Followers

Monday, January 27, 2014

Cuti sebelum CNY

Salam korang..

Hari ini saya ambil cuti sehari. Tujuan utamanya hanya pakai setengah hari sahaja sebenarnya iaitu menukar kad-kad ATM yang lama dan hampir tamat tempoh. Alhamdulillah, perjalanannya cukup mudah dan dapat selesaikan semuanya dalam pukul 11 lebih. Oh lupa, Emir saya hantar ke taska seperti biasa. Bukan apa, kasihan dia nanti nak diusung ke sana ke mari untuk settlekan kerja-kerja saya tu. Lagipun lebih selesa dia di taska kan.

Habis urusan saya balik ke rumah dahulu untuk mengemas rumah. Almaklumlah hujung minggu memang tak ada di rumah. Melawat parents di Puchong. Makanya separuh hari dihabiskan dengan membasuh kain, mengemas bilik dan lain-lain. Hajat nak tidur sekejappun tak kesampaian. Tup tup dah pukul 4.00 petang. Kalau ada Emir ni mesti saya sempat tidur sejam dua. he he he..

Sekejap lagi nak Asar. Seterusnya bersiap untuk menjemput anak teruna yang tersayang di taska. Memang padat terisi dengan aktiviti sepanjang cuti satu hari ini. Oh ya, Promosi Alfalfa masih lagi berjalan yea. Dapatkan dengan harga paling murah dengan saya sekarang sebelum kehabisan.

Ok tu je nak share kali ini. Bai!

Tuesday, January 14, 2014

Sambutan Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul korang.

Alhamdulillah, hari ini cuti umum. Seronok juga sesekali dapat berehat bersama anak tersayang walaupun suami kerja hari ni. So, lepak di rumah sahajalah kita kan. Sambil-sambil meniaga Shaklee Online. Jom beli produk Shaklee dengan saya. Saya bagi harga paling murah. Memang tujuan saya bisnes ni nak kongsi kebaikan Shaklee kepada orang. So, orang boleh tampil lebih sihat secara semulajadi. Hanya dengan mengamalkan supplement tambahan Shaklee.

Jengah-jengahlah blog sya untuk lihat promosi terbaru yea.
Afzan Supplement4urhealth

Hari ini mari kita berselawat banyak-banyak ke atas Rasul kita. Kalau sebelum ini kita kadang-kadang terlupa, lepas ini kita tanamkan tekad untuk sentiasa basahkan lidah kita dengan berselawat kepada Rasul. Moga kita mendapat syafaat Rasulullah S.A.W di akhirat kelak. Ameeennn~


OK kawan-kawan. Bai~

Thursday, January 9, 2014

Nak kulit cantiklah. Boleh?

Salam korang..

Lama tak mencoret kat sini. Kehidupan seharian yang busy membuatkan dah tak ada masa nak menaip panjang. Kat tempat kerjapun berlari-lari. Di rumah pula berkejar-kejar (dengan anak la..)
Alhamdulillah masih diberi nikmat kesihatan. Walaupun blog dah agak bersawang tak terupdate.
Sekarang ni dalam misi memenuhkan entry di blog business.

Hari ini saya kongsikan berkenaan SET KULIT CANTIK SHAKLEE. Banyak testimonial menarik say tengok bila google search SET KULIT CANTIK SHAKLEE. Alhamdulillah, berkesan dan kulit menjadi semakin cantik secara semulajadi. Nampak natural sahaja. Tak perlu pakai mekap dah.

So, kalau korang berminat nak tahu pasal set ni, terjahlah blog I tu. Klik je kat link bawah ni ok.

Set Kulit Cantik Shaklee terbaik

 

 

Tuesday, January 7, 2014

Shaklee Alfalfa Complex : Harga Runtuh bulan Januari!

Salam korang.

Blog Shaklee saya dah update. Bulan ini ada promosi besar-besaran untuk ALFALFA COMPLEX.
Jom terjah blog saya untuk tahu lebih lanjut khasiat Alfalfa selain daripada sebagai MILK BOOSTER kesukaan ramai ibu-ibu menyusu.

Cepat-cepat. Jimat banyak kalau beli dengan saya bulan ini. Daripada RM4X sebotol jadi RM3X je sebotol. Berbaloi kan. Beli banyak sikit buat stok untuk setahun terus. haha!

Alfalfa punya penangan : Harga Runtuh bulan Jan 2014!

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics