Followers

Saturday, May 15, 2010

Journey to Pulau Kapas versi berkamera di pagi terakhir~

Saya nak update pasal Pulau Kapas hari2 tapi sebab busy mengalahkan PM, Saya buat draft je tak publish2.
Iyelah, nak kena edit gambar satu2 tu yang malas sikit.
Bila dah ada gambar ni baru syok nak tulis2..

Episod lepas saya cerita pasal candat mencandat.
Balik sahaja daripada aktiviti tersebut, kami terus tidur sampai ke pagi.
Dan bangun2 sahaja baru sedar dah hari itu hari last kami di Kapas.

Lepas sarapan, tak ada aktiviti dah..
Free.
So, kami ambil kesempatan jalan2 sambil photoshoot lagi di pantai yang cantik tu.
Rugi kalau tak snap2 kecantikan serta keindahan pantai ciptaanNya ni.



Masa ni kami ambil kesempatan untuk bergambar sepuasnya.
Kami bertiga ni rakan sebilik. Peace!
Kami ni dulu semua amik course berbeza kat sekolah teknik tu.
Bila masuk U semua sudah sonsang,ambil course tak kena dengan course time sekolah.
Dari kiri Saya, Syedot dan Zihan.
Syedot dulu ambil course Kejuruteraan Awam tapi masuk U ambil course Kejuruteraan Kimia. --> jauh gak terpesong, 180 darjah..=)
Saya dulu ambil course Akaun tapi masuk U ambil course Kejuruteraan Mekanikal. --> paling ketara beb, 360 darjah..=)
Zihan dulu ambil course Kejuruteraan Mekanikal tapi masuk U ambil Kejuruteraan Elektrik. --> tak jauh sangat larinya. .adalah 90 darjah=)
Feeling2 kat pantai pulak dah..

Suka sangat gambar kat buaian ni.
Terima kasih kepada si photographer =)
Yang berbaju hijau itu Ju, tunang Paan yang tengah snap gambar kami ni.
Diapun photographer juga..
Sengaja tak letak gambar Paan dalam ini eposide.haha~
Lepas dah gigih ber photoshoot kami lepak pula tengok geng2 main bola tampar pantai.
Nak join tak berapa reti.
So, menonton sahajalah.
Zihan dengan Paan join main bola.

Lepas dah bosan2 bermain bola, Zihanpun menghilang.
Rupanya dia pergi beli souvenir untuk geng2 office dia.
Siap berebut dengan Ojan.
haha~

Lepas shopping, saya lepak kat wakaf sebelah kedai cenderahati tu dengan zihan.
Lepas itu datang Shima dengan Fadzilah.
Apa lagi snap2 jugalah.
Tukang ambil gambar ni ojanku sayang la kan.
haha~



Lepas itu ingat nak balik chalet tapi macam busan sahaja kalau duduk dalam bilik.
Saya ajak Zihan ke pantai.
Tengok geng2 kami mandi pantai pula.
nanti saay update dalam next episode.

7 comments:

miss lolly a.k.a luvfareda said...

waaaaaaaaaaaa :(

Xdapat tengOk gambauuuuuuuu.

line selOw :(

shazika said...

sayatak pernah gi pulau kapas
seronoknyer kamu

niesz said...

best nyer..xpnh g lagi..bile la ade pluang nk g sane..hu...

noorafzan.blogspot.com said...

miss lolly..
siannya..tap igamabr cantik maa..
sabar no..

noorafzan.blogspot.com said...

shazika..
takpe, one fine day awak leh gi gak..=)

noorafzan.blogspot.com said...

niesz..
mmg best awak..
gi la sekali..

Hairi Hassan said...

nak pegi jugak...T___T
dah lame tak gi pulau...

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics