Followers

Showing posts with label resipi masak-masak. Show all posts
Showing posts with label resipi masak-masak. Show all posts

Friday, September 12, 2014

Resepi Mudah : Ayam Kalio

Salam semua.

Hari ni nak kongsi resepi senang nak masak ayam. Haa...sekali cuba pasti nak lagi. Mudah dan sedap gitu.

Bahan utama

  • 500 gm ayam dipotong kecil
  • 300 ml santan pekat
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 3 helai daun limau purut disiat
  • 2 keping asam gelugur
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan Kisar

  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 2cm kunyit

Cara memasak

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan kisar bersama cili kisar sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam dan santan dalam kuali. Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih dan empuk.
  3. Maukkan asam gelugur, daun limau purut dalam kuali. Biarkan sehingga kuah menjadi pekat.
  4. Persakan dengan garam dan gula secukup rasa dan kacau sehingga masak.
  5. Angkat dan hidangkan.
 Kan dah cakap, memang mudah sahaja nak buat kan. Bahan-bahanpun tak susah dicari. Hanya 5 step sahaja diperlukan. Apa lagi bolehlah dicuba sekarang.

Thursday, September 11, 2014

Boikot McD : Buat Daging Burger Sendiri : Resepi Mudah

Salam korang..

Ha.. masih boikot McD tak? Jangan hangat-hangat tahik ayam sahaja tahu. Oleh kerana tak nak makan burger McD maka sayapun carilah dalam buku-buku lama dan terjumpa satu resepi mudah untuk buat daging burger. Siap bersalut Oat gitu. Kira menu berkhasiatlah ni kan. Jom saya share cara-car nak buat ok.

Burger Daging Bersalut Oat

Bahan-Bahan

Bahan A
  • 500gm daging kisar (semestinya jenama Ramly)
  • 1/2 labu bawang besar dicincang
  • 1 sudu teh oregano
  • 1 sudu teh lada putih
  • 1 sudu teh lada hitam
  • Gram secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan B
  • 60 gm oat
  • 60 gm serbuk roti
  • 1 biji telur

Cara-cara membuatnya

  1. Satukan Bahan A ke dalam mangkuk dan diuli sehingga sebati.
  2. Kemudian, bulatkan adunan mengikut saiz dikehendaki dan leperkan.
  3. Celupkan ke dalam adunan telur yang telah dipukul kembang.
  4. Salutkan pula denga nserbuk roti dan rolled oat. Ulang sehingga adunan habis.
  5. Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng hingga masak sempurna.
  6. Hidangkan bersaam roti burger, sayur salad dan juga sos/mayonis kegemaran.
  7. nyummih..dah boleh makan.

Nampak macam mudah dan sedap kan. Jomlah cuba sendiri. Ok bai!

Monday, November 15, 2010

Review : Biskut Choc Chip Kak Ina KL

Sabtu baru ini saya ada jumpa Kak Ina KL. Tertunailah hasrat di hatiku ini untuk mendapatkan Choc Chip Cookies Kak Ina yang mabeles itu. Kak Ina bagi siap dengan beg kain yang comel ini supaya senang untuk dibawa kan.
Biskut 1 Lepas itu masuk kereta sahaja on the way nak balik daripada hospital terus ku ngap kukis itu. Tak sempat tunggu sampai rumah. Kebetulan pula masa itu perut memang tengah kosong. Adalah dalam 10 keping biskut tu selamat ditelan. Kakak sayapun rasa juga. Diapun memuji kesedapan biskut ini. Nasib baik masa itu abang tengah drive. Kalau tidak mahu setengah balang habis dia makan. haha!
Sampai di rumah, terus ku sorok biskut ini dalam bilik. Gila keji tapi ye la kalau dah ramai bebenor yang datang ke rumah menziarahi mak yang sakit dengan sebalang sahaja biskut memang tak cukuplah. Tuan rumahpun tak puas makan lagi. Korang jangan ikut perangaiku ini ok. Tujuanku sebenarnya baik iaitu tak nak bagi mak nampak takut dia terliur. Mak kan kena kuarantin.
biskut 4
Tengok itu biskut. Menggiurkan tak rupa bentuknya. Dah macam Famous Amos rasanya. Lama sudah tak makan biskut Famous Amos. Nan ti nak try beli sikitla untuk compare dengan biskut ini. Yang putih-putih itu kacang hazel dan yang coklat-coklat itu pula choc chip. Biskut Kak Ina sedap dan yang penting rangup (rapuh).Tak dapat digambarkan dengan kata-kata keenakannya.
biskut 5
Saya akhiri entry ini dengan sekeping gamabr saya menikmati kukis Kak Ina. Aumm..ada sesiapa nak tak? Kalau mahu bolehlah order pada Kak Ina KL sendiri. haha! Saya kedekut nak share saya punya kukis  sebab sedap sangat!.
Kalau dah habis stok nanti confirm saya order lagi. hehe~

Friday, September 3, 2010

Resipi Ramadhan : Sardin Masak Kuah Simple!

Last week, bangun-bangun pagi sahaja rasa macam hampeh.
Sebab tak ada lauk untuk buat bersahur.
Yang ada cuma daging goreng.
Apa barang daging goreng sahaja. Mana lalu kan?
So, fikir punya fikir resipi yang paling mudah dan cepat masak dengan tak perlu nak lembutkan ikan/ayam/daging dalam fridge tu saya teringat Sardin dalam tin.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEinXiAw5qdouEkN_LaVZ6xs_SlRs2WN-SnRbpb8PZUEm21w2RoCYZBRmHoDsZPkfN_sANEPg8ETKWQzyIAsvP0wE5YjOHdt1Gp9bUdVArqUAYx0YlpDPZv5jVig4JCLX3VEKJOuQ7rXP-gI/s400/sardin.JPG
Inilah rupa Sardin dalam tin yang saya selalu buat masak!

Ahaaa..dapat idea untuk masak Sardin Masak Kuah.
Sebenarnya sayapun tak tahu nak bagi nama best untuk resipi kali ini.
Sebab cara masaknya macam masak sup gitu.
Tumis bahan lepas itu masukkan air =)

Memang mudah.
Semudah A.B.C dan secepat 10-15 minit boleh settle.

Bahan-bahan yang diperlukan.

First, bahan tumisan;

  1. Minyak dalam 2 sudu besar.
  2. Bawang putih 3-4 ulas.
  3. Bawang besar 3 ulas.
  4. Cili api dalam 6 biji.
  5. Halia (kalau nak la. Saya tak bubuh!).

Second, bahan utama;

  1. Air.
  2. Sardin dalam tin (2 tin besar) -saya pakai ayam brand punya!.
  3. Bawang Holland sebiji dipotong kasar.
  4. Air asam jawa (sukatan asam jawa sebelum dicampur air kalau dikepal sebesar bola pingpong).
  5. Garam.
  6. Gula.
  7. Aji.

Tengok bahan-bahanpun dah nampak mudah kan?
Kan saya dah habaq maiii..

Ok, cara nak masak macam mana pula?

  1. Tumiskan bahan tumisan menggunakan api yang sederhana sehingga bau wangian naik mengharum.. (terus tumis dalam periuk ok. )
  2. Masukkan bawang potong kasar dalam periuk (jangan tutup api ye)
  3. Bila dah agak lembut, masukkan sardin dalam tin dan juga air secukup rasa.
  4. Bila dah rasa sebati, masukkan air asam jawa secukup rasa.
  5. Bila dah hampir masak (dah menggelegak sikit-sikit tu), masukkan pula garam dan gula secukup rasa.
  6. Bila dah menggelegak tak hingat, slow kan api dan masukkanlah aji kalau mahu.
  7. Kacau sehingga sebati.Tutup api.
  8. Siap!

Pagi itu memang mereka makan sardin masak kuah sahaja.
Sebab ada balance, bawa ke waktu berbukapun diorang pilih sardin masak kuah itu juga.
Dan semalam mak saya request untuk buat lagi.
See.. memang sedap!
Senang pun senang. Hanya 7 step sahaja diperlukan =).
So, selamat mencuba!

p/s: Kakak saya semalam berbuka puasa di rumah, Bertambah nasi sampai 2 pinggan sebab penangan Sardin Masal Kuah.hehe~

p/s lagi : Kalau masak setin sahaja, pandai-pandailah bahagi dua bahan2 itu ye..=)

Monday, August 30, 2010

Resipi Ramadhan : Sup Tulang versi Sempoi!

Salam satu Malaysia.
Entah kenapa tiba-tiba sahaja hari ini nak share resipi sup tulang sempoi versi saya sendiri sebab saya yang masak.
agagaga~

Bagi yang tak pernah masak Sup Tulang mesti rasa macam 'gerun' sahaja bila suruh masak Sup Tulang.
Padahal tak sesusah manapun.
Mahu cuba?
Mari-mari saya ajarkan.

http://img.photobucket.com/albums/v220/nuralisha/sup.jpg
Ini cilok google punya. Tapi sebijik camnilah rupa masakanku.

Bahan-bahan sempoi yang diperlukan.

(bahan tumis)
  1. Bawang putih 3 ulas dipotong kecil-kecil.
  2. Bawang merah atau besar 4 ulas dipotong kecil-kecil juga.
  3. Bunga lawang 2 biji.
  4. Bunga cengkih 1 biji.
  5. kayu manis sebatang.
  6. buah pelaga 1 @ 2 biji.
(bahan campak2)
  1. Halia yang dimayam atau diketuk.
  2. sup bunyut adabi (saya pakai yang ini daa..)
  3. Tulang sebagai bahan utama. (1 kg la anggaran)
(penyedap rasa)
  1. garam.
  2. ajinomoto.
  3. gula jika suka.
(penambah sedap kalau mahu)
  1. kentang 2-3 biji.
  2. bawang goreng ikut suka.
  3. daun sup, daun bawang.
Tengok pada bahan-bahanpun dah nampak mudah kan?

Cara-cara masaknyapun paling sempoi saya bagi.
  • Mula-mula, tulang direbus dengan air yang banyak (air tu akan jadi sup).
  • Rebus tulang sehingga lebih kurang setengah jam.
  • Kalau direbus dalam periuk buat sup, eloklah disejukkan dahulu sedikit selepas direbus. (saya biasanya ambil masa 30- 40 minit untuk sejukkan. Lagi lama lagi bagus dong!)
Sementara menunggu tulang yang direbus sejuk sedikit,sediakan pula bahan tumis.
  • Tumiskan dahulu bawang putih dan bawang merah sehingga hampir garing.
  • Kemudian masukkan pula bahan2 tumis yang lain.
  • Tumis sehingga garing.
  • Toskan sehingga minyak ditapis keluar.
Setelah sejuk sedikit, buka penutup periuk(alihkan terus), panaskan semula.
  • Masukkanlah sup bunyut, halia, kentang, carrot atau bawang potong jika mahu ke dalam periuk tulang yang direbus itu.
  • Renehkan sehinggalah kentang, carrot dan bawang potong menjadi lembut.
  • masukkan pula bahan yang ditumis sebentar tadi
  • Masukkan garam, ajinomoto dan gula ikut suka.(Secukup rasalah.)
  • Kemudian, tutup api sebelum masukkan daun bawang dan daun sup.
  • Siap!

Haaa..
senang tak?
sempoi kan.ehehe~
Apa lagi.
Bolehlah mencuba.

p/s: air rebusan tu anggarannya macam ni, kalau tulang tu bila masuk periuk paras setinggi 5cm dari dasar periuk, maka air perlu dimasukkan sekurang-kurangnya paras setinggi 10cm dari dasar periuk. Macam separuh-separuh la kan. =)

p/s lagi: amaran keras!! : Rebusan tulang perlu disejukkan dahulu selepas direbus bagi mengelakkan kemalangan berlaku. Tindakan membuka tudung periuk terlalu cepat boleh mengundang bahaya. Kakak saya pernah melecur di bahagian peha kerana terkena percikan sup yang meletup keluar sebaik sahaja tudung dibuka akibat tekanan dalam periuk belum habis release.

Tuesday, July 20, 2010

Nak masak sekarang senang : Resipi internet !

Minggu lepas semasa sarapan pagi bersama rakan-rakan sekerja, topik berkenaan masak-masak jadi bualan.
Oleh kerana memori sedikit kaput saya just jot down apa yang saya ingat sahajalah.
Sambil makan, sambil borak.
Ada dalam 7 orang kot semeja.
4 dah kahwin manakala 3 lagi masih single (termasuklah saya..teehehe.)

"Sedaplah I masak. Dulu I tak masak kan". Si Z (masih single) bersuara.

"Aik, I memang dari dulu pandai masak la cuma masa dia awal pregnant dulu dia tak larat nak masak" Kuperbetulkan kesilap fahaman Si Z terhadap Si I(dah kahwin of course).

"Ooo...ok, sorry2. Susahkan bila dah kahwin dan kena kreatif bila memasak supaya tak mudah bosan dengan lauk yang sama sahaja hari-hari" Si Z membalas.

"Sekarang ni kalau nak masak senang sahaja kan. Kalau tak ada idea check sahaja internet. Macam-macam ada. Tengok sahaja ramuan apa. Sukatan tu agak-agak sendiri sahajalah." Saya menyampuk dan kawan-kawan lain semuanya mengangguk setuju.

Tiba-tiba N (yang dah kahwin) pula bersuara.
"Memasak ni bukan susah. Selalunya sebelum berkahwin ramai sahaja perempuan yang tak reti masak, tapi lepas kahwin jadi pandai. Jangan risaulah."

Bila fikir-fikir balik memang berguna juga internet ini ye.
Lagi-lagi untuk suri rumah- suri rumah sepenuh masa yang mungkin kebosanan di rumah.
Nak tengok TV pun lama-lama muak juga.
Bila ada internet boleh mencari resipi-resipi masakan baru untuk menambat perut sang suami.
Silap-silap boleh jadi chef..
ahaha~
Itupun bergantung kepada kerajinan diri juga.
Kalau dah dasar pemalas nak masak,
last-last ajak suami makan di kedai.haiihhh~

p/s : suka lawat blog ibu-ibu yang sangat rajin kongsi resipi memasak. Ada juga mencuba resipi mereka =)

Monday, June 21, 2010

Mari masak memasak : Ayam Masak Kicap Pedas

Akhir2 ni macam dah tak ada mood nak masak.
Rasa macam bosan dengan lauk2 yang biasa di masak tu.
Rasa nak masak yang lain dari yang lain.
So godek2 la PC cari2 lama web yang banyak letak resepi.
Sampailah jumpa satu laman web ni penuh dengan resipi yang macam2.
Sampai Biskut Ayam pun ada.
Lagipun memang mesra pengguna la website ni.
Kalau nak cari lauk AYAM,
Taip ayam dan klik button CARI di bawahnya.
Naahhh, semua jenis lauk pauk berasaskan ayam keluar resipinya.

Nak mencuba gak ke?
Meh klik url kat bawah ni.
http://resepi.mesra.net/

Setakat ni saya cuma cuba lauk2 sempoi je.
Macam resipi 'ikan kembung masak kicap pedas' tu saya tukar dengan ayam.
Suka suki punya resipi.
teringin gak nak cuba resipi lain tap i dek kerana malas nak pi kedai cari bahan, maka menu sempoi juga la saya masak.
Rupa lauk saya macam mana?

Oleh kerana malas nak capture masakan, maka saya google kan sahajalah gambarnya.
lebih kurang macam ni lah rupa bentuk lauk saya.
Tak ada maknanya nak hiris2 bawang besar, kacang panjang bagai.
Dasar malas sempoi, macam gitulah.

p/s: resipi cari kat website atas tu yea.=)

Monday, February 15, 2010

Teh Tarik HomeMade..Nak try?

Semasa hujung minggu lepas mak saya minta saya beli susu dalam tin jenama Gold Coin..
Kami sebelum ni guna Susu Cap Teko (Teapot)..
Kami belilah suss yang untuk Teh Tarik dalam 3 tin..

Kemudian, petang ahad itu kakak sedara saya datang rumah..
Mak saya pula minta dia buatkan Teh Tarik...
Pergghhh...terrornya dia.
Lepas ini tak perlulah ke kedai mamak untuk pekena teh tarik..
Sebab, saya tengok senang sangatlah cara nak buat..

Esoknya,saya cuba buat..
Mak teringin nak minum teh tarik katanya.
Lusa dan tulatpun mak minta buat lagi..
Sampai terpaksa pakai susu cap Teko sebab susu jenama Gold Coin itu dah habis.

Jom tengok macam mana nak sediakan..
Mula2 masukkan air panas dengan teh serbuk (saya guna BOH je dalam 3 sudu besar) dalam kole dan panaskan lagi sampai menggelegak..

Tebuk susu satu tin...(ohooo..hanya Susu Cap Teko je ada..)


Masukkan susu secukup rasa dalam bancuhan teh yang menggelegak tadi tu..
Better masukkan gula sikit supaya dapat imbang ke'kaw'an teh dengan kadar kemanisan air..
Kalau letak susu banyak sangat tak kaw la pula kan..
Kacau sehingga sebati sebelum tapis masuk dalam bekas air yang lebih besar.

Proses penapisan berjalan..

Process ini boleh diulang dengan menambah air panas,susu dan gula sehingga mendapat rasa teh tarik yang manis tapi kaw..
Now, dah siap untuk diminum..

Ohoo..dah habispun.
Sedap sangat ke ni haa..?

Selamat mencuba..

p/s : sila abaikan objek2 lain yang wujud di sekitar mereka seperti botol sabun, remote tv, kunci kereta, pendrive, kotak tisu dsb..ia hanya hiasan semata-mata. Tiada kaitan dengan isi entry.ahaks~

Friday, February 12, 2010

Chinese New Year holiday nanti nak ke mana?

Esok Jumaat sudah...
Lusa Sabtu..maknanya cuti..
Ahad pula dah CNY..
Isnin masih boleh lagi berblogging tak hingat 24 jampun boleh..
Tapi Selasa saya dah masuk kerja beb..
OT Maut..ahaks~

Kerja terlalu banyak sekarang mengejar keuntungan company untuk Financial Year 2009..
Aik, dah lebih sebulan masuk 2010 kenapa tak habis2 dengan 2009..
Untuk pengetahuan kawan2, most of company Jepun buka buku baru bukan 1st January macam yang biasa digunapakai di negara barat dan negara kita sendiri..
Mereka bermula dengan 1st April..(macam April Fool tuh..)
So, masih ada lagi masa untuk berusaha..
Tu yang busy sahaja sekarang ini..
Nak2 pula banyak pula cuti umum masa bulan Feb dan March..

Saya pula berusaha untuk mengumpul cuti..ahaks~
Rasa macam ramai pula member2 yang duk jauh akan kahwin sepanjang tahun ini..(rasa-rasanyalah..)
Banyak aktiviti yang dirancang juga tahun ini..
Paling tak sabar nak pergi Sabah hujung bulan ini dan trip Pulau Kapas dengan ex-schoolmates..

p/s: selamat bercuti kepada kawan2 yang bukan Cina dan selamat tahun baru untuk kawan2 yang berbangsa cina..Tahun ini Tahun Tiger. Banyakkan makan Biskut Tiger k..=)

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics