Followers

Saturday, July 11, 2015

VSS

Entry bulan lepas yang tertangguh..

Semalam President panggil untuk masuk mesyuarat tergempar. Memang tak tahu menahu sebelum ini dan tak ada invitationpun. Sebagai antara orang yang baru di company ni sudah tentu perasaan risau itu ada. Baru setahun transfer dari Rawang. President bagitahu akan ada beberapa orang ada ditawarkan VSS.

Sebelum ini memang ada rumours bertebaran tapi semua itu disangkal management sehinggalah ianya betul-betul terjadi semalam. Dihujung mesyuarat , president menyatakan bahawa orang- orang yang terpilih akan dihubungi HR.

Setakat semalam saya mendapat khabar bahawa ada seorang yang telah dipanggil HR di deparment Operation. Harap tiada dikalangan SCM yang akan dipanggil. Kerja sekarangpun dah tak terbuat apatahlagi kalau dikurangkan. Department saya daripada 4 orang menjadi 2 orang dan kini tinggal saya seorang sebab team memberpun dah tender nak pergi kerja di Singapore.

Doakan saya kekal di sini. Kalau ada rezeki di company lain yang lebih baikpun lagi bagus. Bonus dan increment dah tak nampak lagi sekarang. Kabur untuk tahun ini. Huhu.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics