Followers

Tuesday, May 31, 2011

Kasihan Allahyarham Tan Sri P Ramlee!

Salam korang!


Semalam baca surat khabar online di office. Almaklumlah hanya ini sahaja website yang boleh dilayari kan. Yang lain banyak dah kena block. huh! Terbaca cerita menarik yang first time kot saya ketahui. Sebab sebelum ini kita hanya dihidangkan dengan sisi kegemilangan Allahyarham P Ramlee pada zaman beliau masih hidup. Jom le baca apa pula sisi gelap kehidupan beliau. Jom..

Bintang yang tiada ganti


Oleh Hafizahril Hamid













TARIKH 29 Mei hari ini merupakan genap 38 tahun Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pergi meninggalkan kita. Namun hakikatnya bak kata pepatah beliau pergi meninggalkan nama.

P. Ramlee pastinya akan dikenang dan dicatat dalam sejarah sebagai orang Melayu paling berbakat dalam bidang seni bukan sahaja pada zamannya namun tetap kekal di ingatan selagi hayat dikandung badan.

Manakan tidak kanak-kanak kecil sekarang yang jauh berbeza zamannya berbanding P. Ramlee tetap mengingati nama hebat ini melalui filem-filemnya yang tetap segar ditonton walaupun telah dimainkan berulang kali.

Dirasakan seolah-olah P. Ramlee itu seakan-akan masih hidup di kalangan kita memandangkan suara dan filem-filem lakonannya masih terus bersemarak dan berbudaya di dalam masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

Pemilik nama sebenar Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh bukan sahaja berbakat dalam semua bidang seni dari lakonan ke nyanyian hinggalah pengarahan dan menggubah lagu malah dikenali sebagai insan pemurah yang tidak kenal erti kedekut setiap kali ada insan lain dalam kesusahan.

Azizah

Dilahirkan pada 22 Mac 1929 di Pulau Pinang, anak kepada seorang ahli pelayaran ini memang begitu mencintai bidang seni sejak dari kecil. Menurut cerita, P. Ramlee kurang berminat dalam pelajaran tetapi lebih aktif dalam bidang seni suara sama ada di sekolah atau di luar sekolah.

Memandangkan minat yang mendalam P. Ramlee telah menyertai pasukan pancaragam Terona Sekampong, Mutiara dan Rindu Malam di luar sekolah namun terhenti akibat meletus Perang Dunia Kedua.

P. Ramlee mula dikesan bakatnya bermula melalui lagu Azizah yang dimainkan pada satu acara pesta di Bukit Mertajam oleh seorang pengarah filem terkenal dari Singapura, B. S Rajhans.

Maka bermulalah karier beliau sebagai penyanyi latar dan pemain biola dalam filem pertamanya bertajuk Cinta keluaran Malay Filem Production (MFP). Selain itu beliau juga bertanggungjawab menyusun lagu-lagu latar selain melakonkan watak pembantu utama dalam filem berkenaan.

Suara emas P. Ramlee telah digunakan sepenuhnya oleh Rajhans untuk mendendangkan lagu-lagu yang dibawa oleh hero yang dikagumi ketika itu seperti S. Roomai Noor, M. Amin dan Osman Gumanti.

Terpilih

Mungkin kerana keadaan fizikalnya yang kurus, bermuka cengkung serta pipinya yang tidak licin, bakatnya tidak dinilai sepenuhnya pada peringkat awal.

Setelah membuktikan beliau boleh melakukan apa saja yang diminta dalam bidang seni, P. Ramlee akhirnya terpilih menjadi tonggak utama dalam filem Takdir Ilahi bersama aktres Neng Yatimah arahan L. Krishnan.

Kemampuannya sebagai anak seni semakin terserlah apabila filem pertama arahannya Penarik Beca keluaran tahun 1955 mendapat sambutan hebat dan terpilih sebagai Filem Terbaik Seluruh Tanah Melayu.

Walaupun telah menempa nama sebagai anak seni, namun keadaan ketika itu sangat berlainan berbanding kemewahan yang melimpah ruah sekarang.

Banglo usang

Beliau bersama pelakon-pelakon lain seperti A.R Tompel, Kasma Booty, D. Harris dan lain-lain tinggal bersama keluarga masing-masing di sebuah banglo usang di Jalan Ampas.

Keadaan ketika itu dimana mereka tinggal dan bekerja di bawah satu bumbung boleh dikatakan makan, tidur malah bernafas hanya untuk seni. Pastinya keadaan sebegini tidak menjadi masalah bagi P. Ramlee yang sudah biasa berbual, berbincang malah bertengkar kerana filem.

Suasana sebeginilah yang mematangkan pemikiran seni beliau apatah lagi dengan hubungan baiknya dengan pengarah filem dan penggubah lagu.

Selain itu P. Ramlee sangat dikenali sebagai seorang yang cepat mesra dan suka bersembang dengan pelbagai golongan masyarakat tanpa mengira darjat dan keturunan. Ini sekaligus membolehkan beliau memahami denyut nadi masyarakat serta ragam dan telatah hidup manusia yang kemudian diserap dalam filem-filemnya.

Maka hasilnya segala gelagat dan tingkah laku manusia serta pelbagai asam garam kehidupan manusia menjadi antara bahan utama beliau dalam berkarya selain sebagai satu usahanya dalam memperbetulkan masyarakatnya.

Ini menjadikan karya P. Ramlee sangat dekat di hati masyarakat sehingga melahirkan ciptaan yang sehingga kini tidak lapuk dek zaman.

Kelemahan

P. Ramlee sepanjang hidupnya dikenali sebagai seorang yang tidak terpengaruh dengan dunia materialisme. Ketika kemuncaknya sebagai anak seni, kemewahan hidup yang mengulit beliau nyata tidak melupakan asal usul dirinya.

Menurut seorang rakan baik beliau yang juga Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussein, P. Ramlee tidak langsung memikirkan tentang soal masa depannya.

Beliau begitu mudah terperangkap dengan pujuk rayu serta mudah kasihan dengan orang yang bercerita tentang kesusahannya. Satu sifat P. Ramlee yang paling menyerlah adalah terlalu baik hati sehingga mengakibatkan beliau selalu ditipu.

Sesiapa sahaja yang berjumpa dengannya bertujuan meminta sedekah dan bantuan pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong.

P. Ramlee sememangnya sangat suka bersedekah dan menolong orang lain terutama golongan anak yatim yang mana semua ini dikeluarkan hasil dari duit poketnya sendiri.

Ditipu

Malangnya terdapat manusia yang sering mengambil kesempatan dengan menipu beliau malah ada yang sanggup menipu dengan meminta bantuan untuk mendirikan masjid. Setelah begitu banyak duitnya keluar namun sampai ke sudah bayang masjid pun tak ada.

Ujar Abdullah lagi, sifat terlalu bermurah hati ini serta percaya kepada semua orang bahawa mereka juga bersifat jujur sepertinya menjadi antara punca kejatuhan beliau sebelum pengakhir riwayatnya.

“Mereka datang dengan niat mahu mengikis duit P. Ramlee dengan cara meminta derma dan bantuan tetapi sebenarnya mereka berbohong kerana semua itu tidak benar.

“Ada antara mereka yang berkata ditimpa malapetaka , terkandas dan sebagainya tetapi itu tidak benar kerana mereka tahu P. Ramlee adalah seorang yang baik hati dan tidak bakhil seperti orang lain di Jalan Ampas,” katanya.

Selain itu ketika hayatnya, beliau sering saja ditipu oleh pihak-pihak promoter yang enggan membuat bayaran setelah beliau dan rakan-rakan selesai membuat pertunjukan.

“Bila selesai show ada pihak penganjur yang menghilangkan diri tidak mahu membayar maka terpaksalah P. Ramlee mengeluarkan wangnya sendiri sebagai ganti-rugi kepada rakan-rakan yang bersama membuat pertunjukan.

“Malah ada pihak yang menggunakan nama anak yatim untuk mencari derma atas nama pertunjukan amal. Sedangkan duit itu akhirnya masuk ke dalam poketnya sendiri,” kata Abdullah.

Dendam

Hakikat P. Ramlee menjadi bintang filem terkenal membuatkan ramai mereka yang terlibat dalam bidang seni menjadi iri hati dan menyimpan dendam serta mempunyai ramai musuh.

Malangnya ramai di antara mereka terdiri dari rakan-rakannya sendiri. Malah setelah ketiadaan P. Ramlee pun ramai di kalangan musuhnya mempertikai keperibadiannya serta mencemuh beliau sebagai seniman yang tidak apa boleh dibanggakan.

Dikatakan pernah wujud satu keadaan dimana terdapat pakatan mahu merosakkan wajah P. Ramlee untuk melenyapkan popularitinya.

Namun Tuhan masih bersama beliau kerana gerakan tersebut terbongkar dan seorang penyanyi yang dihormati ketika itu dikenali sebagai Jasni memberi amaran kepada golongan yang berlagak samseng ini supaya tidak diapa-apakan P. Ramlee.

Selain itu terdapat usaha untuk menyingkirkan P. Ramlee dari Studio Jalan Ampas melalui penyingkiran jawatannya sebagai Presiden Persatuan Artis Malaysia (PERSAMA). Gerakan Kesatuan Sekerja Pekerja-Pekerja Filem ketika itu turut sama mengheret P. Ramlee dalam masalah mengenai tuntutan gaji yang kecil.

Ini menyebabkan P. Ramlee membawa diri ke Kuala Lumpur mengakibatkan suasana di Studio Jalan Ampas semakin muram yang akhirnya ditutup.

Mereka ini akhirnya sedar bahawa kerana manusia bernama P. Ramlee inilah yang telah membawa sinar kejayaan kepada semua mereka.

Bersandarkan hasil karya dan bakat besar P. Ramlee maka adalah tidak salah untuk diberi gelaran Seniman Agung kepadanya. Bagaimanapun semua kejayaan itu tidak akan sempurna tanpa sokongan rakan sekerja termasuk mereka di belakang tabir.

Semestinya peminat tegar beliau dari segenap usia di serata dunia turut sama memainkan peranan agar karya-karyanya terus dihayati ramai dan selayaknya P. Ramlee diangkat sebagai sebutir bintang yang tiada galang gantinya.

Sengaja saya copy artikel surat khabar semalam. Kesian kan sebenarnya pada Allahyarham P Ramlee. Di sebalik kemahsyuran beliau rupanya banyak juga kepahitan yang dilalui. Semoga roh beliau sentiasa dicucuri Rahmat yang Esa.

Saturday, May 28, 2011

Perpisahan Ini : Ingatkan lagu nasyid

Salam korang!

Lama tak tepek-tepek video lagu best-best. Tak ada masa kot nak layan lagu. Dengar sahajalah di radio masa on the balik rumah daripada office. Tapi, entah macam mana terdengar lagu menarik. Cara dorang nyanyi macam ala-ala nasyid. Rupanya bukan daa..

Best gak layan lagu ini dan sesuai untuk buat majlis perpisahan untuk tiap kali korang nak berpidah sekolah, habis belajar ataupun pindah tempat kerja. Touching tu kalau dengar berulang kali lagu nyanyian 1st Edition feat Aizat ini.


Lirikpun dah siap ada dalam lagu ini. Tapi itulah, official video clip tak ada pula. Belum buat kot. Kalau ada lagi best.
ok, da. bai!

Friday, May 27, 2011

Nak jaga kulit punya pasal : Bio Essence

Sejak nak kahwin ini, macam-macamlah nak dicantikkan termasuklah kulit muka. Well, untuk bakal suami juga kan.

So, akhir tahun lepas my fren suggest kan saya pakai scrub St Ives plus Bio Essence Cleanser dan Toner set. Saya memang beli sebiji macam di bawah ini. Err.harganya pun macam yang tertera itulah.

http://3.bp.blogspot.com/_IVBU3YIPIjI/TIopNgRUZfI/AAAAAAAAMFM/3kcBQtYx1-E/s400/bio.jpg

Inilah kotak yang saya harap dapat beri kesan miracle pada wajah saya. heh~

http://28.media.tumblr.com/tumblr_lb2uiaFWvb1qzqfxpo1_400.jpg

Dan scrub inilah saya guna sebelum bersihkan muka dengan cleanser Bio Essence dan kemudian pakai toner Bio Essence. Tapi setelah berbulan-bulan guna tak ada kesan yang memberansangkanpun. Uhuhu..

Jadi saya memikirkan mungkin juga tak cukup dengan hanya guna 3 (scrub, clean, toner). Pergi ke kedai usyhar pula kalau ada produk Bio Essence yang lebih lengkap. Tengok-tengok ada trial kit RM32.90.

http://3.bp.blogspot.com/-hhIqM-jcsIw/TWKSWjHVM_I/AAAAAAAAET0/NNRtgYhdsUg/s1600/DSC03676.JPG


Yang ini ada 5 barang iaitu scrub, deep cleanser, toner, radiant youth essence dan juga face lifting cream. Kiranya lebih lengkaplah daripada hanya 3 sahaja kan. Setakat ini saya dah beli 2set trial kit ini. Tapi masalahnya scrub dia sikit dan cepat benar habis. Toner kalau habispun tak apa sebab toner yang saya beli awal-awal (rujuk gambar pertama entry ini) itu masih banyak lagi. Jadi memikirkan tak ada scrub, sayapun pergi beli Scrub yang sama dengan trial kit. Fuhh, harganya kuss semangat. Terbang melayang RM55.00 lebih.


http://theprettystuffs.com/images/large/Bio-essenceDeepExfoliatingGelATP60g.JPG


Mahalnya ko. Tapi nak cantik punya pasal. Terkorbanlah duitku. Hmm, saya sekarang memang agak addicted dengan Bio Essence ini sebab rasa macam berkesanlah produk ini. Itu pendapat peribadi saya sahaja dan tak ada tujuan untuk promosikan.

k, bai!


All picture credited to google search. ehe.

Thursday, May 26, 2011

Musim

Salam korang!

 

Pernah tak korang terfikir yang dunia kita ini dah makin pelik. Yup, pelik tapi benar.

Contohnya, dulu di Malaysia ada musim-musim tertentu yang hanya akan berlaku pada waktu-waktu tertentu.

 

Musim Buah.

Dulu kalau nak mendapatkan buah durian, rambutan, manggis, langsat duku sekali setahun sahaja ia berbuah. Dan ia berbuah secara hamper serentak dan setiap kali tiba musimnya memang banyak di pasaran sampai harganya jatuh murah gara-gara dah terlalu banyak di jual. Tapi sekarang kita boleh nampak yang buah-buahan ini boleh ada dipasaran hamper sepanjang tahun. Walau bagaimanapun perubahan ini tak ketara sangat sebab memang sepnajang tahun boleh dapat buah-buahan ini di pasaran tapi hanya pada satu musim tertentu buah-buahan ini berbuah dengan banyaknya iaitu antara bulan 5 sehinggalah bulan 9. Betul tak? Kira kalau kita beli masa lain harganya mahallah sebab sukar untuk didapati. Tapi still ada kan.

 

Musim Sales!

Inipun nak rasa pelik juga lah. Sebab dulu ada Year End Sale je kot. Almaklumlah konsep sales ini ialah jualan penghabisan stok yang lama-lama sebelum masuk tahun baru. Bila tahun baru kenalah barang baru dan fesyen baru kan? Tapi sekarang ini Sales sepanjang tahun ada. Bila nak dekat-dekat perayaan sahaja ada Sales. Raya Puasa, Chinese New Year, Deepavali, Krismas dan lain-lain. Jenuhlah rasa macam tiap-tiap bulanpun ada sales kan. Haha~

 

Musim Tengkujuh.

Yang ini memang ketara perbezaannya. Dulu Musim Tengkujuh orang dah boleh jangka bila? Biasanya banjir kilat berlaku setiap hujung tahun. Dalam bulan 11 membawa ke bulan 12 hujan akan turun dengan lebatnya dan masa itulah stesyen televisyen akan memaparkan berita-berita tragik kejadian banjir yang biasa berlaku di pantai timur, utara dan juga selatan tanah air. Tapi sekarang ini bagaimana ye? Siapapun tak dapat menjangka bila sebenarnya musim tengkujuh. Hujan lebat 2,3 hari selepas itu panas pula 2,3 hari. Then hujan semula. Tak mengira bulan dan tak mengira hari  hujan akan turun membasahi bumi.

 

Pendek kata segala dalam dunia ini dah tak ikut system. Lagi-lagi yang melibatkan alam. Kita mungkin tertanya-tanya kenapa sekarang ini dah tak ada musim? Kenapa sekarang ini sudah tak ikut system. Kenapa hujan di waktu bukan musim. Kenapa banjir bukan di hujung tahun. Orang mungkin tak tertanya pasal sales sebab lagi banyak sales lagi bagusss kan.

 

Semua itu adalah disebabkan kita. Kitalah punca kuasa dua tiga empat dan lima kepada kecelaruan system alam sekarang ini. Kalau kita tak tarah bukit sewenang-wenangnya, tak adalah kejadian tanah runtuh. Kalau kita tak tebang pokok sewenang-wenangnya tak adalah masalah kekurangan oksigen, global warming yang disebabkan karbon dioksida yang tak dapat diserap kerana kekurangan pokok. Kalau tak kita bebaskan sisa-sisa kimia ke udara tak adalah masalah berlebihan karbon dioksida, metana dan bahan bertoksik yang dibebaskan ke udara dan menipiskan lapizan ozon kita.

 

Kalau tidak kita membuang sampah dan sisa kimia ke dalam air sungai, tasik atau laut, mungkin sungai kita akan jadi cantik dan boleh menjadi tempat rekreasi terbaik dan tak perlulah kita bersihkan dengan klorin berlebihan semata-mata untuk membersihkan air tersebut. Kalau kita memelihara hidupan bumi yang lain tak akan cair iceberg di kutub utara yang menyebabkan peningkatan paras air laut seluruh dunia. Jangan terkejut suatu hari nanti Bandar-bandar di tepi laut dan pulau-pulau kecil akan ditenggelamkan air laut. Dengarnya Singapura dan New Zealand adalah negara yang dijangka tenggelam dulu jika ini tak dibendung. Di Malaysia pula dijangka Klang akan tenggelam pada tahu 2050 ke 2060 (kalau tak silap) jika kita tak mengambil langkah berjaga-jaga bagi membendung masalah gobal warming.

 

Memang apa yangberlaku di dunia ini adalah aturan Allah SWT. Dan pada umat Islam wajiblah kita bersedia untuk menghadapi segala dugaan ini dengan sabar. Sentiasa bermuhasabah diri dan bersedia untuk menghadapi apa jua dugaan dan cabaran akhir zaman yang kita lihat sudah hampir nyata. Di sini saya baru sentuh pasal alam sekitar. Belum lagi cerita pasal kecelaruan moral manusia yang dah terlalu banyak dikupas oleh ulama-ulama seluruh dunia. Sememangnya Hari Akhirat sudah semakin dekat. Apa persediaan kita?

 

Tepuk dada tanya iman

=)

 

p/s :perasan tak Majlis perkahwinanpun dah tak ada musim kan sekarang ini?

Wednesday, May 25, 2011

Countdown :17 days to go~

Holla dunia..

Hari ini dah 25/May…

17 hari sahaja lagi tuh saya akan menjadi isteri orang. Tak dapat bayangkan 17 hari sahaja lagi saya boleh mengaku bujang. Lepas ini saya sudah menjadi isteri orang. Setiap borang kalau ada column STATUS saya tak boleh nak tulis BUJANG tapi kena tulis BERKAHWIN.

 

Satu persatu perubahan akan berlaku dan kena dillalui selepas 17 hari ini. Lepas itu kena betul-betul menjaga diri dan menjaga suami. Tak boleh dah nak melawan kata dengan suami. Kena ikut segala permintaan dia. Kena control diri supaya tak biadap dengan keluarga dia. Kena control hot temper. Adesss..

 

Kerana syurga di bawah tapak kaki suami. Kena sentiasa buat suami rasa senang. Kena bahagiakan suami. Ianya tak mudah kalau kita susahkannya kan? So, permudahkanlah segalanya. Dan paling penting lakukan segalanya kerana Allah.

 

Dan lagi 17 hari ku kena berusaha kikis sikap tidur selepas subuh (bila time cuti). Kadang-kadang je berjaya tapi most of the time gagal. Lagi-lagi bila sekarang ini tidur di katil baru. Lagilah rasa macam nak tidur sahaja kerjanya Sudahnya pukul 9.30 baru betul-betul bangun. Adess~ lagi~

 

Preparation?

Selagi majlis tak berlangsung selagi itulah still in progress. Setakat ini tak ada lagi masalah. Semuanya mengikut planning. Tapi rasa keterujaan menjadi raja sehari macam belum sampai sepenuhnya. Mungkin 2,3 hari sebelum majlis baru rasa debarannya. Lagi-lagi bagi saya yang selama ini tak pernah berenggang daripada keluarga melainkan semasa belajar dahulu. Lepas ini family saya tambah lagi satu iaitu keluarga mertua.

 

p/s: Sebenarnya macam tak percaya sahaja tarikh itu semakin dekat. Rasa macam baru kelmarin orang itu masuk meminang. Tup tup sudah nak bernikah.fuhh =0

 

 

Tuesday, May 24, 2011

Ambillah hati mak mertuamu~

Salam korang!

 

Hari ini aku belajar satu benda pasal dunia perkahwinan dengan seorang kawan. Bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan kawan-kawan yang baik dan sudi share experience mereka.  Nak tahu apa yang dorang cerita. Daripada cerita pasal makanan terus membawa ke topic memasak. Dah tu apa kena mengena dengan dunia suami isteri. Yeah, saya tahu korang memang bijak kalau cakap pasal nikah kahwin ini.

 

Tapi ianya bukan tertumpu kepada memasak untuk suami tapi skopnya lebih luas iaitu mengambil hati mak mertua. Perghh.. masa dia share baru saya terfikir bahawa saya sebenarnya tak cukup bersedia untuk masuk dalam alam ‘keluarga suami’ lagi-lagi dengan bakal mak mertua. Orang kata kalau nak ambil hati suami kena jaga ‘perut’nya. Ok, memang betulpun tapi macam mana kita nak tahu apa yang ‘perut’ suami kita suka? Benda ini seringkali kita ambil mudah. Suami selalunya tak tahu nak cerita apa yang dia suka. Yang tahu ialah orang yang paling ‘dekat’ dengan dia semasa bujang. Siapa lagi kalau bukan ibunya merangkap ibu mertua. Haaah..dapat tangkap tak apa yang saya cuba nak sampaikan.

 

So, cara nak ambil hati suami ialah dengan mengambil hati mak mertua. Sebab mak mertua yang tahu segalanya pasal suami. Bayangkan daripada kecil ibu mertua memelihara dia sampailah dah bergelar suami. Segala-galanya buruk baik si anak itu dalam kocek dia sahaja. So, cara nak mengorek rahsia untuk mengambil hati suami ialah dengan berbaik dengan mak mertua. Mak mertua itu bukan orang lain sebalik adalah mak kita. So, kenalah jaga hatinya macam kita jaga hati mak kandung kita kan.

 

Bila dengar kawan saya bercerita pasal ini. Terbuka sikit mata saya betapa mencabarnya dunia perkahwinan nanti. Ye la bukan mudah sebenarnya nak menyesuaikan diri dengan dunia baru. Tapi, yang penting jangan putus harap dengan rahmat Allah sahajalah kunci kebahagian. Kena ingat bahawa perkahwinan itu bukan sekadar nak kongsi kebahagian tapi juga berkongsi tanggungjawab. So, bertanggungjawab kepada suami dan ibu mertua itu satu kemestian.

Peringatan inipun adalah untuk diri saya sendiri yang baru sahaja nak berumah tangga.

 

K,bai!

Monday, May 23, 2011

Idea ada tapi ruang tak ada

Salam korang!

Dah berapa lama ku tak update blog ini. Sebenarnya ada kekangan masa yang buat saya tak dapat nak berblogging selalu. Walaupun kadang-kadang idea menulis itu datang. Saya hanya menulisnya melalui email di office dan sent ke email peribadi. Kiranya menulis untuk diri sendiri. Bila ada masa terluang baru saya tarik keluar email-email itu masuk ke blog post.

So, tidak hairanlah bila kadang-kadang saya boleh post entry sampai 2,3 hari direct. Lepas itu sepi tanpa post. Saya just schedule kan entry yang terkumpul itu supaya di post sehari 1 entry. Dan bila ada masa terluang sikit lagi baru saya jalan-jalan blogwalking. Memang saya akui sebelum ini masa saya berblogginh ialah ketika di office (bukan office hour la tapi masa break dan awal pagi sebelum working hour start).

Tapi bila company sudah strict dan telah block FB , Blogger dan hampir semua website popular, ruang untuk saya berblogging dah terbatas. Tapi percaya atau tidak saya still mengikuti berpuluh blog yang menjadi kegemaran saya melalui snaptu application di henset saya. Nasib baik masih ada henpon (walaupun tak berapa canggih) yang dapat menghilang rindu saya kepada dunia blogging.

Jadi, hanya masa di rumah sahaja yang ada untuk online. Tapi masa di rumahpun bukan lama sangat untuk online. Kadang-kadang tak sempatpun nak online, tengok dah sampai waktu untuk tidur. Lagi-lagi sekarang saya memang berada di fasa yang amat busy. Lagi berapa hari sahaja lagi majlis perkahwinan saya akan berlangsung. Makin nak sampai masa itu makin sibuklah saya.

Saya ada dua blog yang saya sayang untuk delete salah satunya. Tapi, sampai masa nanti memang kena delete jugalah kan. Lagi-lagi bila tempoh guna hosting sudah tamat. Saya memang tak bercadang untuk menyambung hosting tapi hanya nak kekalkan domain. So, lepas ini saya akan guna domain noorafzan.com berhostingkan blogger. Tak larat dah nak maintain kedua-dua blog. Tak terjagapun. Kesian tengok blog-blog bersawang selalu. Bloggerpun semakin semakin ramai. Macam cendawan yang tumbuh selepas hujan. Ramai yang saya tak kenalpun.

Idea ada tapi ruang tak ada

Salam korang!

Dah berapa lama ku tak update blog ini. Sebenarnya ada kekangan masa yang buat saya tak dapat nak berblogging selalu. Walaupun kadang-kadang idea menulis itu datang. Saya hanya menulisnya melalui email di office dan sent ke email peribadi. Kiranya menulis untuk diri sendiri. Bila ada masa terluang baru saya tarik keluar email-email itu masuk ke blog post.

So, tidak hairanlah bila kadang-kadang saya boleh post entry sampai 2,3 hari direct. Lepas itu sepi tanpa post. Saya just schedule kan entry yang terkumpul itu supaya di post sehari 1 entry. Dan bila ada masa terluang sikit lagi baru saya jalan-jalan blogwalking. Memang saya akui sebelum ini masa saya berblogginh ialah ketika di office (bukan office hour la tapi masa break dan awal pagi sebelum working hour start).

Tapi bila company sudah strict dan telah block FB , Blogger dan hampir semua website popular, ruang untuk saya berblogging dah terbatas. Tapi percaya atau tidak saya still mengikuti berpuluh blog yang menjadi kegemaran saya melalui snaptu application di henset saya. Nasib baik masih ada henpon (walaupun tak berapa canggih) yang dapat menghilang rindu saya kepada dunia blogging.

Jadi, hanya masa di rumah sahaja yang ada untuk online. Tapi masa di rumahpun bukan lama sangat untuk online. Kadang-kadang tak sempatpun nak online, tengok dah sampai waktu untuk tidur. Lagi-lagi sekarang saya memang berada di fasa yang amat busy. Lagi berapa hari sahaja lagi majlis perkahwinan saya akan berlangsung. Makin nak sampai masa itu makin sibuklah saya.

Saya ada dua blog yang saya sayang untuk delete salah satunya. Tapi, sampai masa nanti memang kena delete jugalah kan. Lagi-lagi bila tempoh guna hosting sudah tamat. Saya memang tak bercadang untuk menyambung hosting tapi hanya nak kekalkan domain. So, lepas ini saya akan guna domain noorafzan.com berhostingkan blogger. Tak larat dah nak maintain kedua-dua blog. Tak terjagapun. Kesian tengok blog-blog bersawang selalu. Bloggerpun semakin semakin ramai. Macam cendawan yang tumbuh selepas hujan. Ramai yang saya tak kenalpun.

Friday, May 20, 2011

Lama tak menulis~

Salam Satu Malaysia!

 

Well, memang quite long time saya tak update blog. Lately saya cepat letih. So, memang tak ambil masa untuk tidur.

Dalam pukul 10 lebih dah mengantuk. Jadi masa yang ada sebelum itu banyak saya habiskan untuk prepare kad jemputan untuk di pos ataupun untuk rakan2 ayah di office. Walaupun aktiviti menggunting, menanggalkan sticker dan menampal ke atas kad dan sampul very irritating tapi dalam rasa geram sebab susah sangat nak tanggalkan sticker daripada backing paper, saya berjaya juga settlekan separuh daripada beratus keping kad jemputan. Nak settle kan lagi separuh itu kena ambil nafas segar banyak-banyak dahulu kot. Letih mak oi!

 

Habis pasal kad, beralih pula kepada langsir mangsir. Saya baru settle pasang 6 langsir di rumah. Ada lagi2 langsir yang saya kena fikir macam mana nak jahit supaya tak meleret sangat tapi still cantik. Hmm, bila pula nak menjahit ye. Mungkin disebabkan 2 benda ini saya jadi cepat letih dan cepat sahaja nak tidur. Bila tidur awal maka masa untuk settle kan wedding preparation jadi makin singkat. Err..tidur mesti cukupkan.

 

Ada beberapa benda nak kena settle sebelum majlis.

Minggu ini;

  1. Kalau tak silap ada jemputan walimatul urus 21hb (Fazila Mechi TIKL) dan 22hb (adik Che Nurul)ini tapi tak sure dapat pergi ke idak. Haih~

  2. Nak settle kan hal2 jemput menjemput. Lagi-lagi sedara mara terdekat.

  3. Beli kelengkapan lain yang belum lagi settle termasuklah stoking skin color untuk pakai masa nikah dan kenduri, coklat dan kek untuk hantaran. Fuhh~

  4. Beli kelengkapan lain untuk majlis kenduri. Hal-hal kenduri ayah settle kan.


Minggu depan;

  1. Fitting dan ambil baju nikah

  2. Bachelor day dengan besties. Sikit je lagi masa nak habiskan sisa hidup sebagai orang bujang.


 

Setakat ini itu sahajalah yang teringat. Alhamdulillah setakat ini segala urusan berjalan dengan lancar. Doakan ye kawan-kawan.

k,bai!

 

Friday, May 13, 2011

Urusan jemputan ke Majlis Kenduri Kahwin

Salam korang.

Lately banyak sangat yang serabut dalam kepala ini. Dengan banyak benda lagi yang belum settle buat rasa tak lega. Tapi rasanya still boleh handle. Kurang lagi sebulan sahaja masa yang di tunggu-tunggu tiba. Rasa memang macam-macam sampai dah tak ada sense. Sense sendiri keliru dengan combination perasaan yang pelbagai.

Paling risau ialah hal jemput menjemput orang. Satu hal juga. Baru perasan betapa ramai pula kenalan di office. Kalaulah semua yang dijemput itu datang serbu maka boleh roboh pelamin gamaknya. Sebab paling pasti ialah location yang sangat dekat dengan office. Dulu kawan saya buat dekat Putrajaya pun penuh dewan (nasib dia baik sebab buat di dewan). Apakah pula nasib saya kali ini. Kita tunggu dan lihat.

Habis pening pasal officemates, beralih pula kepada rakan-rakan sekecilan dulu. Seawal sekolah rendah dah kumpul kenalan kan. Dan ada lagi yang still contact sampai sekarang. Thru FB memang tempat paling mudah untuk buat jejak kasih. Tak payahlah nak pergi iklankan di surat khabar, buat rancangan TV ala-ala jejak kasih. Korang guna sahaja FB untuk search kawan-kawan yang korang rindui. Search by sekolah, by batch, by universiti, by location, by name. Korang try and error mesti jumpa punya. Kecuali kalau kawan yang korang cari tu tak ada akaun FB ataupun memang dia dah jadi 'orang lain'. Orang yang tak sama macam korang kenali masa zaman kecil dulu. Contohnya seperti orang yang dok tukar nama manja jadi lain, tukar dressing style, tukar rupa mungkin? atau paling teruk tukar gent..minta simpang lah ye.

Untuk yang ditulis dalam perenggan atas ini,  try la buat first attempt dengan personally minta address untuk antor kad jemputan. Kalau tak ada respond tag sahaja di event. Kalau tak jalan juga cuba korang minta no fon diab( thru FB ataupun pada rakan-rakan lain kalau korang tak simpan number dia) and then call. Mesti dia appreciate kan. Almaklumlah dalam kecanggihan teknologi ada juga insan2 yang masih lagi mengekalkan ciri-ciri klasik. Nak jemput kenduri kena face to face ataupun paling-paling phone to phone (call). Korang jangan takat SMS je. Tak dilayan derr. Kaedah ini korang boleh pakai untuk kawan sekolah, kawan satu Universiti dan juga mungkin kawan di tempat kerja lama yang mungkin susah nak jumpa. Sayapun ada jemput kawan-kawan yang dah berpindah tempat kerja. Jika kesemua kaedah di atas telah dicuba tetapi gagal, anggap sahajalah orang itu tak ada rezeki untuk ke majlis kita. Janganlah sesedih sangat ye sebab yang penting kita sudah usahakan.

Kalau nak jemput blogger, senang sahaja. just invite thru blog sahaja. Tapi ini sesuai untuk blogger yang rajin gila blogwalk dan punya visitors yang ramai. Kalo yang biasa-biasa macam saya ini boleh juga tapi berapa kerat sahajalah yang tahu kan. Then kalau nak jemput relatives kena istimewa sikit. Kalau boleh pergi ke rumah mereka untuk menghantar kad. Kiranya macam self delivery lah. Tapi kalau sedara mara jauh sangat tak perlulah susah-susah nak pergi juga jemput, just call bertanya khabar lepas itu barulah jemput. Kad jangan lupa kirim juga. Wajib tu.

Ok dah. Itu sahaja nak kongsi kali ini. Sok-sok lalau rajin saya share lagi ye. Hari Jumaat memang best. Tapi bila Sabtu tak cuti maka jadilah tak berapa best kan. Huwaaa~

k,bai

Thursday, May 12, 2011

Macam mana nak hidup tenang 2 : Restu Ibu

Salam korang,

Hujung minggu hari tu kan Hari Ibu. Fuhh, sekarang ini setiap sambutan mesti orang mahu korek-korek kisah dan  rahsia di sebalik hari tersebut. Macam Valentine Day juga lah kan. Hari Ibu pun ada juga rupanya kisah silamnya yan tak kurang hebat. Korang try lah cari sendiri apa kisahnya.Malas pula nak menggali panjang-panjang. Siap ada yang claim Hari Ibu pun HARAM disambut. Apakah ini?

Tapi hari ini saya bukan nak cerita sangat pasal Valentine Day ataupun Hari Ibu tapi kisah berkenaan ibu. The powerful of Restu Ibu. Yeah, ramai orang zaman sekarang yang mengabaikan dan memandang enteng restu ibu. Padahal begitu besar pengaruh ibu kita dalam hidup kita sampailah kita mati kelak. Bila difikir-fikirkan balik memang dasyatlah kesan restu ibu ini.

Bila tengok berita akhir-akhir ini banyak sangat kisah anak derhaka kepada ibu Siap pernah keluar surat khabar kan kisah anak pukul ibu,tikam ibu malah ada juga kisah anak bunuh ibu. Menakutkan. Kenapalah mereka boleh melakukan sebegitu terhadap ibu kandung mereka sendiri. Penat lelah jerih perih ibu-ibu memelihara daripada kecil sampai sudah besar panjang. Nak melayan kerenah si anak yang macam-macam daripada kecil sampai besar. Mungkin mereka lupa atau tak percaya yang syurga terletak di bawah kaki ibu. Mungkin mereka tak tahu atau lupa bahawa menderhaka kepada ibu bapa ialah satu-satunya dosa besar yang balasannya akan diterima sejak di dunia lagi. Tak tangguh-tangguh pembalasan.  Masa hidup pun anak derhaka akan menerima pembalasannya. Pembalasan pula datang dalam pelbagai bentuk.

Satu perkara penting yang takkan dapatdiperolehi bila menderhaka ialah restu. Tanpa restu seorang ibu apalah yang boleh dilakukan oleh seorang anak di dunia ini. Ketenangan memang langsung tak dapat. Kebahagiaan lagilah jauh panggang dari api. Silap-silap korang terseksa jiwa raga. Kalau ibu masih ada sempatlah untuk memohon ampun tetapi jika mereka sudah tiada, sampai matilah menanggung sengsara. Drama-drama TV pun tak kurang hebatnya mengetengahkan drama-drama menarik sempena Hari Ibu. Sangat tragik dan menyayat hati kisah-kisah yang disiarkan. Kalau tak insaf juga maknanya adalah yang kita kena bersihkan dalam diri.

So, marilah kita sama-sama menginsafi diri. Pahala yang paling senang untuk kita perolehi ialah daripada ibu bapa kita sendiri. Menatap wajah ibupun dapat pahala. Melakukan kebaikan kepada ibu juga dapat pahala. Menggembirakan hati ibupun dapat pahala. So, jom kita balik kampung jumpa ibu kita. Kita tengok muka dia puas-puas. Kita buat dia gembira dan ketawa. Semoga kita menjadi salah seorang anak yang diredhai oleh ibu bapa kita.

K, bai!

Wednesday, May 11, 2011

Macam mana nak hidup tenang 1 : Buat sesuatu keranaNya!

Salam korang!

Seronokkan bila tengok orang lain dapat peluang yang lebih baik baginya di tempat lain. Seronok melihat wajah kegembiraan mereka bila mendapat peluang pekerjaan yang baru. Pekerjaannya itu diimpikan oleh ramai orang tapi dia amat bertuah sebab dia dapat mencapainya. Tapi semua itu bukan bermakna kita tidak layak, kita bernasib kurang baik/malang ataupun kita tidak setanding dengan dia. Tapi, Allah SWT sudah tetapkan rezeki kita untuk mendapat peluang kerjaya impian belum sampai. Dan ia adalah perkara paling baik buat kita pada masa itu. Makna kata Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita. Dia tahu tahap kelayakan kita untuk memikul tanggungjawab yang bagaimana tahapnya dan dia takkan timpakan kita dengan ujian dan tanggungjawab melampaui kemampuan kita.

Walaupun kita sudah berusaha keras untuk mendapatkan pekerjaan itu tapi selagi kita tidak dapat menggapainya selagi itu kita kena berusaha dan bermuhasabah diri. Fikirkan apakah kekurangan yang ada pada diri sehingga Allah tidak mengurniakan pekerjaan tersebut kepada kita. Kekurangan itu bukanlah specific kepada pengalaman dan pengetahuan sahaja tapi juga dari segi pengawalan emosi dan juga peribadi diri. Bila sudah kenalpasti kelemahan diri itu, berusahalah untuk memperbaikinya. Takkan ada jalan mudah untuk berjaya. Dan tak ada pula perkaitannya dengan nasib tapi semua itu terletak kepada tahap usaha dan rezeki kita.

Saya cukup suka dengan penekanan yang diberikan oleh sahabat saya dalam apa sahaja urusan yang kita lakukan. Walau sekecil manapun urusan itu kalau kita niatkan kerana Allah, maka urusan itu akan dapat dijalankan dengan mudah dan lancar. Tapi, kalau urusan itu tidak berjaya bukan bermaksud Allah itu tidak mahu menolong tetapi itu satu ujian Allah kepada kita sebagai hambaNya. Sejauh manakah kesabaran kita untuk menghadapi dugaan dan ujianNya? Tepuk dada tanyalah iman. Kalau kita betul-betul ikhlas melakukan sesuatu kerana Allah, kita tak akan mudah kecewa. Kita akan redha dengan apa yang ditentukan dan jika boleh usahakan lagi selagi boleh sehinggalah apa yang kita hajati itu tercapai. Putus asa memang tak ada dalam kamus hidup seorang muslim sebenar kan?.

Allah SWT tidak akan membiarkan hambanya terus diuji melangkaui kemampuan. Jadi, bila sampai satu tahap, apa yang kita usahakan pasti akan berjaya dicapai. Lambat atau cepat sahaja. So, ayuh semua. Kita berusaha!

Tuesday, May 10, 2011

NEW iPhone4 Warna Putih!

Salam korang!

Lama gila tak update blog ini sejak birthday hari tu. Dah berhabuk bersawang bagai. Tapi dek kerana rasa teruja nak share pasal NEW IPhone4 saya update juga.
Yeah, dah ada di pasaran. So kalau korang busan dengan kaler hitam, korang bolehlah dapatkan yang warna putih ini. Cun woo~

Saya memang teringin nak pakai smartphone macam ini tapi memkirkan fulus yang ada dok kumpul ini nak buat bekalan hidup lagi-lagi bila nak memulakan new life yang tak berapa lama sahaja lagi ini makan pendam dulu la kan. huhu~

Takpe, saya bagi chance pada korang untuk grab dulu this cool phone!

http://images01.olx.ee/ui/7/30/67/1278813592_104582367_1-Pildid-teemal--Apple-Iphone-4-32GB-1278813592.jpg

Jom klik link di bawah ini untuk more information. lalala~


Do it right with #MaxisiPhone4 . It's sleek. It's white. It's the NEW iPhone4.

ok, bai!

Saturday, May 7, 2011

Jumpa Esok ye di Tasik Titiwangsa!

Salam korang!

Sebulan dari sekarang, saya akan menjadi isteri orang. Jadi, saya amat mengalu-alukan rakan-rakan blogger yang mengenali saya untuk datang ke kenduri saya nanti. Jadi, seperti yang saya war war kan dalam entry sebelum ini, saya ingin mengajak korang untuk jumpa saya esok pagi di Tasik Titiwangsa untuk collect kad jemputan. Saya di situpun tak lama mana. Dalam pukul 8.00 - 8.30 saya datang then lepas itu dalam pukul 10.00-10.30 saya dah kena bersurai.

Almaklumlah, sekarang ini kan musim kenduri kahwin. So, memang petang itu saya ada menerima jemputan kenduri kawan sekolah pula. Di situ pun saya nak distribute kad jemputan kepada kawan-kawan sekolah pula. Senang sikit tak payah nak pos. Jimat masa dan jimat ongkos setem. hehe~

Kepada yang berminat dan free esok bolehlah terjah saya. Details adalah seperti di bawah;

Date : 08/May/2011

Time : 8.00 until 10.30

Venue : Restoran tepi Tasik Titiwangsa (bukan yang eksklusif tu tau..ni yang biasa2 je..open air)

Purpose : to distribute my wedding card. Tarikh kenduri di Puchong 12hb 6 manakala di Kepong 09hb 7.

So, marilah meriahkan perjumpaan esok. Leh jadikan ia mini gathering kan? Buat yang tak dapat datang takpe, tinggalkan jejak di entry ini ataupun inbox je alamat korang di FB. Saya akan hantar kad. Ataupun palin2 saya tag kat FB. Yang penting add saya dulu lah ye. Cari Noor Afzan.

Ok daa..kehadiran korang amat dialu-alaukan.

k,bai!

Thursday, May 5, 2011

Urusan Perkahwinan: Buat apa di Pejabat Agama Islam Daerah

Salam korang!

Lagi dekat hari pernikahan saya lagi banyaklah update saya pasal perkahwinan. So, here I share my short notes berkenaan urusan selepas berjumpa tok kadi tempoh hari. Saya terpaksa mengambil cuti half day sebab location Pejabat Agama (PAID) dengan Office agak jauh plus minus jalan sesak. So, waktu lunch saya terus drive ke PAID. Tapi entah macam mana saya berjaya jumpa jalan short cut. Tak sampai 20 minit saya sudah sampai di masjid berhampiran PAID. Ngam-ngam pula masuk waktu zohor. Terus singgah masjid dahulu. Lepas dah settle menghadap Illahi terus gerak pergi PAID. Masa sampai tu ngam-ngan pukul 2.00 petang.

Terus saya naik office untuk urusan daftar kebenaran nikah. Alhamdulillah saya orang first beratur di  pintu masuk office tapi err..jadi orang kedua beratur di kaunter sebab saya pinjam pas pelawat orang yang petama untuk access pintu masuk ( tu la sapa suruh malas pergi ambil pas access pelawat di kaunter tingkat bawah). Nasib baiklah orang itu baik hati. Kalau tidak terpaksa saya turun bawah ambil pas dahulu. Dan lepas itu jadilah orang yang ke berapa beratur di kaunter. Alhamdulillah lagi sekali sebab urusannya memang sekejap. Pukul 2.30 petang saya sudahpun selesai urusan. Uik, 30 minit sahaja. Rugi ambil half day. Kalau minta keluar sekejap sahajapun tak apa tadi. Tapi memikirkan keberkatan urusan kalau minta keluar waktu kerja, saya tak rasa rugi dah.

Pasal urusan di kaunter, mula-mula cik puan di kaunter 2 panggil saya. Saya serahkan semua borang ikut susunan yang tok kadi buat. Dia check dan terus asingkan sijil kursus lelaki dan bagi kepada saya semula. Kemudian, dia minta saya tunggu di kerusi menunggu. Then, dalam 10 minit kemudian dia panggil saya balik. Minta saya ambil borang dan pergi berjumpa Ustazah yang akan meluluskan permohonan pernikahan. Selepas Ustazah menyemak dan meyain (bukti meluluskan), saya terus pergi serahkan balik borang itu kepada cik puan kuanter 2. Sekali lagi dia minta saya menunggu di kerusi menunggu. 5 minit kemudian dia panggil saya untuk isikan nama dan details peribadi dalam satu buku (lupa nak tanya buku apakah itu). Dia serahkan semula borang kebenaran nikah bersama 2 helai borang baru untuk saya isi dan bawa berjumpa tok kadi. Sebelum balik cik puan di kaunter 2 bagi tahu saya supaya bawa borang kebenaran nikah dan daftar nikah berjumpa tok kadi selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh nikah. Dan selepas 14 hari bernikah, hubungi PAID (cik puan kaunter itu akan bagi no phone siap-siap) untuk confirm kad nikah sudah siapa atau belum sebelum collect kad tersebut di PAID.

Oh ya, korang sediakan RM10 tahu untuk urusan ini. Kalau tak bayar maka tak settle lah urusan korang. haha~

k, bai!

Wednesday, May 4, 2011

Apa kita nak buat kalau pemimpin tak adil?

Salam korang!

Lately kan suasana politik dalam negara Malaysia makin rancak kan? Dan ramai tangan menuding ke lain bila berlaku problem atau kepincangan atas kepimpinan orang lain. Contoh paling mudah nak faham bila pimpinan A buat silap, pimpinan B akan duk mencanang kepada semua supaya nama pimpinan A nampak buruk dan imej tercalar. Dan pimpinan B akan rasa puas bila dapat menjatuhkan pimpinan B. Dan lepas itu pimpinan A pula berusaha mencari salah pimpinan B dan begitulah seterusnya. Itu contohlah kan. Harap tak ada siapa-siapa yang ambil hati dengan apa yang saya cuba sampaikan sebab ia hanya contoh umum.

Keadaan ini akan meyebabkan masyarakat marhaen yang biasa-biasa macam kami belia yang baru sahaja berjinak merpati dengan dunia sebenar (bukan dunia politik tapi dunia selepas bergelar student). Tak kitalah student lepasan SPM ke, STPM ke, Matrikulasi ke, Diploma ke, Ijazah ke, Master mahupun PHD. Masa zaman belajar terikat dengan tanggungjawab dan undang-undang, akta-akta sebagai student tapi bila sudah grad, tiada lagi akta-akta dan undang-undang yang menyekat daripada memerhati dunia termasuklah dunia politik.

Bagi ex-student macam kami ini tentu-tentulah rasa amat tak kena dengan contoh senario antara pimpinan A dan pimpinan B dalam perenggan 1 tadi. Apa yang kami nampak ialah kekaburan. Tak nampak pimpinan mana yang betul. Pandangan kami kabur dan hati kami lebur juga sampai rasa macam tak mahu nak memilih mana satu pimpinan terbaik untuk memacu negara. Saya akui amat berbangga dan bersyukur dengan apa saya miliki di bumi Allah sekarang ini. Alhamdulillah, aman dan damai serta dapat meneruskan kehidupan dengan cukup sempurna di bumi Malaysia ini.

[caption id="" align="aligncenter" width="349" caption="credit to thejakartapost.com"]http://www.thejakartapost.com/files/images/p21-b-1_6.img_assist_custom.jpg[/caption]

Tapi, tatkala saya mengikuti ceramah seorang ustaz, saya terpana bila dia menceritakan pasal pemimpin. Pemimpin bukan boleh dipilih sebarang. Kalau tersilap pilih memang padahlah jawabnya. Pemimpin yang adillah yang kita cari. Tapi apa yang buat saya tertarik bukanlah masalah nak mencari pemimpin tapi ialah cara nak hadapi kalau pemimpin yang dipilih itu tidak adil atau dalam erti kata lainnya zalim.

Jawapannya ialah dengan bersabar dan bersabar. Dan tuntutlah apa yang dizalimi itu di akhirat nanti. Ada satu sumber yang saya tak pasti kesahihannya yang boleh korang baca pasal bagaimana nak menghadapi pemerintahan yang zalim atau yang kita rasa ia tak adil. Cubalah klik SINI ok. Saya cuba juga cari sumber-sumber yang sahih tapi belum ketemu. Tapi, bila saya dengar ceramah itu serta merta rasa takut pula untuk jadi pemimpin. Almaklumlah bila jadi pemimpin, jika orang yang sepatutnya dipimpin tidak dipimpin sebetulnya maka kita yang akan ditanya dan dipersalahkan di padang masyhar nanti. Nampak macam mudah sahaja kan. Sebagai pemimpin, semua orang akan menurut apa yang kita arahkan tanpa bangkangan walaupun arahan kita itu belum tentu elok atau tidak. Kalau pemimpin itu nak kaya memang senang tapi bijaklah memilih sama ada nak kaya di dunia sementara ataupun kaya di akhirat yang kekal abadi.

--> jadi adakah tindakan rakyat Mesir yang menggulingkan kerajaan Hosni Mubarak bersesuaian? Ataupun dengan cara Undi, undi adalah rahsia itu lebih baik? Tepuk dada tanya iman. =)

 

Tuesday, May 3, 2011

Blogging itu hobby ke?

Salam korang!

 

Sebenarnya saya rasa macam sudah lama tak menulis dalam erti kata lainnya betul-betul prepare entry yang berkualiti. Most of entry yang saya produce tahun ini saya siapkan on the spot sahaja. Tak ada buat research. Taka da susun-susun ayat bunga-bunga. Semuanya spontan dan selepas itu post terus post. Kalau sekali hadap itu saya ada banyak idea, saya akan schedule kanlah sehari satu entry. Sebab saya schedule kan ialah possibility untuk sit in Front PC to create entry seterusnya itu memang ada tapi confirm lambat. My priority now is not blogging anymore. Blogging becomes my free time hobby. Means, saya hanya akan blogging bila saya ada free time. Masalahnya sekarang macam dah tak free sangat. Bila korang nak berkahwin nanti korang akan tahu berapa besar komitmen yang korang kena beri untuk pastikan korang punya majlis sempurna. Sampai ke hari inipun masih banyak perkara tak settle.

 

Tapi kan, kalau sudah minat tiada alasan yang boleh menghalang. Betul, sayapun amat bersetuju dengan statement ini. Bila kita minat, kita akan secara auto berusaha untuk melakukannya apa yang kita minati itu walau apapun rintangan, cabaran dan dugaan melanda. Kalau sudah minat berblogging, esok nak kahwinpun masih lagi sempat menaip entry kan malah mungkin ada yang sempat lagi post entry sebelum majlis berlangsung. Itu memang betul-betul blogger sejati. Cayalah!

 

Tapi saya tak boleh. Mungkin saya bukan minat berblogging tapi minat menulis/menaip entry. Mungkin itu best word yang suit untuk saya. Apapun saya sekarang dah tak memikirkan sangat pasal followers, viewers blog ini sebab yang penting saya menulis apa yang saya nak tulis dan most of it even about personal life tapi saya tulis bukan untuk syok sendiri tapi untuk share dengan orang lain yang mungkin pernah/sedang/akan menghadapi/mengalami situasi yang saya alami. Kadang-kadang saya share fact, opinion dan tips untuk saya sendiri sebagai record dan untuk orang lain sebagai guidance. Dan saya gembira dengan apa yang saya buat sekarang.

 

Apapun thanks sangat-sangat kepada loyal reader yang still follow blog saya ini. Saya sangat hargai kunjungan korang. Dan one fine day(tak tahu bila..), saya aim untuk buat 1 entry sehari dan kalau boleh menghasilkan quality entry. Macam yang Mr.K tulis dalam entry terbaru dia INI, kalau nak tarik readers, salah satunya ialah menghasil entry yang berkualiti dan paling penting tulis apa yang readers suka baca. Memang saya adore lah dengan penulisan dia. Satu sebab berkualiti dan satu lagi sebab setiap yang dia tulis adalah fact (yang selalunya bosan untuk dibaca) tapi dia dapat olah secara santai (interesting to read even entry dia kadang-kadang panjang berjela). That’s one of reason blog dia ramai readers.

 

OK, Stop membebel sebab dah masuk office hour.

Till then, Bai!

Sunday, May 1, 2011

jemputan kahwin

Salam Hujung Minggu korang!

Hari ini Hari Pekerja. So, Selamat Hari Pekerja kepada semua yang bergelar pekerja.  Tentu ramai yang ambil kesempatan cuti panjang 3 hari ini untuk pergi bercuti. Takpun balik kampung. Takpun, buat majlis kenduri kahwin. Macam hari ini saya ada mendapat jemputan kenduri kahwin. Semalampun ada kenduri kahwin di kampung saya.

Eh..eh..eh..tak habis-habis cerita pasal kenduri kahwin kan. Tahulah tengah nervous nak melaluinya juga walaupun lagi sebulan.

Err.err..saya sekarang ini tengah plan nak jumpa kawan-kawan sebab nak bagi kad jemputan. Kalau semuanya kena pos, rabaklah poket eden kan. Maklumlah sekarang ini kena kos minimum 50 sen untuk  setiap sampul surat. Itupun saya tetap prepare juga banyak setem in case tak dapat jumpa sebelum kenduri.

Kepada rakan blogger yang baca entry ini, anda dijemput ke majlis kenduri saya. Kalau korang memang kenal saya dan nak pergi majlis saya, sila tinggalkan nama penuh dan alamat di ruang komen atau inbx di FB saya,  NoorAfzan. Takpun saya, Jard, Anakperak dan Rozami ada plan nak jumpa di Tasik Titiwangsa pagi ahad depan, kalau korang berminat bolehlah datang sana untuk collect kad jemputan.

Ok,baif

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics