Followers

Friday, July 29, 2011

Puasa

Salam korang!
Pergh, hari ini hari terakhir breakfast dan lunch di tempat kerja. Sebab bermula Isnin depan kita tak boleh lagi makan di waktu siang hari. Means no food allow during office hours. Dan kepada yang tak boleh nak berpuasa kerana ‘bendera jepun’ pun tidak boleh makan dan minum di khalayak ramai di siang hari. Kalau nak kena angkut van mayat bolehlah mencuba. Hoho~

Dan bermula daripada Isnin depan juga kita kena berpuasa dari segi percakapan dan juga amal perbuatan. Ingat, puasa bukan sekadar menahan lapar dahaga tetapi menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa. So, kenalah memelihara lidah, mata, hidung dan telinga daripada melakukan perkara yang maksiat.

Kenalah belajar bersabar bila ditimpa masalah yang merupakan cabaran/dugaan/ujian yang Allah SWT berikan kepada kita. Sebulan sahajapun. Bukannya lama manapun. Bagi orang yang benar-benar memahami dan mengamalkan Islam, mereka akan rasa sebulan itu terlalu singkat untuk mereka melakukan amal ibadat. Pastikan kita juga berada dalam kelompok tersebut ya. Berpuasa ketika Ramadhan sebenarnya lebih terasa kenikmatan berbanding puasa di bulan lain. Lagipun masa ini sahaja seluruh umat Islam seluruh dunia sama-sama berpuasa dengan kita. Kan best tu. Heh heh~

p/s : Puasa bersungguh-sungguh nak penuh tapi tarawikh larat sampai 8 rakaat je. Apa macam?

Thursday, July 28, 2011

Pesta Buah hujung minggu ini!

Salam korang!

Minggu ini tak dapat nak balik rumah family saya. So, first puasa saya akan raikan bersama family in law manakala next weekend baru dapat merasa berbuka puasa bersama family saya pula. Rindulah pula pada Aliya Batrisya cayang Mak Uda. Huhu~



This weekend punya planning dah set. Maybe Sabtu akan pergi tengok Pameran Hartanah di PWTC (Kalau berkesempatanlah). Ahad pula mak sudah ada rancangan untuk mengajak kami pergi kebun dia yang terletak di area Kuala Kubu/ Batang Kali. Tapi problemnya mak tak ingat jalan nak ke kebun yang baru sahaja dibelinya itu. Yang ingat hanya Paklong. So, Paklong wajib join le kot.

Mak kata banyak juga buah yang sedang masak ranum termasuk manggis. Tak sabar pula rasanya nak makan buah-buahan dengan free of charge. Nak beli kemain lagi harganya. Tapi semalam baca dalam surat khabar bukan main banyak lagi pesta makan buah hujung minggu ini. Yang saya dengar ada tiga event iaitu;

1. Pesta Durian di Jambatan Sg Buloh. Kena bayar RM8 lepas itu makanlah sampai puas.

2. Pesta Durian di Pahang (tak tahu area mana). Tak perlu bayar aka free of charge.

3. Pesta Buah di Putrajaya. Kena bayar RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Makan sampai puas.

Ada lagi ke event makan-makan buah yang saya ketinggalan ni? Kalau ada habaq mai la yea. Ok bai!

Wednesday, July 27, 2011

Guru Dulu vs Guru Sekarang

Salam Hari Rabu

Seperti biasa setiap pagi saya akan menyelak akhbar online.

Almaklumlah sampai office awal .



Jadi masa yang ada saya gunakan untuk membaca. Saya tertarik dengan satu surat yang dihantar oleh seorang bapa. Dalam surat itu dia sebagai bapa memuji tindakan pihak sekolah yang mengenakan hukuman ke atas anaknya yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah kerana mewarna rambut dan menggayakan ala-ala punk menggunakan gel. Sedikit kagum dengan mentaliti sesetengah ibu bapa sekarang yang masih ada rasa hormat kepada guru sedangkan begitu banyak kes ibu bapa zaman sekarang yang sanggup menyaman guru/sekolah hanya kerana guru menjalankan tugas menghukum anak-anak mereka yang melakukan kesalahan.



Kebanyakan ibu-bapa sekarang terlalu memanjakan anak-anak mereka sehingga mencampuri bidang kuasa guru di sekolah yang berusaha untuk mendidik anak-anak bangsa supaya menjadi insan berguna kepada agama, masyarakat dan Negara. Tindakan kebanyakan ibu bapa yang membela anak yang melakukan kesalahan membuat mereka rasa ‘kebal’ dan ‘bebas’ untuk melakukan apa sahaja kerana guru-guru tidak ada ‘kuasa’ untuk menghalang mereka daripada melakukan kesalahan. Bila anak-anak menjadi ‘liar’ dan ‘tidak berjaya’, guru-guru juga dipersalahkan sedangkan mereka sendiri yang menyekat sekolah daripada mendisiplinkan anak mereka.



Teringat ketika saya di zaman sekolah rendah( awal 90an), satu kelas dirotan di tangan kerana tidak menyiapkan latihan yang diberikan cikgu tetapi tidak seorangpun yang berani mengadu kepada ibu-bapa masing-masing. Kalau mengadu juga, umpama mencari nahas sebab ibu bapa pula akan mengenakan hukuman ‘tambahan’ kepada kami (pelajar-pelajar). Bermacam denda dan hukuman yang diberikan cikgu-cikgu bukan bertujuan menyeksa pelajar tetapi bertujuan memberi pengajaran kepada kita dan juga rakan-rakan yang lain supaya tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan. Dan sokongan ibu-bapa yang memahami tugas berat guru juga membentuk kami sebagai generasi yang ‘tidak manja’, ‘berdisiplin’ dan ‘sangat menghormati guru’.



p/s : cabaran guru zaman sekarang lebih besar berbanding dulu. Bukan sahaja perlu melayan karenah murid-murid tetapi turut sama menangani karenah ibu bapa murid.

Perbualan Suami Isteri

Salam korang.

Bila bosan-bosan tak tahu nak buat apa macam ginilah jadinya perbualan antara suami isteri yang baru sebulan lebih mendirikan rumah tangga.

Reference;

S: Suami, I: Isteri

 

S:            Nanti kalau kita ada anak, nak panggil awak apa ye? Mama?

 

I:             Awak pula Papa?

 

S:            Tak nak lah Papa. Saya suka Abah.

 

I:             Saya pun tak nak Mama. Nak Mak.

 

S:            Tak nak lah. Hmmm..Ok lah, Mama Babah?

 

I:             Ok je, Baba Mama..ekekeke~

 

SI:           Babah la. Bukan Baba!

 

I:             Ok..ok..Saya ok je Babah dan Mama.

 

Nak pilih nama panggilanpun ber’tekak’ juga kan? Tapi perbualan ini perbualan kosong serta tidak menunjukkan apa-apa makna ye. Saya belum pregnant lagi buat masa ini. Tapi kalau ada rezeki InsyaAllah saya akan share dengan semua di blog ini nanti.

=)

 

p/s : Rezeki jangan di tolak kan.

 

Tuesday, July 26, 2011

Beralih arah?

Salam Selasa buat semua!

 

Makin hari saya makin rasa tawar hati dengan situasi kini.

Adakah ini satu ujian ataupun merupakan satu pentunjuk supaya saya beralih arah?

Sayapun tak pasti. Mungkinkah solat istikharah akan membantu saya untuk mencari jawapan yang pasti.

Jelas saya masih keliru. Masih buntu memikir betapa tak bergunanya segala apa yang saya usahakan selama ini.

 

Ya Allah, berikan saya petunjukMu.

Di mana harus saya pergi ataupun lakukan.

Supaya saya dapat membantu.

Supaya kudrat yang ada dapat digunakan sepenuhnya.

Setimpal dengan sumber rezeki yang saya perolehi.

Rasa serba tak kena bersarang dalam diri.

Bila kerja dan rezeki tidak seimbang.

Bantulah saya untuk mencari ketenangan.

Bantulah hambaMu yang lemah ini.

Monday, July 25, 2011

Ramadhan kali ini

Salam Penghujung Syaaban.
Hari ini 25 July. Seminggu lagi kita akan menyambut Ramadhan. Alhamdulillah~
Selamat datang bulan penuh berkat. Kami sudah lama tunggu kedatanganmu. Isnin depan seluruh umat Islam akan berpuasa dan kedai-kedai makan orang Islam akan ditutup di siang hari. Seimbang dengan kemunculan Bazar Ramadhan di petang hari yang sama umpama cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Mak mertua saya cerita, bukan orang Islam sahaja yang suka dengan kedatangan Ramadhan. Orang bukan Islampun turut sama teruja menanti bulan ini. Sebabnya masa inilah pesta makanan berleluasa di seluruh Negara. Nak makan apa, semua ada. Sediakan duit sahaja. Memang itulah kenyataannya. Hakikatnya bukan hanya orang yang berpuasa sahaja yang bersesak di Bazar tetapi orang bukan Islampun turut sama membeli juadah. Kira macam pasar malam lah jadinya.

Bagi saya sendiri lain pula cerita. Rasa berdebar juga menanti ramadhan kali ini sebab ini adalah pertama kali menyambutnya bersama suami. Dan juga menyambut dengan keluarganya. Saya macam biasa akan jadi orang pertama yang pulang ke rumah. Tetapi, tak tahu nak buat apa. Kekok kot nak turun ke dapur sendiri tanpa ‘tuan rumah’ aka mak mertua. Abang kata biasanya berbuka beli lauk dan kuih muih di bazar lepas itu hanya masak nasi di rumah. Sebab semuanya bekerja kan. Kali ini insyaAllah, akan cuba solat tarawikh secara konsisten. Kalau dulu tu awal-awal minggu puasa sahaja rajin turun surau. Tapi sekarang kalau boleh tiap-tiap malam nak pergi solat tarawikh secara berjemaah. Semoga dipermudahkan olehNya.

Korang pula macam mana? Apa bezanya Ramadhan kali ini berbanding yang lepas-lepas?
=)

Great Monday

What a great Monday!

 

Mulakan hari ini tanpa henpon di tangan.

Apa yang lebih menarik, henpon dibawa suami ketempat kerja beliau.

Aiseh~

 

Bila ditanya melalui email;

“Aik, camne leh ada kat abang pula?

Huhu~”

 

Begini jawabnya;

“Dah awk tak bawak..sy bawakkan la~

hahaha”

 

Aiyarkkk..!!

Friday, July 22, 2011

ASHRAF VS ALEESHA

Salam korang!

Sekarang ini kan kecoh beb pasal isu menukar nama dalam mykad untuk insan-insan istimewa yang dilahirkan dengan hormon perempuan tetapi berfizikal lelaki atau sebaliknya. Isu ini jadi bualan hangat sejak kes permohonan dibuat oleh Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang berhasrat menukar namanya menjadi Aleesha Farhana Abdul Aziz (Pergghhh, nama cun gila). Seperti yang kita tahu permohonan saudara Ashraf kita ditolak dan sekarang dia sedang membuat rayuan untuk menukar juga nama tersebut.

Saya sebenarnya bukan tak kasihan kepada Ashraf tetapi saya menyokong keputusan mahkamah untuk mengekalkan namanya sama ketika kelahirannya dahulu sebab dia dilahirkan sebagai lelaki lengkap dengan alat kelamin lelaki, organ dalaman lelaki dan juga kromosom. Cuma hormon sahaja tidak balance. Setiap yang Allah jadikan bersebab dan bertujuan menguji hambaNya. Sedangkan mencukur bulu keningpun sudah dikiran berdosa kerana mengubah ciptaan Allah apatahlagi mengubah jantina kerana perasaan kewanitaan dalam diri. Itu dari sudut hukum agama yang tak boleh kita pertikaikan.

Berbalik kepada Ashraf, saya faham apa yang dilalui olehnya selama ini amat sukar. Dengan ciri kewanitaan yang ada dalam dirinya, dia tentu sukar untuk mengubahnya. Semetelahan pula masyarakat hari ini kebanyakannya langsung tidak langsung tahu membantu. Hanya pandai melontarkan kata-kata hinaan kepadanya dan menuding jari menyalahkan orang lain atas apa yang menimpa sesetengah golongan masyarakat. Siapa kita untuk tentukan kesalahan orang lain?. Sedang dosa kita sendiri kita tak pasti kerana hanya Allah SWT sahaja yang boleh menentukan.

Tentulah lebih perit dugaan yang dilalui saudara Ashraf. Tiada bimbingan serta sokongan moral yang dapat membantunya di kala dia buntu bertarung dengan hormon kewanitaan yang ada dalam dirinya sehinggalah dia bertindak nekad menghapuskan terus identiti lelaki yand ada pada dirinya dengan melakukan pembedahan. Kasihan juga kepada ibu bapanya yang dipersalahkan seratus peratus atas apa yang berlaku kepada Ashraf. Mungkin ini sebenarnya ujian yang Allah SWT berikan kepada kedua ibu bapa Ashraf. Ini ujian paling besar buat mereka. Saya doakan mereka dapat menghadapi ujian sukar ini dengan redha dan sabar dan berdoa juga supaya Ashraf cepat sedar dan insaf atas kesilapan yang dia lakukan.

p/s : Janganlah doakan Ashraf mati sekarang. Doakanlah dia mati selepas dia bertaubat. Kerana pintu taubat terbuka luas selagi nyawa belum ditarik.

Thursday, July 21, 2011

SYABAAN RAMADHAN

Hari ini dah 19 Syaaban.
Tak lama lagi Ramadhan pula. Bulan yang dinantikan seluruh umat Islam.
Bulan yang cukup baik untuk melipatganda kan amalan-amalan.
Sekali lagi tahun ini saya berazam untuk khatamkan bacaan AlQuran.
Semoga azam saya tahun ini dipermudahkanNya.

Tahun ini first time juga menyambut Ramadhan dengan status isteri.
Bagaimanalah gamaknya suasananya.
Berbuka puasa bersama suami dan juga mak mertua.
Kemudian pergi menunaikan solat tarawikh pula.
Hujung minggu akan cuba untuk curi masa berbuka bersama keluarga kandung pula.

Dikesempatan ini, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf zahir dan batin kepada semua. Buku lamapun sudah dibawa naik beberapa hari lepas, dan buku amalan baru telah dibuka. Harap, buku amalan tahun ini lebih berat kepada amal kebajikan.

p/s : selamat ganti puasa kepada yang belum habis ganti. =)

Wednesday, July 20, 2011

Benefit

Kelmarin, mak berkias lagi. Katanya;
eloklah perempuan kerja kerajaan. Terjamin. Lelaki tak apalah kalau dorang nak cabaran. Kerja swasta.

Sayapun berfikir panjang juga sebenarnya untuk meninggalkan arena engineer ini. Berfikir cukup panjang. Tapi bila diteliti dari segi benefit jangka panjang untuk saya lagi-lagi bila status sekarang sudahpun berkahwin dan sesudah ituberfikir pula bila punya anak, saya perlu move out from this arena.

Satu masalah yang membelenggu penjawat swasta seperti saya ialah medical benefit yang terhad (tak cover medical for spouse and childrens) dan cuti tahunan yang sedikit. Gaji memang tak banyak manapun tetapi berpatutanlah dengan keperluan sekarang. Kemudahan lain seperti pinjaman untuk perumahan dan kenderaanpun jarang syarikat swasta sediakan melainkan GLC Company. Susah sedikitlah kan untuk hidup di zaman ini.

Semalam, mesej member yang kerja kerajaan. Dia sedang bercuti panjang sejak jumaat sampailah hari ini. Rupanya dia sekadar mahu menghabiskan balance cuti tahunan yang masih banyak. Aleee..ni yang jealous dengan mereka-mereka yang ‘banyak cuti tahunan’ ini. Nak cuti jugak! Uhuk uhuk.. Bila SPA nak panggil saya kerja ni. Dah 3 tahun menunggu. Hoho~

Matang

2, 3 hari ini saya banyak berfikir.

Berfikir lebih kepada masa depan.

Berfikir untuk menjadi matang.

 

Husband kata,

Saya ini macam budak-budak.

Perangai macam budak-budak.

Tindakan tak matang.

 

Husband kata,

Saya ini degil.

Selalu kata ‘tak boleh berubah’.

Tapi, dia kata mulut sahaja berkata begitu.

Sedangkan hati berkata ‘ aja2 fighting’

So, dia nampak perubahan yang saya kata ‘tak boleh’ itu.

Perubahan ke arah menjadi matang?

 

Kesimpulannya,

Manusia ini mampu untuk berubah.

Asalkan hati/minda berusaha.

Kematangan itu hadir bila kita hadapi dugaan/cabaran/teguran yang mungkin pada mulanya kita rasa mustahil untuk dilepasi.

Tidak kira sama ada kita gagal atau berjaya. Asalkan kita hadapinya. Bukan mengelak.

Pengalaman berharga itulah buat kita bertambah matang.

 

p/s : tapi betul ke saya tak matang eh? Aish~ (tak sedor diri)

Tuesday, July 19, 2011

Mengundi

Salam korang!

Semalam seorang kawan bertanya kepada saya pasal ‘mengundi’. Saya memberitahu sejujurnya yang saya tidak berminat untuk mengundi. Alih-alih dia seperti dirasuk semangat anti – Perhimpunan Haram dan memaksa saya untuk mendaftar sebagai pengundi dan seterusnya mengundi sebab menurut pandangan dia, Perhimpunan Haram berpunca daripada sikap segelintir kita yang ‘LEKA’ kerana tidak mengundi. Sampai sekarang saya berfikir apakah kaitannya? Huh~

Well, saya tahu sebagai seorang rakyat Malaysia sudah menjadi tanggungjawab saya untuk memilih pemimpin yang akan memimpin Negara. Tetapi, bukan kerana ‘LEKA’ yang menyebabkan segelintir belia muda kita termasuk saya sendiri tidak turun mengundi tetapi kerana terlalu ‘AMBIL TAHU’ atau ‘AWARE’ lah, segelintir belia muda lagi-lagi lepasan university kita lebih rela menjadi ‘AHLI BERKECUALI’. Sebab, kami ini melihat dan nampak kepincangan setiap kumpulan pemimpin baik yang memerintah mahupun pembangkang. Apa yang buat kami kecewa dan rasa macam tiada pilihan untuk mengundi ialah apabila parti yang kami rasa betul perjuangan selama ini mula goyah dan adakalanya umpama lalang yang bertiup ikut arah angin politik negara. Apa yang kami nampak ialah pilihan yang ada itu nampak tidak kuat lagi dan buat kami tidak yakin, jika ia menjadi pemerintah, adakah kita akan tetap menjadi Malaysia ataupun kita akan jadi seperti Negara jiran kita Singapura. Bukan lagi satu Negara yang ‘bebas’ dan ‘adil’ tidak mengira kaum. Sejarah Singapura sendiri menunjukkan apabila yang bukan Islam memerintah, Islam ditindas dan semakin mengecil. Itu hakikat. Apa yang kami takuti sudah semakin nampak jelas pabila sebuah negeri telah cuba dibentuk sepeti Singapura. Apa lagi kalau bukan Negeri Pulau Mutiara, Pulau Pinang. Kecoh pasal warisan Islam di negeri itu cuba dihapuskan kerajaan negeri. Itu baru satu negeri, belum satu Negara.

Tetapi untuk memilih kekal kepada pemerintah sedia adapun, ramai yang akan rasa serba salah. Tetapi, apa yang pasti apabila mengekalkan yang ada, Islam akan terus dimartabatkan sebagai agama rasmi Negara walaupun pada hakikatnya semakin ramai yang Islam hanya pada nama. Dalam masa yang sama tidak mengabaikan hak-hak rakyat yang beragama lain dan juga kaum lain. Pelik sebab masalah sosial di kalangan orang yang beragama Islam semakin meruncing dan lebih ketara daripada orang yang beragama selain Islam. Dengan pemimpin sesama agama bercakaran dan saling menjatuhkan antara satu sama lain.
Dengan pemimpin yang semakin mewah sedangkan rakyat semakin tertekan kerana begitu banyak keistimewaan ditarik sedikit demi sedikit atas alasan Negara menanggung hutang yang banyak di sana-sini. Dan saya nampak pemimpin seolah-olah semakin angkuh dengan apa yang mereka sumbangkan kepada rakyat. Dan mahu rakyat berterima kasih dan ‘nampak’ sumbangan besar yang mereka lakukan untuk rakyat. Bagi saya, tindakan ini buat saya rasa mual dan rasa nak muntah. Ikhlaskah mereka menjadi pemimpin?
Jadi, apalah yang mampu segelintir dari kami lakukan sebagai rakyat Malaysia yang dahagakan kebebasan, keadilan, ke’senang’an, dan pemimpin yang mampu untuk memimpin ayng mencontohi Rasulullah SAW. Segelintir daripada kami tidak nampak jalan yang betul-betul lurus. Bagaimana kamu mahu kami turun mengundi? Maaf kepada pemimpin-pemimpin jika bahasa yang saya gunakan kasar dan menyakiti hati nurani. Tapi, inilah adalah luahan daripada hati yang jujur ikhlas. Jangan ditanya kenapa saya dan segelintir golongan muda lain tidak turun mengundi kerana jawapannya berada pada kalian (pemimpin). Yakinkan kami untuk mengundi dengan menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat.

p/s : InsyaAllah, next pilihanraya akan turun mengundi dengan suami. =)

Monday, July 18, 2011

Hectic Weekend

Salam korang!



How are doing my frens out there? Hopefully you are very fine on the bright Monday.

Monday blues? Try to focus that another 5 days, you will be free again for 2 days. Then you will forgot your blues aite!



Cerita Weekend.

Malaysia vs Liverpool.

Malaysia manage to penetrate Liverpool ‘gawang’ with 3 goal.

And as usual our wira, Safee Sali contribute 2 of it. Safee Sali always make us proud rite.

But that one sort of stories of maybe.. your weekend but not mine.



Cerita Weekend.

Actually, saya terlibat dengan Exam PTD last Saturday. So, pagi-pagi dah wake up dan sampai di Exam Location, St John Institution, Jalan Bukit Nenas on 8.30am.

In the SPA official letter mentioned that all candidates must be at Exam hall 30 minutes before Exam starts. Tapi sampai-sampai, pengawas peperiksaanpun baru nak susun meja. Heh.



Tepat Pukul 9 kami mula jawab paper. Ada 5 paper means 5 seksyen yang perlu dilalui sepanjang hari itu. Macam biasa banyak soalan berkenaan isu semasa dan juga system pentadbiran Malaysia yang ku taram pam pam. Nasib baik soalan objektif. Kuikui. Paling susah tentulah membuat esei. Pergh, punyalah lama tak menulis esei sampai rasa macam karanganku seperti standart tingkatan 3 pun ada. Hoho. Tepat pukul 3.30 petang, tamatlah sudah sesi mentaram pam pam. Alhamdulillah, daripada rasa malas nak sit for that exam terus berjaya menghabiskannya juga.



Then, dengan tak makan tak apa terusrushing untuk ke somewhere di selatan Malaysia. Tujuannya nak ambil kereta semata-mata. Yang bestnya saya dan suami pergi sana menggunakan perkhidmatan awam. Nampaklah macam best pada permulaannya tetapi di tengah-tengah plot dugaan cabaran hampir-hampir buat kitorang rasa macam-macam. Mula –mula, mak mertua menghantar kami ke stesyen KTM di Kepong dalam pukul 4.30 petang. Kami naik tren dalam pukul 4.45 petang. Tetapi baru lepas 2 stesyen, tiba-tiba tren berhenti lama. Lepas itu terdengar pengumuman yang tren itu hanya akan ke Rawang (tak pergi ke tempat yang kami tuju). Kalau nak pergi ke tempat yang dituju, kena naik bas khas yang disediakan KTM yang akan bawa kami ke KL Sentral. Pergh, setiap bas dia sumbat macam tin sardine da. Nasib baik kami suami isteri dapat seat. Lega sikit.



Sampai KL Sentral dah dekat pukul 5.00 petang, kami menunggu pula tren. Dalam 10 minit selepas itu sampailah tren yang ditunggu. Dalam tren ini, penumpang turut disumbat macam sardine. Tunggu sudah betul-betul penuh baru gerak. Masa itu jam sudahpun menghampiri pukul 6.00 petang. Hampir lemaslah menahan kesesakan tetapi sampai satu stesyen, ada penumpang yang turun. Seorang budak lelaki dengan rasa baik hatinya bagi saya yang kelelahan mengangkut beg galas besar tempat duduk. Alhamdulillah, lega sedikit. Suamipun dapat juga duduk tidak berapa jauh daripada saya. Sampai stesyen Bandar Tasik Selatan dengan selamat pada pukul 6.30 petang. Bila sampai di situ barulah rasa lega yang teramat sangat sebab dugaan dan cabaran yang kami tempuhi berakhir di situ.



Dalam menahan lapar disebabkan tak makan sejak pagi, kami terus pergi beli tiket bas. Suami ambil tiket pukul 7.30 malam. Selepas itu, kami terus berlari-lari ke suarau untuk menunaikan solat Asar. Usai solat, kami terus mencari makan. Akhirnya KFC jadi pilihan. Kami makan dengan laju kerana nak mengejar masa. Pukul 7.25 kami terus gerak ke lobi pelepasan. Rupanya tidak ramai yang naik bas pukul 7.30. Jadi, pengusaha bas telah menggabungkan beberapa syarikat bas dalam 1 bas sahaja. Masa bertolak itu, hanya ada 8 orang penumpang termasuk kami suami isteri. Untuk mengelakkan kerugian, bas ini turut ambil penumpang di Terminal 1 Seremban. Daripada sana kami gerak semula pukul 9.00 malam. Ramai juga penumpang yang naik masa di sana. Tetapi bas tetap tidak penuh.



Kami sampai ke destinasi kira-kira pukul 12.00. Terus cari hotel untuk bermalam. Alhamdulillah dapat satu bilik hotel dengan harga RM50 semalam. Ok lah, ada aircond, katil, almari solek, bilik mandi, almari baju dan TV. Esokkannya pukul 10.00 pagi kami check out. Lepas sudah dapat kereta, kamipun jalan-jalan cari pasal. Suami nak buat street shot sekejap. Seterusnya kami cari makan pula dan terus gerak balik ke KL menjelang tengahari.



Sampai ke rumah jam sudahpun menunjukkan pukul 5.30 petang. Perghh, letih betul walaupun saya hanya tidur sahaja sepanjang perjalanan balik. Ekeke. Paling penat confirmlah suami. Sampaikan nak bangun pagi untuk pergi kerja keesokannyapun payah. Eheh~

p/s : Sushi Jusco Taman U murah sangat. Mana mahu dapat satu Sushi RM1 sekarang di tempat lain?. Sushi Jusco OU pun RM1.50 satu. Perghh..

Contoh Soalan PTD : Tolong jawab boleh?

Salam Isnin!

 

Sabtu lepas saya bersama-sama berpuluh ribu calon mengambil ujian PTD. Kepada yang sama-sama berhempas pulas macam saya, good luck ye. Result keluar 24/Aug/2011. Masa itu orang dah semangat nak beraya kot. Heh~

 

Sampai sekarang saya masih lagi berfikir jawapan salah satu soalan PTD. Dan sampai sekarang saya tak tahu jawapannya apa?

Korang boleh tolong selesaikan tak? Soalannya lebih kurang begini ye.

 

2 orang pekerja dapat menghasilkan 7 kabinet dalam masa 4 jam.

Berapakah kabinet yang berjaya dihasilkan oleh 7 orang pekerja dalam masa 24 jam?

 

Setiap kali saya mengira, saya akan dapat jawapan lebih daripada 100 buah. Yang buat saya confuse ialah dalam pilihan jawapan, jumlah kabinet paling banyak dihasilkan ialah 84 buah.

Apakah?

 

p/s : Ataupun saya salah baca soalan?

 

 

Friday, July 15, 2011

Indahnya Jumaat~

Salam korang!

 

Pejam celik tidur bangun tup tup hari ini sudahpun Jumaat. Well, Jumaat merupakan Hari yang mulia bagi yang beragama Islam.

Dan juga hari yang dinanti-nantikan oleh segala insan yang ada komitmen kerjaya dan juga pelajar. Feel bila Jumaat itu lain macam sikit. Semangat berkobar-kobar sahaja bila bangun pagi sebab memikirkan esok sudahpun cuti. Maaflah kepada yang bekerja/ pergi kelas Hari Sabtu.

 

Selepas ini, kita akan tempuh lagi 2 jumaat sebelum masuknya bulan yang lebih dinantikan iaitu Bulan Ramadhan. First time nak menyambut Ramadhan di tempat yang masih asing, bersama insan-insan yang juga masih belum cukup dikenali buat hati ini rasa bermacam-macam rasa. Berbaur dan paling banyak ialah perasaan nervous. Harap-harap segalanya berjalan lancar. Dan seperti yang suami sudah plan, kami akan beraya di Kedah tahun depan. So, tahun ini Puchong here I’m coming bebeh.

 

Betapa besarpun dugaan yang dihadapi sentiasalah menanamkan sifat sabar dalam diri supaya menjadi pendinding daripada kebencian dan kesedihan manusia lain yang berada di sekeliling kita. Ketidak upayaan menahan marah memang tak elok kan. Bukan sahaja untuk orang lain tetapi juga untuk diri kita sendiri. Senang terkena penyakit kalau emosi asyik tidak stabil kan. Penyakit paling tak best ialah penyakit hati dan juga kepala. Semoga kita mampu harungi hari ini dan hari mendatang dengan baik.

 

p/s : hampir semua member-member office pakai baju kurung hari ini. Sejuk mata memandang tapi diri sendiripun pakai jeans dan longsleeve shirt sahaja. Alahai~

 

 

 

 

 

Thursday, July 14, 2011

Sambutan Ulang Bulan Pertama sebagai suami isteri

Selamat Pagi Malaysia!

Tak lupa juga kalau ada pembaca daripada luar Malaysia, Holla World!



Hari ini sudahpun Khamis, 14 July 2011.

Sudah lebih 1 bulan saya bergelar isteri kepada Ahmad Fawzan.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang terbaik buat saya.

Dan harapan saya perasaan ini akan terus berbunga sampai ke syurga.



“Selamat Ulang Bulan sayangku”

Begitulah ucapan suami semasa kami sedang berdating di The Curve pada 11/Jul/2011. Kami ke sana nak pergi layan filem Transformers.

Kali pertama menonton wayang setelah diijabkabul. Filem itu makan masa 2 jam setengah untuk tamat. Kami masuk panggung selepas solat Asar kira-kira pukul 5.00 petang dan keluar panggung sudahpun masuk Maghrib. Mulanya nak terus balik rumah tapi bila tengok jalan sesak, kami singgah di masjid TTDI untuk solat Maghrib.



Selepas solat, tiba-tiba timbul idea nak berdating di pantai macam dolu-dolu. Cuma kali ini nak dating malam-malam sudah tak menjadi masalah. So, lepas mahgrib kami terus gerak ke Pantai Morib. Tapi sedih sedikit sebab sebaik sahaja sampai, hujan turun mencurah-curah membasahi bumi. Nampaknya kami terpaksa dating dlaam kereta dahulu sementara menanti hujan teduh. Risau juga sebenarnya kalau-kalau ada orang Jabatan Agama serbu. Walaupun kami sudah sah sebagai suami isteri tetapi still rasa tak berapa manis kot berdua-duaan di tempat yang suram (sebab cuma bertemankan cahaya lampu jalan dengan hujan yang lambat pula mahu berhenti).



Sebaik sahaja hujan berhenti, jam sudahpun menginjak angka 10. Lewat sudah. Dan pantai sunyi sebab baru lepas hujan kan. Siapa nak lepak tepi laut hujan-hujan kan. Dah lewat malam pula tu. Huhu. Kamipun merayau-rayau sekitar pantai yang sunyi. Ingatkan taka da kedai makan yang buka. Rupanya ada sederet kedai makanan dan minuman menanti. Apa lagi bila sudah hujan, sejuk pula itu, perutpun mengaum kelaparan. Terus order nasi goring seafood yang akhirnya terpaksa dihabiskan separuh oleh suami sebab portion banyak sangat. Boleh tahanlah sebab portion banyak tapi harganya RM5.00 sahaja.



Lepas itu kami terus bergerak pulang. Oleh kerana suami mengantuk yang teramat sangat, kami singgah tidur (dalam kereta je pun) di Hentian selepas Tol Shah Alam (kot?) Sejam lebih juga terlelap. Sampai rumah pukul 2.00 pagi. Fuhh, memang penuh dengan aktivitilah sempena menyambut Ulang Bulan Perkahwinan kami yang pertama. Ekeke~



Ok da, bai!

p/s : sila abaikan typo kalau ada. malas nak check.

Dream Job

Salam,

 

Ini sekadar luahan hatiku sendiri. Hmm..saya tak tahulah apa akan jadi pada saya dalam masa sebulan dua ini. Lately semangat untuk meningkatkan prestasi kerja semakin menurun. Atau dalam erti kata lain tiada motivasi untuk maju. Buat masa ini saya masih kurang selesa dengan kerja terkini. I meant job scope terkini. Saya ditugaskan memeriksa FA Sample. Saya dikehendaki memeriksa sample dan memastikan sample yang dihantar mengikut piawaian yang ditetapkan dan semestinya follow specifications and drawing provided.

 

Dulu, aku ingatkan bila dah separate jobs, aka nada kerja berlainan antara aku dengan my little boss. Tapi, scope kerja aku jadi kecil sangat. Dan bila tiada sample untuk diperiksa maka kerja aku habis. Yeah, meloponglah kau kan depan PC. Aku sebolah-bolehnya tak nak kacau kerja orang lain lagi-lagi kerja itu kerja boss. Melainkan kalau ada request tapi nak bercerita panjangpun tak guna. Biarlah sebagai boss, dia tapis dan tentukan kerja yang mana patut dia buat dan kerja mana yang patut dia beri kepada aku. Aku puas hati tapi masalahnya aku takut kalau ada kerja yang sepatutnya aku buat tapi aku tak tahu aku kena buat. Sebab aku befikir yang itu adalah kerja boss aku. Ekeke~ Takut kalau rezeki yang aku terima tak berkat hanya kerana aku tak buat kerja yang sepatutnya aku buat. Huh~

 

Tapi, kalau difikirkan sangatpun buat sakit kepala. So, better stick to your current job. Terima sample, periksa dan follow up kalau ada masalah dari segi sample NG ataupun supporting doc tak cukup atau tersilap. Kalau free time, bila ada sebarang kaizen yang memerlukan tenaga kerja, aku pergi support. Mudah je kan? So, berfikirlah secara waras dan tenang.

 

Satu je lah masalahnya, aku tak improve. Means taka da career improvement bila stuck at this line of job. Ini buat aku rasa nak tukar profession. Aku lebih suka kalau aku ada banyak kerja tapi kerja itu tak ganggu masa free aku. Means banyak kerja tapi able to done within working hours. So, aku fully utilize every single minutes dengan kerja yang akan bagi aku rezeki yang lebih barakah. Tapi apakah kerja yang suit dengan aku punya dream requirement ini yea? Ada ke?

Wednesday, July 13, 2011

Kisah Majlis Kami vs BERSIH 2.0 : Part 1

Holla dunia.
Alhamdulillah majlis bertandang saya dan suami selesai akhirnya. Walaupun terlalu banyak dugaan yang menimpa diakhir-akhir persiapan, kami berjaya juga merealisasikannya. Walaupun dalam kad sepatutnya pengantin masuk dewan pukul 1.30 tetapi kami melaksanakannya selepas Zohor pula.

Cakap pasal dugaan yang dihadapi, biarlah saya kongsikan di sini. Bukan nak mengadu ataupun nak berkeluh kesah tapi sekadar nak kongsi kenangan paling hebat dihadapi oleh kami dan juga seisi keluarga yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan majlis kami. Al maklumlah, tarikh yang kami pilih sama dengan tarikh berlakunya BERSIH 2.0. Dan secara kebetulan majlis pula berlangsung di pinggir pusat Bandar iaitu di Kepong. Lagi menambah rencahlah.

Khamis petang.
Hari ini saya akan pulang ke rumah mak. Sebab, dah menjadi kelaziman adat, pengantin perempuan perlu datang daripada rumah mak ayah sendiri sebelum dihantar oleh seisi keluarga bertandang ke tempat/rumah keluarga pengantin lelaki. Tapi menjelang maghrib, suami saya muncul depan rumah. Tertanya-tanya juga apakah halnya. Rupanya dia sekadar singgah sebelum pergi menjemput kakaknya (kakak ipar saya) di KLIA. Tapi dalam pada itu dia sempat berbincang dengan ahli keluarga saya berkenaan masalah berkenaan majlis nanti. Rancangan asal untuk bersiap di rumah saya terpaksa dibatalkan. Saya kena pergi dewan terus untuk bersiap. Maknya saya kena berangkat dahulu(awal pagi) sebelum family saya pula menyusul pada hari majlis. Nasib baik ayah saya tahu macam mana nak pergi ke dewan tersebut. Jadi selesai masalah.

Jumaat malam.
Suami inform yang dia tengah stuck di jalanraya gara-gara roadblock. Sebetulnya, dia daripada Shah Alam menghala balik ke Selayang. Entah berapa lama dia stuck sayapun tak pasti tapi memang makan berjam-jam jugalah. Dan yang kasihannya dia inform mak andam kami gerak pukul 9 -10 malam untuk menghantar barang-barang untuk deco dewan. Cuba teka pukul berapa mereka sampai ke dewan. Perjalanan daripada area stadium shah alam menuju Ke Kepong. Yeah, merek sampai di dewan pukul 3.00 pagi. Hebat tak hebatlah kesesakan yang disebabkan roadblock. Berapa jam sangkut padahal kalau diikutkan jaraknya menaiki kereta hanya 30 – 40 minit sahaja kalau jalan clear. Lepas dah setup dewan sikit-sikit (hanya memasang backdrop dan juga meja pengantin untuk makan beradap berserta arch di pintu masuk) dengan kerusi meja masih belum dipasang, karpet tak dihampar lagi, mak andam meninggalkan barang-barang hias dewan dan terus balik pula untuk bersiap dan juga membawa pakaian, aksesori serta alatan mekap untuk kami.

Apa pula yang terjadi seterusnya? Adakah mak andam kami akan berjaya sampai ke dewan tepat sebelum majlis kami berlangsung keesokannya? Apa pula yang akan berlaku kepada saya dan family saya yang akan bergerak daripada Puchong menuju ke Kepong dengan keadaan jalan yang sesak arah ke KL? Nanti saya sambung kisahnya dalam part 2 pula ye. Panjang sangat nak masukkan dalam satu entry.

K, bai!

Kek Lapis Sarawak

Kek Lapis Sarawak.

Pagi ini dapat rasa 3 slices of that cakes.

Memang sedap.

Rasa 1 mahu 2.

Rasa 2 mahu 3.

Rasa 3 mahu 4 tapi tak dapatlah.

Sebab bukanku yang empunya.

Itupun nasib baik dapat juga merasa.

 

Kek Lapis Sarawak.

Nyum nyum sedapnya.

Rasa macam nak beli je sebiji.

Kalau harga RM15 sebiji, memang berbaloilah kan.

Belilah 2 biji.

Satu untuk mak.

Satu lagi untuk mak mertua.

Tak perlu pergi jauhpun.

Tempah sahaja pada officemates.

Mesti mahu.


Perkongsian : Welcome to real life~

Cuti pendek untuk merehatkan diri dan pergi honeymoon kecil-kecilan. Pergi dating layan movie dan juga pergi pantai. Feeling macam zaman dolu-dolu masa masih bujang. Tapi yang bestnya sekarang dah jadi suami isteri. Tapi dalam pada itu saya bersyukur sebab dipertemukan dengan seseorang yang saya tak sangkapun akan kongsikan tips berguan alam perkahwinan dengan saya dan juga suami. Tapi tips ini lebih kepada peranan seorang isteri. Saya share dengan korang di sini.

 
Salam korang!
"welcome to real life"

Yup, itu ucapan seseorang yang ku adore sejak semalam. She never said, "welcome to the club" like what others tends to say for pengantin baru. Mulanya tidak ada rasa apa-apa perbezaan tetapi bila seseorang itu mula buka mulut, saya mula rasa bersyukur dipertemukan Allah SWT dengannya.

Jika sebelum ini kurasa macam kurang jelas makna sebuah perkahwinan tetapi semalam kumula merasakan betapa mencabarnay kehidupan yang bakal kulalui nanti. Yeah, bila difikirkan adakalanya keluar juga air mata ini dan doa yang tak putus kepada Allah SWT supaya ku mampu menjalani hidup sebagai seorang isteri yang baik untuk suami yang soleh. Serta dengan harapan dikurniakan anak cucu cicit dan seluruh keturunan yang solah serta solehah serta sentiasa dilindungiNya dan diberkatiNya. Sampai satu masa kuterfikir mampukah ku untuk menghadapinya dengan sabar.

Seseorang yang budiman itu berpesan beberapa perkara iaitu, sentiasa redha dengan segala apa yang suami lakukan. Jangan simpan perasaan kecil hati kepada suami kerana kelak suami susah untuk menjadi tenang, sukar untuk mencari rezeki. Katanya mulut isteri ini 'masin'. Jadi doalah yang baik-baik sahaja untuk suami. Sentiasa memaafkan suami. Paling penting katanya minta Allah kurniakan 'kesabaran' yang tinggi kerana rumahtangga memang akan diuji Allah SWT. Katanya semua itu menguji tahap kematangan suami isteri itu sendiri. Dan katanya lagi, jika kita rasa tidak mampu untuk bertahan, serahkan kepada Allah SWT. Berdoa kepadaNya, lepaskan segala rasa kepadaNya kerana ujian itu datang daripadaNya. InsyaAllah, kita akan rasa tenang.

Ilmu yang baik patut dikongsi, jadi saya kongsikan apa yang saya perolehi ini untuk kawan-kawan serta pembaca yang sudah berkahwin, baru berkahwin dan juga yang akan berkahwin. Semoga rumahtangga kita dilindungi dan setiasa diberkatiNya. Ameen yaa rabbal'Alamin.

Saya copy daripada blog blogspot saya di SINI Semoga ianya berguan untuk korang yang baru dan akan berumahtangga. Orang lama dah expert kot.
=)

Tuesday, July 12, 2011

Welcome to real life~

Salam korang!
Yup, itu ucapan seseorang yang ku adore sejak semalam. She never said, "welcome to the club" like what others tends to say for pengantin baru. Mulanya tidak ada rasa apa-apa perbezaan tetapi bila seseorang itu mula buka mulut, saya mula rasa bersyukur dipertemukan Allah SWT dengannya.

Jika sebelum ini kurasa macam kurang jelas makna sebuah perkahwinan tetapi semalam kumula merasakan betapa mencabarnay kehidupan yang bakal kulalui nanti. Yeah, bila difikirkan adakalanya keluar juga air mata ini dan doa yang tak putus kepada Allah SWT supaya ku mampu menjalani hidup sebagai seorang isteri yang baik untuk suami yang soleh. Serta dengan harapan dikurniakan anak cucu cicit dan seluruh keturunan yang solah serta solehah serta sentiasa dilindungiNya dan diberkatiNya. Sampai satu masa kuterfikir mampukah ku untuk menghadapinya dengan sabar.

Seseorang yang budiman itu berpesan beberapa perkara iaitu, sentiasa redha dengan segala apa yang suami lakukan. Jangan simpan perasaan kecil hati kepada suami kerana kelak suami susah untuk menjadi tenang, sukar untuk mencari rezeki. Katanya mulut isteri ini 'masin'. Jadi doalah yang baik-baik sahaja untuk suami. Sentiasa memaafkan suami. Paling penting katanya minta Allah kurniakan 'kesabaran' yang tinggi kerana rumahtangga memang akan diuji Allah SWT. Katanya semua itu menguji tahap kematangan suami isteri itu sendiri. Dan katanya lagi, jika kita rasa tidak mampu untuk bertahan, serahkan kepada Allah SWT. Berdoa kepadaNya, lepaskan segala rasa kepadaNya kerana ujian itu datang daripadaNya. InsyaAllah, kita akan rasa tenang.

Ilmu yang baik patut dikongsi, jadi saya kongsikan apa yang saya perolehi ini untuk kawan-kawan serta pembaca yang sudah berkahwin, baru berkahwin dan juga yang akan berkahwin. Semoga rumahtangga kita dilindungi dan setiasa diberkatiNya. Ameen yaa rabbal'Alamin.

Friday, July 8, 2011

Kesan BERSIH 2.0 pada kami

Salam korang!

Luahan hati salah seorang mangsa BERSIH 2.0

Serius cakap khabar angin yang mengatakan roadblock atau road closure (tak tahu mana satu betul) akan berleluasa bermula seawal malam ini amatlah menyesakkan pemikiran saya. Roadblock bermula daripada Putrajaya membawa ke Shah Alam dan KL. Mana tak hangin sebab tarikh yang sama majlis bertandang saya di tempat suami. Kami akan datang daripada Puchong mengarah ke Kepong.

Sekarang ini pula ada sedikit kekalutan sebab menurut satu sumber mereka nak melakukan rally di Stadium Merdeka tetapi Agong pula menitahkan mereka untuk melakukannya di Stadium Shah Alam. Makna katanyalah kan kedua-dua area ini akan ada possibility yang amat besar untuk dikawal polis. Dapat email kata LDP dan Federal Highway tutup. Lepas itu kalau buat di Shah Alam stadium sudah tentulah NKVE pun akan dapat effect sama. So, ketiga-tiga laluan kami untuk ke Kepong tercinta aka nada masalah.

Demm ah! Sudahlah wedding planner kami punya tempat memang betul-betul dekat dengan Stadium Shah Alam. Lagilah buat kami gundah. Mana tahu kalau ada masalah pula untuk dia datang ke Puchong untuk urusan baju dan mekap pada hari itu. Well, macam-macam dalam fikiran saya sekarang. Tapi, apa yang saya harap dan berdoa segala urusan majlis bertandang kami berjalan dengan lancar dan dihadiri oleh semua rakan dan jiran tetangga. Risau juga disebabkan BERSIH 2.0 majlis kami esok tak ramai datang. Huhu~

p/s : pesanan buat jemputan supaya tidak sesekali memakai baju warna kuning. Kereta kaler kuning kalau boleh jangan drive. Eheh~

Esok..

Esok..
Hari bermakna buatku.
Hari bahagia buatku.
Walaupun sudah hampir sebulan diijabkabul.

Esok..
Hari penutup acara.
Hari bertandang.
Walaupun esok hari yang tak terjangkakan.

Esok..
Harapan menggunung.
Urusan dipermudahkan.
Perjalanan kami lancar sampai ke majlis.

Doa dan harapanku agar BERSIH 2.0 tidak mengganggu kelancaran majlis kami.

Thursday, July 7, 2011

Hutang PTPTN

Salam korang!

Tadi saya check baki pinjaman PTPTN di website. Fuhh..ada lagi lebih kurang RM1000 perlu dilangsaikan. Saya pernah meminjam daripada PTPTN sebanyak RM7000 semasa mula-mula menjejak kaki di IPT dulu. Tapi sesudah menerima biasiswa JPA, saya stop PTPTN. Tetapi disebabkan pengurusan kewangan yang tak berapa nak bijak masa itu saya tak berjaya melangsaikan hutang itu sekaligus. Saya bayar kalau tak silap RM2000 sahaja dan siap tulis surat minta penangguhan bayaran sehingga habis belajar.
Ingatkan bila sudah minta tangguh, bolehlah rileks sekejap tapi datang surat PTPTN minta saya langsaikan juga hutang itu dalam masa belajar. Kejam tak kejamlah tapi nak buat macam mana saya cuba juga bayar sikit demi sikit. Dalam masa yang sama bunga makin naik juga. Katanya kos pentadbiran. Layankan sahajalah. Nak buat macam mana dah namanya berhutang. Kenalah bayar juga kan.
Tapi saya tak berjaya juga selesaikan masa semuanya walaupun dah habis belajar. Masa grad saya ada hutang dekat RM3000. Lepas dah mula kerja, start buat bayaran. Walaupun tak banyak tapi still bayar juga kan. Dan sekarang masih lagi berbaki. Tak habis-habis lagi hutang walaupun sudah berkahwin.
Ingatkan azam tahun ini nak habiskan bayar hutang PTPTN tetapi macam tak boleh juga selesai tahun ini. Carry forward dalam azam tahun depanlah pula kot. Itupun tak fikir lagi kalau sudah ada komitmen yang lebih besar iaitu anak.
Dan terfikir juga apa akan jadi bila hutang dah makin selesai ataupun jika saya terlebih bayar hutang? Adakah PTPTN akan automatic close account hutang itu atau kita still kena pergi inform ke pejabat PTPTN? Leceh pula rasanya. Ada member yang dah habiskan bayar di kaunter PTPTN pun still dapat information pasal outstanding amount perlu dibayar. Walaupun tak banyak tapi sampai bila nak terus dibelenggu hutang. Pengurusan PTPTN perlu buat sesuatu supaya golongan yang dah habis bayar ini tak teraniaya. Yang tak bayar langsung itu satu hal. Tapi janganlah dibuli orang yang dah langsaikan hutang kan?
Bila lihat pengalaman orang dan renungkan pengalaman sendiri, satu sahaja nasihat saya, kalau ada pilihan lain, janganlah ambil pinjaman PTPTN. Pinjaman MARA lagi better kot. Banyak sangat karenahnya bila nak melangsaikan hutang nanti. Masa dapat duit memang syok kan. Heh~

Tapi, kalau dah tak ada pilihan, pinjam sahajalah. No hal punya.

http://2.bp.blogspot.com/-HHo1QpFs7Qk/TgNzxKL4CpI/AAAAAAAACaA/bk5fBFeH2NI/s400/ptptn.jpg

p/s : korang ada pengalaman tak settle kan hutang PTPTN di kaunter? Share sikit.

Selamat Pengantin tak berapa Baru NoorAfzan & Fawzan

Salam korang!

Saya tahu netry ini macam dah basi kot. Sebab dah hampir sebulanpun saya dah bergelar isteri kepada suami tercinta, Ahmad Fawzan Abdul Aziz. Tapi, saya tetap juga nak share moment terindah kami. Sudah tentulah masa hari pernikahan dan juga persandingan. Tapi, serius cakap gambar memang tak berapa nak banyak. Jadi layankan sahajalah ini dahulu ye. Lepas majlis bertandang hujung minggu ini baru dapat full gambar-gambar daripada hari akad nikah sampailah habis outdoor majlis bertandang.


Tema kami ungu. Saya pernah baca dalam satu surat khabar stau majalah yang tahun ini tema perkahwinan yang paling popular ialah ungu. Sepanjang 6 bulan tahun ini memang betulpun. Ramai betul buat majlis bertemakan ungu. Cantik tak?


Ini pula masa selepas nikah. Tema putih krim gitu. Baju ditempah. Kain kami beli di Semua House buat hantaran bertunang dahulu. Cantik sebab bentuk macam jubah/dress labuh. Suami kata time raya puasa nanti boleh pakai. Tengoklah nanti kalau masih padan bolehlah pakai. Melaram habis raya pertama.

Ok lah saya sharing 2 sahaja picture dahulu. Nak banyak-banyak kena tunggu selepas majlis bertandang hujung minggu ini. ok bai!

p/s : Alhamdulillah, ada berita gembira tapi belum boleh dikongsi di sini. Kalau sudah konfem baru boleh bagitahu. =)

Wednesday, July 6, 2011

Alhamdulillah

Just short updates.

 

Alhamdulillah, syukur  dengan rezeki yang Allah SWT kurniakan buatku.

=)

 

Hari ini ada pasar malam.

Nak makan apa ye?

Nyum nyum.

 

 

 

Sampai bila?

Salam korang!

 

Hari ini saya berada dalam mood yang ke laut. Mood semangat bekerja tiba-tiba sahaja mati. Rasa sedikit terkilan sebab kerja yang kita buat atas arahan boss tak dipandangpun. Alih-alih macam anjing menyalak bukit sahaja. Malupun ada. Tapi, biarlah. Kita sudah berusaha sebaik mungkin tetapi apakan daya sebab saya hanya insan biasa. Kadang-kadang kerja terlalu banyak buat saya tak menang tangan untuk membantu orang lain yang memerlukan. Sehingga ada benda yang terlepas pandang. Bila nak catch up sudah terlambat. Hmmm..~

 

Bila dah bekerja, memang benda-benda macam ini adalah situasi biasa yang akan ditempuh. Dan benda-benda macam ini jugalah buat semangat untuk terus bekerja di tempat yang sama seakan bergoyah. Tapi bila fikir semula, di mana-manapun tempat mencari rezeki, akan ada situasi yang tak menarik ini. Mesti akan ada punya anasir-anasir halus yang akan buat hati yang teguh bergoyang. Cuma ketahanan hati itu sendiri yang menentukan berapa lama ia mampu berdiri walaupun tak seteguh mana. Selagi ia tak tumbang jatuh menyembah tanah, selagi itulah bertahan.

 

Tapi sampai bila?

 

 

 

Kantin sekolah

Dulu..

Setakat 50 sen boleh enjoy. Pergi kedai boleh dapat Ais krim Malaysia 2 batang dan gula-gula segenggam. Kalau pergi sekolah boleh dapat bihun ataupun nasi lemak yang dimasukkan dalam plastik jernih di waktu rehat. Cukup kenyanglah untuk kanak-kanak ribena macam kami. Kalau beli air sirap seplastik boleh dapat balance lagi 30 sen. Simpan pula untuk esokannya. Takpun tunggu pula pakcik roti bawa motor. Boleh beli keropok dengan harga 10 atau 20 sen sepeket.



Sekarang..

Setakat 50 sen apa boleh dapat. Kuih 3 keping paling kurang 1 inggit. Itupun tak sedap mana. Kalau ada 50 sen boleh dapat sekeping kuih sahajalah dan balance 20 sen buat beli gula-gula 4 biji. 4 biji sahaja. Ais krom Malaysia saya tak pasti pula berapa harganya sekarang. Nak makan nasi lemak atau bihun, paling kurang kena ada 80 sen (harga kantin mungkin?) ataupun 1 inggit. Itu baru nasi, belum air. Kalau air sirap, mungkin paling kurang kena ada 50 sen (ada lagi ke harga macam ini?). Kalau gerai tepi jalan atau pasar malampun charge 1 inggit segelas kan? Paling kurengpun anak-anak zaman sekarang kena dibekalkan belanja 2 inggit sehari kan.



Padahal beza berapa tahun sahajapun jarak dulu dengan sekarang itu.



Dulu = sekolah zaman 1990an.

Sekarang – sekolah zaman 2010an



Lebih kurang 20 tahun sahaja jarak usia tapi bezanya memanglah amat besar. Ini baru cerita pasal basic. Harga makanan di kantin. Cuba kita bayangkan 20 tahun akan datang punya harga pula. Huh!

Tuesday, July 5, 2011

Mana..

Mana datang..

Mana datang..

Cinta..

 

Mana pergi..

Mana pergi..

Hati..

 

Mana hilang..

Mana hilang..

Diri..

 

Cinta datang..

Hati pergi..

Hilang diri..

Tiada ganti..

..

 

 

Monday, July 4, 2011

ZAMAN BELAJAR VS ZAMAN KERJA!

Salam korang!

Hari ini dah masuk minggu kerja yang baru bagi yang bekerja dan minggu ke kelas untuk para student . Isnin datang lagi. Mari mulakan hidup dengan hati yang tenang, gembira dan cergas. Cuti 2 hari sepatutnya cukup untuk restore energy kan. Pada yang masih lagi bercuti semester yang panjang, mesti dah tak tahu beza Isnin dengan Ahad kan? Rasa macam hari-haripun hari Ahad. Ekeke~

Saya pernah melalui zaman itu. Zaman belajar di Uni memang zaman yang paling indah. Tidak terikat dengan jadual yang sama hari-hari. Kalau zaman berbaju uniform putih berkain biru, kena masuk sekolah seawal 7.30 pagi dan balik 1.30 petang atau 2.45 petang dengan jadual kelas yang padat. Kalau sudah berkerjaya, kena masuk kerja ikut shift ditetapkan. Biasanya masuk pukul 8.00 pagi dan balik pukul 5.00 petang. Segalanya kena ikut jadual yang ditetapkan pengurusan. Masa Zaman Uni memang kena ikut peraturan, tapi jadual kelas kita boleh tentukan ikut kesesuaian. Asalkan cukup jam kredit dan ambil semua subjek yang ditetapkan dan lulus, kita sudah boleh grad.

Cakap pasal jadual kelas, biasanya ramai yang tak suka memilih kelas seawall 8.00pagi. Paling awalpun pukul 9.00pagi atau 10.00pagi. Begitu juga petang, kalau boleh kelas mesti tamat pukul 4.00petang. Baru rasa nikmatnya hidup. Jumaat pula kalau boleh tiada kelas langsung. Boleh straight cuti 3 hari kan. Tapi saya memang tak pernah dapat nak susun jadual macam itu. Mesti lekat juga 1 kelas petang jumaat. Kadang-kadang kalau terdesak sangat memang ‘burn’ lah kelas tersebut.

Bila sudah grad, sementara mendapat peluang pekerjaan apa lagi yang hendak dilakukan selain melepak di rumah macam budak sekolah yang sedang menikmati cuti hujung tahun dan juga mungkin macam sedang bercuti semester. Cuma, cuti kali ini pelik sikit sebab tak perlu lagi fikir pasal study sebab dah tamatpun. Hari-hari adalah hari ahad tapi dalam masa yang sama tangan ligat buka website jobstreet dan others jobs hunting websites yang bersepah. Peluang pekerjaan banyak tapi bukan mudah untuk mendapatkannya. Sebab terlalu ramai graduan keluar setiap tahun. So, terpaksa compete dengan mereka-mereka ini supaya kita terpilih. So, kadang-kadang itu adalah rasa hari itu bukan hari ahad sebab kena pergi interview sana sini. =)

Then, bila dapat job offer, maka bermulalah zaman sekolah kita. Pergi kerja balik kerja. Pukul 8.00 pagi masuk kerja. Pung pang pung pang buat kerja itu ini. Buat meeting itu ini. Buat report itu ini. Pukul 5.30 petang balik. Esokannya ulang perkara yang sama. Tak macam sekolah ke? Memanglah hari-hari kita buat kerja yang berlainan tapi still in scope yang sama juga kan. Sama macam di sekolah dahulu, memang hari-hari kita belajar new things, new knowledge tapi still buat perkara sama juga kan. Duduk dengar cikgu mengajar, buat latihan bla bla bla. Kalau kita bekerja dengan orang, macam itulah situasinya.

Majlis Bertandang VS Perhimpunan Bersih

Salam Isnin!

 

Wuyuu..hari ini kerja boleh tahan banyak tapi berjaya juga disudahkan sebelum tengahari. Kalau tidak siappun memang kena tangguhkan ke esok sebab sekejap lagi saya akan bercuti setengah hari. Tujuannya ialah untuk preparation majlis bertandang hujung minggu ini. Nak pergi jumpa wedding planner untuk fitting baju dan sesi perbincangan terakhir.

 

Mengikut perancangan yang telah dipersetujui semua pihak, saya, suami dan keluarga saya akan bergerak daripada Puchong tengahari. Kami akan bermekap dan bersiap awal di rumah saya sebelum bertolak secara konvoi ke destinasi kami iaitu Dewan Komuniti Bandar Manjalara, Kepong. Walaupun sudah hampir sebulan kami berkahwin tapi rasa macam baru berkahwin sahaja feelingnya. Ekeke. Feeling masih bujang pula kan. Kalau kami sampai awal, kami akan menunggu di Masjid berhampiran dahulu.

 

Dalam pada rasa teruja, ada juga rasa risau sebab pada tarikh yang sama ada beberapa perkara yang akan berlaku pada tarikh 09hb July itu. Paling ketara rancangan untuk buat Illegal Rally atau dalam bahasa melayunya Perhimpunan Bersih. Beberapa hari ini iklan di TV pun rancak supaya rakyat memboikot Perhimpunan Bersih. Bagi saya yang nak memastikan majlis berjalan lancar, memang setujulah kan. Memang kawasan tempat majlis tidak terlibat dengan event itu tetapi kasihan pula kepada para tetamu yang perlu menempuh jalan yang EXTRA JAM gara-gara road block yang dibuat untuk menahan orang-orang yang memakai baju berwarna kuning. Pengantin janganlah buat majlis bertemakan kuning ye.  Kalau tidak, habis kena soal siasat. Cari penyakit namanya itu.

 

Selain perhimpunan bersih, dengarnya Majlis Bertandang belah Tomok pun dibuat pada tarikh sama juga. Tentu peminat Tomok berkira-kira nak pergi event mana satu. Sama ada kenduri Tomok atau kenduri Bersih kan. Ok da, harapan saya segalanya berjalan lancar. Ameenn~

=)

Saturday, July 2, 2011

Prasangka pembunuh jiwa

Salam korang!



Prasangka.

Manusia memang mudah untuk berprasangka kepada orang lain.

Haih, tidak perlu cakap jauh, tuding jari kepada diri sendiripun sudah cukup. Saya sendiripun begitu mudah untuk berprasangka dengan orang.

Tapi prasangka pun ada dua peringkat.



Satu;

Prasangka yang hanya terdetik dalam hati apabila melihat dan mendengar kepada perlakuan seseorang atau sekumpulan orang dan disimpan tanpa diberitahu kepada orang lain.



Dua;

Prasangka yang terdetik dalam hati apabila melihat dan mendengar perlakuan seseorang atau sekumpulan orang dan kemudiannya dikongsi dengan orang lain. Seolah-olah menjaja cerita yang tak tahu betul salah sebab hanya ‘prasangka’ belaka atau lebih mudah disebut sebagai ‘fitnah’.



Saya sendiri tidak begitu kuat untuk menghindari rasa prasangka dalam diri bila melihat sesuatu yang mencurigakan berlaku depan mata saya. Dan saya sendiri tidak dapat menahan rasa hati daripada berprasangka terhadap orang yang melakukan tindakan yang melampau. Dan saya tahu bukan saya sahaja begitu tapi ramai lagi seperti saya. Tapi, selagi prasangka masih berada dalam peringkat Satu, maka kita masih selamat. Sebab selagi rasa itu masih tersimpan didalam hati, tidak berdosa. Maknanya kita berjaya mengelakkan berlakunya satu fitnah.



Bagaimana kalau sudah berada di peringkat Dua?

Fuh, tidak dapat dibayangkan betapa dasyatnya bila kita telah sampai ke peringkat ini. Bayangkan, kita telah menyebarkan fitnah ke atas seseorang atau sekumpulan orang. Kita bukan hanya perlu untuk meminta maaf dengan bertaubat kepada Allah SWT sahaja tetapi kita perlu juga meminta maaf kepada setiap orang yang kita ‘prasangka’. Bayangkan pula kalau orang yang kita ‘prasangka’ itu sudah lost contact ataupun kita tak kenalpun dia siapa ataupun kita kenal dia tetapi dia tak kenal kita seperti artis ataupun pemimpin negara dan juga paling teruk orang itu sudahpun kembali kepadaNya. Apa yang dapat kita lakukan untuk meminta ampun? Menyesal tidak berguna lagi.



So, apa kata kita muhasabah diri sendiri. Ambil yang keruh dan buang yang jernih. Sentiasa menanamkan sikap positif dalam diri dan juga positif terhadap orang lain. Singkirkan rasa-rasa negative yang sentiasa nak datang dekat datang rapat semata-mata untuk menyesatkan kita. Sebab hidup di dunia inipun bukannya lama mana. Nak enjoy? Apalah sangat enjoy di dunia yang sementara ini berbanding kehidupan abadi di akhirat nanti. Tepuk dada tanya iman.

Ok, bai!

Friday, July 1, 2011

Dua minggu selepas bernikah kahwin!

Salam dari saya!

Fuhh,walaupun tak sihat tapi gagahkan diri juga untuk menaip sikit di blog kesayangan yang entah siapakah yang sudi berkunjung lagi. Maklumlah sejak beberapa bulan yang lepas memang tak terhandle blog ini. Satu sebab terlalu busy. Dua, sebab kat office dah tak boleh nak curi2 update blog even masa break time (dulu laju-laju sahaja update masa break lepas management bising sebab ada yang online facebook time kerja).

Bagi saya ada pros dan cons nya diorang block apa-apa sahaja website yang berkaitan forum dan boleh guna untuk berkomunikasi antara paling kurangpun 2 hala. 2 hala itu maksudnya seperti chat ym antara 2 orang. Manakala lebih daripada 2 hala itu korangpun boleh fikirkan. Terlalu banyak forum online dalam dunia maya sekarang. Silap-silap boleh addicted termasuklah social network bernama facebook. Selain itu kalau blog, dorang disablekan untuk tengok ruang komen atau dalam erti kata lain tak bolehlah nak tinggal jejak macam yang biasa kita buat masa mula-mula nak ‘naik’ dahulu. Blogwalking lepas itu tinggalkan jejak kan? Kan? Chatbox pun disable juga.

So, benda-benda macam ini memang mematahkan semangat untuk berblogging secara konsisten. Lagi-lagi bila dah berumah tangga, takkanlah nak pulun online di rumah. Baru sahaja bernikah takkan nak lebih-lebih di rumah mak mertua kan. So, kenalah faham ye. Korangpun kalau duk rumah mak mertua tentu-tentulah kalau boleh nak mengambil hati ibu mertua sebaik-baiknya. Ingat, kita bukan akan hidup dengan anak dia (suami kita) sahaja tapi kita akan hidup dengan ibu mertua sekali. Anggaplah dia seperti ibu kandung kita sendiri. Bila ibu mertua suka kan ke mudah hidup kita kan. Rasa aman dan tenteram. Memang permulaan itu sukar tapi kena berusaha. Sayapun masih dalam peringkat mengambil hati ibu mertua. Doakan saya ye kawan-kawan. Bai!

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics