli yang dah siap memang mahal jadi makcik itu mengambil inisiatif untuk menanam sendiri. Kebetulan pula masa saya datang itu makcik itu tengah nak petik buah roselle itu. Memang lebat hasilnya. Jadi dia hulurkan kepadasaya sedikit. Katanya boleh lah buat air di rumah. Alhamdulillah rezeki jangan di tolak. Betul tak?

Segan juga sebab dia bagi free sahaja tapi lega bila makcik itu cakap;
"rezeki jangan kedekut-kedekut. Kita bagi orang, Allah SWT bagi kita lagi dan lagi. Bertambah-tambah rezeki." Baik betul hati makcik itu. Selain daripada itu dia siap bagi saya terung 2 biji dan peria katak 5-6 biji. Macam sebenior la pula.

p/s : Dah dekat maghrib baru saya balik. Sampai rumah hari sudah malam.
p/s/s : Lain kali saya kalau saya pergi saya akan snap gambar.

Thursday, October 7, 2010

Shopping : Apa yang bestnya IKEA?

Sebab Buffered Earning IKEA tengah run di blog saya ini maka sayapun nak cerita pengalaman di IKEA. Sebenarnya saya ini memang suka ke IKEA. Hampir setiap bulan paling tidakpun sekali mesti pergi punya. IKEA ini tempat sesuai untuk 'berangan'.

Yang mengajar saya mengenal IKEA ialah encik tunang. Dia orang pertama yang bawa saya ke sana dan dia jugalah yang mengajar saya 'berangan' di sana.

Jumpa sofa kami cuba.
Semua set sofa kalau boleh nak dicuba. Baru puas hati kan.

Empuk betul sofa merah IKEA ni.

Jumpa kerusi kami duduk sambil mengayun ke depan ke belakang macam nak dodoi baby tidur.
Kadang-kadang berminit-minit sampai orang lain dok berdehem-dehem.
(Woitt.udah-udah le tu kami pun nak test juga)


Ku cari kerusi yang boleh berayun tu tapi tak jumpa.

Jumpa alas bulu kambing kami cuba usap-usap macam usap bulu tucing.
Jumpa set bilik kami masuk lepak.
Jumpa set pejabat pun sama juga buat-buat macam opis sendiri.
Jumpa set dapur masuk lepak sambil fikir nak masak apa malam ini.
Berangan sahajalah.

Barang-barangnya memang unik dan cantik-cantik. Harga? Mahal sikitlah berbanding biasa. Tapi berbaloilah dengan kualitinya.

Yang bestnya di IKEA kita boleh mencuba secara bebas. Tak ada jurujual yang datang menyibuk. Memang feel berangan itu lebih sikitlah berbanding di kedai perabot lain.

Sesiapa yang nak berangan macam kami bolehlah ke IKEA di Damansara. Alaa..yang dekat Ikano, Cineleisure dan Tesco.

p/s : bilalah nak jadikan 'berangan' tu 'kenyataan' ye?

Wednesday, October 6, 2010

I City : Impian 3 hati tak kesampaian

Sabtu baru-baru ini tunang, officemate tunang iaitu Kaklong dah ada plan baik punya untuk menerjah I City yang dengar cerita sudah makin meriah. Siap ada bayaran dikenakan untuk masuk. Dengar cerita RM10 per entry. Ingatkan seorang RM10 rupanya satu kereta RM10 sahaja. Memang bernasib baik sebab kami mengamalkan sharing is caring malam itu dengan bawa satu kereta sahaja ke sana.

Rancangan mereka berdua nak berphotoshoot taman lampu yang indah. Maka dalam pukul 8.00 malam semua berkumpul di Selayang. Berkonvoi 3 kereta (masing-masing drive kereta sendiri) Lepas itu gerak ke rumah saya untuk tumpang parking kereta dan pergi I City ramai-ramai dalam satu kereta sahaja. Bukan apa takut tak ada tempat parking kalau bawa kereta banyak-banyak.

Dalam perjalanan ke Puchong itu tiba-tiba hujan kemain lebat mencurah ke bumi. Haisyooo..ini jenis hujan yang bikin semua kereta drive slow-slow. Malah ada yang on kan emergency signal gara-gara tak nampak jalan. Ingatkan plan cancel rupanya dorang dah pakat nak pergi juga I City dengan harapan hujan akan berhenti awal.

Malang memang tak berbau. Kami lepak sana sampai Kul 12 lebih pun hujan tak mahu berhenti. Yang pelik lagi hairannya hujan-hujan pun I City tetap banjir dengan manusia. Tempat parking tetap penuh. Yang takbulehbelah siap ada satu family ini dok berkelah depan rumah kedai yang kosong. Yang bestnya dalam kereta hanya ada 1 payung yang saiznya kalau dua orang akan kena tempias hujan juga. Cett~

Nasib baik hujan renyai-renyai. Tapi tak berapa bernasib baik jugalah untuk pemilik DSLR yang duk kepingin berphotoshoot. Karang ada pula yang meraung kalau kamera problem disebabkan terkena hujan. Sudahnya masing-masing duduk diam-diam di bawah bumbung depan deretan kedai yang menghadap panorama indah lampu-lampu I City.

Sempat saya minta tunang shoot saya berpayung menghadap taman-taman lampu yang jauh nun di depan. tak terjangkau dek lensa DSLR dia itu. Saya cakap pada dia, ini bukti kita jejak I City dengan kekecewaan sebab impian tak kesampaian. Saya kecewa? of course la kan. Sebab tak dapat jadi model depa.
Adeh, budget hot la kan nak jadi model..--> sila muntah beramai-ramai.

Jadilah, ada juga gambar di I City..

p/s : bila lagi lah nak ke I City agaknya.

Thursday, September 30, 2010

Jalan-jalan Pantai Timur : Back to KL

Salam Pantai Barat semuanya ye (sebab dah balik Pantai Baratpun)
Ini edisi terakhir catatan perjalanan kami ke Pantai Timur untuk versi Raya.
Hari Isninpun tiba (hari terakhir kami menghirup udara Cherating).
Masa ini memang haru sikitlah sebab bangun-bangun pagi sahaja semua orang mengadu sakit perut dan terkena cirit birit. Masing-masing berebut toilet. Sampai my sis kena pergi klinik sebab dia tak boleh makan ubat sebarangan takut membahayakan kandungan. Sambil-sambil itu kami berkemas sebab dah nak check out kan. Dalam pukul 2 kamipun bertolak balik.

err...ni lah rumah kami. Memang terperuk ke dalam dan paling sejuk sebab tepi hutan dan tepi tangki air.


Ini pula rumah my sis dengan suami. Rumah ini jadi tempat lepak dan tempat makan. Semua makanan sumbat dalam rumah ini. Semua barang-barang disumbat dalam kedua-dua kereta sebab dah nak balik.

Perjalanan balik memang agak meyeksakan lagi-lagi kepada emak saya sebab sakit perut dia masih belum reda. Baru sahaja masuk highway Jabor sudah mencari toilet. Dua kali jugalah dia keluar masuk toilet sebelum kami bertolak semula. Kemudian kami berhenti di Temerloh. Masa ini mak tak ada pula mengadu sakit perut. Mungkin sebab perut sudah kosong dan tak ada apa yang nak dibuang sudah.
Ayah snap gambar kami turun daripada kereta. Dimulakan dengan abang ipar.

Kemudian saya dengan mak pula jadi mangsa tangkapan.

Diikuti pula oleh abang sayadan terakhir adik bawah saya. Kakak saya mungkin ayah tak sempat nak snap kot.
Kami terus sahaja mengorder apa yang patut untuk dimamam.
My sis, saya dan mak duduk lepak minum. Air Redbull tu abang dan abang ipar punya. Sebagai driver mereka berdua kena ada tenaga lebih sikit kan. Di sini sempat lagi beli burger. Kali ini burger dia sedap! Tak macam burger sebelum ini di RNR Gambang.

Lepas makan dan minum, kami semua lepak di tepi toilet lagi. Rasanya adik bongsu pula yang 'lepak' dalam toilet lama-lama.
Sempat lagi ayah saya snap gambar kami secara haram candid.

Haa..barulah cun ambil gamabr macam gini tapi kenapa mak saya kenyit mata. Ooo..nak mengurat ayah ye..ahaha!

Inilah perhentian terakhir dan gambar terakhir kami sebelum sampai KL. Kali ini memang amat bermakna sebab hampir semua adik beradik ikut pulang ke kampung. Sebelum ini memang ada sahaja yang kena tinggal menjaga rumah.

So, next family trip ayah kata nak ke Bukit Fraser. Memang orang kata di sana tak ada apapun yang menarik tapi bagi kami menarik tak menarik itu kami sendiri yang kena 'create'. Kalau tempat menarik tapi kami tak enjoy betul-betulpun tetap takkan menarik juga kan.

Friday, September 24, 2010

Jalan-jalan Pantai Timur : Majlis kahwin cara kampung!

Pagi itu kami semua bangun semata-mata subuh sebelum tumbang kembali.
Tak tahulah sama ada sebab tilam empuk sangat atau mata dan badan yang terlampau penat tetapi memang tidur yang nikmat kata orang. haha!

Bila jam sudah pukul 9.00 pagi baru bangun. Woot..apa barang pergi bercuti bangun lambat?. Kami bersarapan sandwich sebelum bersiap untuk pergi rumah atuk. Ini merupakan agenda utama kami ke Pantai Timur kali ini. Lagi-lagi hari tersebut ialah hari bahagia untuk anak bongsu atuk. Kamipun gerak dengan bawa hadiah besar gitu. Kotak sahaja besar tapi hadiahnya biasa-biasa sahaja.

Gerak dalam pukul 11.00 pagi, kami ikut jalan dalam yang lalu Bukit Besi. Tapi agak seksa disebabkan beberapa kereta yang bawa kereta macam nak makan angin. Sudahlah jalan satu 'lane' sahaja dan lorong bertentangan pula kereta macam tak putus-putus. (maklumlah hari itu juga orang dah mula balik ke ke bandar untuk bekerja esokannya). Sudahnya jalan jadi sesak. Oleh kereta perempuan mengandung nak berhenti buang air, kamipun berhentilah di Bukit Besi. Punyalah ramai nak masuk toilet sampai 2 makhluk ini jadi macam gini. Punyalah letih menunggu kakak pergi toilet.hoh~

Sampai sahaja kami terus sahaja serbu masuk rumah atuk yang dah sesak dengan orang ramai.
Ini ruang dapur. Otai-otai sedang menyediakan acar sayur dan juga bahan-bahan untuk masak lauk gulai kulit rambai dan gulai daging fresh. Bayangkanlah 3 ekor lembu tumbang untuk buat majlis kahwin makcik bongsu saya ini.

Ini pula ruang tengah rumah. Punyalah ramai orang bersesak dalam ini.Memang sekejap sahaja kami di sini.
Ini wakil family daripada Kelantan pula. Mereka inipun pergi balik hari sahaja sama macam kami.

Jumpa pengantin pula. Masa ini sesi salam-salam. Bila salam akan dapat satu goodies. Sayapun salam juga. Dapatlah goodies. hehe! Makcikku muda weyh..baru berumur 23 tahun dan suaminya pula berumur 24 tahun. Dua-dua macam pangkat-pangkat adik saya tapi merupakan makcik dan pakcik saya.
Ini pula ialah bangsal tempat untuk jejaka-jejaka bekerja. Ada khemah buat air, ada khemah untuk basuh pinggan mangkuk, ada jugalah khemah untuk masak-masak.
Close up sikit tempat cuci pinggan mangkuk. Kemain rajin lagi mereka mencuci. Inilah semangat yang kita mahu. Bergotong royong. Di bandar memang susah nak jumpa semangat macam ini sudah.
Ini depan rumah atuk. Siap ada pintu gerbang lagi. Temanya oren tapi kenapa pintu gerbang ini warna putih ye?
Ruang ini pula tempat melapah lembu yang disembelih. Ini merupakan saki baki lembu yang terakhir. Sampai ke petang tak habis lagi sesi memotong daging ini ye.

Ini ruang makan. Kalau ikutkan ini khemah untuk kaum lelaki makan.

Dan ini pula khemah untuk kaum wanita makan.
Eh, tempat makan kaum wanita dah ada kaum lelaki. Haihh..almaklumlah makanan di khemah lelaki cepat habis. Lelaki kan kuat makan. erk..Laaaariikkkk!!!
Pengantin turun daripada rumah untuk menghantar keluarga belah lelaki balik. Tinggallah pengantin lelaki di situ sebelum majlis bertandang 2 hari selepas itu.

Lepas pengantin pergi, kami memang mati kutu sekejap. Makan sudah. Minumpun sudah. Sedang kami merayap-rayap kononnya nak tengok anak sedara baru lahir, tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Kami terus lari ke rumah atuk dan lepak di atas rumah betul-betul di tepi tangga.
Tengoklah hasil selepas hujan. Habis air bertakung di mana-mana. Semua orang dah mula sentengkan kain kurung (perempuan) dan kain pelikat (lelaki). Khemah yang tadi penuh terus jadi kosong. Nasib baik sekejap sahaja hujannya.
Tak lama selepas hujan berhenti, pengantinpun kembali ke majlis. Mungkin semasa hujan tadi mereka berteduh di masjid. Mereka terus makan beradap. Lambat mereka makan. Kasihan!
Kami pula di mana semasa pengantin makan beradap? Kami makan buah-buahan di tepi tangga rumah atuk. Nak duduk dalam rumah, panas!. Rumah kampung waktu siang agak berbahang.
Atukpun join kami maka. Siap tolong kami kopekkan kulit salak kampung yang berduri halus itu.

Keadaan yang dah mula lengang. Selipar pun dah berkurang sebab ramai yang sudah beransur pulang.
Sedang enak makan-makan buah, tiba-tiba kami dipanggil. Katanya ada sesi bergambar. Sayapun terus serbu lah kan. Mula-mula mestilah atuk dan nenek dulu bergambar dengan pengantin.
Aik, pengantin lama pula yang bersanding? haha. Bukan main lagi mereka ini kan. Nenek selepas bergambar 2,3 keping terus lari. Atuk pula tak turun-turun. Macam seronok pula dia duduk di pelamin. ekekeke.
Kamipun ikut menyibuk sekali dalam gambar. Baru meriah!
Bila lewat petang, saya terus sahaja pergi solat jamak di masjid. Takut tak sempat sebab asarpun dah masuk. Kami bergerak pulang betul-betul selepas solat. Oleh kerana takut jalan sesak, kami ambil keputusan balik ke Cherating ikut jalan pantai. Maknanya kami akan jumpa Dungun dan Paka lah. Seronok sebab sudah lama tak melalui Paka yang ada Pusat pemprosesan Pertronas. Meriah dengan lampu dan api yang membakar macam obor.

p/s : Jalan itu memang tak sesak tapi banyak traffic light sebab lalu bandar kan.

Tuesday, September 21, 2010

Journey to Pantai Timur: Cherating fullbooked? I Jalan makin sesak lepas raya?

Salam pantai timur lagi dari awek Selangor.
Hari ini selasa yang indah lagi permai. Saya pergi kerja macam biasa. Satu benda yang saya notice sejak naik cuti raya ini, lately jalan makin sesak pula. Sebelum ini jalan tak sesesak ini. Adakah raya menjadi titik dimana pertambahan mendadak kereta dijalan raya berlaku. Semua orang nak pergi balik kampung beraya pakai kereta baru kot. Tu assumption awalku sebab ramai orang yang beli kereta baru sebab nak pakai raya. Apakah?

Macam biasa Toksu masih berada di rumah kami. Dia tidur sebilik dengan saya. Nasib baik Toksu jenis yang tidak kisah dan tak cerewet. Tapi kasihan juga dia sebab bilik saya itu siang dan malam sama sahaja suasananya. Gelap bila tutup lampu. First day dia tidur terbangun lewat subuh. Minta maaf ye Toksu ku sayang.

Berbalik kepada cerita saya ke Pantai Timur. Last part saya kata nak pergi singgah CHerating kan? Hmm..memang berhajat besarlah nak bermalam di Cherating sebab rumah atuk dan nenek memang sangatlah penuh dengna manusia masa-masa kenduri besar macam ini. Sure tak ada ruang untuk keluarga kami bernafas nanti. Kami memang bercadang untuk pergi ke majlis kenduri itu siang sahaja (pergi balik hari sahaja).

Sampai sahaja di Cherating specifically ke chalet yang biasa kami kunjungi, Duyung.
Kami dapati suasana agak lengang. Harapan kami nampak cerah dan yakin ada chalet utnuk kami bermalam nanti. Kami parking betul-betul dekat dengan kaunter.

Bila ke kaunter, memanglah ada chalet tapi bilik besar yang agak jauh sedikit daripada beach dan mahal sikitlah (bilik besar kan). Kami duduk semasa urusan mendapatkan chalet. Kakak saya tengah nak tanya-tanya pasal bilik kosong dan harga sewa bilik di situ.

Tapi yang tak bestnya, kami hanya boleh masuk pukul 5.30 petang nanti. Bilik ada tapi belum dikemas katanya.huhu! Masa itu jam baru pukul 3.00 petang. Jadi, kami bayar deposit untuk 2 bilik dan terus masuk kereta dan gerak pula ke pekan jalan-jalan cari pasal.

Kami semua tak nak duduk menunggu di situ. Lagipun semua orangpun sudah lapar rasanya.
Nak makan. Nak makan. haha!

Memang betul-betul cari pasal sebab hari itu raya ke 2 kan. Manalah meriah pekan Kemaman dan Chukai yang kami terjah itu. Lengang sahaja sampaiah kami jumpa satu kedai mamak di pekan Kemaman. Tapi yang tak bestnya tak ada roti canai. Katanya tepung habis! Cesss..

Disebabkan lapar, kami memang langsung tak bergambar di kedai itu. Mak, ayah dan adik saya makan nasi berlauk. Manakala yang lainnya order maggi goreng mamak yang bagi saya tak berapa sedap. Err..mungkin sebab saya masih belum pulih sepenuhnya daripada sakit.

p/s : Hanya Watson dan beberapa kedai makan cina sahaja yang buka selain daripada kedai mamak yang kami singgah lepak itu.

Friday, August 27, 2010

KGPA : Makanan sampai penuh meja berbuka di sana..

KGPA memang best tempat berbukanya.
Sebelum ini saya tak tunjuk bukti.
Hari ni saya nak cerita sikit pengalaman berbuka puasa di KGPA ini.

Tempat ini dicadangkan leh rakan sekerja.
Mungkin dia pernah makan di sana kan.
Kalau ikut planning seramai 20 orang dah setuju nak join makan.
So, bila booking dapat la 2 meja.

Kami gerak lepas lepak2 + solat Asar di office.
Al maklumlah..
Bulan puasa waktu office habis pukul 4.45
Kalau nak balik dahulu memang tak berbaloi untuk saya dan beberapa teman yang lain.
Dalam pukul 6.00 kamipun gerak la.
Redah kesesakan jalan.
Sampai kira-kira pukul 6.30 ..
Awal sangat ini. Lagi satu jam mahu tunggu.
Planning nak jalan-jalan cari pasal sekitar KGPA itu terbatal sudah sebab hujan turun dengan lebatnya.
hoho~

Sampai-sampai sahaja haruslah keluarkan gadget penting untuk snap2 gambar kenangan.
Meja yang merupakan ala2 'batu tanda' perasmian Club ini.
Tak nampaklah dengan jelaslah pula.huhu~

Masuk dalam sahaja terus buat-buat terkejut.
Waahhh...banyaknya makanan.
Ini di belah kiri saya.
Ini pula di belah kanan saya.
Itu belum termasuk lagi di belakang dinding putih itu.
Ada banyak lagi gerai-gerai yang kita boleh serbu secara berjemaah.
Sebelum apa-apa, baik cari pintu masuk.
Haa..jumpapun.
Jom masuk.
Kami punya meja.
SATO tu nama company saya ye.
Tak ada kena mengena dengan SATU atau SOTO.

Sebelum berjalan-jalan cari pasal makanan, baik bergambar dulu.
Yeay, muka excited sebab nampak macam-macam makanan di sekeliling.
Memang keliling meja kami itu penuh dengan makanan berkonsep gerai.
Ada loklok, satay, kebab, roti john, char kuey teow, ikan bakar, ayam panggang, kambing bakar, daging bakar, lala bakar, tempura, dan lain-lain (lupa daa..)
Itu baru keliling saya sahaja, belum lagi di belah depan (gambar 2nd ad 3rd) tadi.
Di situ ada nasi dengan lauk pauk siap gulai kawah yang betul2 dihidang dalam kuali besar, aneka salad, aneka air, aneka kuih, yong tau foo, anea mee/meehon goreng atau bersup, aneka buah, aneka aiskrim, ikan dan ayam goreng, teh tarik, ABC pun ada rasanya dan otak-otak.
Hasil yang berjaya kami (5 orang sahaja) ambil. Penuh meja.
Ini belum habis ambil lagi.
Ada la dalam 2,3 round lagi kami ambil sebelum masuk waktu berbuka.
Ini pula hasil yang dikutip oleh lagi 2 orang rakan semeja.
hehe~
Hanya boss kami yang tak ambil makanan.
Dia cuma ambil air sirap sahaja.
Dia kata nak tunggu lepas masuk waktu berbuka baru ambil makanan.
Mesti dia terkejut tengok betapa banyaknya makanan yang kami ambil.
Macam tak makan setahun sahaja gayanya kan.
haha~
Feveretku mesti kena ambil.
Teh tarik satu!
Memang kaw punya!
Ini pula pencuci mulut.
Tak ingat namanya tapi basically ia adalah lempeng.
Tapi rasanya ala-ala pancake gitu.
Sedap gak!
Malas nak upload banyak-banyak.
Sebab tak mahulah buat korang semua terliur berlebihan kan.
Kalau agak-agak macam nak tahu lebih lanjut, better la korang semua pergi rasa sendiri.
Kambing bakar dia memang mabeles..
Tak menyesal kalau pergi.
Biar sekali daripada tak pergi langsung kan.
Nak pergi selalu bocorlah poket kan.
haha~

Monday, August 16, 2010

Buka Puasa with Nuffnang Session 2010 : Makan-makan bermula

Lepas semua orang dah sampai, kami memang tak ada buat proper sesi taaruf..
Siapa nak kenal semua orang kenalah bangun dan pergi ke setiap orang untuk beramah mesra.
Dan saya nampak Redmummy memang terbaik sebab dia bangun dan pergi ke setiap orang sambil berkenalan dan ambil gambar.
Kagum sangat sebab dia glamour tapi sangat peramah dan down to earth.
Mungkin inilah petua dia jadi bloggers terkenal.
Friendly dengan semua orang.

Tak lama selepas itu Robb minta kami semua turun untuk ambil makanan sebab 10 minit lagi azan akan berkumandang menandakan buka puasa.
So, kamipun turun.
Punyalah rambang mata sebab terlalu banyak makanan yang disediakan.
Mula-mula saya dengan Jard ke bahagian pencuci mulut.
Ambil sedikit kuih muih seterusnya pergi ambil makanan berat.
Ada 2 pilihan nasi iaitu nasi putih dan nasi hujan panas.
Dah tentu-tentu saay ambil nasi putih kan.
hehe~

Nampak pula spageti, terus ambil sesenduk masuk pinggang.
Lauk-lauk pula saya pilih daging masak lemak (rasanya la)..
Ayam warna kuah dia putih (tak tahulah apa jenis)..
Ikan bawal, Sayur Pak Choy, Kerabu Mangga dan Itik Goreng.
Wah2..
Memang penuh pinggan sampai dah tak nampak nasi.
Tak percaya? Tengoklah sendiri pinggan saya.

Inilah muka-muka ceria masa nak tunggu saat-saat berbuka.
Nyum2..
Jard tersenyum sahaja. Maklumlah tak lama lagi dah boleh makan kan.
hehe~
Pelik sebab Norfa dan Jestina tak ambil lagi makanan.
Tidak laparkah?
Kelihatan Anakperak menatang pinggan denan gaya yang sopan.
haha~
Robb sudah minum? ahaha..
Jai dah tak sabar nampaknya. Merenung tajam ke pinggan macam nak tembus sahaja rasanya.
=)
Masa berbuka puasapun tiba.
Dan Izad telah diberi kepercayaan untuk baca doa berbuka.
Tapi dibantainya baca doa makan sahaja.
hehe~
Last-last kami baca doa berbuka sendiri-sendiri sahaja.
huu~

Rina pun tak makan juga.
Diet kah?

Jard dah mula makan kurma.
Sunnah tu sunnah. Elok didahulukan makan kurma semasa berbuka kan.

Masa mula makan semua kusyuk termasuklah saya.
So, tak ada siapa nak ambil gambar.

Cuma bila tengah makan tu saya terlintas nak ambil gambar kenangan button nuffnang, tisu dengan lambang The Apartment dan pinggan nasi saya.

Saya memang tinggalkan pinggan yang masih berisi untuk pergi solat di Masjid KLCC.
Saya siap pesan supaya tak angkut pinggan itu.
Sebabnya saya tak sempat nak rasa daging itik itu lgi gara-gara perut penuh.

Tapi, balik sahaja daripada solat, pinggan dah hilang.
Sob2..tak daptlah saya merasa daging itik.
Teringin juga sebenarnya tapi "apakan daya tangan tak sampai".

Sesi makan memang dah tamat tapi event belum tamat ye.
Masih ada lagi benda menarik yang saya nak share.
mungkin di next episode ok.
hehe~


p/s : selamat berbuka =)

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics