Followers

Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Monday, October 12, 2015

Balik kampung..episod 3

Salam korang..

Awal Muharram dah tak berapa lama je lagi. Azam tahun ni dah tercapai ke? Apa azam tahun depan pula. Jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun nanti ye. Hari ni nak cerita sambungan balik kampung hari tu. Lepas dah makan kenyang, kamipun terus balik chalet. Kami 4 beranak memang terus masuk tidur sahaja tapi saya 4 kali terbangun sebab sakit perut. Tersalah makan apa agaknya. Masa di kampung tak ada pula rasa nak membuang. Di chalet ni habis kempis perut saya dibuatnya.

Esokannya pagi-pagi dah keluar beramai-mencari warung untuk bersarapan. Kebanyakan kedai masih ditutup sebab masih raya agaknya. Ada beberapa kedai sahaja yang buka. Tapi lauk pauk dah tak berapa meriah. Layankan sahajalah janji perut kenyang. Lepas sarapan lepak di chalet sahaja. Suami ambil kesempatan pergi mandi di laut. Kami pergi ke pantai juga tapi hanya bermain pasir di tepi pantai. Emir seronok betul bermain pasir. Aina pula geli bila kaki dia terkena pasir. Adik bongsu mulanya tak nak mandi laut tapi akhirnya masuk juga berendamw. Air tengah dalam memang seronoklah berendam.

Lepas tu kamipun bersiap-siap nak keluar dari chalet. Sebelum bertolak tu kami singgah beli keropok ikan di sebuah kedai berhampiran chalet. Tapi maaf cakaplah memang orang tu meniagapun tak ikhlas. Hampir semua keropok yang dijual dah lemau dan berbau macam dah lama atau expired. Packaging sahaja nampak baru siap expired date tahun 2016 lagi. Tapi bila makan memang tak boleh masuk mulut. Sedih. Membazir dalam MYR 30. Lain kali beli dekat pintu gerbang sempadan negeri. Ada deretan gerai kiri dan kanan jalan. Insya Allah di situ lagi berbaloi beli walaupun kena berpatah balik arah terengganu dari cherating.

Perjalanan lancar sebab hari tu hari sabtu. Kalau ahad mahu sesak dekat karak. Alhamdulillah..tercapai juga hajat nak jumpa atuk dan nenek di kampung. Kenduri di kelantan tak dapat pergipun tak apa sebab dorang akan buat lagi kenduri di KL. Cuma tak semeriah di Kelantan la kan. Oklah. Itu sahajalah cerita balik kampung kami.  Bai..

Friday, October 9, 2015

Balik kampung..episod 2

Dah macam drama pula ada episod ni kan. Alhamdulillah episod 1 cover cerita perjalanan ke kampung. Sampai sahaja di kampung, atuk dah ada di beranda rumah. Maklumlah rumah kampung waktu siang memang panas. Semua sedang menyejukkan diri di depan rumah. Berita tak berapa seronok kami dapat ialah mak demam. Mulanya ingat demam biasa. Lepas tu saya perasan tumit mak lebam dan ada air bisa keluar. Nampak ada buah rambutan, langsat dan tapai pulut terhidang maka itulah sebenarnya punca mak demam. Mak sakit diabetes. Tak boleh nak layan makanan manis banyak-banyak.

Sudahnya kami tak jadi nak ke Pasir Puteh. Mak ajak balik sebab tak larat dah nak duduk di tempat orang. Kalau ikut planning asal, keesokannya lepas solay jumaat nak bertolak ke kelantan. Tapi rancangan bertukar. Kami bertolak ke arah KL sebelum tengahari. Singgah di Cherating tidur semalaman. Kami sampai chalet betul-betul sebelum waktu zohor. Sempatlah suami pergi solat jumaat di masjid. Petang tu kami pergi lepak di pantai tapi tak lama sebab Emir mengamuk tak nak mandi laut. Adesss...tak merasalah mama lepak lama-lama di pantai. Terus bawa balik dianke chalet. Aina pula yang seronok berendam dengan babah dia. Tapi dia geli bila pijak pasir. Haha..

Malam tu kami pergi makan di restoran lip lap lip lap. Tak ingat nama restoran dia tapi suami minta air epal asamboi dapat air asamboi je sebab epal habis katanya. Ke sebab 'tak sempat'. Suami bagi gelaran tu sebab memanjang je tak sempat jawapan yang diberi bila hantar salah order. Saya minta
air neslo panas tapi dapat neslo o panas. Suami order 2 nasi goreng sebab kena share dengan Emir. Tapi dapat satu je sampai ke sudah. Mungkin sebab masih lagi dalam mood raya haji. Tu yang tak sempat memanjang. Kekurangan pekerja agaknya. Tapi nasi goreng semua sedap-sedap belaka. Air sahaja yang kureng sikit.

Oklah..part 2 setakat ni sahaja. Nanti sambung part 3 pula aka part akhir kot. Bai..

Friday, May 8, 2015

Cuti Labour Day : Cerita balik Langgar 2

Assalam..

Salam jumaat penuh barokah. Dah baca surah AlKahfi ke belum? Jom baca jom sebab sayapun belum baca lagi ni. La haii. Hari ni nak sambung pasal balik Langgar hari tu. Dalam pukul 1 kami selamat tiba di Langgar. Terus check in motel. Lepas check in terus pergi kenduri di rumah family mak su. Tak dapat jumpa Pak Su pun masa tu sebab dia tengah tidur. Kami dijamu gulai daging masak dengan umbut kelapa, ayam masak merah, ikan goreng dan ulam-ulaman. Air pula air oren gitu.

Masa kami sampai tu mak mertua, makngah, pakngah, family anak sulung makngah, kak yuli dan juga abang Nazrol sekeluarga baru lepas makan. Memang tinggal kami- kami sahaja masa tu. Lepas makan kamipun singgah pula ke rumah peninggalan moyang kami. Rumah tu dah dijual kepada pak su. Lewat petang keluarga mak ngah ajak pergi makan laksa kedah. Lepas asar baru kami keluar. Tup2 tak jadi sebab kedai tu tutup pukul 5. Tak merasalah laksa kedah kali ni. Pergi singgah Pekan Rabu yang baru. Lepak minum dan pekena roti kosong sekeping dulu beramai- ramai. Lepas itu baru masuk Pekan Rabu. Tapi tak dapat jalan-jalan sangat sebab bawa budak kecil ni besar sikitlah dugaannya. Anak mengamuk nak merayau sendiri dalam tu. Sudahnya kami balik awal dulu daripada keluarga mak ngah.

Memang terus balik rumah atuk. Lepak di sana sampai malam. Suami pergi tahlil di masjid. Lepas tahlil dia terus balik makan nasi di rumah atuk. Seronok makan ramai-ramai. Meriah sahaja rasa. Masa tu Pak Su pun dah balik rumah dengan anak-anak. Dapatlah sembang- sembang dengan mereka. Nampaknya mereka dah boleh terima sepenuhnya pemergian mak su. Maklumlah, mak su sakit lama sangat dah. Kasihan melihat keadaan dia ketika hidup dulu.

Ok lah. Dah nak masuk kerja balik lepas rehat panjang di hari jumaat. Nanti ada masa saya update lagi. Bai..

Tuesday, May 5, 2015

Cuti Labour Day : Cerita balik Langgar 1

Salam semua. Minggu lepas saya dapat cuti sehari untuk balik kampung suami di kedah nun. Agenda utamanya nak melawat keluarga Allahyarhamah Maksu Hasnah. Perjalanan yang kalau ikut rancangan sepatutnya bertolak rabu malam menjadi khamis pagi lepas subuh. Bersaing dengan orang yang nak pergi kerja pula. Nasib baik arah kami melawan arus kesesakan.

Alhamdulillah perjalanan ke utara berjalan lancar. Aina sahaja yang tak berapa lancar dalam kereta. Nak dipangku sahaja sepanjang perjalanan. Singgah menapau breakfast di R&R. Beli donut telur di Dunkin Donut. Macam burger benjo tapi rotinya adalah roti donut. Sedap juga bila perut tengah lapar. Haha.. Layan air kopi o satu cup. Bolehlah tahan. Setakat ni tak boleh lawan kesedapan kopi di ikea food court. Sedap dan boleh refill lagi. Haha..nak tahu sedap macam mana cubalah sendiri.

Aina masih belum lancar. Mamanya ini suspek air cond sejuk sangat adalah puncanya. Babahnya dah menaikkan suhu air cond ketahap maksimum namun masih sejuk juga. Kalau tutup air cond berpeluh pula nanti. Akhirnya cara penyelesaian mudah macam zaman2 kita naik motokar dulu ataupun kaedah biasa kita buat bila air cond kereta buat hal. Sambil memandu turunkan cermin tingkap. Air cond off kan. Memang nyaman sungguh rasanya lagi-lagi bila merentasi kawasan yang berpokok serta berudara nyaman. Kaedah ni tak berapa sesuai dalam hutan bandar lagi2 ketika jalan sesak. Udara tak bersih. Hati orangpun tak berapa bersih juga iaitu perompak- perompak jalan raya. Berbalik kepasa cerita asal kita tadi, bila babah dia bagi angin luar masuk kereta barulah Aina berhenti menangis. Terus senyum tersengih nampak gigi 2 batang di bawah tu.

Ok la. Takat ini dulu cerita balik kampung. Nanti kita sambung lagi ye. Babai..

Wednesday, April 30, 2014

Emir dan baldi

Salam..
Lama tak update perihal si kecil yang dah nak jadi abang tak lama lagi ni. 2-3 minggu ni dia sangat berminat dengan baldi. Kalau jumpa baldi memang dia akan usung ke sana ke mari. Masukkan barang dan keluarkan semula barang.

Selain itu, dia suka masuk dapur tokma dia dan barang yang jadi kegemaran dia bila masuk dapur ialah sudip kayu dan juga mangkuk@periuk besar. Selalunya dia akan beraksi seperti tukang masak sambil mulutnya kepoh dengan bahasa jerman dia. Dia mengacau angin dalam periuk tu guna sudip kayu tu.

Seronok juga. Tak payah nak beli mainan fancy-fancy yang mahal-mahal. Belikan dia stereng mainan yang jual online tu. Mula-mula sahaja dia excited. Tapi bila dia rasa tak feel macam stereng sebenar, terus dia tak sentuh dah.

Lagi satu dia suka barang yang bulat-bulat. Macam bola, pinggan, buah limau, singki bulat, tayar dan lain-lain. Lepas itu dia suka tengok kipas dan blower. Tak tahu la sebab rupanya yang bulat atau sebab pergerakan kipas tu yang menarik perhatian dia.

Harapan saya dia akan membesar dengan sempurna dan sihat. Jadi abang yang baik kepada adik-adiknya. Alhamdulillah, ada rezeki untuk memperolehi anak. Dan berdoa agar semua pasangan yang berkahwin turut dapat merasa rezeki anak juga.

Ok. Tu sahaja update saya kali ini. Hari ni dah mula cuti. Esok nak berjalan-jalan ke JB pula. Mode berxuti sudah ON. Bai...

Friday, February 21, 2014

Trip to Kota Kinabalu & Kundasang : Rumah Terbalik | Tanjung Aru

Salam korang..

Dengan ini bermulalah sambungan kepada cerita kami di Kota Kinabalu. Kali ini perjalanan pada hari ke 2 di sana. Panjang sikit langkah kami sebab full day kan. Hari pertama sampai dah malam. So, langkah tak berapa nak panjang lagi. Hari ke 2 kami bersarapan di condo sahaja. Lepas sarapan, mertua dan kakak ipar mengajak pergi pasar basah KK. Tapi, saya malas dan tak berapa nak sihat pula pagi itu. Jadi, suami bersama keluarga kakak ipar sahajalah yang menemani mertua ke pasar basah. Tinggallah saya dan Emir Ikhwan di bilik. Manakala adik-adik ipar layan lena sahaja sepanjang masa sampailah diorang balik daripada pasar.

Petang itu selepas makan tengahari dan solat jamak zohor asar di condo, kamipun bergerak ke Tamparuli. Yeah, destinasi kami ialah Tamparuli pada hari jumaat yang mulia ini. Mula-mula kami ke Rumah Terbalik yang menjadi topik perbualan ramai yang bercuti di Sabah. Excited nak tahu macam mana rupa rumah bila terbalik. Entrance Fee untuk dewasa RM10. Untuk kanak-kanak atas 3 tahun tak sure pula sebab kami tak ada wakil kanak-kanak yang berumur atas 3 tahun. Rasa-rasanya dalam RM5 kot. Untuk kanak-kanak di bawah umur 3 tahun, free sahaja.

Tourist Guide tu kata kena tunggu dahulu sebab ada Tourist masih berada dalam rumah terbalik itu. Sementara menunggu itu, kamipun bergambar di luar rumah terbalik. Dari luar, boleh jumpa, bentuk rumah yang terbalik dari luar. Parking kereta bersama kereta yang terbalik, Ada basikal yang terbalik, toilet dan juga taman bunga yang terbalik. Bahagian luar rumah sahaja boleh diambil gambar. Bahagian dalam rumah nanti tak boleh ye. Kalau nak kena denda, silalah bergambar dalam rumah tu.

Tak lama lepas itu, kamipun dibenarkan masuk ke rumah terbalik. Sebelum ini kami diminta menghantar 1 wakil untuk memukul gong sebanyak 3 kali. Tapi tak ingat pula kenapa? Lepas itu, sebelum masuk ke rumah, kami juga dikehendaki menghantar wakil untuk mengetuk pintu. Rupanya nak bagi signal pada orang di dalam supaya membuka pintu. Haha.

Style rumahnya simple sahaja. Ruang tamu bersambung dengan dapur. Ada 2 bilik iaitu bilik ibu&bapa dan bilik anak dan juga 1 bilik air. Memang semua barang-barang dah hiasan dalam rumah ini terbalik termasuklah katil, dapur , mesin jahit, peti ais, mangkuk tandas dan frame gambar yang berada di atas. Manakala kipas an lampu berada di bahagian bawah. Ada satu beranda juga. Di tepi belah kiri dan kanan pintu di beranda itu terdapat belangkas. Katanya bertujuan menjaga rumah.

Tourist Guide tu menceritakan pasal sejarah rumah terbalik tersebut. Tak tahu betul ke tidak sebenarnya tapi dia cakap rumah ini terbalik disebabkan anak lelaki penghuni rumah itu yang berusia 9 tahun ketika itu amatlah nakal. Itu sahaja reasonnya. Telan sahajalah ye. Dia cakap kisah itu kisah benar. Tapi rumah terbalik yang kitorang masuk ini hanya replika yang dibina semula untuk mengingati peristiwa tersebut.

Keluar daripada rumah itu, kita boleh menikmati minuman dan makanan ringan dan juga membeli cenderamata kenang-kenangan di rumah terbalik. Suami saya membeli sehelai tshirt untuk dirinya dan juga anak dan juga Fridge Magnet. Sekarang FM tu dah selamat dilekat di peti ais di rumah baru kami. Haha..excited lebih pula. Dan suami belanja semua ahli keluarga makan Aiskrim Magnum. Wahh..gitu..

Destinasi ke 2 kami ialah di Jambatan Tamparuli. Teringin juga nak tengok rupa jambatan yang popular disebabkan sebuah lagu. Tapi, mengecewakan sebab Jambatan Tamparuli ini tidak dijaga. Tapi, kami sempatlah bergambar. Ye lah, entah bila lagi berkesempatan untuk ke sini lagi kan.

Destinasi ke 3 kami ialah Tanjung Aru. Masa kami gerak tu dah pukul 5 petang. Orang-orang yang bekerja sudah mula balik. Jalanpun agak sesak sedikit. Kalau boleh elakkan masuk atau keluar KK lepas pukul 5 petang. Kalau dah malam sikit ok kot tak sesak sangat. Kami sampai di Tanjung Aru dalam pukul 6 petang. Apa yang bestnya Tanjung Aru? Pantai di Tanjung Aru ini tak sesuai untuk aktiviti mandi-mandi. Mungkin sebab pantainya tak landai kot. Tapi, seronok bila matahari dah start tenggelam. Sunset sangat cantik di sini. Kami memang tunggu sampai sunset baru balik.

Malam itu kami ada aktiviti juga. Makan-makan di Restoran Kg. Nelayan. Nanti saya sambung kisahnya dalam part seterusnya. Ok bai!

Monday, April 11, 2011

Apa ada di Genting!

Salam korang!

Sabtu ahad saya memang full. Weekend yang agak pack sebab daripada pagi sabtu sampai ke malam ahad sekejap sahaja lekat di rumah. Lebih banyak keluar. Sabtu pergi naik Genting. Walaupun tak ikut plan asal berjimba-jimba ramai-ramai sebab bas full booked sampai pukul 11.30 pagi, tapi puas hati sebab matlamat untuk cuba outdoor game yang best-best berjaya tanpa perlu beratur panjang. Ye la sampai sana pukul 9.30 pagi. Heaven sebab tak ramai orang lagi.

Mula-mula naik buaian yang berpusing. Fuhh, memang tak payah beratur. Sampai-sampai terus dapat naik buaian tu. Kalau ikutkan boleh biol masa tengah berpusing itu tapi setelah saya belajar seimbangkan mata dengan fokus mata pada buaian di depan maka peningpun hilang. Petuanya ialah fokus ye kawan-kawan. haha!

Then, saya pergi naik SOLERO. Confirm lepas ini memang saya tak akan naik lagi benda alah itu. Fuhhh,paling seram masa dia menjunam daripada paras tertinggi. Rasa macam jatuh daripada bangunanpun ada. Rasa terawang-awang beb. Kalau korang rasa macam nak terjun bangunan ke hape kan better korang test dulu SOLERO sedas dua. Kalau korang lepas dengan jayanya barulah korang boleh cuba terjun bangunan pula. Tapi pastikan terjun dengan alat-alat keselamatanlah. Jangan terjun sehelai sepinggang pula. Tu tempah maut namanya.

Game ketiga saya rasa ialah Go Kart. Walaupun keretanya agak buruk dengan prestasi enjin yang tak seberapa saya tetap enjoy layan Go Kart. Saya rasa kalau perlumbaan dikira masa itu saya First Place kot. Haha. Habis incik tunang ketinggalan sampai 2 pusingan sebab kereta dia ada masalah. Tayar botak katanya. Sabar sahajalah.

Game keempat yang saya layan tentulah Roller Coaster. Tapi saya memang naik 1 sahaja Roller Coaster. Sebab takut akan jadi pening dan termuntah (ada experience masa di JB dulu). Masa naikpun perut kosong. So, walaupun ada rasa pening tapi tak sampai tahap nak muntah. Alhamdulillah~

Lepas itu terus pekena Aiskrim. Yeay, sudah lepas sesi memeningkan kepala dan perutpun sudah berbunyi minta di isikan. So, isilah dengan Aiskrim Cornetto yang harga setiap satu RM4. Rabak poket kalau hari-hari makan di situ kan.

Kami jalan-jalan tinjau pula permainan lain yang tak memeningkan kepala. Tengok ada game kayuh-kayuh bot dalam tasik. Kagum tu Genting Highland (tanah tinggi) ada tasik. Bot yang diorang bagi memang kena kayuh. Seronok pula berkayuh berdua. Walaupun kadang-kadang geram bila orang sebelah kayuh laju sangat atau slow sangat tapi still enjoylah kan.

Dan itulah game terakhir di Genting Highland yang kami layan. Masuk rumah hantu ingatkan seram sangat. Rupanya ermm..korang cubalah sendiri ye bila korang pergi Genting. Ada beberapa game lain tapi kami skip sebab 'macam extreme' sangat lagi-lagi roller coaster (ada 2,3 roller coaster dalam Genting rupanya), yang mesti kena percikan air, dan game-game lain yang selalunya ada di funfair.

Pukul 1.00 kami sudah gerak balik naik kereta kebal kabel. Seronok tapi saya yang ada masalah pening dengan benda yanf berayun ini dah puas hati dapat pergi sekali. Orang kata tak adalah excited macam dulu sebab dah pernah rasa hampir semua games dalam Genting itu kan.

ok da, itu sahaja kot kali ini. Kalau ikutkan cerita untuk hari sabtu full sampai malam dan bersambung pula ke Ahad. Tapi cerita setengah hari sabtupun dah panjangkan. Dah lah tak ada gambar untuk di share. Memang tak sempat nak bergambarpun. =(

Tiket naik Kereta Kabel : RM5/adult
Tiket Outdoor : RM46/adult

Sorrylah untuk children memang tak tertengok pula. Better check di website Genting.

Thursday, February 10, 2011

Februari 2011 : Bulan penuh!

February memang bulan yang agak packed untuk saya. Tapi bulan ini jugalah dugaan yang menduga hati, jiwa dan kesabaran menyapa. Tapi alhamdulillah masih dalam keadaan yang terkawal. Dan segala yang dirancang masih lagi berjaya direalisasikan.
Macam last weekend, cuti 4 hari memang tak berapa nak melekat di rumah.

Hari Khamis saya ke office menyelesaikan hutang kerja yang sepatutnya langsai sehari sebelum itu. Tapi tak lama sangat. Daripada pukul 11 pagi sampailah 3 petang lepak di office. Balik sempat lagi drive thru McD. Dapat Angpow merah daripada McD tuu..Tapi dalamnya ada kupon free fries setiap belian set besar dan kupon valid sampai 31/Mar ini. lalalalala~ Kentang free! Lepas itu memang lepaking sahajalah di rumah sampai malam sambil layan anak buah seorang itu, Aliya Batrisya yang makin menggebu-gebu pipinya.

Hari Jumaat saya bangun agak awal mengemas bilik sebab kena 'ceramah free' supaya belajar menjadi 'pengemas berjaya'. hoho. Bukan tak kemas cuma tak taklah sekemas bilik macam dalam drama TV tu kan. Golongan marhaen macam saya ini bilik memang banyak barang. Lepas itu sudah tak larat nak lap perabot dan lantai sebab habuk hari-haripun memenuhi ruang bilik itu. Sapu pagi, tengahari dah berhabuk balik. Tensi kan!

Sebab penat mengemas boleh pula tertidur pukul 10 pagi. Then, bangun pukul 11 pagi. Sempatlah memasak 2 lauk. Lepas waktu solat jumaat incik tunang pun datang rumah. Saya minta tolong rawat PC saya yang diserang penyakit bengong-bengong. Lepas dia operate akhirnya pulihlah PC saya itu. Alhamdulillah. Sambung borak-borak dengan mak pula di ruang tamu. Tup-tup tiba-tiba terpacul idea untuk ke PD. Rendam-rendam kaki yang ada sedikit jangkitan. Orang kata elok kalau rendam luka dalam air laut. So, pukul 4 petang kami gerak ke pantai PD. Seronok dapat cecah-cecah kaki di air laut. Lepas itu terus balik. Sempat lagi saya ajak tunang makan McD (lagii..?). Almaklumlah jualan Curly Fries akan stop tak lama lagi. sob sob. Tunggu next year ye kalau mahu lagi.

Sabtu dan Ahad pula full dengan Kursus Pra Perkahwinan yang kami berdua hadiri di Shah Alam. Alhamdullillah di permudahkan segala urusan dan selamat sudah mendapat sijil Kursus Kahwin. Overall pengisian kursus memang mantap cuma macam mengejar masa at certain time lagi-lagi bila penceramah berkobar-kobar nak bercerita pengalaman dorang. hehe~

Itulah dia 4 days straight dengan aktiviti-aktiviti menarik. Yang saya tulis semuanya yang best-best sahajakan. Yang part dugaan itu nanti-nantilah saya story di sini. Belum ada mood nak taip.Hujung minggu inipun dah ada plan. Dan harap-harap urusan hujung minggu inipun dipermudahkan. Aminn..

Sunday, October 17, 2010

Jalan-jalan weekend : Roselle dan Arnab masak rendang!

Dengan semangat wajanya saya gigih taip balik entry saya. huhu~

Hujung minggu sekarang ini memang full dengan aktivit-aktiviti. Minggu inipun sabtu dan ahad saya dah ada program. Kejap lagi dah nak pergi kenduri kawen kawan lama. Kawan semermainan saya masa kecil dahulu, Hafiz akan bersanding hari ini.

Dahulu saya, kakak saya, Hafiz dan adik Hafiz, Nor pernah jadi sangat kamceng. Hampir setiap hari kami berkomplot. Setakat panjat pokok gajus, menjadi petani berjaya dengan menanam kacang hijau untuk jadikan taugeh, dan juga main game tikam-tikam di kedai Cina Ah Long memang dah jadi 'makanan' kami. Kami cuma mula kurang contact bila masuk sekolah menengah. Buka tak contact langsung tapi jarang-jarang.

Semalam saya dengan tunang telah berkunjung ke Ladang Arnab sahabat dia. Ladang arnab ini hampir dengan Selayang (ke dalam kawasan Selayang ye?). Sebelum jumpa Ladang Arnab, akan jumpa kawasan rekreasi air terjun. Masa saya lalu situ semalam ramai jugalah pengunjung yang mandi manda di situ. Tak sangka pula di situ ada air terjun. hehe~

Apa yang ada di Ladang Arnab aka Rabbit Valley?

Bukan tak pernah bermain dengan arnab. Pernah sekali di Bukit Tinggi tapi arnab di sana tak jinak. Asal nak pegang sahaja dia lari. Arnab-arnab di Ladang Arnab di tempat kawan tunang ini khabarnya jinak. Itu yang rasa semangat nak pergi. Lagipun tempat ini dibuka untuk pengunjung pada hujung minggu sahaja. Hari weekdays pun boleh datang tapi dapat tengok sahajalah dalam sangkar. Selain daripada perkhidmatan bergurau senda dengan arnab, korang juga boleh mendapatkan bekalan daging arnab segar dari ladang. Kalau rasa macam malas nak masak-masak boleh juga mencuba Daging Arnab masak rendang. Tuan ladang dah siapkan dalam bentuk frozen jadi cuma perlu panaskan sahaja dan siap untuk di makan.

Mana pula datangnya roselle?

Kebetulan mak kepada pemilik ladang tiap-tiap hujung minggu datang support anak dia berbisnes. Sambil-sambil itu dia ada juga berkebun secara kecil-kecilan. Salah satu hasil yang menjadi ialah buah roselle. Alaa..yang orang buat air tu. Kalau nak beli yang dah siap memang mahal jadi makcik itu mengambil inisiatif untuk menanam sendiri. Kebetulan pula masa saya datang itu makcik itu tengah nak petik buah roselle itu. Memang lebat hasilnya. Jadi dia hulurkan kepadasaya sedikit. Katanya boleh lah buat air di rumah. Alhamdulillah rezeki jangan di tolak. Betul tak?

Segan juga sebab dia bagi free sahaja tapi lega bila makcik itu cakap;
"rezeki jangan kedekut-kedekut. Kita bagi orang, Allah SWT bagi kita lagi dan lagi. Bertambah-tambah rezeki." Baik betul hati makcik itu. Selain daripada itu dia siap bagi saya terung 2 biji dan peria katak 5-6 biji. Macam sebenior la pula.

p/s : Dah dekat maghrib baru saya balik. Sampai rumah hari sudah malam.
p/s/s : Lain kali saya kalau saya pergi saya akan snap gambar.

Sunday, October 10, 2010

Open House Raya : Marathon 5 rumah.

Sabtu 02/Oct/2010..
Perghh..dah seminggu simpan story tapi mahu share juga.

Gembiranya hati.

Sebab dapat pergi Open House ke 5 rumah sekali harung sabtu lepas. Dimulakan dengan Bukit Beruntung di sudahi dengan Rawang. Semuanya ialah rakan officemate tunang saya. Buat pertama kalinya dalam hidup saya pergi drive menjemput dia. Selalunya dia yang datang menjemput saya. Pagi-pagi dah redah highway takut-takut tersesat al maklumlah tak pernah drive sendiri di area rumahnya.

Dia tinggal dengan family serupalah macam saya. So, memang kena ber open house di rumah dia dahulu. Segan-seganpun habis jugalah popiah goreng buatan tangan kakak dia. Sedap sebab inti dia macam ada isi ayam. Lain daripada yang lain tu.

Rumah pertama kami cuma makan cheese cake. Sebab masih lagi kenyang sebab baru makan di rumah si tunang. Rumah kedua pula kami makan mee goreng plus ayam rendang ( ke bihun goreng?). Pencuci mulut sekeping kuih bakar dan buah tembikai potong. Rumah ketiga pula ada satay. Apa lagi kami hanya bantai satay 3 cucuk seorang. Rumah ke empat pula makan bihun sup. Memang sedap sangat bihun supnya. Air soda bandungpun layan sampai 2 gelas sebab sedap sangat. Rumah ke lima?

Tensionnya rasa..

Sebab kena merempuh kesesakan jalan raya selepas tol rawang. Almaklumlah rumah terakhir di Rawang. Entah macam mana elok elok berkonvoi lebih 5 kereta at last hanya tinggal 3 kereta. Lagi 2 kereta membuat kesilapan besar sebab ikut jalan dalam yang confirm lagi sesak daripada kami yang ikut highway. Kesudahannya mereka hanya tiba menjelang maghrib. Kami yang sampai awal ini sudah siap makan. Menunya semua masakan kelantan. Ada lakse, nasi dagang dan juga lauk-lauk typical raya seperti ketupat rendang. Tapi seriously biskut coklat chip dia memang sedap sangat. Tak jumpa lagi biskut chip sesedap itu.

Lagi bertambah tension rasa..

Sebab rasanya ramai juga yang snap-snap gambar sepanjang beropen house itu siap ada 2 DSLR tapi satu gambarpun saya belum dapat tengok lagi. So, terpaksalah saya buat entry ini tanpa gambar. Aci tak?.

p/s :Kalau ada gambar esok-esok saya cerita di blog. Suka sangat dengan si kecil Danish yang sangat-sangatlah sweet dan cepat mesra dengan semua orang.

Thursday, October 7, 2010

Shopping : Apa yang bestnya IKEA?

Sebab Buffered Earning IKEA tengah run di blog saya ini maka sayapun nak cerita pengalaman di IKEA. Sebenarnya saya ini memang suka ke IKEA. Hampir setiap bulan paling tidakpun sekali mesti pergi punya. IKEA ini tempat sesuai untuk 'berangan'.

Yang mengajar saya mengenal IKEA ialah encik tunang. Dia orang pertama yang bawa saya ke sana dan dia jugalah yang mengajar saya 'berangan' di sana.

Jumpa sofa kami cuba.
Semua set sofa kalau boleh nak dicuba. Baru puas hati kan.

Empuk betul sofa merah IKEA ni.

Jumpa kerusi kami duduk sambil mengayun ke depan ke belakang macam nak dodoi baby tidur.
Kadang-kadang berminit-minit sampai orang lain dok berdehem-dehem.
(Woitt.udah-udah le tu kami pun nak test juga)


Ku cari kerusi yang boleh berayun tu tapi tak jumpa.

Jumpa alas bulu kambing kami cuba usap-usap macam usap bulu tucing.
Jumpa set bilik kami masuk lepak.
Jumpa set pejabat pun sama juga buat-buat macam opis sendiri.
Jumpa set dapur masuk lepak sambil fikir nak masak apa malam ini.
Berangan sahajalah.

Barang-barangnya memang unik dan cantik-cantik. Harga? Mahal sikitlah berbanding biasa. Tapi berbaloilah dengan kualitinya.

Yang bestnya di IKEA kita boleh mencuba secara bebas. Tak ada jurujual yang datang menyibuk. Memang feel berangan itu lebih sikitlah berbanding di kedai perabot lain.

Sesiapa yang nak berangan macam kami bolehlah ke IKEA di Damansara. Alaa..yang dekat Ikano, Cineleisure dan Tesco.

p/s : bilalah nak jadikan 'berangan' tu 'kenyataan' ye?

Wednesday, October 6, 2010

I City : Impian 3 hati tak kesampaian

Sabtu baru-baru ini tunang, officemate tunang iaitu Kaklong dah ada plan baik punya untuk menerjah I City yang dengar cerita sudah makin meriah. Siap ada bayaran dikenakan untuk masuk. Dengar cerita RM10 per entry. Ingatkan seorang RM10 rupanya satu kereta RM10 sahaja. Memang bernasib baik sebab kami mengamalkan sharing is caring malam itu dengan bawa satu kereta sahaja ke sana.

Rancangan mereka berdua nak berphotoshoot taman lampu yang indah. Maka dalam pukul 8.00 malam semua berkumpul di Selayang. Berkonvoi 3 kereta (masing-masing drive kereta sendiri) Lepas itu gerak ke rumah saya untuk tumpang parking kereta dan pergi I City ramai-ramai dalam satu kereta sahaja. Bukan apa takut tak ada tempat parking kalau bawa kereta banyak-banyak.

Dalam perjalanan ke Puchong itu tiba-tiba hujan kemain lebat mencurah ke bumi. Haisyooo..ini jenis hujan yang bikin semua kereta drive slow-slow. Malah ada yang on kan emergency signal gara-gara tak nampak jalan. Ingatkan plan cancel rupanya dorang dah pakat nak pergi juga I City dengan harapan hujan akan berhenti awal.

Malang memang tak berbau. Kami lepak sana sampai Kul 12 lebih pun hujan tak mahu berhenti. Yang pelik lagi hairannya hujan-hujan pun I City tetap banjir dengan manusia. Tempat parking tetap penuh. Yang takbulehbelah siap ada satu family ini dok berkelah depan rumah kedai yang kosong. Yang bestnya dalam kereta hanya ada 1 payung yang saiznya kalau dua orang akan kena tempias hujan juga. Cett~

Nasib baik hujan renyai-renyai. Tapi tak berapa bernasib baik jugalah untuk pemilik DSLR yang duk kepingin berphotoshoot. Karang ada pula yang meraung kalau kamera problem disebabkan terkena hujan. Sudahnya masing-masing duduk diam-diam di bawah bumbung depan deretan kedai yang menghadap panorama indah lampu-lampu I City.

Sempat saya minta tunang shoot saya berpayung menghadap taman-taman lampu yang jauh nun di depan. tak terjangkau dek lensa DSLR dia itu. Saya cakap pada dia, ini bukti kita jejak I City dengan kekecewaan sebab impian tak kesampaian. Saya kecewa? of course la kan. Sebab tak dapat jadi model depa.
Adeh, budget hot la kan nak jadi model..--> sila muntah beramai-ramai.

Jadilah, ada juga gambar di I City..

p/s : bila lagi lah nak ke I City agaknya.

Thursday, September 30, 2010

Jalan-jalan Pantai Timur : Back to KL

Salam Pantai Barat semuanya ye (sebab dah balik Pantai Baratpun)
Ini edisi terakhir catatan perjalanan kami ke Pantai Timur untuk versi Raya.
Hari Isninpun tiba (hari terakhir kami menghirup udara Cherating).
Masa ini memang haru sikitlah sebab bangun-bangun pagi sahaja semua orang mengadu sakit perut dan terkena cirit birit. Masing-masing berebut toilet. Sampai my sis kena pergi klinik sebab dia tak boleh makan ubat sebarangan takut membahayakan kandungan. Sambil-sambil itu kami berkemas sebab dah nak check out kan. Dalam pukul 2 kamipun bertolak balik.

err...ni lah rumah kami. Memang terperuk ke dalam dan paling sejuk sebab tepi hutan dan tepi tangki air.


Ini pula rumah my sis dengan suami. Rumah ini jadi tempat lepak dan tempat makan. Semua makanan sumbat dalam rumah ini. Semua barang-barang disumbat dalam kedua-dua kereta sebab dah nak balik.

Perjalanan balik memang agak meyeksakan lagi-lagi kepada emak saya sebab sakit perut dia masih belum reda. Baru sahaja masuk highway Jabor sudah mencari toilet. Dua kali jugalah dia keluar masuk toilet sebelum kami bertolak semula. Kemudian kami berhenti di Temerloh. Masa ini mak tak ada pula mengadu sakit perut. Mungkin sebab perut sudah kosong dan tak ada apa yang nak dibuang sudah.
Ayah snap gambar kami turun daripada kereta. Dimulakan dengan abang ipar.

Kemudian saya dengan mak pula jadi mangsa tangkapan.

Diikuti pula oleh abang sayadan terakhir adik bawah saya. Kakak saya mungkin ayah tak sempat nak snap kot.
Kami terus sahaja mengorder apa yang patut untuk dimamam.
My sis, saya dan mak duduk lepak minum. Air Redbull tu abang dan abang ipar punya. Sebagai driver mereka berdua kena ada tenaga lebih sikit kan. Di sini sempat lagi beli burger. Kali ini burger dia sedap! Tak macam burger sebelum ini di RNR Gambang.

Lepas makan dan minum, kami semua lepak di tepi toilet lagi. Rasanya adik bongsu pula yang 'lepak' dalam toilet lama-lama.
Sempat lagi ayah saya snap gambar kami secara haram candid.

Haa..barulah cun ambil gamabr macam gini tapi kenapa mak saya kenyit mata. Ooo..nak mengurat ayah ye..ahaha!

Inilah perhentian terakhir dan gambar terakhir kami sebelum sampai KL. Kali ini memang amat bermakna sebab hampir semua adik beradik ikut pulang ke kampung. Sebelum ini memang ada sahaja yang kena tinggal menjaga rumah.

So, next family trip ayah kata nak ke Bukit Fraser. Memang orang kata di sana tak ada apapun yang menarik tapi bagi kami menarik tak menarik itu kami sendiri yang kena 'create'. Kalau tempat menarik tapi kami tak enjoy betul-betulpun tetap takkan menarik juga kan.

Saturday, September 25, 2010

Jalan-jalan di Pantai Timur : Pengalaman Rare di Paka!

Kami gerak daripada kampung kami di Ajil, Hulu Terengganu kira-kira pukul 5.00 petang waktu Malaysia timur. Perjalanan kami memang lebih santai daripada perjalanan pergi sebab kiri kanan bandar dan kebanyakan jalan ada lebih daripada 1 lane dilengkapkan pula dengan traffic light. Sampailah kami di pekan Paka.

Depan tu kelihatan traffic light sedang hijau. Kereta kami dipisahkan oleh satu kereta. Tiba di kereta abang lampu dah kuning. Erm, alamatnya dorang lepas tapi kami pula tersangkut dek traffic light merah. Kelihatan dari jauh abang parking di tepi jalan. Bila kereta kami dah lepas, mereka tak gerakpun. Kamipun terus parking belakang mereka. Ayah keluar terus menuju ke kereta kami.

"Mak nak minum" sambil menunjuk ke arah Restoran Nasi Lemak Kukus Paka di sebelah kiri kami. Aiseh, nampaknya kena berhenti di situ dahululah. Dapat pekena teh tarikpun sudah bagus. hehe~

Sampai-sampai sahaja, kami dudk di meja bulat bawah khemah. Khemah siap ada renda-renda macam nak meraikan YB gayanya.
Khemah yang meriah.

Datanglah seseorang membawa kertas sertas sebatang pen.
Ingatkan nak tanya order tetapi bukan. Dia serahkan kertas dan pen itu kepada saya minta tulis air apa nak di minum oleh kami semua. Lepas dia bagi kertas dan pen itu, terus dia cabut. Katanya akan datang balik kutip kertas itu. Aikk..dah macam self service dah ini.

Tak cukup dengan itu, ada lagi yang lebih menarik. Tak lama selepas itu, seseorang tadi itupun datang ambil kertas yang dah siap tulis air yang nak diorder dengan pen.

" Nanti pergi ambil sendiri air ye di sana" sambil tunjuk ke arah dapur tempat bancuh air.
Adess.. sudahlah order tulis sendiri. Airpun kena pergi ambil sendiri juga.

Bila ditanya apa makanan yang ada di kedai ini tuan kedaipun menjawab ada nasi lemak kukus sahaja. Haha..dah betullah itu. Kata nama kedaipun Nasi Lemak Kukus. Takkan nak masak nasi minyak pula kan. haha. Terkena lagi kami. Nasi kukuspun kena pergi order dan ambil sendiri di kaunter.
Adik dan abang sahaja yang nak makan nasi. Kami semua tak terasa lapar. Lagipun nasi lemak sahaja yang ada kan. hmm.. Minuman atas meja itu semua pergi ambil sendiri.

adik tengah setting nak makan nasi lemak kukus

Masa pergi ambil air itupun baru perasan yang ambil order itu jugalah tukang buat air. Patutlah suruh tulis air yang nak di order sendiri, rupanya pekerja kedai tak cukup. Mungkin sebab masih bercuti raya. Nasib baiklah buka juga kedainya walaupun tak cukup kakitangan.

abang tengah kusyuk mengadap nasi
Inilah first time kami pergi restoran yang macam ini. Kalah kedai makan cara buffet. Lepas dah habis minum-minum dan makan-makan, kamipun gerak pulang. Sampai ke Cherating masa dah masuk maghrib.

p/s : jangan ditanya sedap ke tidak nasi lemak kukusnya sebab sayapun tak sempat merasa. haihh~

Friday, September 24, 2010

Jalan-jalan Pantai Timur : Majlis kahwin cara kampung!

Pagi itu kami semua bangun semata-mata subuh sebelum tumbang kembali.
Tak tahulah sama ada sebab tilam empuk sangat atau mata dan badan yang terlampau penat tetapi memang tidur yang nikmat kata orang. haha!

Bila jam sudah pukul 9.00 pagi baru bangun. Woot..apa barang pergi bercuti bangun lambat?. Kami bersarapan sandwich sebelum bersiap untuk pergi rumah atuk. Ini merupakan agenda utama kami ke Pantai Timur kali ini. Lagi-lagi hari tersebut ialah hari bahagia untuk anak bongsu atuk. Kamipun gerak dengan bawa hadiah besar gitu. Kotak sahaja besar tapi hadiahnya biasa-biasa sahaja.

Gerak dalam pukul 11.00 pagi, kami ikut jalan dalam yang lalu Bukit Besi. Tapi agak seksa disebabkan beberapa kereta yang bawa kereta macam nak makan angin. Sudahlah jalan satu 'lane' sahaja dan lorong bertentangan pula kereta macam tak putus-putus. (maklumlah hari itu juga orang dah mula balik ke ke bandar untuk bekerja esokannya). Sudahnya jalan jadi sesak. Oleh kereta perempuan mengandung nak berhenti buang air, kamipun berhentilah di Bukit Besi. Punyalah ramai nak masuk toilet sampai 2 makhluk ini jadi macam gini. Punyalah letih menunggu kakak pergi toilet.hoh~

Sampai sahaja kami terus sahaja serbu masuk rumah atuk yang dah sesak dengan orang ramai.
Ini ruang dapur. Otai-otai sedang menyediakan acar sayur dan juga bahan-bahan untuk masak lauk gulai kulit rambai dan gulai daging fresh. Bayangkanlah 3 ekor lembu tumbang untuk buat majlis kahwin makcik bongsu saya ini.

Ini pula ruang tengah rumah. Punyalah ramai orang bersesak dalam ini.Memang sekejap sahaja kami di sini.
Ini wakil family daripada Kelantan pula. Mereka inipun pergi balik hari sahaja sama macam kami.

Jumpa pengantin pula. Masa ini sesi salam-salam. Bila salam akan dapat satu goodies. Sayapun salam juga. Dapatlah goodies. hehe! Makcikku muda weyh..baru berumur 23 tahun dan suaminya pula berumur 24 tahun. Dua-dua macam pangkat-pangkat adik saya tapi merupakan makcik dan pakcik saya.
Ini pula ialah bangsal tempat untuk jejaka-jejaka bekerja. Ada khemah buat air, ada khemah untuk basuh pinggan mangkuk, ada jugalah khemah untuk masak-masak.
Close up sikit tempat cuci pinggan mangkuk. Kemain rajin lagi mereka mencuci. Inilah semangat yang kita mahu. Bergotong royong. Di bandar memang susah nak jumpa semangat macam ini sudah.
Ini depan rumah atuk. Siap ada pintu gerbang lagi. Temanya oren tapi kenapa pintu gerbang ini warna putih ye?
Ruang ini pula tempat melapah lembu yang disembelih. Ini merupakan saki baki lembu yang terakhir. Sampai ke petang tak habis lagi sesi memotong daging ini ye.

Ini ruang makan. Kalau ikutkan ini khemah untuk kaum lelaki makan.

Dan ini pula khemah untuk kaum wanita makan.
Eh, tempat makan kaum wanita dah ada kaum lelaki. Haihh..almaklumlah makanan di khemah lelaki cepat habis. Lelaki kan kuat makan. erk..Laaaariikkkk!!!
Pengantin turun daripada rumah untuk menghantar keluarga belah lelaki balik. Tinggallah pengantin lelaki di situ sebelum majlis bertandang 2 hari selepas itu.

Lepas pengantin pergi, kami memang mati kutu sekejap. Makan sudah. Minumpun sudah. Sedang kami merayap-rayap kononnya nak tengok anak sedara baru lahir, tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Kami terus lari ke rumah atuk dan lepak di atas rumah betul-betul di tepi tangga.
Tengoklah hasil selepas hujan. Habis air bertakung di mana-mana. Semua orang dah mula sentengkan kain kurung (perempuan) dan kain pelikat (lelaki). Khemah yang tadi penuh terus jadi kosong. Nasib baik sekejap sahaja hujannya.
Tak lama selepas hujan berhenti, pengantinpun kembali ke majlis. Mungkin semasa hujan tadi mereka berteduh di masjid. Mereka terus makan beradap. Lambat mereka makan. Kasihan!
Kami pula di mana semasa pengantin makan beradap? Kami makan buah-buahan di tepi tangga rumah atuk. Nak duduk dalam rumah, panas!. Rumah kampung waktu siang agak berbahang.
Atukpun join kami maka. Siap tolong kami kopekkan kulit salak kampung yang berduri halus itu.

Keadaan yang dah mula lengang. Selipar pun dah berkurang sebab ramai yang sudah beransur pulang.
Sedang enak makan-makan buah, tiba-tiba kami dipanggil. Katanya ada sesi bergambar. Sayapun terus serbu lah kan. Mula-mula mestilah atuk dan nenek dulu bergambar dengan pengantin.
Aik, pengantin lama pula yang bersanding? haha. Bukan main lagi mereka ini kan. Nenek selepas bergambar 2,3 keping terus lari. Atuk pula tak turun-turun. Macam seronok pula dia duduk di pelamin. ekekeke.
Kamipun ikut menyibuk sekali dalam gambar. Baru meriah!
Bila lewat petang, saya terus sahaja pergi solat jamak di masjid. Takut tak sempat sebab asarpun dah masuk. Kami bergerak pulang betul-betul selepas solat. Oleh kerana takut jalan sesak, kami ambil keputusan balik ke Cherating ikut jalan pantai. Maknanya kami akan jumpa Dungun dan Paka lah. Seronok sebab sudah lama tak melalui Paka yang ada Pusat pemprosesan Pertronas. Meriah dengan lampu dan api yang membakar macam obor.

p/s : Jalan itu memang tak sesak tapi banyak traffic light sebab lalu bandar kan.

Thursday, September 23, 2010

Journey to Pantai Timur: Bandar Kemaman sunyi sepi!

Selepas menyantap di restoran mamak, say mencari kelibat adik beradik lelaki termasuk abang ipar yang menghilang untuk 'makan asap' pula. Kmai cari dekat area kereta kami tak jumpa pula. Ke mana sahaja mereka menghilang?

Cari punya cari sampailah penghujung deretan kedai. Nampak mereka berempat melepak di bawah satu bangsal yang persis tempat menunggu bas yang telah lama dan tidak terjaga. Kawasan itu berhampiran dengan laut. Jadi bila kami sampai ke situ memang rasa amat selesa dan nyaman. Angin sepoi-sepoi bahasa buat sayapun rasa nak melepak sama di situ. Inilah bangsal tinggal itu (lihat gamabr di bawah). Kalau jalan ke dalam sikit ada tempat orang jual Udang Putih. Rujuk signboard.

Mak saya memeluk tiang elektrik. Mahu masuk dalam ini gambar juga.

Ayah saya mana? Takkkan tak mahu masuk dalam gambar kan.

Haa..saya pula jadi tukang snap. Ayahpun mahu bergaya jugakan. hehe!

Agak-agak sudah pukul 5.00 petang, kamipun beransur balik ke Cherating dengan harapan bilik kami dah siap di kemas. Sempat lagi ke masjid berhampiran dahulu. Ini kami dah selesai dan sedang bercatwalk ke kereta. Mak saya jadi leader.

Semasa perjalanan ke Cherating, kami mendapat panggilan daripada pemilik chalet yang beritahu bilik kami sudah disiapkan. Alhamdulillah. Sampai sahaja terus settlekan bayaran penuh, ambil kunci, towel, selimut dan sabun yang mereka bekalkan dan terus gerka ke bilik.

Penat betul. Daripada pagi sampai ke petang atas jalan sahaja. ok tipu sebab ada juga berhenti makan tapi memang memenatkan lagi-lagi kepada driver kami. Lepas kemas barang terus kami siapkan makan malam berupa nasi putih, sardin masak kuah simple guna rice cooker, kicap dan juga ikan kering goreng yang mak tapau di restoran mamak.(sempat lagi tuh!). Memang tak ke mana-mana sudah selepas itu sehinggalah pagi esokkannya. =)

Tuesday, September 21, 2010

Journey to Pantai Timur: Cherating fullbooked? I Jalan makin sesak lepas raya?

Salam pantai timur lagi dari awek Selangor.
Hari ini selasa yang indah lagi permai. Saya pergi kerja macam biasa. Satu benda yang saya notice sejak naik cuti raya ini, lately jalan makin sesak pula. Sebelum ini jalan tak sesesak ini. Adakah raya menjadi titik dimana pertambahan mendadak kereta dijalan raya berlaku. Semua orang nak pergi balik kampung beraya pakai kereta baru kot. Tu assumption awalku sebab ramai orang yang beli kereta baru sebab nak pakai raya. Apakah?

Macam biasa Toksu masih berada di rumah kami. Dia tidur sebilik dengan saya. Nasib baik Toksu jenis yang tidak kisah dan tak cerewet. Tapi kasihan juga dia sebab bilik saya itu siang dan malam sama sahaja suasananya. Gelap bila tutup lampu. First day dia tidur terbangun lewat subuh. Minta maaf ye Toksu ku sayang.

Berbalik kepada cerita saya ke Pantai Timur. Last part saya kata nak pergi singgah CHerating kan? Hmm..memang berhajat besarlah nak bermalam di Cherating sebab rumah atuk dan nenek memang sangatlah penuh dengna manusia masa-masa kenduri besar macam ini. Sure tak ada ruang untuk keluarga kami bernafas nanti. Kami memang bercadang untuk pergi ke majlis kenduri itu siang sahaja (pergi balik hari sahaja).

Sampai sahaja di Cherating specifically ke chalet yang biasa kami kunjungi, Duyung.
Kami dapati suasana agak lengang. Harapan kami nampak cerah dan yakin ada chalet utnuk kami bermalam nanti. Kami parking betul-betul dekat dengan kaunter.

Bila ke kaunter, memanglah ada chalet tapi bilik besar yang agak jauh sedikit daripada beach dan mahal sikitlah (bilik besar kan). Kami duduk semasa urusan mendapatkan chalet. Kakak saya tengah nak tanya-tanya pasal bilik kosong dan harga sewa bilik di situ.

Tapi yang tak bestnya, kami hanya boleh masuk pukul 5.30 petang nanti. Bilik ada tapi belum dikemas katanya.huhu! Masa itu jam baru pukul 3.00 petang. Jadi, kami bayar deposit untuk 2 bilik dan terus masuk kereta dan gerak pula ke pekan jalan-jalan cari pasal.

Kami semua tak nak duduk menunggu di situ. Lagipun semua orangpun sudah lapar rasanya.
Nak makan. Nak makan. haha!

Memang betul-betul cari pasal sebab hari itu raya ke 2 kan. Manalah meriah pekan Kemaman dan Chukai yang kami terjah itu. Lengang sahaja sampaiah kami jumpa satu kedai mamak di pekan Kemaman. Tapi yang tak bestnya tak ada roti canai. Katanya tepung habis! Cesss..

Disebabkan lapar, kami memang langsung tak bergambar di kedai itu. Mak, ayah dan adik saya makan nasi berlauk. Manakala yang lainnya order maggi goreng mamak yang bagi saya tak berapa sedap. Err..mungkin sebab saya masih belum pulih sepenuhnya daripada sakit.

p/s : Hanya Watson dan beberapa kedai makan cina sahaja yang buka selain daripada kedai mamak yang kami singgah lepak itu.

Monday, September 20, 2010

Journey to Pantai Timur:Puchong - Gambang! I blogger Intanurulfateha private blog?

Salam Pantai Timur daripada awek yang bukan orang Pantai Timur tapi mak ayah dia orang Pantai Timur. Awek yang tak gemar conteng muka dengan mekap tapi amat suka pakai krim muka dan compact powder. Juga awek yang tak pandai menggayakan shawl tapi di pagi raya nak juga mencuba shawl yang akhirnya ditukar dengan tudung lain selepas sesi bergambar.
Ini gambar close up awek itu semasa hari raya pertama. Entah kenapa nak tepek juga di permulaan entry.

Seperti yang saya dah maklumkan, raya kedua kami ke Pantai Timur. Bangun pukul 6 pagi sebab baru nak prepare dan packing pakaian dan kelengkapan untuk 3 hari di sana. Maklumlah raya pertama saya 'tumbang' kerana tidak sihat. Malah semasa raya pertama saya siap bagitahu tak nak ikut pergi Terengganu sebab tak tahan sangat dengan rasa tak sihat itu. Tapi pagi raya kedua, saya rasa macam dah segar sedikit dan mula semangat nak packing segala.

Dalam pukul 10, kamipun bertolak dengan 2 kereta iaitu kereta waja abang dan baby oren saya. Jalan lengang sampailah kami tiba di Karak. Jalan punyalah sesak dan slow. Pelik juga sebab raya ke 2 pun jalan sesak juga ini. Rupanya jalan sesak sebab ramai orang nak ke Genting Highland. Lepas sahaja exit Genting highland jalan clean and clear. Dan hati kamipun automatik jadi lapang.

Abang saya memandu wajanya dengan tenang. Ayah saya yang rajin snap-snap ni.

Kami memang langsung tak berhenti sehinggalah sampai di Gambang. Katanya mak nak minum di situ.

Siapakah 2 jejaka yang ganteng ini? Tak nampak rupa pula.

Cak! haha..inilah dia rupa adik-adikku yang hensem lagi bergaya. Siap berkaca mata hitam lagi.
Yang berbaju belang itu, adik bawah saya. Umur diapun muda setahun sahaja berbanding saya. Yang berbaju coklat itu pula adik bongsu. Dialah yang sedang belajar di IKM Sik itu.
Dua-dua masih single mingle lagi. Ada yang mahu isi borang kah?

Kami (saya dan my sis) melepak tunggu semua orang sampai. Ada yang pergi toilet. Ada yang sempat makan angin dahulu.

Bila semua dah sampai, sayapun pergi beli air untuk semua orang. Yang lain pergi mencari makanan masing-masing. Mak, adik bongsu dan ayah makan laksa penang. Memang sedap laksa penang di Gambang ini. Kami dah 'mark' kedai ini sejak sekian lama. Saya, abang dan adik bawah saya pula makan burger yang tak sedap. Nasiblah dapat burger sejuk yang rotinya tak dibakar langsung. Kakak dan abang ipar pula makan nasi berlauk.

Lepas makan, kami melepak sekejap menunggu lagi. Lepas makan ada sahaja yang nak masuk toilet lagi. Sempat snap 3 stooges ini.

Sempat lagi snap gambar sementara tunggu 'driver' ambil kereta bawa depan kami.
Punyalah pemalas semua nak berjalan ke kereta. haha~

Kami gerak semula ke destinasi kami iaitu Cherating.
Cherating, tunggu kami datang!

p/s : Cherating ini sudah jadi macam destinasi persinggahan yang wajib bagi kami sekeluarga bila pergi Pantai Timur.

p/s : Tadi try open blog Intanurulfateha tapi tak boleh , kenapa private kan blog dik? huhu. Please dont!

Update terkini : Alhamdulillah dah boleh buka blog dia. Sis, jangan tutup eh. rasa macam sakit jantung tadi!

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics