Followers

Thursday, July 8, 2010

Piala Dunia 2010 Perlawanan Akhir : Siapa Juara?

Apa ramalan yang dibuat si Paul the Octopus tu ya?
haha~
Saya nak tahu jugalah kan.
Kelmarin dia teka Spain menang ke atas Germany. Betul pula tu!
kat bawah ni antara ramalan2 yang di buat oleh Paul ni dah satu for final euro 2008 tak tepat.
Tengok pada pola penilikan dia di jadual ni hanya final game dia silap predict.
Adakah untuk Final game World Cup ini dia akan salah teka juga?

Haha,mungkin dia tak akan teka sebab Paul ni Germany punya belaan.
Kalau Germany dah tak masuk final macam mana dia nak predict kan?
mungkin Paul akan digunakan untuk predict tempat ketiga masa Germany lawan Uruguay nanti.
haha~

Tapi tak tahulah kalau2 pemilik belaan ini curious nak tahu siapa juara daripada Paul ni.
Tu yang dok tunggu2 kalau2 ada keluar berita berkenaan tekaan Paul ini.

Sumber print screen daripada wikipedia

Tapi jangan percaya sangat ok. Semua itu hanya keterbulan kebetulan sahaja.

Dulu ingat tak saya pernah buat entry masa pertengahan bulan May.
Alaa...rujuk sahaja SINI untuk baca lebih lanjut.

Entry tu saya buat secara suka-suka sahaja sempena Project Alpha 2.
Tajuk post tu pun kena teka siapa akan jadi Juara World Cup 2010.

Dalam entry tu saya ada sentuh berkenaan ramalan yang dibuat di satu entry berkenaan survey terkini (masa tu la 17/May/2010) siapa bakal juara.
Dan saya ada letak satu link berkenaan ramalan negara mana bakal menang melalui sistem voting.
Masa 17/May tu memang saya yakinlah Spain berada di tangga teratas pilihan awal.
Tapi hari ni 08/Jul sudah tukar la..
Brazil pula memintas Spain.
Tapi situasi sekarang Brazilpun dah kecundang awal (ooh..my feveret team. Sampai hati kamu mengecewakanku..sob2)
Jadi tentu-tentulah Spain mengungguli carta.
Hollad/Netherland/Belanda (berapa banyak nama daa..) pula dalam tu di tangga ke 7..

Ni ramalan kat link tu la.
Ramalan saya?
Ramalan saya bercampur dengan emosi dan tidak boleh dipercayai 100%.
Saya memang tak berapa berkenan dengan Belanda.
Kalau mereka menangpun saya tetap sokong Spain.
haha~
So, faham2 sahajalah ramalan saya siapa juara kan?

Piala FIFA World Cup yang menjadi rebutan

Mereka akan berentap 12/Jul nanti untuk merebut Piala Emas tu.
So, good luck Spain!

p/s : Sorry kepada penyokong Belanda.Ini hanya pendapat peribadi saya sahaja. Tidak ada kena mengena dengan skill permainan mereka dan tiada kaitna dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.=)

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics