Followers

Showing posts with label healthy. Show all posts
Showing posts with label healthy. Show all posts

Sunday, July 24, 2016

Saya Pengedar Shaklee Bandar Utama

Assalamualaikum wbt.

Saya Noor Afzan dan saya sini bekerja sepenuh masa di sebuah MNC di bangunan sebelah One Utama Shopping Centre dan dalam masa yang sama ialah pengedar Shaklee yang sah. Kalua kawan-kawan nak beli produk Shaklee, bolehlah contact saya. Untuk area Bandar Utama dan Selayang saya ada buat khidmat Cash on Delivery tau.

Marilah contact/sms'whatsapp saya bila-bila masa di number 012-372-8374.
Atau boleh ke blog saya untuk perkongsian produk shaklee dan info terkini produk atau promosi di http://supplement4urhealth.blogspot.my/

Saturday, August 9, 2014

Kantoi Result MGTT semasa Ramadhan

Salam semua.
Dah berkurun lamanya tak terupdate blog ni. Haha..macam la duk dalam dunia ni lama sangat sampai berkurun kan. Padahal baru sebulan dua je kan. Betul tak? Cerita puasapun dan lepas. Rayapun dah masuk hari ke 13. Alhamdulillah, tahun ini daapt puasa sebanyak yang boleh walaupun mengandung dah lebih 7 bulan. Cuma ada beberapa hari sahaja sangkut. Itupun disebabkan ujian MGTT ( Minum air gula buat ibu mengandung) yang secara kebetulan jatuh pada bulan puasa.

Dugaan datang bila keputusan MGTT tu tak normal. Tiba-tiba saya dapat juga tempias diabetes ketika mengandung. Masa 1st MGTT (usia kandungan 3 bulan) hari tu result OK. Tapi, sejak masuk bulan puasa ni lain pula. Sudahnya, kena buat repeat test selama 2 hari dalam bulan puasa juga. Kalau buat repeat test tu memang tak boleh nak berpuasalah. Saya syak ianya berpunca daripada amalan pemakanan di bulan puasa. Buka pausa minum air manis. Lepas itu kurang minum plain water. Makan kurma pula sampai 7 biji sekali hadap. Belum campur kuih muih lagi. So, lepas dapat result MGTT tu, kena mengawal dirilah. Buka puasa minum plain water sahaja. Kurmapun makan sebiji dua. Banyakkan minum air masak sepanjang malam sampai sahur. Alhamdulillah repeat test memang OK resultnya. Tapi once MGTT result not OK, Akan kena buat repeat test tu setiap 2 minggu sampailah bersalin nanti.

Saya perasan juga masa sebelum puasa itu, saya kurang minum air masa di office. Kerja banyak sangat sampai tak sempat nak pergi refill air. Terlupa nak minum air. Masalahnya, boleh pula pergi vending machine beli Air Jus Tropicana Twister tu kan. Masalah betul. Sejak akhir-akhir ini memang suka bebenar minum air manis-manis. Bila dah raya lagilah bahaya. Di mana-mana semuanya air-air manis, biskut raya manis, lauk-pauk manis dan desert yang manis. Tapi, kenalah kawal diri tu kan. Ambil dalam jumpah yang sedikit. Lagi satu sekarang ni kan musim biuh. Habis semua buah manis nak dimakan. Durian, rambutan, duku dan manggis menggamit selera sungguh. Makan jugalah. Tapi lepas itu  telanlah plain water banyak-banyak.

Cuti raya pula sampai 11 hari. Hari rabu masuk kerja terus mula berpuasa. Rasa dah terlalu banyak makan masa raya. Tu yang berazam untuk berpuasa juga. Lagipun kalau boleh nak ganti puasa sebelum bersalin. Sekarang tinggal 2 hari sahaja lagi yang perlu diganti. Minggu depan ada jamuan raya pula di office selama 4 hari. So, terpaksalah postpone puasa minggu seterusnya pula. Tak apa. Syawalpun masih lagi berbaki. Kalau sempat cukupkan 6 hari lagi bagus. Untung-untung dapat pahala puasa enam walaupun niat nak ganti puasa.

Oklah, setakat itu sahaja update saya kali ini. Buat ibu-ibu mengandung semua, mesti ramai juga yang sangkut MGTT result kalau buat masa puasa kan. Kakak saya bagitahu di KK Dengkil (kot?), masa bulan puasa hari tu, hampir semua ibu-ibu mengandung yang MGTT test result tak OK. Dia kata tak sampai 10 orang sahaja yang result OK. Fuuhhh..mesti disebabkan alasan yang sama macam saya juga kan.

Ok, bai!

Thursday, March 10, 2011

Sudah lama tidak jogging!

Salam korang!
Lama sudah tak berjogging. Rasa macam badan ini lemah sahaja. Tiap kali bangun daripada tidur akan berperang dengan diri sendiri.

Nak bangun ke tak?
Tak bangun ke bangun?

Nasib baik bangun juga kalau tidak memang lambatlah sampai office takpun terus tertidur sampai terpaksa ambil cuti. Uik, takkan sampai macam itu sekali kot.
Tak..tak..Gurau sahajapun tak boleh.

Nak bangun pagi pergi jogging pun satu perkara yang paling malas untuk dilakukan. Lagi-lagi sekarang ini sudha tak ada geng untuk berjogging. Takkan nak pusing taman tasik seorang diri kot. Tak cool lah. Dulu ada juga my sista temankan. Err..actually dulu saya yang temankan dia jog sebab dia nak kuruskan badan sebelum wedding. Now, sudah ada babypun.

So, bilakah agaknya hajat untuk jogging akan terlaksana?
Tunggu sahajalah kot kot hujung minggu ini tiba-tiba semangat nak pergi jogging.
Jom korang jogging sama-sama. Baru geng!

Pic diambil masa nak pergi jogging di tasik titiwangsa tapi tak jadi.

Friday, February 11, 2011

Dengar perkataan 'masuk hospital' sahaja mesti takut!

Salam korang!

Siapa pernah jumpa Doktor di hospital. Honestly saya sebenarnya sebelum ini tak pernah kena jumpa doktor di hospital. Macam membimbangkan sahaja bila dengar seseorang nak ke hospital berjumpa doktor. Kalau ke klinik tu orang boleh terima lagi. Sebab selalunya orang demam, sakit-sakit ringan akan mendapatkan rawatan di klinik. Manakala kalau ke hospital itu maknanya penyakit yang dialami teruk, sakit-sakit berat kan.

Actually sakit saya ini hanyalah kecil cuma tak dapat diselesaikan di klinik. Dah 3 kali saya ke klinik mendapatkan rawatan dan akhirnya doktor klinik refer saya terus ke hospital. Sakit saya sakit luaran sahaja dan tak adalah melibatkan organ dalaman badan seperti hati, jantung, limpa, sendi, otak hatta organ-organ lain. Sakit kulit. So, hari selasa hari tu saya telah bertemu pakar kulit di hospital swasta. Adalah sedikit alahan yang jumpa doktor klinik 3 kalipun tak sembuh-sembuh.

Alhamdulillah, lepas jumpa doktor itu saya punya sakit dah makin berkurang. Tapi alahan di tapak kaki macam tak ada kesan positif pula. Nampaknya memang kena jumpa doktor lagilah selepas ini. huhu~ 
Ok,bai!

Wednesday, January 26, 2011

Tahap kesihatan kulit makin teruk : Punca?

Salam korang!

Last time saya ada cerita pasal masalah kulit yang saya alami selepas pakai sabun slimming. Erm, saya memang stop terus bila ada kesan sampingan dan teruslah jumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Kulit itu aset. Lagi-lagi dah nak kahwin tak berapa lama sahaja lagi.

Masa jumpa doktor itu dia tak dapat nak pastikan apakah jenis infection yang saya alami. So, dia just bagi ubat untuk kurangkan bengkak, kurangkan gatal dan kurangkan sakit. Saya makanlah ubat itu ikut jadual dan lama-lama infectionpun berkurang tapi bila salah satu daripada ubat yang doktor bagi habis, saya terus makan sahaja ubat lain (lagi 2 jenis ubat).

Tiba-tiba naik lagi infection ala-ala ruam. Kali ini macam lebih teruk tapi sampai ke sekarang saya tak berkesempatan untuk ke klinik berjumpa doktor. Bila saya tengok makin teruk ini saya mula risau dan akan ke klinik juga hari ini. Busy tak busy tetap nak pergi jumpa doktor. Risau juga takut ada sakit lain kan.

Dalam keadaan macam ini tiba-tiba saya teringat seorang sahabat yang telahpun dijemput Illahi semasa semester 2 tahun 1 di UTM dulu. Sahabat ini rakan sekelas saya dan dia meninggal dunia akibat barah kulit. Uuu..semalam memang rindu betul pada dia. Teringat masa saya dengan dia terpaksa menaiki tangga tinggi untuk ke kelas. Dek kerana dia tak larat, saya dan dia berhenti beberapa kali sebelum berjaya sampai ke puncak tangga. Kesan penyakit dia itulah yang menyebabkan badan dia lemah dan kulitnya jaid kering bersisik. Tapi saya kagum dengan ketabahan dia sebab dia tetap gigih untuk ke kelas dan belajar walaupun sakit.

Tapi segalanya berakhir bila dia jatuh sakit dan terpaksa di hantar ke hospital. Itulah kali terakhir saya bersama dia dan selepas itu dia terus balik kampung. Dan khabar sedih kami terima pada 14hb Februari bila salah seorang kawan kami mendapat mesej daripada keluarga Allahyarhamah memberitahu pemergian Allahyarhamah ke rahmatullah. Semoga roh Allahyarhamah Farah Zuria dirahamati Allah SWT.

Harapan saya sakit saya ini hanya sakit biasa. Dan akan sembuh secepat mungkin. Doakanlah ye kawan-kawan.

Jangan lupa terjah blog saya yang satu lagi http://www.noorafzan.com/
Ok, bai!

Saturday, November 13, 2010

Dugaan : Mak dah discharge tengahari tadi!

Salam semua.
Ops, entry sebelum ini saya ingatkan entry terakhir untuk hari ini rupanya tidak sebab semasa on da way nak ke hospital dapat panggilan daripada ayah yang mak sudah boleh discharge tengahari. Kiranya kami datang untuk menjemput mak pulang. Alhamdulillah, mak pun dah terlalu bosan duduk di sana. Kami yang duduk melawat dia di sanapun rasa ke’bosan’an apatahlagi dia sendiri.
Sampai sahaja di wad, mak dah siap pakai tudung dan barang-barang semua sudah di packing. Hanya menunggu bill untuk dilangsaikan dan ubat yang perlu dibawa balik. Muka mak pun kemain lagi cerianya bila dapat balik. Segar sahaja nampaknya berbanding semalam. Bila saya tanyakan paras gula dalam darah mak rupanya pagi itu doktor check darah mak dah turun daripada 10.2 kepada 6.0. Patutlah doktor membenarkan mak untuk pulang.
DSCN7505-1 tengok tu betapa cerianya mak hari ini.
DSCN7506-1 ayah, akak dan abang menunggu misi datang hantar ubat dan bill.
DSCN7508-1
mak buyungpun nak ikut menjemput mak
DSCN7511-1 bergambar dengan mak sebelum discharge!
Dalam pukul 12 macam itu saya ada temujanji dengan Kak Ina KL. Saya order  choc chip cookies Kak Ina yang mabeles itu. Siapa tak rasa terliur bila semua orang lain review yang kukis Kak Ina KL sedap. hehe~ Nanti saya review pasal keenakan kukis beliau di next entry. Kebetulan masa Kak Ina sampai, mak belum keluar wad so saya ajak Kak Ina melawat dan berkenal-kenalan dengan mak. Wahh, tak sangka Kak Ina begitu sporting sampai sanggup ikut naik lif sampai tingkat 5 untuk berjumpa dengan mak saya. Terima kasih ye Kak Ina.
DSCN7518-1
saya bergambar dengan Kak Ina KL 
DSCN7523-1
mak bergambar dengan Kak Ina KL. Nampak kukis dalam beg kaler pink pepel tu.
Lepas dah settle bil, ambil ubat, dan berchit chat sebentar dengan Kak Ina, kami semua pun beredar daripada wad. Kami terus balik ke rumah dengan hati senang. Almaklumlah mak pun dah ada depan mata 24 jam lepas ini. Masa saya taip ini memang dah masuk Isyak sebab daripada lepas zohor tadi kami menerima kunjungan daripada sanak saudara yang tidak berkesempatan melawat mak di hospital. Gamat jugalah rumah tadi dengan anak-anak mereka yang masih kecil. Huru hara sekejap. Rumah saya ini sudah lama tak ada budak kecik. Adik saya paling kecil pun umurnya sudah 19 tahun. Bayangkanlah sudah berapa lama kan. Hujung tahun ini barulah meriah balik dengan cucu sulung mak ayah yang bakal lahir dalam pertengahan bulan December nanti kalau mengikut jangkaan doktor.
DSCN7528-1 ayah tolong papah mak sampai ke kereta.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih dan salam sayang kepada semua rakan-rakan blogger dan facebook yang tidak henti-henti mendoakan kesihatan mak saya dan meniupkan semangat untuk kami sekeluarga menghadapi ujian Allah ini. Alhamdulillah, bilpun tidaklah sebanyak dulu sebab dulu mak saya kena tahan wad 8 hari (kali ini 4 hari sahaja).

Friday, October 15, 2010

Water? What happened to our world nowadays!

Water is the something that I believe that everyone just not want but need it to survive for life. But we always over-looked the importance of clean water and the bad effect that might caused if we are lost of water even for a single day. So, as to support Blog action Day 2010, I will voice out about water in blog post here. This campaign brought to you by Change.org.

What is serious issue that caused by water? Basically there a lot of things that severely happened caused by water and some issues I'm not notice them before but after I go through the change.org websites I realize the logic of that issue arises not only in our country but around the world that might be not safe enough for us to live in.

Why I said like that?

You should ask yourself and find out by yourself what happened and gonna be happened to our beloved world nowadays and future if we still overlooked about the issue of water. And then what we can do to save our water? Ask yourself again..agaga.. ok I'm just kidding. So simple actually. You can sign petition that positioned at my blog right sidebar. Found? Ok, jut sign the petition and done! You have done your part to save our water.

Actually, why water?

Ok, actually just like I said there are so many issues that arises caused by water. But I only want to focus on the one of water sources to us which is river. yes, river is water and a lot of water flow to form as river. So, I dont want to say much regarding how seriuos water pollutant of river around the world nowadays since everyday household activities are a major contributor to polluted runoff, which is among the most serious sources of water contamination.

When it rains, fertilizer from lawns, oil from driveways, paint and solvent residues from walls and decks and even waste from pet Fido are all washed into storm sewers or nearby lakes, rivers and streams -- the same lakes, rivers and streams we rely on for drinking, bathing, swimming and fishing.

So, Here I would like to share to you all some ways you can help reduce polluted runoff to our river directly starts from your home. Yup, everythings always starts from ourself first right!
I will share with you four of simple ways to be followed;

1) Correctly dispose of hazardous household product.

--> Keep paints, used oil, cleaning solvents, polishes, pool chemicals, insecticides, and other hazardous household chemicals out of drains, sinks, and toilets. Many of these products contain harmful substances -- such as sodium hypochlorite, petroleum distillates, phenol and cresol, ammonia and formaldehyde -- that can end up in nearby water bodies.
--> Contact your local sanitation, public works, or environmental health department to find out about hazardous waste collection days and sites.
* If a local program isn't available, request one.

2) Use nontoxic household products whenever possible.

--> Discarding toxic products correctly is important, but not buying them in the first place is better.
--> Ask local stores to carry nontoxic products if they don't already. For examples of safe substitutes for toxic household products, check EPA's EnviroSense website.

3) Recycle and dispose of all trash properly.

-->Never flush non-degradable products -- such as disposable diapers or plastic tampon applicators -- down the toilet. They can damage the sewage treatment process and end up littering beaches and waters.

4) Conserve water.

Use the most efficient plumbing fixtures. A whopping 73 percent of the water you use in your home is either flushed down the toilet or washed down the shower drain. Toilet dams or bricks placed in your toilet tank can save four gallons of water per flush, or up to 13,000 gallons a year for the average family of four.
Low-flow toilets and showerheads also yield major water savings. Repair drips promptly; a dripping faucet can waste 20 gallons a day, a leaking toilet 200 gallons. Sweep driveways and sidewalks instead of hosing them down.

This information is not enough for you to understand how to save clean and safe water? if so, please feel free to visit HERE for more information and they also shared the other 8 ways to help reduce polluted runoff to the river.

TAKE YOUR ACTION NOW, SAVE OUR BELOVED WORLD'S WATER!

Peringatan :
Bahasa Inggeris penulis amatlah lemah dan lemau ye. Kalau ada kesilapan grammar apatahlagi susunan ayat dan perkataan sila-silalah menegur secara berhikmah. hehe~
Entry hari ni di buat sempena Blog Action Day 2010. Korang sayangkan air bersih kita, sungai kita? Katakan ya dan bertindak segera untuk menyelamatkannya.

Saturday, October 9, 2010

Blog Action Day 2010! -Jom selamatkan sumber air dunia dengan berblog!

Salam, apa kebendanya Blog Action Day 2010 ini?

Ya, kuminta maaf sebab kusendiripun tidak faham sangat apa kebendanya ini.

Lorh, kok tidak faham sangat kenapa mahu tulis juga?

Bujan tidak faham langsung tapi ada sedikit sahajalah kefahaman ku yang kurasa wajib kongsikan dengan semua. Joe dan Kujie dah kongsi di blog mereka. Kupun mahu juga kan.

So, apa yang kufaham?

Yang kufaham program ini untuk blogger yang ada blog.
Yang kufaham blogger yang mahu join kena register di SINI.
Yang kufaham blogger yang mahu join kena menulis entry berkenaan WATER di blog masing-masing pada hari Blog Action Day 2010 iaitu 15/October/2010 ini.

Buat entry pada 15hb ye jangan buat-buat lupa pula buat pada tarikh lain. Inlah salah satu cara kita untuk bagitahu satu dunia kepentingan air dan masalah yang dihadapi seluruh dunia sekarang yang berkaitan dengan air.
Selain daripada blog pasal WATER, ada 1 lagi cara untuk support ini kempen iaitu,
sign Petition untuk support "Support the United Nation's Effort to Bring Clean, Safe Water to Millions".Sila rujuk banner di sidebar kanan blog ini untuk sign petition itu ok.

Kenapa Water?

Menurut website itu, hampir billion orang dalam dunia ini tidak mendapat sumber air yang bersih dan selamat untuk diminum. Dan setiap seorang daripada 8 orang terkena penyakit malah ada yang mati kerananya.
Ya itu adalah realiti sekarang ini kan. Tengok dalam negara sendiripun sudah tahu walaupun tak seteruk negara lain.=)

Kalau tak ada idea nak tulis apa?

Daftar sahaja dahulu dan dalam website itu mereka ada bagi list idea-idea untuk menulis dalam blog nanti. Menarik kan? Jom kita join sama-sama ok.

p/s : esok tarikh cantik pasti ramai yang berkahwin/tunang kan. Hari ini pun ada dapat jemputan kahwin. Esok pula jemputan tunang.

Wednesday, September 29, 2010

Orang lepas raya jadi gemuk, Kau pula jadi kurus. Apa kes?

Macam itulah respon yang saya dapat masa event 'Jalan-jalan raya dengan kawan-kawan yang kita suka'.

Seriously saya rasa macam legalah sebab sebelum bulan puasa memang rasa diri ini 'lalu' sangat makan. Dan rasa macam paling berisi dalam hidup selepas zaman sekolah. Zaman sekolah jangan cakaplah. Memang bulat betul saya lagi-lagi masa form 4. Hanya geng-geng sekolah teknik sahaja yang tahu. Masa zaman tu semua makanan yang asrama sediakan saya sumbat. Tak cukup dengan itu, masa rehat pagi memang kena makan di kantin. Dan stok makanan dalam almaripun banyak. Dengan biskut, roti, dan jem coklat. Memang heaven sangatlah first time duduk asarama itu. Sedangkan sebenar-benarnya saya tension duduk asrama sebab tak biasa kan. Saya release tension dengan makan makan makan.Kenangan yang takbulehbelah sungguh.

Lepas habis sekolah saya memang betul-betul dietlah. Tambah-tambah bila mula bekerja sebagai Sales Assistant. Masa itu saya memang kena seksi sikit (err..seksilah sangat). Padahal tak ada kena mengenapun dengan produk yang dijual. Jual alatan mekap, aksesori wanita sahajapun. Pakai cantik-cantik untuk attract perempuankah? errrk..I'm straight ok! Adoi, kelaut pula dari entry ini. Masa kerja situ masuk kerja pukul 10 balik pukul 10 juga. 12 jam sehari dan 6 hari seminggu. Gajinya memang banyak. Pernah dapat lebih seribu sebulan. (untuk lepasan SPM memang besar kot nilainya masa tu). Kerja keras dan hanya makan karipap 3 biji. Tapi saya kerja di situ hanya 3 bulan sebab dapat tawaran matrikulasi. So, tak sempat nak kurus betul la kan. Still debab la.

Masa di matrikulasi saya jadi kurus. Kurus sampai beratpun 52-53kg sahaja. Bagi saya dah cukup kurus sebab saya ini jenis berat tulang (tulang berat ye bukan malas ye!). Sangatlah suka masa zaman itu sebab zaman kurus kot. haha. Habis sahaja matrikulasi sayapun masuk U pula. Masa first year memang saya jadi bertambah kurus. Mungkin sebab kali ini betul-betul kena survive sorang-sorang di JB dan masih tak biasa. Masa itu berat saya jadi 48kg. Memang ketara betul. Tak pernah rasanya berat saya bawah 50kg sepanjang hidup sebab masa sekolah rendahpun saya dah besar (saya jenis yng cepat tinggi, darjah 6 dah tinggi lebih 1.5meter) dan beratpun dah lebih 50kg kot masa itu.

Tapi bila dah boleh adapt dengan dunia kampus, berat badan saya naik sedikit demi sedikit sampailah bila hujung semester berat dah kembali kepada berat masa di matrikulasi dahulu. Habis belajar pula makinlah naik lagi-lagi bila masuk kerja di tempat sekarang ini. Semua rakan sekerja sangatlah rajin berkongsi makanan sampai rasa macam asyik makan sahaja di office. Tapi naik tak ketaralah. Sikit sikit sahaja sampailah sebelum puasa saya timbang berat dah melampau ni sebab nak dekat angka 60 sudah. Siapa tak risaukan.

Silapnya saya minum susu tepung segera. Kononnya nak sihatkan tulang tapi dengan badan-badan sekali jadi terlebih sihat. Susu itu buat saya jadi 'selera' makan. Saya terus stop minum susu itu. Bila bulan puasa saya jadi tak lalu makan dan berat turun agak mendadak. Raya pula saya demam maka ketika orang lain enak menambahkan berat badan. saya pula menurunkan berat badan. Ada hikmah juga sebenarnya. Lepas ini kena mantain lah kan 55kg lah.

Bak kata bakal mak mertua;

'kenalah jaga. Nanti tak muat pula baju pengantin'

huhu. memang betulpun kan. Kenalah berjaga-jaga. Memang kalau kurus sangat tak cantik tapi gemuk sangatpun tak cantik jugakan.huhu~

p/s : dah mula exercise guna alat senaman macam basikal setiap hari. Selain sihat, dapat control berat badan juga kan. =)

Saturday, September 11, 2010

Raya Aidilfitri 2010 : Paling sadis sepanjang 25 kali sambutan

Salam pagi semua kawan-kawan.
Macam mana dengan sambutan 1st day Hari Raya Aidilfitri anda semua.
Harap-harap lebih baik dan meriah daripada tahun-tahun sudah.
Saya?
Tak seindah tahun-tahun sudah.
Malah paling teruk berbanding tahun-tahun sudah.
Pagi-pagi bila bangun tidur sahaja rasa mual dan nak muntah.
Terus tak dapat nak bersolat sunat Aidilfitri.
Lepas mandi ingat akan jadi segar, rupanya sama sahaja.
Oleh kerana tak tahan rasa mual, saay telan panadol 2 biji.
Rupanya panadol itu pemangking untuk muntah.
So, terkeluarlah apa yang eden makan semasa berbuka semalam.
Lepas sesi itu, rasa macam dah lega banyak.

Tapi tak lama selepas itu kira-kira pukul 10, perut pula memulas-mulas.
Sayapun bertapalah dalam toilet.
Cirit birit pa pula kan.
huhu~
Orang lain masa itu sibuk makan-makan juadah raya, saya sibuk pula di toilet.
Lepas itu rasa lega.

Boleh bersalam-salaman sambil minta maaf daripada seisi keluarga.
Dan seterusnya bergambar bersama.
Lepas itu dalam pukul 11, kami ke kubur menziari kubur Allahyarhamah nenek.
Sempatlah bersedekah Yassin, Alfatihah dan membersihkan kubur nenek.
Balik tu, saya makan aiskrim RM1.00.
Ada dijual betul-betul di luar pintu pagar kawasan perkuburan Islam tersebut.
Aiskrim itu adalah makanan pertama saya pada hari itu.
Masa itu dah pukul 12.30 tengahari.

Nightmare saya terjadi selepas itu.
Sampai sahaja di rumah, rasa mual itu kembali datang.
Sudahnya, saya terbaring sahaja di katil sampai bila makcik datangpun saya sekadar pergi bersalam.
Lepas itu terus baring di bilik semula.
Tak tahan rasa mual dan sakit perut tapi tak ada yang nak dibuang.

Dalam pukul 3.00 petang, saya buat keputusan untuk ke klinik.
Tak tahan woo rasa sangat tak selesa.
Hari raya memang banyak klinik tutup.
Nasib baik ada 1 klinik 24 jam buka.
Tapi azab jugalah sebab kena tunggu sejam baru dapat jumpa doktor.

Lepas itu, doktorpun bagi ubat.
Yang tak bestnya, doktor tu macam lebihkan cirit birit padalah rasa mual ini yang buat saya rasa tak selesa.
Tapi saya minta jugalah ubat untuk tahan muntah
.
Balik-balik sahaja daripada klinik dengan semangat waja, saya makanlah ubat tahan muntah.
Tup-tup, lepas makan ubat itu terus saya muntah lagi.
Keluarlah aiskrim yang saya makan tengahari tadi.
hampeh!!
Saya terus sahaja masuk bilik dan lepas asar terus tidur.
Sedar-sedar dah maghrib.
Konon-konon nak ikut nasihat doktor, makan nasi impit (tak boleh makan berminyak, bergoreng, pedas). Saya makan semata-mata nasi impit sahaja.
Lepas itu makan ubat doktor.
Malangnya lepas itu saya rasa mual kembali.
Sayapun terus baring semula.
Baring-baring, terus terlelap.
Sampai ke subuh saya baru bangun.

Saya ambil keputusan tak nak makan apa-apa dah.
Boleh ke macam tu?

Seksanya dengan dugaan Allah ini.
Ini bau sedikit sahaja dugaan, saya dah tak tahan.
Apatah lagi kalau ada dugaan yang lebih besar.
Doakan saya cepat sembuh ye!

p/s : gambar baju raya tidak dapat diupload lagi. Tunggulah esok-esok ye.

Tuesday, August 24, 2010

Bulan Puasa : Bulan untuk diet ke?

Salam semua..

Mesti ada yang perasan yang akhir-akhir ini.
Ku jarang dapat jejak blog kawan-kawan.
Mana yang sempat sahaja saya pergi.
huhu~

Sebabnya ialah demam yang saya ceritakan itu hari.
Itu bukan demam biasa sebab demam itu disebabkan ada radang tonsil di anak tekak.
Kamu tahukah apa itu radang tonsil?
ermm..kejap ye saya bagi link yang menerangkan secara lengkap berkenaan sakit ini.
Klik SINI untuk maklumat lanjut.
[tonsil.jpg]
Ini radang tonsil yang telah kritikal. Saya punya tak teruk.=)

Gejala yang saya kena ialah;
  1. Demam yang agak teruk.
  2. Sakit tekak tapi tak berapa teruk.
  3. Selalu ada kahak.
  4. Sakit badan ( lemah gitu)
  5. Suara dah lain macam.
  6. Memang ada bengkak dekat anak tekak.

Fuhh...
Banyak juga ye yang saya kena.
Demam tu sekejap sahaja.
2 hari kot.
Tapi gejala lain tu memang sampai sekarang masih terasa.
Ohh...lupa.
Lagi satu gejala ialah saya akan jadi extra kuat tidur.
Memang tahap mengantuk itu tak dapat ditahan-tahan dan ubatnya ialah tidur.
Paling tak tahan semasa sedang bekerjalah.
huhu~

Malam tadipun saya langsung tak mengadap PC selepas berbuka.
Tarawikh ke mana..Isyak ke mana..
Memang tidur selepas tengok berita sampailah ke pukul 4.40 pagi.
Masa itulah saya solat Isyak dan seterusnya sarapan (err..sahur)..

Kesan yang baik (eeerrr..baik ke ek?)
Bila kena radang tonsil, makan memang tak banyak.
Saya makan hanya ketika berbuka dan juga sahur.
Memang langsung tak lalu nak makan di antara waktu tersebut.
Itupun masa berbuka dan sahurpun tak berapa lalu.
Nasi sesenduk sahaja dapat ditelan.
Mungkin bagus untuk mereka yang nak berdiet.
hehe~

Oleh kerana tak mahu diselubungi misteri kelemauan di bulan ini, saya dah mula minum nescafe ketika sahur.
Kesannya memang bagus sebab saya berjaya tidak tidur selepas subuh.
Yeaaahooo~
(err..ke disebabkan tidur terlebih malan tadi?)
Dan berjaya juga menaip entry ini.
Seronok-seronok.

Ok, jom jalan-jalan ke rumah kawan-kawan.
Blogwalking time!

p/s : sumber gambar : google

Thursday, August 5, 2010

Khasiat Budu~

Siapa tak pernah kenal budu? Isk2, bukan orang Malaysia lah kalau tak tahu budu tu apa kan.
Padahal budu ini dah jadi macam makanan ruji lagi-lagi bagi orang-orang di Pantai Timur.
Dulu memang famous di sana sahaja tapi sekarang bukan setakat dalam Malaysia yang kenal budu.
Orang luarpun dah mula kenal dan siap membuat kajian berkenaan budu serta khasiatnya.

Saya dah 25 tahun lebih hidup di Malaysia dan memang dari kecil kenal budu.
Tapi masa itu saya tak suka budu. Cubapun tak hingin sebab baunya yang errrmm..(paham2 sahajalah kan)
Tapi masa balik kampung hujung bulan lepas, saya beranikan diri mencuba.
Dan, sekali cuba memang rasa nak lagi.
Sedap rupanya budu ini ye.huhu..
Rugi dah 25 tahun sebab tak menikmati rezeki yang Allah bagi ini.
huhu..


Jom, kita check it out apa rahsia budu.
Antara kelebihan makan budu yang menarik hati saya ialah;

1) budu ada gluthaione sebagai antioksida, mengeluarkan toksin tak baik dan meningkatkan imunisasi tubuh di samping halang kanser(terutama barah payudara).

2) budu menghalang proses penuaan (ke melambatkan eh?)

3) budu dapat mencegah sakit kencing manis (err..nape mak eden tetap kena walaupun suka makan budu eh?) dan koroner jantung (samalah dengan sakit jantung kan?).

4) budu juga ada anti bakteria penyebab cirit birit dan hipertensi (boleh atasi rasa tension eh?)

5) budu meransang sel-sel otak dan mengukuh ikatan antara neuron serta menguatkan neuron yang lemah secara tak langsung meningkatkan IQ seseorang. ( patutlah orang kelate ramai bijok2)

Ada banyak lagi tapi eloklah pergi baca sendiri sebab saya hanya mengemukakan point-point yang saya tertarik hati.
Rugilah sepanjang hidup saya selama 25 tahun lalu sebab tak suka budu (padahal takut nak mencuba). Baru sekarang nak mula makan. Haihh..



Budu Cap Ketereh ni memang sedap.
Ada kat umah saya.

Thursday, July 22, 2010

Hapetitis B Vaccine :Perlu ke untuk orang dewasa?

Saya tahu mesti ramai yang tak ambil peduli pasal Hepatitis B ini.
Sebab masa usia kita baby, kita dah disuntik vaksin ini.
Samalah macam saya.

Hepatitis B ni macam penyakit yang disebabkan gaya hidup bebas sahaja.
Berkongsi pasangan kelamin ataupun berkongsi jarum suntikan.
Dalam kepala ini masih lagi terkepung oleh anggapan ataupun mitos lapuk itu.
Tapi semua itu berubah sejak minggu lepas semasa buat medical check up.
Doktor tu cakap saya kena pergi dapatkan vaksin Hepatitis B.
Uuu...masa tu agak terkejut tapi buat-buat cool sahajalah.


Saya tak buat kerja-kerja macam gini.Kenapa kena juga?

Bila balik ke office, rupanya ramai juga kawan-kawan yang dapat nasihat yang sama.
So, sayapun cubalah cari sendiri apakah itu Hepatitis B yang sebenar-benarnya.
So, saya copykan sahaja info yang saya ceduk dari SINI.

Apakah maksud Hepatitis B
Hepatitis B adalah disebabkan oleh virus Hepatitis B, HBV. Virus ini boleh didapati di dalam darah dan cecair badan orang yang telah dijangkiti dan boleh merebak jika anda terdedah kepada darah, cecair darah(serum) atau cecair dari alat kelamin mereka. Ini boleh berlaku jika anda berkongsi jarum dan picagari atau melalui hubungan kelamin. Wanita yang dijangkiti boleh menyebabkan bayi mereka terdedah kepada virus ini.

--> Eh, doktor tak pula mention pasal ini. Dia cuma cakap ada something yang kurang dalam darah saya. Ni yang risau ni. Adakah saya terkena virus ini? uuu...adakah ini terjadi kerana menderma darah? arrrghh..betul-betul tak faham.
Nampaknya saya kena pergi dapatkan vaksin inilah.

Simptom yang berlaku bila terkena jangkitanpun memang berbahaya.
Tanda-tanda awal dijangkiti Hepatitis B adalah :

* Penat
* Sakit kuning
* Gatal-gatal
* Hilang selera makan
* Hilang berat badan
* Sakit perut
* Sakit-sakit sendi

Cuba check kalau-kalau andapun turut mengalami masalah macam saya ini.
Sebab bila dah kronik, lagi teruk sakitnya.
Pembawa virus hepatitis B yang kronik adalah berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti berikut:

* Radang hati yang kronik (Chronic hepatitis)
* Cirrhosis hati (Liver cirrhosis)
* Kegagalan fungsi hati (Liver failure)
* Barah hati

Memang bahayalah kan kalau betul-betul macam ini akibatnya.
huhu~

Info terkini : Rupanya vaksin Hepatitis B yang kita dapat masa berusia baby tu hanya bertahan sehingga umur 17 tahun atau lebih (depends kepada sistem badan orang tu la). Patutlah bila dah lepas 17 tahun doktor sarankan dapatkan vaksin Hepatitis B itu. Macam saya ini umur sudah 25 tahun baru doktor suruh dapatkan vaksin. Err..kiranya sistem badan saya ini kuat la kan..=)

Sumber gambar : pakcik google

Wednesday, July 21, 2010

Tips untuk kurus cara sihat : Tingkatkan paras metabolisme!

"Kau tengok tu, kurus betul kan dia"

Member saya bersuara sambl menudingkan jari ke arah sesusuk tubuh kurus berhampiran kami.

"Oh dia tu. Dah ada anak tapi badan dia tak naik-naik. Malah makin kurus pula."

Saya pula bersuara.

"Metabolisme dia tu tinggi sebab itulah kurus. Ada member aku diapun maca tu juga. Setiap 3 jam dia akan rasa lapar dan setiap 3 jam jugalah dia akan cari makan tapi badan tetap keding."

Memberku mula explain pasal metabolisme yang membantu untuk kurus tanpa perlu mengawal makan. Macam menarik sahaja kan kalau kita makan dengan cara yang betul tanpa perlu nak berdiet semata-mata untuk kurus.

Selalu sahaja kita dengar sesetengah orang mengeluh berat sebab dia dah berusaha berdiet dan mengurangkan makan tetapi berat badan nak turun sekilo pun payah.
Adakah itu ada kaitan dengan paras metabolisme dalam badan?

Actually, apa itu metabolisme?
Metabolisme adalah proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga.
Bila metabolisme tinggi, maka proses menukar kalori daripada makanan kepada tenaga jadi lebih pantas dan banyak.Sebab itulah makan banyakpun akan still kurus.

Tapi adakah paras metabolisme ini dipengaruhi faktor genetik keturunan?
Ataupun semua orang boleh meningkatkannya asalkan ada kemahuan dan usaha.
Bila saya godek-godek google, ada rupanya car untuk tingkatkan paras metabolisme badan.
Macam mana ye?

Biasanya, secara semulajadi paras metabolisme seseorang akan menurun bila usia meningkat.
Sebab itulah ketika remaja, makan banyakpun still kurus sahaja badan lagi-lagi remaja lelaki.
Berita baiknya tidak kira berapa umur kita, beberapa cara boleh dilakukan untuk meningkatkan kembali paras metabolisme, iaitu melalui:

1)Pastikan makan sikit tapi kerap! Kalori lebih 1000.
Pastikan kita consume sekurang-kurangnya 1000 kalori setiap hari.
Ingat apa itu metabolisme? Proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga.
.Jika anda mengamalkan diet kurang daripada 1,000 kalori sehari, secara automatik badan memperlahankan kadar metabolisme untuk menjimatkan tenaga.Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap iaitu setiap empat hingga lima jam. Apabila ada kemasukan makanan, kadar metabolisme akan meningkat kerana badan perlu bekerja untuk mencernakan makanan. Secara tidak langsung ia juga menyebabkan kadar metabolisme akan meningkat bagi menukarkan makanan kepada tenaga.

2)Ambil sarapan!
Pastikan anda mengambil sarapan. Kajian menunjukkan individu yang mengambil sarapan secara tetap dalam masa dua jam selepas bangun tidur mempunyai keupayaan lebih baik untuk mengawal berat badan. Kenapa? Bila sarapan kita tidak membiarkan perut kosong terlalu lama yang mungkin akan meyebabkan kita rasa amat-amat lapar menjelang tengahari dan akan makan lebih waktu lunch tanpa sedar. Kan susah nak kawan berat badan.

3)Banyakkan pengambilan protein!
Ada yang menyarankan supaya mengambil protein setiap kali makan. Protein dikatakan mampu meningkatkan kadar metabolisme lebih baik berbanding karbohidrat dan lemak. Bahkan pengambilan protein pada kadar sederhana mampu membantu mengekalkan dan membina jisim otot. Sumber protein paling jelas ialah ikan.

4)Senaman secara konsisten!
Buat senaman aerobik empat hingga lima hari seminggu; sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Contohnya berjalan kaki selama 20 minit tanpa henti. Naik turun tanggapun baik juga.
Bila-bila masapun boleh. Tak perlu nak tunggu hujung minggu, pagi atau lewat petang.

jalan kaki sambil menyanyi pun gerek juga kan?
5)Minum banyak air masak!
Minum banyak air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Ia membantu meningkatkan kadar metabolisme, proses pencernaan dan perkumuhan bahan toksin daripada badan.

6)Tidur cukup!
Tidur secukupnya. Tidur memberi peluang badan berehat dan memperbaiki kerosakan tisu. Ia juga membuatkan kita berasa lebih bertenaga untuk melakukan tugas harian dan meneruskan senaman. Jangan tidur banyak sangat. Nanti jadi lemau.

Huh, sampai enam tips tapi tips yang last tu paling susah untuk saya lakukan.
Err..sebab saya ini hobi selain berblogging ialah tidur.
Sangat best rasanya dapat tidur lagi-lagi bila hujung minggu. =)
Ops, apapun yang penting kena ad semangat!


Sumber ilmu: wawa
Sumber gambar : pakcik google

Monday, July 12, 2010

Petua untuk kempiskan perut guna straw?


Sumber gambar dari blog Pakarhowto

Tadi masa blogwalking tersinggah di blog deeyana.
Actually, membalas blogwalking dan rasanya first time melawat blog dia.
Tup2 ada entry pasal petua kempiskan perut guna straw.

Macam senang sahaja nak amalkan petua tu.
Teringin juga berperut kempis.
Sekarang ini bukan tak kempis tapi tak berapa kempis sangat la..
haha..
(oooit..siapa nak mengaku kekurangan diri sendiri kan..? haha!)

Oklah, ada sesiapa rasa-rasa nak cuba petua itu?
Bolehlah ke link kat atas nun.
Tulisan kaler Merah tu.

Kalau dah nampak kesan tu share la testimonial.
Diri sendiri nak amalkan belum tentu lagi rajinnya.
(dasar pemalas memang begitulah..rajin bila ada mood sahaja. Macam mana nak nampak hasilnya kan)

Thursday, July 1, 2010

Fakta berkenaan Derma Darah~

Semalam ada program derma dara darah di syarikat saya.
Saya memang tak lepaskan peluang la untuk menderma sedikit darah saya.
Nak derma duit tak cukup kaya lagi jadi saya dermalah sesuatu yang nilainya lebih daripada wang ringgit.
haa..

Saya tahu ramai di luar sana yang begitu takut untuk derma darah.
Ada yang takut sebab takut jarum..
Ada yang takut sebab tak boleh bau atau tengok darah.

Pasal takut jarum tu ada beberapa sebab..

Pertama sebab dia tengok jarum untuk salurkan darah tu besar.
Ngeri bila bayangkan ia ditusuk ke kulit badan.
Lepas itu takut rasa sakit.
(ini bagi yang memang tak pernah ada experience menderma darah/ buat medical check up)

Kedua sebab dia pernah ada pengalaman dicucuk jarum dengan' tak sempurna'.
Puncanya nurse/doktor yang menguruskan itu tak expert dan telah cuck salah urat.
Bila dah tersilap tu memang sakit sangat2.
Boleh fobia terus dengan jarum.
Daripada ada keinginan untuk menderma terus hilang semangat.
Haa..ini pengalaman kawan saya sendiri.
Sampai sekarangpun dia takut nak derma darah.

Pasal pening dengan bau darah atau tengok darah itu saya tak pasti pula puncanya.
Mungkin ia terjadi secara semulajadi.
Hanya orang tertentu sahaja yang ada masalah begini.
Mungkin ada sesiapa yang boleh merungkai misteri disebalik simptom begini.

Bagi yang nak menderma darah, ada syarat2 penting perlu dipatuhi.
Paling basic ialah;
  1. kena sihat tubuh badan masa nak derma tu.
  2. Berat badan kena lebih 45 kg. (kalau kureng memang tak layaklah)
  3. Tidur kena lebih 5 jam.
  4. Tak ada masalah kesihatan.
  5. Tak ada makan ubat lagi3 antibiotik dalam masa 7 hari sebelum masa nak derma darah.
  6. Makan dengan secukupnya (makan berat) sebelum menderma.
  7. Bukan pelacur/pengamal seks bebas/homoseksual/biseksual/penagih dadah.
  8. Tidak berpasangan dengan golongan yang disenaraikan di atas ini.(number 7)
  9. Mesti free sekurang-kurangnya 3 bulan selepas pendermaan darah terakhir.
  10. Bagi yang perempuan, mestilah tidak pregnant, tidak didatangi haid dan juga tidak menyusukan anak.
Lagi satu, jangan menderma darah jika;
  1. Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih
  2. Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.
Bagi saya, menderma darah ini bagus sangat.
Dan tak sakit sebenarnya bila nurse bertauliah yang mengendalikan jarum tu.
Rasa kebas sikit sahaja dan sekejap sangat.
Lepas tu dah tak rasa apa.
Tahu2 beg darah kita dah penuh.
Pendek kata, dah derma sekali, nak derma lagi.
=)

Marilah kita menderma darah untuk membantu insan2 yang memerlukan.
Kalau tak reti sangat terus sahaja ke Pusat Darah Negara untuk menderma.
Kat atas ni saya letak page website mereka pasal waktu operasi untuk pendermaan darah.
Kalau busy bekerja di hari weekdays, boleh pergi sabtu.

Sunday, June 20, 2010

Nak putihkan gigi mudah je weyhh..

Sekarang ni susah betul nak mantain kan gigi supaya putih.
Lagi2 untuk perokok dan juga penggemar teh, kopi dan nescafe..
Gigi akan nampak kuning sahaja.
Kalau sikit2 tak ada la masalah sangat tapi kalau dah kuning berdesing.
Nak senyum sengih2 nampak gigipun malu.
Macam gigi kat bawah ni.
Buat apa nak susah2 pergi cuci gigi di klinik..
Buat apa menggunakan cecair pemutih gigi yang banyak terdapat di pasaran..
Buat apa membazir duit kalau ada cara yang lebih mudah dan murah..
Dan terbukti berkesan jika rajin diamalkan.

Hanya perlukan arang dan juga sedikit garam sahaja.


rupa arang macam gini lah =)
http://tenluvmil.files.wordpress.com/2009/10/8_-garam.jpg
rupa garam..takkan tak kenal kan.
Caranya arang (besar bola tenis ke..) dan sesudu teh kecil garam je (lebih kurang la) di tumbuk halus.
Kemudian gosokkan pada gigi kita.
Tak kisah nak pakai jari ataupun berus gigi untuk menggosok gigi tersebut.
Amalkan setiap hari.
Insyaallah, gigi akan jadi putih.
Macam orang ni.

Selamat pencuba!

Gambar semuanya pinjam dari pakcik google.

Saturday, April 24, 2010

Bismillah Enam dan khasiat mengamalkannya

Salam kawan2 semua.
Dulu saya selalu sahaja di ajar berkenaan Bismillah Enam tapi cepat sahaja terlupa.
Manusia ni memang cepat sahaja lupa lagi2 melibatkan perkara2 yang baik.
huhu~

So, selain daripada nak share dengan kawan2 berkenaan amalan Bismillah Enam dan juga fadhilatnya, saya juga nak mencatatkannya di blog ini supaya saya boleh rujuk selalu.



  • Makbul segala hajat dan cita-cita.
  • Luas rezkinya.
  • Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
  • Menang dalam peperangan.
  • Penerang hati.
  • Dijauhkan dari segala penyakit.
  • Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
  • Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
  • Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
  • Aman daripada binatang2 buas.
  • Air laut menjadi tawar.
  • Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
  • Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
  • Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
  • Terselamat dari karam dilaut.
  • Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
  • Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
  • Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
  • Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
  • Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
  • Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
  • Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.

Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dan urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.

Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.

AMAL LAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH

Friday, April 9, 2010

Minyak Gosok from Cikmin udah diterima~

Minggu lepas saya ada buat entry pasal pencarian Minyak Gosok Cap Menara.
So, Cikmin telah menawarkan khidmat bakti mengirimkan saya 5 botol minyak gosok ni dengan bayaran pos RM3.50 (kos untuk setem) dan juga RM30 (Harga bersih minyak gosok)..

Hari Selasa lepas, parcel ni pun di terima.
Alhamdulillah, tentu mak saya gembira.

Memang cikmin balut kemas sebab saya minta dia pos biasa je.
Kena bungkus elok supaya tak rosak isinya.

Taraaa...minyak Gosok Cap Menara 5 botol.
Bekalan untuk berapa tahun agaknya.
haha~
Mak saya begitu teruja untuk bau minyak tersebut.
Maaf saya terpaksa censored kan dengan color hitam kat bahagian kepala sebab masa ini mak tak pakai tudung.

Minyak gosok ni sebenarnya boleh didapati di pasaran terbuka tapi kat area KL susah nak jumpa.
Dulu ayah saya beli kat Terengganu.
Minyak gosok ni memang elok dan baunyapun wangi.(naklumlah bau serai.)

To Cikmin,
Thanks ye sebab sudi tolong saya. =)

Friday, March 26, 2010

Mana nak cari minyak ini yea..?

Beberapa hari lepas, ayah saya ada guna minyak gosok ini.
Ayah saya memang dah lama beli minyak gosok ini sampaikan lupa kat mana dia beli.
Lagipun jarang guna so lambatlah habisnya...
Ayah saya sekarang rajin berkebun..
So, minyak ni diguna untuk urut badan dia hilangkan lenguh2..

Tup2, kucing kesayangan kami dah langgar masa penutup masih terbuka.
Apa lagi tumpahlah isinya sampai dah tinggal sikit sahaja ..
Alkisahnya, Kenalah dapatkan yang baru kan..

Idea mak saya datang tuk snap2 je picta botol tu guna kamera henset saya yang cikai ni..
Supaya senang nak rujuk kalau nak beli kat kedai..
Geliga gak mak saya kan..
Hasilnya..
Aduh..blurr gilos..
nampak ke tulisan2 tuh..?
Nampak tak isi dalam botol tu dah hampir habis.

tak apalah janji ada nampak rupa bentuknya kan..
Mulai esok kena buat misi mencari minyak ni kat kedai2..
Kalau ada rezeki jumpalah..=)

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics