Followers

Wednesday, July 14, 2010

Berita Hangat : GengBlogger masuk paper!

Alkisahnya masa gathering GB tempoh hari, Joe adalah brief untuk sesi petang.
Katanya akan ada sesi liputan bersama wartawan akhbar Kosmo dalam pukul 3.30 petang.
Dengar sahaja dia cakap macam gitu terus rasa macam keciwa.

Haruslah keciwa sebab masa itu saya dah pulang.
Hoho~
Tapi bila Kak Asfieda khabarkan yang gambar yang di snap ramai2 sebelum saya balik tu akan masuk akhbar itu, maka terus rasa teruja.
Tapi, tak tahu pula akhbar hari apa akan tersiar cerita kami itu.

Tup2 pagi ini check di FB, saudara Joe ada buat satu shout bawah ni

Rupanya masa hari gathering tu pihak Kosmo dah khabarkan siap-siap yang artikel berkenaan liputan gathering kami ni akan masuk akhbar hari Rabu.
Saya sahaja yang duk tertanya-tanya.

Joe dah update pun pasal artikel ni.
Gambar dia letak memang besar punya.
Muka setiap orang jelas cuma kualiti gambar sahaja yang tak berapa cantik.
Biasalah surat khabar sahaja kan.
Gambar paling clear sepatutnya macam yang ada kat SINI
Apapun tetap berbangga sebab kejayaan gathering pertama kali komuniti gengblogger ini mendapat sambutan ramai dan paling best dapat liputan akhbar.
1 page tu diperuntukkan untuk event kami.

Rasanya macam dah lemau sahaja cerita pasal masuk paper Kosmo ni sebab dah ramai sangat yang update.
So, kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah serang Entry Joe , Entry Ery Farieha, Entry Syahirul, Entry KakInaKL Entry Kujie DAN Entry Azrul Hisham

p/s: tak sabar rasanya nak tunggu event seterusnya yang berkaitan dengan boling. Walaupun juara longkang sahaja..kuikui~

5 comments:

aishahumairah said...

wah..famous la sis afzan~

dayah said...

waw, betul ke gb next time boling. ee tapandai men boling :'(

noorafzan.blogspot.com said...

aishahumairah..
ahaha..
x de la.
ramai2 punya gambar.
sendiri tahu je kot.

dayah..
ikut plan joe camtu la.
tapi x confirm.
sama ar..tgn bangku

kak ina kl said...

alamak betul ker nak main boling...akak boleh pegang bola tapi kalau lempar for sure masuk longkang..

noorafzan.blogspot.com said...

kak ina..
ahaha..
yang tu sayapun sama.kalau dapat scorepun kebetulan je.
tak de skill =)
takpela...main for fun je.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics