Followers

Showing posts with label tunang. Show all posts
Showing posts with label tunang. Show all posts

Sunday, March 27, 2011

Persediaan Perkahwinan :Susahnya mencari Cincin Silver

Salam korang!

Apa macam sekarang ini? Hujung minggu apa bikin. Macam biasa menjelang hujung minggu blog memang agak terabailah kan. Lagi-lagi bila si kecil Aliya tinggal dengan kami sejak jumaat hari itu. Mama dia ada trip ke Macau sampai selasa ini. So, kena jadi baby sitter sambilanlah.

Tapi, sabtu saya tetap keluar. Nak beli barang-barang hantaran yang belum settle iaitu baju kemeja, AlQuran/Tafsir dan juga cincin silver. Nak mencari kemeja dan AlQuran/Tafsir tak susah tapi nak mencari cincin bukan emas di kedai barang kemas memanglah payah. Di Poh Kong sahaja kami jumpa cincin silver. Itupun ada 3 bentuk sahaja. Diulang, hanya 3 bentuk. Yang lain bila tanya ada white gold sahaja. Kalau suasapun still ada campuran emas.

Lepas itu saya cadangkan beli di gerai kecil yang selalu ada di tengah laluan di mall. Di IOI Mall memang ada sebab dulupun masa zaman remaja saya beli cincin silver di sana. Pada mulanya dia keberatan juga. Bukan sebab nak memilih jenama ke hape tapi kalau beli di gerai tiada kotak cincin disediakan. Itulah masalah besarnya. Hmmm..tapi bila dah puas keliling mall. Masuk kedai jewellery itu dan ini tapi semua sama sahaja. Tak jual cincin silver. So, end up dengan beli juga cincin di gerai.

Tapi masalahnya untuk size dia untuk cincin yang berbentuk simple kebanyakannya sudah habis. Size kecil sahaja ada. Saya baru tahu yang sekarang ini ada cincin alternatif selain daripada silver iaitu stainless steel. Kalau tak kerana nak mencari cincin nikah mesti tak akan tahu. So, kami tengok-tengok cincin stainless steel pula. Nasib baik ada yang kena dengan mata dan size jari dia. So, grab sahajalah kan. =)

Kotak cinicin macam mana pula ye?
Apa lagi kena selongkar baliklah kotak cincin masa beli cincin tunang saya dahulu. Guna sahajalah kan. Janji ada kotak. Betul tak? Saya berfkir juga macam manalah lelaki diluar sana beli cincin nikah yea? Ke korang beli cincin platinum? Mahal tu. fuhhh~

ok da, tu sahajalah nak update kali ini.
k, bai!

Tuesday, March 1, 2011

Dugaan Bercinta :Belajar memahami pasangan!

Dalam perjalanan dari satu daerah ke satu daerah di dalam kereta;

Ku : Awak, hujung minggu ini awak ada program apa-apa tak?

Dia: Entahlah, tak pasti lagi.

Ku: Boleh tak saya nak bincang saya punya?
Sambil keluarkan handset nak bukak 'calendar'

Dia: Boleh tak kalau tak bincang sekarang. Takkan masa saya tengah drive ini awak nak bincang pasal ini?

Ku: Oh, ok..sorry
Sambil menyimpan kembali handset ke dalam beg. Terdiam.

Mula berfikir. Ye lah, betul juga katanya. Ku ini kejam sangat nak bincang pasal benda ini masa dia sedang drive selepas 2 hari di satu daerah join program yang memenatkan. Tak baik betul ku ini yang tak reti-reti bersabar dan tunggu dia berehat secukupnya. Tambah kejam bila teringat akan masalah kerja yang bakal dihadapi keesokan harinya nanti. So, kupendamkan sahaja cerita perbincangan.

Dia perasan lama ku terdiam. Lalu ku kumpul kekuatan untuk senyum.
Dan hatiku kembali tenang.

p/s : belajar untuk memahami.

Tuesday, February 22, 2011

Perlu ke diet bila...

Salam korang!

Hujung minggu lepas saya ada pergi jumpa wedding planner untuk majlis belah lelaki. Daripada pertemuan itu kan saya rasa macam majlis belah lelaki ini akan jadi meriah sangat sebab cara wedding planner tu present pada kami itu memang nampak grand. Tema warna sudahpun ada dan memang jarang saya tengok combination warna pilihan ini dalam majlis lain. Seronok pula bila dia tolong fikirkan dan plankan untuk kami. Tema masih lagi dirahsiakan. Nanti-nantilah saya reveal ye.heh~

Kami ada discuss pasal hiasan dewan, hiasan backdrop, meja makan beradap (tak ada pelamin ye), meja VIP, walkway dan meja-meja tetamu. Dia propose banyak design dan kami tinggal nak pilih sahaja. Senang kerja kan. Alhamdulillah, part itu semua macam ok cuma probnya adalah untuk confirm dengan penjaga dewan sama ada boleh sediakan dewan mengikut tema warna yang kami pilih itu atau tidak. Hmm..warna jarang orang pakai memang susah sikit kan.

Then, proceed pula kepada pakaian kami. Firstly, baju sayalah kan. Hmm..yang ini memang berfikir jugalah kan nak design apa. Puas saya belek majalah yang ada atas meja butik untuk cari design terbaik tapi tak jumpa. At last dia ada tunjuk design salah seorang customer dia. Baru dapat idea nak buat macam mana kan. Tiru sikit sahajalah design customer dia itu. Yang lain memang dapat idea daripada majalah dan juga baju yang saya admire iaitu baju yang dipakai Kak Ikin (isteri abang Zairi). Saya dapat contact wedding planner inipun daripada Abang Zairi.
Thanks bro! Then proceed to tudung dan juga kasut. Nantilah cerita details pasal ini.

Apa kena mengena dengan diet?

Ok, masa tengah cerita pasal baju, mak tunang dok ingatkan supaya dia (tunang) jaga makan aka diet supaya baju tak ketat bila majlis nanti. Sebabnya majlis nikah dengan majlis belah lelaki beza 4 minggu. At last, bukan mak dia sahaja yang susruh diet, tapi wedding planner sekali sebab dia kata lelaki ini bila sudah kahwin cepat naik lagi-lagi tang perut. So, 4 minggu itu kena dietlah kan. haha. Ok, ingatan itu juga adalah untuk saya sendiri. Diet ok!

ok, bai!

Friday, February 18, 2011

Pantang Larang sebelum diijabkabul!

Salam korang!

Heh, hari ini nak sentuh sikit pasal isu kapel dan bertunang. Pendek kata perhubungan antara lelaki dengan perempuan sebelum diijabkabullah kan. Lama rasanya tak jengah Zaharuddin.net. Sekali pergi sudah tukar wajah. Suka sebab guna background putih dan tulisan hitam. Senang nak baca kan.

Tertarik dengan tajuk cerita berkait dengan hubungan sebelum diijabkabul. So, saya ambil copy dan paste sedikit daripada entry beliau di SINI. Memang banyak juga isu lain yang berkaitan dikupas oleh Ustaz Zaharuddin tapi saya nak share yang ringkasan sahaja.

ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-


  1. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
  2. Haram ber"dating" dan berkapel tanpa disertai mahram yang thiqah.
  3. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat sama ada sms, phone, chat, mesengger.
  4. Awas fitnah masyarakat sekeliling.
  5. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
  6. Haram melihat kepada aurat masing-masing.
  7. Awas daripada bertukar gambar.
  8. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.


Selebihnya korang baca sendirilah ye di blog zaharuddin.net.
So, peringatan ini bukan hanya untuk korang tapi juga untuk saya sendiri. huhu~
Salam Jumaat dari saya =)
bai!

Friday, November 5, 2010

Minta bantuan : Mencari Pakej Pelamin untuk Majlis Pertunangan?

Masalah..
Masalah..
Saya ada masalah ni.
isk, macam mana ye nak cakap..

Kalau Hana Love Nest sedang mencari-cari blog shop cupcakes untuk hantaran. Saya pula mencari-cari Pelamin/Mini pelamin dengan budget RM400 - RM500. Agak-agak ada tak?

Boleh suggest kan tak pada saya mana mahu cari?
Ya, saya tahu ramai ni yang dah bertunang/nak bertunang/nak kawen/sah kahwin.. Mesti tahu kan. Tolong ye. komen di entry ini untuk sebarang cadangan bernas.

p/s :
Sekarang ini ada 1 choice yang ok tapi over budget sikit iaitu RM550.
Tapi kalau grab memang berbaloi la sebab cantik gila beb. Tapi still under consideration.
Tolong ye bagi suggestion yang best-best. =)

p/s : tadi tengok TV, DUN Batu Sapi dimenangi oleh BN. Dan dengar cerita juga DUN Galas pun BN menang dengan majoriti 1190 undi berbanding PAS. Pepun, semoga kedua-dua pemimpin baru kawasan tu nanti dapt berkhidmat sehabis baik dan berbakti kepada masyarakat. Jadi jadi wakil rakyat lelap pula kan. Rakyat dah bagi kepercayaan itu.

Friday, July 23, 2010

Happy 1st Anniversary my BF

Hari ini tarikh keramat.
23/Jul/2009 saya telah mula serius berhubungan dengan my Orange Sweetheart.
Dan pada 31/Jul/2009 kami dipertemukan.
Kalau ikutkan saya berkenan dengan dia dah lama.
Sejak bulan May/2009 lagi. Tapi susah juga nak mengorat dia.
Macam-macam syarat kena saya penuhi sebelum saya dapat memiliki dia.
Tapi berbaloilah kan.

Kini sudah setahun kami berhubungan.
Dan dia memang BF yang baik.
Tak banyak ragam.
Saya senang dan sayang sangat pada dia.
Walaupun dia pernah masuk hospital selama 2 minggu atas kecuaian saya.
Tapi ,dia tetap setia dengan saya.
Baguskan dia?

Tunang?
Oh tidak, bukan dialah.
Buat masa ini tunang dah jatuh tempat kedua.
Dia ini lagi penting buat masa inilah.
Mana taknya.
Dah banyak dah duit gaji yang saya korbankan untuk dia.
Dan pastinya tunangpun tak cakap apa sebab tunangpun juga terlibat masa dia masuk hospital dulu.
Nak cakap cuai itu tidaklah.
Dah kata takdir.

Habis itu siapakah dia?
Baiklah, biarlah saya berterus terang.
Inilah dia my Orange Sweetheart.

Inilah keadaan dia sebelum ditahan di 'hospital'

kesian dia kan masa ini.
Sedih sahaja saya tengok. Cedera parah.
Tapi sekarang dia sudah sembuh.
=)

p/s : Road Tax pun sudah renew. Lega!

Wednesday, May 5, 2010

Journey to Pantai Timur 2010 bermula~

Lepas dah bershopping bagai, kamipun bersiap untuk check out daripada istana hinggap kami itu.
Packing2 barang semuanya masuk kereta,

Kami terus bertolak.
Ayah singgah di Pasar Besar Kerteh untuk membeli ikan fresh.
Saya dn kakak pula diamanahkan mak untuk cari asam jawa yang salut gula.
Kami beli 10 peket dengan harga RM10 sahaja (murah betul)
Dan juga keropok ikan goreng 10 bungkus dengan harga RM10 juga.
Lepas itu kami hanya berhenti mengisi minyak di stesyen petronas berdekatan sebelum berhenti makan tengahari di Bukit Besi.

Kami sampai ke rumah atuk dan nenek kira2 pukul 3 petang.
Hari yang panas dan dalam rumahpun cukup panas.
Kami hanya lepak beramai-ramai di beranda (open air area) supaya tak rasa panas terkepung.
Lepak2 minum air teh o sambil sembang mambang.

Tak lama lepas itu, moksu saya.
Moksu saya ni adik ayah yang bongsu tapi umurnya muda daripada saya.
Sambung borak2 sampailah terkeluar cerita pasal majlis tunang moksu saya ni yang akan dibuat selepas raya puasa tahun ini.
Tapi moksu saya ni tunang tak lama sebab dia akan kahwin pada awal tahun depan.
Plan masa cuti CNY.
Sengaja saya nak share di sini supaya tak lupa.
Ucapan tahniah kepada beliau sebab cepat ketemu jodoh.
Umur dia baru 23 dan akan kahwin umur 24.
Saya sekarang dahpun 25.
hoho~

Inilah moksu saya..


p/s: Tak ada banyak gambar kali ini.Tak terpikir nak snap banyak2 pula.huhu~

Wednesday, March 24, 2010

Majlis Pertunangan FARHANA & FEROZAM

Sabtu lepas saya memang pergi banyak tempat..
Selain daripada tengok Belon Panas, ada lagi aktiviti lain yang masuk dalam diari 20/Mar/2010 saya..
Saya ke majlis tunang sahabat satu sekolah sejak sekolah rendah dulu..
Namanya Farhana dengan kawan sekolah kami juga Ferozam..
Mereka ni sangatlah sweet together..
Mukapun dah dekat2 sama..
I like..=)

Tema pertunangan dorang ialah silver..
Pelamin, mekap dan baju memang ditempah khas from Zaifie Zainal..
Yang turut bertanggungjawab sebagai wedding designer untuk kakak saya hujung tahun lepas.
Menang cantik dan superb..
Kawan saya tu sudah transform jadi cantikkk sangat..=)

pepun, jom layan gambar yang saya put randomly..
tak ikut flow..


Ni lah kawan saya farhana aka Fana..
Daripada imej ganas terus transform jadi ayu beb..=)
Inilah hantaran yang ada..Meriah 11 balas 9 tuh..
Uniknya dorang jadikan kasut sport sebagai hantaran..
Atas kek tu ada nama samaran mereka berdua..
So sweet kan..
Masa ni sesi perbincangan dah nak dimulakan..
Uncle berbaju melayu hijau lembut tu wakil perempuan..
manakala yang disebelahnya yang berbaju merah tu pula wakil pihak lelaki, Zam..
Dua tu golongan Datuk2 yea..
Yang berbaju melayu warna coklat itulah bapa Fana, En. Wahab..
Kami berlima ni rakan sesekolah masa di SMKP Batu 14 Puchong.
Most of them last jumpa masa form 4..
Contact thru FB je..
Baru sekarang bertemu kembali..
Dari kiri Che Nurul, Linie, Nani, saya dan Sara..

Nah, baru ada gambar mereka berdua..Ni lah pelaminnya..cantik kan?
Congrats both of u..=)
Sayapun melaram sekejap di pelamin itu.
Nasib baik ada peluang nak bergambar dengan Fana berdua..
Dia ni popular ok..
Ramai sangat yang datang masa majlis ini..
Inipun sebahagian lagi kawan2 sekolah..
Dari kiri Ain, Hawa, Nani, Lieza dan saya..


Saya cuma berada di majlis sehingga betul2 masa sesi discussion dansarung cincin selesai disebabkan ada jemputan lain pula.
Pukul 4 macam tu kot kami beransur.
Sempat saya ambil 2 keping kecil kek coklat untuk dijamah masa dalam perjalanan.
Jauh jugalah nak sampai ke destinasi seterusnya sebab dari Puchong ke Kg. melayu Subang kan..

p/s : tak sempat nak reveal hadiah misteri cikmin bagi kepada saya..
Nanti saya buat entry khas ya Cikmin..=)

Majlis Perkahwinan Huda ex-schoolmate~

Kalau tak silap, bulan lapan tahun lepas saya ada tulis entry pasal majlis pertunangan sahabat sekolah saya ni..
Majlis tunang dia memang meriah sangat..
Pakaian tunang diapun meriah macam nak kawen..
ekeke~
Boleh godek kat SINI kalau nak tengok kemeriahan majlis tunang dia
Saya tepek satu gambar masa tunang dia dulu sebab gambar dia kahwin belum ada..

tema time tunang purple..

2 minggu lepas hari Isnin saya dapat mesej darinya menjemput secara tak formal ke majlis perkahwinan dia yang bakal berlangsung 14/Mar/2010..(minggu lepas)
Saya jawab ringkas sahaja "InsyaAllah, kalau takde urusan akan sampai ke majlis"

2 hari selepas itu saya panggilan darinya di waktu malam.
Dia nak hantarkan kad jemputan dan saya mencadangkan dia menghantarnya esok sebab dah lewat malam untuk dia menghantarnya masa itu juga.

Esoknya, dapat panggilan di waktu tengahari.
Dia sudah sampai depan rumah saya untuk menghantar kad jemputan.
Sedangkan saya masih di office.
Saya cuma cadangkan dia selitkan kad itu di bawah pintu rumah.
Alhamdulillah balik sahaja dari kerja,saya nampak kad tu dah selamat atas meja.

Hari yang dinantikan tiba.
Alhamdulillah berjaya juga saya menjejak kaki buat kali ke berapa ke rumahnya..
Memang keadaan dalam rumah dah berubah.
Mungkin family dia dah renovate rumah sampai ruang tamu jadi besar sampai ke dapur.
Dulu ruang antara dapur dan ruang tamu dipidahkan dinding dan hanya dihubungkan dengan satu pintu..
Sekarang nampak lebih luas.

Malangnya sampai sekarang gambar yang ada gagal di upload sebab saya guna hset kakak yang canggih itu untuk ambil gambar.
tak sempat lagi nak masukkan ke PC..
Tema dia oren putih.
Cantik juga..

Bunga pahar yang diletakkan di sisi kiri dan kanan pelamin bukan dihiasi sebiji telur setiap satu seperti yang biasa kita lihat di majlis2 kahwin.
Tapi lebih mewah sebab dihiasi sebiji coklat Ferrero Rocher..
Pergghhh..maalangnya saya tak sempat nak dapat sebab balik sebelum majlis bersanding..
Kalau saya join tepung tawar mesti dapat punya..
cisss~

Saya memang berjaya sampai ke majlis dia tapi tak lama..
Tak sampai sejampun saya di majlis Huda..

Di sini saya ingin mengucapkan tahniah sekali lagi kepada Huda yang secara rasmi dah bertukar status daripada Cik Huda kepada Puan Huda..
Tahniah, awak memang namapak sangat cantik pada hari tu.

p/s : Nanti dah ada gambar saya update k..=)
p/s/s : tengah tunggu gambar tengok hot balloon dan majlis tunang sahabat yang lain..

Monday, August 24, 2009

Budak kecik gile mekap~

Alkisahnya masa majlis tunang kakak saya..
Adalah si comel yang kiut miut..
Kalau tak silap umur baru 5 tahun..
Duk menyendeng la kat bilik bakal tunang lepak..
Masa nih upacara merisik dan menunang dah settle..
Tinggal aktiviti makan2 je..

Saya lepak la join sekali..
Saya snap2 la gambar tunangan orang nih..
Yang ada kat bilik tu selain dia, kakak sedara dan si comel yang suke dipanggil kakak tuh..

Masa tu la die sibuk2 kat meja solek kami..
Capai eyeshadow, tepek2 kat mata..
Lepas itu ambil pulak pelentik bulu mata tu sambil tekap la kat area bulu mata tuh..
sambil mulutnya x berenti bercakap..

" pakai la ni macam ni.."

merujuk kepada gincu..Dijuihnya bibir sambil mengenakan gincu tersebut.
merujuk juga kepada eyeliner..memang terror adik nih touch up muka..

" pakai la kat sini"

merujuk kepada eyeshadow yang kakak saya beli dekat RM60 harganya..
yang jenis cream ada glitter2 gitu..

" guna la benda ni..tak sakit~"

merujuk kepada alat pelentik bulu mata tu..
padahal tak kenapun kat bulu mata die..
salah budget kedudukan mata dengan pelentik tersebut..
(kami bertiga gelak guling2 tgk gaya die yang asyik cakap 'tak sakit'... memang la tak sakit kalau tak kenapn kat mata tuh..)

Ada picta2 menarik masa si kakak nih tengah menggedik..
Haha..
Sile rujuk..
erm..masa nih ok lagik..

ok, nih die tunjukkan kat mana nak pakai eyeshadow..

Ni lak cari nak praktikkan..
tgk tu..kusyuk die ngadap cermin..

secara close up..

Budak2 zaman sekarang~
huhu..

Wednesday, August 19, 2009

Engagement Day of my SiS- Part 2

Salam..
Last post tiada picture tunangan orangpun kan..
ehehe~
Saja ja nak kasi suprise pada kamu semua..

Ok la..
saya update sikit lagi yer..
Bermula dengan picture orang penting kat bilik..
ade pulak si kecik berbaju merah..
adeh la~







hantaran2 secara close up..
Bermula dengan cincin ..





Kemudian laks barang tu 'langkah bendul'





Kemudian pula buah-buahan..



Last sekali kek secret recipe..
Tengok tuh..dah 'mendap' kek tu sebab dah lama berpanas..
Lepas je snap picture tu terus sumbat dalam peti ais..






Ni pula aktiviti sarung cincin ke jari manis oleh wakil pihak lelaki..
Tu dia kakak saya serba pink..
Tudung tu kalau tak silap dia beli kat Miri..
Cantik kan?
Meriah gitu..



ni ada pic random..die edit sendiri picture nih..minta saya upload kat sini..








Last sekali acara penyerahan cincin dan kain ela buat baju kurung kepada kakak sulung saya..
Bestnye jadi kakak dapat rasa cincin emas free~
Rasanya sayapun kena sediakan jugak nanti..
huhu~



K la..
last picture..
random gambar picture family..


babai..see ya next round..

Monday, August 17, 2009

Majlis Pertunangan my sista berakhir sudah~

Assalam..
Salam pagi..
Pagi nih saya tak larat nak pergi kerja..
Badan sakit2 kesan kerja keras sehari suntuk semalam...
Dah la sehari sebelum tuh panjat air terjun sg.gabai..
sakit kaki..

Tapi nak berinternet tiada masalah..
nak berblogging apetah lagi~
Sebab hanya perlu duduk sahaja..
haha~
aci x?

Tentatif kasar saya dah cerita dalam post semalam..
So, saya nak wat story bergambar laks la~
Sile layan yer..

ni masa awal pagi..
tengah buat aktiviti memasak di dapur..
hehe~ tapi kenapa kat tangan saya ada cawan..
wat keje ke minum air..?
ehehe~



bahan2 nak masak..
dah siap basuh tu semua..



3 makcik bersaudara tengah buat kerja memotong sayur..
saya? tengah snap picture..
ehehe~





yang berbaju hijau itu jiran saya..
hehe~



dari kiri..
kakak sulung saya..makcik saya...kakak sedara dan last makcik saya jugak..




Masa nih jam dah pukul 1..
Saya dah bersiap cantik2..
Bakal tunagan orang pula sedang bersiap kat bilik~

Suasana rumah yang dah bertukar wajah jadi istana..
err.tak..tipu jer..
hehe~

ni bilik bakal tunangan orang..
serba hijau..
comforter tu baru je tukar pagi tersebut..
gile express~



Ni ruang ambil makananan untuk tetamu2 yang hadir..



Ni laks ruang tuk berdiskusi..
err..ruang penting..
upacara merisik dan bertunang akan diadakan diruang ini la..
luas dan selesa..
cuma tak comfort la sebab tikar rotan.
huhu~




Ramai dah duk berkumpul kat ruang tamu bawah..
ada tivi kat depan nun..
layan MELODI kut masa nih..
haha~



dari kiri..
makcik jiran saya..
dan juga mak saya..
makcik Bedah namanya..
Beliaulah yang membantu menyediakan bihun goreng yang spesel..
sedap..



Saya enterframe sudah..
tengah nak bubuh bawqng goreng dalam bekas..
Tetamu akan bubuh sendiri dalam sup masing2..
termasuk juga daun bawang dan daun sup..



Aduh..ayam goreng madu yang menarik perhatian..
Sedap woo..
ayam nih la jugak yang cepat habis..
macam pisang goreng panas daa~




Acara rasmi pertunangan dah mula tuh..
masa ni la saya ditugaskan jadi jurufoto..
lemah je rasa~
ok x nih gambar2 saya snap nih..?
dan2 amek gambar hantaran dulu..
saya ada explain pasal hantaran nih semalam kan...




keadaan di rumah masa sesi risik dan tunang berlangsung..
bakal tunangan orang ada kat dalam bilik...



Ni wakil belah pompuan..
ujung sekali yang pakai baju pink tu ayah saya..
so sweet ayah saya..



Yang ini pulak wakil belah lelaki..
8 orang semuanya termasuk kanak2..
ehehe~



Aci tak kalau saya wat part 2 pulak untuk sesi seterusnya..
panjang pulak post nih nanti..
belum snap lagik picture hantaran secara dekat..
sesi sarung cincin pun belum lagi..
sesi makanpun belum lagi..
see ya~

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics