Followers

Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Wednesday, January 5, 2011

Masalah Minyak masak : selesai minggu depan!

Salam Satu Malaysia.


Korang,seperti yang saya dah maklumkan blog saya dah berpindah ke wordpress self hosted. So, jom baca update terkini di blog noorafzan.com

Kan saya sudah cakap. Isu minyak masak ini takkan berhenti beb. Terbaru memang kecoh satu Malaysia pasal minyak masak yang tak cukup di pasaran. Isk isk macam manalah benda ini boleh terjadi. Orang kita kan kebanyakannya tak boleh dengan rumours bukan-bukan lagi-lagi kalau bab-bab barang naik harga. Bila dengar sahaja, confirmlah akan panik semacam lepas itu terus borong satu kedai sebab rasa  rugi tak beli sekarang. Kalau boleh nak beli stok yang boleh tahan sampai setahun dua. hehe~

 Klik link di bawah  ini ye untuk untuk baca komen saya pasal isu ini!

Masalah Minyak masak hilang : selesai minggu depan!

Tuesday, January 4, 2011

Isu Harga minyak masak : Naik ke?

Salam Satu Malaysia.

Korang,seperti yang saya dah maklumkan blog saya dah berpindah ke wordpress self hosted. So, jom baca update terkini di blog noorafzan.com

Sejak 2,3 hari lepas ramai duk kecoh pasal Minyak masak habis di pasaran. hmm..dan dengar khabar angin pasal harga minyak masak akan naik. Lepas itu keluar berita yang harga minyak tidak akan naik dalam masa terdekat ini. Cuba korang flashback balik masa isu gula tengah hot dahulu. Korang mesti ingatkan kronologi isu itu sampai akhirnya harga gulapun naik. Adakah harga minyak masak akan naik juga?

 Klik link di bawah  ini ye untuk untuk baca komen saya pasal isu ini!

Isu harga Minyak Masak : Akan naik juga?

Ok, bai!

Thursday, December 30, 2010

Final Piala AFF Suzuki 2010 : Rio Ferdinand puji Pasukan Malaysia!

Korang,seperti yang saya dah maklumkan blog saya dah berpindah ke wordpress self hosted. So, jom baca update terkini di blog noorafzan.com

Salam Satu Malaysia!

Rio Ferdinand memuji pasukan Malaysia dalam twitter dia. Katanya Malaysia adalah team yang bagus! Dia memang ikuti juga perlawanan semalam. Cayalah!

Kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh terjah url ini;

Wednesday, December 29, 2010

Blog GF Khairul Fahmi Che Mat - sweet~

Korang,seperti yang saya dah maklumkan blog saya dah berpindah ke wordpress self hosted. So, jom baca update terkini di blog noorafzan.com

Salam Satu Malaysia!

Bercerita pasal Fahmi, saya ada buat satu special entry pasal dia beberapa hari lepas. Tapi hari ini ku rasa malu pula dengan tulisan sendiri. Haha. Korang bolehlah baca sendiri entry itu. Lagi malu kalau awek dia yang baca. Yuhu..heboh beberapa blogger bagitahu yang awek Fahmi ada blog. Ini blog dia ok. Memang terbukti sebab banyak sangat cerita pasal dia dengan Fahmi dia tulis. Siap ada cerita saat-saat mula perkenalan mereka lagi. Sweet kan.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh terjah url ini;
 

Keputusan Final Piala AFF Suzuki 2010 : Malaysia juara!

Korang,seperti yang saya dah maklumkan blog saya dah berpindah ke wordpress self hosted. So, jom baca update terkini di blog noorafzan.com

Salam Satu Malaysia!

Akhirnya Pasukan muda Malaysia berjaya juga membawa pulang Piala FFA Suzuki buat julung-julung kalinya walaupun memboloskan 2 gol kepada Indonesia dengan kelebihan 3 gol yang dibawa daripada perlawanan pusingan pertama Final di Malaysia.
Mereka berjaya membuktikan bahawa Malaysia Boleh!
Dan seperti yang dijangka Safee menggondol penjaring terbanyak dengan sumbangan 5 gol. Tahniah ok!
MALAYSIA BOLEH!

MALAYSIA 4 : 2 INDONESIA


Korang akan tahu kalau korang klik link di bawah  ini untuk untuk baca dengan lebih lanjut ok!

Wohoo..dapat US Dolar 100,000 tu! Pakcik kayo!

Mampukah Malaysia menjadi Juara Piala AFF Suzuki 2010 menentang Indonesia!

Korang,seperti yang saya dah maklumkan blog saya dah berpindah ke wordpress self hosted. So, jom baca update terkini di blog noorafzan.com

Malam ini akan jadi kemuncak Piala AFF Suzuki 2010 dan buat julung-julung kalinya sejak sekian lama Malaysia akan berentap untuk merebut kejuaraan. Walaupun dalam game final pertama ahad lepas Malaysia berjaya mendahului dengan 3-0.
Kalau Pasukan Malaysia bermain secemerlang ketika perlawanan di Bukit Jalil ahad lepas saya yakin Malaysia akan menang besar malam ini. Tapi itulah kita tak dapat nak menjangkakan apa yang akan berlaku pada malam ini. Banyak perkara yang bermain difikaranku pasal game malam ini. Suspen kan.

Kenapa ku cakap macam itu ye? 
Korang akan tahu kalau korang klik link di bawah  ini untuk untuk baca dengan lebih lanjut ok!

Filem KL Menjerit menjadi realiti : Program Ride it Right latih Mat Rempit jadi pelumba profesional

Korang,seperti yang saya dah maklumkan blog saya dah berpindah ke wordpress self hosted. So, jom baca update terkini di blog noorafzan.com


Tadi ku terdengar berita di radio pasal kempen 'Ride to Right... Don't Helter Skelter' yang dianjurkan oleh Royal Malaysia Police bersama dengan  UMW Pennzoil Distribution dan Eramaster Resources. Melalui kempen ini mat rempit- mat rempit akan dilatih menjadi pelumba profesional. Macam idea dalam filem KL Menjerit lakonan Rosyam Nor dengan Lisdawati sebagai watak utama pada tahun 2002 dahulu menjadi relaiti sahaja kan.

Klik link di bawah  ini ye untuk untuk baca dengan lebih lanjut ok!

Filem KL Menjerit menjadi realiti dengan Program Ride it Right!

Monday, December 27, 2010

Isu Laser Final Piala AFF Suzuki 2010 : Tak habis-habis lagi ke?

Semalam kan insiden kekecohan penjaga gol yang mendakwa mata dia kena laser menyebabkan permainan terhenti selama 5 minit. Saya bukanlah nak menyebelahi mana-mana pihak tapikan inilah yang dikatakan teknologi disalah guna. Benda yang kecil itupun boleh jadi isu besar dan melibatkan pula hubungan dua negara. Kira jadi isu antarabangsa jugalah kan.

Apapun saya harap isu ini dapat diselesaikan secara baik-baik dan hubungan antara dua negara nusantara yang selama ini memang tegang tidak akan bertambah buruk. Takut juga. Kita serumpun berantakan. Ada orang lain yang sedang tersenyum ddari jauh. Tunggu masa sahaja untuk menyerang bila kita lemah. Tak sedar lagi ke agaknya ye?

Sebelum ini dengan isu tiru-tiru budayalah, sampai bakar bendera pula kan. Saya betul-betul kecewa dengan mentaliti orang-orang sebegini yang sengaja nak mengkucar-kacirkan persahabatna yang terjalin baik sejak sekian lama antara Malaysia dengan Indonesia. Saya lagi kecewa bila kita sendiri merosakkan hubungan itu. Bukan orang luar.

Umpama lidilah kan. Lidi kalau sedikit mudah dipatahkan tapi kalau banyak takkan dapat dipatahkan.Sedarlah ye. Ingatlah pepatah orang dulu-dulu.
Bersatu teguh, bercerai roboh.
Ok itu sahaja dari saya.
Renung-renungkanlah ye.!

Friday, December 24, 2010

Pengorbanan seorang ibu! - New Update

Korang,seperti yang saya dah maklumkan blog saya dah berpindah ke wordpress self hosted. So, jom baca update terkini di blog noorafzan.com

Pengorbanan seorang ibu! : Pengalamanku

Klik link di atas ini ye untuk untuk baca dengan lebih lanjut ok!


 

Wednesday, December 22, 2010

22 Lebuhraya bagi diskaun tunai atau rebat sempena Krismas 2010 -New Update

Korang,seperti yang saya dah maklumkan blog saya dah berpindah ke wordpress self hosted. So, jom baca update terkini di blog noorafzan.com

22 Lebuhraya beri diskaun serta rebat sempena Krismas 2010

Klik link di atas ini ye untuk untuk baca dengan lebih lanjut ok!

Masa inilah seronok nak berjalan-jalan sebab Malaysia ini kan banyak sangat tol. Jalan sikit tol. Jalan sikit lagi tol. Hari-haripun saya menyumbang RM3.20 kepada LDP.

Pengumuman Dividen 7.50 sen dan Bonus 1.25 sen ASB 2010 semalam!

Korang,seperti yang saya dah maklumkan blog saya dah berpindah ke wordpress self hosted. So, jom baca update terkini di blog noorafzan.com

Dividen ASB 7.50 sen seunit & Bonus 1.25 sen seunit

Klik link di atas ini ye untuk untuk baca dengan lebih lanjut ok!

Yang penting memang manyak untung woo kalau pelaburan korang besarlah.

Friday, November 12, 2010

Berita Menarik : Masjid Pertama di Artik!

Hari ni saya tertarik untuk update sesuatu yang menarik dan berkait dengan Islam. Yeah, menurut Berita Harian Online hari ini, di Kanada telah terbinanya Masjid pertama di Artik iaitu tempat sejuk beku.

MASJID pertama di Artik ini dilengkapi  dapur dan perpustakaan untuk kemudahan jemaah.
 gambar dicilok daripada Berita Harian Online!

Saya ceduk sedikit keratan berita tersebut;

OTTAWA: Masjid pertama Kanada di Artik dibuka semalam di Inuvik untuk memulakan khidmat sebagai rumah ibadat di kawasan komuniti Islam di sana.
‘Masjid pasang siap’ itu tiba di bandar utara kecil bulan lalu melalui perjalanan 4,000 kilometer (km) melalui darat dan air.

Beberapa wartawan termasuk pemberita televisyen Arab menyertai penduduk Islam tempatan untuk majlis pembukaannya.
Bilangan penduduk Islam di bandar dengan 4,000 penduduk di Wilayah Barat Laut Kanada itu meningkat sejak beberapa tahun kepada kira-kira 80 orang. Mereka sebelum ini beribadat di dalam sebuah karavan berukuran tiga kali tujuh meter sehingga ia tidak lagi dapat menampung bilangan jemaah.
Masjid baru yang digelar sebagai masjid kecil di Tundra oleh media Kanada itu dihiasi dengan permaidani merah di ruang utama, mempunyai sebuah dapur dan perpustakaan, kata ahli jawatankuasa masjid, Amer Suliman.



Masjid di pasang siap sahaja sebab saya dapat bayangkan kos untuk pembinaan masjid itu kalau dilakukan di kawasan berais macam tu mesti mahal. Kalau pakai simen mesti cepat beku kan. Haha, ku tak pernah dudk di negara sejuk so tak tahu macam mana mereka membina bangunan. Tapi rasanya memang konsep 'pasang siap' biasa digunakan di negara sejuk kan?

Ramai juga penduduk Islam di sana ye. Alhamdulillsh, semoga dengan adanya masjid ini dapat membantu penduduk Islam di sana beribadat dengan lebih sempurna.

Tuesday, November 2, 2010

Anak Sosilawati fail saman RM60 juta! Boleh ke mereka bayar?

Tensi la sebab tak dapat nak buka paper online. Internet lembab sangat. Kecoh hari ni punya berita pasal anak-anak Allahyarhamah Sosilawati nak saman suspek-suspek pembunuhan ibu mereka itu dalam paper. Mula-mula rancang nak saman RM40 juta tapi sudah up pula jadi RM60 juta selepas dimaklumkan Sosilawati ada membuat perancangan untuk menyenaraikan syarikat kosmetiknya, Kumpulan Nouvelle Visages ke Bursa Malaysia, sebelum usahawan wanita itu dibunuh pada 30 Ogos lalu.

Bukankah kalau dah jadi suspek, harta benda semua kena sita ke? Macam manalah deme-deme ini nak settle kan saman agaknya eh? (kalau ada siapa-siapa tahu jawapannya bolehlah share sini) Tapi tindakan anak-anak Allahyarhamah Sosilawati ini memang patutlah untuk bagi pengajaran pada mereka-mereka yang buat jenayah tanpa fikir langsung perasaan dan kesannya kepada orang lain. Nak tipu duit dah satu hal. Lepas itu di bunuh pula. Tak mustahil selepas ini kaum keluarga lagi 3 mangsa pembunuhan pula yang akan tampil untuk failkan saman juga pada mereka.

Berita penuh bolehlah godek-godek sendiri surat khabar. Ramai juga blogger yang story pasal ini hari ini.

p/s: kadang-kadang tindakan menyaman ini perlu juga bila kena pada tempatnya. So, kok ada yang nak buat jenayah macam ini fikir-fikir dahululah ye. Dah la kena tangkap pastu kena saman pula.Bagai sudah jatuh di timpa tangga pula gayanya.
Kesimpulannya,Lu fikirlah sendiri! (ahaha..tiba tiba mood nak jadi Nabil datang..).

Korang, dah vote saya ke belum Nak vote kena pergi SINI dan tinggalkan komen. Kalau tak, undian tak valid maa~ Masih sempat lagi nak ngundi sampai 05/Nov/2010. Jomm!!

Saturday, October 16, 2010

Bajet 2011 : Apa yang menarik!

Pembentangan Budget 2011 sudahpun selesai dan sana-sini ku rasa semua mula nak ambil tahu apa yang menariknya dengan Budget 2011 ini. Memang banyak jugalah yang dibentangkan PM tapi ada beberapa perkara yang menarik perhatianku masa dengar berita di radi tadi (biasalah masa pembentangan itu saya masih di office dan bila dah habis bentang saya dah on the road mahu balik rumah. Tak sabar punya pasal sebab esokkan cuti!)

Pertama;

Elaun Iman dinaikkan daripada RM450 kepada RM750 sebulan. Naik RM300 tu. Lepas ini mesti ramai yang berebut nak jadi imam. Hopefully =)
Guru KAFA juga dinaikkan gaji daripada RM500 kepada RM800. Naik RM400 tu. hoho~
Gaji minimum pun dinaikkan termasuk gaji pengawal keselamatan. Ada lagi tapi lupalah pula.

Kedua;

Pasal cuti bersalin bergaji penuh. Tapi yang ini ku agak confuse. Tadi memang kudengar cuti bersalin maksimum 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan. Maknanya kiralah kalau rancang nak beranak ramai maka kena kawal cuti la kan. Tapi tadi baca di blog yanmie online dia cakap tempohnya tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari sekali beranak sebelum ini.
Mana satu betul eh? Tadi dah confirm tak melebihi 90 hari cuti bergaji penuh. Best la kan.

Ketiga;

Harga tol Plus Express Way Bhd tidak akan dinaikkan dalam tempoh 5 tahun akan datang. Er, tol Plud yang mana satu eh? haha!

Keempat;

Sumbangan saguhati RM500 kepada penjawat awam gred 54 ke bawah untuk belanja persiapan sekolah. Maknanya hujung tahun ini lah kan? ataupun tahun depan punya cerita?

Kelima;

Ada banyak lagi terutama pasal pelepasan( ke pamansuhan?) cukai terhadap barangan2 import. Yang ini kubaca di blog Bang Nara. Betul ke nih?

Yang lain itu buka ntak penting tapi kupun tak berapa faham. Eloklah korang gali di blog Yanmieonline ini ye =)

Lagi satu update lengkap punya pasal Badget 2011 boleh download terus di SINI. Terima kasih Zool for good information.

p/s : bak kata salah seorang pembangkang dalam berita tadi selepas sesi pembentangan, harapan saya semua yang dibentangkan diharapkan dapat dilaksanakan dengan baik. Jangan ada pembaziran budget. 'Dalam' woo makna pesanan dia itu. =)

Friday, October 15, 2010

Masalah air bukan masalah kecil!

Sebenarnya ku tak suka sangat tulis entry dalam bahasa inggeris sebab secar automatik ku kaan jadi skematozoid bila menulis dalam bahasa itu dan ku rasa macam tak kreatif je. Ye, betul penguasaan bahasa inggeris itu penting sekarang tapi itulah memang ku tak berbakat menulis dalam bahasa itu. Kalau tulis sahaja mesti rasa tak menarik. Rasa macam tak ada orang bacapun ada. haha~

Lagi-lagi entry sebelum ini yang pasal air. Sebenarnya entry itu saya buat khas untuk support Blog Action Day 2010 yang jatuh pada hari ini 15 Oct 2010. Saya tak tahu sama ada kena buat entry itu dalam bahasa Inggeris atau boleh sahaja guna bahasa Melayu. So, untuk play safe saya guna sahaja bahasa Inggeris.

Cakap pasal air ini kita memang tak pernah nak fikir secara serius. Sebab kita di Malaysia jarang menghadapi masalah air. Kalau adapun semua itu disebabkan masalah paip bocor/pecah atau Syabas sedang buat penyelenggaraan. Sedikit sahaja bilangan tak ada air sebab masalah tekanan air di area tu rendah dan juga disebabkan musim kemarau (Malaysia pernah sahaja menghadapi saat genting musim kemarau yang seserius negara lain).

Kita patut berterima kasih kepada pihak yang menguruskan air di negara kita sebab mereka dah melakukan yang terbaik untuk membekalkan air bersih kepada semua pengguna walaupun kalau kita tengok semakin lama sungai kita semakin berwarna dan tak sejernih dahulu. Dan bekalan air bersih semulajadi semakin berkurang sebab kawasan bukit yang menjadi tempat tadahan air semakin banyak yang ditarah untuk pembangunan. Ya, demi pembangunan kita terpaksa mengorbankan sumber air kita tanpa kita sedari. Ingat pokok-pokok dan habitat tempat tinggal haiwan liar sahaja ke yang terkorban?.

Syarikat yang menguruskan air kena menyediakan logi untuk membersih air yang kita dah cemarkan untuk kegunaan harian kita yang lazimnya akan masuk longkang dahulu kemudian ke parit dan seterusnya ke sungai dan merawatnya sehingga bersih semula. Kita hanya tahu bila buka paip mesti keluar air. Betul tak? Dan kita anggap kita dah 'bayar' segalanya dengan melunaskan bil air setiap bulan. Memang betul kita dah melunaskan satu hutang kita iaitu pada syarikat yang menguruskan air itu tapi cukupkah dengan itu?

Cukup atau tidak itu subjektif. Bagaimana pula dengan hutang kita kepada alam? Kita boleh membantu untuk mengurangkan punca pencemaran pada sumber air kita dengan mengikuti 4 cara yang saya selitkan dalam entry INI. Itu salah satu caranya. Ada banyak lagi sebenarnya tapi baik korang check sendiri di SINI pula.

p/s : ini kira entry luahan saya pasal isu air dalam bahasa melayu lah ye.haha~

Water? What happened to our world nowadays!

Water is the something that I believe that everyone just not want but need it to survive for life. But we always over-looked the importance of clean water and the bad effect that might caused if we are lost of water even for a single day. So, as to support Blog action Day 2010, I will voice out about water in blog post here. This campaign brought to you by Change.org.

What is serious issue that caused by water? Basically there a lot of things that severely happened caused by water and some issues I'm not notice them before but after I go through the change.org websites I realize the logic of that issue arises not only in our country but around the world that might be not safe enough for us to live in.

Why I said like that?

You should ask yourself and find out by yourself what happened and gonna be happened to our beloved world nowadays and future if we still overlooked about the issue of water. And then what we can do to save our water? Ask yourself again..agaga.. ok I'm just kidding. So simple actually. You can sign petition that positioned at my blog right sidebar. Found? Ok, jut sign the petition and done! You have done your part to save our water.

Actually, why water?

Ok, actually just like I said there are so many issues that arises caused by water. But I only want to focus on the one of water sources to us which is river. yes, river is water and a lot of water flow to form as river. So, I dont want to say much regarding how seriuos water pollutant of river around the world nowadays since everyday household activities are a major contributor to polluted runoff, which is among the most serious sources of water contamination.

When it rains, fertilizer from lawns, oil from driveways, paint and solvent residues from walls and decks and even waste from pet Fido are all washed into storm sewers or nearby lakes, rivers and streams -- the same lakes, rivers and streams we rely on for drinking, bathing, swimming and fishing.

So, Here I would like to share to you all some ways you can help reduce polluted runoff to our river directly starts from your home. Yup, everythings always starts from ourself first right!
I will share with you four of simple ways to be followed;

1) Correctly dispose of hazardous household product.

--> Keep paints, used oil, cleaning solvents, polishes, pool chemicals, insecticides, and other hazardous household chemicals out of drains, sinks, and toilets. Many of these products contain harmful substances -- such as sodium hypochlorite, petroleum distillates, phenol and cresol, ammonia and formaldehyde -- that can end up in nearby water bodies.
--> Contact your local sanitation, public works, or environmental health department to find out about hazardous waste collection days and sites.
* If a local program isn't available, request one.

2) Use nontoxic household products whenever possible.

--> Discarding toxic products correctly is important, but not buying them in the first place is better.
--> Ask local stores to carry nontoxic products if they don't already. For examples of safe substitutes for toxic household products, check EPA's EnviroSense website.

3) Recycle and dispose of all trash properly.

-->Never flush non-degradable products -- such as disposable diapers or plastic tampon applicators -- down the toilet. They can damage the sewage treatment process and end up littering beaches and waters.

4) Conserve water.

Use the most efficient plumbing fixtures. A whopping 73 percent of the water you use in your home is either flushed down the toilet or washed down the shower drain. Toilet dams or bricks placed in your toilet tank can save four gallons of water per flush, or up to 13,000 gallons a year for the average family of four.
Low-flow toilets and showerheads also yield major water savings. Repair drips promptly; a dripping faucet can waste 20 gallons a day, a leaking toilet 200 gallons. Sweep driveways and sidewalks instead of hosing them down.

This information is not enough for you to understand how to save clean and safe water? if so, please feel free to visit HERE for more information and they also shared the other 8 ways to help reduce polluted runoff to the river.

TAKE YOUR ACTION NOW, SAVE OUR BELOVED WORLD'S WATER!

Peringatan :
Bahasa Inggeris penulis amatlah lemah dan lemau ye. Kalau ada kesilapan grammar apatahlagi susunan ayat dan perkataan sila-silalah menegur secara berhikmah. hehe~
Entry hari ni di buat sempena Blog Action Day 2010. Korang sayangkan air bersih kita, sungai kita? Katakan ya dan bertindak segera untuk menyelamatkannya.

Trend Peminta Sedekah sekarang : Kujadi mangsa!

Semalam ku tak balik rumah terus after office hour tapi singgah membeli belah barang-barang rumah yang banyak sudah kehabisan. Contohnya sardin dalam tin yang kusuka habiskan untuk buat sandwich. Tapi tak adalah kupergi beli sardin semata-mata kan. Apa yang terfikir dalam kepala ini semua kubeli termasuklah garam dan gula. Lepas dah shopping bagai tu heretlah trolley penuh barang itu ke kereta. Tak tahulah dah tertulis suratan seorang pakcik yang mengaku musafir dah tercongok belakang keretaku dan bagiku satu barang berupa ayat-ayat AlQuran yang boleh digantung di kereta/rumah dan cakap "ambil ikhlas 10 sahaja". Serius cakap bulan ini memang kucukup berjimat sebab memang kudah simpan untuk belanja kahwin. Dalam dompet hanya ada 1 je note merah. Di ulang 1 sahaja note merah untuk belanja sampai hujung bulan ini.Untuk makan selalunya kugunakan kad pekerja sahaja dan hujung bulan tolak gaji. Semalam ku menderma tapi dalam keadaan yang tak ikhlas. Serius ku dah cuba untuk mengikhlaskan hati tapi tak berjaya beb. Geram lagi ada.

Makin difikirkan, makin geram pula rasa. Makin difikirkan makin banyak kepelikkan yang terbongkar pada peminta sedekah itu.

Mestilah korang pelik kenapalah ku rasa bengang sangat dengan pakcik itu. Biarlah ku explain ye satu-satu;

Satu, sebab ini bukan kali pertama dia minta aku duit dan mengaku dia musafir. 2,3 minggu sebelum itu kudah pernah diterjah oleh pakcik itu dengan modus operandi yang sama. takkanlah musafir boleh berada di tempat yang sama lepas 2,3 minggu kan. Musafir apa itu? huhu. Mempergunakan agama untuk kepentingan sendiri kah?

Dua, sebab dia paksa beb. Dia paksaku ambil barang dan bayar dia sepuluh ringgit. Walaupun ku dah cakap tak mahu tapi dia macam tak reti bahasa beb dan still tak nak blah daripada situ dan buat-buat tak faham yang ku tak nak bagi duit. Bengang betul kurasa. Bila dah paksa-paksa ini macam niat nak sedekah ikhlas jadi tak ikhlas lah kan.

Tiga, sebab dia bagi ku barang yang murah gila kalau beli sendiri di kedai boleh dapat dengan harga 2,3 ringgit sahaja. Nak minta sedekah tapi minta sampai RM10. Kebetulan betul dalam poketku ada RM10 sahaja. Serius cakap kebetulan sungguh. 2,3 minggu lepas itupun sama juga situasinya di mana dalam beg ku ada RM10 sahaja. Dia ini ada pakai jin ke hape sampai tahu aim orang. Ku rasa kalau ku ada RM1 or RM5 memang ku akan bagi yang itu tapi sebab memang tak ada dan dia pula paksa-paksa.

Empat, Kenapa ku tetap bagi RM10 ku itu? Ok, ku pergi situ seorang diri dan tempat parking ku agak jauh sedikit daripada kedai. Sebab di situ sahajapun parking yang kosong. Tempat lain semua sudah penuh. Bila dah seorang maka kupun adalah rasa cuak dengan pakcik itu. Dah lah cakap baik-baikpun macam tak faham bahasa lagilah ku takut. Pulak tu pakcik itu keturunan I*d** tentu-tentulah ku tak dapat jangka tindakan dia kalau ku tak bagi juga RM10.

Takkan nak biarkan sahaja ia terus berlaku? Ok, ku dah ada beberapa cara untuk elakkan kena pow lagi dengan pakcik yang tipu kata diri bermusafir itu.

Cara pencengahannya;

Satu, cari parking yang dekat-dekat lagi dengan kedai dan ramai orang.

Dua, bila nampak pakcik tu buat-buat tak layan (sombong) walaupun pakcik itu menegur. Buat-buat tak dengar dan tak paham macam yang dia dah buat pada ku.

Tiga, kalau pakcik itu paksa-paksa terus tutup pintu kereta dulu dan bawa trolley(yang ada isi barang lagi tu) tu jauh-jauh dahulu sampailah pakcik itu blah dari situ.

Empat, kalau shopping kena bawa teman tak boleh pergi seorang diri dah. Kalau bawa abang yang macma bonzer tu lagi bagus. Baru dia takut nak dekat. haha!

Lima, jangan pergi shopping masa petang-petang selepas asar dan sebelum maghrib hari bekerja di tempat itu sebab pakcik itu memang buat kerja itu waktu petang.


Maklumat penting kejadian?

Tempat Shopping :
OTK Puchong Prima.

Masa kejadian :
Pukul 6.00 - 6.30 petang.

Suspek :
Berkulit gelap, pakai ketayap, bawa satu beg sling saiz sederhana dan badan dia berisi. Tinggi pula lebih kurang 1.6 meter sahaja.

Ini kejadian betul-betul ye bukan main-main. huhu. Saya tak mahu orang lain terkena juga macam saya ini.huhu.

Maaf entry ini tiada unsur-unsur racist sebab di mana-mana dan mana-mana race pun sekarang ada possibility untuk buat benda ini juga.

p/s : agak-agak berapa pakcik itu untung kalau hari-hari dia buat kerja itu. Dengan modal RM2,3 ringgit dia boleh mendapat RM10. Untung bersih RM7 setiap kali beb. Kalau sehari dia berjaya dapat pow 10 orang, dah RM70 untung. Kalau 100 orang, dah RM700 untung. Itu baru sehari belum sebulan. Pakcik tu kayo sudah agaknya.

Saturday, October 9, 2010

Blog Action Day 2010! -Jom selamatkan sumber air dunia dengan berblog!

Salam, apa kebendanya Blog Action Day 2010 ini?

Ya, kuminta maaf sebab kusendiripun tidak faham sangat apa kebendanya ini.

Lorh, kok tidak faham sangat kenapa mahu tulis juga?

Bujan tidak faham langsung tapi ada sedikit sahajalah kefahaman ku yang kurasa wajib kongsikan dengan semua. Joe dan Kujie dah kongsi di blog mereka. Kupun mahu juga kan.

So, apa yang kufaham?

Yang kufaham program ini untuk blogger yang ada blog.
Yang kufaham blogger yang mahu join kena register di SINI.
Yang kufaham blogger yang mahu join kena menulis entry berkenaan WATER di blog masing-masing pada hari Blog Action Day 2010 iaitu 15/October/2010 ini.

Buat entry pada 15hb ye jangan buat-buat lupa pula buat pada tarikh lain. Inlah salah satu cara kita untuk bagitahu satu dunia kepentingan air dan masalah yang dihadapi seluruh dunia sekarang yang berkaitan dengan air.
Selain daripada blog pasal WATER, ada 1 lagi cara untuk support ini kempen iaitu,
sign Petition untuk support "Support the United Nation's Effort to Bring Clean, Safe Water to Millions".Sila rujuk banner di sidebar kanan blog ini untuk sign petition itu ok.

Kenapa Water?

Menurut website itu, hampir billion orang dalam dunia ini tidak mendapat sumber air yang bersih dan selamat untuk diminum. Dan setiap seorang daripada 8 orang terkena penyakit malah ada yang mati kerananya.
Ya itu adalah realiti sekarang ini kan. Tengok dalam negara sendiripun sudah tahu walaupun tak seteruk negara lain.=)

Kalau tak ada idea nak tulis apa?

Daftar sahaja dahulu dan dalam website itu mereka ada bagi list idea-idea untuk menulis dalam blog nanti. Menarik kan? Jom kita join sama-sama ok.

p/s : esok tarikh cantik pasti ramai yang berkahwin/tunang kan. Hari ini pun ada dapat jemputan kahwin. Esok pula jemputan tunang.

Friday, October 1, 2010

Kenapa hukum manusia tak pernah sempurna?

Tadi baca entry Kaizen Shinobi pasal undang-undang manusia :failed
Alkisahnya datang daripada berita berkenaan seorang yang dah terang lagi bersuluh di tangkap dengan dadah 753kg bersamanya boleh terlepas hukuman dan dibebaskan begitu sahaja.
Senjatanya ialah 4 orang peguam yang pandai bermain dengan akta.

Ku tak mahu nak komen panjang lebar pasal kes itu. Tapi zaman sekarang ini memang kes yang lebih kurang macam ini makin hebat dan makin banyak berlaku. Dunia sudah hampir sampai ke penghujungnya kan.

Itulah yang cuba ditunjukkan oleh Allah SWT tanpa kita sedari. Kejahatan dan kemaksiatan berleluasa dan kadang-kadang tak mampu disekat undang-undang. Bukan tak ada undang-undang. Bukan mahkamah dan peguam tak buat kerja. Tapi kerana undang-undang manusia tidak akan pernah sempurna. Maka mampu dimanipulate oleh insan-insan yang terlebih cerdik pandai. (kita hanya mampu berusaha dan berusaha untuk jadikan ia sesempurna mungkin)

Kenapa ye hukum manusia tak pernah sempurna?
Saya bagi 2 sahaja asas yang menjawab soalan itu.

Satu sebab manusia ada nafsu. Apapun keputusan yang dilakukan oleh manusia sedikit sebanyak akan ada sikit pengaruh nafsu. betul tak? Kecuali yang betul-betul berlandaskan agama dan bagi orang Islam yang betul-betul ikut Al Quran dan Sunnah. Nafsu tu termasuklah rasa amarah, rasa emosional dan rasa kasihan. Kasihan terlebih pun nafsu juga tu. Lagi satu nafsu pada kemewahan. 4 orang peguam terbaik yang berjaya buat pesalah itu bebas sudah tentulah telah dibayar dengan sejumlah wang yang banyak. Kes serumit itu mestilah kena charge mahal kan. Lagi-lagi bila menang.

Dan satu lagi ialah sudah terang bahawa manusia dikurniakan akal tetapi akal fikiran kita terbatas. Sebab ada batas itulah juga menjadikan hukum manusia tidak pernah sempurna.
(kita hanya mampu berusaha dan menggunakan semaksimum mungkin akal fikiran kita yang terbatas itu).

Akal fikiran kita terbatas. Betul. Kita bila disogok dengan pelbagai fakta mulaah rasa macam keliru. Sudah tidak tahu nak membezakan mana yang betul dan yang mana yang salah. Akal fikiran manusia juga terbatas sebab tak tahu apa dalam fikiran orang lain. Hanya boleh buat andaian berdasarkan apa yang nampak dari luar yang terbatas juga.

Siapakah yang paling sempurna?
Ya, sudah geharu cendana pula.
Tentulah Allah SWT (bagi orang Islam).
Tiada yang sempurna melainkan hanya Dia.

p/s : blog kaizen inipun merupakan blog yang ku suka terjah juga. Tapi sebab dia jenis yang rajin update kadang-kadang terlepas jugalah membaca entrynya.

Saturday, September 25, 2010

Perkahwinan : Semua orang nak tapi kenapa lepas raya?

http://www.rhondastarkdesign.com/catalog/images/rsd-storeimage-engagementwedding.jpg
engagement n wedding quotes from google

Cakap pasal topik kahwin ini untuk yang bujang trang tang tang mesti suka.
Yang duda, janda mahupun lelaki yang nak cukupkan kouta 4 semuanya dok berangan nak berkahwin.

Tahun ini macam menjadi-jadi rasanya. Mungkin sebab umur saya 25 tahun. Kawan-kawanpun banyak yang dalam linkungan itu juga. 25 tahun umur yang baik dan sesuai untuk berkahwin sebab Rasulullah SWT pun berkahwin pada usia 25 tahun kan. Kira ikut sunnah la tu.

Patutlah ramai rakan-rakan sebaya berebut-rebut hantar jemputan tahun ini. Dan paling takbulehbelah ramai yang terus bunting pelamin. Memang tahun ini tahun produktif agaknya. Sebelum ini bulan paling ramai kahwin (stastistik ku sendiri bikin) ialah Bulan 6. Masa itu memang tiap-tiap hujung minggu tak putus-putus jemputan kahwin. Sampai ada yang dalam sehari tu 3 jemputan saya dapat. Gila hebat kan.

Kali ini selepas raya pula. Mula-mula jemputan masa raya ke 3 (12hb 9) la. Makcik saya sendiri yang kahwin. Seterusnya;

14hb 9: Kenduri kahwin rakan sekerja, Mas. Tak dapat pergi. Kena pergi belah lelaki la 03hb 10.

18hb 9: Kenduri member office punya kakak. Tak dapat pergi sebab kerja.

02hb 10: Kenduri rakan office, Carolin

03hb 10: Kenduri Mas belah lelaki dan Yusniezawati, geng sekolah Puchong
--> yang bestnya dua-dua ni buat kat kampung yang sama. Kebetulan betul.

09hb 10: Kenduri Abg Zairi (lambaian UTM) dan Kenduri Izzati KMM (2 kenduri dek non)
-->lepas kenduri ini layan potluck raya dengan geng lambaian pula.

10hb 10: tak ada la pulak.
-->Tentu yang kahwin tarikh ini mahal kosnya. Tarikh cantik kan.


24hb 10: Kenduri Hawa dan Din, geng sekolah Puchong.

30hb 10: Kenduri Ekin, geng sekolah teknik.

Yang jemput untuk hujung tahunpun ada. Itu nantilah saya hupdate.

Cepat jawab soalan saya, kenapa mesti lepas raya lagi-lagi dalam bulan Syawal?

Haha..sebab sebelum itu bulan puasa. Mana ada orang berkahwin bulan puasa kan.
Lagi satu Rasulullah SWT telah berkahwin dengan Saidatina Aisyah RA ketika bulan Syawal.
Apa lagi eh?

p/s : siapa nak kahwin 20 hb 11 2011..? Cantik gak tu numbernya 20112011.

p/s : Anak perempuan owner NAZA kahwin macam fairy tale concept da..teruja sahaja saya tengok video majlis kat FB. Memang mampu tengok sahajalah. Nak buat erk..hmmm...

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics