Followers

Thursday, July 15, 2010

Dapat beli buku Lagenda Budak Setan!

Kelmarin, saya ada menceritakan berkenaan kesukaran untuk mendapatkan novel terlaris yang dah jadi filem, Lagenda Budak Setan (LBS).

Nak dijadikan cerita, sebelum filem ni masuk panggung lagi saya sudah gigih mencari.
Tapi memanjang sahaja tiada stok.
Kalau ada stok pun semua itu sudahpun reserved.
Memang bikin hati panas sahaja.
Cari-cari bagai nak rak at last bila tanya di kaunter, stok sudah kena reserve.
Saya ingin mencadangkan sistem carian buku di MPH di upgrade dengan masukkan juga column availability status buku2 tu. Reserve atau available.
Tak adalah susah2 pengguna macam saya ni berbunga harapan lepas itu harapan itu musnah.
Sudah pastilah sedikit 'makian' dalam hati ini ada walaupun sekelumit cuma bila jadi macam gitu kan.
(Ada sesiapa daripada MPH yang baca entry ini. Silalah ambil tindakan sewajarnya ok!)
Macam beberapa hari yang lepas pun saya ada cerita pasal pencarian novel LBS yang gagal.
Disebabkan dah rasa give up untuk cari novel LBS, saya nekad nak buat reservation juga di MPH secara online.
So, mulalah godek2 website dia cari buku LBS.
Ada jumpa dan sayapun register account untuk beli buku secara online.
Lepas register tu saya memang terus sahaja beli dan bayar harga buku secara online juga.
So, MPH akan poskan sahaja buku tu nanti.

Wahh..ini sudah senang.
Kalau tahu dari dulu dah beli secara online.
haiihh..

Semalam buku itu sudahpun selamat sampai ke tanganku.
Punyalah seronok dapat beli buku tu.
Cetakanpun terkini punya sebab siap ada cover Edisi Terhad sempena sambutan Jubli Perak novel LBS tu.

macam ginilah rupa cover luar novel yang saya beli.

Rupa cover dalamnya sama macam kat bawah ini tapi hanya ada watak lelaki dan perenpuan ini sahaja manakala background semua warna biru kosong.
(nanti2 saya upload rupa buku tu versi 2010.


Rupanya novel ini terhasil masa tahun kelahiran saya.
Means umur novel LBS ini sama dengan umur saya.
Wow!

Ok, saya akan update pasal novel ini lagi nanti yea.
Tak sabar nak membacanya.

p/s : sebenarnya saya tak pernah baca novel LBS sebelum ini. Padahal novel ini pernah menjadi kegilaan kawan2 sebaya saya masa sekolah dulu. Dulu tak minat baca novel kot. Ahaha~

15 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics