Followers

Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

Thursday, January 27, 2011

Pengalaman ngeri : Dibuli di jalanraya!

Salam korang.
Ok, semalam balik dari kerja saya ada shout pasal ini. Geram sangat bila fikir balik. Sebab yang tukang buli itupun drive kereta Kancil sahajapun tapi berlagak macam bawa Ferrari. huh!
geram sangat terus shout kat FB!

Alkisahnya semalam macam biasa saya drive nak balik kerja. Lepas trafik light saya masuk simpang kanan, then kiri. Masa inilah saya perasan ada Kancil Silver belakang saya. Tapi masa itu saya rasa tak ada apa yang pelik. Sehinggalah tiba di hujung simpang 3 yang agak sibuk. Saya nak ke simpang kiri. Tapi punyalah banyak kereta yang lalu dari simpang kanan. Dengan motor, kereta yang tak reti bagi signal awal-awal. Tiba-tiba kereta kancil yang masih dibelakang saya bunyikan hon banyak kali. Ini jenis tak sabar punya orang. Dan jenis tak berapa sayang kereta. Agakya ada 10 kot kereta kancil dia di rumah itu. Tak menyempat-nyempat nak keluar simpang.Saya biarkan sahajalah. Alaa..bukan matipun kena hon kan.

http://i1.lelong.com.my/Malaysia/-0808-05-COMMANDOSS@11.jpg
Kancil oh kancil!

So bila saya rasa jalan dah clear, saya pun keluar simpang. Dan dia ikut follow di belakang saya untuk masuk simpang kanan pula. Insiden ngeri tak berapa ngeri berlaku selepas itu (di lorong itu telah ditakdirkan hanya ada kereta saya dan kancil itu sahaja sampai hujung simpang). Mula-mula dia cucuk-cucuk kereta saya. Lepas itu dia cuba nak memotong. Bila dah dapat memotong dia slowkan kenderaan dia dan saja nak brek brek mengejut.

BODOH punya a**k tua! Dahlah jenis tak sabar, bodoh sombong, berlagak tak bertempat lepas itu sengaja nak buli saya yang masih lagi berstatus P di cermin kereta depan belakang. Fine, saya tak secekap dia untuk keluar simpang dengan pantas lagi bergaya tapi apa salah saya untuk dia buat saya macam gitu!Saya tak bawa kereta secara merbahaya, saya tak melanggar peraturan jalanraya.

Rasa rugi pula sebab tak ambil nombor plat kereta kancil tersebut. Kalau jadi lagi memang saya terus adukan kepada POLIS. Geram bila ingat-ingat balik. First time tu kena buli di jalanraya. Korang pernah kena buli tak? Cerita la sikit kat saya ini?

Friday, December 17, 2010

Proton Saga FaceLift FL tahun 2011! -New update

Korang,seperti yang saya dah maklumkan blog saya dah berpindah ke wordpress self hosted. So, jom baca update terkini di blog noorafzan.com

Saga FaceLift FL tahun 2011!

Klik link di atas ini ye untuk untuk baca dengan lebih lanjut ok!

Sayang korang. Muah2..=)

Saturday, November 13, 2010

Berita Menarik : Perodua beri diskaun 25% untuk kos baikpulih kereta akibat banjir!

Alhamdulillah, makin banyak bantuan disalurkan kepada mangsa banjir di Kedah dan Perlis. Terbaru PERODUA pual mengumumkan pemberian diskaun 25% untuk kos baikpulih kenderaan keluaran mereka yang terjejas teruk akibat banjir.
Di sini saya tepekkan sedikit keratan berita daripada Berita Harian Online. Lalau nak baca full article boleh ke Berita Harian Online website.


PETALING JAYA: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menawarkan diskaun kos baik pulih sebanyak 25 peratus kepada pemilik kenderaan PERODUA yang terjejas akibat banjir di utara Semenanjung dan Kelantan, baru-baru ini.
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata PERODUA menjangka lebih 1,000 kenderaan PERODUA terbabit dengan masalah banjir itu dan ada antaranya mungkin rosak teruk akibat ditenggelami air.

Katanya, pemberian diskaun itu sebagai tanda prihatin dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat terhadap pelanggannya, dengan diskaun turut membabitkan kos keseluruhan baik pulih termasuk kos buruh dan alat ganti.
PERODUA juga akan menanggung kos menunda kenderaan yang terjejas sehingga nilai maksimum RM100.

Oh, rupanya selain daripada diskaun baikpulih kereta, kos menunda kenderaanpun ditanggung mereka sehingga maksimum RM100. Walaupun tidak terlibat dengan insiden ini tetapi sebagai salah seorang pengguna kereta PERODUA, saya rasa pilihan saya membeli kereta keluaran mereka adalah tepat. Sebab mereka begitu prihatin terhadap persekitaran yang berkaitrapat dengan pengguna kereta mereka. Syabas PERODUA!

p/s: Err..lagi rasa berbangga sebab tunang sayapun bekerja dengan PERODUA. =)

Friday, July 23, 2010

Happy 1st Anniversary my BF

Hari ini tarikh keramat.
23/Jul/2009 saya telah mula serius berhubungan dengan my Orange Sweetheart.
Dan pada 31/Jul/2009 kami dipertemukan.
Kalau ikutkan saya berkenan dengan dia dah lama.
Sejak bulan May/2009 lagi. Tapi susah juga nak mengorat dia.
Macam-macam syarat kena saya penuhi sebelum saya dapat memiliki dia.
Tapi berbaloilah kan.

Kini sudah setahun kami berhubungan.
Dan dia memang BF yang baik.
Tak banyak ragam.
Saya senang dan sayang sangat pada dia.
Walaupun dia pernah masuk hospital selama 2 minggu atas kecuaian saya.
Tapi ,dia tetap setia dengan saya.
Baguskan dia?

Tunang?
Oh tidak, bukan dialah.
Buat masa ini tunang dah jatuh tempat kedua.
Dia ini lagi penting buat masa inilah.
Mana taknya.
Dah banyak dah duit gaji yang saya korbankan untuk dia.
Dan pastinya tunangpun tak cakap apa sebab tunangpun juga terlibat masa dia masuk hospital dulu.
Nak cakap cuai itu tidaklah.
Dah kata takdir.

Habis itu siapakah dia?
Baiklah, biarlah saya berterus terang.
Inilah dia my Orange Sweetheart.

Inilah keadaan dia sebelum ditahan di 'hospital'

kesian dia kan masa ini.
Sedih sahaja saya tengok. Cedera parah.
Tapi sekarang dia sudah sembuh.
=)

p/s : Road Tax pun sudah renew. Lega!

Wednesday, June 30, 2010

Keretaku dah 100% pulih.

Sejak dapat tahu ada problem pada kereta, memang saya rasa risau.
Sejak bawa balik dia dari bengkel lagi masalah tu dah dikesan tapi sebab saya ambil kereta tu pun sabtu.
Dan orang perodua tu kata kena check masalah tu masa service sebab still under warranty kan.
Kenapalah dia tak terus check sahaja sebelum saya datang ambil sebab dorang sendiripun dah maklum problem tu kan.
Nak tunggu juga saya datang ambil baru nak ceritakan problem tu.

Nak service time tu juga memang tak boleh sebab dah full booked.
Kena pergi hari lain.
Hari lain tu maknanya memang semalam la.
Isnin saya still di Kedah kan.

So, semalam pergilah service kereta.
Saya siap minta service adviser tu dengar terus explanation daripada my F pasal problem kereta tu sebab saya sendiripun tak reti pasal technical term yang dia gunakan.
Lepas tu saya tinggal sahaja kereta tu sebab office dekat.
Berjalan kaki hanya makan masa 10 minit sahaja.

Petang dekat pukul 3 baru boleh ambil kereta tu.
Dan orang service perodua tu kata dia dah repair bahagian yang ada problem tu dan ia free sebab under warranty.
Lepas settle semua saya balik dengan hati yang lega.
Kereta dah pulih sepenuhnya.
Harap2 kereta ni tak ada problem lagi.
Saya tak mahulah kereta baru sahaja beli dah ada problem.
huhu~

p/s: problem kereta tu ada kaitna dengan auto ON OFF Aircond.

Tuesday, June 29, 2010

Journey to Utara~

2 hari lepas memang saya tak ada depan PC.
Saya ke utara hantar si bongsu pergi mendaftar di IKM, Sik.

Lepas ini kami sekeluarga akan merindui si kecik berbaju biru dalam gambar ni.
19 tahun hidup, dia tak pernah tinggalkan rumah lebih seminggu.
Kali ni dia kena tingggal di Kedah 2 tahun.

Semua post di publish secara berjadual.
Semuanya berjalan ikut plan masa kecuali malam semalam saya tak buat entry sebab dalam kepala dok pikir kami akan gerak balik dari utara ke KL dalam kul 1.
Tapi ada 1 benda yang buat kami delay sampai kul 7 baru gerak.
hoho~
Alamatnya pukul 1 pagi baru sampai rumah.
Apa lagi yang mampu saya lakukan masa tu selain daripada tidurrrr..

So, malam nanti saya akan start 'membebel' pasal journey saya ini.
Walaupun hanya 2 hari satu malam tapi banyak jugalah perkara yang saya rasa nak share di blog ini.
Sedikit gambaran ialah pasal makan2 di Sg Petani, Motor besar abang sepupu, perjalanan ke Sik dan sesi pendaftaran pelajar IKM yang menyesakkan dada dan membunuh semangat,serta sejam di R&R Sungai Siput.
So, tunggu malam ini ok.

Oleh kerana ada problem pada kereta, saya terpaksa ambil halfday hari ni.
Sekejap lagi nak pergi bengkel.
Lepas tu kalau ok boleh pergi kerja.
huhu~

p/s: hari ni nak mulakan kembali misi blogwalking yang tertunda 2 hari =)

Monday, June 28, 2010

Kereta dah ambil tetapi ada problem..huhu~

Rindukan baby oren yang dulu..

Baby Oren yang saya rindui sudahpun selamat diambil
Tapi tadi masa ambil tu tak sedap hati sebab ada problem pada aircond.
Kepelikan juga kenapa dia tak 'fix' kan sekali sahaja.
Dia kata problem tu boleh settle kalau buat service kete sahaja.
WT #$#%$%^$^%^%&^*

Saya sebenarnya agak tak puas hati jugalah dengan jawapan tu.
Tapi tengok my F ok sahaja, rileks sahaja maka sayapun secara automatik jadi sejuk.
So, sekarang aircond tak sejuk la.

Dari dulu benci nak hantar kereta ke bengkel.(sebab tengok pada pengalaman kakak dan abang sendiri)
Pilih Bengkel Perodua sebab 'percaya' tak akan ada problem selepas baiki.
Tapi, hampeh sebab first day ambil dah ada problem.

Lepas itu saya terpaksa pergi servis kereta itu awal daripada jangkaan.
Semua tu duit woo~
Oklah, antara duit dengan kereta tu, saya pilih kereta tu la.
Duit boleh dikumpul lagi tapi kereta tu tak leh biar.
Lagipun since warranty masih lagi ada, saya patutlah gunakan kelebihan itu sepenuhnya.
Harap2 lepas ini tak adalah problem lagi.

Kesimpulannya jagalah kereta jangan sampai kena masuk bengkel lama2.
Macam kes saya ini ayah saya syak something yang saya sebenarnya tak boleh nak terima sebenarnya. Pahit untuk di telan tapi macam itulah kenyataannya.
Bengkel apapun sama sahaja bagi saya sekarang ni. Semua nak kaut untung. Dia fix kan yang ini, dia buat problem kat tempat lain. Damn..kenapa saya terlalu negatif ni? Maafkan saya saya teremosional sebentar. Buat pemilik bengkel yang jujur lagi baik hati jangan terasa ye dengan statement saya ni.(err..ada ke pemilik bengkel kereta baca blog ni?)

p/s : Selasa ni nak pergi service kereta tu sambil report pasal problem kereta tu pada Service Centre. Kalau boleh nak settle semuanya tak nak ada problem lagi.
Off blogging dulu..nak redakan perasaan sat.

Friday, June 25, 2010

Hari terakhir bersama kereta kecil..(mode sedih)

Seminggu lebih guna kereta Kelisa my sis buat saya raas sayang dah kat dia.
Selain daripada saiznya yang menarik untuk menyelit-nyelit dicelah2 yang muat, kereta ni lah kereta pertama yang saya bawa dulu sebelum beli kereta sendiri.
Maklumlah mula2 drive takut nak bawa kereta saiz besar.
Tak dapat agak ruang kat jalan tu.

Cuma kereta ni buat saya rasa confuse bila nak tukar lane ke kiri.
Saya kena pusing kepala ke belakang tengok clear ke tak.
Cermin sisi kiri tu sebenarnya cermin kancil yang ayah beli dan tampal sendiri.
Err..cermin asal saya dah pecahkan. (maklumlah pemandu amatur masa tu)

Actually banyak kenangan gak la dengan kereta kecil ni.
Dua kali jugalah saya accident langgar kereta orang dengan kelisa ni.
Daripada kaler emas berubah wajah jadi warna blue grey.

Err..nilah rupa cermin sisi yang pecah saya kerjakan dulu.
Masa ni warna emas lagi.
Ni bila dah make over tukar kaler.


p/s : buat my sis, saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi pinjamkan kereta dia. Saya memang tak berapa 'berani nak bawa WAJA sebab kereta tu 'panjang' la.
Kalau setakat bawa area kampung bolehlah. Tapi nak bawa dia redah kesesakan memang tak sanggup.

Thursday, June 24, 2010

MISG memang insuran kereta terbaik dalam Malaysia.

Dulu masa dapat surat daripada syarikat insurans kereta saya, saya confuse dan rasa macam pelik.
Syarikat apakah ini?
MISG? Tak pernah dengarpun?

Selalunya kalau insuran kereta yang biasa didengar ialah;

Takaful
Etiqa
Kurnia
MAA
Allianz
Prudential
AIA
dll..

Bila saya check forum2, jarang yang guna MISG ni.

Tapi, tak apalah.
Saya tunggu dulu setahun.
Lepas renew kalau nak tukar, tukar sahajalah yang lain.

Tapi, sekarang ni saya rasa macam nak ubah fikiran.
Saya nak teruskan dengan MISG sahajalah.

Ok, nak tahu kenapa?
Saya mendapat tahu bahawa salesman HONDA memang mengesyorkan pembeli kereta mereka menggunakan insuran daripada MISG. Track record insurance ni bagus agaknya.
Diskaun yang diberikan kepada kereta yang berjaya 'tak claim' insuran bila nak bayar road tax tinggi.
(Ini diterangkan sendiri oleh kawan yang sama2 involve dengan accident hari tu. Pekerja Perodua yang pakai kereta Honda..kuikui~)

Tapi dia tak pernah accident?
So, pengalaman claim insurance tak ada dengan MISG ni.
So, saya cakap dengan dia.
Tunggu macam mana process claim insurance kereta saya tu nanti.
(sambil dengan sayu memerhatikan kereta sendiri yang dah remuk di depan)

Oh ya, kami berdialog pasal MISG ni masa tengah tunggu urusan Police Report selesai.

Back to the topic, saya memang confirm tak jadi tukar syarikat insurance sebab..
Hari selasa lepas (15/Jun) saya baru sahaja report untuk claim insurance sebab kereta accident,
tup2 kelmarin (22/Jun) MSIG call yang insurance claim dah approve.
Dan yang terbaiknya, kereta saya dahpun siap repair semalam(23/Jun).
Tapi dek kerana tak sanggup nak ambil cuti, saya akan ambil kereta tu Sabtu nanti.
Harap2 kereta tu ok dan tak ada masalah.

Oh, dah mula rindukan kereta kesayangan.
Nanti bila dah dapat, akan saya tepekkan gambar2 dia di blog kesayangan ini.

p/s: Selain MSIG, Takaful Malaysia pun bagus. Cuma Kurnia dengan Etiqa sahaja yang caca marba sikit recordnya. Ada yang kata bagus dan ada juga yang komplen tak bagus.
Apa kata anda? Share la pengalaman di ruang komen.

Thursday, June 17, 2010

Trauma tak?

Situasi pertama..

Saya :Trauma tak sejak accident itu hari?

Dia :Trauma la juga. Kenapa?

Saya :Ohh..awak cuma trauma nak lalu jalan kampung malam2 je kan?


Dia :Aikk..napekah?

Saya :Trauma2 pun 140 juga awak bawak.

Dia :Ape dia. Cuba ulang balik saya tak dengar la.

Saya :Trauma2 pun 140 juga awak bawak semalam.

Dia :Eh, ye ke? tak perasan pula.

Tu baru trauma, kalau tak trauma macam mana la agaknya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Situasi kedua..

Saya :Sedap juga bawa kelisa tu. Pick up betul sampai tak sedar 110.

Dia :Tu la kereta ringan, CC besar. Laju pun tak rasa.

Saya :Tu la pasal.

Dia :Siapa yang ajar awak bawa kereta laju2 ni.

Saya :Entahlah, sape ek? Bukan awak ke?

Dia :Manade, Saya takpe. Dah pro. ooo... pandai je cakap orang, diapun sama jugak bawa laju.

Saya :Manade, 110 je pun. Lagipun bila perasan tu saya terus slow kan jadi 100 je.

Dia :Tu trauma ke tak tu? Cakap kat orang pandai, tapi diri sendiripun sama.

Saya :Manade, saya cuma trauma bila lalu jalan kampung malam2.

Dia :cehh~
http://rlv.zcache.com/er_trauma_nurse_not_easily_impressed_tshirt-p235896233359565481t5cs_125.jpg

So, kesimpulannya trauma ke tak?
Ke kami ni kategori trauma ikut situasi je.
Kalau jalan kampung, trauma kat jalan kampung je..
Kalau malam, traumapun bila malam atau gelap je..
Tapi, saya ada jiran yang kerana trauma, terus tak drive sampai sekarang.
Itu baru betul2 trauma kan?
Google2 jumpa ni.
Ini antara simptom2 orang trauma (atas banyak jenis alasan)
Layankan sendiri k.

Wednesday, June 16, 2010

Kereta oh kereta bila nak claim insurance!

AF bukan nama sebenar siapa?

"saya"
dia sahut.

Noor Afzan pula siapa?

"saya"
saya pula sahut.

Pemandu siapa?

"saya"
dia sahut.

Pemilik kereta siapa?

"saya" saya pula sahut.

"Ada saman?"

"tak ada"
serentak kami berdua jawab.

"Ada pernah accident?"

"tak pernah"
dia jawab.
(ok, saya tak jawab sebab saya pernah accident dulu. Senyap sudaaa~)

"Kete baru lagi tu."

"tu la tak sampai setahun lagi"
dia jawab lagi.
Saya kat sebelah sayu je dengar.


"Jarang bawak ke kereta tu?"

" selalu je bawa, kenapa?"
saya pula musykil bertanya.

Orang sales tu tak jawab tapi dia terus cakap mileage dah 20017 km.
Ok saya faham dah kenapa dia tanya soklan tadi.
Sebab mileage kereta baru cecah 20000km walaupun dah hampir setahun guna.

Saya mengaku baby oren tu tiap2 hari saya guna tapi lebih banyak di parking daripada di pandu.
Takat bawa pergi kerja, balik kerja. (estimate pergi balik sehari 40km sahaja)
Cuma kadang2 sahaja bawa jalan jauh sikit.
Tu yang mileage tak cepat naik.


"Minyak dah E tu, blinking dah. Boleh saya tahu sejak bila dia mula blinking?"

"sejak bila ek?. Baru jugalah. Masa dah dekat dengan tempat ni baru dia blinking."
dia jawab sebab dia yang pandu kereta tu ke sana.
Saya bawa kereta lagi satu.

"nampaknya kami kena isi minyak tu nanti sebab lepas dah baiki kami akan test drive pula. Saya kenakan RM20.00 ye nanti."
La, itu rupanya yang cuba dia nak sampaikan. Takpelah, apalah sangat RM20.00 tu kalau nak banding dengan nilai yang ditanggung untuk baiki kerosakan kereta tu.

"berapa lama ye nak siap?"
dia berbahasa bahasi dengan orang sales tu.

"Biasanya 2 minggu cam tu tapi bila awak cakap ada melibatkan kecederaan pada orang ketiga, mungkin ambil masa sikit. Dalam 3 minggu lebih macam tu la."

"Ooo.... "
tanda faham la tu.

Tu antara perbualan yang saya ingat masa berurusan untuk report claim insurance di Perodua Service Centre.
Dinasihatkan kalau invole in accident, consult terus dengan Perodua Service Centre (bagi pengguna kereta Perodua) sebab memang terjamin cepat dan selamat.
=)

So, saya tak ada kereta la selama lebih kurang 4 minggu dari sekarang.
Akan rindulah kat dia ni.


Nasib baik ada kereta extra di rumah.
nampaknya saya akan berlumba di jalan guna kereta kecil la.
Kelisa my sis jadi galang ganti.
Seronok tu naik kereta kecil.
Senang nak nyelit. kuikui~

Tuesday, June 15, 2010

Jouney to Lumut~Part 3

Kami gerak balik lalu jalan kampung dan berhajat tak mahu masuk highway.
Ni option selepas discussion la.
Lagipun jimat tak payah bayar tol katanya.
Kami gerak lalu balik kawasan kenduri, Teluk intan then kami lalulah kat Bidor.
Masa nilah sesuatu telah berlaku kepada kami.
Iya, jalan antara Teluk Intan dengan Bidor tu menjadi saksi.

Masa tu jam dah pukul 8.
Hujan pula turun dengan agak lebat ditambah pula dengan jalan yang tiada bantuan cahaya lampu apatahlagi cahaya bulan (hujan mana ada nampak bulan).
Memang gelap la kan.
Kereta di pandu dengan kelajuan rendah kira 80 km/h je.

Sampai di satu tempat ni kami menyaksikan satu kemalangan melibatkan waja yang terjunam ke dalam parit.
Kami meneruskan perjalanan dengan kelajuan yang lebih perlahan pula iaitu 60 km/h sahaja.
Kira2 beberapa ratus meter lepas itu, sesuatu yang tak terduga berlaku.
Kami nampak sekumpulan lembu dengan jarak yang dah terlalu hampir.
Pemandu kami segera tekan brek dengan harapan sempat mengelak daripada kemalangan tapi tak berjaya.
Kereta merempuh 'mangsa' sebelum betul2 berhenti.
Kami ingatkan lembu sahaja yang kena langgar.
Tapi rupanya ada sesorang juga yang terselit di antara kawanan lembu tu.
Seorang lelaki india.
Lemah lutut kami bertiga masa tu juga.
Saya hanya diam tanpa bersuara.
2 ekor lembu yang paling hampir dengan kereta mengalami kecederaan.
Suasana hening masa tu dan kami baru sedar seseorang sedang terduduk di tepi kereta menahan kesakitan.
Rupanya kakinya patah.
Lagi lemah lutut kami.
Dah tak peduli dengan keadaan kereta yang remuk kat depan dan cermin windsheild yang dah pecah (nasib baik ada tinted, kalau tidak dah berderai agaknya.)

Brader Tow Truck paling pantas bertindak.
Cepat mengalahkan ambulans dan polis.
Suasana jadi makin sesak bila saudara mara mangsa juga datang dan abang tow truck tu bagitahu dia dah tolong call kan ambulans dan polis.
Alhamdulillah, hanya ucapan terima kasih sahajalah yang mampu kami berikan kepada abang tu.
Sekurang-kurangnya kami tak terkapai-kapai tanpa guide di situ.
Dah la ketiga-tiga kami tak pernah melalui situasi macam ni atau dlam erti kata lainnya tak pernah terbabit dengna kemalangan ni.
Trauma seketika.
Ada orang accident langgar kereta je.
Ada orang accident langgar motor je.
Ada orang accident langgar orang je.
Ada orang accident langgar lembu/haiwan setara dengannya je.
Tapi, kami accident pakej 2 in 1.
Mana tak gelabah.

Akhirnya ambulans dan polis sampai.
Semuanya dari Tapah.
Lepas dah ambil gambar dan keterangan, polis tu minta kami ke Balai Polis Tapah untuk report.
Tahu tak jarak dar situ ke Balai Polis tu jauh yang amat.
Lebih 30 minit kami di jalan (gigih drive sampai ke balai walaupun cermin dah retak seribu).
Drive slow2 la kan. Kalau pakai khidmat tow memang bakal terbang paling2pun RM300.
Syukur lagi sekali sebab bahagian enjin tidak terjejas.
Cuma radiator upper support kat depan enjin tu terperosok sikit ke dalam kesan hentaman lembu yang dasyat.

Perlu ke saya sertakan gambar keretaku itu.
Ohh.baby oren ku.
Dah tercedera parah.
Baiklah, saya tunjuk je la kat sini.
Tapi saya dah edit kaler dan blur kan sikit.


Report settle kira2 pukul 11 malam.
Dengan kereta tu juga kami gagahkan diri balik KL.
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT kami selamat sampai ke KL walaupun bawa kereta slow2 sahaja.
Sampai rumah kul 3 pagi.
Kesian kami kan?

p/s : sebab inilah saya tidak dapat nak update blog dan blogwalking seperti biasa. Sampai hari Isnin saya ambil EL dan terpaksa pula ke Tapah untuk dapatkan salinan report polis yang bercop. (malam accident tu kami dapat yang tak ada cop).
Selasa petang pula nak settle kan dengan Perodua Service Centre. Maaf boss terpaksa ambil EL.
Memang betul2 emergency.huhu~

Thursday, May 13, 2010

Pagi yang indah..Harap Piala Thomas dapat kita genggam~

Semalam bukan main seronok satu Malaysia meraikan kemenangan yang disudahi dengan cantik oleh Hafiz Hashim.

Beikut adalah keputusan penuh perlawanan semalam..

Lee Chong Wei mengalahkan Peter Gade Christiensen
21-17, 21-17

Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mengalahkan Carsten Mogensen/Mathias Boe
21-17, 21-19

Wong Choon Han dikalahkan Jan O Jorgensen
20-22, 21-16, 18-21

Zakry Latif/Hoon Thien How dikalahkan Lars Paaske/Jonas Rasmussen
26-24, 12-21, 19-21

Hafiz Hashim mengalahkan Joachim Person
21-12, 21-10

Yang pasti saya bangga dengan mereka lagi Datuk Lee Chong Wei yang say kagumi sejak dulu.

Lee Chong Wei appeals to Malaysia fans for calm ahead of crunch Thomas Cup match
Align CenterDatuk Lee Chong Wei gambar ehsan google

Esok pula cabaran lebih getir sebab kena lawan dengan China.
Kalau kita dapat lepasi mereka, memang harapan untuk jadi juara tu secerah matahari.
Go Go Malaysia.

Stop pasal cerita Piala Thomas sat.
Semalam air nescafe yang saya buat do office tak habis jadi sayapun bawa la balik dalam mug (bentuk macam thermos air tu)
Tapi penutupnya memang tak kemas.
Oleh kerana diameternya besar, tak muat nak sumbat kat tempat letak cawan dalam kereta.
Saya letak dalam dashboard. Buku Syahadah Gadis Aties saya jadikan penyokong supaya ia tak jatuh (stabil dalam tu)
Entah macam mana air tumpah juga.
mungkin saya banyak buat corner lipat sepanjang drive balik tu.
Err..saya tak reti bawa slow yea..
Jenuhlah nak membasuh lantai kereta bawah dashboard tu.
Dah la air manis.
tensi2.
Adakah saya perlukan febreze untuk mengelakkan bau dalam kereta.
Saya dah basuh alas kaki tapi ia tembus ke lantai yang ada juga alas macam karpet.
Atau ada petua boleh di share untuk atasi masalah bau yang tak enak.

p/s: rasa macam nak pergi hantar kat car wash je. Tapi dorang ada ke perkhidmatan basuh karpetdalam kereta dan keringkan sekali.

Monday, April 12, 2010

Tips hilangkan stress di jalanraya yang sesak~

Suasana masa ni cantik secara visual tapi bila saya capture guna kamera henpon 2 megapixel, tak lawalah pula.
Tak apalah layankan sahajalah gambar yang ala2 hitam putih ni.
Padahal saya tak tukar mode black n white pun masa capture.

Balik kerja sahaja macma nilah suasananya.
Ok, ini masa kat roudabout.
Aik, sempat capture gambar pula masa nak lalu kat roundabout.
Memang sempatlah kalau kereta yang kat depan tu teragak-agak nak masuk bulatan.
Beratur panjang la kereta2 ni.

Daripada saya layan stress, baik saya capture gambar langit yang cantik.
Subhanallah, indahnya ciptaanNya kan.
Kurang sikit rasa 'amarah' dalam hati pada kereta depan nun.
Saya rasa andapun boleh praktikkan macam saya.
Tapi, awas.
Jangan sampai anda pula kena HON bila terlalu asyik layan langit sampai tak perasan kereta depan dah lepas.

Tuesday, March 30, 2010

Perodua Nautica..

Bulan lepas saya, big bro ngan sis adalah borak2 pasal kereta..
Lepas itu my sis cerita pasal warna kereta dia yang dah diubah daripada asal..
Saya pernah cerita pasal ini dalam entry nih..

Sayapun cakaplah yang warna kereta dia tu sama dengan warna Perodua Nautica.
Tup2 abang dan kakak saya tu blur dan tak tahu langsung pasal kereta ini.

Memang Perodua Nuatica yang upgrade daripada Kembara ni kurang glamour kan berbanding produk keluaran Perodua yang lain..
Pelik juga..

Dulu hot sekejap masa ia baru2 keluar pasaran.
Mungkin sebab saiz dengan harga tak sepadan ditambah pula dengan prinsip ' kuat mentekedarah petrol' menyebabkan model ini tak glamour.

Tapi seminggu lepas saya ada jumpa model ni masa on da way balik kerja.
Sempat lagi snap gambor masa tengah berhenti kat traffic light..



Wujud lagi rupanya dia kan..=)

Thursday, January 21, 2010

Kenapa masih ada yang memandu tanpa check lampu brake..?

Kelmarin balik dari kerja..
Memang angin sahaja rasanya..
Bukan angin sepoi2 bahasa tapi angin rbut puting beliung..

Alkisahnya..
Mula2 traffic jam yang teramatlah sangat beberapa saat..minit..selepas keluar daripada offfice..
Tersangkut dalam jam di situ selama 15 jam minit..diulang..15 minit..
jam dah pukul 5.50..
Alangkah geram dan marahnya bila tengok ada encik polis kat tepi jalan..
Kenapa la mereka2 ini buat road block masa2 puncak ni..?
Saya yakin ramai yang berfikiran seperti saya..
Siapa yang sokong angkat tangan k..=)

Lepas itu kena lalu depan sekolah..
Haish..kenapa banyak pula kereta sedangkan sekolah menengah balik lambat kan?
Dekat pukul 7 baru balik..
Rupanya budak2 sekolah itu semua baru balik merentas desa..
Lagi sekali bikin jalan sesak..
Tengok jam balik dah pukul 6.00..

Lepas itu lalu pulak sekolah rendah..
Ini memang mencabar sebab laagi byk kereta tersadai kat tepi jalan..
Jalan daripada 2 lane jadi 1 lane sahaja..
Lag isekali tersangkut.
Intai lagi jam kat dashboard kereta..
Mak aaihhh..dah pukul 6.10..
Ini belum masuk jalan kat highway..

Masuk sahaja highway saya rasa dah lega sebab jalan tak sesak sangat..
Tapi perkara lain pula yang bikin saya angin lagii..
Dahlah jalan tengah banyak kereta dan agak perlahanlah movement..
memang wajiblah brake banyak kali..
Tiba2 kereta depan saya ni lampu brake tak berfungsi..
Haiya..saya terpaksa lebih berjaga-jaga..
Jarakkan jauh2 sikit supaya saya dapat berhenti secara berhemah tanpa mengenai bonetnya yang cantik..
Walaupun adalah hasutan syaitan tu minta saya langgar aje..
Nasib baik say baik..wakaka~

Buat pemandu-pemandu Malaysia.
Lagi2 yang guna jalan2 masa peak hours...
Time jalan sesak2 tuh..
Tolonglah check lampu brake anda selalu..
Kalau apa2 jadi anda juga akan dipersalahkan sebab memandu dengan merbahaya..
Saya ada ambil gambar kereta itu sebab masa itu rasa geram..
Tapi saya dah okay dan tak geram dah..
Kalau jumpa lagi kereta tu buat hal yang sama mmg tak teragak2 la saya nak tepek gambar kat sini..
Biar jadi famous amos sikit..

p/s : perasan tak ada tulisan yang digaris-garis tu..jakun kejap sebab baru sahaja belajar buat..hehe~

Thursday, December 10, 2009

Kadar Saman Lalu Lintas dah murah!

Klik kat table atas nih untuk tumbesaran..
Pagi2 dah dapat email from member pasal nih..?
Ni kadar tuk 2010 ke?
Macam menggalakkan lagi je pesalah lalu lintas..
Apa pandangan kamu2..?

Dengar juga cerita pasal isu ujian JPJ tuk dapat lesen memandu..
Tahun depan dah ada option untuk ambil lesen kereta auto sahaja.
Tak payah lagi nak tekan clutch dan tukar2 gear bagai..
Kalau macam itu memang senang la nak dapat lesen nanti kan..?
Tak payah buat ujian mendaki bukit sebab tak perlu lagi nak balance minyak dengan clutch..
Kalau manual, itulah ujian JPJ paling ditakuti..
Dulupun fail daki bukit juga masa 1st test..cett~

Tapi dah confirm ke ye?
Tak ada apa2 official announcement pun pasal ini.
Ke saya yang ketinggalan..=(

Wednesday, December 2, 2009

Kereta ohh kereta..4 bulan dah~

Bila saya nampak kereta Honda Civic di jalan, perghh...cantiknya..
Bila saya nampak kereta Persona pula, cantik gak tapi tak mahu lah kereta besar2..
Bila saya nampak kereta Vios lagi2 colour putih, kalau saya beli ni memang boleh..tapi makan maggi la hari2..
Bila saya nampak viva, ok gak kecil sahaja senang nak menyelit, parkingpun mudah..tapi tak berapa gemar akan rupanya..

Sudahnya, myvi juga yang dibeli..
Myvi pun myvi la..
Dulu saya berangan nak beli kereta colour maroon tapi myvi tak ada pilihan warna itu.
Suka tengok Suzuki Swift..(berangan gaks tu nak beli tapi..tak mampu..)
So, end up dengan colour orange..(jauh sangat bezanya dengna tone colour idaman)
Sekarang dah 4 bulan usia kereta tu dengan saya.
4 bulan tu tak adalah lama sangat kan..
Alhamdulillah, selepas 2 calar kecil yang saya cerita dalam entry ni, dah tak ada lagi masalah.
Harap2 myvi tu dapat berbakti kepada tuannya ini dengan penuh dedikasi..
Baru service 2 kali sahaja..
Rasanya awal tahun depan baru kena service kali ke 3..
Maka akan terbanglah lagi beberapa keping note merah dan biru kehijauan..



Gambar ni tak de motif.
Nampak tu tangan saya terapung kat bahagian atas bonet enjin kereta.
Panas tu sebab enjin tak dimatikan masa tu..
Kalau sejuk dah lama tangan ku landing di situ..
hoho~

Sunday, November 22, 2009

New Look after 2 months make over~

Nak tengok rupa lamanya~
tapi sikit je la..
pic tyme dio accident dolu~
sobab2 utama make over di buat..
klik sini

Humang aih..
sila la tengok..
Dah tak muat garaj rumah tuk kereta2 ini..
takpe, awal tahun depan, kereta kelisa tu dah tak ada lagi..
Dah pindah sekali dengan tuannya..
ekeke~




Kereta depan sekali itu kereta iswara yang banyak jasa..
Setiap kali nak belajar kereta untuk ambil lesen, kereta ni akan digunakan sebab itulah satu2nya kereta manual kat rumah itu..
(Kakak, Adik Atan dan saya belajar pakai kereta itu..)
Tapi sedihnya sebab kereta itu bateri kong sebab lama sangat tak start..
hmm..
kena charge dulu kat kedai la gamaknya~

Wednesday, September 30, 2009

Keteku selepas 2 bulan..~

Dah 2 bulan usia keteku..
Erm..masih terlalu awalkan..
Sedangkan dah ada 2 kesan calar..
huhu~
semuanya berlaku di rumah...
yeee..di garaj rumah sendiri..
Nasib baek la kat jalan die BAIK..

1st calar tu kena masa nak masuk parking ke dalam..
lupa lak ada satu besi concrite yang terjuntai baik punya kat belah bawah..
Sedar2 dan ada kesan lekuk kecil kat keteku~
ukuran diameter 1cm rasanya..
alahai..~

sedih jugak la~

2nd time kena masa nak kuar dari umah, i ngat nak gi majlis buka posa kat umah member.
tapi, masa reverse tu x pasan body dah terkena kat motor abg sedara yang parking betul2 tepi kete aku..
sampai terjatuh la motor tu..
sib baek sikit jer..
tapi tetap ada satu garis sepanjang 3cm kat kete tuh..

Memang kalau sekali pandang tak ada ape kesanpun kat kete tu..
Tapi bila tengok betul2 memang nampak la..

p/s: To BF, sorry tak bagitau pasal nih. Malu la sebab salah saya sendiri..
Awakpun tak perasankan ada calar kat kete saya?
tul x?

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics