Followers

Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

Tuesday, April 12, 2011

Selamat Hari Lahir noorafzan : Nuffnang & TGV Cinemas bagi hadiah tiket wayang!

Salam korang!

Dalam kebizian hari ini saya dapat suprise kot. Belum sempat hari esok saya dah dapat hadiah. Hadiahnya memang gempak. 4 tiket wayang untuk apa-apa sahaja movie. Pergh, masyuk betul. Dalam kepala dok fikir nak layan cerita Pirates Of Carribean. Heart sama Jack Sparrow aka Abang Depp kita.

Alkisahnya semalam saya dapat email daripada nuffnang. Saya terpilih untuk terima hadiah Birthday daripada Nuffnang dan TVG Cinemas. Birthday saya hari ini. Terima kasih Nuffnang dan TGV Cinemas atas hadiah istimewa ini. Kira ini macam suprise lah kan walaupun dapat tahu awal sehari daripada tarikh hari lahir. Memang tak sangka sebab kalau tak silap 250 nuffnangers sahaja yang dipilih secara random untuk dapat 4 tiket bertuah ini. I'm lucky one!


Oh, saya kena pergi collect tickets di office Nuffnang sebelum 06/May/2011. Huish, bila agaknya dapat pergi sana ye. haih~

Saturday, November 6, 2010

Berita Gembira 2 : Dapat pergi tengok movie Skyline free =)

Saya hari-hari terjah blog nuffnang tapi hari tu saya ada baca blog dorang pasal Nuffnang Premiere Screening – Skyline

Macam best sahaja bila tengok video promo cerita itu. So, bacalah apa yangperlu di buat untuk mendapatkan tiket wayang tengok movie ini bersama nuffnang. Tak perlu buat entry tapi perlu tinggalkan komen paling kreatif macam mana nak defend manusia daripada kena serang alien. Kalau korang nak tengok apa ku jawab bolehlah terjah post tersebut. Tad isaya tengok dah ada 284 komen. Juling mata nak baca semua sekali. hoho~

Dan kelmarin saya dapat email invitation untuk menonton Skyline free.

image

Dah la free lepas itu ada popcorn combo juga diberikan pula. Wuhuu..feveret saya itu. Tak sia-sia saya join walaupun simple sahaja caranya kan.

image

Terima kasih nuffnang kerana memilih saya untuk join special screening ini. Ada siapa-siapa tak yang dapat jemputan untuk tenok movie ini juga. Kalau ada roger-rogerlah. Boleh kita jumpa di sanaaa~

Lagi satu yang bestnya, kitorang dapat tengok awal 2 hari daripada orang lain. Tarikh tayangan kan 12/Nov/2010. Kitorang dapat tengok pada 10/Nov/2010. Ini first time daapt invitation. Sebelum ini banyak dah join tapi tak ada rezeki. So, lepas ini kawan-kawan grab la peluang ok. Sekarang ini pun ada contest untuk filem Nuffnang Premiere Screening untuk movie Rapunzel dan juga Narnia. Kalau sempat sok saya join.

Nota kaki :

tapi dalam masa saya gembira ini still risau juga akan kesihatan mak. Sekarang ini mak dah makin ok selepas jumpa doktor dan jaga makan. Hari Sabtu kena pergi jumpa doktor semula. Kalau tak ok juga kena masuk hospital. Kalau ok dah tak perlu. So, sekali lagi saya maohon doa kawan-kawan agar dalam tempoh 3 hari bermula hari ini kesihatan mak saya akan bertamnbah baik. Kalau tidak, maka mungkin saya terpaksa lepaskan peluang tengok cerita ini.


Thursday, November 4, 2010

Berita Gembira 1 : Cek Kedua Nuffnang dah mai!

Sebenarnya semalam masa di office ada 2 benda gembira berlaku dan saya memang tertunggu-tunggu la juga kan 2 benda ini. Satu yang saya nak reveal ialah pasal cek nuffnang yang saya cash out hujung bulan bulan Sept. Saya tekan butang cash out pada 27/Sep/2010. seorang blogger ada pesan kan supaya seelok-eloknya cash out masa hujung bulan sebab memang masa itulah baru nuffnang akan proses kita punya permohonan untuk cash out tu.

Seperti yang dijanjikan nuffnang untuk nuffnanger yang berstatus glitterati, 27/Oct/2010 cek sayapun siap. Memang cekaplah mereka ini kan sebab ngam-ngan 30 hari. Tapi dek kerana alamat yang saya gunakan ‘jauh’ maka semalam baru cek itu sampai ke tangan saya. Saya risau juga sebab ramai blogger yang dah claim dapat cek tapi saya punya tak kunjung datang. Manalah tahu kan posmen tercicir ke hape. Isk2!

Dulu saya ada cerita pasal saya cash out tapi saya macam blur kan jumlahnya. Asalnya memang tak mahu tunjuk tapi betul juga kata Ariff Shah kan. Kalau tak nak tunjuk tak payah upload langsung kan. hehe~ So, sebab saya nak upload juga so, saya reveal sahajalah jumpah yang tak seberapa ini. Kalau diikutkan separuh daripada jumlah itu dapat daripada duit intensif gatsby dan juga project alpha. Kalau tidak mungkin hanya seratus lebih sahaja kot.

DSCN7431 alamak, cek dah terlipat sikit tu.tak apa ke ye?

Terima kasih kepada sahabat-sahabat blogger yang menyumbang trafik kepada blog picisan saya ini. Jangan segan silu ye untuk mai sini lagi dan lagi dan lagi. Duit ini saya akan masukkan dalam tabung kahwin saya. Nak sediakan doorgift yang best-best lagi-lagi untuk korang blogger-blogger yang sudi mai masa majlis kawenku nanti. (lambat lagi tahun depan)

Lagi satu, dalam pada ku gembira ini ku masih lagi risau. Kaki mak ku makin membengkak. Bila pergi klinik, doktor cakap dah kena infection. Mak saya kena berpantang makan selama 3 hari sebelum pergi jumpa doktor itu semula. Kalau bengkak tak surut maka hospital lah jawabnya. 5 tahun lepas mak saya pernah kena operate disebabkan kencing manis. Isi daging di kaki kirinya dikorek dan mak saya memang sembuh selepas itu. Kali ini bengkak di kaki kanan pula. Saya harap adalah kesan positif dengan bekalan ubat yang doktor berikan itu. 3 hari mak ku terpaksa berpantang makan benda-benda manis.

p/s : berita gembira yang satu lagi itu saya cerita esok sahajalah ye. Hehe~ Yang ini memang tak sangka tapi memang berharaplah dapat. =)

Monday, September 27, 2010

Nuffnang earnings : Nak cash out kali ke 2 ni.

Punyalah lama saya tak cash out nuffnang punya pendapatan. Rasanya last saya tekan cash out tu masa Valentine Day la konon2 iaitu 14 Feb 2010. Sekarang sudah nak masuk Bula October pun.
Hampir 7 bulan setengah jugalah saya simpan sahaja earning tu dalam akaun. Tapi hari ini saya rasa dah sampai masa untuk cash out. Memang betulpun amountnya RM3XX.XX. Hehe~



Amount nya memang tak banyak tapi bolehlah. Banyaknya daripada ProjectAlpha instant blogging contest dan juga duit incentive Gatsby Street Fair. Kalau tak memang RM1XX.XX lah kan. Dulu masa first cash out amoutnya pun ialah dalam RM1XX.XX .Untuk mendapat sebanyak itu saya perlukan 7 bulan setengah juga. Aik, baru saya perasan saya cash out setiap 7 bulan setengah. So, estimate next cash out mungkin hujung bulan May tahun depan.

Tengok tu. Sebagai beginner memang ambil masa nak kumpul earning. 7 bulan setengah baru RM100 lebih. First earning yang saya buat ialah selepas sebulan sign up sebagai ahli nuffnang. Itupun hanya RM1.65 sahaja. Lepas itu barulah earnings makin bertambah. So, yang baru seminggu dua sign up nuffnang tu bersabarlah ye sebab konsep berblogging ini kalau untuk dapat pendapatan semata-mata memang tak bawa kita ke manapun. Pendapatan ini sekadar macam bonus tambahan la selain daripada dapat tambah kawan dan tambah juga pengetahuan kan.

So, saya akan tunggu cek nuffnang kedua sampai.=)

Friday, September 24, 2010

Akhirnya lekat juga Buffered Earnings di blog ini! Petuanya?

Hasil bantuan saranan Azmi dalam entry INI supaya menghantar tiket ke helpdesk nuffnang, Saya mendapat feedback positif daripada nuffnang dan saya kongsi kepada anda punca tak dapat Buffered Earnings di blog hasil daripada feedback balas nuffnang dalam entry INI pula.

Seminggu selepas menerima feedback daripada nuffnang, akhirnya Buffered Earning melekat juga di blog saya. Bukan satu malah tiga. Dan minggu ini pula ada tambahan 2 lagi Buffered Earning yang melekat di blog ini. Alhamdulillah kerana usaha ini mendatangkan hasil.
Semalam pula tambah lagi satu. Terkejut jugalah sebab sekali sampai 6 BE.

Setelah berbulan-bulan tidak mendapat Buffered Earning, akhirnya dapat juga. Kepada yang mengalami nasib seperti saya, bolehlah menghantar tiket kepada nuffnang. Sebab nuffnang members sekarang dah lebih 100 000. terlalu banyak dan kemungkinan untuk terlepas pandang itu mesti ada. Human being maaa..bukan robot yang buat kerja di nuffnang itu kan.

Tak salah untuk mencuba. Yang penting konsistenkan trafik (tak semestinya perlu tinggi mencanak-canak). Kalau trafik kejap tinggi kejap rendah pun tak bagus juga kan.
Thank you nuffnang. Ini buat semangat saya untuk update blog meningkat. Bukankah itu sesuatu yang positif?

Oh ya, nampak tak kat header ada tab-tab tertentu yang baru. Ada tab Nuffnang Tips.
Haaa..dalam tu ada link-link yang berkaitan dengan nuffnang termasuklah apa yang best pasal nuffnang, pasal Buffered Earning, ProjectAlpha dan lain-lain. Tips pun ada. Jangan lupa klik Nuffnang Tips ye.

I Love Nuffnang!

Sunday, September 12, 2010

Punca tak dapat Buffered Earnings dan tips mendapatkannya!

Hari ini sudah raya ke 3.
Macam mana dengan 2 hari raya yang dah lepas?
Adakah menggembirakan?
Berapa banyak collection duit raya yang diterima?
Saya cuma dapat duit raya daripada boss-boss di office sahaja.
Alhamdulillah, total RM80 semuanya.

Oklah, stop pasal raya, kita ke isi utama kita.
Kalau pasal tips Buffered Earnings laju sahaja nak baca kan.
hehehe~
Baru-baru ini saya ada hantar ticket kepada helpdesk nuffnang bertanyakan sebab tidak dapat Buffered Earning.
Sudah lama blog saya ini tak berseri dengan iklan BE.
Jadi, saya tertanya-tanyalah juga sebab kalau diikutkan semua tips-tips sudah saya ikuti.
Dan saya juga pernah juga dapat BE (Bukan tak pernah ye) dulu.
Masa awal tahun memang agak kencang la BE yang saya dapat.
Tapi bila masuk bulan 6, BE dah makin segan untuk melekat di blog.
Sudah la macam hidup segan mati tak mahu sahaja gayanya.
Last sekali, bulan 7 tak ada langsung BE yang melekat.

Mulanya saya memang tak ambil pusing langsung.
Mungkin sebab saya sudah bertukar template dan menyebabkan saya perlu 'bermula' semula.
Tapi bila dah masuk bulan 9, still tak ada rezeki lagi.
Rupanya ada sebab-sebab lain lagi yang menyebabkan BE tak melekat di blog.

--> Update surveys berkenaan blog di nuffnang..
  • Saya memanglah selalu update survey tapi ingat advertisers will depend on this survey untuk memilih blog untuk diberi BE. Kalau blog content kita tak 'kena' dengan target audiences mereka, maka blog kita takkan dipilih. (mungkin buat masa ini blog content saya tak menepati advetiser's target audiences)
  • Lagi satu kalau blog content kita terlalu berbaur politics maka advertisers 'berat' nak pilih blog itu untuk mengiklankan iklan mereka.

--> Blog dah banyak terima BE dalam masa tertentu..
  • Nuffnang system akan mengutamakan untuk propose kepada advertisers blog yang kurang dapat BE ataupun yang tak pernah langsung dapat BE. Jadi, bila BE yang kita dapat dalam masa tertentu itu banyak, janganlah terkejut kalau selepas itu BE tak melekat di blog dalam tempoh tertentu sebab Nuffnang ni adil dan mahu semua bloggers mendapat peluang sama rata untuk memperoleh BE .Ini bukan disebabkan blog content anda tak 'kena' dengan target advertisers tetapi disebabkan Nuffnang bagi peluang pada blog lain yang juga menepati target advertisers (seperti anda juga) tetapi kurang lebat BEnya untuk dipilih.Tapi apapun tetap bergantung kepada advertisers juga.
  • Ok, yang ini mungkin betul sebab selama tempoh bulan JAN sampai JUN, total BE yang saya dapat ialah 15 walaupun 4 daripadanya tak ada 'hasil'. Kalau andapun begitu maka nasib kita serupa la.
  • Mungkin sebab saya tak cash out lagi kesemuanya maka nampak macam banyak la BE yang pernah saya dapat dan sebab itu jugalah BE tak melekat lagi di blog ini selepas itu. Hujung bulan ini saya akan try cash out dan tengok perkembangan seterusnya.=). Mungkin langkah in wajar juga anda ambil kalau anda berada dalam situasi yang sama dengan saya.

Ok, itu sahaja tips yang saya mahu kongsikan dengan anda.
Apa yang saya terangkan di atas itu adalah merujuk kepada maklum balas Robb kepada ticket yang saya sent.
So, jangan sedih-sedih ye kalau selama ini blog anda banyak dapat BE tapi tiba-tiba satu masa tak ada langsung yang melekat.
Dan kepada yang tak pernah dapat BE, jangan berputus asa sebab seperti yang saya cakap setipa blogger ada peluang untuk dapat BE. Kena rajin update blog, update surveys dan pastinya kenalah ada trafik (tak kisah tinggi ke rendah asalkan konsisten).
Berfikir positiflah dan teruskan berblogging.

Wednesday, August 18, 2010

Buka Puasa with Nuffnang Session 2010 : Sesi Lepas Makan

Oleh kerana agak busy sekarang ini.
Jadi sayapun buat quick post la ye dengan hanya menayangkan gambar-gambar yang saya snap sebaik sahaja buka puasa aktiviti berakhir.
Kira macam sesi bersantailah sambil borak-borak, sambil tanya-tanya tips.
haaa..tips tu yang memang dok tunggu dari mula majlis lagi .kuikui~

Gambar memang ada banyak cerita.
Tengok sahajalah gamabr bawah ini.
Macam-macam perangai pelik dapat dilihat.
Norfa bertudung pink tu agak pelik lak cara dukung baby sumi tuh.
err..
Izad punya mata nampak scary kan.
huhu~
Sumi tengah hirup apa ntah tu.

Dari kiri Redmummy, Robb dan Rina.
Apa yang cuba dilakukan oleh Robb tu ye?
Macam gaya mandikan anak sahaja.
haha~
Kupun tak melepaskan peluang bergambar dengan mereka.
=)

Izad tak habis-habis dengan hensetnya.
Malu nak beramah mesra sebab katanya ini first time dia join event nuffnang.
Semuanya sibuk berbual-bual masa ini.
Meriah tak?
Mestilah meriah kan... kan.kan..

Lagi..
Gambar meriah..
=)
Aimi dengan Jard.
Tengah nak tulis url blog dalam buku Rizal.
Student kan haruslah ada buku.

Ini bakal bapa mithali ni.
Anakperak ke hulu ke hilir kendong anak cikpuan Sumi kita.

Apa yang Jai dok tunjuk tu sampai si baby pun sanggup pusing kepala nak tengok juga?
Rupanya dia tengah pegang kamera daaa...
Semangat si kecil nak masuk dalam kamera Jai juga.

Yang baju hijau biru tu Rizal.
Dan yang baju putih tu pula FaizalPejay.

Candid ni sebab tak ready langsung.
Tapi kenapa saya saja yang pandang kamera ye?
entah!
Ni baru bah ready.
Kelihatan anakperak nun jauh dibelakang dengan trademark peace!
Last sekali haruslah letak gambar beramai-ramai kan?
Ada sesiapa yang tercicir ke dalam gambar ini?
Anak Sumi pun ceria je pandang kamera.
Pandainyeeee....~
Ini antara url blog nuffnangers yang menjayakan Buka Puasa bersama Nuffnang ini.
Jengah-jengahlah blog-blog mereka ini ye?

Amacam, meriah tak meriahlah event ini kan.
Mesti ada yang nak join next year kan?
Nuffnang akan buat lagi kan?
Ermm..ikut plan nuffnang nak buat open house tapi semua itu baru planning.
Belum ada kata putus.
So, sentiasalah check nuffnang blog untuk tahu updates.
Untung-untung dapat join nanti kan.

Update :
  1. Minta maaf kalau saya tak jengah rumah kawan2 hari ini sebab saya demam. Oleh kerana sayangkan puasa, saya terpaksa korbankan blog.Tak larat kena rehat je..
  2. Saya punya header ada problem la pula. So, saya delete dulu daa..adui~ prob macam gini da..tetiba jadi kecil.

Monday, August 16, 2010

Buka Puasa with Nuffnang Session 2010 : Makan-makan bermula

Lepas semua orang dah sampai, kami memang tak ada buat proper sesi taaruf..
Siapa nak kenal semua orang kenalah bangun dan pergi ke setiap orang untuk beramah mesra.
Dan saya nampak Redmummy memang terbaik sebab dia bangun dan pergi ke setiap orang sambil berkenalan dan ambil gambar.
Kagum sangat sebab dia glamour tapi sangat peramah dan down to earth.
Mungkin inilah petua dia jadi bloggers terkenal.
Friendly dengan semua orang.

Tak lama selepas itu Robb minta kami semua turun untuk ambil makanan sebab 10 minit lagi azan akan berkumandang menandakan buka puasa.
So, kamipun turun.
Punyalah rambang mata sebab terlalu banyak makanan yang disediakan.
Mula-mula saya dengan Jard ke bahagian pencuci mulut.
Ambil sedikit kuih muih seterusnya pergi ambil makanan berat.
Ada 2 pilihan nasi iaitu nasi putih dan nasi hujan panas.
Dah tentu-tentu saay ambil nasi putih kan.
hehe~

Nampak pula spageti, terus ambil sesenduk masuk pinggang.
Lauk-lauk pula saya pilih daging masak lemak (rasanya la)..
Ayam warna kuah dia putih (tak tahulah apa jenis)..
Ikan bawal, Sayur Pak Choy, Kerabu Mangga dan Itik Goreng.
Wah2..
Memang penuh pinggan sampai dah tak nampak nasi.
Tak percaya? Tengoklah sendiri pinggan saya.

Inilah muka-muka ceria masa nak tunggu saat-saat berbuka.
Nyum2..
Jard tersenyum sahaja. Maklumlah tak lama lagi dah boleh makan kan.
hehe~
Pelik sebab Norfa dan Jestina tak ambil lagi makanan.
Tidak laparkah?
Kelihatan Anakperak menatang pinggan denan gaya yang sopan.
haha~
Robb sudah minum? ahaha..
Jai dah tak sabar nampaknya. Merenung tajam ke pinggan macam nak tembus sahaja rasanya.
=)
Masa berbuka puasapun tiba.
Dan Izad telah diberi kepercayaan untuk baca doa berbuka.
Tapi dibantainya baca doa makan sahaja.
hehe~
Last-last kami baca doa berbuka sendiri-sendiri sahaja.
huu~

Rina pun tak makan juga.
Diet kah?

Jard dah mula makan kurma.
Sunnah tu sunnah. Elok didahulukan makan kurma semasa berbuka kan.

Masa mula makan semua kusyuk termasuklah saya.
So, tak ada siapa nak ambil gambar.

Cuma bila tengah makan tu saya terlintas nak ambil gambar kenangan button nuffnang, tisu dengan lambang The Apartment dan pinggan nasi saya.

Saya memang tinggalkan pinggan yang masih berisi untuk pergi solat di Masjid KLCC.
Saya siap pesan supaya tak angkut pinggan itu.
Sebabnya saya tak sempat nak rasa daging itik itu lgi gara-gara perut penuh.

Tapi, balik sahaja daripada solat, pinggan dah hilang.
Sob2..tak daptlah saya merasa daging itik.
Teringin juga sebenarnya tapi "apakan daya tangan tak sampai".

Sesi makan memang dah tamat tapi event belum tamat ye.
Masih ada lagi benda menarik yang saya nak share.
mungkin di next episode ok.
hehe~


p/s : selamat berbuka =)

Saturday, August 14, 2010

Buka Puasa with Nuffnang Session 2010 : Jumpa Famous Amos Bloggers

Akhirnya saya dapat juga call tunang.
Itupun terjumpa public phone masa nak cari lokasi The Apartment.
Try call dan akhirnya saya jumpa juga telefon yang tak bengong.
Lepas dah borak-borak legalah sedikit hati ini.
Dia kata nak jemput saya selepas habis event nuffnang.

Hati saya jadi tenang semula.
Sebab saya dah tak perlu risau untuk balik ke Wangsa Maju nanti.
Dan saya juga dah pesan pada tunang supaya inform member yang duduk kat Wangsa Maju itu berkenaan masalah henfon saya.

Sayapun terus ke The Apartment.
Orang yang mula-mula saya jumpa ialah pasangan adik beradik Aimi dan Ihsan.
Kemudian Robb (nuffnang staff memperkenalkan diri dia kepada kami bertiga.
Dia juga memperkenalkan kami dengan Nicholas (manager), Jestina (sales), Firdauz (web designer), Rina dan Izad (programmer)..

Lama kelamaan makin ramai yang tiba..
Adalah saya snap sikit-sikit gambar blogger-blogger yang 'famous amos' macam biskut yang pernah cetuskan kontroversi hangat seMalaysia.
Tapi biskut itu memang sedap kan.. tapi mahal.. tapi sedap.
Tak apalah sebab memang yang sedap itu selalunya mahal kan.
=)

Antara yang saya sempat terjah sebelum sesi berbuka puasa bermula ialah blogger hot kita RedMummy dengan suaminya Sirman.
Siap datang dengan DSLR lagi kan. Gambar jangan lupa share ye RM.hehe~

Lagi..
Watak utama gambar ini iaitu Jard.
Satu-satunya blogger yang kenal saya dan saya kenal dia (saling kenal mengenal).
First jumpa masa di Gatsby dulu.
Di sebelah Jard yang berambut kerinting itu Firdauz merangkap web designer nuffnang.
Dialah yang bertanggungjawab pasal innit dan juga web design nuffnang.
Cantik kan website nuffnang sekarang. Ini semua 'kerja' dialah.
haha~
Yang dua orang dihujung itu sila perkenalkan nama masing-masing ye kalau jejak blog ini sebab saya kenal muka tapi tak hingat nama daa.. (sorry, memori ada sikit problem).
Kalau tak silap yang hujung sekali tu Rizal kan?
Yang ada pen special edition punya tu.haha~
Dan yang bernaju putih itu FaizalPejay..
Yang sedang berdiri tu rasanya Nicholas
(gelap la gambar ni. Muka Jard sahaja nampak terang lagi nyata)
Si jejaka ini Izad yang baru kerja 2 bulan kalau tak silap saya dengan nuffnang.
Ini pertama kali dia join event nuffnang.
Sebab itu dia nampak macam pendiam sahaja mala itu.
Rasanya macam tak dengar langsung suara dia.
Ke saya je yang tak dengar?
Di sebelah dia tu Rina staff nuffnang juga. =)
Dari kiri, Robb, AnakPerak yang dah jadi AnakSelangor sebab katanya datang dari Klang dan juga Je- Jai (suka2..)..

Dari depan membawa ke belakang, norfa (adik Sumi), aimi az dan ihsan az..
Beruntung mereka ini sebab dapat join event ini dengan adik beradik.
Kak Sumipun ada join event ini juga.

Ada seorang lagi yang tak diperkenalkan iaitu Roe atau Rohani.
Yang berbaju purple dan di sebelah kiri saya itu.
Dia inipun antara yang terawal datang.
Rupanya dia ini staff Petronas dan memang kerja di KLCC Twin Tower tu.
Dia seorang sahaja yang bagi business card. Saya ada card tapi tak bawa.
Tak terfikir pula nak bawa.huhu~


Masa ini semua orang dah mula hilang malu untuk keluarkan kamera masing-masing.
tu yang berpesta bagai.
Air dahpun dihidangkan.
Memang menggiurkan betul sirap bandung tu.
Tapi selagi belum waktu berbuka, telan air liur sahajalah kan.

10 minit sebelum waktu berbuka, Robb announce supaya pergi ambil makanan di ground floor
Kami punya tempat makan di 1st floor, jadi kena naik turun tanggalah kalau nak ambil makanan.
So, apa lagi saya, Jard dan Roe ambil makanan macam dah tak nak turun lagi dah.
Penuh satu pinggan.
haha~
(Dasar rambang mata bila tengok banyaknya makanan..)
Siapa ada ambil gambar masa di buffet area tu?
Sharing is caring kan? kok ada inform la.
Errr..mungkin terlalu asyik memilih makanan sampai langsung lupa nak snap2.

Lepas ini saya akan cerita pula pasal aktiviti berbuka dan apa pula jadi selepas itu?
wahh..macam suspen sahaja padahal tiada apa-apapun.
=)

p/s : Under progress untuk masukkan semua yang join event ni dalam bloglist.

p/s : ada ke namanya tertinggal dalam ini. Kalau ada tolong tinggal komen ye. Rasa macam semuanya dah disebut tapi bila kira macam tak cukup sahaja.

Friday, August 13, 2010

Buka Puasa with Nuffnang Session 2010 : Journey to KLCC

Masa yang dinantikan telah hampir tiba...
Kubelek jam di tangan dah pukul 4.00 petang..
45 minutes lagi masa untuk pulang.
Saya dah plan nak pergi park kereta berhampira LRT Universiti sebelum ambil train terus ke KLCC.
Ikut pada perkiraan memang jimat sebab tak perlu redah kesesakan, tak perlu masuk highway dan hanya perlu naik train terus ke KLCC dengan tambang RM1.60.

Tapi bila saya bagi tahu pada member office, dia mencadangkan saya drive ikut dia pergi Wangsa Maju parking di rumah dia dan dia akan hantar saya ke LRT Wangsa Maju.
Dia cakap ia lebih bagus.
Jadi, selepas ditimbang-timbang, disukat-sukat maka sayapun buat decision nak ikut plan dia.

Pukul 4.50 petang kamipun gerak.
Dia kata akan ikut DUKE dengan tol RM2.00 (sah2 terbang RM2.00 eden hari ini)
Memang saya rasa sedikit penat sebab memang jauhlah rupanya dia ulang alik daripada rumah dia ke office hari-hari.
Dekat pukul 6.00 baru sampai ke kawasan rumah dia.
Lepas park kereta diapun menghantar saya ke LRT Station.
Terharu bila bab2 ini sebab saya tahu dia extra penat tapi dia sanggup hantar.
Memang saya langsung tak fikir apa.
Cuma nak cepat sampai sahaja dan rasanya saya dah sumbat semua barang2 penting yang ada dalam jaket kerja masuk beg yang saya kendong sama untuk ke KLCC.

Nak jalan ke LRT daripada tempat member tu turunkanpun agak jauh.
Tapi meriahlah suasana di situ kan.
Saya terus beli tiket di kaunter ekspress. (yang ala-ala ATM Machine tu)
Huh..RM2.00 (Kalau naik dari UM cuma RM1.60)
Tapi saya tak kesalpun pasal itu sebab at least saya belajar jalan nak ke KL.
=)

Dah beli tiket terus naik LRT yang kebetulan ada masa saya di situ.
Bila sampai sahaja di Station KLCC, sayapun terus sahaja keluar.
Secara automatik, tangan akan menggagau kantong besar yang saya kendong untuk mencari telefon.
Cari punya cari tak jumpa.


"Eh, mana Blackberry eden ni?"
Ok, tipu saya tak pakai Blackberry.Henpon murah sahaja.
Lagipun dengar-dengar Blackberry under consideration untuk diharamkan ye? Atau beberapa aplikasinya yang akan diharamkan?

Henpon saya yang ini. w660i Sony Erricson.
Sekarang ini saya dah tak jumpa di kedai.
Mungkin model ni discont kot.
Aduhh..ni mesti tertinggal dalam jaket.
Ingat nak call Jard untuk tanya lokasi dia tapi apakan daya sebab henpon tak ada.
Memang mood terus sahaja lari hilang entah ke mana masa itu.

Gagau-gagau kocek jumpa syiling.
Satu nombor sahaja dalam kepala ni.
Number tunang.
(family punya ingat tapi tak sanggup nak susahkan hati mereka).

Jalan punya jalan jumpa satu telepon berhampiran toilet yang boleh pakai syiling.
Masukkan 80 sen dan terus dail number dia.
0.1.2.x.x.x.x.x.x.x....
Nada dering kedengaran nyaring dan saya mendengar suara dia menyambut call.
Saya cuba nak membalas tapi dia keep cakap "hello, hello"..
Sah telefon ini sudah bengong.
Satu lagi dugaan terjadi pula ni.
Saya cuba nak ambil balik balance syiling sebab saya tak dapat guna telefon itu kan.
Tapi telefon itu memang dah bengong secara keseluruhan sebab duitpun tak nak kuluar.
Semua butang yang saya tekan akan jadi redail termasuk 'letak gagang'
Setelah belasah tekan itu ini sambil hempas-hempas gagang, akhirnya duit syilingpun dapat dikutip balik.
Bila belek jam dah pukul 6.35 petang.
Event nuffnang kalau ikut tentative mula pukul 6.45 petang.

Misi diteruskan sambil-sambil cari mana The Apartment.
Apa pula jadi selepas itu?
Dapat ke saya call dia?
huhu~
Seksanya bila keseorangan tapi tak ada henfon.

p/s : pengajarannya jangan lupa bawa henfon. Jangan lupa!.. Sangat kucar kacir hidup bila tak ada henfon lagi-lagi keseorangan. Kalau ada teman, boleh pinjam henset.

Sumber gambar : macam biasa cilok google

Wednesday, August 11, 2010

Buka Puasa with Nuffnang Session 2010 : I'm Invited!

Office saya ini bulan puasa special sikit.
Rehat hanya setengah jam iaitu pukul 12.00 sehingga 12.30 tengahari.
Manakala waktu balik diawalkan ke 4.45 petang.
Memang rasa 'indah'nya bulan Ramadhan ini.
Kimat duit tak payah makan pagi dan tengahari.
Lepas itu dapat balik awal tiap-tiap hari.
hehe~

Oklah, back to topic.
Refer to subject pleaseee..
Tadi sedang nak setting baik punya untuk melelapkan diri atas meja depan PC, tiba-tiba henfon pula berbunyi..
Adehlah, belek jam baru pukul 12.02 tengahari.
Potong stim betulla rasa.
Tengok numberpun tak dikenali.
So, dalam hati dok fikir ini mesti promoter-promoter call untuk jual service guna credit card.
Tapi, jari ini pantas sahaja tekan butang jawab.

Lepas sahaja dengar introduction daripada pemanggil, terus saya teruja.
"hello, Im xxxx from nuffnang."

Rupanya dia nak invite saya ke event Berbuka Puasa yang akan diadakan di The Apartment, KLCC.
buka puasa10

Wow, haruslah saya tak tolak.
Sebab saya memang send email untuk join event ini seawal muungkin dan memang dah pasrah sebab sampai semalam still tak ada email invitation from nuffnang.
Mungkin masa saya send email tu dah lebih 15 orang hantar request untuk join event tu.

Tapi, bila dapat call tadi.
Saya rasa macam bulan jatuh ke ribapun ada.
Mungkin sudah tertulis rezeki saya untuk join this event.
Sebab dia call sayapun katanya last minute. Mungkin ada yang terpaksa batalkan niat untuk ke event ini dan memberi ruang kepada orang lain iaitu saya sendiri untuk join sebab menurut beliau ada spaces lagi sebab itu dia call tanya sama ada saya available atau tidak untuk join.

Sejurus selepas itu, email invitation pun masuk ke inbox saya..
tara..

Apapun,
Terima kasih nuffnang.
Inilah event ke 2 yang saya join bersama nuffnang selepas Gatsby.

Ada sesiapa tak yang join Buka Puasa ini esok?
Kalau ada roger2 lah saya.
wink2~

p/s : tak sabar tunggu esok.

Wednesday, July 21, 2010

Banyak pula petua mereka dapat di Nuffnang Sharing Session



Event yang saya tak pergi. Oh, rupi tak apply to join
Ohh..
Dalam hati ini adalah terdetik rasa menyesal.
ohh..menyesal tak apply to join Nuffnang Sharing Session di Pak Li Kopitiam.
Ramai juga blogger-blogger yang join termasuklah KakInaKL yang saya betul-betul mula kenal masa Gathering GengBlogger yang baru lepas.

Bila terbaca pasal ini di blog KakIna, rasa teruja pula sebab semasa sesi tersebut, saudara Eyriqazz yang jadi guest blogger masa sesi tersebut memang superb peramah dan tak lokek untuk berkongsi segala pengalaman yang diperolehi sebagai blogger daripada newbie sehinggalah jadi blogger berjaya sekarang ini.
Terkagum sebab dia hanya ambil masa 1 tahun untuk mengecapi apa yang diimpikan oleh para bloggers yang join nuffnang.
Bak kata orang,
Mana nak dapat sagu kalau tak dipecahkan ruyungnya.
Mana nak dapat apa yang diimpikan kalau tak berusaha.
haha~

Lepas ini kalau nuffnang ada buat event, saya akan try untuk join.
Kalau tak berjayapun tak apa.

Orang yang berjaya ialah orang yang tidak berputus asa apabila dia gagal.
Orang gagal pula ialah orang yang berputus asa sebelum mencubanya.
So, renung-renungkanlah diri sendiri.
Bak kata orang lagi, gagal itu punca kejayaan.
Orang yang berjaya tanpa pernah gagal takkan rasa nikmatnya kejayaan itu =)

Adoi, melalut ke lautlah hari ni.
Hajat nak share apa yang saya dapat daripada entry-entry mereka yang tak lokek ilmu ini membuatkan saya bersemangat untuk menghasil entry yang terbaik.
Biar sikit asalkan berkualiti.
Dan kenalah mindset berblog tu bukan sebab nak popular atau nak kejar duit.
Tapi, sebenarnya mengejar kepuasan menghasilkan entry yang orang suka.
Err..tapi sekarang ini entry saya ini berkualiti kah?
(bertanya dan bermuhasabah diri sendiri..huhu~)

Kalau nak baca details pasal tips-tips untuk berblogging oleh bro Eyriqazz dan tips-tips untuk nuffnang bolehkah baca terus di link KakInaKL ni. Lengkap beb dan berbaloi-baloi!
Eyriqazz sendiri ada buat entry khas dan share secara details petua-petua berblogging yang hebat .Klik Eyriqazz tips part 1 dan juga Eyriqazz tips part 2 untuk tahu lebih lanjut.

p/s : oohh..kesilapan yang tak disengajakan telah berlaku dalam Entry Gathering GengBlogger, serius ingat dah letak semua link member2 yang kenal di sana tapi macam manalah boleh tak perasan Longhaffiz aka Perantau London punya link tak ada.
Haiihh...sorry bro jangan sedih-sedih.
Saya tinggal link kat sini orait tak?

Monday, July 19, 2010

Nuffnang tips : Iklan terapung lebih mesra readers!

Salam~
Pagi ini berjalan-jalan cari pasal di blog-blog rakan-rakan blogger.
Rupanya blogwalking ini memang tak sia-sia sebab seain dapat tambah kawan dan gian trafik tapi kita juga dapat tambah ilmu lagi-lagi kalau ada tips-tips blogging dan juga yang paling menarik tips nuffnang la kan.

Ahahha..
Rakan-rakan mesti perasan yang iklan nuffnang sidebar saya dah berubah lokasi daripada stick dekat sidebar tu menjadi iklan terapung.
Maknanya bila scroll ke bawah atau ke atas sekalipun, iklan itu akan follow.
Nasib baik content blog saya ini kurus dan 2 column.
Kalau tidak akan mengganggu pula pembacaan rakan-rakan yang singgah lagi-lagi di sidebar itu.
=)

Oh ya.
Saya jumpa tutorial untuk buat iklan jadi terapung macam ni.

Terima kasih sangat-sangat kepada mimpisibunga sebab sudi share tips ini.
Terjah ke sana untuk belajar lebih lanjut tutorial iklan terapung ini dan juga baca kelebihannya.

Lalalala~

Friday, July 16, 2010

MINIC to the MUZIC Contest untuk penggemar biskut wafer Munchies!

Main contest photo

Tadi masa lawatan rasmi ke website nuffnang, tengok ada update baru.
Berkenaan biskut kegemaran saya masa belajar dulu Munchies Muzic Wafer Cube.
Memang sedap oooo rasanya.

Rasanya saya ada beli baru-baru ini atas permintaan si kecil yang nak masuk IKM.
Tapi dia khabar sampai sekarangpun tak bersentuh lagi biskut tu.
Maklumlah makan cukup.
Sehari 4 kali makan dengan tak payah keluar belanja.
Semua dah masuk dalam yuran dan dalam elaun.
=)

Mereka dengan kerjasama nuffnang telah buat satu contest.
MIMIC to the MUZIC contest!
Malas mahu translate ke BM. Baca sahajalah kenyataan di bawah ini.

Munchy’s MIMIC to the MUZIC is where you get to show off your mouth music to the world! All you have to do is record yourself doing your most creative rendition of the MUZIC Wafer Jingle to enter. It doesn’t matter how you do it: with an empty barrel, a water balloon or even a frying pan. As long as the music comes from your mouth, it’s creative and there’s a MUZIC Wafer pack in your video.

Bagaimana mahu join ini contest?
Ada beberapa langkah mudah yang perlu dilakukan.

1) Sila tonton MUZIC Wafer commercial atau download the MUZIC Wafer track here.
2) Lepas itu, sila buat satu video anda bergembira menyanyi secara kreatif bersama sekurang-kurang 1 pack Muzic wafer. Video duration mesti tak melebihi 30 saat.
3) Hantarkan video kreatif anda itu ke http://www.munchysmuzic.com/ via tab ‘MIMIC’.
4) Tunggu sehingga juri memilih 20 top creative video finalist. Kalau anda antara 20 yang bertuah, anda akan dihubungi dan voting process akan dibuat untuk memilih video terbaik.

Macam senang sahaja kan. Hanya perlu hantar video 30 saat sahaja.
Anda tentu teruja bila tengok hadiah yang ditawarkan kepada yang bertuah.
Tak percaya bolehlah tengok di bawah ini.

munchys2

Grand Prize x3: iPad 32GB
Top 20 Finalists: Munchy’s Hamper worth RM150 each

Contest dahpun bermula dan akan tamat pada 04 Ogos nanti.
So apa lagi di tunggu.
joinlah sekarang!

Sumber gambar dan maklumat semuanya daripada nuffnang
Boleh klik link itu untuk maklumat lanjut.

p/s : tengah memikir idea apa nak buat untuk buat video ni.

Thursday, July 8, 2010

Nuffnang pemangkin semangat berblogging : Project Alpha pula~

Bila dah kenal nuffnang dengan lebih rapat, saya mula rasa kemeriahan Project Alpha Session 2..
Actually, masa saya join nuffnang dulu kecoh dah pasal Project Alpha Session 1 tapi masa tu saya tak sempat nak faham secara jelas.
Jadi peluang tu terlepas pula.
So, bila datangnya Project Alpha Session 2, saya mulalah godek2 website projectalpha tu.
Rupanya ada chances untuk dapat duit juga bila Project Alpha ni launched.
Dengan adanya program Instant Cash Blogging, blogger2 ada peluang untuk kumpul duit poket.
Setiap minggu akan ada task disediakan team projectalpha.
Dengan ikut requirement yang dikehendaki oleh task itu, blogger berpeluang untuk dapat RM20 setiap minggu.
Daripada minggu pertama sampai minggu ketujuh, semua ang buat task akan dapat RM20 kalau ikut requirement (7 task total sebab 1 task sahaja setiap minggu).
Lepas itu, minggu ke 8 sampai minggu ke 15, cuma 50 bloggers terawal buat task tu akan dapat RM20 (14 task total sebab ada yang dalam seminggu 2 task).
Masa ni memang peluang untuk terpilih tipis.
Semua orang pun macam gila nak dapat kan RM20 ini.
haha!

Sayapun ada join juga tapi tak semua.
Ada beberapa sahaja task yang saya buat.
Dan banyak jugalah yang tak dapat sebab terlambat buat.
Ada juga yang saya buat tak ikut requirement yang dia nak.
Nak dapat duit bukannya mudah kan.
Kena usaha.

So, untuk projectalpha instant cash blogging tu saya dapat kumpul RM100.
Hanya 5 sahaja task saya yang dapat reward daripada 21 task yang dia sediakan.
Lepas ini kalau ada lagi memang saya akan join la.
Ini salah satu perkara yang buat saya enggan untuk menduakan nuffnang.
ahaha~

p/s : tunggu ProjectAlpha session 3 tahun depan daa~

Wednesday, July 7, 2010

Nuffnang pemangkin semangat berblogging : Pengalaman dapat Buffered Earning

Saya ada cerita pasal pengalaman awal saya dengan nuffnang.
Kali ini saya nak cerita pasal buffered earning pula.

Selepas beberapa bulan mengenal nuffnang, saya mula mengenal apa itu buffered earning (BE).
Masa itu ramai blogger2 famous buat entry yang mereka ada dapat BE.
Apakah buffered earning tu ye?
Buffered earning ni memang ambil masa jugalah nak dapat.
Dan saya sendiripun tak pasti kriteria2 untuk dapat buffered earning.
Daripada bulan 6, 2009 sampailah masa saya cash out kali pertama tu saya tak pernah dapat buffered.
Bila dah cash out tu baru dapat 2.
Iaitu dalam bulan 2,2009 juga.
Tapi tak ada earning langsung. Iklan tak keluar langsung masa itu.
Masa itu sayapun tak berapa reti nak handle BE ini.
Rupanya bila dah dapat buffered tu kenalah usaha sikit tarik trafik.
Kalau tak ada trafik, iklan tak akan keluar la kan.
Nampak tak kat gamabr bawah ni.
2 BE terawal tu CTR = 0.00%.
Kalau tak nampak kena klik untuk zoom la ye =)

So, sayapun terus tunggu dengan kesabaran kalau2 ada peluang untuk dapat buffered lagi kan.
Penantian saya akhirnya berakhir pada awal bulan 4,2010.
Nuffnang dengan baik hatinya bagi saya bukan 1 tapi 5 buffered earning sepanjang bulan April.
Saya rasa memang ramailah yang dapat buffered earning masa ni.
Alhamdulillah sahaja yang mampu saya ucapkan.
Masa ini saya memang berusaha mantapkan trafik at least 100 UV sehari.
Saya memang target 100 UV sahaja dari dulu sampailah sekarang.
Bagi saya itu dah cukup membanggakan.

Saya bukannya blogger full time.
Dengan kerja yang macam menggila banyaknya, mustahil untuk saya tingkatkan target UV tu.
Saya dah la tak reti bermain dengan SEO.
Sekarang ini masih bujang, kurang sikit tanggungjawab.
Kalau dah kahwin sok memang lagi tak terkejar la kan.

Alhamdulillah, selepas itu memang buffered tak pernah putus.
Walaupun tinggal 1 sahaja sedang running, still tak putus kan.
Macam sekarang ini memang tinggal 1 sahaja tengah running.

Kepada yang baru berblogging dan join nuffnang tu tak perlulah risau kalau tak dapat buffered earning lagi, Jangan mudah berputus asa ok.
Sebab pengalaman saya sendiripun perlukan 10 bulan untuk dapat buffered earning.

Rasanya petua yang kata 'edit survey' selalu tu pun boleh dipakai sebenarnya untuk mendapat buffered earning.
Saya selalu juga edit dalam sebulan sekali supaya nampak macam up to date.

Tapi terus terang cakap buffered saya tak banyak.
Paling2 tinggipun RM10 kot.
Pernah dapat RM2 camtu la sebelum ia bertukar jadi metered earning.
Tapi, sesuailah dengan trafik saya yang tak seberapa.
bersyukur sebab at least ada juga kan.

Lepas dah kenal Buffered Earning, saya kenal pula Project Alpha.
Apa itu Project Alpha.
Saya yakin ramai yang tahu dah lagi2 yang join nuffnang.
So, saya akan cerita sikit pengalaman mengenal Project Alpha pula.
Stay tuned!

p/s : Tak ada niat untuk menunjuk-nunjuk. Cuma nak share pengalaman sendiri dengan BE. Harap tiada yang salah faham.

Tuesday, July 6, 2010

Nuffnang pemangkin semangat berblogging : Pengalaman masa mula join

Saya rasa hampir semua blogger yang berblogging kenal nuffnang.
Siapa yang tak kenal nuffnang memang nak paling 'low profile' dalam dunia.
Kenal tak semestinya dia join.
Ada yang tak join tapi still kenal nuffnang.
mereka mungkin lebih prefer pengiklanan yang lain macam mangga ads, advertlets atau innity yang merupakan pesaing nuffnang.
Oh ya ada lagi satu pesaing nuffnang iaitu YouthSay.

Dari dulu sampai sekarang saya pilih nuffnang.
Saya mula join nuffnang bulan June, 2009.
Kiranya dah setahun saya join nuffnang.
masa tu saya tak kisah sangatpun pasal status glitterati.
Saya ada sematkan advertlets juga di blog ini.
Saya mula dapat earning dua bulan selepas itu.
Masa tu first earning RM1.65 sen dengan status non-exclusive member.
Lama2 saya rasa nuffnang lagi bagus dari segi earning berbanding advertlets.
So, saya remove advertlets daripada blog ini.
Dan saya dapat status glitterati masa bulan 9, 2009.
Earning bertambah baik dan sayapun cash out masa bulan 2,2010.
Dalam masa 6 bulan baru dapat cash out.
Figure pun tak banyak. Cuma seratus lebih sahaja.
(saya pernah terbaca beberapa blog yang hanya perlu sebulan dua untuk cash out. Memang masyuk la kan earning mereka kan)

Lepas ini saya akan cerita lagi pengalaman peribadi saya bersama nuffnang dengan lebih lanjut.

Stay tuned!

Wednesday, June 23, 2010

Dapat Buffered tapi iklan cam malu2 la pula.Nape eh?

Alhamdulillah, pagi tadi saya check2 kat nuffnang.
Tup2 dapat satu buffered.
Yang DiGi tu dah lama jugalah di situ (dah lebih dua minggu kot.)
Yang Nestle Coffee Mate Love Notes, macam malu2 la pula nak keluar.

Malam semalam sahaja dia keluar sekejap, pastu tak keluar2 dah.
Ke dia memilih masa2 tertentu sahaja untuk keluar ek?
Aiihh..kalau keluar tu kawan2 jangan tak klik ok.
kuikui~

p/s : pepun terima kasih daun keladi ye nuffnang. =) Sayang kamu ketat2.

Friday, June 18, 2010

Saya menang contest Project Alpha 2 Day 23..=)

Pagi semalam saya dikejutkan dengan email tahniah daripada nuffnang.
Katanya saya menang motor hadiah dalam contest harian Power Root ProjectAlpha 2.
Kalau ikutkan memang susah nak menang sebab hanya 5 lucky winners akan dipilih setiap hari dan setiap penyertaan ke 10 yang jawab betul akan terpilih.
Maknanya setiap hari kena jadi peserta yang ke 10, 20, 30, 40 atau 50 sahaja.
Memang kena tunggu luck la baru dapat kan.

Mula2 saya memang agak excited nak join tapi saya hanya berkesempatan untuk jawab soalan tu belah malam kalau hari kerja (so harapan untuk jadi pemenang harian memang nipis la sebab mungkin saya dah jadi peserta yang ke berapa ratus kot).
Saya cuma aktif jawab secepat yang boleh bila cuti. (adakah day 23 tu hari cuti?)
Pagi2 dah terpacak depan PC layan video ProjectAlpha.
Sampai week 24 je pun saya konsisten, pastu ke laut daa....
Busy mengalahkan menteri.kuikui~

Bila dapat sahaja email tu saya terus pergi check list nama pemenang.
Nasib saya memang baik sebab saya punya namapun paling last untuk Day 23 tu.
Teruja sebab first time menang contest anjuran nuffnang.
Sebelum ni join contest tapi tapi tak pernah menang.
Tiket wayang sempena contest anjuran nuffnang pun tak pernah dapat lagi.
Ada gak keinginan tu tapi tak ada rezeki lagi kut.
(isk2..tak baik..tak baik.. patut bersyukur sebab ada gak menang contest nuffnang..)

Hadiah kena ambil di pejabat nuffnang weekdays.
Hadiahnya adalah tertera dalam gambar ni.

Ohh..cuti saya dah hampir tak ada.
Bilalah nak pergi ambil hadiah tu.
Sijil pergi event Gatsby Deodorant Streets Fair pun belum ambil lagi.
Help2..

Pepun, thanks to nuffnang sebab 'menang'kan saya.
yeay!
Sayang lebih kat nuffnang =)

Wednesday, May 26, 2010

I wanna watch Toy Story 3


Tengok sahaja gambar di atas ini confirm kawan2 kenal siapa mereka lagi2 mereka yang bergelar kanak2 masa cerita ini mula2 di tayangkan dulu.
Sekarang dah masukpun Toy Story 3.
Memang saya amat minat cerita ini dan saya rasa inilah cerita animasi pertama yang pernah saya tengok seumur hidup saya.
Saya yakin ramai yang sependapat dengan saya.
Dah lama saya tunggu Astro tayangkan semula Toy Story yang pertama tapi sampai sekarangpun tak ada. =(
Walaubagaimanapun, kekecewaan saya terubat dengan kemunculan Toy Story 3 ni.

Dulu watak paling saya ingat dah tentulah watak utamanya
Buzz Lightyear..
Kalau dia ni ada secara realiti dah tentu saya jatuh hati.



Dalam Top Story 3 ini ada banyak watak baru diperkenalkan.
So saya nak share sikit pasal watak baru yang saya macam terminat lebih ala ala cinta pandang pertama gitu. Inilah dia Bookworm:


Kenapa saya minat watak ni?
Seriosly sebab rupa dia yang amatlah cute dan dia berwarna hijau (antara warna favourite saya).
Bookworm ini mesti genius sebab namapun dah ulat buku kan.
Saya yakin dia antara watak terpenting dalam Toy Story 3 ini nanti.
Anda nak join saya untuk dapat tiket.
Jom terjah NUFFNANG DI SINI ye.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics