Followers

Sunday, May 30, 2010

Kerana Shrek kami malu~

Betul2 malu bukan tipu2 yea.
Alkisahnya hari ni saya dengan my F keluarlah sempena dengan birthday dia esok.
Sebab esok Isnin maka kami decide nak sambut awal la.
Tak adalah sambut sangatpun.
Tiada kek mahupun kad.

Masa jumpa tu kami memang 'lost'
Ok, kami memang selalu je lost' bila keluar.
Tak tahu nak ke mana dan buat apa bila keluar.
At last kami ke OU tanpa decide nak buat apa.
Konon2 nak makan sahajalah.

Masa keluar daripada kereta, saya terfikir sesuatu.
Saya cadangkan tengok wayang la kan.
So, diapun macam setuju.
Terus sahaja ke GSC OU dan scan dekat screen depan kaunter tiket tu cerita apa sedang ditayangkan.
Diapun cadangkan Shrek..dan pilih nak tengok pukul 1.20.
(kami bel tiket tu kira pukul 12.40 tgh hari k)
Belilah tiket dan tengok tempat duduk kat mana je dan terus simpan dalam poket.

Menjelang 1.20 kamipun beli popcorn dan air kemudian terus masuk panggung.
Tengah syok layan2 iklan tiba2 sahaja ada seorang chinese tu claim kami duduk kat seat dia.
Bila check rupanya kami punya tiket kul 3.20 bukan 1.20.
Apa lagi terus kami blah dengan bawak popcorn yang dah hampir separuh kami makan masa layan iklan.
Adoilah, dalam seumur hidup tak pernah la jadi macam gini.
Memalukan sungguh.
Yang bestnya penjaga tiket masa kami masukpun tak perasanpun' keganjilan' tiket kami itu.
haiihh..

Terus kami ke kaunter tiket minta tiket lain sebab kami decide nak tengok masa tu juga.
Tak mahu tunggu 3.20.
So, my F terus serbu kaunter penjual tiket (orang yang sama masa kami beli tiket tu) dan report psal masalah tu.
Kesian juga sebab spervisor diapun duk 'marah' dia juga sebab cuai.
Jadi, kami di beri tiket yang lain (kebetulan panggung tak penuh).
Kedudukan di belah tepi (tadi kami dapat tiket kat tengah)..
Takpelah . Asalkan dapat juga layan Shrek.

Dan berbaloi-baloi usaha kami tu sebab cerita Shrek tu memang best.
Terbahak-bahak ketawa dan adakalanya rasa sangat2 sedih.
Kesimpulan yang saya dapat daripada cerita tu..

"Masa ia ada di depan mata kita tak sedar kesempurnaannya malah mempertikaikannya sehinggalah kita kehilangannya. So, hargailah apa yang kita ada sebaik-baiknya"

Jom layan trailer Shrek ini. Tengok trailerpun dah best apatah lagi tengok whole story..



p/s : Puss jadi gemuk la pulak dalam Shrek terbaru ni.. hahaha~

16 comments:

lel said...

haha
bahaya ni
eh nak tengok gakkkkk
peminat setia shrek
dulu kini dan selamanya
huhu

Izzatul Ismail said...

comelnye puss rase nak picit2 aje ;p

Unknown said...

puss gemok gila!
hahahaha
da x macho~

qellissa said...

sgt suker part puss wat mata cenggitu..mmg gelak x hengat dunia lah...hahahaha

darkbatman said...

hahaha.. sungguh gigih aie membace sambil tergelak2.. bleh lak x tgk jam.. mesti masing2 pandang satu same lain aka cuakk kan?ahahaha.. gelak guling3..jd jht jabbb...ahahaha

noorafzan.blogspot.com said...

laila..
pi la tgk..
rugi kalau tak pi terjah kat cinema..
=)

noorafzan.blogspot.com said...

izzatul..
haha..
si puss yang jadi gemuk secara drastik tuh..
kesian gak sebab masa last2 dia cuba gak pakai but ngan topi dia..
dan but tu last2 terkoyak gak..
kuikui~

noorafzan.blogspot.com said...

Ery..
dah tak macho tapi dah jadi makin comel pula..

noorafzan.blogspot.com said...

qellissa..
haha..
serius..
dia punya 'senjata' paling bahaya tu.

noorafzan.blogspot.com said...

aie..
sungguh tak sangka sebab tak pernah berlaku sebelum ni.
lagipun dah beli kul 12 mestilah nak tengok kul 1.
takkan nak tunggu sampai kul 3 kan.
memang tak logiklah si penjual tiket tu.
kesian kat kami..

err..err..mana ade bro..
kami pandang sraight ke depan le lepas tu.

Nur Suaidah Bachok said...

ngahahahah! lawak laa sis. cmane bulih salah tuh? Aiyarkkkk. dua2 pihak tak perasan~

noorafzan.blogspot.com said...

tu la achu..
macam manalah leh jadi kesilapan camni..
harap2 tak berlaku lagi la..
kalau tidak, semua orang kena check tiket la lepas beli supaya tak jadi macam kes ni.
malu seyh..

Aidi-Safuan said...

haha.. gler besh la boleh tersalah timing tengok wayang. time chinese tuh datang nak duduk kat situ mesti terkejut kan? hahaha.... :P

cik helena said...

"Masa ia ada di depan mata kita tak sedar kesempurnaannya malah mempertikaikannya sehinggalah kita kehilangannya. So, hargailah apa yang kita ada sebaik-baiknya"

di sebabkan ayat afzan nih,,cikhel rasa nak pegi tonton arini lah!serius nih!nak ajak sapa ye..

noorafzan.blogspot.com said...

Aidi Safuan..
hoho..
jangan di cakap la..
ingatkan dia yang yang silap timing..
rupanya kami daaa~

noorafzan.blogspot.com said...

kakhel..
serius best kak.
suka sebab ayat ni memang kena dengan shrek masa tu.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics