Followers

Tuesday, May 18, 2010

Cikgu..kenapa jadi cikgu ni bukan cita2 saya?


picture from google

Saya akui saya memang pernah bercita-cita untuk jadi cikgu masa zaman sekolah rendah dulu.
Pengaruh seorang cikgu amatlah kuat masa kita bersekolah rendah.
Nampak cikgu sahaja, terus rasa nak pergi salam, cium tangan dia.
Saya akui cikgu masa zaman asya sekolah rendah semuanya lembut, baik hati, dan sopan santun.
Ye la nak tackle kanak2 nakal dan sedikit liar di kelas hari2 bukan kerja yang mudah.
Mungkin pada mulanya mereka adalah rasa 'kejutan budaya'.
Tapi saya percaya pengalaman menjadikan mereka begitu mudah untuk tackle kami masa tu.
Budak2 nakal2 pun masih suci murni boleh dilentur lagi kan.

Bila menginjak ke alam remaja.
Masuk menengah rendah, saya mula rasakan betapa sukarnya tugas seorang guru.
Nakal student bukan macam masa sekolah rendah yang hnaya pandai berlari-lari kejar mengejar dalam kelas, bertengkar 'manja' dengan rakan sebaya atau mungkin terlalu petah bertanya itu dan ini pada cikgu2 mereka.
Nakal lain macam sikit.
Suka ponteng kelas, melawan cakap cikgu, tak concentrate dalam kelas, bergaduh samapi bertumbuk tendang bagai, merokok, vandalisme.
Rambut semua nak simpan panjang sampai kena tobek dengan cikgu disiplin (ni student lelaki).
baju pulak singkat, tudung singkat cukup2 untuk cecah bahu jepun ada dan kain pula nak seret2 ke lantai. (ni trend student zaman saya sekolah).
Masa zaman saya dulu memang sesekali kes2 begini saya lihat tapi ianya tak sedasyat zaman sekarang kot.
Saya tak tahu situasi sebenar tapi saya buat kesimpulan mengikut cerita kawan2 yang bergelar guru dan juga cerita di dada akhbar yang belum tentu kebenarannya.

Tugas cikgu memang amat berat.
Nak mengajar anak bangsa untuk jadi pandai.
Nak mengajar anak bangsa nilai2 murni untuk jadi 'orang' bila dewasa.
Nak mengajar anak bangsa untuk memakmurkan bumi Allah ini.
Saya tahu ia tugas berat yang belum tentu lagi dapat saya pikul atau tidak.

Sebab itu menjadi cikgu bukan cita2 saya.
Bukan sebab saya memperlekehkan tugas guru.
Bukan sebab saya tak suka cikgu.
Bukan...
Tapi kerana cikgu amanah paling berat dipikul sebagai manusia bagi saya.
Jika cikgu2 gagal, maka rosaklah bangsa,agama dan negara.

selamat hari guru buat semua guru seluruh dunia lagi2
  1. cikgu Sekolah Tadika Islam (1990-1991).
  2. cikgu Sekolah Ren. Agama Batu 13 (1992-1997)
  3. cikgu Sek. Keb Puchong Batu 14 (1992-1997)
  4. cikgu Sek. Men Keb. Puchong Bt 14 (1998-2001)
  5. cikgu Sek. Men Teknik Kuala Lumpur, Cheras aka TIKL (2001-2002)

Lecturerpun masuk under cikgu/guru gak kan?
selamat hari lecturer untuk mereka2 ni
  1. lecturer Kolej Matrikulasi Melaka (2003-2004)
  2. lecturer UTM Skudai (2004-2008)
p/s: Hari guru ni hanya di sambut di Malaysia sahaja kah pada 16May?

10 comments:

niesz said...

cikgu sumber inspirasi ku..hihi..

fasham said...

semua cikgu yang mengajar membentuk kita pada hari ini betul tak

Mamamanja said...

selamat hari guru

miss lolly a.k.a luvfareda said...

me pernah bercita2 menjadi guru :)

ezanykun said...

sy mmg dari kecik tak minat nak jadi guru.. mmg tak sesuai la kot jadi pengajar..

noorafzan.blogspot.com said...

niesz..
yup, cikgu ni mengkagumkan.

noorafzan.blogspot.com said...

faye..
betul2..
cikgu membentuk tunjang kita.
kalau tunjang lemah, maka besar sok mudah rebah.

noorafzan.blogspot.com said...

mamamanja..
selamat hari guru =)

noorafzan.blogspot.com said...

miss lolly..
iye..
haha.
nak jadi cikgu pe?

noorafzan.blogspot.com said...

ezany..
haha..
ye ke..
jadi cikgu bagi saya kerj paling mencabar.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics