Followers

Wednesday, May 5, 2010

Aktiviti di kampungku~

Mostly bersembang dengan atuk dan nenek.
Atuk ada ajak kami pergi petik jagung di kebun.
Tapi dek kerana ramai nak ikut padahal nak bawa 1 kereta sahaja, saya tak pergi.
Balik sahaja nah sebesen jagung baru petik segar dari ladang.
Kalau direbus dah tentu manis rasanya.

Tapi, malam tu kami plan pergi makan roti canai di luar.
Jadi malam tu memang tak masak apa la.
Kami pergi pekena roti canai di gerai yang hampir dengan rumah atuk.
Malangnya doh roti canai di gerai tu tak cukup untuk supply kepada semua yang ada.
Ayahlah mangsa keadaan yang tak berpeluang untuk makan roti canai.
kesian ayahku.

Masa di kampung, atuk ada bawa saya, ayah dan abang singgah ke tanah ayah, tanah atuk.
Ini kami singgah di kebun atas tanah milik ayah.
Atuk ada tanam pokok durian, rambai, kelapa dan lain2.
Bulan 6 nanti boleh makan hasil dah tapi tak tahulah boleh balik kampung lag masa itu atau tidak.


Atuk sedang duduk di bangsal tempat rehat.
Ayah sedang meninjau kebun.

Sebenarnya nak fokus pada pokok ubi ni.
Tengoklah batang pokok ni.
Besarkan.
Cuba bayangkan saiz ubi dalam tanah tu.
Entah2 dah jadi kayu kerasnya.
Maklumlah pokok ubi tua.
Tengokla, jalanpun muat2 satu kereta sahaja.
kiri kanan ialah tanah kebun.
Kereta saya diparkir ke tepi sikit sekadar bagi ruang untuk motor melalui jalan tersebut.

Oh, ni hasil kebun juga.
Nenek tolong petikkan.
Petola baru petik ni memang sedap bila direbus buat ulam.
Nyum2.



Kalau duduk di kampung dapat makan lauk2 dan sayur2 fresh sahaja.
Sebab itu orang kampung sihat kan.
=)

8 comments:

miss lolly a.k.a luvfareda said...

walaupun semak samun. keindahan suasana kampung lagi shiok dr bandar :)

azie said...

saya setuju, duk kat kangpung leh makan sayur yang segar, dan tanpa bahan kimia.
Pokok ubi kayu yang besar tu unik la, jarang ada

noorafzan.blogspot.com said...

miss lolly..
haha..
semak sebab x de orang nak jaga.
atukpun bukan larat nak jaga sorang.

noorafzan.blogspot.com said...

Ummi Fitrah.
betul.
sayapun mula2 terkejut tengok.

::Kak Sambal:: said...

Salam Afzan,
akak tag afzan untuk join giveaway nie
http://emacupcakes.blogspot.com/2010/05/imanina-cute-give-away.html

Anonymous said...

teringat masa kecik2 dulu kat rumah pon ada pokok ubi kayu yg batang dia besar mcm pokok kelapa,siap bengkang bengkok dan ada biji benih ? kalau tak silap..ubi dia sampai terkeluar dari tanah dan dipatuk ayam.....semua tu x tak ada lagi zaman berevolusi..

noorafzan.blogspot.com said...

Mamalyna..
nanti saya pi check ye kak.
sekarang ni kuang larat tuk join contest.
demam.

noorafzan.blogspot.com said...

anonymous..
oh..maknanya ubi nyatak beracun la kan.
tu la memang susah nak jumpa zaman sekarang pokok ubi saiz gajah camni.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics