Followers

Showing posts with label event penting. Show all posts
Showing posts with label event penting. Show all posts

Saturday, August 9, 2014

Kantoi Result MGTT semasa Ramadhan

Salam semua.
Dah berkurun lamanya tak terupdate blog ni. Haha..macam la duk dalam dunia ni lama sangat sampai berkurun kan. Padahal baru sebulan dua je kan. Betul tak? Cerita puasapun dan lepas. Rayapun dah masuk hari ke 13. Alhamdulillah, tahun ini daapt puasa sebanyak yang boleh walaupun mengandung dah lebih 7 bulan. Cuma ada beberapa hari sahaja sangkut. Itupun disebabkan ujian MGTT ( Minum air gula buat ibu mengandung) yang secara kebetulan jatuh pada bulan puasa.

Dugaan datang bila keputusan MGTT tu tak normal. Tiba-tiba saya dapat juga tempias diabetes ketika mengandung. Masa 1st MGTT (usia kandungan 3 bulan) hari tu result OK. Tapi, sejak masuk bulan puasa ni lain pula. Sudahnya, kena buat repeat test selama 2 hari dalam bulan puasa juga. Kalau buat repeat test tu memang tak boleh nak berpuasalah. Saya syak ianya berpunca daripada amalan pemakanan di bulan puasa. Buka pausa minum air manis. Lepas itu kurang minum plain water. Makan kurma pula sampai 7 biji sekali hadap. Belum campur kuih muih lagi. So, lepas dapat result MGTT tu, kena mengawal dirilah. Buka puasa minum plain water sahaja. Kurmapun makan sebiji dua. Banyakkan minum air masak sepanjang malam sampai sahur. Alhamdulillah repeat test memang OK resultnya. Tapi once MGTT result not OK, Akan kena buat repeat test tu setiap 2 minggu sampailah bersalin nanti.

Saya perasan juga masa sebelum puasa itu, saya kurang minum air masa di office. Kerja banyak sangat sampai tak sempat nak pergi refill air. Terlupa nak minum air. Masalahnya, boleh pula pergi vending machine beli Air Jus Tropicana Twister tu kan. Masalah betul. Sejak akhir-akhir ini memang suka bebenar minum air manis-manis. Bila dah raya lagilah bahaya. Di mana-mana semuanya air-air manis, biskut raya manis, lauk-pauk manis dan desert yang manis. Tapi, kenalah kawal diri tu kan. Ambil dalam jumpah yang sedikit. Lagi satu sekarang ni kan musim biuh. Habis semua buah manis nak dimakan. Durian, rambutan, duku dan manggis menggamit selera sungguh. Makan jugalah. Tapi lepas itu  telanlah plain water banyak-banyak.

Cuti raya pula sampai 11 hari. Hari rabu masuk kerja terus mula berpuasa. Rasa dah terlalu banyak makan masa raya. Tu yang berazam untuk berpuasa juga. Lagipun kalau boleh nak ganti puasa sebelum bersalin. Sekarang tinggal 2 hari sahaja lagi yang perlu diganti. Minggu depan ada jamuan raya pula di office selama 4 hari. So, terpaksalah postpone puasa minggu seterusnya pula. Tak apa. Syawalpun masih lagi berbaki. Kalau sempat cukupkan 6 hari lagi bagus. Untung-untung dapat pahala puasa enam walaupun niat nak ganti puasa.

Oklah, setakat itu sahaja update saya kali ini. Buat ibu-ibu mengandung semua, mesti ramai juga yang sangkut MGTT result kalau buat masa puasa kan. Kakak saya bagitahu di KK Dengkil (kot?), masa bulan puasa hari tu, hampir semua ibu-ibu mengandung yang MGTT test result tak OK. Dia kata tak sampai 10 orang sahaja yang result OK. Fuuhhh..mesti disebabkan alasan yang sama macam saya juga kan.

Ok, bai!

Tuesday, May 20, 2014

New Challenges

Salam..

Alhamdulillah syukur. Setelah beberapa hari status saya untuk transfer company tergantung, akhirnya petang semalam semasa sedang memandu pulang, saya menerima SMS daripada HR Manager tempat kerja sekarang yang surat pertukaran saya telahpun ditandatangan oleh boss company baru. Kalau ikutkan hari ini saya kena pergi terus melapor diri ke sana. Office sekarang terletak di Rawang manakala office baru terletak di 1 First Evenue, Bandar Utama Damansara. Perbezaan yang cukup ketara dan pengalaman baru yang bakal saya lalui bermula sebentar lagi. Saya minta kebenaran untuk ke Rawang dahulu untuk kemas barang. Takkan nak biarkan barang tak berkemas kan. Dah lah tempat saya dah ada orang booking.

Berbalik kepada cabaran baru, banyak perkara yang memang dah terang jelas nyata perbezaannya berbanding sekarang.

Dulu, tak ada tol yang perlu dibayar. Sekarang, kena bayar 1 tol pergi dan 1 tol balik.

Dulu, tak perlu nak keluar awal pagi. Pukul 7.45am pun sempat lagi untuk pastikan sampai ke office sebelum 8.30am. Sekarang, kena keluar awal. Selewat-lewatnya pukul 7 pagi. Sebab nak hantar anak pergi taska lagi kan.

Dulu, kerja dengan Planning. Sekarang, kerja dengan Procurement.

Dulu, pergi kerja melawan arus kesesakan. Memang jalan clear. Sekarang kena masuk dalam kesesakan. Sebab tu kena keluar awal berbanding dulu. huhu.

Dulu, pakai sempoi-sempoi sahaja pergi office. Tak ada dress code yang ketat. Sekarang, kerja di HQ memang kena ikut dress code office attire.

Dulu kerja naik tangga, sekarang kerja naik lif.

Dulu, boleh jemput Emir awal. Pukul 6.00pm dah sampai taska. Sekarang, paling awalpun 6.30pm baru sampai taska.

Dulu, shopping mall jauh. Waktu lunch duk dalam office sahajalah. Sekarang, shopping mall sebelah office sahaja. hahadoi..

Banyak pula perbezaannya kan.
Apapun perbezaannya saya akan positifkan fikiran dan bekerja sehabis baik. Tak mahulah ada politik-politik kotor. Biar rezeki yang diperolehi betul-betul halal.


Wednesday, February 12, 2014

Trip to Kota Kinabalu & Kundasang : Part 1

Salam korang..

Setelah sekian lama tak cerita pasal perkembangan diri, minggu ini saya nak cerita pengalaman percutian ke Sabah. Bagus untuk panduan rakan-rakan pembaca yang plan nak bercuti ke Sabah tanpa tourist guide. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Cuma ada masanya terkejar-kejar sebab banyak tempat yang nak dikunjungi.

Day 1 : Khamis 06/02/2014

11 pagi.

Kami bertolak ke daripada Selayang ke KLIA. Alhamdulillah perjalanan pergi tak banyak masalah sebab hari bekerja. Jalan tak sesak dan kami sampai di KLIA dalam pukul 12 lebih. Sempat menjamu selera di Food Garden. Pukul 1.30 petang kami pergi solat Zohor sementara menunggu keluarga kakak ipar yang datang dari Shah Alam. Selepas solat, kami register dan print online ticket di kiosk dan seterusnya check in barang-barang luggage. Untuk 7 dewasa + 2 baby about 57 kgs. Taklah berat sangat. Ada banyak lagi space yang boleh diisi lagi. Mungkin bila balik dari Sabah nanti kot. Lepas check in barang luggage, terus check in untuk departure. Flight pukul 3.40 petang. Masa kami sampai itu 3.20 petang dah. Nasib baik sempat. Fuhh..

4.00 petang.

Masa ni dah panggilan masuk ke dalam kapal terbang dah. Kami antara yang terakhir naik. Malas nak bersesak-sesak. Dan tempat duduk kamipun antara yang paling belakang. Seat row 23. Dalam tu ada lebih kurang 30 row sahaja kot. Kapal terbang kecil. Setiap seat disediakan LCD TV Kecil. Bolehlah layan movie walaupun penerbangan hanya makan masa 2 jam sahaja. Tapi Emir Ikhwan hari tu memang aktif sangat. Tak boleh nak duduk diam. Remote TV tu memang jadi kegemaran dialah.

Dalam sejam selepas bertolak itu, makananpun disediakan. Kalau ikutkan boleh pilih nak makan nasi lauk ikan atau ayam. Tapi disebabkan kami ini duduk di row hujung-hujung maka nasi lauk ikanpun habis. Terpaksalah makan nasi lauk ayam. Tapi saya makan nasi itu dengan kuah sup sayur sahaja. Ayam tak boleh masuk tekak. Sedap juga sayurnya. Lepas itu minuman pula ada 3 pilihan sama ada jus epal, orange atau 7 Up. Mak mertua dan saya ambil jus epal manakala husband pula ambil jus orange. Sedap juga jus epal ini di tekak saya. Baby Emirpun disuap nasi lauk sayur juga. Adalah dalam 3 - 4 suap dia makan.

Lepas makan nampak semua satu family tidur. Saya pula yang tak boleh nak lelap sebab sakit kepala. Puncanya sebab hidung tersumbat. Sejuk tu dalam flight. Dah lah duduk tengah. Dengan mendukung infant lagi. Memang berharap cepat-cepatlah sampai KK.

6.30 petang.

Alhamdulillah, kami selamat tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Sampai sahaja terus ke imigresen. Selepas selesai urusan imigresen dia ada bagi satu resit. Resit itu kena simpan ye sebab ia umpama 'permit' kita sepanjang berada di Sabah. Kalau hilang, habislah!. Itu apa yang rakan kami yang tinggal di Sabah ni bagitahu. Selepas itu, kamipun ke tingkat bawah menuntut bagasi. Selepas itu, kami ke luar airport menunggu van sewa sampai. Husband cari van sewa inipun melalui Mudah sahaja. Senang kan. Urusan booking dilakukan melalui telefon sahaja. Van sewa kami sampai 15 minit kemudian sebab jalan agak sesak katanya.
Lepas dapat van, kami terus ke tempat penginapan.

Kami menginap di Marina Court Condo iaitu service apartment 3 bilik. Condo ini kakak ipar book online sahaja tapi bukan di website Marina Court yea. Kalau book melalui website Marina Court mahal. Ni kira macam owner dia dah beli unit condo from Marina Court dan sewakan sendiri pada oranglah. Nama owner condo yang kami sewa ni Uncle Ting. Memang murah sangat. RM300 semalam sahaja untuk condo 3 bilik. Lengkap dengan Astro, internet, dapur dan juga washing machine. Kami akan menginap di sini selama 3 malam.

8.00 petang.

Kami keluar selepas solat jamak maghrib dan isyak untuk mencari makan. Rakan kami yang tinggal di KK mencadangkan makan di Anjung Selera. Memang dekat sangatlah Anjung Selera itu dengan tempat penginapan kami. Kalau drive 2 minit sahaja sudah sampai. Malam itu kami makan di kedai bernama Laksamana. Saya makan Mee bandung + jus epal. Kombinasi yang tak kena dengan tekak saya malam itu tapi layankan sahajalah. Emir pula yang suka makan mee bandung ini. Mereka yang lain semua menikmati nasi goreng dan nasi berlauk. Bila kira-kira balik makn di situ satu kepala lebih kurang RM15 tak termasuk babies. Lepas menjamu selera, kami singgah membeli roti dan air mineral di 7 Eleven. Roti Gardenia dia tak sesedap yang di semenanjung. Kami hampir tertipu bila melihat packagingnya. Lepas itu kami terus pulang berehat.

Hari ke 2 destinasi kami ialah Pasar Basah KK, Rumah Terbalik, Jambatan Tamparuli dan Tanjung Aru. Malamnya kami makan di Restoran Kampung Nelayan. Terlalu panjang ini diceritakan dalam entry ini. Jadi saya akan sambung cerita dalam part 2 pula. Ok bai!


Monday, March 21, 2011

Update saya Hujung Minggu~

Salam korang!

Alhamdulillah, kita masih lagi bernyawa hari ini untuk meneruskan kehidupan. Macam mana dengan weekend korang?
Fuhh…saya punya weekend jangan ditanyalah. Memang pack gila sampai sabtu dan ahad keluar rumah sampai ke malam.
Sabtu hari untuk berjalan jauh. Bayangkan, kami ke utara balik hari.
Pukul 7.15 pagi saya dah keluar rumah sebab nak jemput member di UM. Then terus ke Selayang. Pukul 8.30 pagi kami gerak ke utara.
Memang pergi sana semata-mata untuk ke kenduri kahwin 2 member. Seorang di Taiping, Perak manakala seorang lagi di Padang Serai, Kedah.
Lepas itu terus gerak balik KL. Sampai rumah pukul 12.00 malam. Terus zzzzzz la. Penat kot walaupun bukan driver. Eeheh~

Ahadpun boleh tahan juga kebiziannya.
Pun bangun awal pagi. Tapi pukul 8.30 baru keluar rumah ke Shah Alam. Ada appointment dengan mak andam untuk majlis belah lelaki. Then, gerak balik rumah sekejap minta incik tunang tolong check kan router internet yang rosak itu. Lepas confirm ia sudah rosak, kamipun terus pergi Lowyat cari Service Center TP Link. Nama sahaja warranty 2 tahun tapi baru pakai 2 bulan sudah rosak. Hmmmph!. Laju dan tak sabar sahajakan nak tukar router sebab dah seminggu kot tak boleh berinternet secara pukal. Grr..curi-curi peluang sahaja pakai internet office.Sabar sahajalah.
Yang tak bestnya, kami terlepas makan tengahari terlalu lama. Sampai Lowyatpun jam sudah hampir pukul 4 petang. Rupanya tunang dah janji nak jumpa dengan 2 orang kawan dia (sudah jadi kawan saya juga). Bila sudah berjejak kasihan, terus pergi cari makan dahulu. Pi pekena McD di Sungei Wang Plaza. Bila perut sudah masuk angina, makan sahaja terus sakit perut. Aduh, memang pedih sahaja. Kena duduk baru rasa selesa. Kalau berdiri dan berjalan, akan rasa sakit. Demm ah. Time seronok jalan-jalan inilah, perut ini nak buat hal. Sabar sahajalah.(lagi?)
Nasib baik dapa juga tukar router. Lepas itu nak cari iPad pula. Eh, bukan saya yang nak beli tapi member tunang. Macam best pula iPad kan? Hehe~
Pukul 8.30malam saya dan tunang gerak balik. Sempat singgah makan Nasi Goreng Daging (sedap wooo..) dekat area rumah saya sahaja. Lepas itu dia tolong setting router internet. Nah..kini kami sudah boleh melayari internet di rumah. Yippie2.
Thanks ye incik tunang.

Ok da, sekian cerita ringkas saya (err..ringkas ke?) selepas seminggu tak ada internet.
K, bai!

Monday, November 22, 2010

Maternity Photoshoot my sis : Official Photos

Baru kelmarin kami berphotoshoot, semalam tuan photoghrapher dah upload beberapa keping dalam FB dia. So, seperti yang saya dah janjikan saya akan share beberapa keping di sini. Memang cun lah picture-picture dia.

Mak buyung bersandar di pohon sambil pegang peyut. =)

My sis kata posisi ini yang agak susah sebab rasa macam tak boleh nak tegak badan. Perut besor katakan..

Paling suka gambar ini. Ada kasut si comel! Tapi ada satu lagi gambar yang kutunggu iaitu gambar mereka berdua peluk teddy bear!  Teddy bear tu yang cute sebenarnya..nantilah bila incik Firdaus dah bagi semua gambar sok saya share ok.

Last sekali haruslah kupun nak menepek sama dalam gambar. Dah ikut tema katakan. Tengok tu ku dah gila shawl sekarang! huhu.
Ada sesiapa ke berminat nak photoshoot dengan incik Firdaus ini. Actually dia inipun officemate saya. Senang sahaja nak deal dengan dia. Oklah, korang berminat ke tak berminat ke ku tetap nak share juga. Korang boleh terus ke http://qberphotography.weebly.com/

Dia tak publishkan harga package dia dalam website tu. So, sayapun segan pula nak tanya sebab saya dah book orang lain untuk pakej perkahwinan saya nanti. Semuanya my tunang yang tolnog cari dan pilih. Harapkan saya memang takkan menjadilah sebab dia lebih arif bab-bab photography ini. So, better korang email sahaja dia sendiri ok.

Based on pengalaman sendiri rasanya memang dah cukup murahlah. Sebab my sis punya packagepun RM150 + RM10 for transport sebab kami request di luar KL. Kalau KL tak ada cost transport. Biasanya kalau include album gambar memang harga akan up so pakej yang dia tawarkan ini ( without photo album) memang sesuailah untuk orang yang tak ada budget lebih tapi still nak capture moment tertentu dalam hidup macam my sis inilah. Setakat nak print dan buat album rasanya semua orangpun reti je kan. Yang penting ada gambar yang cun kan!

Sunday, November 21, 2010

Maternity Photoshoot my sis : Best!

Salam semua..
Mood nak update entry malam ini memang ke laut tapi nak cerita juga. Pagi tadi saya ikut my sis pergi photoshoot sempena mengandung. Sekarang ini orang berphotoshoot sudah tak kira sebab apa dah. Bukan sebab bertunang, berkahwinan atau sambutan ulang tahun sahaja. Masa mengandungpun nak juga bergambar.

Pakej photoshoot inipun officemate saya yang buat. Dia photographer sambilan. Dia ada emailkan pakej ini akhir bulan 10. RM1XX untuk 1 jam photoshoot. Unlimited shoots akan di burn dalam DVD including 20 keping( kot? sebab lupa) gambar edited.

Oleh kerana kena start photoshoot pukul 8 pagi maka hari sabtu yang indah ini gigihlah bangun awal pagi dan terus pergi fetch dia dan husband. Awal-awal lagi sudah sound suruh pakai kaler pepel sebagai tema. Pukul 7.40 gerak daripada rumah dia ke destinasi photoshoot di Taman Cyberjaya. Berdesup abang ipar drive dan kami sampai sana 5 minit sebelum pukul 8.00.Fuhh..lega tapi ada insiden yang menyebabkan kami terpaksa rush dan photoshoot start lewat 10 minit daripada plan asal. Nantilah saya cerita apa insidennya.huhu~

Woops, saya sharekan sikitlah gambar-gambar yang saya shoot. Nak tunggu official photographer punya gambar memang makan hari lah kan. So, saya share dulu sikit daripada lensa buruk saya itu.

beromantik dicelah-celah pokok!

itu dia photographer tunjuk ajar cara nak bergaya!
Oklah, itu sahaja nak update kali ini. Nanti kalau gambar official dah siap saya tunjuk di sini. Siap dengan link macam mana nak contact photographer tu. Manalah tahu ada yang berminat. Memang murah dan berbaloi-baloi. Ramai dah officemates saya hire dia untuk family and babies photoshoot. Maternity photoshoot ni first time dia buat! Kira my sis jadi first customer dialah for maternity.

Yang penting my sis pun puas hati tadi. Sekarang nak tunggu hasil sahajalah. =)

p/s : cantik tahu Taman Cyberjaya ini. Bunga Teratai di tasikpun bersepah-sepah banyaknya!

Saturday, November 6, 2010

Berita Gembira 2 : Dapat pergi tengok movie Skyline free =)

Saya hari-hari terjah blog nuffnang tapi hari tu saya ada baca blog dorang pasal Nuffnang Premiere Screening – Skyline

Macam best sahaja bila tengok video promo cerita itu. So, bacalah apa yangperlu di buat untuk mendapatkan tiket wayang tengok movie ini bersama nuffnang. Tak perlu buat entry tapi perlu tinggalkan komen paling kreatif macam mana nak defend manusia daripada kena serang alien. Kalau korang nak tengok apa ku jawab bolehlah terjah post tersebut. Tad isaya tengok dah ada 284 komen. Juling mata nak baca semua sekali. hoho~

Dan kelmarin saya dapat email invitation untuk menonton Skyline free.

image

Dah la free lepas itu ada popcorn combo juga diberikan pula. Wuhuu..feveret saya itu. Tak sia-sia saya join walaupun simple sahaja caranya kan.

image

Terima kasih nuffnang kerana memilih saya untuk join special screening ini. Ada siapa-siapa tak yang dapat jemputan untuk tenok movie ini juga. Kalau ada roger-rogerlah. Boleh kita jumpa di sanaaa~

Lagi satu yang bestnya, kitorang dapat tengok awal 2 hari daripada orang lain. Tarikh tayangan kan 12/Nov/2010. Kitorang dapat tengok pada 10/Nov/2010. Ini first time daapt invitation. Sebelum ini banyak dah join tapi tak ada rezeki. So, lepas ini kawan-kawan grab la peluang ok. Sekarang ini pun ada contest untuk filem Nuffnang Premiere Screening untuk movie Rapunzel dan juga Narnia. Kalau sempat sok saya join.

Nota kaki :

tapi dalam masa saya gembira ini still risau juga akan kesihatan mak. Sekarang ini mak dah makin ok selepas jumpa doktor dan jaga makan. Hari Sabtu kena pergi jumpa doktor semula. Kalau tak ok juga kena masuk hospital. Kalau ok dah tak perlu. So, sekali lagi saya maohon doa kawan-kawan agar dalam tempoh 3 hari bermula hari ini kesihatan mak saya akan bertamnbah baik. Kalau tidak, maka mungkin saya terpaksa lepaskan peluang tengok cerita ini.


Friday, November 5, 2010

Minta bantuan : Mencari Pakej Pelamin untuk Majlis Pertunangan?

Masalah..
Masalah..
Saya ada masalah ni.
isk, macam mana ye nak cakap..

Kalau Hana Love Nest sedang mencari-cari blog shop cupcakes untuk hantaran. Saya pula mencari-cari Pelamin/Mini pelamin dengan budget RM400 - RM500. Agak-agak ada tak?

Boleh suggest kan tak pada saya mana mahu cari?
Ya, saya tahu ramai ni yang dah bertunang/nak bertunang/nak kawen/sah kahwin.. Mesti tahu kan. Tolong ye. komen di entry ini untuk sebarang cadangan bernas.

p/s :
Sekarang ini ada 1 choice yang ok tapi over budget sikit iaitu RM550.
Tapi kalau grab memang berbaloi la sebab cantik gila beb. Tapi still under consideration.
Tolong ye bagi suggestion yang best-best. =)

p/s : tadi tengok TV, DUN Batu Sapi dimenangi oleh BN. Dan dengar cerita juga DUN Galas pun BN menang dengan majoriti 1190 undi berbanding PAS. Pepun, semoga kedua-dua pemimpin baru kawasan tu nanti dapt berkhidmat sehabis baik dan berbakti kepada masyarakat. Jadi jadi wakil rakyat lelap pula kan. Rakyat dah bagi kepercayaan itu.

Friday, October 22, 2010

November Fever : Dia datang lagii..

Benda ini setahun sekali sahaja berlaku.
Kali ini dah tahun yang ketiga dia datang iaitu sejak ku dah ada pendapatan sendiri.

Apa?
Y.E.S?
Bukan...
http://www.picamatic.com/show/2009/11/17/08/05/5955124_280x380.jpg
siapa tak suka Y.E.S lagi-lagi pompuan

Year End Sale tiap-tiap tahun ada. Tak ada pendapatanpun boleh pow mak ayah. ekeke~

Cuba teka lagi..

Apa?
Raya Haji?
Bukan juga..
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiCyub93rskpkZiwbOkJ4yfqoytLxfh1MkMbA3G_JsEFIqI734yrOYGOoSAvq_Jq1S_-RcoEaTAV-7ickMyYUlNXwOYZsF7Vbt4HgV9JeRxt6QJwEdvcIkxZZjCoIwg-zlWb7rKLQ-6QZKG/s1600/579045_Selamat_hari_raya_haji-kambing.gif
belum raya lagi la incik kamben. sekadar hiasan.
Raya haji tiap-tiap tahun kita raikan. Lagipun bukan tiap-tiap tahun jatuh pada bulan November kan?..

Next please..

Apa?
Give up sudah?

Baiklah..

Jawapannya

Annual Party companyku..
Annual Party ini bukan sebarangan sebab eden kena participate untuk buat deparment performance.Dan bersedialah untuk balik lewat mulai sekarang untuk practice! uuuu...demam..demam..

2 Annual Party sebelum ini eden bertuah sebab menang lucky draw. First tu dapat MP4 Player. 2nd tu dapat TV 14 Inci. Walaupun biasa-biasa je hadiahnya tapi better than nothing rite.

Kadang-kadang kita kena percaya dengan 'luck' kan. Yo la. Lagu mana nak "usaha tangga kejayaan" kalau kemenangan di tentukan oleh pencabut nombor? Kena mandrem tukang cabut nombor itukah? Tahun ini dengar-dengar hadiah utama lucky drawnya lumayan seyh. Notebook rasanya.

p/s : siapa ada petua nak bagi menang lucky draw?

Tips Perkahwinan : Pelamin Kreatif




Menarik tak pelamin ini? Rajin betul diorang ini decorate letak gambar-gambar pre wedding kan. Rasanya pelamin ini A to Z diorang buat secara DIY. Tapi tetap menarik!

Btw, ini pelamin Abang Zairi dan Kak Ekin. Abang Zairi ini seniorku masa di UTM dulu. Satu fakulti tapi lain bidang. Abang Zairi ini seorang pensyarah di UMP tapi dia juga part time Photographer. Tu yang pelamin dia penuh dengan koleksi gambar-gambar pre wed. Memang lain daripada yang lain betul konsep dia. Sebab, Bukan sahaja pelamin yang penuh gambar, malah setiap meja makan dan di beberapa sudut sekitar tempat majlis dihiasi juga dengan bingkai gambar mereka.


see, setiap meja ada ini.


ada juga di tepi pelamin


bingkai gambar di tepi meja makan beradap

Yang best nya lagi temanya pinky. Pink memang cantik tapi ini majlis belah lelaki tu. Kan jarang lelaki choose kaler pink.

cantik juga pink kaler. Suka baju pompuan tu.

Adakah trend letak-letak gambar di majlis kahwin ini akan jadi trend perkahwinan akan datang?
Apapun tahniah to both of them sebab dah mendirikan masjid. Semoga masjid yang di bina kukuh sepanjang hayat.

Picture credited to Syazwanul Badri, member di UTM juga.

Wednesday, October 20, 2010

Besday Mak | Tarikh Kahwin : Semuanya puluh-puluh belaka!

Birthday mak saya memang mudah untuk saya ingat. Semuanya puluh-puluh.

Mak saya lahir 20hb..
Mak saya lahir bulan 10..
Mak saya lahir pada 1960 masehi..
Mak saya menyambut ulang tahun kelahiran pada 20102010 yang ke 50..
Cantik..=)

kakak sulong, ayah dan mak. Saje letak gambar sisi mak.
Mak saya kecik sahaja. Bila semua anak-anak dah dewasa, dia jadi yang paling kecil dalam family. Semua anak-anak lebih tinggi daripada dia. Tapi walaupun kecik tapi hati mak besar! kan mak kan? (oh, mak saya tak reti main internet). Tapi bila saya tunjukkan video anak kucing cute yang orang share di FB, dia siap minta ulang sampai 3,4 kali. Cute katanya. Silap haribulan esok esok dia minta saya create kan akaun FB untuk dia hanya kerana nak tengokvideo kucing-kucing comel itu. huhu~

-------------------------------------------------------------------------------
Ingat tak ada ke orang yang nikah esok?
Ada tau! kawan saya salah "se"orang( eh, salah "dua"orang sebab dua-dua pun kawan saya) yang bernikah pada tarikh cantik itu walaupun esok hari RABU. Nikah sahajalah sebab majlis sanding menyanding dia buat ahad ini.
Buat Din dan Hawa setiap kali kuingat ulangtahun kelahiran mak ku akan kuingat jugalah ulang tahun perkahwinan korang ok. Sebab sama tarikh kan. Apa yang menariknya diorang ini memang dah bercinta 10 tahun sebelum diijabkabul. So, selamat Pengantin Baru in advance daripadaku ok !!..



saja nak tepek kad jemputan dorang di sini.

p/s : banyak betul puluh-puluhnya. =)

Friday, October 15, 2010

Water? What happened to our world nowadays!

Water is the something that I believe that everyone just not want but need it to survive for life. But we always over-looked the importance of clean water and the bad effect that might caused if we are lost of water even for a single day. So, as to support Blog action Day 2010, I will voice out about water in blog post here. This campaign brought to you by Change.org.

What is serious issue that caused by water? Basically there a lot of things that severely happened caused by water and some issues I'm not notice them before but after I go through the change.org websites I realize the logic of that issue arises not only in our country but around the world that might be not safe enough for us to live in.

Why I said like that?

You should ask yourself and find out by yourself what happened and gonna be happened to our beloved world nowadays and future if we still overlooked about the issue of water. And then what we can do to save our water? Ask yourself again..agaga.. ok I'm just kidding. So simple actually. You can sign petition that positioned at my blog right sidebar. Found? Ok, jut sign the petition and done! You have done your part to save our water.

Actually, why water?

Ok, actually just like I said there are so many issues that arises caused by water. But I only want to focus on the one of water sources to us which is river. yes, river is water and a lot of water flow to form as river. So, I dont want to say much regarding how seriuos water pollutant of river around the world nowadays since everyday household activities are a major contributor to polluted runoff, which is among the most serious sources of water contamination.

When it rains, fertilizer from lawns, oil from driveways, paint and solvent residues from walls and decks and even waste from pet Fido are all washed into storm sewers or nearby lakes, rivers and streams -- the same lakes, rivers and streams we rely on for drinking, bathing, swimming and fishing.

So, Here I would like to share to you all some ways you can help reduce polluted runoff to our river directly starts from your home. Yup, everythings always starts from ourself first right!
I will share with you four of simple ways to be followed;

1) Correctly dispose of hazardous household product.

--> Keep paints, used oil, cleaning solvents, polishes, pool chemicals, insecticides, and other hazardous household chemicals out of drains, sinks, and toilets. Many of these products contain harmful substances -- such as sodium hypochlorite, petroleum distillates, phenol and cresol, ammonia and formaldehyde -- that can end up in nearby water bodies.
--> Contact your local sanitation, public works, or environmental health department to find out about hazardous waste collection days and sites.
* If a local program isn't available, request one.

2) Use nontoxic household products whenever possible.

--> Discarding toxic products correctly is important, but not buying them in the first place is better.
--> Ask local stores to carry nontoxic products if they don't already. For examples of safe substitutes for toxic household products, check EPA's EnviroSense website.

3) Recycle and dispose of all trash properly.

-->Never flush non-degradable products -- such as disposable diapers or plastic tampon applicators -- down the toilet. They can damage the sewage treatment process and end up littering beaches and waters.

4) Conserve water.

Use the most efficient plumbing fixtures. A whopping 73 percent of the water you use in your home is either flushed down the toilet or washed down the shower drain. Toilet dams or bricks placed in your toilet tank can save four gallons of water per flush, or up to 13,000 gallons a year for the average family of four.
Low-flow toilets and showerheads also yield major water savings. Repair drips promptly; a dripping faucet can waste 20 gallons a day, a leaking toilet 200 gallons. Sweep driveways and sidewalks instead of hosing them down.

This information is not enough for you to understand how to save clean and safe water? if so, please feel free to visit HERE for more information and they also shared the other 8 ways to help reduce polluted runoff to the river.

TAKE YOUR ACTION NOW, SAVE OUR BELOVED WORLD'S WATER!

Peringatan :
Bahasa Inggeris penulis amatlah lemah dan lemau ye. Kalau ada kesilapan grammar apatahlagi susunan ayat dan perkataan sila-silalah menegur secara berhikmah. hehe~
Entry hari ni di buat sempena Blog Action Day 2010. Korang sayangkan air bersih kita, sungai kita? Katakan ya dan bertindak segera untuk menyelamatkannya.

Wednesday, October 13, 2010

Niat Puasa : Kerana apa?

Kenapa berpuasa?..

Walaupun puasa Ramadhan sudah berlalu tetapi hari-hari lain selepas itupun ktia digalakkan puasa kan. Contohnya puasa sunat 6 di bulan syawal, Puasa sunat Isnin dan Khamis dan juga lain-lain puasa. Puasa ini kan bagus untuk kesihatan dan juga dapat pahala juga. Tapi apa sebenarnya niat terbaik untuk puasa.

Adakah puasa untuk menjaga kesihatan?
Adakah puasa untuk kurus?
Adakah puasa sebab mak, adik, abang atau kakak kita puasa?
Adakah puasa untuk suka-suka?
Adakah puasa sebab nak berjimat bila hujung-hujung bulan?

Niat sebenar berpuasa..

Sebenarnya tak salahpun kalau nak berpuasa kerana sebab-musabab di atas tapi niat itu biarlah untuk mendapatkan keredhaanNya. Niat itu biarlah untuk belajar menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa itu sendiri contohnya maksiat. Dan niatlah juga untuk belajar menginsafi diri, bersyukur dengan nikmat pemberianNya dan juga belajar untuk memahami penderitaan masyarakat seluruh dunia yang tidak cukup makan dan minum akibat bencana seperti yang berlaku di Pakistan. Paling penting belajar bersabar!

Puasa hari ini..

Kalau niat semata-mata kerana nak kurus, memanglah dapat jadi kurus juga tapi macam tak ada kesan pada rohanilah bila berpuasa disebabkan itu sahaja kan.Begitu jugalah kalau niat puasa itu untuk sebab-sebab lain kan. Sama sahaja. Tak ada peningkatan pada tahap kesabaran diri.

Cuba share di sini selain daripada alasan di atas, korang puasa kerana apa? Skop puasa ini terlalu luas kan untuk diperkatakan.

Akhir kata,
http://dalmuji.files.wordpress.com/2010/08/puasa.jpg

p/s : dah ganti puasa ke belum?
Align Center

Tuesday, October 12, 2010

101010 : Hari bersama keluarga si dia

10hb 10 2010 (semalam).

Apa yang korang buat pada tarikh yang cun itu ye?
Ada buat apa-apa aktiviti atau event yang boleh buat korang ingat sampai mati. Ada tak? Kalau tak ada tak rugi apapun. Tunggu sahajalah next year pula 11hb 11 2011. Takpun next 2 years pula 12hb 12 2012.

Aktiviti orang lain.

Kudengar ramai juga figura-figura terkenal Malaysia buat majlis kahwin semalam. Antara yang paling gah ialah Dr.Syed Muzaffar dengan Dr.Haslina, Bienda dan pasangannya dan juga Aqasha dengan pasangannya. Selain artis saya yakin memang ramai pasangan lain yang memilih tarikh ini untuk buat majlis akad nikah, sanding, bertunang dan lain-lain. Semalam masa singgah di Masjid Wilayah untuk solat Zohor, punyalah penuh parking dengan kereta. Luar biasa sesaknya. Rupanya ada akad nikah di situ. Beratur beberapa pasangan pengantin menunggu giliran untuk diakad nikah. Silap-silap tak menang tangan jugalah jurunikah sepanjang hari sebab mendapat permintaan yang tinggi daripada hari-hari biasa.

Aktiviti saya?

Memang kedengaran macam ada kena mengena jugalah dengan isu kahwin. Tapi bukan kahwin ya tapi sesi beramah mesra dengan keluarga si tunang. Daripada tengahari membawa ke malam. Mulanya saya, tunang dan bakal mak mertua ke Pesta Pengantin di KLCC yang ala-ala indah khabar dariapda rupa sebab tak semeriah manapun. Pilihan yang banyak ialah untuk photoghraphy sahaja. Khidmat pelamin, mekap, baju pengantin dan kad kahwin bukan tak ada tapi tak banyak pilihan. Agak membosankan jugalah eventnya bagi pasangan yang betul-betul nak cari all in 1 for their wedding di Pesta tersebut. Pesta Buku lagi meriah rasanya. Selepas itu sesi makan tengahari di FoodCourt KLCC. Nasi ayamnya memang the best lah.

Then, kami ke Masjid Wilayah untuk solat Zohor sebelum menuju ke Carrefour Wangsa Maju. Beli barang-barang rumah sedikit. Last sekali balik rumah keluarga si dia. Bakal mak mertua ajak makan malam di sana. Sambal udang petai dan ikan siakap masak stim memang terbaik. Resipi original daripada bakal mak mertua. Saya tukang menyibuk sahaja di dapur. huhu~ Lepas maghrib terus kami menyantap. Pukul 8 lebih baru saya balik rumah.

Apa perasaan?

Entahlah. First time berlama-lama dengan bakal mak mertua. Alhamdulillah sebab beliau amat baik dan sporting. Dulu memang ku takut nak jumpa beliau sebab macam garang sahaja kan. Si dia pula pernah meracuni pemikiran suci ini dengan mengatakan yang mak dia garang. Aiseh, terus kecut perut tiap kali nak jumpa bakal mak mertua. huhu~

Ramai pula yang tanya bila?

Jodoh pertemuan ajal dan maut semuanya ditentukan Allah. Tapi kita hanya boleh merancang. Dan kami sebenarnya dah merancangnya pada bulan June tahun depan. InsyaAllah, doakanlah ya rakan-rakan blogger sekalian. Kalau dah sampai masanya nanti barulah boleh menjemput secara official kan. Tunggu sahajalah ye.

Gambar?

Memang langsung tak ambil gambar walau sekepingpun. Rasa rugilah pula tapi yang pasti kenangan ini akan terakam di blog entry ini dan juga dalam unlimited memori otak saya ini.

Kesimpulannya tarikh 10hb 10 2010 akan jadi tarikh yang amat bermakna buat saya.
(macam buat rumusan karangan la pula..haiihhh)

Monday, October 11, 2010

Majlis Kahwin : Meriah bergambar dengan pengantin!

Salam hari minggu kawan-kawan.
Tak ada apa yang mahu dikongsi di sini melainkan kemeriahan dan kesengalan kami di Majlis Yusz kawan kami masa bersekolah di Puchong (saya sekolah di Puchong daripada sekolah rendah sampailah awal from 4.. )Dia jemputpun melalaui FB sahaja. Disebabkan rumah dia yang dekat sangat dengan rumah saya maka sayapun tak segan silulah join.
Memang lama sudah tak contact dengan dia dan tiba-tiba sahaja sudah jemput ke majlis kahwin.
Jadi gathering kecil geng sekolah kali kedua. First masa Open House seminggu sebelumnya.
majlis inipun dah peram seminggu. hoho~

Layan sahajalah picture kami ini. Ohh..saya memang tak tahu temanya merah.
So, memang out of theme lah saya kan sebab pakai baju hijau. ohh..

Dari kiri Sheera, Hawa, Lieza dan saya. Hanya Lieza sahaja yang masih available!
Suka gamabr ini tak tahu kenapa.

Kami beramai-ramai merancang untuk merobohkan pelamin. haha!
Banyak sangat gambar yang kami ambil di sini. Sampai dah kematu kaki dan berbulu mata orang lain yang beratur di tepi pelamin sebab mahu turut sama bergambar dengan pengantin.
Maaflah ye cik kak cik abang semua sebab kami-kami ini ter over excited. hoho~


See, tak robohkan pelamin ini. Terbukti kami tidak berat. haha!


Smart pula tengok gambar ini. Stylo lah walaupun muka kami agak blur.


Guess what, gambar ini si kecil yang snap.
Rasanya budak tu paling-palingpun baru darjah 2.

Haa..si kecil berbaju kelabu coklat tu la yang snap gambar di atas nun.
Pandai betul nenek sedara dia ajar (nenek sedara dia yang di belakangnya itu la).
Kitorang panggil dia elisz masa sekolah dulu. Dan disebelahnya yang berrudung hitam itu Nora. Dia antara schoolmate kami yang kahwin awal. Tengoklah anak dia yang 2 orang itu. Sudah besarpun mereka.


Inilah pasangan tunang Din dan Hawa. Dorang ini couple sudah lama woo..
Siapa boleh challenge? 10 tahun dorang bercinta.
Dan 24hb ini mereka pula akan menyusul Yusz ke pelamin.
Yesszaa..akhirnya kan..


Aik, sudah tidak sabar nampaknya mereka berdua ini ye.
Sabar dek non tak lama lagi sahaja.
Seronok pula rasanya bagi pihak mereka berdua ini.

p/s : bulan October inipun bulan kahwin sebab tiap-tiap minggu ada jemputan.

Monday, October 4, 2010

Jumpa Kawan-kawan yang kita suka! - versi bergambar

Salam Isnin kawan-kawan.
Hooo hooo..sudah 04/Oct/2010 hari ni. Maknanya syawal sudah hampir nak pergi. Dan open house season bakal berakhir. Baru beberapa hari ini sahaja ada masa nak kongsi keriangan ber 'open house'. Tahun ini memang ketara sangat perbezaannya berbanding tahun lepas terutama jumlah jemputan open house.

Mungkin juga faktor kegilaan kawan-kawan dengan makhluk bernama Facebook buat jemputan jadi banyak. Maklulah tahun-tahun sudah susah nak contact. Bila ada FB, member yang dah bertahun-tahun tak menghilangpun boleh jumpa balik. Dan hari raya hari paling sesuai untuk buat reunion selain daripada majlis kahwin. Memang seronok.

Itu cerita FB lah. Yang saya nak cerita ini event yang dianjurkan dengan hanya berbincang di email. Ya, email secara forum (ramai-ramai). Hasil perbincangan memang positif dan kami berjaya juga buat event jalan-jalan raya ke tiga rumah sekaligus pada 26/Sep/2010.
Memang dari pagi saya busy sampailah habis event di rumah Jetlin pukul 6.00petang.
Sebagai organizer, ku rasa event ini sudah cukup bagus untuk permulaan. Kami dah frad lebih 2 tahun tapi baru ini first time buat event untuk macam ini.

Nak tengok meriah tak meriah event kami ini bolehlah rujuk gambr kami ini.
Sorry sebab punyalah lama peram gambar ini. Gambar hanya dirakam di rumah kedua dan ketiga. Rumah pertama sahabat kami Fatin (lelaki ye) yang terletak di Shah Alam tak sempat sebab masa tu semuanya lapar sampai lupa kamera. Makaroni goreng mak Fatin memang marvelous. =)
wakakaka!

Rumah kedua ialah rumah saya di Puchong. Masa ini semuanya dah mula gila bergambar. Masing-masing dah kenyang gamaknya. Rumah saya jadi gamat. 9 orang rasa macam 30 orang meriahnya. Seronok bila sekali sekala dapat lepak bersama. Di rumah saya ada nasi lemak, sambal sotong dan juga agar-agar santan special saya buat.


Nampak macam 8 orang sahaja tapi sebenarnya ada orang ke 9 tersorok. Kesian dia.

Ini pula di rumah terakhir. Lagi meriah. Bertambah lagi geng kami jadi 11 orang. Kami makan mee kari special. Siap dapat tapau sebab kawan saya ini masak terlebih.


Muka-muka yang ceria first time beraya ramai-ramai.

Yang bestnya kami dapat jumpa mak buyung. Masa ini memang dah hampir due dah. Katanya lagi 2 minggu. Woops, mungkin minggu ini kami bakal dapat berita gembira =)

Punyalah lama tak jumpa tahu-tahu dah nak jadi ibu sudah!

p/s : Teringin nak jumpa seorang lagi mak buyung, Farah tapi jauh di Johor sana pula. Dia juga coursemate kami =)

Open House Besties Zaman Sekolah-versi bergambar

Hujung minggu musim raya ini memang open house dan jemputan kahwin cukup meriah.
Satu lepas saya ada dapat jemputan ber open house di rumah kawan lama time sekolah.
Seronok dapat jumpa kawan-kawan yang jarang-jarang dapat jumpa.

Korang layan sahajalah gambar-gambar di bawah ini untuk menzahirkan rasa teruja dapat jumpa kawan-kawan lama.
Ada yang kenal sejak di sekolah rendah.
Ada yang kenal bila masuk sekolah menengah.
Tapi alhamdulillah, hubungan silaturrahim tetap terjalin.
Pepun thanks to FB.



Ini versi iklan ubat gigi..=)


Ini versi zorro..=)

ini versi free syle =)

Ok, sudah mahu pulang.
Sempat lagi snap-snap di pintu pagar.

p/s : semalam memang betul-betul offline. Pergi 5 open house sekaligus. Diet-diet..

Tuesday, September 28, 2010

17 Fakta Puasa dan Raya 2010 extra MENARIK.

Puasa dan Raya tahun ini kurumuskan extra MENARIK daripada tahu-tahun sebelumnya. Ini adalah pengalaman peribadi diri ini. Lain padang lain belalang dan lain orang lain pandangnya.
Mana tak meriahnya kalau ada 17 fakta yang menguatkan hujjah. Perghh..dah macam di mahkamah atau perdebatanlah pula kan.Jom cekidaut apa yang MENARIK sangat Puasa dan Raya tahun ini.

1. Dapat jemputan Berbuka Puasa di The Apartment.
--> event nuffnang terbaik!

2. Dapat makan di Buffet KGPA 2 kali tanpa keluar duit.
--> benda free memang best aje.

3. Dapat kurma free yang terbaik daripada my sis and BIL.
--> saiznya besar dan rasanya memang lain daripada lain. Sedap! Entah manalah dia dapat agaknya.

4. Dapat juga beli handbag baru. Punyalah lama nak beli baru dapat.
--> handbag biasa je. Jenama Sembonia.

5. Dapat duit raya : total RM105 (biasa RM80 je)
--> bosses yang bagi daa.

6. Dapat baju raya : Tunangku belanja.
--> Alhamdulillah, baju pepel pakai first raya tu lah bajunya dan itu sahajalah baju raya baru tahun 2010.

7. Dapat BE daripada Nuffnang : 6+1 BE tu..Alhamdulillah~
--> dah 3 bulan sepi tak ada BE.

8. Ini tahun memang banyak biskut dan kek (semuanya tempah pada member dan gerenti sedap!)
--> Beratus-ratus habis untuk makanan-makanan ini sahaja.

9. Dapat makan lakse di hari raya. Banyak kali jugalah dan daripada sumber-sumber berbeza.
--> masak sendiri, makcik exjiran bagi dan juga rumah besties.

10. dan juga laksa johor, mee kari, makaroni dan nasi lemak di hari raya(first time kot)..
--> rumah besties.sebelum ini asal raya sahaja lemang, ketupat, rendang, lodeh. Lain sikitpun adalah mee goreng dan bihun goreng.

11. Dapat juga beli dodol blogger mamamanja. Dodol dia memang terbaik.
-->Tahun depan mesti mahu order lagi.

12. Dapat jumpa besties masa zaman nakal budak2 dahulu. Punyalah lama tak jumpa dia.
--> susah nak jumpa sebab dia still study kat Perak.

13. Dapat hadiah baju kelawar 2 helai sebab bagi pinjam kereta. =)
--> baju kelawar yang lama2 dah hampir lunyai. So, memang macam 'pucuk dicita ulam mendatang' la ni.

14. Raya tahun ini nenek sedara dari Kelantan turun KL datang bermalam di rumah. Sangat best dan lain daripada lain. 3 malam jugalah Toksu di rumah.
--> Toksu ni baik sangat dan rajin sangat memasak.(tu yang kami suka tuh..=))

15. Raya tahun ini juga first time raya sebagai tunangan orang dan si dia datang beraya dengan familynya sekali.
--> first and last sebelum kahwin la.

16. Raya tahun ini dapat beraya dengan rakan-rakan satu course masa di UTM lagi-lagi si mak buyung Jetlin yang sedang menghitung hari untuk dapat baby. Baby pertama dilahirkan geng SMB sendiri.Sebelum ini dah ada 3 baby tapi semuanya isteri-isteri geng SMB yang lahirkan.
--> rasa macam akan jadi acara tahunan kami nanti.

17. Raya tahun in juga first time beraya di Cherating dan Terengganu. Dan pertama kali juga seisi rumah join acara balik kampung. (tutup rumah.kunci pintu)
--> sebelum ini rumah memang tak pernah kosong walau sehari. Percaya tak?

Cukup banyak dah 17 ini kan. Korang jangan mempertikaikan ya fakta-faktaku itu sebab ini fakta berkaitanku dan tak semestinya sama untuk orang lain kan. haha!


p/s : Korang bolehlah create sendiri apa yang menariknya raya korang tahun ini kan dan confirm tak sama punya!

Sunday, September 26, 2010

Jumpa Kawan-Kawan Yang Kita Suka!

Hari ni ku akan jadi busy gila.
Hari ni ada projek dengan 'kawan-kawan yang kita suka' aka coursemate masa di UTM dulu. Zaman belajar ialah kenangan terindah yagn tak mungkin mudah untuk kulupakan.
Korang pula macam mana?

Dan masa itulah kujumpa bakal soulmate ku sekarang ini.

Zaman itu juga banyak mengajarku jadi seorang yang berdikari.
--> dudk berjauhan dengan family.

Zaman itu jugalah kumula belajar memasak.
--> sebab masa tu mak eden dah mula jatuh sakit.

Zaman itu jugalah kumula belajar bersungguh-sungguh.
-->sebab sedar course eden ambil tu susah.

Zaman itu jugalah kukenal erti persahabatan.
--> kupunya geng. Kami berlima. =)

Memang course mates saya semuanya best-best belaka selain daripada geng 5 orang saya itu.
Sebab itu tercetusnya group 'kawan-kawan yang kita suka'.

Beberapa hari lepas berborak dengan seorang daripada coursemate.
Dia cakap dalam banyak-banyak course dalam fakulti kita, rasanya course kita sahaja yang ahli-ahlinya sangat unite. Memang all 34 of us rapat masa zaman belajar dahulu dan sampai sekarang still contact. Kami ada Geng KL-Selangor, Geng JB dan Geng Pantai Timur.
Geng inipun sebab bila ada buat event memang nak kumpul semua sekali susah.

So, untuk mudahkan cara geng KL akan plan dan buat event di KL.geng JB akan buat event di JB la kan.Event tahunan yang wajib ada ialah Jalan2 raya la.Dulu memang branch JB sahaja aktif buat event.Tapi mulai tahun ini kami yang di KL yang jeles sama geng2 JB yang upload event iftar dalam FB terus plan nak buat jalan-jalan raya branch KL pula.

Update : Event tadi memang superb. Kami yang bersembilan tapi rasa macam ada berpuluh orang gamatnya. Kami bila jumpa memang akan jadi gila-gila. Gelak tak hengat. Dengan ramai yang jenis sengal dan suka buat lawak lagilah buat kami gelak macam nak pecah perut. Raya ke 3 buah rumah daripada pukul 11 pagi sampai pukul 6 petang. Lain kali kita buat lagi eh kawan-kawan.

Tuesday, August 24, 2010

Tema sambutan Kemerdekaan Malaysia ke 53 2010: 1 Malaysia Menjana Transformasi

Nampaknya bahang raya membuatkan sambutan kemerdekaan tahun ini macam suram.
Sedangkan kempen sambutan kemerdekaan sudahpun bermula sejak 1 August 2010 dan akan berakhir pada 16 September 2010 sempena Hari penubuhan Malaysia.

Jejak sahaja kaki ke dalam Shopping Mall, lagu raya sahaja yang berkumandang.
Di TV pun, iklan rancangan raya sahaja yang banyak. Bukan tiada langsung rancangan sempena merdeka tapi macam tak semeriah dahulu.
Banner-banner sempena sambutan hari raya lebih banyak terpasang di tiang-tiang, dinding-dinding bangunan berbanding dengan Bendera Jalur gemilang padahal kita akan menyambut hari Merdeka dahulu.
Mungkin sebab bulan Ramadhan menyebabkan sambut tak serancak dahulu.
hmm..

Hari ini sudah masuk 23 August 2010..
Hanya lebih kurang 8 hari sahaja lagi negara kita bakal memasuki tahu ke 53 bebas daripada penjajahan.
So, sebagai blogger yang prihatin saya terpanggil untuk menebarkan bendera Malaysia di blog ini.
Itupun rentetan kepada entry Ben Ashaari yang turut memasangkan bendera di blognya.
Jom kawan-kawan kita sama-sama memeriahkan sambutan Kemerdekaan walaupun tidaklah semeriah mana tetapi apa yang penting kita betul-betul menghayati maksud kemerdekaan dan juga menunjukkan rasa cinta pada negara dengan cara memasang bendera di blog.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiE40U2C0O_1NaJ0IVx4_PknMYuyQiKJJkZpmMEy74_a5jDqkBLvCX04a84UTrPhQ48vt8WPnYEd8KxnL_6kj7baQxK7TiKitIiHeIOFuEOFM9SNpSJ61uc1jtU8p02CHrPrFTXkz-jfbY/s1600/malaysia-flag.jpg
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Semoga negara kita akan terus mengecapi kemerdekaan ini dan juga terus maju menuju Wawasan 2020.
Tak lama dah..lagi 10 tahun sahaja kan.
Tema sambutan tahun ini : 1 Malaysia Menjana Transformasi
=)

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics