Followers

Showing posts with label gengblogger. Show all posts
Showing posts with label gengblogger. Show all posts

Tuesday, October 26, 2010

Perlukan votes anda :Peluang Blogger + Tweeple + Facebooker ber gathering besar!

Sila bertenang ye semua. Ok, saya tahu ramai yang sudah tahu pasal Digi Youth : Free Your Ideas. Dan saya juga tahu ramai yang tahu Digi akan sponsor RM10,000 kepada idea yang dapat top 1 setiap minggu. Maknanya idea itu dapat direalisasikan dengan bantuan RM10,000.

RM10, 000 tu? bukan rupiah ok. Banyak itu. Kalau dapat sponsor RM10,000 ini untuk gathering for sure nanti akan lebih happening!

Macam mana nak dapatkan RM10,000 ini?

Joe dah buat part dia iaitu create idea. Kerja kita senang sahaja.Tak pakai duitpun. Hanya perlu sikit masa anda dan juga VOTE anda.

image

Mula-mula, Korang klik SINI untuk ke page yang sebiji macam atas ini. Baca sikit tulisan dalam column biru itu. Then,

  • Siapa-siapa yang rasa dia blogger dan teringin nak jumpa blogger-blogger hebat, tak hebat, hensem, lawa, cute, cun kacak, manis ?
  • Siapa-siapa yang rasa dia facebooker dan dia teringin nak jumpa kawan-kawan facebooknya yang hanya dikenali di facebook?
  • Siapa-siapa yang rasa gathering yang Joe buat dulu tak cukup umph sebab kekurangan budget dan korang nak pergi gathering yang lagi best?
  • Siapa-siapa yang yang nak jumpa rakan-rakan twitter mereka?
  • Siapa-siapa yang seperti disebut di atas yang masih belum VOTE, korang kena VOTE sekarang.

Di mana tempat VOTE nya?

Haa, korang scroll ke bawah sikit dalam page yang sama. Korang akan nampak ada 4 button macam kat bawah ini.

image

Selain daripada VOTE, korang juga boleh sebarkan melalui;

  • FB wall korang dengan tekan je button putih kiri di belah kiri itu.
  • Twitter korang dengan tekan je button hijau.

SENANG SAHAJA kan?

Kenapa wajib undi sekarang ?

Ya,wajib sekarang sebab undian akan ditutup pada 26/Oct/2010 jam 7.00 malam!

Masa dah suntuk sangat ni. Korangpun kena juga sebarkan kepada kawan-kawan korang. Kawan kawan korang pun kena sebarkan juga kepada kawan-kawan mereka. Masa inilah nak tunjukkan kekuatan sebenar Blogger, Facebooker dan Tweeple.. Bak kata orang dulu dan sekarang BERSATU TEGUH BERCERAI KITA KAWEN LAGI ROBOH dan USAHA LIFT TANGGA KEJAYAAN.

digi youth!

Lagipun sekarang kita dah berada di ranking ke 12. (semalam ranking 11 hari ini jatuh pula). So, undi setiap daripada korang amatlah bermakna untuk sampai ke ranking 1.

Nak tangok ranking macam picture di atas ini, klik SINI.

Update terkini : 7.48am 26/Oct/2010

Ranking dah naik ke 9!

APA TUNGGU LAGI.

MARI KITA PESTA VOTE!

Sunday, July 18, 2010

GengBlogger nak buat kecoh di Time Square pula!

Cakap pasal Gengblogger, siapa yang tidak kenal.
Siapa blogger yang ketinggalan memang rugi besar.
Dan Gathering Gengblogger yang dibuat awal bulan July lepas memang satu titik permulaan yang baik untuk menyemarakkan lagi semangat ukhuwah antara blogger sebab dapat berjumpa secara realiti.
10 July 2010 memang tarikh yang akan menjadi kenangan terindah sebagai blogger =)

Kepada yang tak dapat join Gathering Gengblogger yang masuk Kosmo! tu jangan rasa sedih.
Kenalah sentiasa alert dengan perkembangan terkini gengblogger walaupun dah hampir seminggu saya tak dapat login Gengblogger page.
Entahlah, tak tahu kenapa tapi ternyata masalah itu turut dihadapi rakan2 Gengblogger yang lain.
So, Kong perlu ambil inisiatif untuk fix problem tu.

Oh ya..
Tadi semasa blogwalknig di blog kawan-kawan terjumpa update Nabiel berkenaan 2nd event gengblogger yang akan dibuat sebelum puasa.
Bowling time pula kali ini.
Saya tak sampai hati untuk tak sebarkan maklumat ini lagi-lagi bila ada komen2 blogger yang clain tak tahu dan tak dapat information berkenaan perjumpaan tersebut.
So, here I reveal siap-siap.

Bila check di blog Joe, ternyata dialah 'dalang' untuk event kali ini.
So, bila baca post dia, rupanya planning ni belum confirm pun.
masih under 'draft' dan belum 'publish' lagi.
Ini antara details yang saya kutip daripada blog joe berkenaan event ini.
(memang betul-betul copy cat sahaja ni)

gambar ni pun copy-cat di blog joe juga.
Nama : GengBlogger Bowling Time
Tarikh : 7 atau 8 August 2010
Tempat : Times Square
Masa : 10 am hingga 3 pm
Tentatif :
10.00-11.00 pm : Pendaftaran Blogger
11.00-1.00 pm : 'Bowling Time!!'
1.00-2.00 pm : Rehat, solat
2.00-4.00 pm : Upacara penutup + Makan + Pertukaran Hadiah + Penyampaian hadiah

Bowling time
1) Berbentuk pertandingan
2) Setiap blogger akan dipecahkan kepada kumpulan kecil (4 Orang satu kumpulan) yang mana pemilihan ini adalah secara rawak. Pihak penganjur akan memastikan tiada blogger yang kenal antara satu sama lain berada dalam satu kumpulan yang sama
3) Hadiah untuk Best Man, Best Woman, Best cheerful team, Best scoring team, akan disediakan

Sesiapa yang mahu jadi ajkevent, sekali lagi email nama dan url blog ke joegrimjow@gmail.com

Saya?
Berminat nak join tapi nak jadi AJK apa ye? takut tak mampu nak fully committed je.

Wednesday, July 14, 2010

Berita Hangat : GengBlogger masuk paper!

Alkisahnya masa gathering GB tempoh hari, Joe adalah brief untuk sesi petang.
Katanya akan ada sesi liputan bersama wartawan akhbar Kosmo dalam pukul 3.30 petang.
Dengar sahaja dia cakap macam gitu terus rasa macam keciwa.

Haruslah keciwa sebab masa itu saya dah pulang.
Hoho~
Tapi bila Kak Asfieda khabarkan yang gambar yang di snap ramai2 sebelum saya balik tu akan masuk akhbar itu, maka terus rasa teruja.
Tapi, tak tahu pula akhbar hari apa akan tersiar cerita kami itu.

Tup2 pagi ini check di FB, saudara Joe ada buat satu shout bawah ni

Rupanya masa hari gathering tu pihak Kosmo dah khabarkan siap-siap yang artikel berkenaan liputan gathering kami ni akan masuk akhbar hari Rabu.
Saya sahaja yang duk tertanya-tanya.

Joe dah update pun pasal artikel ni.
Gambar dia letak memang besar punya.
Muka setiap orang jelas cuma kualiti gambar sahaja yang tak berapa cantik.
Biasalah surat khabar sahaja kan.
Gambar paling clear sepatutnya macam yang ada kat SINI
Apapun tetap berbangga sebab kejayaan gathering pertama kali komuniti gengblogger ini mendapat sambutan ramai dan paling best dapat liputan akhbar.
1 page tu diperuntukkan untuk event kami.

Rasanya macam dah lemau sahaja cerita pasal masuk paper Kosmo ni sebab dah ramai sangat yang update.
So, kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah serang Entry Joe , Entry Ery Farieha, Entry Syahirul, Entry KakInaKL Entry Kujie DAN Entry Azrul Hisham

p/s: tak sabar rasanya nak tunggu event seterusnya yang berkaitan dengan boling. Walaupun juara longkang sahaja..kuikui~

Monday, July 12, 2010

Gathering GengBlogger superb best!


ok, saya terus terang bahawa sayalah yang memujuk penganjur supaya buat sesi bergambar awal.

Begitu ramai blogger yang dah menceriakan pengalaman menarik di Gathering GengBlogger sabtu lepas kelolaan Joegrimjow dan dibantu AJK2 yang menurut Joe hanya berdiskusi melalui alam maya sahaja.
Thumbs up to AJK2 Gathering sebab berjaya menganjurkan event ini.
Usaha keras anda amatlah kami blogger2 hargai.


Sampai sahaja di sana terus kena melapor diri. Macam nak register untuk sambung belajarpun ada.

Walaupun saya terpaksa pulang awal, tapi saya tetap enjoy dapat berjumpa rakan2 blogger yang sebelum ini hanya kenal di alam blog dan berkenal-kenalan dengan rakan2 blogger yang sebelum ini tak kenal.

Matlamat untuk beramah mesra dengan blogger2 tercapai juga.
Ramai blogger yang saya pernah kenal sebelum datang gathering antaranya Joe, AzizanKadir, BroFramestone, Kakinakl, Violet, Huda Luna, Ery Farieha, Fa Rid mofasad , Sigg (walaupun ia mengaku tak ada blog), Intan, Hairi, dan beberapa orang lagi yang saya terlupa..oh..memory dalam kepala dah makin kaput. Tolong bantu saya. Ada petua untuk kuatkan ingatan?
Yang lain macam Syahirul, Azrul , Miro , Zool ligakampung , Yusenze , dayah , rhapsody lin , anak kujie, Intan dan yang lain tu semua saya kenali semasa gathering.

Memang happening sangat2 lagi2 dengan hadirnya blogger istimewa, Encik Syukur yang claim umurnya baru 15 tahun.
haha~

Tapi bila balik tengahari, rasa macam rugi sebab aktiviti belah petangpun menarik lagi-lagi bab2 perkongsian berkenaan blogging tips oleh blogger2 hebat seperti Kujie, Ariff Shah, Darkbatman dan Mr. Kay.
Kalau tak kerana ada urusan, memang saya akan terus melekat sahaja di Taman Cabaran, Precint 20 tu sampai program habis.

Cerita pasal gathering rasanya ramai dah update.
Boleh terus ke link kawan2 yang yang saya jumpa seperti yang di listkan di atas.
Paling banyak update ialah Joe la sebagai pengelola kan.
So, rasa macam tak ada apa nak cakap melainkan rasa enjoy!..
Harapan saya akan datang akan ada lagi program macam ni.
Dengan pengisian yang lebih mantap kot.

Sekian untuk kali ini.
Babai~

p/s : adoila, macam mana boleh terlepas blogger kegemaran saya dalam entry ni? LongHaffiz Si Perantau London punya link tak ada serius tak perasan. Ingatkan dah letak. huhu~

Saturday, July 10, 2010

Jumpa blogger di Gathering GengBlogger =)

Baru balik daripada tengok Eclipse.
Komen pasal Eclipse?
Nanti-nantilah yea. =)

Beberapa hari lepas saya ada cerita pasal kekeliruan yang saya hadapi.
Tapi semalam segalanya telah terjawab.
Saya dah tak keliru lagi sebab saya boleh pilih kedua-duanya.
=)

Yang first tu sebenarnya pasal kecik sahaja.
Saya dah plan nak pergi gathering tetapi my F dan beli tiket Eclipse secara online pukul 3.00 ptg.
Jadi, saya dalam dilemma sebab gathering itu masanya daripada pukul 10 pagi hingga pukul 5 ptg.
Cara settle pergi gathering dulu sampai pukul 1.
Then, gerak untuk pergi tengok Eclipse.

Dan Alhamdulillah.
Segalanya berjalan ikut planning.
Kami sempat berkenalan dan ambil gambar dengan semua blogger yang pergi.
Cuma tak sempat nak melibatkan diri dalam program sebelah petang yang lebih menarik iaitu sesi sharing pasal alexa, pagerank oleh Ariffshah dan juga perkongsian berkenaan pengalaman berblog oleh kujie.
Dan paling rugi ialah Kosmo datang buat liputan program pada pukul 3.30 petang.
Huhu..Rugi2..kalau tidak boleh masuk paper.
Cerita lanjut pasal gathering juga saya akan ceritakan kemudian.

Kami gerak dari Taman Cabaran pukul 1.20 petang.
nasib baik my F cekap cari jalan yang tak sesak dan kami berjaya sampai awal setengah jam sebelum tayangan bermula.
Sempat solat, beli makanan untuk makan2 dalam panggung (lapar sangat2 sebab tak makan tengahari awal).

P/s : Express update tanpa ilustrasi menarik. tak apa next entry saya update details =)

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics