Followers

Friday, May 28, 2010

Boleh tanya tak macam mana nak post perfume merentas Laut China Selatan?

Ingat tak saya ada buat contest jackpot 40000 dan saya juga ada umumkan siapa pemenang dan apa hadiahnya di SINI.
Pemenangnya RutiKeben dan beralamat di Sarawak.

Semalam, saya dengan gigihnya pergi ke PosLaju.
Memang itulah option yang paling dekat dan pantas untuk dijejaki dari area tempat kerja saya.
Saya membawa buungkusan cantik hadiah yang akan saya krimkan ke Sarawak.
Ye, memang saya dah terlambat.
Patutnya 2 minggu lepas dah dikirim tapi disebabkan kesibukan kerja maka saya tak dapat meluangkan masa sedikitpun untuk sesi ppengeposan hadiah tu.

Dengan hati senang jiwa bahagia sayapun engisi borang poslaju dan terus ke kaunter.
Si cantik kat kaunter PosLaju tu pun berbahasa basi dengan saya.

Si cantik : dalam ni ada apa ye?
Saya : oo.ada perfume..
Si cantik : bergoncangan ni. Baik awak wrap dengan bubble bag dulu. Awak pergi beli kat stationaries shop.
Saya : ooo..ye ke? tak terfikir pula. Sekejap ya saya pergi wrap bagi kemas tak bergonjang.

Sayapun bawalah benda alah tu ke kereta.
Nasib baik saya beli surat khabar hari ni.
So, saya ambil bahagian yang tak best dalam surat khaabr tu. Saya kerat2 kecil dan sumbatlah ke dalam kotak perfume tu sampailah tak ada bunyi dan pergerakan bila digoncang.
Saya buat kerja haram tu betul2 tepi bangunan PosLaju.
haha~

Bila dah yakin sayapun masuk balik jumpa Si Cantik tadi.

Si cantik : tak bolehlah.
Saya : aik, apa yang tak bolehnya. Kan dah tak bergoncang ni.
Si cantik : oh, perfume seebnarnya tak boleh dikirim ke sana sebab kita hantar naik flight.
Saya : errr...habis tu macam mana saya nak hantar perfume ni ek?
Si cantik : entahlah syapun tak tahu.

Sayapun balik dengan hati yang hampa. Dah lah perut petang itu meragam pula.
hutang pula tak terlunas lagi.
Anda ada tak idea macam mana nak kirim hadiah perfume ni ke seberang laut.
Cadangan untuk pergi hantar sendiri naik flight tidak akan di consider.
Bagilah idea lain.
Kalau guna kurier, macam mana prosedur dia dan macam mana nak pergi cawangan yang terdekat dari PJ.
Help me please! Saya buntu.

13 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics