Followers

Showing posts with label hadiah. Show all posts
Showing posts with label hadiah. Show all posts

Friday, April 1, 2011

Cemas: Katering punya pasal!

Salam korang..

Semangat berkobar-kobar nak update tapi kadang-kadang bila semangat itu datang tidak kena masapun tak guna juga kan? Lagi-lagi biola idea pula datang mencurah-curah masa di office. Perghh..memang tak boleh nak buat apalah kan. Kalau saya terlebih masa free barulah saya taip dulu guna email kerja dan direct send to email personal. Tapi jarang sangatlah masa free itu datang. Sebabnya lunch break saya suka tidur. Tidur sebelum zohor kan elok.

Sebenarnya hari ini merupakan hari mencabar jiwa raga saya bilamana saya baru sedar yang katering belum ditempah. Fuh, sudahlah majlis saya itu buat time cuti sekolah dan lagi 2 bulan sahaja daripada sekarang. For sure orang berebut nak gunakan khidmat katering. Makcik yang tolong handle urusan katering masa my sis kahwin dahulupun gagal dihubungi pula. Walaupun kami dah inform dia dulu tarikh untuk booking tapi hati tetap dup dap dup dap mana tahu pakcik katering itu lupa sebab bookingpun pakai mulut sahaja kan.

Di office tadi puas saya search internet waktu rehat 10 minit. Sudah tak fikirlah kena marah sebab online atau tidak sebab dok risau kalau katering tak dapat. Ini kira back up plan lah kalau catering yang kami nak itu tak dapat. Puas saya cari tapi kebanyakannya dah fully booked pada tarikh yang saya nak. Hampir menangis jugalah kan. Siap buat sajak lagi tadi gara-gara nak lepaskan tekanan. Nanti-nantilah saya kongsi sajak tak seberapa itu. Langsung tak ada seni tapi tetap degil juga nak tulis.

Saya siap bagitahu my sis lagi pasal problem ini tapi dia rilek sahaja tak jawab call dan mesej saya. Berapilah juga. Tunggu melerup sahaja. Siaplah dia bila saya balik nanti. Itu sahajalah yang ada dalam kepala saya yang runsing berpusing masa itu. Masalahnya petang kena balik lewat sebab ada jamuan syarikat. Dalam dok risau itu seronok jugalah sebab nama saya naik untuk mendapat cabutan bertuah. Walaupun dapat jug kettle tapi tetap bersyukur. Dalam 600++ pekerja itu saya antara 30 orang yang bertuah. =)

Balik sahaja terus terjah my sis. Dengan muka cool dia menjawab masalah dah settle. Rupanya ayah dah contact direct to pakcik caterer. Dan berjaya book khidmat katering untuk tarikh itu. Saya mengucap syukur yang amat sangat. So, masalah besar sudahpun selesai. Sekarang ini dok fikir pasal kad jemputan dan juga doorgift sahaja.

ok da,next time saya share sajak itu ye.
Malas dah nak edit.
haha~

Friday, January 7, 2011

Hadiah Tahun Baru 2011 iaitu Special Watermark dan PhotoFrame!

Salam korang!


Korang,seperti yang saya dah maklumkan blog saya dah berpindah ke wordpress self hosted. So, jom baca update terkini di blog noorafzan.com

Tadi update pasal lebam-lebam. Kali ini pula nak cerita benda best pula. Kelmarin saya terjah blog Nadia Ar Rumaisha dan beliau dah publishkan hadiah tahun baru untuk saya. Wahh..hadiah apa yang sampai kena publish di blog ye? Haa..of course la watermark special. Bukan saya seorang sahaja tapi ramai lagi yang dapat watermark ini. Rajin kan dia.

 Klik link di bawah  ini ye untuk untuk baca lagi ok!

Saturday, July 24, 2010

Nuffnang : Snickers Game memang best!

Pernah tak tengok iklan nuffnang pasal games Snickers itu.
Haha.
Saya kalau jumpa blog yang ada iklan ini mesti klik.
Bukan klik sahaja, tetapi terus main game nya.
Memang menarik tapi kena pantas kalau nak menang hadiah.
Hadiahnyapun lumayan beb.
Mula-mula kena register dulu.
Lepas register baru boleh login to play.
Nampak tu top scorernya. Boleh buat dalam masa 7 saat sahaja.
Terror betul mereka.
Nak masuk top 15 pun payah.
Bila click 'start game' , game pun start.
Caranya kena cari snickers yang tersembunyi dan drag kepada manusia yang macam zombi tu.
Cari sampai 10 sebab ada 10 zombi kat bawah tu.
Tang yang susahnya nak cari snickers yang tersorok.
huhu~

Memang game yang mencabar.
Sebab the fastest time saya cuma 15 saat.
Macam manalah diorang boleh score 7 saat yea?
Imagine*
huhu~
Tak percaya boleh tengok bawah ni.
Jomlah layan game ni.
Kalau nak direct to website dia, boleh klik SINI.
Nak tunggu iklan nuffnang keluar memang kenuh la.

Wednesday, July 14, 2010

Hadiah Giveaway sudahpun selamat diterima =)

Awal bulan lepas saya ada reveal yang saya adalah pemenang hadiah utama giveaway.
Seronok bukan main saya masa itu.
Sebab belum pernah menang hadiah utama giveaway.
(tereksaited lebih2 pula...maafkan diri ni yang terlebih hormon eksaited masa itu)

Dipendekkan cerita, minggu lepas parcel hadiah telahpun selamat sampai ke tangan saya.
Oleh kerana ceritanya macam berjela sikit ditambah pula dengan gambar2 secukup rasa, silalah scroll bawah ni ye.


Inilah parcelnya.

Wah2, tak sabar nak reveal sendiri punya pasal, saya terus pergi ambil parcel di pondok guard office dan terus menapak ke kereta.
Tak ada maknanya nak di bawa masuk ke office.
Takut jadi tanda tanya pula pada rakan2 office.

So, masuk sahaja dalam kereta.
Start enjin, bukak aircond kuat2 sebab cuaca agak panas masa tu.
Kemudian terus koyak parcel itu dengan cermat.
Tapi sebab gam dia guna kuat sangat jadi comot jugalah sampul tu.
Takpe, janji hadiah cantik kan.
Tengok siap bungkus dalam plstik pula lagi tu.
Double protection gitu =).

Apakah yang ada disebalik plastik oren ini?
Jeng jeng jeng.
Eh, ada macam surat cinta sahaja dalam tu.
Mari kita check sama-sama apa dia.
Terjah..
Ooo..ucapan tahniah daripada penganjur MyWishGiveaway
Gembira? Memang gembira dah ni. Thanks for lovely gift!
Dapat blouse labuh warna ungu.
Ni dia rupa paras menawan beliau.
Tapi tak nampak pula corak dia kan.
Maklumlah kamera henset 2 MP sahaja yang ada.

Cantik dan kena dengan saiz saya (nasib baik..)
Itupun selepas di cuba try test dan tengok di cermin.
Snap picta depan cermin.
Apa nak buat tak ada photographer professional untuk minta tolong snap.

Boleh pakai untuk next dating..ekekeke~

Sunday, June 13, 2010

Ohh..Allah jadikan sesuatu perkara tu dengan sebab~


Ihsan google

Salam..
Kadang2 bila hidup kita terlalu mudah, kita jadi terleka atau kadang ter 'riak' dengan ke'mudah'an yang kita dapat.
Tanpa kita sedar sampai satu tahap, kita lupa untuk bersyukur kepadanya.
Bila Dia beri kita nikmat kita ambil tanpa berusaha melipat gandakan ibadat tanda kesyukuran kita atas nikmat pemberianNya.

Sehinggalah Dia menduga kita dengan menarik sedikit kemudahan itu.
Bukan banyak, sikit sahaja.
Masa tu kita bagaikan terjaga dari mimpi indah yang melalaikan.
Kita tiba2 berada di dalam situasi yang berbeza. Di alama yang nyata.
Jauh berbeza.

Dan masa tulah kita betul2 teruji.
Masa itulah kita kenal siapa diri kita sebenar.
Masa itulah kita kenal siapa yang betul2 kawan kita.
Masa itulah kita kenal siapa yang betul2 sayangkan kita.
Masa itulah kita baru ingat Dia.

Tapi, sedarkah kita Dia sentiasa ingat kita.
Dia sentiasa mahu menolong kita.
Dia sentiasa sayangkan kita.
Kalau tidak masakan Dia beri kita peluang untuk hidup lagi..
dan dia beri masa untuk kita beribadat.
Dia bagi kita sedikit musibah untuk menguji kita.
Dia menarik sedikit kemudahan untuk menyedarkan kita.

Jadi, sentiasa tanamkan rasa redha bila dilanda musibah..
Dan bersyukur bila diberi kemudahan.. (bersyukur dengan sesungguhnya)
Dan beringat bila melihat musibah yang berlaku pada orang lain.
Usah terlalu kecewa atau menderita jiwa bila musibah terjadi sebab kita hanya manusia yang tak pernah lari daripada dugaanNya dan tak dapat lari daripada masalah.
Hadapi dengan tabah dan sabar.
Berdoa kepadaNya.

InsyaAllah, Dia akan beri kita jalan.
Dan takkan biarkan kita terkapai2 kelemasan di lautan musibah itu.

p/s : saya juga telah menghadapi sedikit musibah semalam. Kawan2 doakan yang terbaik untuk saya.

Friday, June 11, 2010

Saya Pemenang Utama Giveaway!

Dulu saya pernah bagitahu yang saya dah buat satu blog yang khas untuk join contest tapi kan akhir2 ni saya kurang ada masa untuk join contest.
Last saya join dalam pertengahan bulan May.

Saya cuma tunggu result contest walaupun tahu hanya tuah sahaja yang boleh buat saya menang.
Entah macam mana contest yang paling lambat pengumuman pemenang yang saya join membawa tuah sebab saya menang.
yuhuuu,...
teruja sebab dah lama tak menang giveaway.

Saya join contest ni di SINI.
Saya buat entry di SINI.
Dan result pula keluar semalam.
Tak percaya, sila tengok gambar bawah ni.
Kalau tak percaya gak klik SINI.


Eh, nampak tak tulisan pasa kertas undi tu?
Kalau tak nampak klik ej kat gambar tu untuk zoom.

Alhamdulillah, dah la dapat hadiah utama.
O ya, saya minta blaus labuh lengan panjang berharga RM50 inggit.
Tak sabarnya rasa.
Macam manalah agaknya rupa baju yang saya akan dapat..
weayahoooo~
yabedabeduuu~

Wednesday, May 26, 2010

Hadiah Hari Jadi dari Company

Minggu ni banyak cerita pasal Hari Lahir sahaja.
Padahal ini baru kali kedua saya bercerita pasal ni kan.
Company saya dah memang jadi tradisi dari dulu akan bagi semua staffnya yang permanent.
Daripada operator sampai la ke boss besar hadiah hari jadi.
Dan hadiahnya memang sama sahaja tak mengenal pangkat.
Itu adalah satu benda yang boleh dijadikan point untuk staff2 bertahan lama di company ni selain daripada environment kerja yang menyenangkan perasaan.
Kalau busy pun tidaklah sampai stress sebab boss2 pun tak pressure.

Berbalik kepada hadiah ulang tahun company ni seperti biasa pemberian hadiah akan bermula bulan April (kira april ni macam bermula tahun baru la).
Sampai pertengahan bulan 5 pun tak ada apa2 yang diberikan. Uraurapun tak ada.
Ramai yang dah mula berbunyi bertanya bila nak dapat hadiah hari jadi company tahun 2010 ni.
Selalunya tiap2 bulan akan ada upacara penyampaian hadiah dan sepatutnya yang lahir bulan 4 dah dapat hadiah.
Kali ini tiada pula.
Mula tu ramailah dah frust.
Tapi saya berfikiran positif mungkin lambat sikit tahun ini.

Tup2, minggu lepas ada ura2 company dah beli hadiah untuk hari lahir staff.
Katanya dapat tuala.
Sebagai salah seorang pekerja yang lahir bulan April, wajiblah saya dapat dulu kan.
hehe~
Taraa..mari saya tayang hadiahnya..
Ada nama saya, nama company (saya blurr kan) dan ucapan birthday.
Ni pandangan pelan..
Ni pula pandangan dari sisi...

Nah, towel 'besar punya' rupanya.
Alhamdulillah, walaupun tahun ini tak ada cop company pada hadiah tu (save budget katanya..)
Warna kuning lembut gitu.
sSelembut warnanya selembut kainnya.
Akan lunyai la lama2 bila selalu pakai nanti.
hehe~

p/s : Kepada yang dah bekerja, company anda mesti bagi hadiah lagi best kan..? Dapat apa ek? share la di sini.. =)

Tuesday, May 25, 2010

Happy Birthday Orang2 bulan May!

Siapa yang lahir bulan May angkat lutut!
Haha..
Selamat Hari Lahir ye kepada anda.
Sekarang dah dekat penghujung bulan May pun.
Bulan ni ramai orang2 terdekat dengan saya meraikan hari 'tambah tua' mereka.

Di office saya, ada 2 member yang sambut hari lahir pada hari yang sama iaitu 12HB MAY.
Kami ada buat sambutan dengan buta makan2 kecil di pantry office.
Menu utama pizza dominos dan juga kek secret recipe.
Nyum2.
Gambar tak ada sebab ada kat folder di office.
hoho~

Personal life pula ada 3 orang pula.
Mula2 abang ipar saya ,Nusin .
Birthday dia 22hb May (Sabtu lepas).
Kami sambut dengan beli kek jenama King dan juga makanan2 sampingan yang juga di beli di King ( pizza mini, roti garlic dan karipap).
Layankan sahajalah gmabar2 di bawah ni yea.

Oleh kerana hujnug bulan, semua makanan kena potong kecil supaya semua orang dapat rasa.
Lupa, donut kecik2 bulat pun ada.
Air twister oren yang dah tinggal separuh sama air masak.
Jadilah asal ada.

Inilah rupa keknya.
Nama kek ni Forest Noir. Try la cari kat King.
Sedap gak rasanya.

Yang berbaju oren tu la abang ipar saya.
Kakak saya yang berbaju pink tu beriya nak buat suprise party.

Muka2 lapar yang tunggu masa sahaja nak ngap semua yang terhidang tu.
Aik, Diko pun ada duduk kat situ.
Tahu sahaja dia orang tengah nak buat party kat situ.
(tapi dia sikitpun tak mengacau. Kucing yang hanya reti makan Friskies je macam gini la)

Sedia untuk potong kek..
Aik, kenapa satu sahaja lilin?
Kalau nak ikut umur dia perlukan banyak lilin.
tak cukup nak letak atas kek tu nanti.

Last sekali sayapun nak masuk gak.
Asyik masuk gmaabr orang lain je.
ekeke~
Of course dengan kucing kesayangan kami tu, Diko.



Actually ada 2 orang lagi birthday bulan 5.
Lepas abang Ipar, kakak saya pulak. Semalam 24hb May.
Birthday laki bini tu dekat2 sahaja.
Senang sambut sekaligus sahaja.
Tapi mungkin tunggu hujung minggu ni kot untuk sambut birthday bakal ibu tu pula.

Last sekali my F la.
Betul2 hujung bulan May.
Tapi lambat lag itu.
Hadiahpun tak prepare.
Nak bagi apa ye?
Any suggestion?

Tuesday, May 18, 2010

Pememang Jackpot 40000 -update!

Saya minta maaf la pada pemenang sebab masa bagi first email tu awak just attachkan url picture yang awak snap sahaja without memperkenalkan diri.
Dan nama yang appear kat email tu Ahi Aho.
Sebab itulah sayapun gelarkan awak macam tu.
Rupanya yang nama pemenang tu RuTi KeBen

Lagi satu..
Sebenarnya hadiah yang saya prepare tu macam untuk ladies.
Tapi lelakipun boleh sahaja guna sebenarnya.
Memula saya tak sure Ruti Keben ni pompuan ke lelaki.
Nama macam lelaki tapi pompuan pun ada nama macam tu juga.
Nasib baiklah dia ngaku dia lelaki kat profile blogger.
haha~

Oleh kerana dah niat nak bagi hadiah tu maka saya akan bagi jugalah kan.
Mungkin kalau dia tak nak guna, boleh hadiahkan kepada awek/kakak/adik pompuan atau mak.
Dah lah nak hantar jauh ni.
Kena bungkus dengan rapi tip top supaya tak rosak.

Oklah, biarlah saya tunjukkan apa sebenarnya hadiah yang saay nak bagi pada pemenang jackpot 40000 ni.
Tak adalah meriah sangat harganya.
Saya harap Ruti Keben dapat menerima dengan hati yang tenang dan gembira.
=)
Tarik nafas dalam2 dulu sebelun scroll ke bawah ni ya..

>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
Ni lah dia..
kotaknya macam ni..
isinya macam ni..
Perfume Woman of Earth keluaran AVON.
hehe~

Respond kat comment box ni yea Ruti Keben.
Kalau tak nak, saya kena cari hadiah lain la sebagai ganti.
Kalau setuju, saya send ke alamat yang awak bagi tu.
Cepat buat pilihan bijak!
haha~

Saturday, May 8, 2010

Minta maaf pasal Hadiah Giveaway saya tu~

Ini pengumuman untuk pemenang NoorAfzan Birthday Giveaway yang saya anjurkan bulan lepas.
Di sini saya nak minta maaf banyak2 kepada Ija Fareeza sebab gagal untuk post hadiah kamu this week seperti yang dijanjikan.
Saya tak dapat nak poskan sebab saya tak sihat seminggu ni.

Hadiah tu telah saya bungkus cantik2 tapi tak dapat nak pos kan sahaja.
Saya akan poskan minggu hadapan.

Good news untuk awak sebab pemenang pertama gagal untuk inform saya details melalui email dalam masa yang telah ditetapkan.
Jadi, Ija Fareeza, awak secara rasminya jadi pemenang tunggal untuk giveaway sulung saya itu.
Dan akan menerima Novel Jaja Love Din seperti dalam banner di bawah ini.

Tahniah.
Untuk hadiah yang kedua iaitu novel Jauh karya Aisya Sofea yang sulung tu saya akan guna sebagai hadiah untuk giveaway kedua yang akan berlangsung dalam masa yang terdekat ini juga.
=)

Tuesday, April 27, 2010

Pengumuman : Pemenang NoorAfzan Birthday Giveaway~

Assalam semua..
Seperti yang saya janjikan saya akan umumkan pemenang contest yang saya buat julung2 kalinya.
Saya gunakan random.org supaya ia adil dan saksama.

Lagi satu seperti yang saya bagitahu, saya hanya mampu nak bagi hadiah kepada 2 orang sahaja contestant.
Kalau lebih 100 orang join, memang saya berhajat nak tambah hadiah.
Tapi sebab tak sampai, maka saya tambah satu sahajalah.

Bukti2 cabutan telah di capture supaya semua rasa adil.
Saya tidak ada video cam canggih untuk merakam aktiviti cabutan.
minta maaf la banyak2..

Mula2 saya buka page random.org

Kendian, saya masukkan number min = 1 dan max = 59 (sebab ada 59 contestant)

Lepas tekan generate sekali, number ni keluar.
Number bertuah pertama ialah number 29.

Bila saya tekan generate kali kedua, number ini pula yang keluar.
Number bertuah ke 2 ialah 37.


Saya telah mencabut undi pada pukul 08.09 malam untuk pemenang pertama..
Yang akan dapat novel Jaja love Din..

dan 08.10 malam pula saya cabut lagi satu undi untuk pemenang kedua..
Yang akan dapat novel Jauh karya Aisya Sofea yang sulung..

Malangnya tak ada buktilah pula untuk menunjukkan masa2 tersebut.
hoho~

Bila saya check list contestant tu, barulah saya tahu pemenang2 nya ialah;

29) ayuselalu

37) ija fareeza

Tahniah kepada mereka berdua.
Seperti yang saya dah hebahkan dalam entry INI, Hadiah saya akan post seawal-awalnya 04/May/2010.
Kenapa lewat sangat? Minta maaf saya cuma akan betul2 free untuk ke pejabat pos pada hari tersebut sahaja.=)

Harap pemenang dapat menghantar details berupa nama penuh, alamat dan number phone sebelum 03/May/2010 9 malam untuk memudahkan urusan pengeposan hadiah..=)

Kepada yang tak menang, sekali lagi saya minta maaf. Harap2 anda teruskan sokongan anda kepada blog ini.(muka penuh mengharap.)
Kalau ada rezeki lebih (kot2 nuffnang nak bagi buffered earning banyak2 lepas ini), saya akan buat lagi contest dengan hadiah yang lebih menarik.
InsyaAllah =)

Sunday, April 25, 2010

NoorAfzan Birthday Giveaway

~~ini akan jadi sticky mode sehingga 25hb April 2010~~
~~Entry TERKINI SENSASI ADA DI BAWAH NI~~

Sempena Hari Lahir saya yang ke 25 pada 12hb April ini, saya ingin mengumumkan bahawa saya nak buat giveaway untuk bloggers.


Syarat2 nya amatlah mudah iaitu,
  1. Jadi followers blog Simple Me ini.
  2. Buat entry ringkas pasal giveaway ini dan masukkan juga banner contest dalam entry tersebut. Jangan lupa link back ke entry post ini yea.
  3. Lepas itu, sematkan banner tu di sidebar blog sepanjang giveaway ini berlangsung yang di link back ke post entry ni juga.
  4. Tinggalkan url entry post anda untuk giveaway ini di comment box entry ini juga ye supaya mudah saya pergi check.=)
Giveaway ni akan tamat pada 25hb April 2010 11.59 malam..
Pemilihan pula dibuat berdasarkan kepada random.org
Seorang sahaja pemenangnya yea..=)
Hadiahnya ialah Novel Jaja love Din. Saya ada buat review kat SINI

Kalau ada budget lebih InsyaAllah adalah pemenang ke 2 dan seterusnya.
haha~

Apa lagi di tunggu.
Cepat2 join k..=)

Update : senarai peserta saya dah list kan di sidebar kanan. Check ye kalau tertinggal bagitahu..=)

p/s :Ask me everything kat kotak formspring.me di sidebar yea..=)

Dah 600 followers.


ehsan google
Pejam celik pejam celik dah 600 followers.
Walaupun saya tahu lately yang ramai follow semata-mata untuk join contest tap isaya still hargai.
Saya terharu dengan tahap kesungguhan kawan2 followers untuk menang tapi malangnya hanya seorang, mungkin 2 orang atau paling 3 orang followers je yang akan dapat hadiah giveaway tu.
Saya tak mampu nak bagi semua orang seorang satu giveaway sebab sayapun tak sekaya blogger Redmummy yang boleh menjana pendapat sehingga RM10K sebulan mahupun KennySia yang cash out duit nuffang sampai beribu-ribu~.

So, saya berniat nak bagi award la.
tapi nak design cantik2 dulu.
(err..cantiklah sangat..)
So, nantikan kemunculan award saya kepada followers dalam masa terdekat ni.

Pepun, saya sayang kamu semua.
Jangan lari tahu!
haha~

Monday, April 19, 2010

Gatsby Deodorant Streets Fair - Games~

Terus terang memang banyak dan meriah game2 yang ada masa event ni.
Tapi, saya tak join semualah.
Satu, sebab masa saya beriaya nak main manusia punyalah berhimpit-himpit sampai nak jalan berlaga macam2 tempat.

Games yang saya main pada mulanya ialah Dam Manusia.
Itupun masa lepas sesi bergambar ramai2 waktu pagi lepas sesi registration tu.
Sebabnya game tu je yang kosong lagi masa tu.
Yang lain dah penuh dengan blogger2 merah.
Saya cilok jap gambar yang diambil dari blog aidi safuan.





kalau tengokkan kedudukan saya tu faham2 sendirilah saya dapat number berapa kan.
haha..
Memang takde luck sungguh~

Lepas itu saya paksa my F masuk game tukar tayar kereta tu.
Nasib baik dia dapat buka tayar tu dalam masa 30 seconds, dapat 2 points.
Lepas itu, kami sambung pula main game yang masukkan bola dalam coloured glass tu.
Hampeh je, ssuah nak masukkan bola tu sebab coloured glass sikit je.

Sambung pula dengan game sangkutkan tali (bola ragbi terikat di kedua-dua hujung tali) pada palang disediakan.
3rd and last try baru berjaya.
Nasib baiklah berjaya.
dapat 2 points + 2 points
Lepas itu main crazy can. caranya baling bola pada susunan can2 sampai semuanay jatuh.
dapat lagi 2 points + 2 points

Masa nak main game lagi tetiba kena panggil ke pentas utama untuk upacara perasmian.
Habis sahaja acara perasmian saya still macam tak berganjak sambil layan tengok aktiviti lawan2.
Semang cerita saya cilok lagi gamabr dari blog aidi safuan.
Lebih kurang macam ginilah game nya.



Sempat lagi bersembang dan bergamabr dengan bro Ah Fatt, Cik Comel dll.
Sembang2 pasal point yang dikumpul.
Rupanya point ini boleh di redeem after kul 1 ptg.
Cik Comel terus pass 2 points dia pada kami sebab dia kata dia dah cabut time tu.
haha~

Ah Fatt dan Cik Comel pula layan game lawan2 tu.
Dan yang lawaknya Cik Comel menang.
Dapat 6 points terus dia bagi kat kami juga.
haha~
Tak payah susah main dah dapat 8 points free.

Lepas tu saya laayn pula game baling2 gelang masukkan ke celah deodorant spray tu.
Yang inipun kalah.
2 kali cubapun tak berjaya.

Lepas itu cuba pula game masukkan bola golf dalam lubang guna kayu snuker.
Yang ini saya fail.
Gaya pegang kayu snuker tu pun dah nampak fail.
Bola ntah ke mana pergi.

Lepas itu saya cuba game parking car.
Senang je dapat 2 points.
my F pun dapat juga 2 points.

Cuba pula main game baling dart ke belon berkaler.
Tapi kena kat belon putih.
So, x de point le dapat.
rugi2.

Lepas itu dah malas nak main games.
Aik, asal macam kurang 6 points ye.?
Tak ingat la pula dari mana datangnya.
Mungkin Cik Comel bagi point lebih dari 8 ataupun my F ada kumpul extra point tanpa saya perasan.
Tapi memang cukup2 28 point sebab kami redeem satu barang 16 point dan satu barang lagi 12 point. Inilah dia barangannya ikut pilihan my F sendiri.
Abaikan no plat kereta di hadapan sebab tak ada kena mengena dengan cerita ini.

Thursday, April 15, 2010

Apa yang menarik sempena Birthday ku?

Selalunya kalau ada hari-hari penting seperti Hari Kelahiran, Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru dsb memang rasa macam kosong kalau tak ada apa2 beza dengan hari lain kan?

Kalau Hari Lahir tu mesti paling tidak pun hidup diceriakan dengan ucapan2 tahniah daripada kawan2 sahabat handai tak kira jauh atau dekat menggunakan bermacam-macam medium seperti cakap depan2, SMS, call, miss call, email, ucapan kat FB dan kalau bloggers macam kita ni ucapan from bloggers lain kan.
Up sikit ucapan tu diiringi dengan hadiah tak kiralah kecik atau besar, murah atau mahal.
Paling penting ikhlas kan..=)
Nak advance sikit adalah buat program makan2 dengan birthday gal or guy tu ditaja makanannya.
Paling best buat makan2 lepas itu siap bagi hadiah.

Begitu juga bila Hari Guru, Hari Ibu dan Hari Bapa.
Mereka2 ini diraikan pada hari tersebut sebab kita sedia maklum jasa dan pengorbanan mereka buat untuk memajukan anak bangsa.
Hari Guru untuk menghargai semua guru dan lecturer seantero Malaysia.
Hari Ibu untuk menghargai golongan ibu2.
Hari Bapa untuk menghargai golongan bapa2.
Tanpa mereka, siapalah kita.
Setiap dari kitapun ada ibu, bapa dan guru masing2 kan. =)

Sempena Hari Lahir saya ada beberapa perkara yang saya nak highlight..

  • Saya dapat ucapan daripada ramai kawan2 di FB dan blog. Terima kasih atas ucapan dan doa kawan2 semua.
  • Malam itu(12hb), my F bawa saya pergi makan di Western food di Restoran Kapal, Kg. Baru.
  • Esok siangnya(13hb), boss saya pula announce pertukaran layout meja kerja. Saya kena pindah ke meja baru sempena birthday saya.
  • Esok malamnya(13hb), my sis pula masakkan spageti dan belikan kek coklat untuk meraikan birthday saya.
  • Lusa (14hb), tak da program.
  • Tulat(15hb), jumpa bestfren zaman sekolah, Afiza yang dah lama lost contact. paling last jumpa masa lepas habis matrikulasi (awal 2004) - dah lebih 6 tahun. Dia ni kerja di Jakarta tu yang susah nak jumpa.
  • Tubing (16hb), sambutan birthday untuk kami yang lahir bulan 4 (ross, ita dan saya) di A&Woleh officemates, InsyaAllah~
  • Sabtu (17hb), err..ni bukan sempena birthday. Ada event Gatsby Street Fair di BTS,KL.
Ok, kesian sekian update dari saya untuk anda~
Siapa yang pergi Street Fair tu jumpa di sana yea!

p/s : saya dah dapat hadiah Giveaway Chibby Kun. Nanti saya update k..=)

Sunday, April 4, 2010

Hadiah berharga sempena 2 hari terpenting dalam hidup~

Sempena 2 hari antara yang terpenting dalam hidup saya..
My F dah berikan hadiah..
Yippie.

Firstly, for our 5th years anniversary..
Secondly, for my birthday on 12 April 2010 nanti yang ke 15 25..
Ok, jam yang berasaskan metal tu lah hadiahnya.

Terima kasih cinta..=)

p/s: masih tak ada idea nak buat contest ape..huh~

Friday, April 2, 2010

Dapat 20 ringgit dan ada idea tuk my birthday contest?

Salam..
Setelah berhempas pulas fikir idea nak tulis entry akhirnya saya dapat gak 20 inggit.
Thanks nuffnang.
Alhamdulillah..

Ni kira macam hadiah hari jadi saya daripada Nuffnang.
besday saya dah around the corner.
Rasa2 macam nak buat contest tapi tak asa idea la pulak.
Any idea?

Nota tangan :
Lately, mode tuk join contest macam naik sahaja.
Ramai pula yang suka buat contest sekarang ni kan..
Giveaway la yang paling banyak..=)
jom tengok apa contest yang aya join.
Andapun boleh join sama juga mana2 contest yang saya join tu selagi due date tak sampai lagi di http://duniacontestnoorafzan.blogspot.com/

Friday, March 26, 2010

Poskad Dari London sudah diterima~

Awal bulan ni saya ada join satu contest anjuran Long Haffiz aka Perantau London
Kalau ingat2 lupa atau first time singgah blog saya boleh rujuk SINI
Dan menurut kepada beliau dalam entry ini, semua contestant akan dapat hadiah poskad dari beliau..
Yaahooo~Pagi tadi saya dikejutkan dengan sekeping poskad dari London..
First time ni dapat poskad..
Dah la dapat dari jauh nun..merentasi banyak benua ni..
bangga2..
taraaa...

Ni rupa kadnya..ada beberapa gambar tempat menarik di London dalam poskad ni..
ngee~

Inilah content nya..
cantik juga tulisan Long nih..
jelas dan kemas..=)
Korang nampak tak?

p/s : nampak tak alamat tu..tak lama lagi besday saya. So, kalau nak kirim2 adiah besday pakai la alamat tu ye..(dengan muka penuh cahaya harapan..padahal takde sape nak bagi adiah..ahaha~)

Wednesday, March 17, 2010

Saya bertuah hari nih..anda?

Alhamdulillah..
pagi2 ni masuk office je terus on PC..
Bukak blog Cikmin...tgk2 jackpot dah 55555...
Teruja k...

First time ni menang Jackpot Cikmin..



Tak sabar nak tunggu hadiah misteri..
=)

Thursday, March 4, 2010

Pengumuman : Contest Viewer bertuah kepada pengunjung ke 27072..

Salam pagi ye kepada sahabat2..
Oleh kerana tiada siapa yang berjaya mengaku sebagai viewer yang ke 26543, saya telah pilih number baru untuk di consider menang hadiah cenderahati from Sabah ba~

Syaratnya sama.
Boleh rujuk sini dan sini untuk details..

Jika anda bertuah, sila print screen page dan emailkan bukti berserta details anda iaitu nama penuh, alamat dan number phone ke bejangutm@gmail.com

Semoga kali ini adalah yang mengaku k..=)
Good Luck!

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics