Followers

Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Wednesday, January 26, 2011

Tahap kesihatan kulit makin teruk : Punca?

Salam korang!

Last time saya ada cerita pasal masalah kulit yang saya alami selepas pakai sabun slimming. Erm, saya memang stop terus bila ada kesan sampingan dan teruslah jumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Kulit itu aset. Lagi-lagi dah nak kahwin tak berapa lama sahaja lagi.

Masa jumpa doktor itu dia tak dapat nak pastikan apakah jenis infection yang saya alami. So, dia just bagi ubat untuk kurangkan bengkak, kurangkan gatal dan kurangkan sakit. Saya makanlah ubat itu ikut jadual dan lama-lama infectionpun berkurang tapi bila salah satu daripada ubat yang doktor bagi habis, saya terus makan sahaja ubat lain (lagi 2 jenis ubat).

Tiba-tiba naik lagi infection ala-ala ruam. Kali ini macam lebih teruk tapi sampai ke sekarang saya tak berkesempatan untuk ke klinik berjumpa doktor. Bila saya tengok makin teruk ini saya mula risau dan akan ke klinik juga hari ini. Busy tak busy tetap nak pergi jumpa doktor. Risau juga takut ada sakit lain kan.

Dalam keadaan macam ini tiba-tiba saya teringat seorang sahabat yang telahpun dijemput Illahi semasa semester 2 tahun 1 di UTM dulu. Sahabat ini rakan sekelas saya dan dia meninggal dunia akibat barah kulit. Uuu..semalam memang rindu betul pada dia. Teringat masa saya dengan dia terpaksa menaiki tangga tinggi untuk ke kelas. Dek kerana dia tak larat, saya dan dia berhenti beberapa kali sebelum berjaya sampai ke puncak tangga. Kesan penyakit dia itulah yang menyebabkan badan dia lemah dan kulitnya jaid kering bersisik. Tapi saya kagum dengan ketabahan dia sebab dia tetap gigih untuk ke kelas dan belajar walaupun sakit.

Tapi segalanya berakhir bila dia jatuh sakit dan terpaksa di hantar ke hospital. Itulah kali terakhir saya bersama dia dan selepas itu dia terus balik kampung. Dan khabar sedih kami terima pada 14hb Februari bila salah seorang kawan kami mendapat mesej daripada keluarga Allahyarhamah memberitahu pemergian Allahyarhamah ke rahmatullah. Semoga roh Allahyarhamah Farah Zuria dirahamati Allah SWT.

Harapan saya sakit saya ini hanya sakit biasa. Dan akan sembuh secepat mungkin. Doakanlah ye kawan-kawan.

Jangan lupa terjah blog saya yang satu lagi http://www.noorafzan.com/
Ok, bai!

Thursday, October 28, 2010

Pengalaman dan Tips : Jawab Final Exam!

Malam tadi memang ber blogwalking tak hingat habis semua yang ada dalam bloglist, shoutmix, chatbox ku terjah baca. Bila jalan-jalan kebanyakan berkisar tentang final exam. Ye la kan sekarang ini memang musim final exam di IPT. Bila baca pasal Final Exam terus teringat kenangan lalu masa masih bergelar student. Rindu pula rasa. Ku mahu share pangalaman dan tips untuk score Final Paper. Benda inilah yang biasa kuamalkan masa bergelar student dulu.

Pengalaman 1:

Benda ini berlaku masa hendak jawab paper pertama final exam semester tu (tahun ke 2). Paper subjek Elektronik kalau tak silap. Beberapa hari sebelum itu memang terlalu busy bersengkang mata siapkan assignment-assignment terakhir. Lepas itu baru menggagau nak study. Malam sebelum exam itu memang fully used untuk study subjek itulah.

Oleh kerana masa suntuk, saya cuba guna pendekatan baca sekaligus semua nota. Lepas itu cuba jawab final paper sem lepas-lepas sebanyak yang mampu. Tapi dah kata satu malam sahaja for sure tak sempat kan.

So, saya cara paling mujarab cuba fahamkan 4 bab sahaja. Sebab menurut lecturer paper final itu ada 6 soalan pilih 4 (rasanyalah) Soklan 1 cover Bab 1, soklan 2 cover Bab 2 sampailah soklan 6 cover bab 6. Last-last tertidur. Sedar-sedar sahaja terdengar ketukan pintu. Member dah siap-siap sudah mahu pergi jawab exam yang diri sendiri masih mamai baru bangun tidur. Apa lagi terus berdesup mansi koboi, bersiap. Nasib baiklah ada geng, kalau tidak dah terbabas nak jawab exam. Haruuu..

Masa itu memang nasib kami baik betul sebab first time kena jawab 3 soalan sahaja daripada 6 soalan. 2 soalan memang confirm saya score. (sebab malam sebelum itu saya hanya sempat baca dan fahamkan 2 bab tersebut sahaja) Satu lagi itu main cincai sahaja jawab. Nasib baik carry marks tinggi. Kalau tidak memang hampehlah result eden.

  • Kepada adik-adik yang nak ambil exam, korang bolehlah gunapakai pendekatan yang saya ajar di atas itu. Lagi-lagi yang jenis suka sangat belajar last minute (macam saya!). Selamat mencuba.

Pengalaman 2:

Ini bukan paper final tapi paper test yang akan menyumbang 20 markah carry marks. Banyak tu beb. Nak dijadikan cerita lecturer saya masa itu memang jenis yang baik gila. Memang baik sangat sampai kalau ada test yang dia tahu soalan apa akan keluar, dia share dengan kami sama ada dua hari atau sehari sebelum. Dia bukan share soalan tapi share bab yang perlu kami baca untuk jawab soalan-soalan itu.

Tapi nak dikatakan malang itu tidak berbau ye jugak kan, ada lecturer lain yang 'dengki' pada dia (pada kami sebenarnya) dan tukar soalan last minute sampai diapun tak sempat nak inform kami. Sudahnya memang menggelupur kami semua nak menjawab paper test itu. Ada yang jawab ala kadar sahaja. Tak sampai setengah jam dah hantar kertas jawapan. Ku pula macam biasa tetap jawab walaupun tak tahu betul ke tidak. Memang paper itu saya dapat kurang daripada separuh markah penuh. Cacatlah result kami semua untuk subjek itu.

  • kesimpulannya jangan bergantung sangat pada hint-hint lecturer sebab tak 'selamat', Kalau nak selamat baca semua atau baca sahajalah yang termampu di baca dan yang penting faham.
  • Kalau baca semua tapi tak faham pun tak guna juga. Nak jawab paper nanti tiba-tiba jadi 'blank'. Paling geram bila soalan itu kita rasa baru sahaja baca jawapannya sebelum masuk exam hall tapi lupaaaaaa!!
  • Lepas itu jawab semua final paper yang lepas-lepas. For sure at least separuh daripada soalan lecturer akan ceduk daripada situ. Sebab lecturer kan busy manalah ada masa nak create semua soalan baru-baru. Mesti dia akan recycle juga sedikit daripada soalan lepas-lepas.
Kalau ikutkan banyak lagi pengalaman yang 'indah' masa final exam dahulu. Pernah saya tertinggal henset dalam exam hall. Nasib baik lecturer yang jumpa. Selamat henset saya. Masa itu saya pakai henset Nokia 'sabun'. Selamat hensetku.

Tuesday, October 26, 2010

Cabaran Menyelongkar Kebenaran 8 : Orang yang buat 'taik' padaku!

Benda ini macam nak buka aib orang sahajakan. Better ku cerita without petik nama orang itu.
Ku ini jenis yang tak peduli orang dan tak kisah apa yang orang buat padaku. Even dia buat 'taik' pun ku maish boleh cool selagi hidupku tak terjejas.

Tapi benda ini buatku belajar sesuatu. Ye la. Kadang-kadang kita tak sedar orang buat 'taik' pada kita sebab kitapun buat 'taik' pada orang. Sama ada kita sedar atau tidak sahajalah. haha~
Kenyataan beb.

Tapi yang bestnya sampai sekarangpun ku berfikir kenapalah budak ini buat 'taik' denganku padahal ku tak kacaupun hidup dia. Ini cerita zaman sekolah. Zaman sekolah teknik dahulu. Ku dahulu memang seorang yang pemalu dan pendiam. Kawan baikku pula ialah rakan sebilikku sejak masuk sekolah itu. Diapun satu kepala denganku. Pendiam. Tapi ku dah lama lost contact dengan dia. Nama dia Sabariah binti Azhar (err..betul ke idak nama bapa dia..lupalah).

Oleh kerana ku amat pendiam (tapi pelik sebab dapat jadi pengawas..), maka masa sekolah memang ku langsung tak ada skandal. Cinta monyetpun tak ada dlaam kamus hidup. Tapi kupunya 1 tabiat yang suka melepak di kelas kawan baikku Sabariah bila waktu prep. Hampir setiap hari kulepak prep dengan dia. Kami dulu yang perempuan akan prep di kelas masing-masing sahaja. Tak ada bilik khas. Lelaki sahaja ada bilik khas untuk prep. Tak boleh campur lelaki perempuan. Bahaya.

So, satu hari itu kudapat satu surat dimasukkan bawah mejaku. Katanya secret admirer daripada kelas kawan baikku itu. Ku gelarkankan kelas itu Kelas B dan secret admirer sebagai SA. Walaupun rasa pelik tapi hati ini berbunga-bunga jugalah. Perasan beb ada orang minat. Ku pun tak hingat sama ada ku balas ke tidak surat itu. Rasanya tak balas. Kubaca dan simpan sahaja. Ku tak dapat menekapun yang mana satu SA Kelas B itu. Lagipun kelas itu ramai lelaki.
Oleh kerana sifatku yang pendiam maka ku tak cerita pada siapa-siapapun pasal surat itu. kira macam simpan sorang-sorang sahajalah. Setiap pagi Isnin memang akan ada 1 surat daripada SA Kelas B. Dan lepas baca kuakan simpan surat itu.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjR-lTx7zArxs6KuzBRqtEoVNFMmRMUBnFfRBkftazFkF_0X4QChRg9my_ihkSXy9g7J-9FxzpAjGxuhxw0v1S3PwkOSwlYALrqgijzDTLmKEjkuRzyhGNagV1dl3rSVA9Debg3PHL8Z8n0/s1600/Memikirkan+Surat+Cinta.jpg
korang pernah dapat surat cinta tak?

At last di suatu hari yang indah tiba-tiba ada budak kelasku datang padaku. Dia kata dialah SA Kelas B. Dia saja-saja nak buat 'taik' dengan aku tapi tak berapa nak menjadi sebab ku bukan jenis yang 'kecoh mecoh'. Dia minta maaf sebab masa itu dah dekat SPM. Mukaku masa itu memang nampak sahaja cool tapi dalam hati macam-macam rasa ada. Malu, marah, bengang dikenakan beb! Bukan dia seorang tapi dia berkomplot dengan beberapa lagi member kelas. Tapi ku tak ingat orang lain. Yang kuingat hanyalah dia. Ya, hanya dia sebab gaya dia masa terus terang itu memang buatku geram. Muka tak ada rasa bersalah! Malah ada senyum mengejek.Rasa nak bagi sedas duapun ada tapi tak cool la kalau kubuat macam gitu. Dan akan kantoilah pula kalau kubuat macam gitu kan. tidakkk..tak sanggup nak bagi tahu satu dunia!

Balik sahaja bilik terusku koyak-koyak surat itu semua dan buang. Demm..apalah salahku pada dia agaknya? Tapi lepas itu kusedar sesuatu. Dah ada kelas sendiri buat apa nak menumpang di Kelas B. Mungkin mereka ini prihatin. Mungkin juga mereka kasihan sebab ku tak ada teman baik di kelas sendiri. Lagipun apa ke halnya ku nak belajar di Kelas B sebab mereka belajar Lukisan Kejuruteraan tapi ku belajar Prinsip Akaun. Patutlah Akaunku tak score A. haha!

p/s: Sampai sekarang ku menyesal buang surat-surat itu. Kalau ada bolehlah dibuat kenangan. hehe~

Thursday, October 21, 2010

My Raya Moments

Banyak betul pertandingan anjuran blogger-blogger glamour sekarang ini. Tapi dek kerana kesuntukan waktu saya dah terlepas banyak contest termasuklah contest teka siapa anjuran Hamzah Ian. Sorry bro sebab tak sempat join. Last time tengok tarikh tutup 22hb Oct. Pastu hari tu tengok dah tukar jadi 14hb ke 15hb October pula.

So, di masa yang agak-agak senggang (Err..senggang lah sangat. ), sayapun decide nak join contest bro Eyriqazz dan dah jadi super saiya blogger.

Hoyehh2..Tapi gambar apa yang ku nak pertaruhkan agaknya ya? Jeng jeng jeng...


Punyalah pelahap kami semua dengan rakus nak pergi terkam juadah open house raya depan nun.


My Raya Moments Contest adalah anjuran bersama MySuperkids , Viruspadu, LittleKidsPhotography, Fitrihadi dan Special Additional Sponsor by Redmummy.Com (RM150) and Denaihati (RM200)

Tak cukup meriah ke ni bro? Isk2, bila jumpa geng2 macam ginilah jadinya. Haru biru.
Ada lagi ke yang tak join? Takpe masih sempat lagi sebab tarikh tutupnya hujung bulan ini. So, serbu SINI ok untuk keterangan lanjut.

Dah la senang kacang sahaja syarat-syarat contest. Lepas itu bukan 1 tapi 3 contest sekali hadap. Kira ala-ala 3 in 1. Ingat air sahaja ke ada 3 in 1. haha. Tapi nampaknya, contest 1 dan 3 sahajalah saya layan!

p/s : next, kakinakl punya contest pula. Sempat lagi ni.haha!

Update : mendapat berita yang ayah bro Eyriqazz sudah meninggal. Al Fatihah buat Allahyarham dan takziah kepada bro sekeluarga. Untuk maklumat lanjut sila ke entry KakInaKL

Friday, September 17, 2010

Raya Aidilfitri 2010 : Jumaat&Sabtu kena kerja dan Open House tak sengaja semalam!

Salam Satu Malaysia.
Salam Hari Jumaat.

Hari ni first day kerja selepas bercuti selama seminggu.
Memang fresh tapi kena kerah tenaga sikit untuk tune balik mood cuti kepada mode kerja.
Yang pilunya, esokpun kena kerja.
Bila sabtu Raya kena kerja maka banyaklah rumah terbuka yang terlepas untuk dikunjungi.
Ada seorang member sekolah buat majlis kahwin belah dia (dia seorang lelaki) sabtu itu.
Maka dengan rasa tak bestnya saya minta maaf tak dapat menghadiri majlis.
Sedangkan dulu saya yang beriya tanya bilalah nak buat majlis belah dia sebab belha perempuan jauh nun di utara dan memang tak pergilah kan.
Lagipun, boleh combine dengan reunion kecil geng sekolah dulu.

Memang tak best kan bila kena kerja hari Sabtu di musim Syawal ini.
Sebab biasanya Sabtu dan Ahad inilah orang nak buat rumah terbuka.
Mana ada orang buat Rumah Terbuka weekdays kan.
Serupalah macam situasi majlis kahwin yang tak mungkin akan dibuat dalam bulan Ramadhan.
Bulan untuk lipat gandakan ibadat.
Memang boleh kalau nak buat lepas Tarawikh tapi macam tidak kena pula kan.
Isk2..

Semalam sempena Hari Malaysia, keluarga saya ada buat makan-makan sikit untuk saudara mara.
Tapi memandangkan ramai yang tak jadi datang atas sebab tertentu, maka memang berlebihan amatlah makanan yang kami masak itu.
Budget yang datang satu bas tapi yang datang satu kereta sahaja.
Apa macam?
asalnya ada satu kereta lagi mai. tapi time ni dah balik.

Terus saya kerahkan tenaga call kawan-kawan yang berdekatan rumah untuk jemput datang makan.
Kami buat lakse kelate dengan bubur kacang perisa durian.
Tetapi masa memang tak kena sebab dah lepas zohor baru jemput.
Semua bagitahu sudahpun makan dan ada urusan lain.
My sis siap post di wall facebook dia untuk jemput orang datang makan tetapi seperti yang dijangka memang tak ada seorangpun kawan dia yang dapat datang.
Lagipun semalam cuti.
For sure semua orangpun dah ada planning sendiri kan.
Yang meramaikan majlis ialah rakan-rakan abang dan adik lelaki saya.

dari kiri, abang ipar, kawan abang merangkap classmate ku dulu dan yang bertopi my big bro.

Merekapun tinggal berdekatan dengan rumah kami.
So, panggil sahaja terus sampai.
Nasib baik one of my old fren sudi juga datang.
Dia datang lepas maghrib dan merupakan tetamu terakhir kami.

Nor datang dengan maknya dan adik bongsunya nabiyah (panggil baby ok!)
oh ya, dorang ni family member taz.
Bila tanya mana taz, kakak dia,Nor kata dia pi beraya tempat lain.


mak saya dengan mak nor sedang bersembang. Maklumlah lama tak jumpa.
padahal rumah dekat benau. Jalan kakipun seminit dah boleh sampai.
wajib ada picta dengan old best fren. zaman kanak2 riang panjat pokok gajus sama-sama.
Susah nak jumpa sebab dia still study kat Perak.

Kesilapan yang kami buat ialah buat makanan kelantan.
(aleee.. plan nak jamu makcik pakcik sedara mara tapi tak kesampaian)
Ramai kawan-kawan abang dan adik pelik dan kata tak reti nak makan lakse kelate itu.
Kami yang memang berdarah kelantan tidak ada masalah untuk makan tapi tidak bagi orang luar.
So, tahun depan kena buat laksa penang gamaknya.Sure semua orangpun suka!

Kalau ikutkan, lagi mudah memasak kuah laksa penang sebab tak perlu guna santan.
Penat woo tangan memerah kelapa untuk buat kuah lakse kelate tu.
Dah la berbesen-besen kelapa parutnya.
Lenguh tangan eden.

p/s : adik saya cakap lain kali buatlah nasi lemak ke, nasi ayam ke buat menu open house.

lagi p/s : dah raya ke 8 baru dapat kad raya. Thanks Joe for the first and last kad raya I received for 2010! tahun depan saya balas ok. hak hak

Monday, July 26, 2010

Cerita : Seutas Gelang Zamrud

Saya yakin ada antara anda yang pernah menerima forward email ini.
Tapi bagi yang tak ada eloklah saya kongsikan cerita yang mennyentuh perasaan ini kepada anda.
Erm, macam ini ceritanya,

Sapura menyanyi kecil sambil menumis lauk di depannya. Hari ni dia akan masak
kari kapitan kepala ikan merah kesukaan suaminya.. Setelah dua minggu
berada di Penang menguruskan perniagaannya yang dikongsi bersama tiga orang
rakannya.. malam ini Fadley suaminya yang tercinta akan pulang.

Sengaja Sapura mengambil cuti kerja setengah hari... hari ini anak anaknya
Sukinah dan Rosli siang-siang sudah dijemput dari rumah ibunya. Dia mahu
buat persiapan yang sebaik mungkin untuk Fadley.. lelaki yang sudah menjadi
suaminya hampir tujuh tahun itu... malah tiga hari lagi genaplah tujuh
tahun usia perkahwinan mereka.

Alhamdullilah. . walaupun perkahwinannya dengan Fadley mendapat tentangan
hebat dari ayahnya pada mulanya.. ternyata Sapura tidak salah pilih. Ini
semua berpunca dari sikap angkuh ayahnya yang sukar menerima hakikat bahawa
Sapura anaknya yang berkelulusan universiti.. jatuh hati dengan Fadley
yang pada ketika itu hanya seorang kerani biasa berkelulusan sekolah
menengah. Sapura faham.. bukan ayahnya sengaja mahu menentang. Orang tua itu
bimbang Fadley tidak akan dapat membahagiakan Sapura anaknya yang cuma seorang
itu.. dengan gaji Fadley sebagai kerani. Tetapi Sapura sudah nekad. Dia tahu
Fadley bukan pemuda sebarangan. Dia punya cita cita dan matlamat hidup yang
tinggi.

Buktinya Fadley sanggup menghadiri kelas malam untuk mengambil Diploma. Dan
yang paling penting..Fadley menyintainya sepenuh hati. Perlahan Sapura
mula memujuk ayahnya. Ternyata ayahnya mengalah juga akhirnya. Dan dengan
restu orang tuanya, Sapura diijab kabulkan dengan Fadley dalam majlis yang
penuh ceria.

"Assalamualaikum. ....." kedengaran suara memberi salam. Sapura tersentak.

"Abang! Walaikumsalam. .." senyumnya melebar melihat Fadley
dibelakangnya. Tangan suaminya dicium dengan penuh kasih sayang. Sebuah
ciuman singgah di dahi Sapura. "Terperanjat Pura!Bila abang masuk? Pura tak
dengar bunyi pintu dibuka pun?". "Saje aje. Nak suprisekan Pura!" Fadley
membelai lembut rambut isterinya. Bau wangi singgah dihidung Sapura. Rasanya
baunya lain benar dengan minyak wangi yang selalu di pakai Fadley. Mungkin
Fadley beli "perfume" yang baru dari Penang , fikir Sapura.

"Eh! kata abang berangkat pagi ni.. takkan baru pukul tiga abang dah sampai
JB? Abang naik apa?" "By air..." ringkas jawapan Fadley. "Habis kereta
abang?". "Pada Mat Noor..." jawab Fadley. "Oh patutlah.." Sapura hanya
menganggukkan kepala.

Dia kenal benar pada Mat Noor.. salah seorang rakan kongsi suaminya. Masa
bertolak kelmarin pun.. Mat Noor menumpang kereta Fadley. Sementara Jeffri
rakan kongsi suaminya yang satu lagi itu.. menumpangkan Awang Sabaruddin
rakan kongsi mereka yang ke empat. "Hah! Jeffri tak ikut abang balik ke?.
Selalunya kalau balik outstation, dia balik sini. Cari makan dulu...."
tanya Sapura.

Dia sememangnya sudah masak dengan perangai Jeffri, rakan baik suaminya itu
yang masih membujang. "Nanti dia datang...... ." ujar Fadley. "Mana budak
budak Pura...?" tanya Fadley. " Ada dalam bilik..tidur kepenatanlah tu....main
basikal satu hari." "Basikal?" tanya Fadley.

"Hah ah.. ayah bilakan mereka basikal baru. Tu yang sibuk main tu.." jawab
Sapura sambil meletakkan milo ais kegemaran Fadley di depannya. "Abang
laparlah..belum makan. Pura masak apa?". "Ah.... Pura masak lauk favourite
abanglah..." senyuman Sapura melerek. "Kari kapitan?" teka Fadley. " Apa
lagi......" "Bagus jugak tu... Pura siapkan makan. Abang nak tengok budak
budak tu sekejap. Rindu benar abang dengan dia orang....". "Habis dengan
lamanya tak rindu ke?" usik Sapura. "Tersangatlah rindu....." jawab Fadley
lalu mengucup dahi isterinya lagi. Sapura tersenyum melihat Fadley berlalu.
Kasih sayang yang sememangnya sudah berbunga di hatinya semakin mekar.
Beruntung rasanya bersuamikan Fadley yang penyayang.

Fadley terlebih bersyukur mempunyai isteri yang bukan sahaja cantik tetapi
pandai menjaga harga diri sebagai seorang isteri. Apatah lagi disaat ini
mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang cerdik dan comel. Fadley
merenung kedua dua anaknya yang sedang nyenyak tidur. Dikucupnya pipi
mereka bergantiannya. Airmatanya tiba tiba mengalir. Apalah yang akan jadi
pada mereka sekiranya sesuatu terjadi kepadanya?. Itulah yang selalu
Fadley fikirkan. Dia tahu.. Sapura seorang wanita yang cekal hatinya. Apa pun
rintangan pasti Sapura dapat mengatasinya. Namun nalurinya sebagai
seorang suami dan ayah yang bertanggung jawab menjuruskan fikirannya ke
arah persoalan yang sedemikian. Sapura masuk ke bilik anak anaknya perlahan
lahan. Sempat dia melihat Fadley menyeka airmata. Sapura hairan. Tidak pernah
selama ini dia melihat Fadley menangis selain selepas waktu mereka sudah
siap diijab kabulkan dulu. Itupun kerana kesyukurannya yang tidak terhingga
kerana berjaya juga menikahi Sapura walaupun mendapat tentangan hebat
dari ayah Sapura. "Bang.... kenapa ni...?" Fadley mengangkat muka memandang
Sapura.

"Pura...kalau apa apa jadi pada abang.. Pura jagalah anak-anak kita baik-baik.
Pastikanlah mereka mendapat ajaran agama yang secukupnya.. ." ujar Fadley
lembut. "Eh....apa abang merepek ni..sudah..mari kita makan. Pura dah siapkan
tue". Pura janji dengan abang dulu...." rayu Fadley. Sapura merenung wajah
suaminya. Apa pula yang tidak kena dengan Fadley hari ini. Tidak pernah
seingatnya Fadley berperangai pelik seperti ini. "Yalah...Pura janji.
akhirnya Sapura bersuara tidak mahu memanjangkan teka teki ini lagi.
"Pura...abang ada belikan Pura sesuatu...." ujar Fadley sambil menyeluk pokek
seluarnya.

"Eh......gelang zamrud...." senyum Sapura tatkala melihat seutas gelang
tangan zamrud yang berkilauan. "Pura ingat tak gelang nie?". Gembira benar
hati Fadley melihat keriangan di wajah Sapura. "Ingat!!!!!" Sapura mengerutkan
dahinya sebentar kemudian dia mengeleng. Memang dia tidak ingat langsung
pada gelang itu. "Masa kita pergi honeymoon di Penang dulu. Dekat kedai mas
di Komtar? Pura suka sangat tengok gelang tu. Masa tu.. abang tak ada duit
nak belikan Pura. Tapi abang janji pada diri abang.. satu hari abang akan
belikan juga gelang tu untuk Pura. Kebetulan kelmarin, masa jalan dengan
Jatt.. abang terpandang gelang tu. Tulah yang abang beli....". Terpegun Sapura
mendengar cerita Fadley Sungguh tidak disangka setelah sekian lama.. Fadley
masih ingatkan gelang zamrud itu sedangkan dia sendiri tidak pernah
mengingati gelang itu apatah lagi berangan untuk memilikinya. Kasih sayang
Fadley selama ini sudah cukup buatnya. "Terima kasih bang...." Sapura memeluk
suaminya.

"Happy seventh anniversary sayang....I love you...". bisik Fadley ke telinga
Sapura. "I love you too.." balas Sapura. Air jernih mula tergenang di anak
matanya. Dalam kesyahduan itu, kedengaran bell pintu dipicit orang. "Jeffri
agaknya tu...." bisik Fadley. "Tak pa. Biar Pura yang buka pintu...." Sapura
bangun melepaskan pelukannya. "Pura...."Fadley menyambar tangan Sapura. "I love
you...very very much....." Fadley mengucup tangan Sapura.. penuh kasih. "Me
too.." jawab Sapura pendek.

Gelang zamrud dimasukkan ke poket bajunya. Sebaik saja pintu terbuka..
terpacullah wajah Jeffri dengan rambut yang kusut masai. "Hai..Jeffri. Apa kena

dengan kamu? Selalunya "smart" memanjang. Hari ni lain macam aje?" usik
Sapura. Jeffri hanya terseyum tawar. Dia masuk tanpa dijemput dan melabuhkan
punggungnya di sofa. "Puraa...can you please sit down..", pinta Jeffri. Sapura
mengerut dahi. Apa kena dengan si Jeffri ni agaknya? detik hatinya..
"Please...I have something very important to tell you..." pinta Jeffri lagi.
Sapura semakin hairan. Tetapi dia duduk juga seperti mana yang dipinta. Jeffri
tertunduk.

Tidak tahu begaimana untuk memulakan perbualannya. "Pura...apa pun yang Jeffri
nak sampaikan ni.. Jeffri nak Pura sabar dan bertawakal. Terimalah dengan
hati yang tenang..." perlahan ayat yang keluar dari mulut Jeffri. "Apa yang
you merepek ni Jeffri?". Teka teki terus bermain di benak Sapura.
"Pura....... Fadley... ...Fadley kemalangan. Dia tak dapat di selamatkan Pura..."
tersekat sekat kekata itu keluar dari mulut Jeffri. Sapura tertawa kecil.
Sandiwara apa pulak yang Jeffri lakonkan nie..mengarut betul? Fadley kan ada
di rumahnya tika dan saat ini. "Apa ni Jeffri...kalau nak bergurau pun
biarlah bertempat... " balas Sapura. "I'm serious Pura.....Jeffri yang saksikan
sendiri.. "Sapura terpegun. Mana mungkin Jeffri berkata benar sedangkan
suaminya yang tercinta berada di rumahnya. Di bilik anak-anaknya,
gurauan apakah ini..gumamnya sendiri... "Jeffri..... apa yang Jeffri repekkan
ni...Fadley kan dah balik.

Dia ada dekat bilik anak I.. I baru berbual dengan dia" ...."Apa? Fadley dah
balik?" terbeliak mata Jeffri. Sungguh dia tidak berbohong. Dia sendiri yang
memangku kepala Fadley di saat kawan baiknya itu menghembuskannya nafas yang
terakhir. Malah dia sendiri melihat bagaimana Fadley dirempuh lori tanah
ketika melintas jalan menuju ke keretanya di perhentian Bukit Merah tadi. Dan
setelah jenazah Fadley dibawa ke hospital dengan diikuti Mat Noor dan
Awang Sabaruddin, dia terus memecut menuju keJohor Baru untuk ke rumah Fadley.
Dia mahu menyampaikan berita buruk ini pada Sapura sendiri. Dia tahu betapa
wanita ini menyintai suaminya. Tadipun sebelum masuk ke rumah ini dia telah
menelefon Mat Noor untuk memastikan segala urusan membawa jenazah Fadley
pulang berjalan dengan lancar. Mana mungkin Fadley pulang ke rumah?

"Jeffri...you dengar tak apa Pura cakap? Fadley dah balik..." Sapura mengejutkan
Jeffri dari lamunannya. "Pura....Jeffri tak tahu apa nak kata apa. Tapi
percayalah, Jeffri sendiri yang melihat kejadian itu. Fadley meninggal di
pangkuan Jeffri... "Bohong...Fadley dah balik...Nanti biar Pura panggil dia...."
Sapura semakin binggung. Apa tujuan Jeffri ..bercerita yang bukan-bukan
padanya?. Pantas dia menjenguk ke bilik anak anaknya. Fadley tiada di situ.
Ah! Tentu Fadley di bilik mereka. Dia menjenguk ke situ juga sambil
memanggil nama Fadley. Tiada respon, Dia berlari ke dapur pula. Mana tahu
Fadley mungkin ke sana . Tiada juga.

Akhirnya setelah penat mencari.. Sapura terduduk di ruang makan. Disamping
makanan yang belum terjamah. Mulutnya di tangkup dengan tangan kanannya.
Apakah benar yang Jeffri sampaikan? Mimpikah dia? Jeffri hanya memerhati gerak
geri Sapura. Pilu hatinya melihat Sapura berlari ke sana sini mencari Fadley
yang dikatakan sudah pulang. "Pura...arwahnya mengamanatkan sesuatu..." Jeffri
menghulurkan kotak berwarna merah. Sapura hanya mampu memandang tanpa suara.
Dia masih binggung. Namun kotak yang Jatt hulurkan disambut juga.

Perlahan lahan dia membuka kotak itu. Didalamnya terdapat sepasang subang
zamrud. Terlopong mulut Sapura. "Rasanya ada barang yang hilang dari
kotak tu. Kelmarin masa arwah beli,Jeffri pasti benar ada seutas gelang
zamrud bersama subang tu...tapi puas Jatt cari.. tak jumpa juga" sayu je
suara
yang keluar dari mulut Jeffri. Sapura memandang Jeffri. Terkedu. Air jernih sudah
deras dipipinya. Baru dia teringat akan gelang zamrud pemberian Fadley.
Dikeluarkan gelang itu dari poket bajunya. "Ini ke Jatt?" tanyanya
perlahan. Jatt tersentak. Benar! Itulah yang dilihatnya semasa Fadley
membelinya malam kelmarin. Saat itu tidak putus putus Fadley menyatakan
kegembiraannya dapat membelikan gelang itu untuk Sapura. Tapi macam mana pula
benda itu boleh berada pada tangan Sapura?.

Apakah benar keterangan Sapura bahawa Fadley sendiri yang pulang menghadiahkan
gelang itu kepada Sapura? Kalau benar.. bagaimana? Yang nyata di bumi
Allah ini tiada yang mustahil dengan izinNya. Sapura hanya mampu menangis.
Dia memandang kari kapitan yang belum tersentuh dan milo ais yang belum
terjamah. Hidangan yang sepatutnya menyambut kepulangan suaminya, terbiar
begitu sahaja. Rasanya saat ini seleranya juga sudah tertutup habis.
Kalau benar Fadley sudah tiada....sebagaiman a kata Jatt.. siapa pula yang
datang menghadiahkan gelang zamrud ini padanya?

Sungguh sukar untuk Sapura menerima kenyataan ini. Dan ketika ruang rumahnya
di penuhi dengan bacaan surah Yassin.. Sapura masih mengharap akan
kepulangan Fadley.. sambil memeluk kedua anaknya yang masih terlalu kecil
untuk memahami segalanya. Hanya apabila jenazah Fadley tiba di rumah..
barulah Sapura yakin bahawa suaminya sudah pergi untuk selamanya. Yang
tinggal kini hanya seutas gelang zamrud yang menjadi saksi segalanya



wasalam,


Misteri kan.
Tapi cerita ini sedih betullah.
huhu~

Friday, July 23, 2010

Happy 1st Anniversary my BF

Hari ini tarikh keramat.
23/Jul/2009 saya telah mula serius berhubungan dengan my Orange Sweetheart.
Dan pada 31/Jul/2009 kami dipertemukan.
Kalau ikutkan saya berkenan dengan dia dah lama.
Sejak bulan May/2009 lagi. Tapi susah juga nak mengorat dia.
Macam-macam syarat kena saya penuhi sebelum saya dapat memiliki dia.
Tapi berbaloilah kan.

Kini sudah setahun kami berhubungan.
Dan dia memang BF yang baik.
Tak banyak ragam.
Saya senang dan sayang sangat pada dia.
Walaupun dia pernah masuk hospital selama 2 minggu atas kecuaian saya.
Tapi ,dia tetap setia dengan saya.
Baguskan dia?

Tunang?
Oh tidak, bukan dialah.
Buat masa ini tunang dah jatuh tempat kedua.
Dia ini lagi penting buat masa inilah.
Mana taknya.
Dah banyak dah duit gaji yang saya korbankan untuk dia.
Dan pastinya tunangpun tak cakap apa sebab tunangpun juga terlibat masa dia masuk hospital dulu.
Nak cakap cuai itu tidaklah.
Dah kata takdir.

Habis itu siapakah dia?
Baiklah, biarlah saya berterus terang.
Inilah dia my Orange Sweetheart.

Inilah keadaan dia sebelum ditahan di 'hospital'

kesian dia kan masa ini.
Sedih sahaja saya tengok. Cedera parah.
Tapi sekarang dia sudah sembuh.
=)

p/s : Road Tax pun sudah renew. Lega!

Thursday, April 8, 2010

Kotak Ajaib saya jumpa di rumah -part 1

Masa saya mengemas bilik untuk majlis perkahwinan kakak saya hujung tahun lepas, saya terjumpa kotak biru di bawah ini.
Inilah kotak yang menyimpan kenangan zaman sekolah saya dulu..

Mari saya reveal salah satu dari barang kenangan yang ada dalam kotak baldu biru ni.

Ye, salah satunya ialah buku ni..
Ini merupakan projek akhir mata pelajaran sejarah masa tingkatan 2..
tahun 1999..
Kira2 11 tahun yang lepas la kan..


Close up sikit..
Tulisan te'cantik' saya dolu2..

Gigih tu, semuanya kena design secara manual..
Tak ada PC, Words, Excel..
Semuanya tulis tangan sahaja.
Siap lukis2 lagi..

Bila saya godek2 semula hasil kerja saya dulu memang buat saya tergelak, tersenyum.
Ada banyak lagi khazanah dalam kotak ajaib tu.
Nanti2 saya reveal di next part.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics