Followers

Tuesday, May 18, 2010

Journey from Pulau Kapas to KL daa~

Masa yang langsung tak dinantikan pun tiba.
Ye la, siapa yang nak tinggalkan pulau yangserba indah serta meninggalkan seribu kenangan indah kepada kami ni?

Kami dah siap packing dan tunggu pakcik bot di tepi pantai.
Sampai sekarang terasa betapa indahnya pantai pulau kapas ni.
huhu~
uuu..bot dah meninggalkan Pulau Kapas di belakang tu.
Sedihnya..sob sob..
Rasa macam cintaku tertinggal di Pulau Kapas pula.
Cinta pada keindahan pulau la.
Cinta lain dah bawa balik sekali.

Sampai sahaja kat tnah besar, kamipun pergi simpan barang dalam kereta (4 kereta parking di kelompok sama) manakala selebihnya parking di tempat lain.
Kami decide nak lepak minum dulu sambil cari2 nasi dagang..tapi tak jumpa.
Agak frust sebab tak dapat nak pekena nasi dagang terengganu.
Ye la..dah tengahari baru nak gerak, nasi dagangpun dah habis.
Tengahari semua orang cari nasi berlauk sahaja kat sana. Tak macam KL nak cari nasi lemak dan roti canai dah tak kira masa. Bila2pun boleh dapat.

Masa tengah tunggu tu tiba2 ada antara kami dapat call yang beberapa kereta tayar pancit dan sebuah kereta gagal dihidupkan.
Biasalah kalau dah 3 hari kereta tak tersadai, kemungkinan2 begitu tetap ada.
Yang tayar pancit tu bolehlah tukar tayar spare dulu sebelum pergi tampal di bengkel tayar.
Yang enjin tak dapat hidup ni la kesian sikit.
Nasib baik ramai mekanik tak bertauliah godek2 kereta member tu sampai akhirnya hidup juga.

Lepas semua dah settle, kamipun gerak balik.
Kami bali dah tak konvoi ramai2.
Kereta yang saya naik follow satu kereta ni.
Kami ikut member orang ganu kite ni gi cari tempat makan sedap(gara2 nak ubati keciwa tak dapat makan nasi dagang).
Yang tak boleh blah, yang sedap kat situ Mee Hun Sup dia (kat KL pun ada daa~).
tapi memang sedap walaupun pedas.
Kami makan juga sotong goreng tepung ni walaupun dia goreng pakai tepung buat goreng pisang.
(tak sesedap tempura la kan)
Cendol diapun boleh tahan la sedapnya menurut member si baju merah ni lah.
Tengok cara dia hirup tu pun boleh bikin terliur daa~
Member ni pula order air sirap laici.
Tu tengah tahan kunyah laici dalam mulut tu semata-mata untuk bergambar.
haha~
Lepas dah makan2 tu kami terus gerak arah ke tol Jabor.
Singgah sebentar beli keropok lekor di Kemaman.
Keropok Lekor kemaman memang terbaik.
Rasa nak beli sata terbantut gara2 dah kenyang makan mee hun sup.

Kami akhirnya selamat sampai ke KL walaupun masa sampai tu masa orang2 KL tengah berperang d jalan raya tuk balik rumah.
hoho~
Redah sahajalah kesesakan jalanraya.

p/s : rasa nak pergi lagi vacation macam gini lagi tapi tunggu ada budget la kan.

16 comments:

meoafzan said...

best!!!!

ayik entri melancong jer... huhuhuhu :p

niesz said...

best nyer..huhu..nk g gak kat ctu..ramai org kate kat ctu cantik..bile la ley g agak nyer..lame da xtgk pntai,pulau..huhu..

Sharinginfoz said...

seronoknya pengalaman kat sini kan.. hmmmm makanan yang fresh dan ketenangan kan

Jom Promote Blog

noorafzan.blogspot.com said...

meoafzan..
ni last entry pasla percutian di kapas.
sedih lak rasa.

noorafzan.blogspot.com said...

niesz..
pegilah sebelum musin hujan tiba..

noorafzan.blogspot.com said...

sharinginfoz..
u r rite bro..
=)

tOm said...

adehh.. lenkali g pulau mana2 ajak sy ye.. tq =) (sy mmg muka x malu sket)

[z@ck] said...

wow..nice place..
=)

Cikbelog said...

sonoknye leh gi pulau kapas

ayen =D said...

best2.. jalan2, dan cerita pasal jalan2.. satu komitmen besar tapi hasilnya best!

dua gambar pertama tu pakai kamera apa? cantik!

noorafzan.blogspot.com said...

tom..
haha..
x tahu lagi bila..
ekeke~

noorafzan.blogspot.com said...

zack..
mmg sgt nice..

noorafzan.blogspot.com said...

dunspeak..
sonokla jugak..tapi balik2 muke semua burn..

noorafzan.blogspot.com said...

ayen..
mmg betul..
tu yang amik masa juga nak cerita kat sini.

Tu pakai nikon D80 je..
=)

ayen =D said...

ek eleh.. d80 jeeeerrrr? menci I

noorafzan.blogspot.com said...

D80 orang punay la ayen..
nak beli sendir x koser..
kahkah~

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics