Followers

Sunday, July 11, 2010

Cerita di sebalik Buku Sembang Kencang.


gambar di dicilok terus daripada SEMBANG KENCANG blog

Ada cerita menarik disebalik buku ini.
Kisah ini mungkin hanya saya sahaja yang mengalaminya.
Kira macam pangalaman 'rare' dan agak 'mistik'.

Ceritanya macam ini.
Saya telah mengorder buku daripada bro fdausahmad melalui email dan juga bayaranpun dah dibuat melalui online banking.
Kiranya macam dah confirm la buku itu akan sampai ke tangan saya panas2.
Macam goreng pisang baru masak tu.
Panas-panas rangup baru sedap nak dimakan.

Dipendekkan cerita, sayapun tunggulah dengan penuh sabar.
Selang seminggu, saya dah mula risau.
Lalu sayapun bertanya pada bro fdaus kot2 dia belum kirimkan buku tu ke alamat saya.
Dia kata baru post Selasa.
Sayapun try mengaplikasikan kuasa sabar secara maksimum.
Tunggu sampai Selasa next week (biar cukup seminggu).
Alih2 bayang2 buku pun tak nampak.
Maka mengadulah saya sebagai satu option terakhir kepada bro fdaus.
Diapun sebab rasa kasihan pada saya, terus offer kirim lagi sebuah buku free of charge.

Dipendekkan lagi cerita, diapun minta saya solat hajat supaya buku tu sampai sebab dia kata akan post esok.
So malam itu sayapun berhajatlah kan supaya buku tu sampai.
Kisah mistik bermula esoknya pada hari yang dia cakap akan kirim buku tu.
Tiba2 saya terima kiriman buku Sembang Kencang hari itu juga dengan kesan bungkusan telah dikoyak (ya, ada insan lain yang telah pedajal buku itu dulu sebelum saya)
Dan yang bestnya, fdaus dahpun kirim buku salinan kedua untuk saya.
Masa ini saya hanya diam sahaja sebab nak tunggu salinan kedua itu sampai.
Dalam kepala duk fikir nak bayar selepas buku itu diterima.

Entah macam mana, hidup saya jadi sedikit kucar kacir sebab tak bayar lagi buku kedua tu.
Rasa tak tenteram lagi-lagi setiap kali drive kereta ulang alik dari tempat kerja ke rumah.
Hampir-hampir accident dengan kereta.
Itu tak kira lagi motor2 yang macam nak 'langgar' kereta saya.
Oleh kerana hati rasa ini ada perkaitan dengan buku Sembang Kencang, sayapun terus bayar buku tu dan inform kepada bro fdaus berkenaan insiden tersebut.
Alhamdulillah selepas itu pemanduan saya di jalan raya semakin lancar dan tak ada lagi motor2 yang nak langgar kereta saya.

Review pasal buku ini?
Memang superb tapi pengalaman 'rare' membeli buku ini memang paling saya ingat sampai bila-bila.
Siapa tak beli rugi sebab ada thumbprint limited edition dan tulisan cakar ayam fateem di muka surat pertama buku ini.

p/s : cerita ini bukan cubaan tapi benar2 berlaku. Jangan buat main dengan saudara Fdaus ini. Dia mungkin ada ilmu. Percaya ke tak ni? Percayalah. Tapi sampai sekarang misteri siapa yang pedajal buka bungkusan itu tak terjawab. Misteri betul.

7 comments:

Cik Lily Putih said...

seram lah plak bile baca cier awak nie? anyway bagus tak buku tuh? buat review sket ek

. said...

buku kedua tu bolehlah buat hadiah kawan kahwin.hehe.

noorafzan.blogspot.com said...

ciklily..
mmg seram la kak.
haha..nanti saya review kan =)

nizamsani..
dah bagi orang daa..

marina anakcikbob said...

ala...b aru nak mintak half price,.,
hahahah..

noorafzan.blogspot.com said...

marina..
haha..
ala..RM20 inggit je pun.
berbaloi-baloi..
baca byk kalipun x jemu.

Amirez said...

erk, ilmu tinggi agaknya saudara Fdaus. ok tak buku ni? sy cadangkan buat review sket utk buku ni :)

noorafzan.blogspot.com said...

Amirez..
aha..
nak buat review tu susah sikit sebab banyak sangat nak diceritakan.
tak cukup satu entry nanti.
huhu~

memang hebat.
sesuai untuk dibaca sekaligus tanpa henti.
sebab buku ni complete kisah fdaus dari kecik sampai sekarang beranak dua.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics