Followers

Wednesday, May 12, 2010

Syahadah Gadis Aties dalam genggaman~

Lepas ke majlis kahwin sahabat ex sekolah, saya ke OU.
Jalan2 cari pasal sahaja.
memang saya cari pasal sebab dalam poket dah hampir kekeringan, sempat beli satu sandal.
Alaa..sandal BATA sahaja.
Buat pi kerja.

Lepas itu, kami masuk MPH.
Saya belek2 la buku Kiamat Sudah Dekat.
Bagus buku tu sebab ada penerangan tentang tanda2 kiamat kecil dan besar dan dikaitkan dengan situasi sebenar sekarang ni.
Tapi tengok, belek2 sahajalah.

Lepas itu, ternampak buku di bawah ini.
Syahadah Gadis Aties.
Lama dah saya cari akhirnya terjumpa juga.
Tapi sebab memang duit dalam poket tak cukup, maka cakap kat my F akan beli juga nanti.
tunggu bila ada duit.

Kamipun keluar kedai MPH.
Dia beli majalah fotografi kegemaran dia.
Saya tak beli apa tapi saya sebng2 dengan dia pasal buku Syahadah Gadis Aties tu.
Actually, kami ada e-book dia dan pernah baca dan diapun baru teringat pasal itu.
Terus dia patah balik ke kedai buku tu.
Ingatkan nak beli apa.
Rupanya dia belikan saya buku ni.
Tapi, dia cakap lepas habis baca, bagi dia pinjam =)

Waahh...
Bestnya.
baru masuk bab ke 2.
Gigih ni.

Anda nak juga?
Buku ni gerenti best sebab e-book dia dulupun best.
Dapatkan di MPH atau kedai buku berdekatan dengan harga RM16.00 sahaja.
Penulis buku ini ada blog.
Saya suka berkunjung ke blog beliau cuma sekarang dia jarang2 update.
Mungkin busy dengan urusan penting.
Jom2 singgah blog beliau di sini.

http://satuhala.blogspot.com/

12 comments:

pondokmerah said...

baguslah suka baca buku kan

Anonymous said...

cter ni mmg best....
aku kagum ngn watak lelaki ni;)

Aduka said...

owh..
cam best..
dh lama gak ni x baca novel..
last baca novel klasik..
T_T

noorafzan.blogspot.com said...

pondok merah.
suka gak.
tapi lambat sikit nak habis.
baca macam bed time stories je..
sebelum tito..

noorafzan.blogspot.com said...

jane..
kannn..
sama la kite..=)

noorafzan.blogspot.com said...

aduka..
novel klasik?
novel cemana tu?

said...

dah lama tak beli novel....hadoiii...rindu nak baca kisah2 cinta....hehehe

Jard The Great said...

takleh nk layan novel melayu.. huk huk

noorafzan.blogspot.com said...

yanie..
haha..
jom2 layan novel balik ye yanie..
ahaa~

noorafzan.blogspot.com said...

jard..
u should not miss this novel.
ni bukan novel cinta tapi novel how to tackle seorang athies tuk mendekati Islam.
ada cinta tapi konsep cinta padaNya.

angahfarah said...

akhirnya afzan...dpt gak..kiki..
alhamdulilh..ada penambhn cerita dlm buku ni berbanding e-book nyer..and ada gak penerangn dlm bentuk jadual..senang fhm..moga sama2 dpt share ilmu yg ditulis bro nizam ni..

noorafzan.blogspot.com said...

alhamdulillah Farah..
dah dapat.

yup, tgh baca lagi..

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics