Followers

Sunday, May 16, 2010

Susah ke nak dapat kerja lepas grad? part 1

Sekarang ni dah bulan 5..
2 tahun lepas, saya merupakan seorang graduan yang baru sahaja habis final semester di Universiti tempatan paling selatan dalam Malaysia, UTM.
Jujur saya katakan saya seorang yang kurang confident dan cepat gugup bila di interview.
Perasaan di interview tu sama macam perasaan bila 'kena bicara di mahkamah sebab melakukan jenayah'.
Dup dap dup dap menanti hukuman.
Lagi2 bila kena interview dalam BI. Alangkan BM pun boleh terabur bila kena present.
Seram sejuk..


Lebih kurang macam ni lah masa awal2 di interview. nervous!

Atas alasan itu, saya amatlah risau dan sasau.
Masa semester akhir itu ada juga beberapa interview yang saya pergi tapi semua tak lepas.
1st interview pun dah tak lepas, apatahlagi nak ke 2nd interview dan seterusnya dapat kerja.
Saya hanya membayangkan bahawa saya akan gagal untuk mendapat kerja bila dah grad nanti.
Mimpi ngeri bila kawan2 lain dah kerja, kita masih lagi mencari-cari.
Masih lagi sibuk menghantar CV dan check2 job vacancy.
Result saya baik dan senang untuk dapat peluang interview tapi nak lepas interview tu payah.

Lepas dah grad, saya mula berusaha untuk mantapkan skill untuk hadapi interview.
Saya beli buku berkaitan cara hadapi interview dan juga matapkan BI.
Saya join semua engine cari kerja seperti jobstreet, jobsDB, Allyhunt dan JenJobs.
Setiap sabtu saya akan beli The Star dan setiap har saya hantar resume melalui email.
Saya tunggu panggilan interview juga.



lebih kurang macam ni saya bila intervew lepas dah prepared

Saya memang ingat, first interview yang saya pergi di Puchong.
Memang tak jauh daripada rumah.
Saya di temuduga oleh boss bangsa cina.
Saya rasa confident untuk menjawab soalan2 dia tapi bila saya cakap gaji yang saya terima.
Dia macam nak argue.
Dah la dia kata kena OT without claim sampai malam2.
Tapi masa interview biasalah, mulut kena manis.
Segala-galanyapun boleh sahaja.
haha~

After a few days, boss cina tu call cakap, dia akan tawarkan kerja tapi gaji dia kecil.
RM1400 sahaja (gaji kakak saya yang diploma lagi banyak..)
Dah la kena kerja keras. Kena OT bagai.
Terus saya tolak secara baik.

Tak lama lepas itu sayapun dapat interivew di area Puchong juga.
Tapi interviewer dia memang suka 'hentam' orang.
Sebab saya fresh grad, dia tanya saya yakin ke boleh buat kerja?
Saya tentulah jawab saya akan belajar dan cuba dengan terbaik.
Biasanya itulah jawapan paling selamat untuk soklan seperti itu.
Reaksi dia sangatlah tak dijangka sebab dia cakap dia tak percaya pada fresh grad punya janji.
Lepas itu saya tak ingat apa ayat2 pedas dia tapi terus saya tawar hati untuk kerja di situ.
baru interview dah hentam orang.
Kalau dah kerja, saya tak dapat bayanglah.
Lagi satu, dah dia tak percayakan fresh grad, kenapa dia panggil saya interview?
hoho (emo tetiba)
Dan memang saya tak dapatpun kerja tu.

Interview ketiga ni menarik.
Kali ni saya pergi untuk isi jawatan procurement engineer.
Kerja ni kena travel dan saya masa tu tak ada lesen memandu.
Saya memang in progress untuk ambil lesen dan dah khabarkan pada interviewer tu.
Interviewer tu sangat baik dan saya tahu dia dah berminat nak hire saya sebab saya ada basic dalam procurement (berkaitan product materials) dan juga dalam masa yang sama ada basics technical drawings.
Dia siap bawa saya round kilang lagi untuk mengenal produk yang mereka keluarkan.

Seminggu lepas itu, dia call dan tanya progress lesen memandu saya.
Dia kata kalau saya dah lepas lesen, dia akan panggil saya for 2nd interview.
Lepas itu beberapa kali jugalah dia call sampailah sayapn rasa bersalah sangat sebab dia tunggu saya.
haha~
Last2 saya cakap tak payah tunggulah.
Saya susah sikit nak dapat lesen.
Tak cepat cekap bawa kereta.
Barulah dia dah tak call.
Sedih juga sebab saya minta RM2000 kat situ.
Dan tengok pada kilang tu ada chance tuk naik cepat sebab kilang tu kilang kecik.
HQ dia kat UK.
Dah tak ada rezeki kot nak kerja disitu.

Dah 3 interview pu ntak lepas2 lagi kerja.
Ada sahaja halangan.
huhu~
Macam mana saya boleh dapat kerja lepas itu.
Nanti saya cerita dalam next episode.
haha~

p/s : motif buat entry ni sebab sekarang ni musim orang grad dan mula cari kerja kan.

3 comments:

Sky0ne said...

takpe, sabar...mula2 memang la susah sikit...yang penting, teruskan usaha...:)

noorafzan.blogspot.com said...

skyone..
betul2..
teruskan usaha pasti berjaya..

Syahrul Iman said...

adeyh..takutnya..nanti lepas grad hopefully dapat tawaran keje dengan senang..hehe

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics