Followers

Saturday, July 17, 2010

7 tempat dating popular pilihan pasangan kekasih.

Selalu sahaja bila tiba masa nak berdating, kepala kadi pening.
Fikiran jadi buntu sebab tak tahu apa aktiviti untuk dilakukan bila berdating.
Nak pergi ke mana agaknya?
Di sini saya nak kongsikan beberapa port yang biasanya jadi tempat berdating pasangan bercinta dewasa ini berdasarkan pemerhatian saya ini.

1) Panggung wayang.

Paling selalulah. Kadang melalui blogwalking saya selalu baca updates blogger2 keluar tengok wayang dengan BF/GF..
Aktiviti ni perlu modal sikit sahaja. Tiket wayang untuk 2 orang paling-palingpun RM20~RM30 (Depends pada kenis filem dan juga hari apa). Tambahanpun set popcorn dengan air dalam RM10.00.
Sekali sekala bolehlah layan. Kalau tiap-tiap minggu mahu layan, bangkrup lah.

2) Taman Bunga/Taman Haiwan/Muzium

Jalan-jalan di taman sambil borak. Bila penat melepas lelah di bangku-bangku yang disediakan.
Dating ini sesuai dilakukan pada hujung-hujung bulan di kala poket dah nipis. Tapi ada juga tempat yang kena bayar tiket masuk. Tapi tak mahal sebab bawah RM5 seorang.
ngehngehngeh!

3) Berekreasi

Bersukan bersama-sama mengeluarkan peluh untuk hidup sihat. Selalunya akan dilakukan awal pagi ataupun lewat petang. Contohnya bermain batminton (2 orangpun dah cukup kan), berbasikal atau berjogging. Kos memang rendah dan yang paling penting kesihatan akan meningkat.

4) Window shopping.

Ini bole dikatakan berkaitan dengan panggung wayang sebab selalunya aktiviti window shopping ini dilakukan pasangan kekasih semasa nak tunggu waktu menonton wayang. Dah tentu-tentu panggung wayang ada dalam kebanyakan shopping mall. So, sementara tunggu masa, bolehlah jalan-jalan cuci mata dengan window shopping. Kadang-kadang daripada window boleh tukar jadi door sebab keluar-keluar sahaja kedai si perempuan dah jinjit plastik bag dengan muka ceria manakala lelaki pula keluar kedai dengan wajah berkerut!.

5) Lepak kedai mamak?

Ingat tak ada ke?
My sis first time dating dulu jumpa di kedai mamak tahu.
haha.
Percayalah yang kedai mamakpun boleh jadi port dating lagi-lagi bila musim bola.
Kadang2 muka si perempuan macam cemberut di sebelah si lelaki yang sedang asyik melayan game di screen layar kedai mamak!

6) Rumah mak/ayah pasangan.

Ini memang betul-betul calon menantu pilihan.
Boleh lepak di rumah mak/ayah BF/GF sambil layan borak. Kalau sekejap tak apa juga.
Ini daripada pagi membawa ke petang baru nak balik.
Kadang-kadang sampai si ayah tu dah tukar kain pelikat bagi isyarat nak ke masjid untuk solat maghrib berjemaahpun dia buat-buat tak peduli.
Sampai naik kematu bon*** itu tak nak bergerak dari kerusi.

7) Makan-makan.

Kalau dah dating tu tak sah kalau tak makan kan? Ala, biasanya bagi golongan marhaen macam kita-kita ini akan makan di KFC, McD, Burger King dan yang seangkatan dengannya.
Kadang-kadang bila ada rezeki lebih sikit baru up sikit ke Kenny Rogers, Secret Recipe, Chillies dan yang seangkatan dengannya.
Kadang-kadang naik jemu pula rotate makan di kedai-kedai fast food itu.

Alaa..cukup sahajalah 7 walaupun di dalam kepala ini banyak lagi tempat yang menjadi port dating pasangan kekasih.
Macam banyak sahaja pilihan tetapi hakikatnya tiap kali jumpapun akan keluar persoalan begini;

" hari ini kita nak buat apa ye?"

ataupun

"hari ini kita nak pergi mana ye?"

dan jawapan paling best ialah;

"entah!"

16 comments:

f.A.r.A.h said...

no3 tu mcm betul jew :))

noorafzan.blogspot.com said...

farah..ahaha..
bagus la..
dating yang sihat!

Unknown said...

xp mana2 kot..
xde kekasih..
wink2x~

Nabiel said...

hehehehe~
kt umah mak dn ayh tuh xpnah try ag~
rse cm nk bt jelah~muehehe

Unknown said...

suka g makan2 je...:)

saya_arief said...

suke dating atas pokok...
haha..gayut lam tpon 2-3 minit.
haha..
bajet..

Anonymous said...

lionteen slalu mngalami mslh mcm ni...
da boring xtau nk g ne..huhu

joegrimjow said...

dalam kereta pon ada jugak

noorafzan.blogspot.com said...

sHaiRA
haha..
ni untuk panduan =)

Nabiel
sile2..
=)

noorafzan.blogspot.com said...

si[jari] telunjuk
memang makan2 tu la yang common.

saya_arief
ngeh2..
dah macam monyet..
tu bukan dating namanya.
=)

noorafzan.blogspot.com said...

lionteen
sama la kite..=)

joegrimjow
dalam kereta?
tu kira dating juga ke joe?
boleh la..
ahaha =)

Nur Suaidah Bachok said...

tak penah lak g dating, tak tahuuuu~ :)

~~waniyummy~~ said...

sy mmg biasa dating kt umah mak ayah sy..hehe

Mohd Sukur Ibrahim said...

satu tips yg hebat..tp tips u paling hebat.."sebelah ni tunang sy"..hehe..masa gb gathering..

noorafzan.blogspot.com said...

achu..
ahaha..
takpe, boleh buat modal tuk plan.

wani..
ahaha..
tu la yang terbaikk!

sukur...
adeh..
malulah pula.
=)

sid said...

waah...bagos nih post!...bila nak upd8 pulak??!!...kena try ni...

##x pnah pgi detim (╥﹏╥)

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics