Followers

Sunday, October 31, 2010

Laporan Trafik Mingguan : Blogku

Salam hujung minggu kawan-kawan. Buat apa hari ini? Apa, tidur lagi? ish3, matahari dah tegak atas kepalapun masih mahu tidur lagi ke? Meh meh baca blog noorafzan. Dia kata nak story pasal laporan trafik minggu lepas dia.
Tak pernah-pernah nak reveal trafik tiba-tiba nak share pula hari ni kan. Haha..saya bukan apa. Malulah dengan orang lain yang lagi otai. Trafik mereka semuanya mencanak-canak tapi saya takat itu sahajalah. Tapi, apapun bersyukur dan berterima kasih kepada readers sekalian. Tanpa sokongan korang mana mungkin blog ini aka nterus hidup kan.
Panjang benau mukadimah kita hari ni kan. So, lets check it out sahajalah.

image

Huih...Hari-hari ribu riban UV nya. Biar betul. Ahaha..ini bukan saya punya da..Ini Ben Ashaari punya. Perghh..Hari-hari tak kurang daripada 2500 ++ UV . Tabik spring toink toink la pada bro.
Err..trafik saya pula macam mana eh? Memang jauh panggang daripada api lah kalau nak banding dengan dia ni. Tak mampu nak kejar. Ok, baiklah saya screen shot kejap eh.

image

See.. malunya, tengok graf macam menurun sahaja. Hari sabtu paling kritikal. Macam mana ini? Kena kerja keraslah nampaknya.

Err..kalau saya buka ruang iklan berbayar ada tak siapa-siapa mahu tak? Malu arr..trafik sikit nak buka ruang iklan pula. Aishhh!!

Tutorial blog: Referer.org vs Baclink Checker

Kadang-kadang bila check referer.org, ada blog yang list kan atau backlink blog saya di blog mereka tapi tak dapat dikesan oleh referer.org. D i sini saya beranggapan bahawa referer.org hanya detect blog url yang menyumbang trafik kepada blog saya setiap hari (tak sure pula secara terkumpul ataupun by daily basis). Tapi bila tengok ada pertambahan setiap hari maka saya beranggapan ianya referrer terkumpul blog la.

Bila saya check backlink checker pula, ada total 579 total url yang backlink blog saya. Huu..memang banyak tu dan banyak jugalahlah yang tak tersenarai dalam referer.org list tapi ada pada backlink. So, saya beranggapan backlink checker ini akan list kan semua link yang ada letak link blog sya tak kiralah sama ada orang klik atau tidak pada link itu. Contohnya link yang berada di blog yang dah tak lama tak update ataupun blog itu di private kan oleh tuan blog. Maka takkan ada chances la untuk visitors klik link blog kita tu kan. So, link yang macam gini gayanya tak akan masuk dalam list referer.org.

Interesting juga tau bila kita check backlink ini. Barulah kita boleh tahu blog mana yang tolong bagi kita backlink. Tak kiralah dia masukkan dlaam post entry ataupun masukkan dalam blog list di sidebar. Nak cari dan check satu-satu memang susahlah kan. Macam total backlink blog saya ini 579 semuanya. 7 hari 7 malampun tak akan selesai. Ada cara yang lebih , berkesan dan yang penting cepat untuk cari siapa yang back link blog kita, guankan sahajalah kan.

Macam mana nak check backlink?

Senang sahaja. Just klik http://www.checkbacklink.com/ dan masukkan url blog anda dalam kotak sebelah kanan ‘Your domain:’ . Lepas itu klik pada butang ‘check’. Kelaurlah list url-url yang berkenaan. Senang tak? Kan dah kata senang sahaja.

Macam mana nak gunakan referer.org pula?

Referer.org ini pula, kalau nak gunakan kena masuk ke http://referer.org/. Lepas itu korang akan masuk page yang macam dalam gambar di bawah;

image

Langkah-langkah penting yang perlu di buat selepas itu ialah;

  • Yang penting sekali kena copy code html dalam kotak yang ada tulis ‘create your own list’. Saya tahu korang memang malas nak pergi sana kan. Sebab itu ku dah siap copy kan untuk korang. Silalah jangan malu-malu copy. (yang tulisan biru ini ye)
<!-- Read about JavaScript settings at Referer.org -->
<script type="text/javascript"><!--
referer_v = "1";

referer_limit_rows = "15";

referer_block = "www.example.com";

//--></script>

<!-- Read about CSS settings at Referer.org -->

<style type="text/css">

ul.referer_list { padding: 0; margin: 0; list-style-position: inside; }

li.referer_item { margin: 0.4em 0; }

</style>

<div style="font-weight: bold;">Web Pages referring to this page</div>

<script type="text/javascript"

src="http://referer.org/list.js">

</script>

<div>Link to this page and get a link back!</div><a href="http://referer.org" title="Referer"><img border="0" src="http://referer.org/referer.gif" title="Referer"/></a>


  • Dah siap copy, kenalah add gadget kat pada ‘page element’ blog.
  • Lepas itu pilih widget html/java script.
  • Paste kan html code yang korang dah copy itu lepas itu save.

Saya nasihatkan buat permulaan letaklah di footer. Then, boleh save. Lepas itu boleh view blog tengok ada dah ke belum. Buat permulaan, memang takkan ada senarai referrer blog. Dia baru nak generate sikit-sikit. Paling-paling pun checklah keesokannya. Mesti dah ada list blog yang menyumbang trafik ke blog kita.

Err..korang paham ke tutorial tak seberapa yang saya buat ini? Err..kalau tak paham bulehlah tinggal soalan di kotak komen. Kalau dah faham dan nak ucapkan terima kasihpun boleh juga tinggalkan jejak di ruang komen ye.

Oh ya, sebelum terlupa. Korang boleh control berapa banyak url yang keluar pada list korang di blog nanti. Kena klik kat butang optian yang terdapat betul-betul di sebelah kanan perkataan ‘create your own list’. Nampak tak?

image

Kalau tak nampak ke zoom la gambar itu. Macam saya saya letak 15 sahaja. So, max 15 je yang akan appear di blog. Yang selebihnya kena klik ‘Expand this list’. Contohnya macam dalam gambar di bawah ini.

image


Friday, October 29, 2010

Senarai Blog-Blog kesayangan NoorAfzan!

Announcement :

Esok saya buat entry tutorial nak guna dan masukkan referer.org dalam blog. Tapi untuk pengguna blogspot sahajalah ye.

Saya mula serius berblog pada 07hb Jun 2009. Iaitu tarikh mula saya aktif balik berblog menggunakan blogger.com. Sebelum itu saya dah aktif berblog di wordpress sejak 2007 lagi (sebelum wordpress, guna blogspot juga. Tu yang ada entry sejak 2005). Tapi sebab rasa macam wordpress tu macam tak berapa' kena' dengan jiwa saya maka saya tukar ke blogspot.

image

Tajuk memang tak boleh belah. Tulisan kecil BESAR kecil BESAR. Mesti sakit sahaja mata orang baca. Masa guna wordpress entry saya dalam bahasa Inggeris. Bila tukar ke blogspot terus tukar bahasa Melayu. Tak ada sebabpun tukar bahasa.Saja-saja.

Kalau ikutkan sudah setahun lebih saya betul-betul aktif berblogging. Masih mentah lagi kan. Dan baru-baru ini saya menang contest cikgudahlia dan hadiahnya ialah domain sendiri. So, url sayapun bertukar daripada http://noorafzan.blogspot.com/ menjadi ;

http://www.noorafzan.com/

Tapi masa itu saya dah terhilang bloglist kawan-kawan. Bukan mudah mahu mengingat semuanya sekali. Banyak woo. So, kawan-kawan yang rasa macam dah masukkan blog url saya dalam list korang tapi bila check kat bloglist saya ini tak ada, bawa-bawa lah bertenang. Tinggalkan komen di entry ini ye. Saya akan buat bloglist khas ‘Blog kesayangan NoorAfzan’ untuk anda di sini. Komen di entry ini ye. Kalau komen di shoutmix saya tak layan deee.

p/s : Saya dalam process nak kurangkan bloglist.

p/s/s : masuk entry yang ini, sudah 4 entry saya publish guna Windows Live Writer (WLW). Memang best woo.Nak download WLW juga?, bolehlah terjah SINI.

Sebelum itu saya nak ucapkan terima kasih kepada blog-blog ini sebab meyumbang trafik untuk blog saya. Sikit atau banyak tetap meyumbang juga kan.. (kalau ikutkan hanya blog-blog ini yang link kan blog saya).

The Other Khairul

theotherkhairul.blogspot.com

Cahaya_Kebahag!aan

akubdkkampong.blogspot.com

~R.E.D. is equal to Z.I.R.A.~

ierazirared.blogspot.com

live each day as it comes

yott-yott.blogspot.com

Ammar Afandi: Finding The Truth

ammarafandi7.blogspot.com

All About Weddings by Zaifie Zainal

zaifiezainal.blogspot.com

...berjalan tanpa henti...

lorongsufi.blogspot.com

AkU dAn SeSuAtU...

akudansesuatuz.blogspot.com

~ "I will love you until my heart stops beating" ~

farafarsha.blogspot.com

DaRi Aku UnTuK Aku..

hidayahishak.blogspot.com

! SUFFER8ZINE TERRITORY !

suffer.frenzyfm.my

Cayril-z

cayril-z.blogspot.com

Not So Petite Journey

ofthedailybumf.blogspot.com

Perjalanan Hidup Seorang Fanapicaholic

fanapicaholic.blogspot.com

BEN ASHAARI

www.benashaari.com

Aimi's Colourful Life

aimi-az.blogspot.com

tryingtobehonest.blogspot.com

tryingtobehonest.blogspot.com

This Is My Territory

mijikemamang.blogspot.com

nizamsani

nizamsani.blogspot.com

||miss lolly's page||

lollylurveff.blogspot.com

Sebuah Kisah

fullblass.blogspot.com

|.mAr@ZiEy.|

amormarziey.blogspot.com

UTM Blog Aggregator

utmbloggers.blogspot.com

@Lambaian

alumnilambaian.blogspot.com

Makcik Boleh Tak Jangan Pakai Tangan Bogel | Blogger 20 Sen™

www.ubipanas.com/2010/10/makcik-boleh-tak-jangan-pakai-tangan.html

*its not easy to be me*

www.cikhelena.com

SaYa iTu iNi

sayaituini.blogspot.com

dan sebenarnya...semusim rindu...

asleenda.blogspot.com

Boutique Cintahati Collections

www.cintahati.com

SEKSINYA AWEK MU, BINI MU | the blocked blog

www.unfiltered-madness.com/2009/11/seksinya-awek-mu-bini-mu.html

LadyWaleane

ladywalyndabelle.blogspot.com

DaHLia's JouRNaL ™ | Blogging is a way of Experimenting

www.cikgudahlia.com

Links Exchange Silampuneon

neonhotlink.blogspot.com

Hana Love Nest

hanalovenest.blogspot.com

•❤•.¸✿ bila si Kidal mula menaip ✿¸.•❤•

belleshah.blogspot.com

celoteh aidaeffa

aidaeffa.blogspot.com

¥ α Ŋ α Đ z µ £

yanadzul.blogspot.com

Miss Moonlight ♥ ♥ ♥

anisyunus.blogspot.com

HAZIQUE MIRZA

apakaumerepek.blogspot.com

~ HiKaYaT NahDatuLiZaH ~

nahdatulizah.blogspot.com

SILA MASUK & S E L A M A T D A T A N G K E sgkasai

sgkasai.blogspot.com

...Hidup Yang Penuh Warna-Warni...™

destiniey.blogspot.com

Teratak Impian Ibu

teratakimpianibu.blogspot.com

.::flytothesky::.

www.smileyfiza.blogspot.com

celoteh ckynwan

ckyn1501.blogspot.com

UpReloading.blogspot.com

upreloading.blogspot.com

nadia ar-rumaisha

nadiadania.blogspot.com

'

nmmy84.blogspot.com

It's My LiFe: cara pakai tudung atau selendang untuk majlis tunang/nikah/sanding (shawl and tudung tutorial)

soulain.blogspot.com/2010/05/cara-pakai-tudung-untuk-majlis.html

JaLiNaN KaSiH

angahfarah-jalinankasih.blogspot.com

IRONI SEBUAH KEHIDUPAN

syilashaban.blogspot.com

Writing-Therapy

nianeya.blogspot.com

Flora_exotica

floraexotica08.blogspot.com

kuehbakar

kuehbakar.blogspot.com

yang baik

yangbaik.blogspot.com

blog muaz: manggis

muazkkgp.blogspot.com/2010/10/manggis.html

:: TRAVELOG KEJUJURAN ::

aishahumairah29.blogspot.com

LuahFikiran ...Mari kita ...

luahfikiran.blogspot.com

Zuewairy

zue86.blogspot.com

Pangkin4rest

www.pangkin4rest.com

..DiaRi BoNDa..

aidiena.blogspot.com

IkutSukaAku - Isa

www.ikutsukaakuisa.co.cc

Ini Kisah Keluarga Amani

adamruslan.blogspot.com

Jalan Kehidupan AtieAbid

atieyiko.blogspot.com

suratan kebet0lan

nazirulhazwanws.blogspot.com

~sCeNerY oF LifE~

yusranorzan.blogspot.com

TUTORIAL

strawberry-lynn.blogspot.com/p/tutorial-blogspot.html

Bila Jari Menaip|Makanan|Wayang|Celoteh|Tauladan|Tips

senseiabil.blogspot.com

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg: MAKE UP GUNA PHOTOSHOP: HILANGKAN JERAWAT

nukilangadiskampung.blogspot.com/2010/10/make-up-guna-photoshop-hilangkan.html

sarah-al-idrus's bloglist

sarah-al-idrusbloglists.blogspot.com

Semua blog-blog ini best-best belaka. Tak percaya try la klik-klik. Ramai juga blogger femes yang masukkan saya dalam link mereka. Terima kasih kerana mencemar duli memasukkan blog picisan saya dalam bloglist anda.

Semua blog-blog ini best-best belaka. Tak percaya try la klik-klik. Ramai juga blogger femes yang masukkan saya dalam link mereka. Terima kasih kerana mencemar duli memasukkan blog picisan saya dalam bloglist anda.
Saya guna referer.org untuk generate list referrer blog saya. Tak tahulah accurate ke tidak. Kalau korang nak tahu siapa yang link kan blog korang di blog mereka bolehlah try. Free je. Klik link referer.org.

p/s: nampaknya ada pertambahan dalam list referer.org saya hari ni, malam nanti saya update yea dah update kat bawah ini. Dan blog yang tersenarai dalam entry ini akan saya masukkan dalam bloglist saya ini. =). Tapi benda alah ini tepat ke sebab rasa macam ada blog yang saya check ada kat bloglist tapi referer.org tak trace.

molmolla

kupasrah.blogspot.com

100penulis: Mesti Serbu

www.100penulis.com/p/mesti-serbu.html

http://nothingzorro.blogspot.com/

nothingzorro.blogspot.com

Faarihin

faarihin.blogspot.com

alizan punya cerita

alizan75.blogspot.com

Mutiara Sara Mysarah: [ Luahan ] Tension dan tak puas aty!

pearlmysra.blogspot.com/2010/10/tension-dan-tak-puas-aty.html

Eifa stories...: 1st Lucky Draw by Atie Aizam

eifanajmi.blogspot.com/2010/10/1st-lucky-draw-by-atie-aizam.html

CikLilyPutih Story's

www.ciklilyputih.com

Twenty-O-Five Diaries

alsofieasha.blogspot.com

SaYa iTu iNi

sayaituini.blogspot.com


Thursday, October 28, 2010

Pengalaman dan Tips : Jawab Final Exam!

Malam tadi memang ber blogwalking tak hingat habis semua yang ada dalam bloglist, shoutmix, chatbox ku terjah baca. Bila jalan-jalan kebanyakan berkisar tentang final exam. Ye la kan sekarang ini memang musim final exam di IPT. Bila baca pasal Final Exam terus teringat kenangan lalu masa masih bergelar student. Rindu pula rasa. Ku mahu share pangalaman dan tips untuk score Final Paper. Benda inilah yang biasa kuamalkan masa bergelar student dulu.

Pengalaman 1:

Benda ini berlaku masa hendak jawab paper pertama final exam semester tu (tahun ke 2). Paper subjek Elektronik kalau tak silap. Beberapa hari sebelum itu memang terlalu busy bersengkang mata siapkan assignment-assignment terakhir. Lepas itu baru menggagau nak study. Malam sebelum exam itu memang fully used untuk study subjek itulah.

Oleh kerana masa suntuk, saya cuba guna pendekatan baca sekaligus semua nota. Lepas itu cuba jawab final paper sem lepas-lepas sebanyak yang mampu. Tapi dah kata satu malam sahaja for sure tak sempat kan.

So, saya cara paling mujarab cuba fahamkan 4 bab sahaja. Sebab menurut lecturer paper final itu ada 6 soalan pilih 4 (rasanyalah) Soklan 1 cover Bab 1, soklan 2 cover Bab 2 sampailah soklan 6 cover bab 6. Last-last tertidur. Sedar-sedar sahaja terdengar ketukan pintu. Member dah siap-siap sudah mahu pergi jawab exam yang diri sendiri masih mamai baru bangun tidur. Apa lagi terus berdesup mansi koboi, bersiap. Nasib baiklah ada geng, kalau tidak dah terbabas nak jawab exam. Haruuu..

Masa itu memang nasib kami baik betul sebab first time kena jawab 3 soalan sahaja daripada 6 soalan. 2 soalan memang confirm saya score. (sebab malam sebelum itu saya hanya sempat baca dan fahamkan 2 bab tersebut sahaja) Satu lagi itu main cincai sahaja jawab. Nasib baik carry marks tinggi. Kalau tidak memang hampehlah result eden.

  • Kepada adik-adik yang nak ambil exam, korang bolehlah gunapakai pendekatan yang saya ajar di atas itu. Lagi-lagi yang jenis suka sangat belajar last minute (macam saya!). Selamat mencuba.

Pengalaman 2:

Ini bukan paper final tapi paper test yang akan menyumbang 20 markah carry marks. Banyak tu beb. Nak dijadikan cerita lecturer saya masa itu memang jenis yang baik gila. Memang baik sangat sampai kalau ada test yang dia tahu soalan apa akan keluar, dia share dengan kami sama ada dua hari atau sehari sebelum. Dia bukan share soalan tapi share bab yang perlu kami baca untuk jawab soalan-soalan itu.

Tapi nak dikatakan malang itu tidak berbau ye jugak kan, ada lecturer lain yang 'dengki' pada dia (pada kami sebenarnya) dan tukar soalan last minute sampai diapun tak sempat nak inform kami. Sudahnya memang menggelupur kami semua nak menjawab paper test itu. Ada yang jawab ala kadar sahaja. Tak sampai setengah jam dah hantar kertas jawapan. Ku pula macam biasa tetap jawab walaupun tak tahu betul ke tidak. Memang paper itu saya dapat kurang daripada separuh markah penuh. Cacatlah result kami semua untuk subjek itu.

  • kesimpulannya jangan bergantung sangat pada hint-hint lecturer sebab tak 'selamat', Kalau nak selamat baca semua atau baca sahajalah yang termampu di baca dan yang penting faham.
  • Kalau baca semua tapi tak faham pun tak guna juga. Nak jawab paper nanti tiba-tiba jadi 'blank'. Paling geram bila soalan itu kita rasa baru sahaja baca jawapannya sebelum masuk exam hall tapi lupaaaaaa!!
  • Lepas itu jawab semua final paper yang lepas-lepas. For sure at least separuh daripada soalan lecturer akan ceduk daripada situ. Sebab lecturer kan busy manalah ada masa nak create semua soalan baru-baru. Mesti dia akan recycle juga sedikit daripada soalan lepas-lepas.
Kalau ikutkan banyak lagi pengalaman yang 'indah' masa final exam dahulu. Pernah saya tertinggal henset dalam exam hall. Nasib baik lecturer yang jumpa. Selamat henset saya. Masa itu saya pakai henset Nokia 'sabun'. Selamat hensetku.

Wednesday, October 27, 2010

Entry Santai : Personaliti ku vs si dia

Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberikan kata-kata semangat kepadaku dalam entry malam tadi. Masa itu memang ku terlebih emosi sampai fikir yang bukan-bukan bila si dia gagal untuk call dan mesej balas. Nak menjawab call pun tak larat.

Tapi alhamdulillah lewat malam tadi dia mesej kata dia dah ok. Dan dia minta maaf sebab buatku risau. Seperti yang ku dah bagitahu dia memang amat jarang demam panas. Kalau demam memang teruk. Lagipun ada kenangan pahit disebalik demam terakhir yang dia alami dulu. Masa itu semua adik beradik lelaki dia kena demam denggi. Dan last sekali ayah diapun kena tapi dek kerana antibodi orang tua tak cukup kuat, ayah dia dijemput pulang ke rahmatullah. Peristiwa itu buatku amat risau bila dia kena demam.

Ok lah. Demam dia pun dah hampir kebah. Alhamdulillah. So, pagi ini rasa macam nak buat entry santai sikit. Bukan nak percaya ke hape. Tak baik percaya benda-benda macam tafsir personaliti melalui tarikh lahir lagi-lagi ramalan ikut bintang.

Ku dilahirkan 12/April..
So, personaliti Aries adalah 'Api'

.:: API ::.
Personaliti api dilahirkan di bawah lambang Aries (21 Mac - 20 April), Leo (24 Julai -23 Ogos) dan Sagittarius (23 November - 21 Disember).

* Dilahirkan sebagai pemimpin - aiyoo..memanglah pernah jadi pengawas tapi pengawas yang hampeh!

* Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain
walaupun ianya benar. - yang ini adakah sama maksudnya dengan keras kepala..isk2, mana ada saya budak baiklah. kan? kan?
* Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
- artistik..uih, biar betul ini.? ..sukar dijangka..pompuan semuanya complicated kan(tipulah kalau tak mengaku). romantis? ..tu kena tanya si dia. rasa macam tak je..haha!. So,tak 'kena' langsung ciri-ciri itu dengan saya kan.

* Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. - suka menguasai? ..tak adalah.. Gua jenis rilek-rilek.Bagi je orang lain menang.kehkeh. Yang baik-baik macam pemurah, mesra dan menunjukkan minat mendalam pada sesuatu yang kusuka itu gua setuju sahaja. So, separuh sahajalah ciri-ciri ini kena pada gua.

* Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris. - ye, ni kira macam jujur sangat lah ini ye. Semua orang cakap saya tak reti menipu. Kalau menipu memang kantoi lepas itu sebab hati tak tenang. Tapi better diam daripada buat orang sedih dan terhiris kan. So, tak betullah ciri-ciri atas ini.

* Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. - mana aci sebab ada kesinambungan dengan ciri atas ni. mahu hubungan peribadi berjalan lancar?..ini lagi satu hal. Mestilah semua orangpun mahu benda macam ini lancar. haishhh!

* Personaliti api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. - malas nak komen panjang sebab macam dah jawab sahaja kat atas ini. Maknanya hanya API yang patut diberikan ruang yang luas manakala ANGIN, AIR dan apa lagi satu (lupa daa) tak payah bagi ruang yang cukup? Betul tak?

* Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan. -statement bahaya ini. Mana ada weyh. Gua jenis setia dan tahan lasak.Manalah kalah dengan tekanan. Imposibble!

Dia pula dilahirkan pada 31/Mei

So, personaliti Gemini adalah 'Angin'

.:: ANGIN ::.
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 Mei - 21 Jun), Libra ( 24 September - 23 Oktober) dan Aquarius (21 Januari - 19 Februari).

* Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. - benda positif macam ini memang saya setuju sahaja. haha!

* Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai. -tak adalah terbuka sangat. sometimes conservative juga. Tapi memang dia punya daya imaginasi dan inovatif. Kalau tidak takkan dia suka dengan kerja dia sekarang.

* Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. - Dia suka bergaya simple tapi kemas. Tenang most of the time tapi ribut juga bila tertekan. Tak cerewet? uu...bagi saya dia ini agak cerewet. Yang last itu menang 'kena' dengan dia.

* Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. - ciri-ciri yang baik memang saya setuju sahaja!

* Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.- yup, sangat betul!

* Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.- salah, sikap ini 'kena' dengan saya bukan dia.

* Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja. - haha..romantis itu tak adalah sangat tapi manja itu betul. haha!

Rajin pula ku menghuraikan dan komen balas personaliti yang entah siapa list kan ini. See, banyak yang tak betul daripada yang betul. Yang betul itupun kebetulan sahaja macam ramalan sotong paul berkenaan Piala Dunia yang lepas itu yang sudahpun dilaporkan mati semalam. Ramai yang teringin nak masak dia jadi sambal sotong tapi sotong itu sudah tua beb. Dah tentulah liat dan tak sedap kalau di makan. haha!

Tuesday, October 26, 2010

Ku sasau :Normalkah perasaan ini?

Amaran : Entry ini ada berbaur jiwang atau sentimental sedikit. =)

8.54 Pagi

Ku mesej pada dia seperti biasa dengan ucapan selamat pagi. Dia terus bagi tahu yang dia MC, demam panas. Ku reply mesejnya dengan nasihat supaya dia makan ubat, banyakkan berehat dan minum air masak banyak-banyak. Lepas itu dia terus senyap tak ada balas-balas dah.

01.30 tgh hari.

Ku cuba hubungi tapi tak berjawab. Waktu lunch ku tamat dengan seribu persoalan. Risau.

3.10 petang.

Sehingga saat ini tiada call balas daripada dia. Ku hantar mesej bertanyakan tahap kesihatan dia. Demam teruk sangat ke?Dan ku minta dia rest banyak-banyak. Tiada balasan juga. Bertambahlah risau.

6.17 petang.

Ku cuba call semula tapi tak berjawab juga . Ku mesej sekali lagi bertanyakan tahap kesihatan dia. Pun tak ada balasan. Bertambah-tambah risau.

7.37 malam.

Ku cuba call dia sekali lagi. Panggilan pertama tak berangkat. Panggilan kedua akhirnya berjawab. Suaranya kedengaran lemah. Ku sedikit lega. Alhamdulillah. Kucuba untuk berbual dengannya tapi ku kasihan, ku risau sebab suaranya amat lemah. Dia jarang demam. Dan paling akhir dia demam seingatku masa dia terkena demam dengan. Dia jarang MC. Dan dia akan ambil MC bila dia betul-betul sakit teruk. Dan bila dia tidak mampu untuk membalas mesej, menjawab panggilan lagilah buatku cuak. Kucuba nak nyatakan rasa risau tapi makin lama makin berat rasa nak luah. Makin lama makin sarat dengan perasaan hiba. Sebelum hujan air mata turun ada baiknya kuputuskan talian. Beratnya nak cakap betapa ku rasa sangat ‘care’ pasal kesihatan dia.

7.53 malam.

Ku di depan PC. Menulis rasa hati. Ku amat risau. Ku amat sasau. Ya Allah, kudoakan semoga dia cepat sembuh daripada demam panas. Ya Allah, kau panjangkanlah umurnya dan panjangkanlah jodoh kami. Ku tak tahu kenapa ku berperasaan halus sebegini ketika ini. Inikah yang dinamakan 'rasa cinta' (kugeli nak tulis tapi tak tahu nak tulis macam mana lagi tuk buat korang faham)

p/s: sebenarnya ku takut untuk hadapi kemungkinan yang pahit. Tolonglah NoorAfzan, jangan fikir yang bukan-bukan!

Cabaran Menyelongkar Kebenaran 8 : Orang yang buat 'taik' padaku!

Benda ini macam nak buka aib orang sahajakan. Better ku cerita without petik nama orang itu.
Ku ini jenis yang tak peduli orang dan tak kisah apa yang orang buat padaku. Even dia buat 'taik' pun ku maish boleh cool selagi hidupku tak terjejas.

Tapi benda ini buatku belajar sesuatu. Ye la. Kadang-kadang kita tak sedar orang buat 'taik' pada kita sebab kitapun buat 'taik' pada orang. Sama ada kita sedar atau tidak sahajalah. haha~
Kenyataan beb.

Tapi yang bestnya sampai sekarangpun ku berfikir kenapalah budak ini buat 'taik' denganku padahal ku tak kacaupun hidup dia. Ini cerita zaman sekolah. Zaman sekolah teknik dahulu. Ku dahulu memang seorang yang pemalu dan pendiam. Kawan baikku pula ialah rakan sebilikku sejak masuk sekolah itu. Diapun satu kepala denganku. Pendiam. Tapi ku dah lama lost contact dengan dia. Nama dia Sabariah binti Azhar (err..betul ke idak nama bapa dia..lupalah).

Oleh kerana ku amat pendiam (tapi pelik sebab dapat jadi pengawas..), maka masa sekolah memang ku langsung tak ada skandal. Cinta monyetpun tak ada dlaam kamus hidup. Tapi kupunya 1 tabiat yang suka melepak di kelas kawan baikku Sabariah bila waktu prep. Hampir setiap hari kulepak prep dengan dia. Kami dulu yang perempuan akan prep di kelas masing-masing sahaja. Tak ada bilik khas. Lelaki sahaja ada bilik khas untuk prep. Tak boleh campur lelaki perempuan. Bahaya.

So, satu hari itu kudapat satu surat dimasukkan bawah mejaku. Katanya secret admirer daripada kelas kawan baikku itu. Ku gelarkankan kelas itu Kelas B dan secret admirer sebagai SA. Walaupun rasa pelik tapi hati ini berbunga-bunga jugalah. Perasan beb ada orang minat. Ku pun tak hingat sama ada ku balas ke tidak surat itu. Rasanya tak balas. Kubaca dan simpan sahaja. Ku tak dapat menekapun yang mana satu SA Kelas B itu. Lagipun kelas itu ramai lelaki.
Oleh kerana sifatku yang pendiam maka ku tak cerita pada siapa-siapapun pasal surat itu. kira macam simpan sorang-sorang sahajalah. Setiap pagi Isnin memang akan ada 1 surat daripada SA Kelas B. Dan lepas baca kuakan simpan surat itu.
http://4.bp.blogspot.com/_IpVjMgWYziI/S_jpoSOUqnI/AAAAAAAAAN0/K47bIN0_lbk/s1600/Memikirkan+Surat+Cinta.jpg
korang pernah dapat surat cinta tak?

At last di suatu hari yang indah tiba-tiba ada budak kelasku datang padaku. Dia kata dialah SA Kelas B. Dia saja-saja nak buat 'taik' dengan aku tapi tak berapa nak menjadi sebab ku bukan jenis yang 'kecoh mecoh'. Dia minta maaf sebab masa itu dah dekat SPM. Mukaku masa itu memang nampak sahaja cool tapi dalam hati macam-macam rasa ada. Malu, marah, bengang dikenakan beb! Bukan dia seorang tapi dia berkomplot dengan beberapa lagi member kelas. Tapi ku tak ingat orang lain. Yang kuingat hanyalah dia. Ya, hanya dia sebab gaya dia masa terus terang itu memang buatku geram. Muka tak ada rasa bersalah! Malah ada senyum mengejek.Rasa nak bagi sedas duapun ada tapi tak cool la kalau kubuat macam gitu. Dan akan kantoilah pula kalau kubuat macam gitu kan. tidakkk..tak sanggup nak bagi tahu satu dunia!

Balik sahaja bilik terusku koyak-koyak surat itu semua dan buang. Demm..apalah salahku pada dia agaknya? Tapi lepas itu kusedar sesuatu. Dah ada kelas sendiri buat apa nak menumpang di Kelas B. Mungkin mereka ini prihatin. Mungkin juga mereka kasihan sebab ku tak ada teman baik di kelas sendiri. Lagipun apa ke halnya ku nak belajar di Kelas B sebab mereka belajar Lukisan Kejuruteraan tapi ku belajar Prinsip Akaun. Patutlah Akaunku tak score A. haha!

p/s: Sampai sekarang ku menyesal buang surat-surat itu. Kalau ada bolehlah dibuat kenangan. hehe~

Perlukan votes anda :Peluang Blogger + Tweeple + Facebooker ber gathering besar!

Sila bertenang ye semua. Ok, saya tahu ramai yang sudah tahu pasal Digi Youth : Free Your Ideas. Dan saya juga tahu ramai yang tahu Digi akan sponsor RM10,000 kepada idea yang dapat top 1 setiap minggu. Maknanya idea itu dapat direalisasikan dengan bantuan RM10,000.

RM10, 000 tu? bukan rupiah ok. Banyak itu. Kalau dapat sponsor RM10,000 ini untuk gathering for sure nanti akan lebih happening!

Macam mana nak dapatkan RM10,000 ini?

Joe dah buat part dia iaitu create idea. Kerja kita senang sahaja.Tak pakai duitpun. Hanya perlu sikit masa anda dan juga VOTE anda.

image

Mula-mula, Korang klik SINI untuk ke page yang sebiji macam atas ini. Baca sikit tulisan dalam column biru itu. Then,

  • Siapa-siapa yang rasa dia blogger dan teringin nak jumpa blogger-blogger hebat, tak hebat, hensem, lawa, cute, cun kacak, manis ?
  • Siapa-siapa yang rasa dia facebooker dan dia teringin nak jumpa kawan-kawan facebooknya yang hanya dikenali di facebook?
  • Siapa-siapa yang rasa gathering yang Joe buat dulu tak cukup umph sebab kekurangan budget dan korang nak pergi gathering yang lagi best?
  • Siapa-siapa yang yang nak jumpa rakan-rakan twitter mereka?
  • Siapa-siapa yang seperti disebut di atas yang masih belum VOTE, korang kena VOTE sekarang.

Di mana tempat VOTE nya?

Haa, korang scroll ke bawah sikit dalam page yang sama. Korang akan nampak ada 4 button macam kat bawah ini.

image

Selain daripada VOTE, korang juga boleh sebarkan melalui;

  • FB wall korang dengan tekan je button putih kiri di belah kiri itu.
  • Twitter korang dengan tekan je button hijau.

SENANG SAHAJA kan?

Kenapa wajib undi sekarang ?

Ya,wajib sekarang sebab undian akan ditutup pada 26/Oct/2010 jam 7.00 malam!

Masa dah suntuk sangat ni. Korangpun kena juga sebarkan kepada kawan-kawan korang. Kawan kawan korang pun kena sebarkan juga kepada kawan-kawan mereka. Masa inilah nak tunjukkan kekuatan sebenar Blogger, Facebooker dan Tweeple.. Bak kata orang dulu dan sekarang BERSATU TEGUH BERCERAI KITA KAWEN LAGI ROBOH dan USAHA LIFT TANGGA KEJAYAAN.

digi youth!

Lagipun sekarang kita dah berada di ranking ke 12. (semalam ranking 11 hari ini jatuh pula). So, undi setiap daripada korang amatlah bermakna untuk sampai ke ranking 1.

Nak tangok ranking macam picture di atas ini, klik SINI.

Update terkini : 7.48am 26/Oct/2010

Ranking dah naik ke 9!

APA TUNGGU LAGI.

MARI KITA PESTA VOTE!

Monday, October 25, 2010

Tips Perkahwinan :pilihan Tema +Meja + Makanan

Salam to all.

Wah wah teruja bila tiba hari Ahad. Sebab hari Ahad hari hujung minggu. Eh, tiap-tiap minggupun akan jumpa hujung minggu kan? So, apa yang buat ku teruja pula ini. Sebabnya hari ini Hari persandingan pasangan romantis yang bercintaan palingggg lama di kalangan kawan-kawan kami. 1o tahun bercinta baru kawen. Ada seorang kawan kamipun mula bercinta lagi awal daripada mereka tapi diorang kahwin awal. So, tak sampai 10 tahun usia percintaan sudah kahwin. Alhamdulillah =)

Yang paling bestnya rupanya tarikh yang mereka pilih untuk bernikah 20hb 10 itu merupakan tarikh sama mereka mula bercintaan 10 tahun dahulu. Kiranya tarikh itu amat-amatlah cantik dek non. Mana tidaknya, Bernikah pada 20hb 10 ketika usia percintaan mereka tepat 10 tahun. Apapun ku mendoakan perkahwinan mereka berdua ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. There are sweet couple.

Makin lambat kahwin sebenarnya lagi bahaya kan. So, aku amat tabik tabik spring pada mereka berdua ini yang begitu setia kepada pasangan masing-masing sampai 10 tahun. Tipulah kan kalau tak ada dugaan dan cabaran lagi lagi mereka mula bercinta sejak masih bersekolah. Tingkatan 3 masa nak dekat-dekat PMR. Nak melalui zaman-zaman remaja yang tak matang lagi. Ku masa lepas SPM membawa ke awal tahun pertama di UTM agak ‘nakal’.Hanya orang-orang yang kenalku masa fasa itu sahaja yang tahu tahap ke’nakal’an ku itu.Tapi ‘nakal’ itu kan sifat remaja. Bila dah kenal tunang kupun jadi ‘baik’. haha~

Tema yang menjadi pilihan mereka merah+hitam dan putih.

Memang cantiklah kombinasi warna hitam, putih dan merah kalau pandai disuaipadan. Merah dan putih warna utama pada khemah dan juga pelamin tapi terselit juga warna hitam pada pelamin. Untuk pakaian mereka ini kombinasi merah dan hitam dikenakan. Segak bergaya. Tapi gamabr tak ada lagi. Semuapun belum upload. Sibuk barangkali. Khemah sampai 9 buah(maafkan saya yang begitu details sampai khemah ada berapa pun kira). Memang meriah sebab majlis ini menggabungkan majlis perempuan dengan lelaki. Kami yang duduk di khemah ke 8 memang dah tak tahu apa yang berlaku di pelamin yang terletak di khemah pertama. Jauh beb. Nak berjalan ke pelaminpun malas.

Penggunaan meja bulat yang digunakan sebagai meja makan tetamu.

Serius cakap saya memang kurang berkenan dengan penggunaan meja bulat. Akan berlaku ketidakselesaan pada tetamu tertentu dan dalam masa yang sama berlaku pembaziran ruang. Biasanya kita akan jumpa meja bulat yang boleh memuatkan maximum 10 orang. Kalau kita datang 3 orang lepas itu tengok setiap meja ada 1 atau 2 sahaja tempat kosong. Mesti kita sanggup tunggu sampai ada 3 tempat kosong bAru kita akan duduk makan kan?. Ini contohlah. Sebab yang jadi malu itu sebab bila duduk meja bulat ini tempatnya macam tertutup dan kita akan menghadap semua orang di meja. Kalau yang jenis tak berapa malu tak apalah. Tapi kalau yang jenis pemalu. Susah juga nanti.

Lagi satu, meja bulat ini ‘makan’ ruang yang besar berbanding guna meja 4 segi. Meja 4 segi boleh di sambung-sambung menjadi bentuk memanjang. Dan susunannya lebih sistematik dan organized. Orangpun akan jadi tak berapa malu untuk mengisi ruang-ruang kosong sebab ruang untuk makan terbuka. Hanya mengadap orang yang makan di depan kita sahaja.

Meja bulat ini sesuai untuk jemputan VVIP. Sebab mereka selalunya akan makan berhidang dan meja bulat memang amat sesuai untuk memberi keselesaan mereka mengambil lauk pauk.

Makanannya.

Makanannya okay. Ada kombinasi ayam dan daging, sayur dan ulam-ulamanpun sudah cukup baik untuk satu majlis perkahwinan. Cukuplah dengan satu lauk masak berkuah dan satu lauk masak rendang atau sambal. Ikan kering goreng pun ada. Ada sambal belacan lagi. Buah? Tak perasan pula ada ke tidak tapi buh paling biasa jumpa di majlis kahwin ialah buah tembikai, tembikai susu dan juga limau sunkist. Mungkin masa saya sampai itu sudah kehabisan. Air pula ialah air pilihan ramai iaitu sirap.

Tips Blogging : Hari Mencuba Benda Baru [ Window Live Writer]

Minggu lepas saya ada buat entry pasal bengang sama blogspot yang hilangkan entry yang penat-penat saya taip panjang. Lepas itu ada 'tangan' yang jadi superpower penyelamat hulurkan bantuan. Kak Dahlia suggest kan guna Windows Live Writer (WLW). Serius cakap itulah first time saya dengar pasal WLW. Sebelum ini pernah dengar pasal Windows Life Messenger sahaja. Yang sama macam Yahoo Messenger tu.

Apa kebendanya WLW itu?

WLW ini ada 4 fungsi seperti yang diterangkan di website..

Fungsi pertama ini memang menarik. Boleh publish entry kita itu ke hampir semua bog service termasuklah wordpress dan Blogger (yang paling glamour la ini).

Sama macam melalui blogger.com atau wordpress.com, kita boleh preview apa yang kita buat dalam entry sebelum publish. Sama sahaja sebenarnya.
Boleh upload photos and videos dalam entry kita itu. Lepas itu kita boleh edir border dan effect style yang kita mahu pada gambar/video itu bila publish nanti. cool kan!


Ada macam-macam plug in lain yang boleh kita muat masuk termasuklah daripada facebook, flickr dan juga website lain.

Sebenarnya saya baru sahaja dalam process install WLW ini. Buat masa ini baru 40& completed. Ada 60% lagi to go. So, tak boleh nak komen panjang lagi sebab belum cuba. Tapi menurut Kak Dahlia beza WLW dengan blogger.com/wordpress.com ialah WLW boleh di update tanpa perlu online.

Nak cuba juga ke?
Link download ini pula jumpa di blog ayie. Thanks ayie for sharing.
Meh-meh download free software di SINI untuk yang pakai Windows XP macam saya.
Untuk yang power rangers yang guna Windows 7 boleh download di SINI.

Semalat mencuba!

Sunday, October 24, 2010

50 Bloggers Diperlukan!

Tadi time jalan-jalan blogwalking, ku perasan entry blog ciklily pasal blog ini 100penulis.com
yang nak cari 50 bloggers yang aktif. Rasa-rasanya blog eden ini aktif juga. Hari-haripun ada update entry. So, cuba nasib lah kan. Kalau ada rezeki adalah..


Apa yang penting dapat tambah member. Yo la dunia blog ini sudah semakin luas tanpa kita sedari.

Berminat untuk join? Rasanya boleh lagi ini. Cuba sahajalah ye.
Try klik link ini : http://www.100penulis.com/2010/10/50-bloggers-diperlukan.html ok untuk baca lebih lanjut pasal ini.

Saturday, October 23, 2010

Hari Ini Hari Sabtu!

5 hari kerja tanpa henti memang buat Hari Sabtu sangat istimewa. Haha. Disebabkan 5 hari itu jugalah bilik dah jadi umpama tongkang pecah. Bersepah mepah dengan kipas dan lantai yang berhabuk. Masalah keguguran rambut pun boleh tahan menymbang kepada kesemakan bilik eden dan paling tak best kehadiran nyamuk-nyamuk liar yang makin hari makin banyak.

Tiap-tiap malam ku tak sedar yang nyamuk-naymuk dan gigit bahagian anggotaku yang terbuka terutama sekitar lengan. Penuh dengan bintat-bintat merah. Nasib baiklah tidur ku tak terganggu. Tidur mati orang kata. Apa jadipun dah tak sedar diri.

So, sabtu hari paling baik untuk mengemas. Nyamuk ini puncanya daripada baju-baju yang kusuka sidai tiap hari sahaja berbanding melipat. Sidai di rak ampaian dalam bilik. Bila sudah banyak maka port nyamuk la jadinya. So, aktiviti pembersihan mesti dijalankan. Mana-mana baju yang patut dilipat, dilipat kemas-kemas. Yang patut gantung dalam almari ku pindahkan ke dalam almari.Settle satu perkara.

Kipas pula? Kipas siling kalau nak dibersihkan kena ada strategi. Kalau tidak habis semua barang dalam bilik itu diselaputi habuk kipas. So, mula-mula kenalah alihkan semua barang-barang termasuklah tilam empuk ke tepi. Sebelum itu kena jugalah alihkan bantal dan selimut yang banyak atas tilam. Bantal sahaja sudah 8 biji, selimut pula sampai 3 helai. Belum lagi bantal-bantal bucuk yang cenonet itu. Sebab bilik ini selalu jadi bilik tetamu. So, kenalah ada banyak bantal dan selimut kan.

Lepas itu cuci lantai yang dah tahap punya berhabuk. Oh ya, lupa pula pasal nyamuk. Sebelum memulakan sesi pembersihan, saya spray satu bilik dengan ridsect. Habis semua nyamuk bergelimpangan atas lantai. Bila kenyek sahaja keluar darah. Confirm itu darah saya. Haiihh, bahaya betul. Lepas itu baru sapu lantai dan cuci lantai yang ada kesan darah hasil kenyek nyamuk.

Lepas itu barulah susun semula tilam empuk bersama bantal dan selimut.
Ok lah saya tunjukkan sikit hasilnya. Err..tak cantik pun. Tak macam bilik gadis-gadis comel.

Sangat tak comel..
Wakaka!

Ok dah, itu sahaja untuk hari ni. Tak sempat nak buat entry best-best la pula.
Huuu..=)

Friday, October 22, 2010

November Fever : Dia datang lagii..

Benda ini setahun sekali sahaja berlaku.
Kali ini dah tahun yang ketiga dia datang iaitu sejak ku dah ada pendapatan sendiri.

Apa?
Y.E.S?
Bukan...
http://www.picamatic.com/show/2009/11/17/08/05/5955124_280x380.jpg
siapa tak suka Y.E.S lagi-lagi pompuan

Year End Sale tiap-tiap tahun ada. Tak ada pendapatanpun boleh pow mak ayah. ekeke~

Cuba teka lagi..

Apa?
Raya Haji?
Bukan juga..
http://3.bp.blogspot.com/_8SX-Ymp4jIw/Sw4wNutschI/AAAAAAAABoo/ybzgpiYCFbc/s1600/579045_Selamat_hari_raya_haji-kambing.gif
belum raya lagi la incik kamben. sekadar hiasan.
Raya haji tiap-tiap tahun kita raikan. Lagipun bukan tiap-tiap tahun jatuh pada bulan November kan?..

Next please..

Apa?
Give up sudah?

Baiklah..

Jawapannya

Annual Party companyku..
Annual Party ini bukan sebarangan sebab eden kena participate untuk buat deparment performance.Dan bersedialah untuk balik lewat mulai sekarang untuk practice! uuuu...demam..demam..

2 Annual Party sebelum ini eden bertuah sebab menang lucky draw. First tu dapat MP4 Player. 2nd tu dapat TV 14 Inci. Walaupun biasa-biasa je hadiahnya tapi better than nothing rite.

Kadang-kadang kita kena percaya dengan 'luck' kan. Yo la. Lagu mana nak "usaha tangga kejayaan" kalau kemenangan di tentukan oleh pencabut nombor? Kena mandrem tukang cabut nombor itukah? Tahun ini dengar-dengar hadiah utama lucky drawnya lumayan seyh. Notebook rasanya.

p/s : siapa ada petua nak bagi menang lucky draw?

Tips Perkahwinan : Pelamin Kreatif




Menarik tak pelamin ini? Rajin betul diorang ini decorate letak gambar-gambar pre wedding kan. Rasanya pelamin ini A to Z diorang buat secara DIY. Tapi tetap menarik!

Btw, ini pelamin Abang Zairi dan Kak Ekin. Abang Zairi ini seniorku masa di UTM dulu. Satu fakulti tapi lain bidang. Abang Zairi ini seorang pensyarah di UMP tapi dia juga part time Photographer. Tu yang pelamin dia penuh dengan koleksi gambar-gambar pre wed. Memang lain daripada yang lain betul konsep dia. Sebab, Bukan sahaja pelamin yang penuh gambar, malah setiap meja makan dan di beberapa sudut sekitar tempat majlis dihiasi juga dengan bingkai gambar mereka.


see, setiap meja ada ini.


ada juga di tepi pelamin


bingkai gambar di tepi meja makan beradap

Yang best nya lagi temanya pinky. Pink memang cantik tapi ini majlis belah lelaki tu. Kan jarang lelaki choose kaler pink.

cantik juga pink kaler. Suka baju pompuan tu.

Adakah trend letak-letak gambar di majlis kahwin ini akan jadi trend perkahwinan akan datang?
Apapun tahniah to both of them sebab dah mendirikan masjid. Semoga masjid yang di bina kukuh sepanjang hayat.

Picture credited to Syazwanul Badri, member di UTM juga.

Thursday, October 21, 2010

My Raya Moments

Banyak betul pertandingan anjuran blogger-blogger glamour sekarang ini. Tapi dek kerana kesuntukan waktu saya dah terlepas banyak contest termasuklah contest teka siapa anjuran Hamzah Ian. Sorry bro sebab tak sempat join. Last time tengok tarikh tutup 22hb Oct. Pastu hari tu tengok dah tukar jadi 14hb ke 15hb October pula.

So, di masa yang agak-agak senggang (Err..senggang lah sangat. ), sayapun decide nak join contest bro Eyriqazz dan dah jadi super saiya blogger.

Hoyehh2..Tapi gambar apa yang ku nak pertaruhkan agaknya ya? Jeng jeng jeng...


Punyalah pelahap kami semua dengan rakus nak pergi terkam juadah open house raya depan nun.


My Raya Moments Contest adalah anjuran bersama MySuperkids , Viruspadu, LittleKidsPhotography, Fitrihadi dan Special Additional Sponsor by Redmummy.Com (RM150) and Denaihati (RM200)

Tak cukup meriah ke ni bro? Isk2, bila jumpa geng2 macam ginilah jadinya. Haru biru.
Ada lagi ke yang tak join? Takpe masih sempat lagi sebab tarikh tutupnya hujung bulan ini. So, serbu SINI ok untuk keterangan lanjut.

Dah la senang kacang sahaja syarat-syarat contest. Lepas itu bukan 1 tapi 3 contest sekali hadap. Kira ala-ala 3 in 1. Ingat air sahaja ke ada 3 in 1. haha. Tapi nampaknya, contest 1 dan 3 sahajalah saya layan!

p/s : next, kakinakl punya contest pula. Sempat lagi ni.haha!

Update : mendapat berita yang ayah bro Eyriqazz sudah meninggal. Al Fatihah buat Allahyarham dan takziah kepada bro sekeluarga. Untuk maklumat lanjut sila ke entry KakInaKL

Wednesday, October 20, 2010

Besday Mak | Tarikh Kahwin : Semuanya puluh-puluh belaka!

Birthday mak saya memang mudah untuk saya ingat. Semuanya puluh-puluh.

Mak saya lahir 20hb..
Mak saya lahir bulan 10..
Mak saya lahir pada 1960 masehi..
Mak saya menyambut ulang tahun kelahiran pada 20102010 yang ke 50..
Cantik..=)

kakak sulong, ayah dan mak. Saje letak gambar sisi mak.
Mak saya kecik sahaja. Bila semua anak-anak dah dewasa, dia jadi yang paling kecil dalam family. Semua anak-anak lebih tinggi daripada dia. Tapi walaupun kecik tapi hati mak besar! kan mak kan? (oh, mak saya tak reti main internet). Tapi bila saya tunjukkan video anak kucing cute yang orang share di FB, dia siap minta ulang sampai 3,4 kali. Cute katanya. Silap haribulan esok esok dia minta saya create kan akaun FB untuk dia hanya kerana nak tengokvideo kucing-kucing comel itu. huhu~

-------------------------------------------------------------------------------
Ingat tak ada ke orang yang nikah esok?
Ada tau! kawan saya salah "se"orang( eh, salah "dua"orang sebab dua-dua pun kawan saya) yang bernikah pada tarikh cantik itu walaupun esok hari RABU. Nikah sahajalah sebab majlis sanding menyanding dia buat ahad ini.
Buat Din dan Hawa setiap kali kuingat ulangtahun kelahiran mak ku akan kuingat jugalah ulang tahun perkahwinan korang ok. Sebab sama tarikh kan. Apa yang menariknya diorang ini memang dah bercinta 10 tahun sebelum diijabkabul. So, selamat Pengantin Baru in advance daripadaku ok !!..



saja nak tepek kad jemputan dorang di sini.

p/s : banyak betul puluh-puluhnya. =)

Tuesday, October 19, 2010

Karenah Segelintir Orang : Kerana "Salah nombor. Sorry"

2Isu hari ni agak panas bagi saya sebab nowadays terlalu ramai orang yang karenahnya tak melambangkan ciri-ciri orang yang Islam. Mana taknya kalau membahasakan orang dengan perkataan yang kurang sopan kerana isu remeh temeh.

Baru-baru ini masa saya ke kenduri kahwin kawan sepermainan masa kecil. Alaa, yang saya cerita kelmarin. Kalau tak hingat dan nak refresh balik bolehlah klik SINI.

Alkisahnya adik pengantin ini bestfren saya dan kami sebaya. Jadi nak dijadikan cerita number dia selalu bertukar dan dalam henset saya itu ada 3 nama dia dengan number yang berbeza. Saya tak nampak dia langsung masa majlis itu. Jadi, sayapun taip mesej untuk hantar pada dia bagitahu yang ku tengah makan nasi minyak dan tanya mana dia berada ketika itu. Tapi dek kerana ada 3 number dalam henset itu sayapun sendlah ke semua number itu. Kira confirm-confirm lah salah satu number itu number dia kan. Tanpa fikir banyak saya tekanlah butang SEND.

Sekejap sahaja dah ada balasan daripada number 012 dia. Tapi jawapan macam pelik.
"sape ni"

Sayapun rasa macam kecik hati sebab ingatkan member ini tak save number saya dalam henset dia. So, sayapun reply pendek.
"Afzan.. kecik hati.."

Tak lama lepas itu dapat mesej lagi.
"Afzan mana pula ni"

Oh my..memang sahlah saya tersilap number. Yang peliknya kenapalah tak dapat reply langsung daripada member sebenar saya. Saya dengan rasa bercampurpun reply;
"salah number. Sorry."

Kuingatkan dah tak ada reply rupanya dia reply. Tapi meman terus mendidih sahaja saya bila baca. Simple. Hanya satu perkataan, Tapi menusuk beb.
dia balas "panta*"

Patah selera saya nak makan nasi minyak. Punyalah sopan santun ayat mesej saya. Tak ada langsung yang berbaur kurang sopan tapi dia balas macam gitu pula. Buat kawan-kawan ini satu peringatan buat anda.Jangan jadi macam budak no 012 tu. Bersangka baiklah dan berbuat baiklah dengan orang selagi orang itu tak buat jahat pada kita. Janganlah buat macam itu sebab cuba korang bayangkan kalau yang dapat mesej itu makcik-makcik, pakcik-pakcik. Sudah tentulah anda akan direject awal-awal untuk buat menantu (selingan je. Tapi kalau ku pun ku reject. Menantu hantu..grrr..). Macam mana pula kalau orang yang hang(panggilan untuk si polan 012 mesej) itu terasa hati sampai mati tanpa sempat hang nak meminta maaf? Macam mana kalau hang mati sok amalan hang tergantung antara langit dan bumi hanya disebabkan ini? Di akhirat kelak macam mana pula hang nak cari orang yang hang sakitkan hati itu untuk minta maaf sebab orang itupun hang tak kenal kan? Macam mana? Fikirlah sebelum berbuat sesuatu yang tak baik.

Tak tahulah kenapa saya emo sangat pasal ini. Memang kecil sahaja problemnya bagi sesetengah orang tetapi akibatnya yang ditanggung besar tanpa disedari. Kalau buat dosa pada Allah SWT, kita boleh minta maaf, minta ampun dan bertaubat nasuha direct tapi kalau dosa pada orang lagi-lagi orang itu kita tak kenal macam mana?, kita kena selesaikan hutang itu dengan 'orang yang kita buat dosa' itu sahaja. Kalau tak sempat minta maaf di dunia terpaksalah cari di padang masyhar sampai jumpa. Ini samalah kes dengan menfitnah.

Saya bukan baik sangat tapi bab2 adab dengan orang ini memang saya jaga betul.

Pengumuman penting : presenting My New Domain

Salam kawan-kawan.
Saya sudah melangkah ke satu fasa baru ye. Saya sudah bertukar domain.
Yippie2, walaupun sedih sebab ranking alexa saya akan jatuh merudummm-dum-sum tahap tak ada rank langsung. Lepas itu pagerank pun akan jadi zero. Harap-harap readers saya tak hilanglah.

Domain baru saya ini daripada iHosterz hasil kemenangan saya dalam contest anjuran sis Dahlia dan iHosterz. Memperkenalkan domain baru saya;


clap! clap! clap!

Selamat tinggal kepada;

snapshot sejurus sebelum bertukar domain.

Actually, tak ada kesan sangatpun sebab saya still guna blogspot. Cuma tukar domain sahaja.
Kena usaha dan usahalah ini!
Gambate kudasai!

Pengumuman penting!

Bloglist dah hilang kawan-kawan.
Saya akan add mana yang saya teringat sahajalah. Adehlah, terlupa pasal ini sebelum tukar domain tadi.

Monday, October 18, 2010

Tutorial DahliaJournal :Cara nak post entry tanpa risiko hilang!

Ekoran daripada entry melepas geramku yang INI, ku mendapat feedback positif daripada Sis Dahlia. Siapa yang tak kenal blogger femes ini memanglah rugi yerp. huhu~

Dengan baik hatinya dia telahpun share cara terbaik untuk update entry blogspot tanpa perlu login ke blogger.com dan risiko "untuk buat kita sakit hati akibat entry yang kita taip panjang berjela hilang secara tiba-tiba sebelum sempat di publish" terus zero. Ye, zero sebab confirm tak hilang dah.Yippie!

Alkisahnya macam ini,
Tadi secara tiba-tiba ada beberapa komen di entry itu dan ada seorang yang komen suruh pakai WLW. Mula-mula saya ingatkan sistem MLM. Isk, kalau MLM tak mahulah saya. Umpama menempah 'bala' sebab tak reti 'meniaga'. Tapi terfikir juga apa pula kena mengena MLM dengan problem entry hilang saya itu. So, bila saya check kat referral ada satu entry berkenaan WLW yang link terus ke blog saya. Bila klik rupanya sis Dahlia dah buat entry pasal masalah saya itu dan yang bestnya siap dengan penyelesaian.

snapshot sebahagian entry sis dahlia

So, kepada kawan-kawan yang selalu sahaja tension dengan blogspot sebab suka buat magic dengan menghilangkan post kita bolehlah mencuba kaedah WLW atau Windows Live Writer ini.
Moh le kita sama-sama terjah entry kak Dahlia itu. Yang bestnya boleh update tanpa internet.
wohoo~

p/s : confirm tak ada dah entry lepas geram selepas ini. =)

Saya pemenang FREE Domain anjuran Dahlia dan iHosterz!!

Salam semua.
Hari ini amatlah sibuk sehingga tidak berkesempatan untuk jenguk-jenguk blog rakan-rakan. Sampai saya hampir terlepas berita berkenaan pengumuman pemenang FREE Domain ajuran Dahlia Journal dan iHosterz. Saya kan pernah join dengan buat entry INI. Saya mula teringat bila saya belek-belek referral summary yang saya baru sahaja masukkan beberapa hari lepas.

Mulanya macam terfikir juga, kenapa link entry pengumuman pemenang itu refer ke blog saya. Tapi dek kerana nak tahu jugalah siapa yang menang kan sayapun terus klik link itu.



OMG ! OMG! nama saya terpilih untuk menang FREE domain setahun. Macam tak percaya tapi itulah kenyataan. Saya lampirkan snapshot terus daripada blog Sis Dahlia sebagai bukti.


Memang saya mahu menukar domain tahun hadapan tapi mungkin sudah tersurat yang dapat pakai domain sendiri tahun ini. Terharu sangat. Terima kasih kepada sis Dahlia dan iHosterz

Domain yang saya mahu gunakan ialah;

>>noorafzan.com<<

Task telahpun diselesaikan. Terima kasih sekali lagi kepada sis Dahlia dan iHosterz

p/s : terlalu eksaited sampai 'terima kasih' tu berkali kali disebut dalam entry.huh!

Sunday, October 17, 2010

Jalan-jalan weekend : Roselle dan Arnab masak rendang!

Dengan semangat wajanya saya gigih taip balik entry saya. huhu~

Hujung minggu sekarang ini memang full dengan aktivit-aktiviti. Minggu inipun sabtu dan ahad saya dah ada program. Kejap lagi dah nak pergi kenduri kawen kawan lama. Kawan semermainan saya masa kecil dahulu, Hafiz akan bersanding hari ini.

Dahulu saya, kakak saya, Hafiz dan adik Hafiz, Nor pernah jadi sangat kamceng. Hampir setiap hari kami berkomplot. Setakat panjat pokok gajus, menjadi petani berjaya dengan menanam kacang hijau untuk jadikan taugeh, dan juga main game tikam-tikam di kedai Cina Ah Long memang dah jadi 'makanan' kami. Kami cuma mula kurang contact bila masuk sekolah menengah. Buka tak contact langsung tapi jarang-jarang.

Semalam saya dengan tunang telah berkunjung ke Ladang Arnab sahabat dia. Ladang arnab ini hampir dengan Selayang (ke dalam kawasan Selayang ye?). Sebelum jumpa Ladang Arnab, akan jumpa kawasan rekreasi air terjun. Masa saya lalu situ semalam ramai jugalah pengunjung yang mandi manda di situ. Tak sangka pula di situ ada air terjun. hehe~

Apa yang ada di Ladang Arnab aka Rabbit Valley?

Bukan tak pernah bermain dengan arnab. Pernah sekali di Bukit Tinggi tapi arnab di sana tak jinak. Asal nak pegang sahaja dia lari. Arnab-arnab di Ladang Arnab di tempat kawan tunang ini khabarnya jinak. Itu yang rasa semangat nak pergi. Lagipun tempat ini dibuka untuk pengunjung pada hujung minggu sahaja. Hari weekdays pun boleh datang tapi dapat tengok sahajalah dalam sangkar. Selain daripada perkhidmatan bergurau senda dengan arnab, korang juga boleh mendapatkan bekalan daging arnab segar dari ladang. Kalau rasa macam malas nak masak-masak boleh juga mencuba Daging Arnab masak rendang. Tuan ladang dah siapkan dalam bentuk frozen jadi cuma perlu panaskan sahaja dan siap untuk di makan.

Mana pula datangnya roselle?

Kebetulan mak kepada pemilik ladang tiap-tiap hujung minggu datang support anak dia berbisnes. Sambil-sambil itu dia ada juga berkebun secara kecil-kecilan. Salah satu hasil yang menjadi ialah buah roselle. Alaa..yang orang buat air tu. Kalau nak beli yang dah siap memang mahal jadi makcik itu mengambil inisiatif untuk menanam sendiri. Kebetulan pula masa saya datang itu makcik itu tengah nak petik buah roselle itu. Memang lebat hasilnya. Jadi dia hulurkan kepadasaya sedikit. Katanya boleh lah buat air di rumah. Alhamdulillah rezeki jangan di tolak. Betul tak?

Segan juga sebab dia bagi free sahaja tapi lega bila makcik itu cakap;
"rezeki jangan kedekut-kedekut. Kita bagi orang, Allah SWT bagi kita lagi dan lagi. Bertambah-tambah rezeki." Baik betul hati makcik itu. Selain daripada itu dia siap bagi saya terung 2 biji dan peria katak 5-6 biji. Macam sebenior la pula.

p/s : Dah dekat maghrib baru saya balik. Sampai rumah hari sudah malam.
p/s/s : Lain kali saya kalau saya pergi saya akan snap gambar.

Geram dengan Blogspot!

Huhu.
Merajuk sekejap dengan blogspot.
Sebab tengah enak-enak taip entry tiba-tiba jadi empty dan masa itu dia autosave.
Bongok!
bongok!
grrrrrr....!!

Terus tak ada mood.

Japgilah saya buat entry lagi.
Tenangkan fikiran sekejap.

Saturday, October 16, 2010

Cabaran Menyelongkar Kebenaran 7 : Siapakah yang buat hidupku bermakna!

Ok, punyalah lambat progressku untuk meyelesaikan cabaran ini. Baru 7 kalu. Tak pa kan Jard sebab sikit sikit lama-lama habis juga kan.hehe! Seronok sahaja tengok update member tu yang tengah berkesejukan di Korea. Nak pergi jugaaa...hehe~

Berbalik kepada persoalan menyelongkar kebenaran bab 7 ini tajuk dia siapakah yang telah berjaya membuatkan hidupku ini bermakna? Jawapan klise biasalah kan mak ayah, family members. Betul tak? Tak dinafikan memang betulpun. Kalau tidak kerana mereka macam manalah kita boleh lahir di dunia inikan. Hatta yang lahir-lahir kena buang itupun asal-asal diapun mestilah daripada percantuman benih antara ibu dan ayah juga kan.
http://4.bp.blogspot.com/_3dZoPT98_uI/S-AcFlZP3nI/AAAAAAAAAQQ/0hByDGHSeNU/s1600/keluarga_sakinah.jpg
Kenapa ibu dan bapa?

Saya rasa tak perlu untuk diterangkan sebab semua orangpun punya ayah dan ibu. Merekalah yang melahirkan, menjaga dan membesarkan kita kan. Bagi makan, pakai, hantar ke sekolah sampai ke menara gading. Tak ada ibu bapapun yang nak anak mereka hidup tak bermakna di dunia ini. Cuma apapun kita sendirilah yng kena usaha untuk buat hidup kita itu bermakna. Ibu dan bapa kita itu cuma boleh support kita daripada tepi sahaja. Kalau hidup kita rasa tak bermakna, itu berpunca daripada kita sendiri kan.

Macam mana nak buat hidup kita bermakna?

Senang sahaja sebenarnya. Hargai apa yang ada lagi-lagi kasih sayang ibu bapa kita kan. Mereka mungkin tak boleh nak bagi kita kemewahan tapi kala kita pandai menghargai kasih sayang mereka memang hidup kita akan rasa bermakna sahaja. Betul tak? Kadang-kadang bila saya menghadapi tekanan hidup. Tapi bila saya sedar bahawa say masih punya ibu bapa yang begitu menyayangi saya makan say rasa hidup saya sebenarnya sangat bermakna. Tak ada apa yang perlu dikesalkan.

Selain ibu bapa siapa lagi yang bisa buat hidup kita bermakna?

Kalau diikutkan ada ramai lagi. Contohnya adik beradik kita, sahabat-sahabat kita, musuh-musuh kita dan juga orang disekeliling kita.
http://4.bp.blogspot.com/_I0EbGD-JKD8/SgemIiGMPhI/AAAAAAAAC2M/SiV38jdkdms/s400/siblings.jpg
air dicincang tak akan putus =)
Adik beradik?

Iya, adik beradik boleh buat hidup kita bermakna. Daripada kita kecil sampailah kita besar merekalah yang paling kenal kita. Paling faham perangai kita dan paling jujur kepada kita. Adik beradik yang suka berkongsi suka dan duka kehidupan bersama-sama tak kira benda sedih ataupun gembira akan buat hidup kita bermakna. Kita rasa ada tempat untuk meluahkan rasa tanpa takut atau gusar. Sayapun begitu juga. Saya paling rapat dengan kakak tapi sekarang dia sudahpun berkahwin. Kami siap berkongsi barang, berkongsi makan dan berkongsi bilik.

http://1.bp.blogspot.com/_bwid-UraRG0/SNu_QAgvc7I/AAAAAAAAAAo/MPfz6hy8IbY/s320/love-friendship-sign.gif
betul kan?
Kawan-kawan?

Yup, kawan-kawan pun boleh buat hidup kita jadi bermakna. Contohnya semalam saay ada dengar radio berkenaan pengorbanan seorang kawan. Saya rasa macam touching sangat dengar. Perempuan ini dia bagi tahu yang kawan dia telah meminjamkan kereta sendiri kepada dia sedangkan kawna itu sanggup pergi kerja naik bas hari-hari. Saya mulanya ingatkan kawan dia itu lelaki (berlawan jantina). Tapi rupanya kawan perempuan. Baik betul hati kawan itu kan. Begitu bermakna hidup kita kalau dapat kawan yang macam itu. Sya juga punya kawan-kawan yang sanggup bersusah senang dengan saya tapi dek kerana tuntutan kerja kami terpisah. Dulu bila saya tersasar, mereka akan menyedarkan saya macam yang pernah kuceritakan di SINI satu ketika dahulu.

Habis sudah cabaran hari ke 7. Next hari ke 8 pula. Bila pula nak buatnya kan.huhu~
Picture : Ihsan google =)

Bajet 2011 : Apa yang menarik!

Pembentangan Budget 2011 sudahpun selesai dan sana-sini ku rasa semua mula nak ambil tahu apa yang menariknya dengan Budget 2011 ini. Memang banyak jugalah yang dibentangkan PM tapi ada beberapa perkara yang menarik perhatianku masa dengar berita di radi tadi (biasalah masa pembentangan itu saya masih di office dan bila dah habis bentang saya dah on the road mahu balik rumah. Tak sabar punya pasal sebab esokkan cuti!)

Pertama;

Elaun Iman dinaikkan daripada RM450 kepada RM750 sebulan. Naik RM300 tu. Lepas ini mesti ramai yang berebut nak jadi imam. Hopefully =)
Guru KAFA juga dinaikkan gaji daripada RM500 kepada RM800. Naik RM400 tu. hoho~
Gaji minimum pun dinaikkan termasuk gaji pengawal keselamatan. Ada lagi tapi lupalah pula.

Kedua;

Pasal cuti bersalin bergaji penuh. Tapi yang ini ku agak confuse. Tadi memang kudengar cuti bersalin maksimum 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan. Maknanya kiralah kalau rancang nak beranak ramai maka kena kawal cuti la kan. Tapi tadi baca di blog yanmie online dia cakap tempohnya tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari sekali beranak sebelum ini.
Mana satu betul eh? Tadi dah confirm tak melebihi 90 hari cuti bergaji penuh. Best la kan.

Ketiga;

Harga tol Plus Express Way Bhd tidak akan dinaikkan dalam tempoh 5 tahun akan datang. Er, tol Plud yang mana satu eh? haha!

Keempat;

Sumbangan saguhati RM500 kepada penjawat awam gred 54 ke bawah untuk belanja persiapan sekolah. Maknanya hujung tahun ini lah kan? ataupun tahun depan punya cerita?

Kelima;

Ada banyak lagi terutama pasal pelepasan( ke pamansuhan?) cukai terhadap barangan2 import. Yang ini kubaca di blog Bang Nara. Betul ke nih?

Yang lain itu buka ntak penting tapi kupun tak berapa faham. Eloklah korang gali di blog Yanmieonline ini ye =)

Lagi satu update lengkap punya pasal Badget 2011 boleh download terus di SINI. Terima kasih Zool for good information.

p/s : bak kata salah seorang pembangkang dalam berita tadi selepas sesi pembentangan, harapan saya semua yang dibentangkan diharapkan dapat dilaksanakan dengan baik. Jangan ada pembaziran budget. 'Dalam' woo makna pesanan dia itu. =)

Friday, October 15, 2010

Masalah air bukan masalah kecil!

Sebenarnya ku tak suka sangat tulis entry dalam bahasa inggeris sebab secar automatik ku kaan jadi skematozoid bila menulis dalam bahasa itu dan ku rasa macam tak kreatif je. Ye, betul penguasaan bahasa inggeris itu penting sekarang tapi itulah memang ku tak berbakat menulis dalam bahasa itu. Kalau tulis sahaja mesti rasa tak menarik. Rasa macam tak ada orang bacapun ada. haha~

Lagi-lagi entry sebelum ini yang pasal air. Sebenarnya entry itu saya buat khas untuk support Blog Action Day 2010 yang jatuh pada hari ini 15 Oct 2010. Saya tak tahu sama ada kena buat entry itu dalam bahasa Inggeris atau boleh sahaja guna bahasa Melayu. So, untuk play safe saya guna sahaja bahasa Inggeris.

Cakap pasal air ini kita memang tak pernah nak fikir secara serius. Sebab kita di Malaysia jarang menghadapi masalah air. Kalau adapun semua itu disebabkan masalah paip bocor/pecah atau Syabas sedang buat penyelenggaraan. Sedikit sahaja bilangan tak ada air sebab masalah tekanan air di area tu rendah dan juga disebabkan musim kemarau (Malaysia pernah sahaja menghadapi saat genting musim kemarau yang seserius negara lain).

Kita patut berterima kasih kepada pihak yang menguruskan air di negara kita sebab mereka dah melakukan yang terbaik untuk membekalkan air bersih kepada semua pengguna walaupun kalau kita tengok semakin lama sungai kita semakin berwarna dan tak sejernih dahulu. Dan bekalan air bersih semulajadi semakin berkurang sebab kawasan bukit yang menjadi tempat tadahan air semakin banyak yang ditarah untuk pembangunan. Ya, demi pembangunan kita terpaksa mengorbankan sumber air kita tanpa kita sedari. Ingat pokok-pokok dan habitat tempat tinggal haiwan liar sahaja ke yang terkorban?.

Syarikat yang menguruskan air kena menyediakan logi untuk membersih air yang kita dah cemarkan untuk kegunaan harian kita yang lazimnya akan masuk longkang dahulu kemudian ke parit dan seterusnya ke sungai dan merawatnya sehingga bersih semula. Kita hanya tahu bila buka paip mesti keluar air. Betul tak? Dan kita anggap kita dah 'bayar' segalanya dengan melunaskan bil air setiap bulan. Memang betul kita dah melunaskan satu hutang kita iaitu pada syarikat yang menguruskan air itu tapi cukupkah dengan itu?

Cukup atau tidak itu subjektif. Bagaimana pula dengan hutang kita kepada alam? Kita boleh membantu untuk mengurangkan punca pencemaran pada sumber air kita dengan mengikuti 4 cara yang saya selitkan dalam entry INI. Itu salah satu caranya. Ada banyak lagi sebenarnya tapi baik korang check sendiri di SINI pula.

p/s : ini kira entry luahan saya pasal isu air dalam bahasa melayu lah ye.haha~

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics