Followers

Sunday, May 9, 2010

Sukarkah nak bahagiakan ibu?

Hari ni memang kecohlah di FB dan blog dengan ucapan Hari Ibu.
Hari ini kan Hari Ibu.

Saya yakin rakan2 blogger dah jadi anak yang terbaik.
Kalau tak berjayapun, usaha tu tetap ada untuk jadi yang terbaik.
Saya tak boleh terima kenyataan bila keluar di dada akhbar,
anak2 tinggalkan ibu di rumah orang2 tua bila mereka dah berjaya.
anak2 tak mengaku ibu darah daging mereka bila mereka dah jadi 'orang'.
anak2 lari daripada rumah bila ibu marah2 demi kebaikan mereka.

Tapi kadang2 sayapun.
tak buat apa yang ibu suruh (macam tolong dia buat kerja rumah)
buat juga apa yang dia tak bagi buat (macam masak lauk yang dia tak suka)
kadang2 saya tak sengaja menyakitkan hati dia
(saya percaya rakan2 blogger juga sama seperti saya)
Kadang2 keegoaan kita tu buat kita sukar untuk mengatakan dan meluahkan rasa sayang kita pada ibu kita.
Padahal kita amat2 sayangkan dia.

Sayapun begitu.
Mungkin sebab saya dibesarkan diluar rumah sebegitu lama.
(lebih 7 tahun..sebab nak berjaya dalam pelajaran)
Saya jadi 'segan' untuk menunjukkan rasa kasih sayang saya pada ibu.

Hari ini saya bertekad untuk meruntuhkan keegoaan yang bertembok tinggi ini.
Saya nak peluk ibu dan menyatakan betapa sayangnya saya pada dia.
Sebab hari ni Hari Ibu.

Ni lah mak saya yang cute di LCCT. =)
Emak..Selamat Hari Ibu daripada anakmu (ok, mak saya tak reti baca blog, saya aka ncakap kat dia nanti)
Selamat Hari Ibu.
=)

17 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics