Followers

Wednesday, May 5, 2010

Journey to Pantai Timur 2010 bermula~

Lepas dah bershopping bagai, kamipun bersiap untuk check out daripada istana hinggap kami itu.
Packing2 barang semuanya masuk kereta,

Kami terus bertolak.
Ayah singgah di Pasar Besar Kerteh untuk membeli ikan fresh.
Saya dn kakak pula diamanahkan mak untuk cari asam jawa yang salut gula.
Kami beli 10 peket dengan harga RM10 sahaja (murah betul)
Dan juga keropok ikan goreng 10 bungkus dengan harga RM10 juga.
Lepas itu kami hanya berhenti mengisi minyak di stesyen petronas berdekatan sebelum berhenti makan tengahari di Bukit Besi.

Kami sampai ke rumah atuk dan nenek kira2 pukul 3 petang.
Hari yang panas dan dalam rumahpun cukup panas.
Kami hanya lepak beramai-ramai di beranda (open air area) supaya tak rasa panas terkepung.
Lepak2 minum air teh o sambil sembang mambang.

Tak lama lepas itu, moksu saya.
Moksu saya ni adik ayah yang bongsu tapi umurnya muda daripada saya.
Sambung borak2 sampailah terkeluar cerita pasal majlis tunang moksu saya ni yang akan dibuat selepas raya puasa tahun ini.
Tapi moksu saya ni tunang tak lama sebab dia akan kahwin pada awal tahun depan.
Plan masa cuti CNY.
Sengaja saya nak share di sini supaya tak lupa.
Ucapan tahniah kepada beliau sebab cepat ketemu jodoh.
Umur dia baru 23 dan akan kahwin umur 24.
Saya sekarang dahpun 25.
hoho~

Inilah moksu saya..


p/s: Tak ada banyak gambar kali ini.Tak terpikir nak snap banyak2 pula.huhu~

6 comments:

AtieAbid said...

lepas moksu, afzan punya turn la pulak kan..heheheh

Di said...

comelnye moksu^^

noorafzan.blogspot.com said...

atie..
haha..
=)

noorafzan.blogspot.com said...

chapati cokelat..
sebab itu dia kawen dulu dari saya.
hoho~

cik helena said...

Sengaja saya nak share di sini supaya tak lupa

okay comel ayat nih..hehehehe

noorafzan.blogspot.com said...

cikhel..
hoho..malulah pula.
tapi serius dah macam diari pulak kadang2 blog nih.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics