Followers

Wednesday, July 28, 2010

GEMS untuk fresh grad yang still jobless..

Sekarang ini bulan July dah nak berakhir.
Bulan Ogos semakin hampir.
Kira- kira 2 tahun lepas, pada tarikh hari ini saya masih jobless.
Saya masih lagi bertungkus lumus menghantar resume ke serata company sekitar KL-Selangor.
Pergi temuduga kerja.

Saya yakin ramai graduan U yang baru sahaja beberapa bulan meninggalkan alam belajar.
Ada yang dah mula bekerja dan ada juga yang berada dalam situasi sama dengan saya 2 tahun lepas.
Alhamdulillah, interview yang saya pergi pada 03/Aug/2008 memang berbaloi sebab saya diterima bekerja dan dikehendaki masuk kerja keesokannya.
Memang pelik sebab 1st interview dan 2nd interview dibuat berturut-turut pada hari yang sama pagi tu.
Petang itu, saya dihubungi menyatakan saya dah diterima bekerja dan diminta lapor diri terus keesokannya.
Perasaan bercampur baur antara gembira, teruja, cuak, risau.
Maklumlah langsung tiada pengalaman bekerja.
Saya bekerja di Shah Alam dan hanya kekal di situ sebulan lebih sehingga saya dapat better offer di tempat kerja saya sekarang di PJ.

Alhamdulillah, daripada beribu-ribu graduan pada masa itu, saya dapat juga kerja walaupun saya antara yang terlewat dapat kerja di antara rakan-rakan sekuliah dahulu.
Course kami yang grad memang alhamdulillah rezeki murah.

Tapi tak semuanya yang bernasib baik.
Ada juga yang masih jobless even dah lebih 6 bulan berusaha mencari kerja.
Ada juga dah bertahun-tahun grad tapi belum dapat kerja yang sesuai.

Tadi saya ada singgah blog kawan2.
Tertarik untuk baca entry sofia pasal satu program khas bernama GEMS
Sayapun try la google maklumat pasal program ini.

Rupanya program ini dilancarkan masa bulan Mac 2009 iaitu kira-kira 8 bulan selepas saya mula kerja dahulu dan rasanya batch yang grad June 2008 ( batch saya) ialah batch pertama program ini dahulu.
Ada seorang coursemate saya yang turut join program ini dulu selepas terlalu lama menjadi siswazah yang tak ada kerja.
Alhamdulillah, selepas join program ini, dia dah ada kerja yang sesuai.
Program itu boleh dikatakan berjaya membentuk siswazah bersedia untuk menghadapi dunia kerjaya.

So, sesiapa yang degree holder.
Pointer kena 2.5 and above.
Dan berumur tidak lebih 27 tahun.
Anda layak untuk memohon join program ini.

Jika diterima, hanya 2.5 bulan untuk program persediaan.
Elaun sebanyak RM 750 sebulan akan diberikan kepada graduan di samping tempat tinggal dan makan minum yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
Selepas itu, 6 bulan lagi untuk menjalani praktikal di syarikat GLC terpilih dengan elaun bulanan RM1000.

Join program in better than nothing kan?
Selain dapat tambah ilmu, confident level dan skills, dapat juga elaun bulanan daripada duduk lepak sahaja di rumah kan?
Dan pastinya selepas habis program, peluang untuk mendapat kerja lebih cerah.
Klik SINI untuk maklumat lanjut.

11 comments:

Unknown said...

kdg-kdg kecian..dah belajar bertahun-tahun still tak dpt kerja yang sesuai..kamu kira beruntung tau.

milo memang anak-anak akak dan akak jugak suker masa kecil..dah besar tak berapa minat sangat..

apasallah tak baling 2 biji durian kat akak masa balik kg tu

MR Bang Miji said...

nice info;;

cikpia said...

at least fresh graduates ada tempat nak isi masa sebelum dapat kerja......

Nur Suaidah Bachok said...

wow!!! i likeeeeee~!!

noorafzan.blogspot.com said...

kak ina kl..
tu la pasal kan.=)
memang bagus program ni.

Bang Miji.
thanks =)

noorafzan.blogspot.com said...

sofia..
yup, betul tuh.

molmolla..
aik, nak join ker?

fndrocka said...

kerajaan memg serius nak membantu frsh grad iye dak

hentakbelipat said...

program ni mmg bagus..bnyak my frend yg dah join n kua pun terus dpt offer yang belh tahan..learn smtin new is not a sin

Faarihin said...

wah.. bestnya.. teringin nak join... tap sy dip aje.. huuuu.. sedih...

noorafzan.blogspot.com said...

fndrocka..
betul2..
mereka serius.
ada peluang, grab aje..

hentakbelipat.
true..
better try and fail than fail to try.

noorafzan.blogspot.com said...

faarihin..
better sambung degree dulu.
good luck k =)

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics