Followers

Thursday, May 6, 2010

Air Terjun Sekayu, Kami datang~

Masa duk di kampung hari pertama, tiada aktiviti yang kami buat di siang hari melainkan hanya masak, makan, tgk tv dan tidur.
Sampai rasa macam dah jem otak asyik buat benda sama sahaja.
Jadi, kamipun decide untuk ke Air Terjun Sekayu keesokannya.
Rancang nak pergi pagi sebab cuacapun panas dari pengamatan kami.

Malangnya tengah malam, hujan mula turun dengan lebatnya.
Ingatkan hujan sekejap sahaja.
Rupanya sampai ke tengaharipun masih hujan.
Plan pun di tunda sehingga hujan berhenti.
Bila dah dekat waktu zohor, caca dah mula baik.
Kami terus sahaja gerak bersama tourist guide kami merangkap moksu.
Adik bongsu ayah.

Kaami sempat beli makanan ringan untuk buat bekalan.
Mesti lapar kalau mandi air terjun kan.
Hampir setengah jam kemudian, kamipun sampai ke tempat tersebut.
Oleh kerana hari itu hari ahad maka tak ramai orang (ahad kan hari kerja di sana).

Kedatangan kami disambut oleh penjaga pintu masuk.
Kena bayar parking RM1 per entry.

Ni signboard masuk ke tempat ini tapi view dari dalam (kat luar tu tulisannya "selamat datang")

Sempat saya snap papan kenyataan yang menyenaraikan perkhidmatan berserta harga yang disediakan di Air Terjun Sekayu ni.
Ada chalet tahu kat sini selain daripada facilities yang selalu disediakan untuk buat kem atau kursus seperti surau, dewan serbaguna dan tak lupa tapak khemah yang boleh disewa dengan harga serendah RM2.

Signboard amaran ni pun perlu juga dibaca oleh pengunjung iaitu berkenaan fenomena 'kepala air' serta tanda2 yang dapat kita lihat bila ia berlaku.
Fenomena ini selalunya berlaku bila musim hujan/tengkujuh.
Elakkan berkunjung ke sini pada musim tengkujuh.

Aktiviti mandi2 kami berjalan lancar.
Memang seronok mandi di situ bila tak ada orang.
Serius hanya kami dan satu keluarga sahaja yang mandi manda di situ.

Muka2 dah puas mandi manda.
Airnya memang sejuk menggigil satu badan tahapnya.

Sempat lagi snap picta di tapak perasmian Hutan Lipur Sekayu ni.
Rupanya tempat dirasmikan masa umur saya bari sebulan.
hoho~


Air Terjun Sekayu ni popular di Terengganu.
Kalau pergi hari sabtu memang meriah sangat dengan pengunjung.
Nak parking pun susah.

Kalau pergi Terengganu jangan lepaskan peluang untuk ke sini ye.

p/s : papehalpun air terjun terbaik kami pergi ialah di Tasik Kenyir. Entah bila ada peluang lagi ke sana.

20 comments:

jaya jr said...

xde buat bbq k???

watie said...

belum pernah sampai sana tingin gak nak pi :)

Redbloodsnow said...

bestnyer mandi air terjun. jeles!

|| NaFiRaa || said...

wahhhh.. gi sekayu ke??? bestnye..lama x pi sana~

Asliza said...

huhu..air terjun sekayu!
dekat ngan umah..hehehe

lily lotus said...

tak pernah sampai lagi. tapi tasik kenyir mcm lagi best jer bunyi. bilalah ly nak ke sana

cik helena said...

air terjun sekayu eh..dekat tak dengan pulau perhentian.haha

boleh tak tanye soalan tu./.hehe

fasham said...

best tul g mandi air terjun kan lama x mandi arrr rindunya nak g mandi air terjun.......

azie said...

bestnya dapat mandi air terjun... sejuk.kat terengganu banyak tempat pelancongan yang menarik

noorafzan.blogspot.com said...

jaya..
ada tap ibukan kat tempat ni.
next episode k..=)

noorafzan.blogspot.com said...

watie..
sila2..
best tapi kalau pegi weekend bersesak la.

noorafzan.blogspot.com said...

redbloodsnow..
memang best..
airnya sejuk menggigit tulang hitam.

noorafzan.blogspot.com said...

nafiraa..
awak duk dekat2 situ ke dulu.
best kan?

noorafzan.blogspot.com said...

aslizaahmad.
oo..really?
awak tinggal di mana?
kuala berang?

noorafzan.blogspot.com said...

lily..
mmg kat kenyir lagi besh sebab air terjun dia lagi jernih, memang terpelihara sungguh.

noorafzan.blogspot.com said...

helena..
uhuuu..jauh tu cikhel.
perhentian kat kuala besut atas lagi dari KT.
sekayu ni bawah dari KT.
Kiranya sekayu lagi dekat la daripada perhentian (dari KL)

noorafzan.blogspot.com said...

Faye..
betul2..
sekali sekala mmg besh..

noorafzan.blogspot.com said...

azie..
betul la awak.
pasni saya nak cite pasal pulau kapas pula.
cantik gak.

elwenes said...

wah bestnya. wanes suka jalan2..

noorafzan.blogspot.com said...

wanes.
mmg tgk kat blog wanespun byk pi travel.
sonok kan.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics