Followers

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Saturday, August 9, 2014

Kantoi Result MGTT semasa Ramadhan

Salam semua.
Dah berkurun lamanya tak terupdate blog ni. Haha..macam la duk dalam dunia ni lama sangat sampai berkurun kan. Padahal baru sebulan dua je kan. Betul tak? Cerita puasapun dan lepas. Rayapun dah masuk hari ke 13. Alhamdulillah, tahun ini daapt puasa sebanyak yang boleh walaupun mengandung dah lebih 7 bulan. Cuma ada beberapa hari sahaja sangkut. Itupun disebabkan ujian MGTT ( Minum air gula buat ibu mengandung) yang secara kebetulan jatuh pada bulan puasa.

Dugaan datang bila keputusan MGTT tu tak normal. Tiba-tiba saya dapat juga tempias diabetes ketika mengandung. Masa 1st MGTT (usia kandungan 3 bulan) hari tu result OK. Tapi, sejak masuk bulan puasa ni lain pula. Sudahnya, kena buat repeat test selama 2 hari dalam bulan puasa juga. Kalau buat repeat test tu memang tak boleh nak berpuasalah. Saya syak ianya berpunca daripada amalan pemakanan di bulan puasa. Buka pausa minum air manis. Lepas itu kurang minum plain water. Makan kurma pula sampai 7 biji sekali hadap. Belum campur kuih muih lagi. So, lepas dapat result MGTT tu, kena mengawal dirilah. Buka puasa minum plain water sahaja. Kurmapun makan sebiji dua. Banyakkan minum air masak sepanjang malam sampai sahur. Alhamdulillah repeat test memang OK resultnya. Tapi once MGTT result not OK, Akan kena buat repeat test tu setiap 2 minggu sampailah bersalin nanti.

Saya perasan juga masa sebelum puasa itu, saya kurang minum air masa di office. Kerja banyak sangat sampai tak sempat nak pergi refill air. Terlupa nak minum air. Masalahnya, boleh pula pergi vending machine beli Air Jus Tropicana Twister tu kan. Masalah betul. Sejak akhir-akhir ini memang suka bebenar minum air manis-manis. Bila dah raya lagilah bahaya. Di mana-mana semuanya air-air manis, biskut raya manis, lauk-pauk manis dan desert yang manis. Tapi, kenalah kawal diri tu kan. Ambil dalam jumpah yang sedikit. Lagi satu sekarang ni kan musim biuh. Habis semua buah manis nak dimakan. Durian, rambutan, duku dan manggis menggamit selera sungguh. Makan jugalah. Tapi lepas itu  telanlah plain water banyak-banyak.

Cuti raya pula sampai 11 hari. Hari rabu masuk kerja terus mula berpuasa. Rasa dah terlalu banyak makan masa raya. Tu yang berazam untuk berpuasa juga. Lagipun kalau boleh nak ganti puasa sebelum bersalin. Sekarang tinggal 2 hari sahaja lagi yang perlu diganti. Minggu depan ada jamuan raya pula di office selama 4 hari. So, terpaksalah postpone puasa minggu seterusnya pula. Tak apa. Syawalpun masih lagi berbaki. Kalau sempat cukupkan 6 hari lagi bagus. Untung-untung dapat pahala puasa enam walaupun niat nak ganti puasa.

Oklah, setakat itu sahaja update saya kali ini. Buat ibu-ibu mengandung semua, mesti ramai juga yang sangkut MGTT result kalau buat masa puasa kan. Kakak saya bagitahu di KK Dengkil (kot?), masa bulan puasa hari tu, hampir semua ibu-ibu mengandung yang MGTT test result tak OK. Dia kata tak sampai 10 orang sahaja yang result OK. Fuuhhh..mesti disebabkan alasan yang sama macam saya juga kan.

Ok, bai!

Wednesday, February 12, 2014

Trip to Kota Kinabalu & Kundasang : Part 1

Salam korang..

Setelah sekian lama tak cerita pasal perkembangan diri, minggu ini saya nak cerita pengalaman percutian ke Sabah. Bagus untuk panduan rakan-rakan pembaca yang plan nak bercuti ke Sabah tanpa tourist guide. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Cuma ada masanya terkejar-kejar sebab banyak tempat yang nak dikunjungi.

Day 1 : Khamis 06/02/2014

11 pagi.

Kami bertolak ke daripada Selayang ke KLIA. Alhamdulillah perjalanan pergi tak banyak masalah sebab hari bekerja. Jalan tak sesak dan kami sampai di KLIA dalam pukul 12 lebih. Sempat menjamu selera di Food Garden. Pukul 1.30 petang kami pergi solat Zohor sementara menunggu keluarga kakak ipar yang datang dari Shah Alam. Selepas solat, kami register dan print online ticket di kiosk dan seterusnya check in barang-barang luggage. Untuk 7 dewasa + 2 baby about 57 kgs. Taklah berat sangat. Ada banyak lagi space yang boleh diisi lagi. Mungkin bila balik dari Sabah nanti kot. Lepas check in barang luggage, terus check in untuk departure. Flight pukul 3.40 petang. Masa kami sampai itu 3.20 petang dah. Nasib baik sempat. Fuhh..

4.00 petang.

Masa ni dah panggilan masuk ke dalam kapal terbang dah. Kami antara yang terakhir naik. Malas nak bersesak-sesak. Dan tempat duduk kamipun antara yang paling belakang. Seat row 23. Dalam tu ada lebih kurang 30 row sahaja kot. Kapal terbang kecil. Setiap seat disediakan LCD TV Kecil. Bolehlah layan movie walaupun penerbangan hanya makan masa 2 jam sahaja. Tapi Emir Ikhwan hari tu memang aktif sangat. Tak boleh nak duduk diam. Remote TV tu memang jadi kegemaran dialah.

Dalam sejam selepas bertolak itu, makananpun disediakan. Kalau ikutkan boleh pilih nak makan nasi lauk ikan atau ayam. Tapi disebabkan kami ini duduk di row hujung-hujung maka nasi lauk ikanpun habis. Terpaksalah makan nasi lauk ayam. Tapi saya makan nasi itu dengan kuah sup sayur sahaja. Ayam tak boleh masuk tekak. Sedap juga sayurnya. Lepas itu minuman pula ada 3 pilihan sama ada jus epal, orange atau 7 Up. Mak mertua dan saya ambil jus epal manakala husband pula ambil jus orange. Sedap juga jus epal ini di tekak saya. Baby Emirpun disuap nasi lauk sayur juga. Adalah dalam 3 - 4 suap dia makan.

Lepas makan nampak semua satu family tidur. Saya pula yang tak boleh nak lelap sebab sakit kepala. Puncanya sebab hidung tersumbat. Sejuk tu dalam flight. Dah lah duduk tengah. Dengan mendukung infant lagi. Memang berharap cepat-cepatlah sampai KK.

6.30 petang.

Alhamdulillah, kami selamat tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Sampai sahaja terus ke imigresen. Selepas selesai urusan imigresen dia ada bagi satu resit. Resit itu kena simpan ye sebab ia umpama 'permit' kita sepanjang berada di Sabah. Kalau hilang, habislah!. Itu apa yang rakan kami yang tinggal di Sabah ni bagitahu. Selepas itu, kamipun ke tingkat bawah menuntut bagasi. Selepas itu, kami ke luar airport menunggu van sewa sampai. Husband cari van sewa inipun melalui Mudah sahaja. Senang kan. Urusan booking dilakukan melalui telefon sahaja. Van sewa kami sampai 15 minit kemudian sebab jalan agak sesak katanya.
Lepas dapat van, kami terus ke tempat penginapan.

Kami menginap di Marina Court Condo iaitu service apartment 3 bilik. Condo ini kakak ipar book online sahaja tapi bukan di website Marina Court yea. Kalau book melalui website Marina Court mahal. Ni kira macam owner dia dah beli unit condo from Marina Court dan sewakan sendiri pada oranglah. Nama owner condo yang kami sewa ni Uncle Ting. Memang murah sangat. RM300 semalam sahaja untuk condo 3 bilik. Lengkap dengan Astro, internet, dapur dan juga washing machine. Kami akan menginap di sini selama 3 malam.

8.00 petang.

Kami keluar selepas solat jamak maghrib dan isyak untuk mencari makan. Rakan kami yang tinggal di KK mencadangkan makan di Anjung Selera. Memang dekat sangatlah Anjung Selera itu dengan tempat penginapan kami. Kalau drive 2 minit sahaja sudah sampai. Malam itu kami makan di kedai bernama Laksamana. Saya makan Mee bandung + jus epal. Kombinasi yang tak kena dengan tekak saya malam itu tapi layankan sahajalah. Emir pula yang suka makan mee bandung ini. Mereka yang lain semua menikmati nasi goreng dan nasi berlauk. Bila kira-kira balik makn di situ satu kepala lebih kurang RM15 tak termasuk babies. Lepas menjamu selera, kami singgah membeli roti dan air mineral di 7 Eleven. Roti Gardenia dia tak sesedap yang di semenanjung. Kami hampir tertipu bila melihat packagingnya. Lepas itu kami terus pulang berehat.

Hari ke 2 destinasi kami ialah Pasar Basah KK, Rumah Terbalik, Jambatan Tamparuli dan Tanjung Aru. Malamnya kami makan di Restoran Kampung Nelayan. Terlalu panjang ini diceritakan dalam entry ini. Jadi saya akan sambung cerita dalam part 2 pula. Ok bai!


Tuesday, April 26, 2011

Baby Aliya sudah 4 bulan!

Salam korang!

Baby my sis, Aliya Batrisya sudahpun meniti usia 4 bulan sabtu baru ini 23/APRIL. Wah, dah besor anak buah mak uda seorang ini kan. Pagi-pagi lagi mak uda sudah menjemput si comel dengan mama dia untuk pergi menikmati breakfast KFC. Tapi, for sure Aliya dapat tengok sahaja sebab Aliya tak ada gigi lagi. Macam mana mak mamam ayam goreng kan?

Kan KFC ada bagi voucher RM1 OFF for breakfast meal KFC. Bersepah kupon itu di KFC. Ambil terus dah boleh redeem. Kami order Twister. Sedap juga dan makan satupun sudah kenyang. Air boleh pilih sama ada nak air teh tarik, milo, coffee ataupun satu lagi jenis air yang saya lupa. Necafe ke?

Happy Ulang Bulan ke 4 yea Aliya Batrisya.Perubahan ketara Aliya ialah saiz badan yang makin montel, Pipi yang makin bulat dan rambut yang menipis gara-gara kena "makan bantal". Paling penting masalah air liur meleleh tak settle-settle. Bukti jelas dalam gambar ini!



MAK UDA SAYANG ALIYA!

k,bai!

Wednesday, March 9, 2011

Gelagat comel :Video bayi ajak berborak!

Salam korang!

Tadi sahaja tengok youtube cari keyword lawak budak kecil. Sekali terjumpa satu video cute si kecil 4 bulan dah pandai ajak berborak dengan orang.



Actually, sayapun tak tahu bila sebenarnya bayi akan mula ajak orangberborak macam dalam ini tapikan anak buah saya di usia 2 bulanpun dah pandai nak ajak borak macam itu. Tapi ikut mood dia jugalah. Kalau ok memang dia akan buat bunyi sebijik macam baby dalam ini seakan-akan berborak dengan kita. Masa itu memang sangatlah cute. Geram sahaja tengok.

Nanti kalau ada peluang saya rakam aktiviti borak-borak anak buah sulung saya Aliya Batrisya itu. Sekarang inipun hidup kami sefamily agak berubah bila ada si kecil Aliya ini. Nak pergi berjalan jauhpun kena fikirkan pasal si kecil ini.

Ok da. Tu sahajapun nak update.
eheh.bai!

Wednesday, February 2, 2011

Anak buah dah besar : Aliya Batrisya dah 4.2 kg

Salam korang!

Baru faham betapa seronoknya bila ada baby tecik di rumah. Ahaha. Dah sebulan lebih usia baby my sis, Aliya Batrisya dan 31/Jan/2011 jadi hari terakhir Aliya bermastautin di rumah kami. Sebab mak pak dia dah nak bawa dia lari balik rumah dorang. Walaupun tak berapa jauhpun jarak rumah mak pak dia dengan rumah kami tapi still terasa bila dorang pindah. Uhuhu~

Semalam genap 38 hari usia Aliya Batrisya dan first check up dia di klinik. So, yeah dia memang sihat walafiat sahaja dan beratpun dah bertambah lebih sekilo. Masa lahir berat dia 3.17kg dan semalam dah menjadi 4.20kg. Normal kah dengan ketinggian dia 55cm? Tapi mengikut pengamatan kami, badan dia ikut belah papa dialah sebab kaki dia 'panjang'. Mak saya cakap kaki kitorang semua masa kecil kemetot dan tak sepanjang kaki Aliya.haha~

Inilah gambar terakhir dia dalam dakapan saya. Kurang asam jawa betul my sis upload gambar ini di FB without blur kan saya yang agak seksa mendokong Aliya itu. hehe~

Maaf terpaksa blur kan bahagian yang boleh mengganggu mata. ekeke~
Oh comelnya Aliya Batrisya ini. Walaupun berat Mak Uda sanggup dokong. Sebab geram sangat.
Hari-hari balik kerja terus nak tengok Aliya.

Thursday, January 20, 2011

Sepupuku Mohd Faiz meninggal dunia : Al-Fatihah

Salam korang!
Update lagi satu entry pula. Itupun kalau ada yng sudi baca.
Semalam masa lunch break hampir nak tamat sayapun buka FB. Dok tengok update-update terkini rakan-rakan FB. Tiba-tiba mata ini tertancap pada tulisan ini;

Daripada pukul 10.41pagi salah seorang sepupu saya juga post berita sedih ini di FB. pukul 1.00 tengahari baru saya dapat tahu.
Terus saya call family saya di rumah untuk bertanyakan berita terkini. My sis kata Allahyarham masih di Hospital. So, saya ingat nak pergi lepas office hour tapi balik sahaja ke rumah family members saa semua tak ada.Rupanya mereka dah pergi menguruskan jenazah. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Semoga roh Allahyarham Mohd Faiz bin Mohd Yussof tenang di sana dan dicucuri rahmatNya.
Takziah buat keluarga Allahyarham terutama maknya. Dah lah sedang sakit tiba-tiba pula dikejutkan dengan pemergian anak ke alam kekal abadi.
Itulah namanya ajal dan maut itu semuanya ketentuanNya. Umur Allahyarham baru nak masuk 30 tahun tapi siapa sangka Allahyarham yang dijemput dahulu olehNya. Menurut Mummynya Allahyarham meninggal akibat sakit paru-paru berair.
Harap Mummy tabah hadapi ujian Allah SWT ini.
k, bai!

Jangan lupa baca update terbaru blog wordpress selfhosted  saya di SINI

Friday, December 31, 2010

Gempar : Rumah saya dimasuki Monyet hari ni!

Salam Satu Malaysia.
Korang,seperti yang saya dah maklumkan blog saya dah berpindah ke wordpress self hosted. So, jom baca update terkini di blog noorafzan.com

Dah lama kawasan rumah saya tidak dicerobohi monyet tetapi hari ini dia datang. Hampeh sahaja. Kakak saya dah cuak takut monyet itu akan culik anak dia. Eh, monyet suka culik baby orang ke? Mak saya dah cuak takut monyet tu ajak kawan-kawan buat pesta buah mangga depan rumah saya nanti. Saya? Cuak jugalah kan sebab dulu punya monyet memang ganas. Siap boleh serang orang lagi.huhu. Betul, tak tipu ni.

 Klik link di bawah  ini ye untuk untuk baca dengan lebih lanjut ok!

Ok, bai!

Friday, December 24, 2010

Memperkenalkan anak buah pertamaku -New update!

Korang,seperti yang saya dah maklumkan blog saya dah berpindah ke wordpress self hosted. So, jom baca update terkini di blog noorafzan.com

Klik link di atas ini ye untuk untuk baca dengan lebih lanjut ok!

Dengan rasminya ku dah bertukar status. Alhamdulillah. Welcome to the real world little cute girl!

Saturday, December 18, 2010

Minggu-Minggu terakhir sebelum tukar status - New Update!

Korang,seperti yang saya dah maklumkan blog saya dah berpindah ke wordpress self hosted. So, jom baca update terkini di blog noorafzan.com

Minggu-Minggu terakhir sebelum tukar status!!

Klik link di atas ini ye untuk untuk baca dengan lebih lanjut ok!

Sayang korang. Muah2..=)

Friday, November 19, 2010

Ragam : Ayah print gambar kenangan mak di hospital!

Ayah saya predictable. Kalau dia busy kerja, dia akan fokus pada kerja sahaja tanpa pedulikan benda lain. Tapi, kadang-kadang ayah saya ini dia akan buat perkara-perkara yang unexpected tapi benda itu memang boleh buat kita jadi terharu lagi-lagi bila melibatkan mak. Ya, itulah kelebihan ayah. Walaupun dia garang dan nampak macam serius tapi dalam hati tetap ada taman.

Macam masa hari mak keluar daripada hospital, ayah tak balik sekali dengan kami. Katanya nak pergi office ada kerja. Sampai dekat-dekat maghrib baru dia balik. Mak memang dari awal petang dah bising-bising pada kitorang pasal ayah lambat balik. Tapi bila ayah balik sahaja, dia keluarkan 3 keping kertas saiz A4. Gigih dia pergi print gambar-gambar mak di hospital untuk dibuat kenangan.

DSCN7558
gambar-gambar semasa mak di hospital

Masa ayah balik tu ramai tetamu di rumah. Jadi, memang semua tetamu tu dapat tengok gambar mak di wad hospital. haha!

Wednesday, November 17, 2010

Pengaruh Youtube: Ayah tengok video menarik!

Salam semua. Sejak akhir-akhir ini tiap-tiap malam ayah saya akan online. Ayah saya gunakan internet semata-mata untuk buka youtube. Maju tak majulah bapa saya. Nasib baik dia hanya pandai play video di youtube sahaja, kalau dia pandai berfacebook dan berblogging memang haru..
Tiap kali selepas maghrib, dia akan on PC, buka Mozilla Firefox terus sahaja dia cari youtube. Lepas itu dia cari VIDEO WAYANG KULIT KELANTAN. Woohoo anak jati Kelantan macam gitulah gamaknya. Tiap-tiap hari layan VIDEO WAYANG KULIT. Bila sudah bosan, dia beralih pula kepada lagu-lagu dikir Kelantan. Bukan setakat ayah sahaja yang suka, dengan saya-sayapun suka dengar kadang-kadang. Lirik lagu kadang-kadang lucu tapi penuh pengajaran. Tak adalah tangkap leleh sahaja macam lagu biasa kita dengar ini.
Lepas sudah bosan ulang-ulang tengok dan dengar lagu yang sama maka dia akan tukar balik tengok WAYANG KULIT lagi-lagi versi animasi. Macam gitulah seterusnya. Nak tengok video animasi yang di adaptasi daripada wayang kulit popular yang watak utamanya ada Wokyoh, Samad dan Said. Meh saya share salah satu videonya di sini.

Tiap kali ayah pasang video ini dan seangkatan dengannya memang saya akan join dan gelak guling-guling sebab lawak. Orang Kelantan memang kreatif melawak kan. Nasib baiklah ada 2 PC di rumah ini. Satu letak di ruang tamu dan satu lagi di bilik saya. Yang di ruang tamu itulah yang ayah saya selalu guna. Kalau ada 1 PC sahaja mesti berebut tipa-tiap malam nak guna. hoho~

Saturday, November 13, 2010

Dugaan : Mak dah discharge tengahari tadi!

Salam semua.
Ops, entry sebelum ini saya ingatkan entry terakhir untuk hari ini rupanya tidak sebab semasa on da way nak ke hospital dapat panggilan daripada ayah yang mak sudah boleh discharge tengahari. Kiranya kami datang untuk menjemput mak pulang. Alhamdulillah, mak pun dah terlalu bosan duduk di sana. Kami yang duduk melawat dia di sanapun rasa ke’bosan’an apatahlagi dia sendiri.
Sampai sahaja di wad, mak dah siap pakai tudung dan barang-barang semua sudah di packing. Hanya menunggu bill untuk dilangsaikan dan ubat yang perlu dibawa balik. Muka mak pun kemain lagi cerianya bila dapat balik. Segar sahaja nampaknya berbanding semalam. Bila saya tanyakan paras gula dalam darah mak rupanya pagi itu doktor check darah mak dah turun daripada 10.2 kepada 6.0. Patutlah doktor membenarkan mak untuk pulang.
DSCN7505-1 tengok tu betapa cerianya mak hari ini.
DSCN7506-1 ayah, akak dan abang menunggu misi datang hantar ubat dan bill.
DSCN7508-1
mak buyungpun nak ikut menjemput mak
DSCN7511-1 bergambar dengan mak sebelum discharge!
Dalam pukul 12 macam itu saya ada temujanji dengan Kak Ina KL. Saya order  choc chip cookies Kak Ina yang mabeles itu. Siapa tak rasa terliur bila semua orang lain review yang kukis Kak Ina KL sedap. hehe~ Nanti saya review pasal keenakan kukis beliau di next entry. Kebetulan masa Kak Ina sampai, mak belum keluar wad so saya ajak Kak Ina melawat dan berkenal-kenalan dengan mak. Wahh, tak sangka Kak Ina begitu sporting sampai sanggup ikut naik lif sampai tingkat 5 untuk berjumpa dengan mak saya. Terima kasih ye Kak Ina.
DSCN7518-1
saya bergambar dengan Kak Ina KL 
DSCN7523-1
mak bergambar dengan Kak Ina KL. Nampak kukis dalam beg kaler pink pepel tu.
Lepas dah settle bil, ambil ubat, dan berchit chat sebentar dengan Kak Ina, kami semua pun beredar daripada wad. Kami terus balik ke rumah dengan hati senang. Almaklumlah mak pun dah ada depan mata 24 jam lepas ini. Masa saya taip ini memang dah masuk Isyak sebab daripada lepas zohor tadi kami menerima kunjungan daripada sanak saudara yang tidak berkesempatan melawat mak di hospital. Gamat jugalah rumah tadi dengan anak-anak mereka yang masih kecil. Huru hara sekejap. Rumah saya ini sudah lama tak ada budak kecik. Adik saya paling kecil pun umurnya sudah 19 tahun. Bayangkanlah sudah berapa lama kan. Hujung tahun ini barulah meriah balik dengan cucu sulung mak ayah yang bakal lahir dalam pertengahan bulan December nanti kalau mengikut jangkaan doktor.
DSCN7528-1 ayah tolong papah mak sampai ke kereta.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih dan salam sayang kepada semua rakan-rakan blogger dan facebook yang tidak henti-henti mendoakan kesihatan mak saya dan meniupkan semangat untuk kami sekeluarga menghadapi ujian Allah ini. Alhamdulillah, bilpun tidaklah sebanyak dulu sebab dulu mak saya kena tahan wad 8 hari (kali ini 4 hari sahaja).

Dugaan : Mak masuk hospital part 5

Hari ni memang saya dapat update sakali sahaja. Memang langsung tak sempat nak buat entry lain dah. So hari ni nak update pasal kesihatan mak. Menurut nurse mak punya blood poressure masih tinggi still atas 160/90.. Normal punya 120/80 je tapi mak saya ini blood pressure dia tiba-tiba jadi tinggi. Dia kata sebab tak cukup tidur. Tapi nasib baik kandungan gula dalam darah makin berkurang. Semalam turun kepada 10.2. Kalau penurunan dah sampai ke tahap 7 memang mak sudah boleh discharge la.Tapi blood pressure tu yang buat kami risau.hmm..

Semalam mak tinggal seorang sahaja di wad tu. 3 lain patient lain dah discharge. Kesian mak tidur seorang malam semalam.  Saya tepekkan 5 picture untuk tatapan korang ye.

DSCN7436-1

Abang merangkap supir ku tiap-tipa hari ulang alik dari Puchong ke sini.

DSCN7476-1

Ku tengah melantak nasi goreng yang abangku buat. Sedap woo..Lapar punya pasal semuanya sedap belaka!

DSCN7488-1

Mak sedang dirawat nurse cun. Ehehe..nurse-nurse di sini memang cun melecun kecik molek.

DSCN7497-1

Katil mak. Katil sebelah tu dah lama kosong. Kesian mak tak ada geng borak.

DSCN7504-1

Ayah sedang merenung masa depan.hehe~

Ok, saya autopublish ni. Ini update masa semalam la. 12/11/2010. Sama dengan Hari Ulang Tahun Miss Lolly. Selamat ulang tahun ye awak.

Friday, November 12, 2010

Dugaan : Mak masuk hospital part 4

Salam petang korang..
Ok, sebetulnya saya memang update entry ini secara schedule post sebab masa ini saya sedang berada di Pusrawi menemani mak yang sedang ditahan di wad. Dalam entry yang lepas saya ada bagitahu yang saya akan tunjukkan keadaan kaki mak saya. Hari ini saya akan tunjuk secara jelas. Inilah dia keadaan kaki mak.

DSC01938 
Ada kesan kudis di atas tapak kaki. Maaflah gambar ini di ambil menggunakan kamera 2 MP sahaja.
 DSC01939 
Ini pula keadaannya bila di zoom secara dekat. Nampak macam tak teruk sangatkan tapi bagi seseorang yang perpenyakit kencing manis ianya dah cukup menyeksakan sebab ada kuman yang menyerang bukan sahaja di kaki tapi merebak ke seluruh badan. Mak saya selalu mengadu yang badan dia rasa sejuk padahal bila kami pegang badan dia panas. So, umpama demam menggigil.

Bila tanya pada nurse, nurse cakap ini kesan daripada virus/kuman yang sedang melawan dengan antibiotik yang doktor bagi. Bila tanya pada nurse lagi, ada tak cara nak atasi rasa sejuk dalam badan tu, dia cakap tak ada. Dan nurse cakap ia akan baik sendiri bila antibodi mak dah makin kuat.
Ni muka mak masa hari Rabu. Khamis tertinggal henpon di rumah. So, tak ada pic.

Buat pengetahuan kawan-kawan gambar ini saya snap hari Rabu. Semalam saya mendapat panggilan telefon ketika sedang bekerja bahawa kaki mak sedang dibedah. Huhu..terkejut bukan kepalang saya bila mendengar khabar itu. Terus minta daripada boss untuk pulang awal. Saya sampai di hospital kira-kira pukul 4.45petang. Itupun sebab terpaksa bertarung dengan kesesakan jalan raya di Jalan Tun Razak itu. Masuk sahaja wad tengok kaki mak sudahpun berbungkus. Hmm..tak tahulah macam mana doktor operate tapi saya bersyukur sebab kakinya tak dipotong.


Ramai orang tanya saya kenapa hantar ke Hospital Swasta. Almaklumlah kos rawatannya mahal.Kos rawatan tak menjadi penghalang. Aayh sanggup membuat potongan gaji bulanan semata-mata untuk mak. Dan kami sanggup berhabis untuk mak juga.
Ada 2 sebab kenapa kami hantar mak ke sana;
  1. Mak jenis yang tak suka masuk hospital. Kalau masuk hospital kerajaan lagilah dia tak suka sebab kemudahan dan layanan di sana tak sebaik di Hospital Swasta.
  2. Kaki mak dah bengkak sangat dan kami tahu kalau di hantar ke Hospital kerajaan solutionnya hanya satu iaitu 'kami tak ada pilihan selain daripada memotong kaki makcik'. Pergghh..seriau eden kalau dengar doktor sebut macam itu. Kalau Hospital Swasta akan ikhtiar cara lain dahulu sebelum memilih jalan akhir memotong kaki kan. hmmm..
Menurut pengalaman masuk hospital dahulu, biasanya lepas bedah mak akan di tahan di wad dalam 3,4 hari lagi. Mungkin Ahad atau Isnin ini mak sudah boleh discharge. Tapikan, hmm..nurse bagitahu yang darah tinggi mak meningkat. Masa mula mendaftar masuk cuma 144/80 tapi semalam 160/90..Paras gula dalam darah sahaja dah berkurang daripada 17.8 menjadi 11.6. So, tak dapat nak dijangka pula bila boleh balik. Harap-harap mak cepat recover dan cepat boleh blik rumah. Mak pun dah mula 'bising' nak balik.huhu~

Thursday, November 11, 2010

Dugaan : Mak masuk hospital part 2

Salam to all.
Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang memberikan komen, ucapan, doa dan nasihat kepadaku berkenaan sakit mak dan juga perancangan untuk berkahwin tahun depan. Bila tengok mak sakit macam ini biasalah hat ianak mana yang tak tersentuh kan. Lagi-lagi bila mak cakap;

"sakit ini mak sahaja rasa, korang tak rasa dan korang takkan faham"

Saya memang automatik jadi speechless bila dia cakap macam tu atau paling-paling pun saya akan slow talk dengan dia macam ni.

"takpe la mak, nak buat macam mana. Dah nak sakit. Mak sabar sahajalah ye"

Malam sebelum dia kena masuk wad, sekali lagi bersuara.

"Mak selalu sahaja sakit. Orang lain sakit diabetes juga tapi tak adalah macam mak ini sampai rasa sejuk semacam, kaki sakit berdenyut-denyut, kaki bengkak."

Mak merujuk pepada makcik saya yang juga menghidap penyakit yang sama tapi kaki dia tak pernah bengkak macam mak. For your information, 5 years ago (ecewahh..berabuk pula dia speaking..) mak saya dah pernah melalui pengalaman sama. Masa itu kaki kiri dia memang dah teruk bernanah dan perlu dibedah. Nasib baik tak kena potong kaki. Doktor cuma membuang daging kaki yang tak sihat itu sahaja. Sekarang ini infection tu berpindah ke kaki kanan pula dan di kedudukan yang sama pula tu. huhu.

Tapi sebab kali ini ayah bertindak pantas, maka doktor cakap hanya perlu ditahan di wad untuk diberi injection supaya bengkak kaki jadi surut dan doktor boleh kawal sikit pemakanan mak supaya tak makan makanan manis-manis. So, gula dalam darah itu bolehlah dikurangkan. Tapi since mak masuk hospital swasta memang mahal lah kosnya. Nasib baik ayah kerja kerajaan. Dapatlah dia melangsaikan bil ini nanti secara potongan gaji bulanan.

mak sedang bermanja dengan ayah di wad kecemasan malam tadi.

Oh ya, saya mencuba kaedah mengupdate blog menggunakan email. So, bermula daripada entry sebelum ini Dugaan : Mak masuk hospital part 1, saya update thru email. Nampaknya macam berkesan sahaja. Cuma saya tak dapat nak baca kalau ada komen-komen daripada rakan-rakan sehinggalah saya jumpa PC. Buat masa ini saya terpaksa update entry thru handphone. Pasal planning perkahwinan itu, saya tolak tepi dahulu untuk fikir buat masa ini sehinggalah mak sembuh. Setakat ini keadaan mak terkawal. Alhamdulillah.

Sekali lagi saya memohon jasa baik kawan-kawan untuk mendoakan kesihatan mak saya, Norzam binti Said. Dengan harapan semoga dia cepat recover dan cepat boleh discharge daripada hospital.

p/s : hari ini tak ada gambar baru. So, recycle gambar part 1 sahajalah ye. Nanti kalau berkesempatan saya nak tunjuk macam mana keadaan kaki mak.

Update terkini pukul 10.30 malam: 
saya baru pulang dariapda melawat mak di hospital. Alhamdulillah berkat doa dan kasih sayang anda semua mak saya telahpun pulih daripada demam menggigil badan. Dia juga bagitahu kakinya sudah tidak rasa sakit bisa. Tapi dek kerana bengkak di kaki still tak hilang dan dan tahap gula dalam darahnya still melebihi tahap bahaya iaitu masih tahap 15 (orang normal antara 4-5 sahaja manakala mula bahaya ialah 7). Selagi tahap gula dalam darah mak tak turun ke paras normal maka selagi itulah mak akan terus di tahan di wad.


Satu sahaja yang buat kami masih risau. Mak masih lagi belum 'lalu' makan. Tak ada selera. Dan terbaru ayah saya berjangkit demam dengan mak pula. huhu. Tapi ayah bertindak pantas. Terus dia telan ubat untuk elak demam berterusan. Saya juga tak perlu tidur di wad sebab keadaan mak sudah stabil. Tapi tetap kena pergi hospital juga esok selepas kerja. Doakan urusan saya dipermudahkan esok dan doakan juga mak saya dapat recover cepat daripada penyakit yang dihadapinya ini. Terima kasih =)

Sunday, August 29, 2010

Anak Derhaka : Part ni memang gua sensitif!

Tadi time online FB, tengok kat wall..
Tiba-tiba mata ku terlekat pada satu video yang di shaerre oleh rakan-rakan.
Tajuknya anak derhaka.
Kalau kamu ada add saya sebagai 'friend', akan nampaklah video ini di profile saya.


Bila saya tengok memang nangis beb.
Walaupun tak nampak jelas, tapi description yang disediakan cukup buat kurasa
marah, geram dan seangkatannya dengan anak itu.
sedih, kasihan dan seangkatannya dengan si ibu itu.

Siap masuk metro rupanya insiden itu.
Bila saya cari sumber video ini, rupanya ia berasal daripada SINI.
Siap ada artikel yang diambil daripada akhbar tersebut.

Bukan nak mengaibkan sesiapa tapi ia lebih kepada nak menyedarkan diri sendiri dan juga orang lain.
Tidak perlulah kita nak menggunakan kata-kata kesat, marah-marah, dan juga menambah aib mereka kerana setiap daripada kita juga ada potensi untuk melakukan sedemikian rupa kerana syaitan akan berusaha keras menyesatkan umatnya termasuklah untuk melakukan dosa2 besar.
Tak semestinya menyentuh berkenaan meninggalkan solat, puasa, zakat, haji serta minum arak dan melakukan maksiat tapi menderhaka kepada ibu bapa juga termasuk dalam dosa-dosa besar yang ditegah melakukannya.
Sudah tentulah syaitan dan iblis bergembira bila anak-anak adam berjaya disesatkan termasuklah dengan cara melukakan hati ibu bapa kita walau sedikit.
Hanya keimanan yang dapat menepis kita daripada godaan syaitan dan iblis ini.
Semoga kita sentiasa dilindungi Allah daripada melakukan dosa-dosa besar ini.
Dan juga semoga mereka yang dalam video ini diberi petunjuk serta hidayah oleh Allah SWT supaya sedar akan kesilapan yang mereka lakukan itu.
Aaaminnn~

Monday, August 16, 2010

Ahad yang haru : Ramadhan 5

Hari Ahad sepatutnya hari yang tenang dan aman damai.
Tapi Ahad kali ini agaklah haru biru.
Sebabnya adalah..

Pertama,
Hari ni bangun sahur macam biasa.
tak ada yang pelik.
Tapi memang lepas itu tidur macam tak nak bangun sudah.
Pukul 9.50 pagi baru sedar.
huihhh..
(Bangun lewat bulan puasa ini. Rugi sebab lebih elok tidur tengahari. Masa itulah paling mencabar bagi yang berpuasa. Haru betul)

Kedua,
Bangun sahaja terus nak ON PC.
Nak main internetlah kononnya.
Blogpun tak update lagi untuk hari Ahad punya.
Sekarang memang tak ada masa lebih untuk buat scheduled post.
huhu~
Last-last tak update pape pun.
Mak ON TV, kutertengok TV.
Mula-mula tengok berita berkenaan Ribut di bazar Jasin di TV1.
Pasal bantuan yang diberikan kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia sebanyak RM3000 setiap keluarga dan juga RM1000 kepada setiap orang yang cedera (18 orang kan)
Lepas itu terus melekat di TV.
Selamat tinggal blog dan FB.
Sampailah pukul 1.00 macam tu tiba-tiba mak tukar channel ke Astro Prima.
Ada cerita Indonesia, Benci Bilang Cinta yang berepisod tu.
Macam best pula.Kebetulan setiap episod 1 jam.
Dan ada 3 episod ditayang terus menerus daripada pukul 12.30 sampai 3.30.
Episod pertama tu memang kudah ketinggalan 30 minit.
Tapi episod 2 dan 3 itu memang saya tengok tanpa stop.

Tak cukup dengan itu, lepas habis episod yang ketiga tu sayapun terus cari di Youtube.
Memang adapun.
Sayapun terus buka episod terakhir iaitu episod ke 49 (
49 tuuu..tak larat nak tengok sekaligus).
Dengan mak sekali layan episod terakhir itu di youtube.

memang gilalah hari ini,
Tak pernah-pernah nak layan drama indonesia tapi hari ini boleh pula jadi haru sampai search cerita tu di internet.

Ketiga,
Lepas layan cerita itu sampai habis, saya tengok jam sudah pukul 4 lebih.
Dan tak semena-mena hujan pula turun lebat.
Siap dengan guruh semua.
Jadi TV dan PC semua saya OFF kan.
Bahaya!

Dan sekali lagilah saya rasa hari ni haru sebab saya tak berblog hari Ahad walaupun tak pergi ke mana-mana.
Apalah?

Keempat,
Bila dah jadi macam itu lebih baik saya pergi memasak.
Sebab tak lama lagipun masa untuk berbuka.
Sayapun siaplah potong daging, sayur, bawang merah, bawng putih, cili api, cili besar dll.
Masa nak masak itu tiba-tiba saya perasan yang kawasan luar rumah sudahpun banjir.
Siap sudah meresap masuk ke bahagian dapur.
Puas saya tutup segala lubang yang ada untuk elak air masuk tapi air tetap juga masuk.
Hairan bin pelik sebab hujan tak adalah lebat sangat tetapi banjir.
hmm...
Sudahnya saya memasak dalam banjir. Tak ke haru tuh?
huhu~

Kelima,
Hujan dah berhenti.
Dan biasanya air yang bertakung akan surut seiring dengan pengurangan titik-titik hujan.
Tapi peliknya hari Ahad itu sebab hujan dah berhenti tetapi air banjir still takat itu juga tingginya. Tak surut-surut.
Pelik tapi benar dan kami terpaksa berbuka puasa dengan dapur yang banjir.
Hoho..
Haru betullah.
Masa berbuka itu baru ayah bagitahu yang bukan rumah kami sahaja yang dilanda banjir, tapi satu lorong banjir.
Malah ada yang lagi teruk daripada kami.
Puncanya longkang tersumbat dengan batu-batu jalan akibat kerja-kerja penukaran batang paip bawah tanah di sini. Batu-batu jalan disumbat dalam longkang dengan sewenangnya. Mana tak banjirnya kalau pengaliran air tak lancar.

Lima perkara yang berlaku pada Ramadhan ke Lima ini buat hari Ahad saya lain daripada yang lain.
huhu~
Macam mana dengan hari Ahad anda?
Mesti hebatkan? Tak seharu Ahad saya.

Sunday, July 25, 2010

Ayahku bikin funny : versi jemput adik di stesyen bas!

Adik dah hampir sebulan menimba ilmu di IKM Sik.
Alhamdulillah dia kuat dan tak patah semangat untuk berdikari.
Cuma dia akan balik ke rumah setiap 2 minggu.

Pertengahan bulan lepas dia pulang ke rumah.
Katanya atas urusan medical check up dan juga urusan motor kesayangan dialah.
Sebenarnya saya tahu dia homesick.
Tak apalah.
Lama-lama nanti barulah hilang penyakit homesick itu kot.
Mulanya saya nak jugalah pergi sama-sama menjemputnya di Jalan Duta.
Makpun beriya mengajak saya untuk join sama.

Cerita lucu ayah saya bermula masa inilah.
Mak dan saya dah bersiap dalam pukul 10.30 sebab mak kata nak pergi minum-minum dulu sebelum terus pergi ambil adik.
Sepatutnya abang nak ikut sekali tapi disebabkan ayah nak cepat dan masa nak gerak tu abang baru sahaja mandi, maka kami dah sound awal-awal pada abang bahawa kami dah nak gerak dan dia tak perlu ikut.

"Bangpis takyah ikutlah, tak sempat dah ni"

So, kamipun gerak pergi minum.
Alaa..kedainyapun tak berapa jauh dari rumah.
5 minit drive sahaja.

So, sayapun order air teh tarik sama roti kosong.
Mak pula order teh tarik sama roti telur.
Ayah macam biasa cuma teguk air teh tarik sahaja.
Lepak-lepak sampai dekat pukul 11.20 macam itu.

"Jap lagi afzan nak tidur dalam keretalah sementara on the way"

Ayah dengan mak diam sahaja.
Tapi tiba-tiba ayah bersuara.
"Cepatlah, nak balik rumah ni"

Mak dengan saya dah tercengang-cengang.
Saya pandang mak.
Mak pandang saya.

"Aik, kata nak pergi ambil adik. Ni dah pukul 11.20 ini"
Mak menyuarakan ketidakpuasan hatinya.

"Lambat lagi, Ada lagi 40 minit. Buat apa pergi awal-awal"
Ayah menjawab selamba.

"Tak apalah pergi awal, tak payah adik tunggu kita"
Mak bersuara.

"Nak balik buang hajat dulu. Lepas tu nak suruh Apis bawa kereta. Ku nak rehat sahaja."
Ayah tetap dengan pendiriannya.

Dek kerana mata saya yang tiba-tiba layu sebab mengantuk, sayapun cakap,

"Macam mengantuk di sorong bantal pula. Afzan tak payah ikutlah.Nak balik terus tidur sahaja lepas ni."

Kamipun balik rumah.
Balik-balik sahaja abang saya sudah rasa pelik.

"Aik, cepatnya."

"Cepat apanya. Tadi pergi minum sahaja. Sudahlah, bangpis pergilah. Ayah nak bangpis drive."

Abang saya dah gelak guling-guling.
Tadi beriya sahaja kata nak pergi ambil adik terus.
Ini boleh pula patah balik semata-mata nak buang hajat.
Ada ke patut?
Ayah...Ayah..bikin funny lagi ye.

Saturday, July 24, 2010

Ayahku funny: versi gambar mak!

Ambil cuti semata-mata nak renew insurance.
Tapi, dek kerana gigih mencari pejabat insurance tu kami sesat jugalah hingga tak sempat nak proceed to renew road tax.

Dah pukul 4 baru teringat nak rushing balik.
Sebab bila hari bekerja, pukul 5 orang office dah start sesakkan jalan.
ohh..tak sanggup nak tensionkan diri di hari cuti dengan kesesakan jalan.
Cukuplah masa hari bekerja sahaja.
Dek kerana tak sempat, sayapun minta tolong ayah renewkan.
Dah malas nak beralasan keluar office esokannya semata-mata untuk renew road tax.

Dipendekkan cerita keesokan harinya balik dari kerja saya dah nampak fail geran dan resit insurans terletak baik atas meja.
Sayapun dengan rakusnya check la takut ayah terlupa nak renew.
Check2 terkeluar sekeping gambar yang ayah print atas kertas A4.
Sayapun tanya terus kepada ayah.
"Aik, gambar mak di kebun? Comelnya"

Ayahpun jawab,
"Mak miskin. Rumah tak siap. Dindingpun tak ada. Kesian.."
Kedengaran ada tawa dihujung ayat itu.

Mak yang muncul dari bilik dah malu dengar ayah cakap macam tu sambil berkata,
"huhu.. pergi kebun pakai baju buruk je la..apalah ayah ni kata miskin..
Tengok afzan, ayah kata mak miskin."

Mak mengadu manja pula pada saya.
Akhirnya kami semua ketawa.
Ayah saya kadang bila datang mood dia baik macam gitulah.

Rajin betul ayah saya print gambar tu.
Nampak sangat ayah suka tengok mak macam gitu.
ahaha~

Dah lebih 34 tahun usia perkahwinan mereka.
Sangat adore dengan kemesraan mereka.
Ayah pendiam dan pemalu.
Mak pula peramah dan mesra alam.
Memang saling lengkap melengkapi la mereka berdua tu.
So sweet.
Sayang mak dengan ayah =)

Inilah gambar yang ayah saya print tu.
Memang betulpun cakap ayah saya tu.
Cuma tu bukan rumah kami. Tapi hanya pondok di kebun.

Saturday, July 10, 2010

Journey to Utara~ hantar adik pergi IKM -4

Sesi pendaftaran yang habis pukul 4 itu bukan bermakna berakhirnya penyeksaan.
Ok, sebetulnya penyeksaan saya dengan family member yang lain sudah habis tapi adik punya yang tak habis lagi.

Apa pula problemnya?
Bukankah sesi pendaftaran sudahpun tamat dan adik sudah boleh angkut barang masuk bilik.
Haaaa...disebabkan dia antara yang terlewat habis mendatar, ada sesuatu yang menanti dia selepas kami keluar dewan.

Adik kata kena pergi Koperasi untuk ambil beberapa barang yang telahpun dibayar masa daftar.
Kamipun melilau mencari di manakah koperasi IKM Sik ini?
Setelah rasa macam confident sahaja takkan jumpa kamipun terus bertanya kepada pelajar=pelajar yang berkeliaran di area tu.
Malu bertanya kan sesat jalan.
So, bila tak malu barulah jumpa jalan lurus.

Bila sampai sahaja di situ adik kaunter koperasi itu bagitahu ada barang yang tak dapat diberi sebab kehabisan stock.
Rasanya ada 2 barang yang adik tak dapat iaitu beg dan juga bantal.
Kasihan adik saya.
Disebabkan lambat sikit sahaja stok bantal dah habis.
So, dia kena tunggu petang sikit lagi (padahal masa kami tuntut barang itupun dah pukul 4.30 camtu) untuk tuntut beg da bantal.
Nasib baik baju dan topi ada.
Boleh terus pakai untuk program orientasi.

Habis bab itu, kamipun sama-samalah tolong bawa barang dia yang agak banyak itu ke bilik.

Semangat semua orang nak angkat barang-barang adik dari kereta ke bilik
di bawah bangunan (koridor) kelihatan senior2 adik saya yang akan membantu student baru untuk cari bilik.Rasanya mereka ini facy orientasi.
Lagi sekali malang tak berbau.
Sebagai orang last masuk bilik, dia dapat locker yang tak boleh nak di kunci. Lock dah tercabut (berlubang sahaja terpaksa cari mangga dan rantai kalau nak kunci).
Nampak tak locker tu tak ada ciri-ciri keselamatan langsung. tempat kunci berlobang pula tu.

Dan yang terbaiknya, katil diapun tak ada.
Alahai...kasihan adikku.
Jangan salah faham, tu bukan katil dia. Katil dia sepatutnya diruang kosong sebelah kanan locker tu.

Patutlah masa masuk bilik rasa pelik sebab locker ada 4 tetapi katil ada 3 sahaja.
Tak apalah. Malam nanti mesti katil akan ada juga.
=)

Lepas hantar adik, kamipun bersalaman sambil berikan ucapan-ucapan terakhir sebelum balik meniggalkan si kecik tu untuk berjuang menimba ilmu.
Doa kami adik akan belajar dengan bersungguh-sungguh serta memperolehi keputusan cemerlang di IKM ini.

p/s : sudah 2 minggu dia belajar hidup berdikari jauh di Sik, kedah nun. Semoga dia kuat untuk hadapi dugaan hidup sendiri.

p/s : Alhamdulillah, akhirnya saya ada peluang untuk ke gengblogger gathering tapi tak dapat lama2 la. Tak kisahlah janji saya dapat pergi. Kepada yang join juga, jumpa di sanaaaa..

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics