Followers

Monday, May 3, 2010

Seorang lagi Penyeri Office pergi meninggalkan kami~

Di office saya.
Secara specific nya department saya, ada beberapa orang yang sangat peramah dan suka buat lawak untu kmenceriakan hari2 kerja yang kadang-kala stress.
Salah seorang daripadanya ialah Rosyidi atau panggilan manjanya Syidi la kan.

Paling obvious setiap kali ada event2 department mesti dia akan jadi antara orang kuat la.
Bagi idea dan sama2 mengerah tenaga menjayakan event.
Selama hampir 2 tahun saya kerja di sini, memang tak pernah ada berselisih fahaman dengan dia dan saya rasa semuapun sama.
Masa serius, dia akan serius tapi kadang2 cara dia jawab/ handle sesuatu masalah/task tu sangatlah happening.
Kadang2 diselitkan dengan lawak2 yang memang bikin saya ketawa guling2.

Minggu depan dia dah nak ke Penang.
Mengikut isterinya yang posting ke sana.
Dia mungkin tak akan ada masalah untuk dapat kerja di sana sebab dia pekerja yang cemerlang dan tak ada sebab untuk dia gagal interview.
Pengalaman kerja di sinipun dah 4 tahun 4 bulan (macam cantik pulak kan number2 itu)

Minggu lepas ada buat jamuan sikit..
Yang tengah berdiri pegang buku nota tu la Syidi..
Bagi speech pun kena rujuk notes..
lawak2..

Kek special untuk beliau..
sedap kek nya.
Haa..solo je potong kek..
nyum2..
Tepi tu ada aiskrim..
Saya makan bermangkuk-mangkuk..
haha..
sedap seyh..=)

Di sini memang saya mendoakan kejayaan dia di Penang tu.
Walaupun sedih sebab bakal kehilangan seorang PAK LAWAK, tapi saya dan seluruh kawan2 satu department sentiasa mengharapkan dia lebih berjaya lepas ini.

14 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics