Followers

Tuesday, July 13, 2010

Fakta tentang Kenderaan ikut peringkat umur~

Sedar tak sedar rupanya dari peringkat baby baru lahir dah ada kenderaan sendiri berbentuk kereta atau motor.
Kereta/motor/basikal ni membantu kita untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan lebih mudah dan pantas.

Kronologi bermula sejak berusia lingkungan 4 bulan sehinggalah kita mati.
Sebenarnya saya dapat sumber ni daripada email tapi saay ada tambah perisa ikut citarasa saya sendiri.

Peringkat 1 : 4 bulan hingga 9 bulan


ya, baby walker.
bagi yang mampu memang akan ada satu.
tapi bagi yang tak mampu maka kenderaan anda ialah mak/ayah anda sendiri.
haha!

Peringkat 2 : 9 bulan hingga 3 tahun (ada yang sampai 5 tahun)



Bila dah besar sikit.
Dan mak bapak dah tak larat nak jadi 'kenderaan' anda, mereka belikan stroller aka kereta tolak.
Bagi yang kurang mampu bolehlah gunakan troli pasaraya(jika ke pasaraya) ataupun kereta sorong sebgai alternatif. Dan kalau mak ayah masih larat, mereka akan jadi kenderaan anda lagi.

Peringkat 3 : 3@4 tahun hingga 7 tahun



Kereta mainan. Tapi zaman saya dulu mana ada kereta mainan macam ni.
Semua duk main tarik2 pelepah kelapa (tak ada upih la di rumah saya).
Kalau advance sikit dapatlah basikal yang ad a2 roda kecil di kiri kanan roda belakang tu.
ekeke~

peringkat 4 : 7 tahun hingga 12 tahun.

Masa ini dah masuk sekolah rendah.
Kenderaan bagi orang yang tak mampu macam saya masa zaman tadika dulu pakai kaki sahaja.
menapak la.
Bila mampu sikit naik kenderaan besar siap kerusi banyak. Apa lagi bas sekolah jadi kenderaan rasmi.
Bagi yang tak suka naik bas, ada basikal dah masa itu. Basikal dah tak ada roda kecil di belakang.
Dan besar takkan tak pandai nak stabilkan basikal lagi kan.
err..tapi saya darjah 3 baru pandai bawa basikal. Fail la bab2 berkenderaan ni.
Kalau yang berkait dengan kereta, budak2 baya ini sukakan tamiya (kereta kontrol biasa2 tu)

Peringkat 5 : 12 tahun hingga 19 tahun.

Masa umur ni dah remaja.
Dah tak mainlah kereta kontrol kecil.
Nak yang besar dan kalau boleh yang boleh kontrol dari jarak jauh.
Basikal pula nak yang BMX, yang ada gear banyak2 tu.
Yang handle dia flat. Hargapun boleh tahan.
Bila dah 16 tahun mulalah merengek minta mak ayah sponsor ambil lesen motor.
Bila dah ada lesen, perabih minyak motor ayah sendiri bawa awek/kawan2 jalan2 kampung.
Bangga baru dapat lesen maa~

Peringkat 6 : 20 tahum hingga 50~60 tahun (depends)

Masa ini dah masuk alam dewasa.
Masing2 nak pakai kereta sendiri.
Bagi yang suka bawa motor, motorlah kenderaan dari muda sampai ke tua.
Jenis kereta berubah-ubah ikut kemampuan dan juga peningkatan umur.
Biasanya bagi yang duit tak berapa nak ada(lagi2 yang baru nak bina kerjaya), kereta-kereta biasa dibeli.
Bagi yang kaya dan dah hidup lama (duit dah banyak), kereta semuanya berjenama mewah lepas itu besar sampai tak muat parking.
haha~

Peringkat 7 : 50~60 tahun ke atas (depends juga pada tahap kesihatan).


kerusi roda pula.
errmm..masa ini kerusi rodalah yang akan tolong untuk bergerak ke mana-mana.
Dah tak larat nak cergas2 lagi.

Peringkat 8 : peringkat terakhir bila tiba masanya..



erk, kenderaan jenazah.
Insaf..insaf layan email ini.


4 comments:

aishahumairah said...

salam..

huhu..jauhkanlah dr segala penyakit..amin~

Cikbelog said...

kenderaan jenazah ..hurm.tak de sape tau bila kita akan naek kenderaan ni melainkan ALLAH s.w.t.. ;)

meoafzan said...

uiks... last2 tue seram... huhuhuhu

noorafzan.blogspot.com said...

aishahumairah..
aaminnn =)

dunspeak..
betul2..
kadang2 tak sempat nak lahirpun dah terus ke kereta jenazah. =)

meoafzan..
uuuu..saya 1st bacapun terkedu.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics