Followers

Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Tuesday, October 5, 2010

Lagu Sedap : Yang Sempurnakanku -Sixth Sense!

Hari-hari balik kerja memang ku menunggu dengan penuh berharap lagu ini keluar.
Mungkin sebab lagu ini rancak dan sesuai sangat untuk release tensi bila jalan sesak.
ahaha~

Layan lagu ini sambil imagine suami/tunang/BF/ Orang yang korang minat nyanyikan untuk korang. Apa salahnya berangan sekejap kan. (sebab lagu ini lelaki yang nyanyi maka saya assume lagu ini daripada lelaki untuk perempuan ok)
Lagu ni layan weyh..Bila tengok vclip rasa lawak pun ada. kah!



Layan lirik juga walaupun ulang-ulang sahaja.
hahaha!

Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harungi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakanku

Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga

Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu

ooo..oo..ooooo..ooo..oo..oo...

P:
Bila kau jauh
Aku selalu rindu
L:
Bila kau ada
Hatikan berbunga

Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu

Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu
ooo..oo..ooooo..ooo..oo..oo...

p/s : lama sudah tak download lagu-lagu baru yang hit di radio. Di handset semua algu-lagu lama dan dah outdated!

Sunday, July 25, 2010

Ayahku bikin funny : versi jemput adik di stesyen bas!

Adik dah hampir sebulan menimba ilmu di IKM Sik.
Alhamdulillah dia kuat dan tak patah semangat untuk berdikari.
Cuma dia akan balik ke rumah setiap 2 minggu.

Pertengahan bulan lepas dia pulang ke rumah.
Katanya atas urusan medical check up dan juga urusan motor kesayangan dialah.
Sebenarnya saya tahu dia homesick.
Tak apalah.
Lama-lama nanti barulah hilang penyakit homesick itu kot.
Mulanya saya nak jugalah pergi sama-sama menjemputnya di Jalan Duta.
Makpun beriya mengajak saya untuk join sama.

Cerita lucu ayah saya bermula masa inilah.
Mak dan saya dah bersiap dalam pukul 10.30 sebab mak kata nak pergi minum-minum dulu sebelum terus pergi ambil adik.
Sepatutnya abang nak ikut sekali tapi disebabkan ayah nak cepat dan masa nak gerak tu abang baru sahaja mandi, maka kami dah sound awal-awal pada abang bahawa kami dah nak gerak dan dia tak perlu ikut.

"Bangpis takyah ikutlah, tak sempat dah ni"

So, kamipun gerak pergi minum.
Alaa..kedainyapun tak berapa jauh dari rumah.
5 minit drive sahaja.

So, sayapun order air teh tarik sama roti kosong.
Mak pula order teh tarik sama roti telur.
Ayah macam biasa cuma teguk air teh tarik sahaja.
Lepak-lepak sampai dekat pukul 11.20 macam itu.

"Jap lagi afzan nak tidur dalam keretalah sementara on the way"

Ayah dengan mak diam sahaja.
Tapi tiba-tiba ayah bersuara.
"Cepatlah, nak balik rumah ni"

Mak dengan saya dah tercengang-cengang.
Saya pandang mak.
Mak pandang saya.

"Aik, kata nak pergi ambil adik. Ni dah pukul 11.20 ini"
Mak menyuarakan ketidakpuasan hatinya.

"Lambat lagi, Ada lagi 40 minit. Buat apa pergi awal-awal"
Ayah menjawab selamba.

"Tak apalah pergi awal, tak payah adik tunggu kita"
Mak bersuara.

"Nak balik buang hajat dulu. Lepas tu nak suruh Apis bawa kereta. Ku nak rehat sahaja."
Ayah tetap dengan pendiriannya.

Dek kerana mata saya yang tiba-tiba layu sebab mengantuk, sayapun cakap,

"Macam mengantuk di sorong bantal pula. Afzan tak payah ikutlah.Nak balik terus tidur sahaja lepas ni."

Kamipun balik rumah.
Balik-balik sahaja abang saya sudah rasa pelik.

"Aik, cepatnya."

"Cepat apanya. Tadi pergi minum sahaja. Sudahlah, bangpis pergilah. Ayah nak bangpis drive."

Abang saya dah gelak guling-guling.
Tadi beriya sahaja kata nak pergi ambil adik terus.
Ini boleh pula patah balik semata-mata nak buang hajat.
Ada ke patut?
Ayah...Ayah..bikin funny lagi ye.

Saturday, July 24, 2010

Ayahku funny: versi gambar mak!

Ambil cuti semata-mata nak renew insurance.
Tapi, dek kerana gigih mencari pejabat insurance tu kami sesat jugalah hingga tak sempat nak proceed to renew road tax.

Dah pukul 4 baru teringat nak rushing balik.
Sebab bila hari bekerja, pukul 5 orang office dah start sesakkan jalan.
ohh..tak sanggup nak tensionkan diri di hari cuti dengan kesesakan jalan.
Cukuplah masa hari bekerja sahaja.
Dek kerana tak sempat, sayapun minta tolong ayah renewkan.
Dah malas nak beralasan keluar office esokannya semata-mata untuk renew road tax.

Dipendekkan cerita keesokan harinya balik dari kerja saya dah nampak fail geran dan resit insurans terletak baik atas meja.
Sayapun dengan rakusnya check la takut ayah terlupa nak renew.
Check2 terkeluar sekeping gambar yang ayah print atas kertas A4.
Sayapun tanya terus kepada ayah.
"Aik, gambar mak di kebun? Comelnya"

Ayahpun jawab,
"Mak miskin. Rumah tak siap. Dindingpun tak ada. Kesian.."
Kedengaran ada tawa dihujung ayat itu.

Mak yang muncul dari bilik dah malu dengar ayah cakap macam tu sambil berkata,
"huhu.. pergi kebun pakai baju buruk je la..apalah ayah ni kata miskin..
Tengok afzan, ayah kata mak miskin."

Mak mengadu manja pula pada saya.
Akhirnya kami semua ketawa.
Ayah saya kadang bila datang mood dia baik macam gitulah.

Rajin betul ayah saya print gambar tu.
Nampak sangat ayah suka tengok mak macam gitu.
ahaha~

Dah lebih 34 tahun usia perkahwinan mereka.
Sangat adore dengan kemesraan mereka.
Ayah pendiam dan pemalu.
Mak pula peramah dan mesra alam.
Memang saling lengkap melengkapi la mereka berdua tu.
So sweet.
Sayang mak dengan ayah =)

Inilah gambar yang ayah saya print tu.
Memang betulpun cakap ayah saya tu.
Cuma tu bukan rumah kami. Tapi hanya pondok di kebun.

Saturday, June 5, 2010

Kartun menarik hari ini!

Sedang saya godek2 google search saya terjumpa imej2 di bawah ini.
Ada yang buat saya gelak, tersenyum sendiri dan tak kurang juga rasa kesian.
Jom tengok kartun2 ni sama2.

Pening kepala cikgu tu kan.
Cikgu Sains kalau dapat murid2 macam ni boleh pengsan hari2.haha~
Tak boleh belah dengan jawapan Dayang Norfaizah tu.
wakakaka!



Soalan cikgu Sejarah ni lagi cool.
Tanya soalan dengan pilihan jawapan yang memang da bomb!
Habis semua artis2 terkenal keluar dalam list.
Yang ni cikgu tak pening tapi murid la yang pening nak pilih mana satu jawapan. kuikui~

Yang ni first time saya jumpa.
Selalunya isu ni akan hangat bila nak buka sekolah awal tahun.
Ni semua pasal rungutan serta suara hati ibu bapa berkenaan perbelanjaan budak2 sekolah zaman sekarang yang bukan main banyak.
Rambutpun kena charge RM10! Mungkin bayaran untuk memotong rambut di kedai.
Jam tanganpun masuk list perbelanjaan sekolah juga ke?



Yang ni paling best.Haha..
Luahan hati seorang awek kepada BF nya.
perbandingan dulu masa zaman tak ada internet dengan sekarang zaman blogging.
Sejujurnya perlu kah cerita pasal BF/GF dalam blog dan entry di blog?
Bagi saya not necessary dan bergantung kepada jenis blog la.
Bergantung kepada cerita yang nak disampaikan.
Kalau ada kena mengena dengan dia, saya cerita sahaja.
Itu pandangan saya la.




p/s : malam ni busy sikit. Sepanjang hari keluar. Lagenda Budak Setan memang best..=)
sok saya update k =)

Thursday, June 3, 2010

Terkekek2 layan Nenek Perkasa!

Musim Piala Dunia kan dah makin hampir.
So, macam2 rancangan TV berkisar pasal acara ni.
Termasuklah telemovie ni Nenek Perkasa namanya.
Hari tu saya ada tengok iklan cerita Nenek Perkasa ni .
Tapi saya terlepas pandang la.
Try belek2 kat youtube kot2 ada yang upload cerita full.
Tengok2 ada weyh.
Terima kasih lah kepada orang yang rajin upload cerita ni kat youtube.
Yang untungnya orang macam saya ni la yang selalu terlepas cerita kat TV.

Ada 8 part yang di upload.
Yang bestnya tak ada iklan.
So, kepada sesiapa yang nak layan gelak macam saya bolehlah godek sini..
Cerita ni berkisar pasal bola sepak.
Ada pertandingan bola sepak antara kampung akan diadakan dan kampung mereka terpilih sebagai tuan rumah.
Sebelum ni memang kampung mereka ni tak pernah nak menghantar wakil peserta.
Budak2 kampung lebih sukan main games kat PC dan PS2 je.
Yang pangkat nenek yang berminat untuk main bola.
So, kampung tu terpaksa wakilkan nenek2 ni untuk main bola bagi pihak kampung mereka.
Bayangkan perempuan yang dah tua main bola?
Memang kelakar la weyh..
Nak tahu kesudahan sama ada nenek2 ni menang atau tak?
Tengoklah sendiri.

http://www.youtube.com/user/kyazid85pc1

Actually link ini akan terus ke account uploader.
Cari je Nenek Perkasa kat situ, sure ada punya!

Bukan sahaja cerita Nenek Perkasa ada.
Malah cerita lawak lain pun ada.
Macam Capalrela, Kubungman, Adnan Sempit the series dan lain2.
Selamat berhibur~

p/s : Review? alaa..tengok sahaja sendiri, ak sampai 2 jam pun cerita ni. haha~

p/s/s : saya ada letak banner untuk menyokong kempen menentang kekejaman Israel. Klik banner kat header tu untuk sama2 join!

Monday, May 24, 2010

Cuci mata tengok rakan2 Garfield!

Entah apa mimpi sorng kawan send gamabr2 kucing2 gemuk lagi sihat ni.
Memang comel lote rasa macam nak buat bantal peluk sahaja.
Saya tak nak rasa geram sorang2 jadi saya share kan dengan kawan2 supaya ramai lagi rasa geram kat kucing2 ni.

Ni kucing dah sama besar dengan baby ni.
haha~
Korang rasa kucing ni tengah berdiri ke duduk?
nampak cam kemetot je kaki dia kan.
Ni memang betul2 macam bantal peluk.
geram seyh..
Sodap je dia tidur atas lembek.
kroh kroh..
Bosar dan pastinya berat.
Lenguh nak dukung lama2 ni.
Haha..
kucing ni macam genster kampung pinang sebatang la..
Baik punya menyandar kat dinding tu.

Yang ni menggebu-gebu.
Sedap je landing atas rumput karpet.

Yang ini pula saiz pingggang dam melebihi tuan..
Kena diet ni.
Obes..obes..
inipun sama.
Weh..kiut..
kenaap kucing ku tak macam ni.
geramnyaa..
Rakan2 ada kucing besar gedang macam ni ke?
kalau ad mesti besh kan.
Tapi mesti kuat makan. Berhabislah duit untuk bagi makan kat kucing gemuk camni.

p/s: kucing saya jenis yang jaga badan. Makan sikit2 tapi banyak kali. Auu..

Friday, February 12, 2010

Layan Bujang Sepah kat TV lagi~

Malam ni tiba-tiba di TV Astro Prima ni menayangkan semula cerita bujang Sepah versi masak lemang..
haha~

Semua nak layan cerita ni..
Mak, ayah, abang..sayapun..
sambil blogging sempat lagi layan lawak diorang..
sempat le snap picta dorang..time berbuka makan lemang masin..


Tiba-tiba adik datang nak tengok cerita best katanya..
Rupanya Pemandu Jelita lakonan Julia..
Semua tak bagi can..
Semua nak layan Sepah..
Pelagi, merajuk la si adik masuk bilik..
Adik bongsu gitulah..

Tapi dan 3 lawan 1..
Kalahlah beb..

Jom layan..
Esok2 mesti ada lagi ulangan..
Semalam ada sambungan versi Lemang nih..
Tapi tak berapa best la..
Macam tergantung sangat2 endingnya..
Harap2 cepatlah ada sambungan..

p/s ; siapa lagi minat kat Sepah angkat tangan..hehe~

Wednesday, February 3, 2010

Cerita budak nakal edisi semangat nak ke sekolah..=)

Pagi itu seperti biasa Minah dikejutkan untuk ke sekolah..
Walaupun rasa macam terlebih mamai, Minah tetap bangun..
Bapak dia dah hilang entah ke mana.
Dia bersemangat hari itu nak ke sekolah sebab tiada kerja sekolah yang perlu disiapkan..

Selepas bersiap, diapun keluar ke tempat menunggu bas seperti biasa..
Masa berjalan tu dia perasan sedikit kelainan..
Jalan macam sunyi sahaja..
Tiada bunyi kokokan ayam..
Tiada kenderaan atas jalan..
Sunyi sepi.
Kedai Nasi lemak Pak Ali pun masih belum dibuka..
Mungkinkah hari ni Pak Ali tak meniaga..?
Minah cuba menghapuskan rasa gusar di dalam hati..

Dia bertambah pelik apabila tiada kawan2 seperjuangan yang menanti bas.
"Aik, takkanlah cuti hari ni?, hari ni hari Selasa baru.."
Minah bermonolog sendirian.

Tindakan spontan dilakukan dengan memeriksa jam tangan di bawah suluhan lampu jalan yang berwarna oren..
"Laaa..baru pukul 5.00 pagi..patutlah"
Mesti bapaknya silap tengok jam lagi pagi ini.
Ingat pukul 6.20pagi, rupanya baru pukul 4.30pagi masa dikejutkan Minah..
Ini kes silap tengok jarum panjang jarum pendek..

Minah terus balik rumah.
Motor kapcai bapaknya sudah tiada..
Bapaknya pergi kerja awal dari biasa hari ini..

"Aku berangan sahaja kot. Ah, malaslah nak pergi sekolah kalau macam ni.Tidur lagi bagus."
Minah terus masuk rumah, landing atas sofa dan tidur dengan pakaian sekolah lengkap.

Petang itu, bapaknya mengamuk sebab Minah ponteng sekolah lagi buat kesekian kalinya.
Kedengaran Minah bersuara dalam kesakitan disebat rotan.

"Tu la bapak, kenapa pakai jam yang jarum panjang pendeknya sama panjang."

Monday, February 1, 2010

Cerita budak nakal siapkan kerja sekolah..=)

Minah hari ni pergi ke sekolah dengan semangat berkobar-kobar..
Dia yakin kerja sekolah telah 'siap'.
Hanya tunggu untuk dihantar sahaja.

Masuk sahaja kelas, Minahpun terus duduk di mejanya yang terletak dihadapan meja guru..
Tak lama selepas itu Cikgu Bakar yang mengajar Sains pun masuk ke kelas.
Kelas bermula dan seperti biasa semua pelajar di kehendaki menghantar buku latihan masing2..

Setelah semua murid menghantar buku latihan, Cikgu Bakar memeriksa sekali lalu setiap buku2 tersebut.
Mukanya berkerut apabila sampai ke buku latihan Minah.
Di panggilnya Minah ke hadapan.

"Minah, kenapa kamu hantar buku yang tak siap latihannya?"

"Eh, biar betul cikgu. Saya ingat lagi latihan itu sudah siap."

"Kenapa kamu yakin sangat ni?. Dah sah buku latihan ini awak punya. Takkan saya nak berbohong."
Cikgu Bakar dah mula terbakar dengan murid seorang ini.

Minahpun mula menerangkan dengan gaya bebasnya. Turun naik tangannya meyakinkan Cikgu Bakar.
"Betul cikgu.Begini ceritanya cikgu. Semalam, sedang saya memerah idea untuk menjawab latihan saya tiba-tiba rasa dunia jadi gelap.
Tiba2 datang seorang bidadari cantik.
Dialah yang membantu saya menyiapkan latihan ini dan telah masukkan buku latihan ini ke dalam beg sekolah saya selepas itu. Betul cikgu. Saya tidak bohong."

"Ye, kamu memang tak bohong..kamu mimpi latihan kamu dah siap..
Sekarang, kamu pergi bawa kerusi kamu ni ke luar kelas.
Berdiri di situ sampai kelas saya tamat."

Minahpun akur dan berdiri di luar kelas sambil memandang ke dalam kelas melalui celahan tingkap dengan pandangan sayu..
Cubaan kali ni tak berjaya..

Saturday, January 30, 2010

Cerita budak nakal versi jadi cikgu sekolah pula..=)

Hari ni Minah pergi sekolah.
Dia tak dapat menyorok sebab bapak cuti..

Jadi Minah naik bas seperti biasa.
Datang kawan dia bersembang..

"Minah, ko ni aku salute la..berani gila"

Minah yang kehairananpun menjawab.

" Aik, apehal pula"

Rakan Minah pun berkata lagi..

"Semalam cikgu Sains marah betul dekat kau. Dia cakap ko kurang ajar"

"Aaaa..uish..kenapa pula"

Minah terkujat plus takut jugalah bila dengar cikgu marah..

"Ko tiru sign dia time tanda buku, tentulah dia marah..."

Berkerut jugalah muka Minah masa tu.
Bila flash back balik baru Minah teringat.
Minah sebenarnya bendul betul.
Disebabkan dia selalu ponteng sekolah, cikgu suruh dia tanda sendiri buku latihan dia dengan merujuk buku2 member.
Dia tiru sebijik-sebijik tulisan pen merah dalam buku latihan kawannya tu termasuk signature cikgu.

Minahpun terus cakap macam ni..

" Aku tak sengaja dowh. Ni yang malas nak pi sekolah lagi ni."

Friday, January 29, 2010

Cerita budak nakal versi nak pergi sekolah..=)

Pagi-pagi sepeti biasa bapak kejut bangun...

"Minah, banguuunngggg, gi sekoloh"

3 kali bapak dia panggil baru Minah bangun.
Berpisat-pisat mata menahan mengantuk.
Terus bersiap nak pergi sekolah.
Bapak dia pula sambung tidur..(ngeh2..)

20 minit kemudian Minahpun keluar dari rumah.
Mulalah hati dia berbelah bahagi..
Teringatkan kerja sekolah yang tak siap.
Cikgu Abu sudahlah garang.

Baru sekerat jalan nak pergi tempat tunggu bas, dia patah balik, menyuruk belakang rumah.
Tak lama kemudian, bapak dia pula keluar pergi kerja.
Sejurus kemudia diiapun keluar daripada tempat persembunyian dan terus masuk rumah..
Sambung tidur..

Nakalnya Minah..=)

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics