Followers

Showing posts with label tips bercinta. Show all posts
Showing posts with label tips bercinta. Show all posts

Tuesday, March 1, 2011

Dugaan Bercinta :Belajar memahami pasangan!

Dalam perjalanan dari satu daerah ke satu daerah di dalam kereta;

Ku : Awak, hujung minggu ini awak ada program apa-apa tak?

Dia: Entahlah, tak pasti lagi.

Ku: Boleh tak saya nak bincang saya punya?
Sambil keluarkan handset nak bukak 'calendar'

Dia: Boleh tak kalau tak bincang sekarang. Takkan masa saya tengah drive ini awak nak bincang pasal ini?

Ku: Oh, ok..sorry
Sambil menyimpan kembali handset ke dalam beg. Terdiam.

Mula berfikir. Ye lah, betul juga katanya. Ku ini kejam sangat nak bincang pasal benda ini masa dia sedang drive selepas 2 hari di satu daerah join program yang memenatkan. Tak baik betul ku ini yang tak reti-reti bersabar dan tunggu dia berehat secukupnya. Tambah kejam bila teringat akan masalah kerja yang bakal dihadapi keesokan harinya nanti. So, kupendamkan sahaja cerita perbincangan.

Dia perasan lama ku terdiam. Lalu ku kumpul kekuatan untuk senyum.
Dan hatiku kembali tenang.

p/s : belajar untuk memahami.

Tuesday, August 10, 2010

Tips penting mengenal lelaki jahat!

Siapa pernah couple atau merancang untuk couple kena take note dengan perkara ini.
Lagi-lagi bagi mereka yang couple dengan rakan sendiri di mana kawan anda adalah kawan si dia juga.

Ini bukan pengalaman saya tapi pengalaman orang lain yang saya rasa patut dikongsikan untuk diambil pengajaran oleh rakan-rakan lain.
Bukan semua lelaki (mungkin hanya satu dalam sejuta) yang begini perangainya tapi awas jika si dia jumpa dan dingorat oleh lelaki sebegini eloklah si dia itu menolaknya secara baik.
Kenali dulu hati budi lelaki itu dulu sebelum menerimanya sebagai kekasih hati sebab si dia mungkin akan rasa menyesal bila dah terima lelaki itu nanti.

Sebenarnya tak susah untuk mengenal lelaki begini.
Tapi ketahuilah lelaki sebegini jika inginkan si dia, memang akan jadi lelaki paling romantik di dunia yang kita jumpa tapi dalam masa yang sama mengongkong serta membataskan pergaulan perempuan itu bila sudah jadi kekasih hati.
Maknanya di sini, once dah terjebak, maka terlalu sukar untuk lepas.

Ada 4 ciri-ciri yang saya nampak iaitu;
  1. Lelaki ini bila bersama kita, dia akan bercerita keburukan-keburukan kawan-kawan especially kawan-kawan lelaki yang si dia kenali supaya si dia menanam rasa tak suka atau paling teruk benci pada kawan-kawannya.Sekaligus dia dapat mendominasi si dianya itu.Yup, betul-betul mendominasi si dia sehingga apa sahaja yang dikatakan lelaki itu dipercayainya.
  2. Lelaki ini sangat tidak suka si dia bergaul dengan orang lain yang termasuk rakan-rakan perempuannya. Bila si dia tidak mengikut permintaannya, dia akan menuduh si dia terpengaruh dengan rakan-rakan si dia itu padahal itu semua hanyalah tuduhan semata-mata. Sedangkan rakan-rakan si dia tak pernah memberi apa-apa pengaruh tak baikpun. Malah tak pernah tahu masalah si diapun. (sebab tak pernah diceritakan)
  3. Bila si dia merajuk, lelaki ini memang pandai memujuk dan mencairkan hari si dia dengan kata-kata manisnya. Lelaki sebegini sememang amat berbakat menjadi 'pelakon terbaik' sebab dia memang baik depan orang yang dikutuknya padahal dibelakang orang itu, tak tahulah berapa bakul agaknya kutukan yang dilemparkan. Sebenarnya tak sangkapun wujud lelaki sebegini sebab biasanya kita dengar perempuan sahaja yang cenderung untuk act macam itu.
  4. Ciri ini yang paling takbulehbelah iaitu sangat dan amat kuat cemburu dengan si dia sehinggakan bila si dia berjumpa dengan kawan baik perempuan (yang dikenali sebelum si dia megenal si lelaki) pun, dia mengamuk dan2 tu juga. Tak salah untuk cemburu sebab cemburu itu tandanya sayang. Tapi kalau dah kronik macam gini, fikir-fikirkanlah kesannya.
Ciri-ciri ini kalau ada pada lelaki yang anda kenali, better jauhkanlah diri sebab umpama menempah bencana kepada diri sendiri sahaja. Tak percaya?. Kesannya amatlah besar kepada 'si dia' itu tapi apa yang buat dia bernasib baik ialah dia 'sedar' sebelum berkahwin. Kalau dah kahwin, memang meranalah. Kamu boleh didominasi oleh lelaki sebegini bertahun-tahun sebelum anda sedar yang anda telah masuk masuk kandang harimau. Ngeri seyh!

Friday, July 30, 2010

Apa makna cinta dan perkahwinan?

Cerita ini rasanya daripada seberang dan saya dapat daripada email box saya.
Saya rasa terpanggil untuk kongsi cerita indah ini di blog ini.
Cerita ini berkenaan Plato yang bertanyakan gurunya tentang maksud cinta dan juga perkahwinan.
Gurunya menjawab dengan penuh simbolik.

Jom baca sama-sama..

Suatu hari Plato bertanya pada gurunya,
"Apa itu cinta, bagaimana saya dapat menemukannya?"

Gurunya menjawab:
"Ada ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu, tanpa boleh berbalik ataupun mundur kembali, carilah sebuah ranting tapi kamu hanya boleh memungut satu kali saja. Jika kamu menemukan ranting yang paling menakjubkan, artinya kamu telah menemukan cinta"
Align Center
carilah ranting yang paling menakjubkan di ladang ini!.
Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apapun.

Gurunya bertanya:
"Mengapa kamu tidak membawa satu pun ranting?"

Plato menjawab:
"Aku hanya boleh memungut satu saja, dan saat berjalan tidak boleh berbalik ataupun mundur. Sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tidak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana, jadi tak kuambil ranting tersebut. Saat kumelanjutkan berjalan lebih jauh lagi, baru kusadari bahwasanya ranting-ranting yang kutemukan kemudian tak sebagus ranting yang pertama, jadi tak kuambil satupun pada akhirnya."

Gurunya kemudian berkata,
"Ya, jadi begitulah cinta."


Di hari yang lain, Plato bertanya lagi pada gurunya:
"Apa itu perkawinan? Bagaimana saya dapat memahaminya?"

Gurunya pun menjawab:
"Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah tanpa boleh mundur atau berbalik dan kali ini kamu hanya boleh menebang satu pohon saja. Dan tebanglah jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi dan yang paling bagus, karena artinya kamu telah menemukan apa itu perkawinan."

tebanglah pokok yang tinggi dan bagus di hutan ini!
Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan membawa sebatang pohon. Pohon itu bukanlah pohon yang indah, dan juga tidak terlalu tinggi. Pohon itu biasa-biasa saja.

Gurunya bertanya,
"Mengapa kamu menebang pohon yang seperti itu?"

Plato pun menjawab,
"sebab berdasarkan pengalamanku sebelumnya, setelah menjelajah hampir seluruh ladang, ternyata aku kembali dengan kosong. Jadi kesempatan ini, aku melihat pohon ini, dan kurasa pohon ini tidak jelek-jelek amat, jadi kuputuskan untuk menebangnya dan membawanya kesini. Aku tidak mau menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya."


Gurunya kemudian menjawab:
"Ya, jadi begitulah perkawinan."

Komentar yang punya cerita, katanya:

Cinta itu semakin dicari semakin sulit ditemukan,
cinta adanya di dalam lubuk hati ketika dapat menahan keinginan dan harapan untuk yang lebih.
Ketika pengharapan dan keinginan akan cinta berlebihan, maka yang didapat adalah kehampaan,
tiada sesuatupun yang didapat, dan tidak dapat diulang. Waktu dan masa tidak dapat diputar mundur. terimalah cinta apa adanya.

Bila kita dah menebang sebatang pokok yang kita nampak sudah sempurna, berjalanlah terus dan kendonglah pokok itu tanpa melihat pokok-pokok yang lain. Itulah maknanya cinta dan setia = perkahwinan yang sempurna.

Tuesday, July 20, 2010

Tips untuk menyemarakkan cinta yang pudar!

Salam..
Hari tu saya ada bagi tips dating..
Kali ini saya nak share pula tips untuk menyemarakkan rasa cinta pasangan yang dah lama bercinta/berkahwin.

Biasalah.
Bila mula-mula bercinta semuanya manis.
Banyak cerita masing-masing yang nak dikongsi dan semuanya interesting sahaja.
Tapi bila dah lama, macam dah kering idea nak kongsi cerita.
Atau yang paling teruknya, masing-masing dah mula rasa bosan.
Rasa cinta tu makin lama makin pudar (itu perasaan sendiri sahaja sebab sebenarnya rasa cinta tu tetap ada cuma tak sedar sahaja.)

So, berbalik kepada subjek utama.
Biarlah saya kongsikan sedikit tips ini.

1) Kurangkan bercakap.

Bila kurang berbual maka akan kuranglah pertengkaran dan juga berselisih pendapat.
Bila kita kurang bercakap, kita akan lebih fokus untuk mendengar.
Makanya kita akan lebih memahami pasangan kita dari sudut yang berbeza dan berupaya untuk respond dengan positif.
Dan dia akan rasa dihargai. Kan romantik tu!

jangan sampai jadi macam ni pula bila bertengkar
2) Eye Contact.

Perasan tak?
Masa mula-mula bercinta dulu memang kalau boleh nak tengok muka pasangan kita setiap ketika. Lagi-lagi mata.
Tapi bila dah lama kenal, eye contact makin lama makin kurang. Kadang-kadang cakap tak tengok muka pasanganpun.
Orang kata dari mata turun ke hati.
Tapi kalau dah lama tak ada eye contact, tak ada apalah yang turun ke hati lagi..
Maka, keintiman hubungan tu makin lama maka berkurang.
betul tak?
So, cara nak semarakkan balik rasa cinta itu, eye contact kena improve la kan. =)

err..eye contact yang ini menakutkan
3) Penghargaan

Yang ini paling saya suka.
Masa mula-mula bercinta kita emang nampak yang cantik sahaja pada pasangan.
Semuanya indah belaka di mata tanpa ada cacat celanya.
Tapi, lama kelamaan barulah kita nampak keburukan-keburukan pasangan.
Makin lama makin banyak pula sikap-sikap pasangan yang menjengkelkan kita sehingga buat kita rasa bosan. Itu bahaya!
Cara nak menyemarakkan kembali hubungan ialah reverse kembali masa mula-mula kenal.
Positive! Fokus untuk kenalpasti ciri-ciri yang buat kita jatuh hati pada pasangan kita suatu masa dahulu dan hargainya. Jangan terlalu memikirkan kelemahan pasangan kita.
Buat sakit hati sahaja.
Ingat, setiap orang ada kelemahannya termasuk diri kita sendiri!

Cukuplah 3 tips yang saya berikan ini.
Harap-harap ia berguna untuk anda.
Semua orangpun berimpian untuk bercinta tak kiralah sebelum atau selepas berkahwin.

Saturday, July 17, 2010

7 tempat dating popular pilihan pasangan kekasih.

Selalu sahaja bila tiba masa nak berdating, kepala kadi pening.
Fikiran jadi buntu sebab tak tahu apa aktiviti untuk dilakukan bila berdating.
Nak pergi ke mana agaknya?
Di sini saya nak kongsikan beberapa port yang biasanya jadi tempat berdating pasangan bercinta dewasa ini berdasarkan pemerhatian saya ini.

1) Panggung wayang.

Paling selalulah. Kadang melalui blogwalking saya selalu baca updates blogger2 keluar tengok wayang dengan BF/GF..
Aktiviti ni perlu modal sikit sahaja. Tiket wayang untuk 2 orang paling-palingpun RM20~RM30 (Depends pada kenis filem dan juga hari apa). Tambahanpun set popcorn dengan air dalam RM10.00.
Sekali sekala bolehlah layan. Kalau tiap-tiap minggu mahu layan, bangkrup lah.

2) Taman Bunga/Taman Haiwan/Muzium

Jalan-jalan di taman sambil borak. Bila penat melepas lelah di bangku-bangku yang disediakan.
Dating ini sesuai dilakukan pada hujung-hujung bulan di kala poket dah nipis. Tapi ada juga tempat yang kena bayar tiket masuk. Tapi tak mahal sebab bawah RM5 seorang.
ngehngehngeh!

3) Berekreasi

Bersukan bersama-sama mengeluarkan peluh untuk hidup sihat. Selalunya akan dilakukan awal pagi ataupun lewat petang. Contohnya bermain batminton (2 orangpun dah cukup kan), berbasikal atau berjogging. Kos memang rendah dan yang paling penting kesihatan akan meningkat.

4) Window shopping.

Ini bole dikatakan berkaitan dengan panggung wayang sebab selalunya aktiviti window shopping ini dilakukan pasangan kekasih semasa nak tunggu waktu menonton wayang. Dah tentu-tentu panggung wayang ada dalam kebanyakan shopping mall. So, sementara tunggu masa, bolehlah jalan-jalan cuci mata dengan window shopping. Kadang-kadang daripada window boleh tukar jadi door sebab keluar-keluar sahaja kedai si perempuan dah jinjit plastik bag dengan muka ceria manakala lelaki pula keluar kedai dengan wajah berkerut!.

5) Lepak kedai mamak?

Ingat tak ada ke?
My sis first time dating dulu jumpa di kedai mamak tahu.
haha.
Percayalah yang kedai mamakpun boleh jadi port dating lagi-lagi bila musim bola.
Kadang2 muka si perempuan macam cemberut di sebelah si lelaki yang sedang asyik melayan game di screen layar kedai mamak!

6) Rumah mak/ayah pasangan.

Ini memang betul-betul calon menantu pilihan.
Boleh lepak di rumah mak/ayah BF/GF sambil layan borak. Kalau sekejap tak apa juga.
Ini daripada pagi membawa ke petang baru nak balik.
Kadang-kadang sampai si ayah tu dah tukar kain pelikat bagi isyarat nak ke masjid untuk solat maghrib berjemaahpun dia buat-buat tak peduli.
Sampai naik kematu bon*** itu tak nak bergerak dari kerusi.

7) Makan-makan.

Kalau dah dating tu tak sah kalau tak makan kan? Ala, biasanya bagi golongan marhaen macam kita-kita ini akan makan di KFC, McD, Burger King dan yang seangkatan dengannya.
Kadang-kadang bila ada rezeki lebih sikit baru up sikit ke Kenny Rogers, Secret Recipe, Chillies dan yang seangkatan dengannya.
Kadang-kadang naik jemu pula rotate makan di kedai-kedai fast food itu.

Alaa..cukup sahajalah 7 walaupun di dalam kepala ini banyak lagi tempat yang menjadi port dating pasangan kekasih.
Macam banyak sahaja pilihan tetapi hakikatnya tiap kali jumpapun akan keluar persoalan begini;

" hari ini kita nak buat apa ye?"

ataupun

"hari ini kita nak pergi mana ye?"

dan jawapan paling best ialah;

"entah!"

Friday, April 9, 2010

Tips melembutkan hati lelaki Part 1

Seriously memang susah sebenarnya nak melembutkan hati lelaki dengan cara yang betul..
Kadang2 kita nampak macam dah berjaya tapi sebenarnya tidak..
Sebab itu hanya bersifat sementara dan si dia berada dalam keadaan tertekan sebab terpaksa berlembut..
Nampak macam selfish kan..

Saya tahu saya tak berapa nak layak untuk sentuh hal ini banyak2 lagi2 bila menyentuh kehidupan selepas kahwin.
Cukuplah saya meyentuh surface sahaja.
Iaitu masa bercinta la kan.

Tips kali ini ialah jadilah pasangan yang prihatin.
Mengingati hari2 penting dalam hidup yang melibatkan si dia.
Sentiasa mengambil berat mengenai dia.
Untuk buat dia rasa dihargai, prihatin atas segala apa yang dia ceritakan dan ingatlah yang penting2 seperti apa yang dia suka, hobi, makanan kegemaran dll.
Tapi awas, kalau keterlaluan akan meyebabkan si dia terkongkong.
So, pandai2 lah yea.
Contoh paling mudah ialah tetapkan satu masa dalam sehari untuk menelefon si dia.
Kalau tak mampu, sekali seminggu.
Contohnya setiap pukul 9 malam hari Rabu.
Terpulanglah kepada diri masing2 nak telefon bila dan berapa lama.
Paling simple ialah mengirim SMS ucapan selamat di waktu pagi dan good nite sebelum tidur..

p/s : mengakui kadang2 perkara2 simple macam ni pun sukar untuk dilakukan melainkan kita bersedia untuk memberi komitmen kita kepada si dia. Tapi percaya jika melakukannya secara konsisten akan bisa melembutkan hati si dia dengan mudah.

p/s/s : mengakui juga paling susah alert pada panggilan telefon lagi2 bila berada di rumah. Dan kalau perkara ini dibiarkan memang akan memberi kesan tidak baik kepada hubungan. So, take note k.
Pesanan untuk diri sendiri gaks~

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics